Khamis, 21 Februari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


10 wanita GRO Melayu dihukum

Posted:

10 wanita GRO Melayu dihukum

10 wanita GRO Melayu dihukum

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

BERTUDUNG... Sebahagian daripada 10 wanita yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam kerana bekerja sebagai GRO.


KUALA LUMPUR - Sepuluh orang pegawai perhubungan pelanggan (GRO), dengan sembilan daripada mereka mendakwa ibu tunggal, didenda RM2,800 atau penjara 40 hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam atas tuduhan melanggar dan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja di sebuah pusat karaoke pada Jun tahun lalu.

Mereka didakwa mengingkari dan melanggar Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 1 Januari 2004 dengan bekerja sebagai GRO di pusat karaoke D'Carnival Lounge, No. 333-335, Batu 2½, Jalan Ipoh di sini antara pukul 1.40 pagi dan pukul 3.15 pagi pada 24 Jun tahun lalu.

Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan memutuskan hukuman tersebut selepas menerima pengakuan salah kesemua tertuduh.

Beliau turut mengarahkan kesemua tertuduh supaya berkelakuan baik selama setahun dengan dipantau Unit Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dikenakan bon jaminan sebanyak RM1,000. Sekiranya gagal berkelakuan baik jaminan tersebut akan ditarik balik.

Kesemua tertuduh ialah Erni Juita Ismail, 47, Siti Farahdilla Azua Kasim, 26, Rita Yakir, 29, Rabihah Ahmad, 37, Nor Azilah Isa, 38, Eparizan Abdullah, 30, Noriza Mohd. Nor, 35, Zaiton Zainal, 42, Rosnita Mawardi, 35, dan Nisah Yaman, 32.

Salah seorang tertuduh, Farahdilla mempunyai sehingga 40 keping kad tempahan daripada pelanggan untuk menari pada malam itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Doktor pakar maut nahas

Posted:

Doktor pakar maut nahas

Doktor pakar maut nahas

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat kemalangan yang mengakibatkan Thillainathan maut di Hulu Selangor semalam.


HULU SELANGOR – Seorang doktor pakar sakit puan yang baru dilantik sebagai Ketua Jabatan Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Slim River pada Januari lalu terkorban dalam kemalangan ngeri di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran susur ke Bukit Tagar semalam.

Kejadian pukul 8 pagi itu mengakibatkan S. Thillainathan, 51, dari Petaling Jaya dan merupakan Pengerusi Persatuan Doktor Kerajaan maut di tempat kemalangan akibat cedera parah di beberapa bahagian badan selepas tersepit dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Unser yang dipandunya.

Jurucakap polis berkata, sebelum tragedi itu, MPV yang dipandu mangsa di lorong tengah dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lelaki mati tertimbus dalam parit

Posted:

Lelaki mati tertimbus dalam parit

Lelaki mati tertimbus dalam parit


ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohd. Saidi yang maut selepas tertimbus di dalam parit di Besut semalam.


BESUT - Seorang pembantu jengkaut ditemui mati tertimbus ketika melakukan kerja-kerja mengorek parit di Kampung Tempinis, Bukit Tanah dekat sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 petang itu berlaku apabila Mohd. Saidi Ismail, 38, dikatakan terjatuh ke dalam lubang parit tersebut selepas diserang sawan.

Difahamkan, mangsa dan rakannya menggali parit baharu di kawasan itu dan menimbus parit lama sedalam kira-kira satu meter kira-kira pukul 9 pagi sebelum disedari hilang kira-kira empat jam kemudian.

Pemandu jengkaut berusia lingkungan 30-an itu pada mulanya menyangka mangsa telah pulang ke rumah sebelum curiga apabila mendapati Mohd. Saidi tidak kembali menyambung kerja pada pukul 2 petang dan tidak menjawab panggilan telefon.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved