Ahad, 17 Februari 2013

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


6, 184 bekas tentera gembira terima SVTB1M

Posted:

6, 184 bekas tentera gembira terima SVTB1M

6, 184 bekas tentera gembira terima SVTB1M


SEBAHAGIAN daripada bekas-bekas anggota tentera tidak berpencen yang hadir untuk menerima SVTB1M Johor di Bakri, Muar, Johor baru-baru ini.


HADIAH. Seramai 6,184 bekas anggota tentera menerima Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) melibatkan bantuan berjumlah RM6.1 juta di Muar, Johor baru-baru ini.

Pemberian itu mengakhiri penantian mereka sebelum ini dan daripada jumlah itu, 1,372 veteran Angkatan Tentera Malaysia adalah dari Pagoh, Ledang, Bakri dan Muar.

Masing-masing yang juga ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Muar itu menerima RM1,000 setiap seorang.

Ketua PBTM Muar, Shamsuddin Rais berkata, bilangan 1,372 itu merupakan sebahagian daripada hampir 2,000 veteran tentera tidak berpencen.

"Dianggarkan seramai 500 lagi veteran tidak berpencen dari Muar, Ledang, Pagoh dan Bakri yang masih belum berdaftar dengan pihak kami.

"Jadi kita minta mereka datang ke pejabat kerana peluang untuk mendapatkan SVTB1M masih terbuka," katanya.

Pelajar Kolej Mara ceria terima BB1M, SSP1M

Posted:

Pelajar Kolej Mara ceria terima BB1M, SSP1M

Pelajar Kolej Mara ceria terima BB1M, SSP1M


ANTARA pelajar Kolej Mara ceria menerima BB1M pada satu majlis di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.


GALAK BELI BUKU. Seramai 502 pelajar Kolej Mara menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan nilai keseluruhan RM125,500 pada satu majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Setiap pelajar menerima RM250 seorang, pertambahan sebanyak RM50 sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2013 bagi meringankan beban pelajar membeli bahan bacaan untuk rujukan pembelajaran dan menambah pengetahuan.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd. Najeeb Abdullah berkata, pemberian baucar itu bertujuan meningkatkan minat pelajar untuk mendapatkan bahan bacaan bermutu sebagai rujukan dalam pengajian mereka.

"Langkah ini diharap dapat meringankan beban pelajar terutama dalam pembelanjaan berkaitan pembelian buku ini," ujarnya.

Kerabat hulur bantuan bantu rakyat

Posted:

Kerabat hulur bantuan bantu rakyat

Kerabat hulur bantuan bantu rakyat


TENGKU ZAINOL (enam dari kiri) bersama penduduk yang menerima bantuan di Sik, Kedah baru-baru ini.


GEMBIRA. Seramai 65 penduduk terdiri yang daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) telah menerima barangan makanan seperti beras, kopi dan gula sempena Program Menjunjung Kasih anjuran Persatuan Kerabat Diraja Kedah (Kerabat) di Kampung Charuk Tenang, Sik, Kedah baru-baru ini.

Yang Dipertua Kerabat, Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya menyampaikan bantuan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Charuk Tenang, Abu Bakar Ibrahim berkata, penerima bantuan gembira dengan perhatian yang ditunjukkan persatuan tersebut.

"Mereka gembira bila menerima bantuan dan pertemuan seumpama ini berjaya mengeratkan hubungan mesra antara ahli persatuan Kerabat dengan penduduk tempatan," katanya.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Mohd. Hassan Dolah, 67, berkata, langkah diambil oleh JKKKP bagi mengadakan program komuniti dengan kerjasama Kerabat perlu diteruskan kerana ia baik dan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved