Khamis, 28 Februari 2013

Kosmo Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Kahwin pada tahun 2015

Posted:

Kahwin pada tahun 2015

Kahwin pada tahun 2015

SUDAH agak lama cerita mengenai pelakon kacak Shahrizal Jaszle tidak muncul menerusi media selepas kontroversi percintaannya bersama pelakon Miera Liyana yang berakhir sekitar awal tahun lepas. Selepas itu, Shahrizal dilihat seolah-olah cuba melarikan diri daripada pihak media dengan tidak menghadirkan diri pada majlis-majlis hiburan.

Menolak anggapan bahawa dia melarikan diri daripada media, ujar Shahrizal, dia sebenarnya terlalu sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama yang kini ada beberapa daripadanya sudah ditayangkan di kaca TV seperti Pelamin Di Pusara dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

"Bukan sebab kes putus cinta saya menyepi dan seolah-olah melarikan diri daripada pihak media. Sebaliknya, saya sibuk dengan penggambaran drama. Drama yang kini sedang ditayangkan di TV3 iaitu Rindu Bertamu Di Abu Dhabi menuntut saya berada di lokasi selama tiga bulan," jelasnya lagi.

Pada bulan Disember lalu, hero filem Azura 2012 itu juga secara tiba-tiba mengejutkan peminat-peminatnya dengan berita pertunangannya bersama seorang bakal doktor bernama Redzwani Puteri, 25.

Mengakui keputusannya untuk bertunang dalam usianya yang baru 24 tahun bukan dibuat secara terburu-buru, Shahrizal mengatakan sudah mengenali Redzwani lama dan merasakan gadis itu adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri.

Hasrat untuk memperisterikan Redzwani dengan cepat nampaknya tidak kesampaian kerana Shahrizal diberi tempoh selama dua tahun untuk berkahwin dengan tunangnya sekali gus menafikan yang dia dan Redzwani bakal berkahwin pada tahun ini.

"Kami masih lagi merancang tarikh perkahwinan. Bukan tahun ini. Insya-Allah pada tahun 2015. Sebabnya, keluarga dia (Redzwani) minta dia habis belajar dulu sebelum berkahwin," jelasnya ketika ditemui pada sesi penggayaan rantai mutiara Rafflesia yang bakal diberikan kepada pemenang-pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan di Festival Filem Malaysia (FFM), di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur.


REDZWANI akui banyak bersabar menjadi tunangan Shahrizal.


Ditebak mengenai cabaran bertunang dalam tempoh yang lama, ulas Shahrizal, dia sedia menghadapinya dan tetap mengikut saranan orang tua mereka.

Akui Shahrizal, tempoh dua tahun itu juga membolehkan dia dan tunangnya memfokuskan pada kerja dan pelajaran.

"Memang kalau ikutkan rasa macam lama sangat tunang selama dua tahun tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami kerana saya sibuk dengan berlakon dan dia juga sibuk belajar," ujarnya mengenai tunangnya yang kini mengikuti pengajian ijazah keduanya iaitu perubatan dan pembedahan selepas memperoleh ijazah dalam bidang perubatan sains.

Teman baik

Mengulas mengenai pertemuannya bersama Redzwani, ujar Shahrizal: "Redzwani sebenarnya merupakan teman baik saya. Saya kenal dia sudah lama. Dia adalah kawan baik saya, malah kami rapat sebab kedua-dua keluarga kami juga saling kenal mengenali antara satu sama lain," tuturnya.

Mendedahkan sebab dia menyukai tunangnya itu, kata Shahrizal, ia adalah kerana mereka berkongsi minat yang sama iaitu fotografi. Ujarnya lagi, Redzwani juga seorang yang sangat penyabar dengan kerenahnya dan kesibukannya sebagai seorang pelakon.

"Kami mempunyai minat yang sama iaitu suka mengambil gambar. Saya juga memerlukan seorang yang kuat sabar dan dia memang sangat sabar dengan saya malah dia juga pandai membuat kerja rumah serta pandai memasak," puji Shahrizal terhadap Redzwani.

Mengulas mengenai tema dan persiapan perkahwinan, ujar Shahrizal, dia dan tunangnya sudah mengatur persiapan perkahwinan sebanyak 20 peratus dan bercadang untuk mengadakan perkahwinan dalam taman.


MINAT yang sama dalam bidang fotografi menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka berdua.


Cacat

Di luar kehidupan peribadinya, Shahrizal memberitahu, akan membawa watak sebagai orang cacat untuk drama slot Azalea di TV3. Mengakui sering membawa watak hero dan baik, jelas Shahrizal, dia ingin versatil dalam lakonan dan mencuba watak-watak yang berlainan pula.

Jelas Shahrizal juga, dia kini lebih selektif dalam pemilihan drama dan tidak mahu tangkap muat sebarang drama yang ditawarkan kepadanya.

"Saya lebih mementingkan kualiti daripda kuantiti. Saya suka watak yang mencabar untuk menguji lakonan saya daripada main terima segala tawaran yang datang," tegasnya.

Awal tak kisah Scha, Fahrin bergandingan

Posted:

Awal tak kisah Scha, Fahrin bergandingan

Awal tak kisah Scha, Fahrin bergandingan

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


SCHA bersama Barry (tengah) dan Chris pada majlis menandatangani kontrak pelantikan sebagai duta SNE Marketing di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SEJAK putus cinta hampir empat tahun lalu, pelakon cantik Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 30, tidak pernah lagi bergandingan bersama pelakon bertubuh sasa, Fahrin Ahmad dalam produksi filem yang sama.

Sebelum ini mereka pernah bergandingan bersama sebagai hos program Sehati Berdansa bersama-sama suami Scha iaitu Awal Ashaari. Bagaimanapun Scha yang ditemui Kosmo! pada majlis menandatangani kontrak pelantikan sebagai duta produk kecantikan SNE Marketing di Kuala Lumpur baru-baru ini mengakui dia bakal berlakon buat julung-julung kalinya bersama Fahrin.

Scha dan Fahrin bakal ke set penggambaran drama untuk slot Cerekarama, TV3, berjudul Lady Gagah.

Apakah cerita sebenarnya dan ikuti luahan hati Scha yang mengakui tiada masa bermesra bersama suaminya kerana kesibukan dirinya sebagai pelakon, pengacara dan juga duta produk.

Ikuti temu bual Kosmo! bersama Scha yang kelihatan cukup anggun pada majlis yang turut dihadiri pengarah urusan SNE Marketing, Datuk Seri Barry Cheng Teik dan seorang lagi duta SNE Marketing, Chris Tong Bing Yu.

Kosmo!: Apakah reaksi Scha apabila diberitahu bakal berlakon di samping Fahrin?

SCHA: Mula-mula bila diberitahu bakal berlakon bersama Fahrin, mulut saya terus cakap 'Alamak'.

Kenapakah reaksi Scha begitu sekali? Scha tidak sudikah berlakon bersama Fahrin?

Itu reaksi spontan saya. Sebenarnya, saya tidak ada masalah berlakon bersama dia (Fahrin).

Bilakah penggambaran drama tersebut bermula?

Insya-Allah penggambaran drama Lady Gagah itu akan bermula hujung bulan Mac ini.

Apakah watak yang akan dibawa Scha dan Fahrin? Adakah sebagai pasangan kekasih?

Tidak. Saya akan bawa watak sebagai adik kepada Rozita Che Wan sebagai pelakon utama Lady Gagah manakala Fahrin akan bawa watak lelaki yang gagah.

Adakah ini drama gandingan pertama kali anda dengan Fahrin?

Sebelum ini kami juga ada ditawarkan berlakon filem yang sama tetapi projek itu tidak menjadi.

Bagaimanakah reaksi Awal apabila mendapat tahu Scha bakal berlakon bersama Fahrin?

Awal tak kisah. Dia tidak pernah melarang saya untuk berlakon atau mengacara bersama Fahrin.

Selain drama Lady Gagah, apakah perkembangan terbaharu mengenai Scha?

Saya baru habis penggambaran drama Jodoh di Astro Ria. Sekarang ini, saya sedang menjalani penggambaran telemovie Hero Malaya untuk Astro Warna. Kemudiannya, saya bakal ke set penggambaran Lady Gagah. Pada setiap minggu pula, saya akan mengacarakan Muzik-Muzik. Tahun ini juga dua buah filem saya akan ditayangkan iaitu Awan Dania The Movie pada bulan Mac dan juga filem Papadom 2 juga bakal menyusul di pawagam.

Scha juga baru sahaja dilantik sebagai duta produk kecantikan SNE Marketing. Berapa lamakah kontrak Scha sebagai duta produk kecantikan itu?

Saya sudah ikat kontrak sebagai duta produk ini tiga bulan lalu untuk tempoh selama setahun. Sebenarnya, saya lebih kepada duta untuk produk SNE iaitu Beutskin Essence.

Bagaimanakah pula tugas anda sebagai duta produk kecantikan Bio Essence, adakah sudah tamat?

Tidak. Saya masih duta Bio Essence dan bakal disambung untuk setahun lagi. Saya sudah menjadi duta produk itu selama empat tahun. Saya juga sambung kontrak setahun lagi untuk produk Avon.

Tidak timbul masalahkah apabila Scha menjadi duta untuk dua produk kecantikan yang berlainan?

Produk Bio Essence lebih kepada penjagaan kulit manakala SNE lebih kepada penjagaan dalaman untuk tenaga dan kecergasan minda.

Berapa lamakah Scha sudah menggunakan produk ini dan apakah perbezaan yang dialami?

Saya diberi percubaan selama tiga bulan untuk makan produk ini dan melihat keberkesanannya. Alhamdulillah, selepas enam bulan makan, saya lebih bertenaga dan tidak lagi rasa letih dan mengantuk biarpun sepanjang hari di set penggambaran.

Bagaimanakah Scha membahagikan masa berlakon, mengacara, menjadi duta dan tugas sebagai isteri?

Saya akui terlalu sibuk sehinggakan tiada masa untuk bermesra bersama Awal. Saya cuma dapat bercakap selama 10 minit sahaja dengan Awal sebelum tidur. Bila bangun pagi, dia atau saya sudah keluar bekerja.

Bagaimanakah perancangan untuk menambah ahli keluarga jika anda berdua terlalu sibuk?

Kami tidak merancang. Jadi kami tidak terlalu mencuba untuk mendapatkan anak.

Soo-jung mangsa gangguan seksual

Posted:

Soo-jung mangsa gangguan seksual

Soo-jung mangsa gangguan seksual


KES gangguan seksual Soo-jung berlaku di dalam kereta api bawah tanah.


SALAH seorang ahli kumpulan Sunny Days iaitu Im Soo-jung telah mengalami insiden yang menakutkan apabila dia diraba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali baru-baru ini.

Menurut laporan laman web soompi.com, kejadian itu berlaku sewaktu penyanyi berkenaan menggunakan pengangkutan kereta api bawah tanah untuk pulang ke rumahnya di Seoul, Korea Selatan setelah selesai menjalani penggambaran sebuah klip video.

Menurut pihak polis, Soo-jung terus membuat aduan di balai polis setelah merasakan dirinya mengalami gangguan seksual.

Kemudian beberapa anggota polis berjaya menangkap lelaki tersebut yang merupakan seorang pekerja kilang.

"Ketika ini lelaki yang terlibat dengan kejadian itu telah ditahan tanpa syarat dan sekiranya didapati bersalah dia akan didakwa di bawah undang-undang gangguan seksual," ujar wakil polis tersebut.

Bagaimanapun, lelaki yang telah ditangkap itu menyatakan dia langsung tidak berniat menyentuh tubuh Soo-jung dari belakang dan mendakwa perbuatan tersebut berlaku secara tidak sengaja.

Sementara itu, wakil jurucakap Sunny Days menjelaskan bahawa Soo-jung sangat terkejut dengan kejadian tersebut dan kini dia sedang berehat di rumah buat sementara waktu.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved