Khamis, 28 Februari 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Thailand akan berunding dengan gerila pemisah

Posted:

Thailand akan berunding dengan gerila pemisah

Thailand akan berunding dengan gerila pemisah

GAMBAR fail menunjukkan sebuah restoran Bigben musnah dalam letupan bom yang berlaku di Pattani, selatan Thailand pada 17 Februari lalu.


BANGKOK - Kerajaan Thailand akan memulakan rundingan damai dengan kumpulan gerila pemisah Islam di selatan negara ini, kata seorang pegawai keselamatan kanan semalam.

"Ia merupakan langkah pertama. Permulaan rundingan damai dengan wakil daripada kumpulan gerila pemisah Islam," kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC), Paradorn Pattanathabutr menerusi panggilan telefon dari Kuala Lumpur.

Satu perjanjian mengenai perbincangan awal akan ditandatangani pada hari ini di Kuala Lumpur menjelang satu mesyuarat antara Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan pemisah itu tidak pernah menyatakan dengan jelas tuntutan mereka sejak pemberontakan meletus pada tahun 2004.

Bagaimanapun, mereka dilaporkan mahu lebih banyak autonomi atau sebuah negeri yang berasingan di wilayah selatan yang pernah menjadi sebahagian daripada milik Kesultanan Melayu sehingga negara Thailand diperluaskan pada tahun 1909.

Berdasarkan perangkaan terbaharu daripada pertubuhan Deep South Watch yang memantau konflik di selatan Thai, lebih 5,300 orang terkorban sejak keganasan tersebut meletus.

- Reuters

Tangan aktres Bollywood dicium 137 kali

Posted:

Tangan aktres Bollywood dicium 137 kali

Tangan aktres Bollywood dicium 137 kali


TANGAN Veena Malik dicium oleh seorang peserta sebuah program realiti televisyen di Mumbai kelmarin.


NEW DELHI - Tangan aktres dari Pakistan, Veena Malik dicium sebanyak 137 kali dalam tempoh 60 saat oleh sejumlah lelaki, lapor portal berita Indian Express semalam.

Veena juga dilaporkan memecahkan rekod Guinness World Records bagi kategori menerima ciuman paling banyak di dunia.

Dia mengatasi rekod aktor terkenal Bollywood, Salman Khan yang pernah menerima ciuman sebanyak 108 kali oleh kanak-kanak dalam tempoh sama.

"Saya berjaya menewaskan rekod 108 ciuman yang diterima Salman dengan memperoleh 137 ciuman dalam tempoh seminit," katanya.

Veena atau nama sebenarnya, Zahida Malik dicium oleh para peserta sebuah rancangan realiti televisyen sempena sambutan kelahirannya yang ke-29 kelmarin.

Dia sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila gambarnya dalam keadaan bogel disiarkan majalah FHM versi India. - Agensi

Lelaki mati diserang ikan jerung

Posted:

Lelaki mati diserang ikan jerung

Lelaki mati diserang ikan jerung


GAMBAR fail menunjukkan seekor ikan jerung putih sedang mebaham mayat.


WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki terbunuh dalam satu serangan ikan jerung yang jarang berlaku di Pantai Muriwai, 40 kilometer dari barat bandar raya ini semalam.

Beberapa pegawai berkata, anggota polis melepaskan tembakan dari sebuah bot sebagai cara untuk 'memaksa' haiwan itu melepaskan mayat si mangsa yang digigitnya.

Saksi-saksi menyatakan, lelaki berusia 47 tahun itu berenang kira-kira 100 meter dari kawasan pantai semasa dia diserang.

Ia merupakan serangan ikan jerung pertama ke atas manusia di negara ini dalam tempoh lebih 35 tahun.

Darah dapat dilihat di permukaan laut manakala sejumlah perenang termasuk sekumpulan pelajar bergegas menyelamatkan diri ke pantai selepas mereka mendengar jeritan tentang kehadiran ikan jerung.

Seorang anggota penyelamat sukarelawan, Tim Jago berkata, ikan jerung itu amat besar kerana ia berukuran empat meter.

Menurutnya, haiwan itu dipercayai ikan jerung putih seperti yang digambarkan dalam filem Jaws arahan Steven Spielberg pada tahun 1975.

Dia berkata, mulut ikan tersebut masih menggigit mayat mangsa apabila polis tiba.

Jago memberitahu, anggota polis yang berada di dalam bot penyelamat terpaksa melepaskan tembakan ke arah haiwan tersebut supaya ia melepaskan mayat si mangsa.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved