Sabtu, 2 Februari 2013

Kosmo Online - Dunia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Protes terhadap Morsi berterusan

Posted:

Protes terhadap Morsi berterusan

Protes terhadap Morsi berterusan

AP
PASUKAN polis antirusuhan menahan seorang penunjuk perasaan apabila pertempuran berlaku berhampiran Dataran Tahrir, Kaherah.


KAHERAH - Beribu-ribu rakyat Mesir terus membanjiri jalan-jalan di bandar raya ini sebagai tanda menentang Presiden Mesir, Mohamed Morsi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin.

Penunjuk perasaan tidak mempedulikan hujan untuk berarak ke Dataran Tahrir dan Istana Presiden sambil melaungkan perkataan "Kebebasan!" dan "Morsi tidak sah!"

Beribu-ribu lagi berarak di pelabuhan Iskandariah dan Port Said yang menjadi lokasi pertempuran selepas sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas 21 orang penyokong bola sepak berikutan insiden perkelahian di padang bola pada tahun lalu.

Kumpulan penentang yang terdiri daripada golongan berfahaman liberal dan berhaluan kiri itu mengadakan tunjuk perasaan semalam untuk menuntut satu kerajaan campuran. Mereka juga mendesak perlembagaan yang dicadangkan oleh golongan Islamis digubal semula.


Reuters
PENUNJUK perasaan antikerajaan berarak di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


Tunjuk perasaan itu berlaku hanya selepas seminggu ketegangan yang menyaksikan hampir 60 orang terbunuh dalam krisis politik terburuk sejak Morsi dipilih sebagai presiden pada Jun lalu.

Sebelum ini, ulama terkenal, Imam Besar Ahmed al-Tayyeb mempengerusi dialog yang melibatkan ketua-ketua pembangkang, Islamis, kumpulan belia, bebas dan ahli-ahli gereja di ibu pejabat universiti Al-Azhar.

Hasilnya, mereka telah menandatangani satu dokumen Al-Azhar dan berikrar untuk menyokong dialog, selain mengutuk apa jua bentuk keganasan. - AFP

Calon presiden Armenia cedera ditembak

Posted:

Calon presiden Armenia cedera ditembak

Calon presiden Armenia cedera ditembak


Paruir Airikian


YEREVAN, Armenia - Seorang calon pilihan raya presiden Armenia, Paruir Airikian kelmarin cedera ditembak di dada oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Airikian yang kini berada di hospital dilaporkan ditembak di luar rumahnya di sini. Seorang jirannya memberitahu, dia mendengar beberapa das tembakan dan jeritan meminta tolong.

Berikutan insiden tersebut, Speaker Parlimen Armenia, Ovik Abramian menyatakan, pilihan raya mungkin terpaksa ditangguhkan.

Airikian merupakan salah seorang daripada lapan calon presiden yang akan bersaing dalam pilihan raya pada 18 Februari depan.

Ketua doktor hospital Yerevan, Ara Minasian memberitahu, calon berusia 63 tahun itu sedang dirawat dan berada dalam keadaan stabil. - AP

Ibu pejabat syarikat minyak Mexico meletup

Posted:

Ibu pejabat syarikat minyak Mexico meletup

Ibu pejabat syarikat minyak Mexico meletup

Reuters
BANGUNAN ibu pejabat PEMEX rosak teruk selepas satu letupan besar berlaku kelmarin.


MEXICO CITY - Satu letupan besar menggegarkan ibu pejabat syarikat minyak milik kerajaan Mexico, Pemex kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.

Beribu-ribu orang dipindahkan dari bangunan setinggi 54 tingkat terbabit. Letupan yang berlaku pada pukul 3.40 petang waktu tempatan itu meranapkan ruang tambahan yang bersambung dengan bangunan utama dan tiga tingkat bangunan berkenaan.

Presiden Mexico, Enrique Pena Nieto mengarahkan kerja-kerja menyelamat diteruskan. Punca sebenar letupan masih belum diketahui.

Seorang jurucakap agensi perlindungan awam memberitahu, wujud pengumpulan gas yang ketara di dalam bilik bekalan elektrik.

"Kami hanya ada dua minit untuk keluar dari bangunan. Bunyi letupan membingitkan telinga. Lantai juga bergegar seperti dilanda gempa bumi," kata seorang kakitangan Pemex, Astrid Garcia Trevino. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved