Rabu, 9 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


3 lelaki disyaki curi barang milik sekolah ditahan

Posted:

3 lelaki disyaki curi barang milik sekolah ditahan

3 lelaki disyaki curi barang milik sekolah ditahan

09/01/2013 6:41pm

KULAIJAYA — Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai memecah masuk dan mencuri pelbagai barangan elektrik milik sebuah sekolah rendah di Felda Taib Andak, di sini hujung tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supt. Zulkefly Yahaya berkata, ketiga-tiga mereka yang merupakan bekas murid sekolah tersebut ditahan secara berasingan seminggu selepas kejadian di sekitar kawasan Kulaijaya selepas polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan mereka.

Beliau berkata, polis sebelum itu menerima laporan daripada pengawal sekolah terbabit pada 14 Disember lepas yang mengadu beberapa barangan hilang di bilik perpustakaan sekolah.

"Pemeriksaan mendapati suspek memasuki sekolah itu dengan memanjat pagar lalu naik ke tingkat tiga dan merosakkan lubang kunci," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya, di sini hari ini.

Zulkefly berkata, susulan penahanan ketiga-tiga mereka yang berumur 19 hingga 35 tahun itu, polis berjaya menemui semula barangan yang dipercayai dicuri iaitu dua televisyen, tujuh komputer riba dan sebuah gitar elektrik.

Beliau berkata, siasatan lanjut kemudian mendedahkan mereka turut terlibat dalam beberapa kejadian curi motosikal di daerah itu dan polis merampas tiga rangka kenderaan terbabit daripada mereka.— BERNAMA

Pengedar dadah diburu 2 tahun ditangkap

Posted:

Pengedar dadah diburu 2 tahun ditangkap

Pengedar dadah diburu 2 tahun ditangkap

09/01/2013 6:33pm

TEMERLOH — Seorang lelaki yang menjadi buruan polis selama dua tahun ekoran penglibatan dalam pelbagai kes dadah dan jenayah termasuk samun bersenjata berjaya ditangkap polis di rumahnya awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Abdul Aziz Salleh berkata, suspek berumur 48 tahun ditangkap ketika sedang tidur di rumahnya di Kampung Padang Tenggala dalam Ops Tapis pada kira-kira 12.20 pagi semalam.

"Hasil serbuan tersebut, polis berjaya merampas 180.3 gram heroin, 1,040 biji pil Eramin 5, satu paket plastik yang mengandungi nombor dan huruf (disyaki bertujuan untuk memalsukan nombor pendaftaran kenderaan), sebuah alat timbang digital dan sebuah telefon bimbit jenama Nokia.

"Polis turut menjumpai buku lima, sepucuk pistol jenis revolver .38 bersarung yang di dalam kebuk berisi enam biji peluru hidup yang diselitkan di bahagian belakang pinggang seluar dipakai oleh suspek," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, turut ditemui berdekatan rumah suspek sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang disyaki dicuri di Air Tawar, Pulau Pinang pada tahun lepas dan satu silinder bom asap berwarna hijau.— BERNAMA

Tabika Kemas dibuka selepas dapat jaminan polis

Posted:

Tabika Kemas dibuka selepas dapat jaminan polis

Tabika Kemas dibuka selepas dapat jaminan polis

09/01/2013 6:31pm

TASEK GELUGOR — Sebuah tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Ara Kuda, di sini yang ditutup ekoran kebimbangan keselamatan kanak-kanak selepas tujuh penjenayah melarikan diri dan dipercayai bersembunyi di sekitar kawasan itu, dibuka semula hari ini.

Guru tabika berkenaa, Nor Haliza Othman berkata, tabika itu dibuka semula selepas polis memaklumkan kawasan itu selamat dan dikawal polis.

"Semalam memang saya tutup selepas ibu bapa memaklumkan penjenayah (tujuh tahanan) yang lari itu bersembunyi di kawasan sini (Ara Kuda), jadi saya tidak berani ambil risiko kerana takut kanak-kanak yang dalam sekolah ini dijadikan tebusan.

"Lewat petang semalam saya hubungi polis dan mereka beri jaminan anggota polis memang mengawasi kawasan sini termasuk tadika. Jadi saya buka semula hari ini selepas maklumkan kepada penyelia Kemas di sini," katanya.

Nor Haliza berkata ibu bapa tidak perlu risau untuk menghantar anak mereka ke tabika seperti biasa kerana beliau sendiri turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan sentiasa mengunci semua pintu di sekolah berkenaan.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved