Isnin, 21 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Enam lelaki diserang kerana hutang RM30

Posted:

Enam lelaki diserang kerana hutang RM30

Enam lelaki diserang kerana hutang RM30

21/01/2013 10:12pm

IPOH – Seorang pemberi pinjaman dan lima rakannya cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata kayu besbol dan parang di Tambun hanya kerana menuntut hutang RM30.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata, kejadian itu berlaku di Dataran Sunway di sini, pada pukul 7.30 malam Sabtu lepas selepas penganggur berumur 20 tahun itu berang dengan tindakan pemberi pinjaman itu.

"Suspek tidak puas hati dengan cara lelaki itu (pemberi pinjaman) meminta duitnya. Suspek bersama 14 lagi rakannya menyerang pemberi pinjam wang itu yang ketika itu bersama lima lagi rakannya," katanya kepada pemberita.

Katanya, keenam-enam mangsa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, polis menahan tiga suspek dipercayai terlibat dalam kejadian itu di Taman Perpaduan, Tambun.

Katanya, enam yang lain ditahan 3 petang Isnin lepas di sebuah stesen minyak di Tambun, manakala enam suspek lagi ditahan pada hari yang sama di dua lokasi berbeza di Bercham. – BERNAMA

Suspek kes pecah rumah: 3 warga Peru ditahan

Posted:

Suspek kes pecah rumah: 3 warga Peru ditahan

Suspek kes pecah rumah: 3 warga Peru ditahan

21/01/2013 10:09pm

SHAH ALAM – Tidak sampai sebulan masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial, dua warganegara Peru ditahan selepas disyaki menjadi anggota sindiket kes pecah rumah membabitkan warga Amerika Latin di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob berkata, kedua-dua suspek berumur 54 dan 57 tahun itu ditahan dalam serbuan pada Jumaat lepas, di sebuah pangsapuri di Bandar Puchong Jaya, Puchong.

Turut ditahan dalam serbuan di sebuah lagi unit di pangsapuri sama pada hari yang sama, seorang lelaki warganegara Colombia berumur 43 tahun yang menggunakan pas lawatan sosial tamat tempoh sejak Jun lepas, juga dipercayai suspek dan anggota sindiket terbabit.

"Serbuan pertama membabitkan suspek dari Colombia dilakukan pada pukul 8.10 malam di tingkat 10 pangsapuri berkenaan dan serbuan kedua membabitkan suspek dari Peru pada pukul 11 malam di tingkat 12 pangsapuri yang sama.

"Malah ketika serbuan kesemua suspek bertindak agresif dengan menyerang anggota polis dalam usaha mereka untuk melarikan diri ketika ditahan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Kita masih menyiasat kesemua suspek ini sama ada mempunyai hubung kait dengan kumpulan yang pernah ditahan, malah kita juga percaya kesemua yang ditahan ini merupakan suspek enam kes pecah rumah di Shah Alam sejak awal tahun ini berdasarkan satu rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah mangsa di Seksyen 7.

"Polis sedang berusaha melakukan soal siasat ke atas suspek yang turut berpura-pura tidak memahami bahasa Inggeris dan akan merujuk kepada pihak Jabatan Imigresen bagi mengesahkan ketulenan dokumen perjalanan mereka," kata Zahedi. – BERNAMA

Bayi luar nikah dicampak dalam tong sampah

Posted:

Bayi luar nikah dicampak dalam tong sampah

Bayi luar nikah dicampak dalam tong sampah

21/01/2013 10:05pm

KUANTAN – Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.

"Dia dibawa ke Hoshah oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.

"Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.

Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved