Sabtu, 19 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banjir di Johor: 1,180 penduduk dipindahkan

Posted:

Banjir di Johor: 1,180 penduduk dipindahkan

Banjir di Johor: 1,180 penduduk dipindahkan

19/01/2013 7:31pm

JOHOR BAHRU — Seramai 1,180 penduduk dipindahkan ke lima pusat pemindahan berikutan banjir di Johor selepas hujan tidak berhenti sejak awal pagi ini.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut dan Kampung Sungai Tiram di Johor Baharu; Kampung Baru Sungai Mas di Penawar; Taman Aman, Taman Mawai di Johor Lama dan PPMS Kampung Batu, Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu 10 dan Balairaya Batu 18 Sungai Tiram di Johor Baharu sertaDewan Kota Kecil, Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Kampung Baru PPMS Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Ismail Karim berkata, pihaknya sudah bersiap siaga berikutan makluman kemungkinan banjir di daerah itu oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa di daerah itu mula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pada 10 pagi.

"Tinjauan pukul 3 petang tadi mendapati air mulai surut, namun mangsa tidak dibenarkan pulang kerana masih hujan," katanya kepada pemberita.

Ismail menasihati orang ramai, khususnya penduduk di kawasan rendah, supaya berhati-hati dan bersiap sedia untuk berpindah sekiranya paras air terus naik di kawasan mereka.

Sementara itu, portal publicinfobanjir.water.gov.my milik Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihati penduduk di sekitar Batu Pahat agar berjaga-jaga kerana paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah sudah mencapai tahap 5.79 meter, melepasi paras amaran yang ditetapkan. — BERNAMA

Peng Soon-Liu Ying idam kejuaraan sulung Terbuka Malaysia

Posted:

Peng Soon-Liu Ying idam kejuaraan sulung Terbuka Malaysia

Peng Soon-Liu Ying idam kejuaraan sulung Terbuka Malaysia

19/01/2013 7:27pm



Beregu campuran Malaysia, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menang 12-21 21-18 21-16 menentang pasukan Poland, Mateusiak Robert dan Zieba Nadiezda pada separuh akhir Badminton Terbuka Malaysia Maybank di Stadium Putra, Bukit Jalil. - UTUSAN/NASIRUDDIN YAZID


KUALA LUMPUR — Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying menyasarkan untuk memenangi Kejohanan Badminton Super Series Maybank Terbuka Malaysia buat kali pertama di sini.

Pasangan pilihan utama kejohanan itu melangkah ke final buat julung kali selepas mengalahkan gandingan Poland, Robert Mateusiak/Nadiezda Zieba; 12-21, 21-18 dan 21-16 dalam masa 63 minit.

"Saya gembira dengan kemenangan dramatik ini bagi membolehkan kami mara ke final.

"Saya dan Peng Soon pada mulanya agak gementar sebelum turun ke gelanggang namun gembira dengan kehadiran ramai peminat tempatan yang memberikan sokongan padu kepada kami untuk memenangi perlawanan sengit ini," kata Goh kepada pemberita selepas perlawanan separuh akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Mereka sebelum ini kalah kepada pasangan China, Zhang Nan/Zhao Yunlei dengan keputusan 13-21 dan 16-21 pada separuh akhir kejohanan yang sama tahun lepas.

"Saya gembira kerana pasangan berkenaan tidak beraksi tahun ini namun kami tidak boleh memandang rendah keupayaan gandingan Denmark (Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen) kerana mereka juga ingin meraih kejuaraan dan kami jangka mereka bakal memberikan cabaran sengit pada perlawanan akhir esok," katanya.

Gandingan Denmark itu, yang juga pilihan kedua kejohanan, mara ke final selepas menyingkirkan pasangan Indonesia, Praveen Jordan dan Vita Marissa dengan keputusan 21-14 dan 21-17.

Sementara itu, jurulatih beregu campuran negara, Jeremy Gan tidak mahu pasangan berkenaan terlalu gembira dengan kemenangan itu kerana lawan mereka mampu menggugat peluang mereka untuk menjulang kejuaraan buat kali pertama di laman sendiri.

"Pasangan Denmark itu mempunyai kekuatan dari segi taktikal dan kita harus bersedia sepenuhnya," katanya. — BERNAMA

Skuad muda KDN Sabah kini ada 103,385 ahli

Posted:

Skuad muda KDN Sabah kini ada 103,385 ahli

Skuad muda KDN Sabah kini ada 103,385 ahli

19/01/2013 6:59pm

TUARAN — Skuad Muda Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang diwujudkan sebagai pemangkin kepada gelombang sukarelawan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kini mempunyai 103,385 anggota di Sabah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata skuad itu mempunyai 1.14 juta anggota di seluruh negara.

Beliau berkata, antara agensi KDN yang terlibat dengan penubuhan skuad muda itu ialah Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Penjara dan Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis).

"Saya amat gembira dengan penubuhan skuad ini, khasnya di Sabah, dan saya yakin skuad yang diterajui generasi muda dari seluruh negara ini akan menjadi pemangkin kepada gelombang sukarelawan di kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa," katanya.

Beliau berkata, demikian ketika berucap pada majlis Perhimpunan Gelombang Kedamaian 1KDN dan Pelancaran Tabung Kecemasan Gaza peringkat negeri Sabah di Pusat Latihan Rela, dekat sini hari ini. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved