Selasa, 15 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Penjenayah maut selepas nekad terjun bangunan

Posted:

Penjenayah maut selepas nekad terjun bangunan

Penjenayah maut selepas nekad terjun bangunan

15/01/2013 9:10pm

KUALA LUMPUR — Seorang penjenayah maut selepas dipercayai cuba melarikan diri daripada dicekup polis apabila bertindak nekad terjun dari biliknya di sebuah hotel di Kepong, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek yang berumur 45 tahun itu bertindak melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga hotel berkenaan semasa polis menyerbu tempat persembunyiannya pada 12.10 tengah hari.

Lelaki itu mati dalam perjalanan ke hospital, katanya.

Sebelum itu, polis menerima maklumat berhubung seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah di sekitar kawasan perumahan, menginap di hotel berkenaan.

"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau, dan kita masih siasat sekiranya suspek mempunyai hubungan dengan anggota kumpulan lain," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.— BERNAMA

Lebih 446,000 pendatang tanpa izin diusir di Sabah

Posted:

Lebih 446,000 pendatang tanpa izin diusir di Sabah

Lebih 446,000 pendatang tanpa izin diusir di Sabah

15/01/2013 8:45pm

KOTA KINABALU — Seorang saksi hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah bahawa 446,173 pelarian dan pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing sejak tahun 1990 sehingga sekarang.

Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd. Salleh berkata, pelarian dan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen pula akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen bagi proses pengusiran ke negara masing-masing antaranya Filipina.

Semasa diminta menjelaskan bagaimana beliau mendapat jumlah itu oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang mempengerusikan suruhanjaya itu, Suhaimi berkata, pihaknya mempunyai rekod itu.

Saksi kelima itu yang mula berkhidmat di Pasukan Petugas Khas itu pada 15 Januari tahun lepas memberitahu suruhanjaya bahawa pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan pada 4 April 1989 itu juga berfungsi untuk mengurus, menangani semua masalah pendatang asing di negeri Sabah.— BERNAMA

Dua ah long beri pinjaman ditahan

Posted:

Dua ah long beri pinjaman ditahan

Dua ah long beri pinjaman ditahan

15/01/2013 8:32pm

MELAKA — Dua lelaki dipercayai ah long yang menjalankan pinjaman wang antara RM500 dan RM2,000 tanpa lesen ditahan di dua rumah berasingan di Bachang di sini, semalam.

Kedua-dua mereka yang berusia 21 dan 35 tahun itu dipercayai memberi pinjaman wang kepada 150 penjaja dan golongan makan gaji terutama di sekitar Taman Merdeka, Batu Berendam dan Bachang sejak menjalankan aktiviti tersebut pada Jun tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka, Supt. Soh Hock Sing berkata, polis turut merampas beberapa buku rekod yang mencatatkan urusan transaksi peminjam, beberapa ikat kad peminjam wang dan kad bayaran harian dalam serbuan pada 6 pagi itu.

"Hasil siasatan mendapati mereka mengenakan faedah sebanyak 20 peratus ke atas setiap pinjaman tanpa sebarang cagaran dan polis akan menjalankan siasatan berhubung jumlah keseluruhan pinjaman yang diberi serta sumber kewangan yang diperoleh mereka dalam menjalankan perniagaan haram itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata, peminjam perlu menyelesaikan bayaran ansuran pinjaman tersebut secara harian dalam masa 30 hari melalui kutipan yang dibuat menggunakan motosikal bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved