Isnin, 14 Januari 2013

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kementerian Kesihatan pantau penjualan rokok elektronik

Posted:

Kementerian Kesihatan pantau penjualan rokok elektronik

Kementerian Kesihatan pantau penjualan rokok elektronik

14/01/2013 7:12pm

BANGI – Kementerian Kesihatan memantau rapi penjualan rokok elektronik atau e-cigarette di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, kementerian telah mengesan terdapat rokok elektronik yang mempunyai cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan di pasaran.

"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen "1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat" di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra hari ini.

Tiong Lai diminta mengulas kenyataan Pengarah Kesihatan Sarawak, Datuk Dr Zulkifli Jantan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Akhir-Akhir ini, rokok elektronik yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok itu dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.

Tiong Lai berkata, pada ketika ini tiada kawalan berhubung penjualannya di negara ini kerana rokok elektronik tanpa cecair nikotin diguna untuk mengurangkan ketagihan perokok.

"Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette ," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952 dan ia hanya boleh dibeli melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

"Kementerian Kesihatan mengawal penjualan cecair nikotin agar ia tidak boleh dijual sebarangan kerana penggunaan yang berlebihan dalam rokok eletronik akan meningkatkan ketagihan terhadap rokok dan memudaratkan kesihatan," katanya.

Selain itu, Tiong Lai berkata, kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan. — BERNAMA

BL1M sasar bantu 500,000 pemohon muda

Posted:

BL1M sasar bantu 500,000 pemohon muda

BL1M sasar bantu 500,000 pemohon muda

14/01/2013 7:08pm

KUALA LUMPUR — Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional menyasarkan untuk membantu 500,000 pemohon dari kalangan orang muda mendapat lesen.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, selain menawarkan kursus memandu bagi mendapatkan lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199, iaitu 50 peratus lebih rendah daripada harga biasa.

Program itu turut menawarkan beberapa keistimewaan lain antaranya yuran ujian berkomputer RM17 yang dikenakan bagi ujian berkomputer akan ditanggung sepenuhnya jika peserta terpaksa mendudukinya semula, katanya kepada pemberita sempena pelantikan My E.G. Services Bhd. selaku vendor bagi mengurus program itu di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Eksekutif MyEG, Datuk Raja Munir Shah Raja Mustapha.

Khairy berkata, program BL1M adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 hingga 40 tahun dan yuran RM199 yang dikenakan meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Orang awam yang berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program itu melalui laman sesawang www.bl1m.my mulai hari ini dan mereka yang terpilih akan dihubungi setelah program itu dilancarkan, katanya.

Pendaftarannya akan dibuat selepas dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhir bulan ini. — BERNAMA

OKT lolos dikesan di Kampung Pelet, Penanti

Posted:

OKT lolos dikesan di Kampung Pelet, Penanti

OKT lolos dikesan di Kampung Pelet, Penanti

14/01/2013 7:06pm

KEPALA BATAS — Polis Pulau Pinang mengesan dua lagi baki tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas, Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, di Kampung Pelet, Penanti dekat sini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis mendapat maklumat daripada penduduk setempat memaklumkan melihat dua tahanan terbabit membeli makanan di kawasan Kampung Pelet pada 5.30 petang.

"Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat yang dimaklumkan dan ketika kita sampai mereka telah melarikan diri ke kawasan hutan di sekitar situ.

"Saya mengarahkan 28 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) membuat penggeledahan dan pemeriksaan dalam hutan bagi mengesan dua tahanan terbabit," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan petugas polis yang terlibat dalam Operasi Kesan Gelugor, di sini hari ini.

Katanya, polis juga mengubah kawasan operasi dan menumpukan kawasan Penanti dan Kubang Semang kerana percaya dua tahanan terbabit masih bersembunyi di situ.

"Kita turut memindah Markas Operasi Kesan Gelugor daripada Balai Polis Tasek Gelugor ke balai (polis) Kubang Semang bagi melancarkan operasi memburu dua tahanan terbabit dan saya percaya kita dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat," katanya.

Abdul Rahim berkata dua tahanan itu bergerak bersama dan sedang mengesan rakan-rakan mereka yang memberikan makanan dan wang. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved