Rabu, 9 Januari 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Membantu setiap kali musim perayaan

Posted:

Membantu setiap kali musim perayaan

Membantu setiap kali musim perayaan

KANAK-KANAK Pusat Jagaan Siddharthan bergambar kenangan bersama Santa Claus yang dibawakan khas oleh syarikat F&N.


SAMBUTAN Hari Natal yang disambut oleh penganut-penganut agama Kristian sememangnya sinonim dengan tradisi menjamu selera, pemberian hadiah dan kasih sayang.

Bagaimanapun, tidak semua berpeluang meraikannya dengan perasaan gembira, lebih-lebih lagi tanpa kehadiran keluarga dan insan tersayang seperti anak-anak yatim.

Justeru, kesedaran ingin membantu dan menceriakan golongan itu mendorong F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N) meraikan 35 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Siddharthan di Petaling Jaya baru-baru ini.

Pengarah Urusannya, Khalid Alvi berkata, program itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab korporat F&N untuk membantu dan menceriakan golongan kurang bernasib baik di negara ini.

"Sumbangan syarikat kepada golongan ini diadakan setiap tahun. Selain perayaan Hari Natal, kami turut meraikan mereka dalam setiap perayaan utama di negara ini seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali," katanya.

Tambah Khalid, sebagai sebuah jenama minuman yang terkenal di Malaysia, program yang diadakan juga dapat dijadikan platform oleh kakitangan syarikat itu untuk mengeratkan lagi hubungan dengan masyarakat.

Jelasnya, pihaknya berjaya mengutip kira-kira RM10,000 daripada kakitangan syarikat itu sebelum disalurkan kepada pusat jagaan berkenaan. Selain pelbagai keperluan harian seperti pakaian dan peralatan sukan, setiap kanak-kanak juga menerima wang tunai sebanyak RM200.

"Bagi memastikan keselesaan dan kebajikan para penghuninya, kami turut menyumbangkan sebanyak lima buah katil dua tingkat di samping beberapa keperluan lain," ujarnya.

Di samping bermesra dengan Santa Claus yang membawa pelbagai hadiah, kanak-kanak Siddharthan juga dijamu dengan juadah enak dan diberi pelbagai buah tangan yang bertemakan perayaan itu.

Pada masa yang sama, mereka dihiburkan dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan.

Sementara itu, Pentadbir Pusat Jagaan Siddharthan, S.K. Manimaran berkata, program yang diadakan sedikit sebanyak menceriakan kanak-kanak di pusat jagaan itu.

"Sumbangan yang diberikan dapat membantu dan meringankan beban kewangan demi memastikan kelancaran operasi dan keselesaan penghuni-penghuni di sini," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved