Isnin, 21 Januari 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cabaran 21 hari Listerine

Posted:

Cabaran 21 hari Listerine

Cabaran 21 hari Listerine

Oleh HAFIZ AHMAD

BARISAN selebriti yang memeriahkan kempen Cabaran 21 Hari Listerine.


PENAMPILAN yang kemas dan padanan barangan mewah seakan-akan tidak bernilai apabila nafas busuk yang keluar ketika berbicara membuatkan orang sekeliling berasa kurang senang.

Tabiat merokok menjadi salah satu punca kepada masalah nafas berbau. Mulut yang kering juga menyebabkan proses pembersihan bahagian dalam terhenti. lalu mengakibatkan pertumbuhan bakteria yang menyumbang kepada masalah bau nafas.

"Memberus gigi hanya membersihkan 23 peratus bahagian mulut," ujar Pengarah Komersil Johnson & Johnson Konsumer Malaysia dan Singapura, Eunice Tan ketika mengulas masalah bau mulut yang melanda sebilangan orang dewasa.

Ia dapat diatasi dengan amalan berkumur dengan cecair mulut antiseptik yang menghindar masalah kesihatan mulut seperti masalah nafas berbau, kerosakan gigi dan gusi berdarah.

"Ketika berkumur, ia dapat menghapuskan bakteria di kawasan mulut yang sukar dicapai oleh berus gigi.

"Malangnya, menerusi kajian yang dijalankan, hanya 23.6 peratus penduduk Malaysia mengamalkan penggunaan bahan kumur antiseptik secara kerap," tambah Eunice.

Bagi meningkatkan kesedaran amalan penggunaan bahan kumur antiseptik, Listerine melancarkan kempen Cabaran 21 Hari kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kempen tersebut terbuka kepada pengguna dewasa dengan menggunakan cecair kumur Listerine dua kali sehari selama 21 hari berturut-turut dengan jaminan pemulangan bagi sesiapa yang tidak merasakan keberkesanannya. Ia tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan pihak Listerine.

Tempoh masa 21 hari diperlukan untuk menanam sesuatu amalan secara berterusan.

"Dalam erti kata lain, jika pengguna boleh melakukan sesuatu perkara secara berterusan selama tiga minggu berturut-turut, berkemungkinan besar amalan itu dapat diamalkan selamanya," ujar Eunice ketika ditemui majlis pelancaran produk tersebut yang turut dihadiri oleh 21 selebriti tempatan.


LISTERINE membantu pengguna merawat bau nafas agar sentiasa segar.


Cabaran itu, tambahnya, bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia bukan sahaja mula menggunakan bahan kumur antiseptik, malah mengamalkannya sebagai sebahagian daripada rutin kebersihan mulut mereka.

Pemilihan para selebriti adalah kerana menjadi contoh terbaik memandangkan sering tampil berkeyakinan dan sering mengekalkan tahap kebersihan diri dan mulut ketika berinteraksi dengan orang ramai.

Antara selebriti yang terlibat menjayakan kempen tersebut ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Atilia Haron, Lawrence Wong, Rizal Tisin, Prem Kumar, Karl Shafek, Susan Menondan dan Dynas Mokhtar.

Memandangkan mulut merupakan aset paling berharga kepada anak seni, Dynas komited untuk mengekalkan kesihatan mulut agar sentiasa terjaga.

"Ia sudah menjadi tabiat kepada saya apabila menggunakannya setiap hari. Malah anak kecil saya turut menunjukkan minat untuk menggunakannya," kata Dynas.

Cecair kumur antiseptik Listerine terdapat dalam sembilan jenis berbeza dan boleh didapati di pasar raya besar dan farmasi seluruh negara. Layari laman web, www.listerine.com.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Cabaran 21 Hari Listerine.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved