Rabu, 16 Januari 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Sindrom kurang sopan warga Paris

Posted:

Sindrom kurang sopan warga Paris

Sindrom kurang sopan warga Paris

PUNTUNG rokok gergasi diletakkan di stesen kereta api sebagai kempen untuk mengelakkan orang ramai merokok di kawasan awam.


SETIAP tahun Paris, ibu negara Perancis menarik jutaan pelancong dari seluruh dunia. Begitupun, sedikit mengecewakan apabila kemasyhuran bandar raya itu tidak seiring dengan sikap penghuninya yang disifatkan para pelawat sebagai biadab, sombong dan kelam-kabut.

Menurut laporan sebuah blog CNN pada 2011, pintu gerbang Paris iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle dianggap sebagai lapangan terbang terburuk di dunia dengan reka pelannya yang begitu mengelirukan, tandas yang menjijikkan, selain staf lapangan terbang yang dikatakan tidak mesra.

"Bagaikan berada di penjara yang terputus dari segala hubungan," kata seorang pengembara.

Kelakuan buruk masyarakat Paris tidak hanya dialami oleh para pelawat, malah turut berlaku layanan buruk sesama mereka. Sebagai contoh, pelayan restoran melayan pelanggan dengan biadab.

Seorang pakar psikiatri Jepun yang menjalankan latihan di Paris selama tiga dekad telah berjaya mengenal pasti apa yang dinamakannya Sindrom Paris dalam kalangan para pelawat yang datang ke bandar itu.

"Pelancong tiba di Paris dengan gambaran di minda jauh yang tersasar daripada realiti sebenar," kata doktor yang tidak mahu didedahkan namanya.

"Pelancong tidak menjangka bahawa mereka akan disambut dengan begitu agresif, lantas mengakibatkan ketakutan dan diselubungi rasa bimbang."

Setelah pelbagai usaha dijalankan yang rata-rata tidak membuahkan hasil, satu usaha terbaharu telah dijalankan oleh pihak berkuasa kenderaan awam bandar tersebut.

Menggunakan siri poster penuh humor, usaha itu menampilkan pelbagai haiwan dari sisi agresif mereka yang boleh dilihat di stesen Perbadanan Kereta Api Kebangsaan Perancis (SNCF), bas dan kenderaan awam lain.

"Ini adalah masalah di seluruh Perancis," menurut Ketua Perbadanan Kereta Api Kebangsaan Perancis (SNCF), Guillaume Pepy, yang turut berkata, bahawa masalah tersebut telah berlarutan merentasi sempadan bandar itu.

Etika asas

Menurutnya juga, SNCF telah merekrut 100 petugas untuk mengingatkan para penumpang akan pelbagai etika asas yang perlu dituruti saat mereka menaiki pengangkutan awam.

Antaranya, larangan merokok di dalam kenderaan awam, larangan meletakkan kaki di tempat duduk bertentangan dan larangan merosakkan kemudahan awam.

Menurut Guillaume, yang paling teruk adalah penumpang lewat malam.

Meludah dan melayangkan isyarat lucah adalah perkara biasa.

"Mereka minum minuman keras secara terbuka, menghisap ganja dan meletakkan kaki di bangku penumpang," katanya.

Sementara itu, pakar sosiologi, Dominique Picard berkata, dia tidak pasti jika kempen itu akan berjaya, tetapi mengakui sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya.

Beliau juga merupakan penulis Savour Vivre, sebuah buku tentang adab yang diterbitkan pada tahun 2007.

Masalah imej adalah sesuatu yang tidak seharusnya berlaku pada bandar raya megah seperti Paris.

"Tapi hari ini, aduan tentang ketidaksopanan di Paris semakin bertambah. Ia tidak menjurus kepada satu kelas sosial sahaja, malah turut melibatkan keseluruhan masyarakat," tambah Dominique.

Akhbar Perancis, Marianne menyalahkan stres sebagai punca kepada masalah sikap warga Perancis terutamanya di Paris.

Tambahnya, warga Paris berada dalam keadaan lebih tertekan berbanding tempat lain disebabkan tempoh kerja yang panjang dan pertambahan penduduk sehingga menyesakkan kawasan perumahan pinggir kota. Ia menjadi tempat tinggal kepada 11 juta penduduk.

Berdasarkan kajian, 97 peratus pengguna pengangkutan awam pernah menyaksikan ketidaksopanan pengguna pada bulan sebelumnya, malah lebih mengejutkan 67 peratus mengaku melakukan kesalahan sivil kepada penumpang lain.

Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Perancis (RATP) memberi respons terhadap kempen tersebut dengan menyatakan kepentingan pertukaran senyuman ikhlas ketika berada dalam pengangkutan awam.

Tidak semua memandang rendah dengan keperibadian orang Paris.

"Selama ini, saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Masyarakat lain hanya tidak dapat menilai perbezaan budaya," ujar penulis blog Amerika, Karen Fawcett dalam blognya, Bonjour Paris.

Fahami budaya

Secara tradisional di Perancis, sedikit lirikan mata, tidak kira ketika berada dalam lif, pusat beli-belah atau dalam pengangkutan awam, menunjukkan sapaan antara mereka. Ia kadangkala tidak dapat diterima oleh segelintir pelancong asing.

"Menjadi tanggungjawab pelancong asing untuk memahami budaya dan cara hidup penduduk setempat, sebelum mereka terus membuat tuduhan atas layanan yang mereka hadapi," tulis Karen.

Sebilangan penduduk Paris mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan tahap sivik seperti yang dilakukan oleh pemilik kafe, Patrick Laubignant di bandar Marciac. Bandar itu terkenal dengan penganjuran festival jazz pada musim panas.

Dia akan menaikkan cukai 'ketidaksopanan' kepada pelanggan yang terlupa mengucapkan 'tolong' ketika membuat pembelian. - AFP

Lokas Makana bukan medan selera biasa

Posted:

Lokas Makana bukan medan selera biasa

Lokas Makana bukan medan selera biasa

Oleh MUHAMMAD IZWAN MOHD. ISA


AIDA dan Fauzi menunjukkan burger bakar dan nasi kukus yang sering menjadi pilihan ramai di Lokas Makana.


BAGI penggemar makanan yang sering mencari tempat baharu untuk menjamu selera, Medan Selera Lokas Makana yang terletak di Taman Puchong Utama, Puchong, Selangor menyajikan kelainan yang pasti membuat ramai tertarik.

Tidak hanya menyajikan pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada variasi menu tempatan mahupun antarabangsa, Lokas Makana turut menawarkan persekitaran yang mesra pengunjung dengan mewujudkan taman permainan tiub angin (inflatable games) dan litar motosikal mini.

Dimiliki bersama oleh Aida Azura Azmi, 32, dan Fauzi Mansur 31, idea untuk mengetengahkan konsep medan selera terbuka itu tercetus apabila kurangnya medan selera yang menawarkan konsep seperti itu di kawasan Lembah Klang.

Menurut Aida, setiap gerai di Lokas Makana menawarkan pelbagai jenis menu makanan dan minuman yang berbeza sesuai dengan selera dan cita rasa pengunjung tempatan.

"Banyak pilihan makanan dan minuman yang ditawarkan oleh 13 gerai makanan di Lokas Makana. Setiap pengunjung yang datang ke sini terutamanya yang membawa ahli keluarga tidak terkongkong dengan menu makanan yang terhad.

Kawasan riadah

"Paling istimewa, sebuah litar motosikal mini dan taman permainan tiub angin disediakan untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang datang menjamu selera bersama keluarga mereka di sini," katanya.

Ketika ditanya mengenai keunikan nama medan selera yang mula dibuka pada 7 Januari 2012 itu, Fauzi memberitahu, Lokas Makana berasal daripada perkataan 'lokasi makanan' yang telah dipendekkan.

"Kami memilih untuk menamakan medan selera ini sebagai Lokas Makana kerana percaya ia mudah menarik perhatian umum dan senang diingat oleh pengunjung.

"Lebih-lebih lagi, nama tersebut seperti mencerminkan suasana ceria medan selera kami yang sering mendapat kunjungan ramai pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat," jelasnya.

Antara makanan yang mendapat perhatian pengunjung di Lokas Makana termasuklah burger bakar kaw kaw, nasi kukus sedap songoti, French toast asli yang dihidangkan dengan aiskrim vanila dan snek popular dari Jepun, takoyaki.

Fauzi menambah, selain mengutamakan kepelbagaian jenis menu, keselesaan pelanggan juga turut diambil kira bagi memberikan kepuasan sepenuhnya ketika menjamu selera di Lokas Makana.

"Kami menyediakan tempat meletak kenderaan yang luas serta khemah yang besar bagi pengunjung yang ingin makan di kawasan berbumbung. Terdapat juga tandas untuk orang kelainan upaya dan kemudahan surau bagi pengunjung untuk menunaikan solat," katanya lagi.

Sementara itu, pelanggan setia Lokas Makana, Shamil Hizamie, 25, ketika ditemui berkata, dia kerap menjamu selera di sana kerana kepelbagaian menu yang ditawarkan oleh medan selera itu serta suasana tempat makan yang ceria dan terbuka.

"Harga yang dikenakan oleh setiap gerai juga sangat berpatutan dan kualiti hidangan yang disediakan sangat memuaskan," kongsinya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved