Selasa, 15 Januari 2013

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Peringatan cegah penyakit pneumokokal

Posted:

Peringatan cegah penyakit pneumokokal

Peringatan cegah penyakit pneumokokal

BOLA Kehidupan ini dibawa ke beberapa tempat bagi meraih sokongan orang ramai bagi mencegah penyakit pneumokokal.


PENYAKIT pneumokokal merupakan kumpulan penyakit kompleks disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumonia.

Bakteria itu boleh menyebabkan jangkitan serius seperti jangkitan bakteria dalam darah, meningitis, pneumonia dan otitis media (jangkitan telinga).

Menyedari kesan buruk penyakit pneumokokal iaitu sejenis penyakit serius yang lazimnya membawa maut dan menyebabkan kehilangan upaya, Pfizer Malaysia telah memulakan beberapa inisiatif beberapa bulan lalu.

Tujuannya tidak lain tidak bukan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyakit tersebut dan bagi menonjolkan betapa pentingnya usaha mencegahnya dalam kalangan rakyat Malaysia.

Salah satu daripada inisiatifnya ialah Ball of Life atau Bola Kehidupan.

Bola Kehidupan ialah bola zorb (bola angin yang mempunyai ruang pada bahagian dalam) yang dibawa ke beberapa tempat di ibu kota dan lokasi berhampiran dalam masa tiga minggu.

Kehadiran bola itu menyeru orang ramai membuat ikrar untuk menyokong usaha mencegah penyakit pneumokokal. Pada masa yang sama, mereka dididik mengenai pelbagai aspek tentang penyakit tersebut.

Memulakan perjalanannya pada 18 Oktober di pusat beli-belah 1 Utama, bola zorb itu bergerak ke Lot 10, Kuala Lumpur pada minggu berikutnya dan kemudian ke lokasi terakhir di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada 1 November lalu.

Bagaimana ia boleh membantu? Bola Kehidupan memberi peluang pendidikan kepada orang ramai dengan meningkatkan kesedaran mereka terhadap penyakit pneumokokal yang masih belum mendapat perhatian sewajarnya.

Orang ramai hanya perlu menurunkan tandatangan pada Bola Kehidupan dan membuat ikrar untuk menyokong usaha menentang penyakit tersebut.

Bagi setiap tandatangan yang tertera, Pfizer Malaysia akan memberi sumbangan kepada Yayasan Paru-Paru Malaysia dan ia akan digunakan untuk penyelidikan bagi membantu mencegah penularan penyakit pneumokokal.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Moment That matter yang dilancarkan oleh Pfizer untuk menyerlahkan kepentingan melindungi detik-detik berharga antara golongan tua dan muda.

Luar dugaan

Perjalanan Bola Kehidupan dari satu lokasi ke satu lokasi akhirnya berjaya mengumpul lebih daripada 3,000 tandatangan yang disasarkan.

Sokongan luar dugaan tersebut menghasilkan 11,476 ikrar yang menunjukkan sokongan orang ramai terhadap usaha menentang penyakit pneumokokal. Setiap satu tandatangan itu membawa ikrar sumbangan RM5.

"Kami benar-benar teruja dengan sambutan positif daripada orang ramai dan sokongan mereka kepada usaha meningkatkan kesedaran terhadap penyakit ini.

"Sumbangan Pfizer Malaysia menerusi ikrar orang ramai ini akan membantu usaha penyelidikan penyakit pneumokokal," kata Pengerusi Yayasan Paru-Paru Malaysia, Datuk Dr. Zainudin Md. Zin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa penyakit pneumokokal membunuh kira-kira kira-kira 700,000 hingga sejuta kanak-kanak berumur di bawah usia lima tahun setiap tahun di seluruh dunia.

Di peringkat global pula, kelaziman penyakit pneumokokal serius dianggarkan 14.5 juta kejadian dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun.

Orang tua juga tidak terkecuali daripada penyakit pneumokokal kerana mereka merupakan golongan paling teruk diserang pneumonia setiap tahun.

Pada tahun 2002, hampir 65,000 orang meninggal dunia akibat pneumonia, 90 peratus daripada kematian tersebut membabitkan mereka yang berumur 65 tahun ke atas.

Asia mencatatkan kes penyakit pneumokokal paling tinggi termasuk beban penyakit invasif dan bukan invasif di dunia dengan separuh daripada kes penyakit pneumokokal berlaku di Asia sahaja.

Meskipun angka ini amat membimbangkan, penyakit membawa maut ini masih tetap kurang mendapat perhatian.

Justeru, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesan penyakit dan menggalakkan setiap orang membantu memastikan semua rakyat Malaysia dapat hidup bebas daripada penyakit pneumokokal.

"Kami sedar beratnya beban penyakit pneumokokal di negara ini dan kami benar-benar komited untuk terus meningkatkan kesedaran supaya lebih ramai rakyat Malaysia boleh dilindungi.

"Inisiatif Bola Kehidupan mendapat sokongan yang sangat memberangsangkan dan rakyat Malaysia semakin menyedari pentingnya usaha mencegah penyakit ini," kata Pengarah Hal Ehwal Awam Pfizer Malaysia, Singapura dan Brunei, Noor Yang Azwan Kamarudin pada Majlis Pelancaran Vaksin Konjugat Pneumokokus keluaran Pfizer.

Turut sama pada majlis tersebut ialah Pengarah Institut Perubatan Respiratori Kuala Lumpur, Datuk Abdul Razak Muttalif dan Doktor Perubatan Pfizer, Dr. Vicknesh Welluppillai.

Vaksin tersebut disyorkan untuk orang dewasa berumur 50 tahun ke atas sebagai pelalian bagi mencegah penyakit pneumokokal invasif. - NURUL IZZA ROSLY.

Amal Popmycase dan Boboi

Posted:

Amal Popmycase dan Boboi

Amal Popmycase dan Boboi


RAKYAT Malaysia sememangnya prihatin terhadap nasib penduduk Palestin yang berdepan dengan tekanan rejim Zionis.


WALAUPUN serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza sudah lebih sebulan berlalu, namun bayangan kesengsaraan penduduk Palestin masih segar dalam ingatan kita. Rentetan daripada itu, pelbagai organisasi dan individu tertentu tampil memberikan bantuan kepada mereka.

Terbaru, kumpulan pelawak Boboi bekerjasama dengan peneraju rekaan dan pengubahsuaian sarung telefon pintar serta tablet dengan cetakan 3D, Popmycase mengumumkan pelancaran kutipan dana untuk Palestin melalui tiga karya seni terbaharu, Boboi Palestine.

Kolaborasi ini bertujuan untuk menyalurkan sumbangan kewangan kepada mangsa-mangsa peperangan di Gaza dan menyatakan sokongan padu untuk membebaskan bumi Palestin dari cengkaman Zionis Israel.

Amat menyedihkan apabila melihat kediaman, harta benda, masjid dan sekolah mereka dijahanamkan sedemikian rupa dalam perang selama lapan hari itu.

Dengan bekalan ubat-ubatan yang masih berkurangan dan kemudahan infrastruktur yang terhad, penduduk Palestin sangat-sangat mengharapkan bantuan dunia terutamanya negara-negara Islam untuk membolehkan mereka membina semula Gaza.

Persepsi adalah realiti. Itulah yang terjadi kepada pelakon, pengacara dan pengarah terkenal, Afdlin Shauki. Beliau telah melihat sendiri keperitan dan kepayahan rakyat Palestin melalui rombongan misi kemanusiaan ke Gaza Disember lalu.

Rombongan tersebut telah mengubah perspektif Afdlin terhadap Gaza. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat Palestin yang tertindas. Idea terus tercetus. Dana untuk Palestin melalui karya seni pada sarung telefon pintar yang unik dan bergaya mungkin boleh membantu.

"Boboi adalah watak yang direka oleh saya, Harun Salim Bachik dan Nabil. Kami menyasarkan lebih kurang 1,000 sarung telefon pintar dengan rekaan Boboi Palestine dapat dijual. Kami berharap dengan hasil karya ini, ia dapat mengurangkan beban rakyat Palestin.

"Kita perlu bersuara dalam hal ini. Boboi dan Popmycase percaya bahawa penindasan terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan segera dan rejim Zionis Israel perlu dihukum secukupnya di muka pengadilan. Kita tidak boleh membiarkan konflik ini terus berlanjutan," terang Afdlin.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved