Rabu, 9 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Harga sebenar Mat Yo

Posted:

Harga sebenar Mat Yo

Harga sebenar Mat Yo

NORSHAHRUL (kanan) mencetuskan kontroversi apabila beralih arah dengan menyertai Johor DT musim ini.


NILAI tebus kontrak penyerang Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bakal terjawab hari ini.

Sedar isu tersebut semakin berlarutan, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad mengesahkan bahawa satu sidang akhbar khas akan diadakan hari ini bagi menentukan jumlah sebenar nilai tebus kontrak Mat Yo.

Azzuddin memberitahu, mesyuarat itu bakal dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Biarlah pihak yang sepatutnya menjelaskan perkara itu dengan lebih tepat.

"Kita tunggu sahaja keputusan status Mat Yo esok (hari ini)," kata Azzuddin ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, isu tebus kontrak Mat Yo dengan bekas majikannya, Persatuan Bola Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilihat seperti tiada kesudahannya.

Selain Mat Yo turut menerima tempias ekoran isu terbabit, sudah tentu majikan baharunya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

Gara-gara isu tersebut, dua individu - Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim - tampil memberikan kenyataan kepada pihak media sejak beberapa minggu lalu.

Biarpun Mat Yo telah menjelaskan bayaran berupa draf bank berjumlah RM250,000 kepada KAFA, namun badan induk itu masih sangsi dengan tujuan pembayaran tersebut kerana tidak dinyatakan jenis pembayaran berkenaan.

KAFA menegaskan, ini kerana Mat Yo sepatutnya membayar harga tebus kontrak tersebut dalam tempoh 30 hari selepas didaftarkan dengan pasukan baharu.

Kelmarin, Annuar turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Mat Yo perlu melunaskan bayaran tidak kurang daripada RM1 juta.

Annuar berkata, jumlah tersebut adalah cukup relevan selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk bayaran penamatan kontrak, yuran perpindahan dan pinjaman serta pelbagai insentif yang diberikan oleh KAFA.

Mat Yo menamatkan kontraknya dengan KAFA pada 1 November lalu iaitu 13 bulan lebih awal sebelum kontrak sebenarnya tamat.

UniKL tampil laung amaran awal

Posted:

UniKL tampil laung amaran awal

UniKL tampil laung amaran awal

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


IMBAS KEMBALI... Sekolah Sains Tengku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolt) muncul juara MJHL 2012.


LIGA Hoki Remaja (MJHL) 2013 akan membuka tirainya secara rasmi hari ini.Pada edisi kali ini, MJHL mencatat rekod tertinggi penyertaan dengan 28 pasukan bakal beradu kekuatan masing-masing.

Lapan pasukan akan bertanding dalam Divisyen Satu manakala Divisyen Dua pula dipecahkan kepada 10 pasukan bagi Kumpulan A dan 10 lagi bagi Kumpulan B.

Untuk rekod, MJHL yang melibatkan pemain bawah usia 19 tahun itu bermula sejak tahun 1995 mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Nestle.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan-pasukan pilihan seperti Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail (SSTMI-Thunderbolt), UniKL Young Guns, Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sering mendominasi kejohanan itu.

Namun, pujian juga harus diberikan kepada setiap pasukan yang mengambil bahagian kerana sentiasa berusaha untuk tampil dengan watak berbeza dalam setiap perlawanan.

Bagi bekas jurulatih kebangsaan, Stephen van Huizen, beliau gembira melihat peningkatan penyertaan pada edisi kali ini.

Namun, pada masa yang sama, beliau agak bimbang dengan situasi penguasaan berterusan oleh pasukan- pasukan elit pada setiap musim.

"Pada pandangan saya, pemain-pemain yang terpilih mewakili skuad senior kebangsaan tidak lagi perlu bermain dalam MJHL kerana biarlah MJHL menjadi medan kepada muka-muka baharu menunjukkan bakat mereka.

"Ia bertepatan dengan objektif kejohanan itu yang ingin mencungkil bakat-bakat baharu sebelum mereka diserapkan ke pelbagai pasukan dalam peringkat umur.

"MJHL juga adalah satu platform buat semua pemain muda sebelum mereka melebarkan sayap untuk pergi lebih jauh," kata van Huizen.

Kenyataan van Huizen itu ada kebenarannya kerana kehadiran nama-nama besar seperti Suhaimi Ibrahim, Chua Boon Huat, Nor Azlan Bakar, Logan Raj, Keevan Raj, Jiwa Mohan, Jivan Mohan, Mat Radzi Rodhanizam, Abdul Razak Saidin, Mohd. Amin Rahim, Roslan Jamaluddin, Mohd. Madzli Ikmar dan ramai lagi semuanya lahir daripada MJHL.

Sementara itu, UniKL dilihat antara salah sebuah pasukan yang bakal memberi cabaran hebat musim ini, lebih-lebih lagi mereka bakal tampil dengan penyokong setia yang dikenali sebagai Ultras UniKL.

"Kami mempunyai misi yang besar dalam saingan musim ini. Kami bukan sahaja setakat mahu menerapkan mentaliti inginkan kemenangan tetapi kami juga mahu setiap pemain berfikiran jauh ke hadapan.

"Kami meletakkan sasaran untuk menyapu bersih semua gelaran musim ini dan perkara itu dilihat sesuatu yang realistik berdasarkan persediaan fizikal dan mental yang telah kami buat," jelas pengurus Uni- KL, Mohd. Faiz Isa.

Selangor mula congak langkah

Posted:

Selangor mula congak langkah

Selangor mula congak langkah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


FORKEY DOE (kiri) bersaing dengan pemain Negeri Sembilan, William Modibo pada aksi di Stadium Shah Alam malam kelmarin. Selangor menang 1-0.


JURULATIH Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menganggap kemenangan 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Shah Alam malam kelmarin mampu dijadikan suntikan motivasi dalam usaha The Red Giants mempamerkan rentak lebih konsisten musim ini.

Menurut Irfan, kejayaan mengutip tiga mata berharga tersebut sangat penting bagi menghadapi dua perlawanan seterusnya di gelanggang lawan nanti.

Selangor dijadualkan menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu ini sebelum bertemu Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Selasa depan.

"Perlawanan pertama ini agak susah sedikit yang mana ada pemain-pemain saya dilihat hilang tumpuan.

"Apa-apa pun, kemenangan itu sangat penting bagi menaikkan moral para pemain bagi menghadapi Lions XII dan Terengganu di tempat lawan selepas ini," kata Irfan kepada pemberita sejurus tamat perlawanan malam kelmarin.

Irfan menambah, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan penyerang import baharu, Francis Forkey Doe biarpun bekas bintang Terengganu itu dilihat masih bergelut dengan prestasinya.

"Memang tidak sampai tahap yang sepatutnya tetapi saya berpuas hati kerana dia (Forkey Doe) memainkan peranan penting dalam mencipta hantaran kepada S. Kunanlan yang menjaringkan gol kemenangan malam ini (malam kelmarin).

"Saya berharap, barisan serangan kami akan lebih agresif apabila bertandang ke Singapura dan Terengganu nanti," katanya.

Kunanlan pula ternyata teruja selepas membantu pasukan baharunya itu meraih kemenangan dalam aksi pembukaan Liga Super musim ini.

"Sudah tentu saya gembira selepas menjaringkan gol pertama saya bersama Selangor.

"Ia memberikan satu semangat dalam usaha membantu pasukan meraih kemenangan dan saya berazam untuk memberikan aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved