Sabtu, 19 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Selangor calar ego Pahang

Posted:

Selangor calar ego Pahang

Selangor calar ego Pahang

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
dan NOR AZIRAN YUNUS

AMRI (kiri) menyumbat dua gol untuk membantu Selangor menewaskan Pahang 3-2 malam tadi.


PEMAIN gantian, Muhammad Ramzul Zahini Adenan muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan 3-2 Selangor ke atas Pahang 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi.

Bekas pemain Kelantan itu tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang hasil hantaran menarik dari Shukor Jusoh untuk menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-80.

Sebelum ini penyerang veteran, Mohd. Amri Yahyah menjaringkan dua gol buat skuad Gergasi Merah.

Amri meletakkan Selangor di depan seawal minit kedua apabila bijak memanfaatkan hantaran rendah Solihin Kanasian sebelum pemain berusia 32 tahun itu menyumbat gol kedua selepas menolak mudah hantaran S. Veenod, sekali gus menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nordin pada minit ke-20.

Tersentak dengan dua gol tersebut, skuad Tok Gajah kembali bangkit dengan melancarkan serangan ke kubu pertahanan Selangor dan hasilnya, penyerang sensasi Pahang, Mohd. Fauzi Roslan berjaya merapatkan jurang apabila meledakkan gol pertama pada minit ke-24.

Kesungguhan Pahang untuk menjaringkan gol penyamaan berbaloi apabila bekas pemain Selangor, Mohd. Razman Roslan mudah menyempurnakan sepakan penalti tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat untuk mengikat kedudukan 2-2.

Bersambung di separuh masa kedua perlawanan, Pahang kembali menguasai perlawanan apabila melancarkan serangan bertali arus ke benteng pertahanan Gergasi Merah.

Begitupun, Ramzul memastikan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim meraih tiga mata berharga apabila menjaringkan gol kemenangan, sekali gus membantu Selangor menghuni tangga kedua setelah mengutip sembilan mata.

Meskipun tewas kepada Selangor, skuad kendalian Dollah Salleh kekal di puncak liga setelah berkongsi mata dengan Selangor dan Lions XII dengan kelebihan perbezaan jaringan.

"Saya tetap berpuas hati dengan persembahan skuad saya malam ini. Hanya kelalaian barisan pemain saya menyebabkan pasukan kami gagal meraih sekurang-kurang satu mata," ujar Dollah kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Dalam perkembangan yang sama, Irfan tetap meluahkan rasa kagum kepada Pahang yang menggunakan 100 peratus tenaga tempatan selain menganggap skuad kendaliannya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan sejujurnya, saya amat menghormati Pahang dengan sikap juang mereka serta menurunkan barisan pemain tempatan," kata Irfan.

Sementara itu, di Stadium Jalan Besar Singapura, Terengganu mencatat kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 1-2 kepada Lions XII.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Perak hasil jaringan Mohd. Failee Mohamad Ghazli pada minit ke-96.

Nasihat Annuar buat TMJ

Posted:

Nasihat Annuar buat TMJ

Nasihat Annuar buat TMJ

Oleh ADHAM SHADAN
adham.shadan@kosmo.com.my

"SAYA nasihatkan TMJ (Tunku Mahkota Johor) supaya jadi presiden (bola sepak negeri) serupa dengan presiden-presiden lain. Ada ramai presiden persatuan bola sepak di negara ini. Sama ada beliau, Wan, Nik, Datuk, Tengku, Raja atau Sultan sekalipun, mari kita ikut satu peraturan sahaja."

Itu antara nasihat yang diberikan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) semalam yang dianggap mencetuskan perkara-perkara 'pelik' yang membawa kegawatan dalam arena bola sepak negara masa ini.

Annuar mengulas mengenai perkembangan mutakhir berhubung isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha dan yang terbaru apabila pasukan Johor Darul Takzim yang dikatakan membawa Anggota Rejimen Ke-21 Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium Sultan Muhammad IV.

Bagaimanapun, PBNJ menjelaskan kelmarin bahawa pasukan tersebut bukan anggota GGK sebaliknya askar Timbalan Setia Negeri (TSN) atau Johor Military Force (JMF) yang ditugaskan untuk mengawal pergerakan kerabat Johor yang menghadiri majlis tertentu termasuk mana-mana acara sukan.

"Sebelum ini belum pernah berlaku kegawatan dalam bola sepak negara. Sekarang timbul soal mengambil pemain menerusi 'pintu belakang', bawa masuk askar dalam stadium, ini semua hanya dibawa oleh PBNJ sahaja.

"Jadi nasihat saya sebagai orang tua kepadanya, apapun dia adalah rakan sejawat saya. Lupakan latar belakang kita, saya, Tan Sri dan beliau, Tunku.

"Saya mahu nasihat beliau dan beliau juga pernah menasihati saya. Tak usah bawa benda pelik-pelik dalam bola sepak negara. Buat seperti biasa sahaja. Bola sepak ini permainan orang ramai," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Melor, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Annuar mendedahkan bahawa beliau telah mengambil langkah keselamatan yang 'luar biasa' untuk memastikan penyokong-penyokong Johor dijaga dengan baik pada perlawanan, Selasa lalu antaranya memikirkan bagaimana hendak membawa masuk, keluar mereka serta meminta bantuan kelab penyokong rasmi bagi jaga pasukan pelawat.

"Saya tak pernah lagi menyusun urusan keselamatan pasukan pelawat seperti mana yang kami buat untuk Johor. Saya mahu dia faham mengenai perkara ini.

"Sepanjang jadi presiden KAFA, saya belum pernah mengambil tanggungjawab sendiri dan mengadakan perbincangan sendiri kerana memikirkan supaya penyokong-penyokong Johor dapat dijaga dengan baik. Sebelum ini, biasanya saya serahkan kepada bahagian pentadbiran.

"Dan saya tak pernah melibatkan kelab penyokong untuk menjaga pasukan pelawat. Ini kali pertama kami lakukan untuk Johor. Semuanya berjalan baik dan melalui perbincangan, jadi gambaran yang diberikan tidak tepat," ujarnya.

Baru-baru ini pasukan Johor Darul Takzim telah membawa masuk GGK di stadium sehingga menimbulkan polemik adakah stadium di Kota Bharu tidak selamat.

Permusuhan antara Johor Darul Takzim dan Kelantan bukan hanya di atas padang kerana sebelum saingan liga bermula, kedua-dua pasukan sudah berbalah mengenai perpindahan Norshahrul ke pasukan Harimau Selatan itu yang didakwa KAFA sebagai salah.

Bagaimanapun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui mesyuarat Jawatankuasa Pusat mendakwa tindakan Norshahrul tidak salah. FAM turut mendakwa tindakan membawa GGK tidak ada kesalahan.

Dalam pada itu, Annuar ketika ditanya mengenai keputusan FAM itu, beliau secara sinis berkata, setakat ini Johor tidak pernah melakukan kesalahan.

PBNJ buat akuan bersumpah

Posted:

PBNJ buat akuan bersumpah

PBNJ buat akuan bersumpah

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bertindak membuat akuan bersumpah terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang didakwa gagal mengawal keselamatan para pemain serta penyokong Johor Darul Takzim (Johor DT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Selasa lalu, lapor MAZLINA ABDUL MAJID.

Akuan tersebut dibuat oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim dan Bendahari Kehormat PBNJ, Datuk Abd. Latif Bandi yang juga merangkap Penolong Pengurus pasukan Johor DT.

Menurut Suhairi, akuan itu akan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai rujukan.

"Tujuan (membuat akuan bersumpah) ialah untuk mendapatkan jawapan terhadap janji KAFA yang mahu menjamin keselamatan dan keselesaan para penyokong Johor DT sebagai tetamu. Ada antara mereka yang cedera dan trauma gara-gara insiden baru-baru ini.

"Saya sebagai ketua yang sepatutnya menjaga keselamatan ahli rombongan berasa amat kecewa dan malu kepada peminat-peminat Johor DT," katanya kepada Kosmo! Ahad di Johor Bahru semalam.

Akuan bersumpah itu antara lain menjelaskan butiran mesyuarat antara wakil KAFA iaitu Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ismail Mohd. Nor mengenai perlawanan kedua-dua pasukan pada pukul 2 petang, 15 Januari lalu sebelum permainan berlangsung.

Kenyataan tersebut turut menyebut, Annuar dan Ismail mengesahkan bahawa mereka tidak dimaklumkan tentang kehadiran 200 penyokong Johor DT tetapi bersedia untuk menyambut kedatagan tetamu VVIP dari Johor DT walaupun hal itu telah dimaklumkan dalam surat PBNJ kepada KAFA bertarikh 14 Januari lalu.

"Kami berbincang tentang suasana semasa apabila penyokong Kelantan masih tidak berpuas hati dengan isu Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) dan saya menyatakan bahawa semua pihak perlu bersedia berhadapan provokasi daripada penyokong, serta kebimbangan tentang isu keselamatan.

"Oleh itu, Annuar telah minta Ismail untuk memanggil satu mesyuarat keselamatan antara PBNJ, KAFA dan pihak-pihak yang bertanggungjawab," menurut akuan tersebut.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved