Rabu, 16 Januari 2013

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Angkara penyokong

Posted:

Angkara penyokong

Angkara penyokong

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

INSIDEN tegang yang membabitkan penyokong Kelantan dan Johor DT di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin .


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bakal berdepan hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ia gara-gara kekecohan yang ditimbulkan oleh penyokong pasukan Kelantan dan Terengganu malam kelmarin.

Di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pihak polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor Darul Takzim (DT) masuk ke kawasan padang apabila segelintir peminat Kelantan bertindak membaling botol minuman sejurus tamat perlawanan.

Perlawanan yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1 itu turut dicemari dengan insiden membaling mercun dan bom asap berhampiran kawasan padang.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, segelintir penyokong Terengganu pula gagal mengawal perasaan apabila bertindak membaling botol minuman kepada penjaga garisan, Mohd. Fazli Ishak.

Difahamkan, tindakan mereka itu disebabkan tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan pengadil perlawanan. Dalam aksi tersebut, Terengganu tewas 1-2 kepada Selangor.

Diminta mengulas insiden di Kota Bharu dan Kuala Terengganu itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan terhadap KAFA dan PBSNT yang dilihat gagal mengawal penyokong masing-masing.

"Buat masa ini, (pegawai pertandingan) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sudah mengemukakan aduan rasmi. Bagaimanapun, FAM masih belum menerima sebarang laporan daripada Stadium Sultan Muhammad IV.

"FAM akan memutuskan bentuk hukuman selepas mendapatkan laporan penuh dari pegawai pertandingan dengan meneliti setiap bukti," kata Azzuddin semalam.

Dalam perkembangan lain, kehadiran Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) di Stadium Sultan Muhammad IV turut mendapat perhatian FAM.

Kehadiran JMF yang lengkap bersenjata jelas mengundang perasaan kurang senang penyokong Kelantan.

Ini kerana Johor DT tampil tanpa kehadiran JMF ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 8 Januari lalu.

Bagaimanapun Azzuddin menjelaskan, FAM akan menyiasat perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.

"FAM telah menerima aduan tidak rasmi mengenai perkara tersebut tetapi kami akan menyiasat terlebih dahulu," ujarnya.

Pahang enggan mendabik dada

Posted:

Pahang enggan mendabik dada

Pahang enggan mendabik dada

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my


PENYERANG Pahang, Fauzi Roslan (kanan) dicabar pemain Negeri Sembilan pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin. Pahang menang 2-1.


PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh enggan mendabik dada biarpun anak-anak buahnya kini mengungguli kempen Liga Super selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut.

Bagi Dollah, perjalanan skuad Tok Gajah masih jauh dan beliau tidak mahu anak- anak buahnya dibuai mimpi indah dengan pencapaian mereka setakat ini.

Justeru, beliau tetap menuntut barisan kendaliannya mengekalkan momentum sedia ada, seterusnya mencerahkan peluang mereka menjadi antara pencabar kejuaraan liga musim ini.

Dollah mengakui yang saingan kali ini agak sengit dan memerlukan komitmen dan fokus dalam usaha mengekalkan skuad Tok Gajah di tangga teratas.

"Kemenangan ke atas Negeri Sembilan hari ini (malam kelmarin) menambah semangat para pemain dan keyakinan penyokong Pahang untuk memberi sokongan kepada skuad ini.

"Bagaimanapun bagi saya, banyak aspek para pemain yang perlu diperbaiki. Lagi pun kita belum bertemu pasukan yang dianggap hebat untuk menguji kemampuan sebenar," kata Dollah.

Pahang kekal sebagai pendahulu Liga Super selepas mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menundukkan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin.

Mengulas mengenai aksi tersebut, beliau agak kurang berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya yang tidak begitu menyerlah berbanding perlawanan sebelum ini iaitu ketika bertemu Johor Darul Takzim dan Felda United.

"Bagaimanapun, saya tidak boleh seratus peratus salahkan mereka kerana mereka sudah mempamerkan prestasi terbaik dalam dua perlawanan sebelum ini.

"Namun, kelemahan itu akan diatasi dan paling penting, pemain perlu fokus meneruskan perjuangan dengan mempamerkan aksi terbaik menentang pasukan seterusnya nanti," jelasnya.

Beliau berkata, dua pemain import, Nikolce Kleckarouski dan Mohamad Borji juga belum memperlihatkan persembahan yang diharapkan.

"Ketika dalam latihan, mereka bagus tetapi bila beraksi dalam perlawanan sebenar, mereka nampaknya tidak banyak membantu pasukan," katanya.

Stosur tersingkir

Posted:

Stosur tersingkir

Stosur tersingkir


ZHENG JIE menewaskan Stosur untuk menempah slot
ke pusingan ketiga Terbuka Australia semalam.


MELBOURNE - Zheng Jie dari China mengejutkan pemain pilihan tuan rumah, Samantha Stosur untuk mengekori rakan senegara, Li Na ke pusingan ketiga pada Kejohanan Tenis Terbuka Australia semalam.

Zheng bangkit daripada ketinggalan pada set terakhir di Rod Laver Arena untuk menewaskan Stosur yang tampil selaku pemain pilihan kesembilan 6-4, 1-6, 7-5.

Selepas kemenangan itu, Zheng yang mara ke separuh akhir pada 2010 dan menjadi juara beregu sebanyak dua kali pada kejohanan Grand Slam mengakui ketabahan menjadi kunci utama kejayaan itu.

"Saya akui bahawa saya tidak cukup tinggi dan kuat. Jurulatih memberitahu sekiranya saya mahu pergi jauh, saya perlu bekerja keras untuk mendapatkan bola dan fokus bagi mengutip semua mata," katanya.

"Jadi, ini adalah corak permainan saya."

Li Na yang menjadi juara Terbuka Perancis dan naib juara Terbuka Australia 2011 turut berdepan detik sukar sebelum menang 6-2, 7-5 ke atas Olga Govortsova dari Belarus.

"Dia (Govortsova) memulakan set kedua dengan lebih baik. Jadi, saya gembira apabila menang," kata Li Na sambil mengakui yang dia yakin untuk menambah koleksi Grand Slam dimenanginya pada musim 2011.

"Australia adalah untuk saya. Saya sangat yakin bahawa saya boleh memenangi gelaran Grand Slam ini."

Selepas kemenangan Peng Shuai kelmarin, tiga pemain perseorangan wanita China mara ke pusingan ketiga di Melbourne, sekali gus memberikan petanda positif sebelum negara itu menganjur- kan lima kejohanan WTA tahun depan.

Sementara itu, pemain Jepun, Kei Nishikori mengibarkan bendera Asia dalam kategori lelaki.

Nishikori yang mara ke suku akhir tahun lalu turut mara ke pusingan ketiga selepas mengecewakan pemain Argentina, Carlos Berlocq 7-6 (4), 6-4, 6-1.

"Saya berasa sangat selesa bermain di sini. Tahun lalu saya mendapat sokongan yang padu. Saya rasa ini adalah salah satu kejohanan Grand Slam yang menarik untuk saya bermain," kata Nishikori.

"Ia adalah satu kejohanan Grand Slam Asia dan seperti mana yang anda saksikan hari ini (semalam), saya memperoleh banyak sokongan dan ia menjadikan saya lebih baik. Saya menyukainya." - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved