Rabu, 9 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penyebar berita palsu boleh didenda RM50,000

Posted:

Penyebar berita palsu boleh didenda RM50,000

Penyebar berita palsu boleh didenda RM50,000

KERATAN laman web yang mendakwa Najib mengalami strok ringan pada 5 Januari lalu.


CYBERJAYA - Orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu melalui internet atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang iaitu denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, hukuman tersebut boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penyebaran berita palsu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserang strok ringan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lelaki hilang ditemui mati

Posted:

Lelaki hilang ditemui mati

Lelaki hilang ditemui mati

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my


MOHD. NIZAM menunjukkan sepasang kasut milik Fadzil yang ditemui di tepi telaga di Kampung Padang Halban, Changlun kelmarin. Kawasan dalam bulatan ialah tapak telaga itu yang telah dikambus. Gambar kecil, Allahyarham Fadzil.


CHANGLUN - Misteri kehilangan seorang lelaki lembam sejak lebih dua minggu lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan sudah mereput di dalam sebuah telaga tinggal di Kampung Padang Halban di sini kelmarin.

Mayat Fadzil Hussain, 56, ditemui pada pukul 11 pagi oleh seorang pekerja kontrak, Mohd. Nizam Abdul Hamid, 35, yang ingin membuang air kecil di kawasan semak berhampiran telaga tersebut.

Telaga sedalam tiga meter dan mempunyai air paras pinggang orang dewasa itu terletak kira-kira 500 meter dari rumah Fadzil.

Kata Mohd. Nizam, sebelum menemui mayat itu, dia sedang melakukan kerja-kerja memasang pagar sebuah sekolah tidak jauh dari telaga tinggal tersebut.

"Ketika ternampak objek seperti mayat itu, saya sangka ia sampah yang diikat dengan baju tetapi apabila diamati betul-betul ia merupakan mayat tanpa kepala bersandar pada dinding di dalam telaga berkenaan.

"Tengkoraknya pula berada bersebelahan badan lelaki itu dan ia mungkin terjatuh kerana mayat sudah mereput," ceritanya yang terus memaklumkan penemuan itu kepada pihak sekolah dan polis.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jayakan penjenamaan negara

Posted:

Jayakan penjenamaan negara

Jayakan penjenamaan negara


MUHYIDDIN (kiri) bersalaman dengan peserta yang hadir pada majlis penutup Razak Roundtable: Creating Brand Power for Countries and Companies di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa sektor awam memainkan peranan penting setara dengan sektor swasta bagi memastikan kejayaan kempen penjenamaan negara.

Beliau berkata, sektor awam perlu berubah mengikut peredaran masa dan tuntutan semasa bagi membolehkan sektor awam kita berusaha ke arah kecemerlangan dan melaksanakan pelan secara efektif yang perlu berasaskan pengetahuan dan kebijaksanaan.

"Penting untuk kita semua menyedari bahawa jenama negara merupakan paksi kepada kekuatan sedia ada kita, bukan sekadar satu hasrat.

"Ia perlu berakar umbi kepada realiti dan ada hubung kait dengan rakyat, merangkumi bukan sahaja produk tetapi urus tadbir, sosial dan modal insan serta pertumbuhan mapan," katanya pada majlis penutup Razak Roundtable: Creating Brand Power for Countries and Companies di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved