Sabtu, 19 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bahana naik kenderaan curi

Posted:

Bahana naik kenderaan curi

Bahana naik kenderaan curi

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

BEBERAPA anggota polis memeriksa kereta Proton Waja yang dinaiki seorang penjenayah dan teman wanitanya di Taman Sejati, Klang kelmarin.


KLANG – Tindakan seorang lelaki dan teman wanitanya yang menaiki sebuah kereta Proton Waja melarikan diri daripada polis mengundang padah apabila wanita itu maut terkena tembakan di Taman Sejati di sini kelmarin. Wanita berusia 22 tahun itu meninggal dunia selepas cedera di badan akibat terkena satu das tembakan. Dalam kejadian pukul 7.35 malam itu, polis terpaksa mengejar kereta yang dipandu lelaki berusia 31 tahun berkenaan sejauh kira-kira 10 kilometer selepas terserempak dengan kenderaan yang didicuri itu di Jalan Batu Tiga Lama di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, polis cuba menahan kereta tersebut namun pemandunya enggan memberi kerjasama dan bertindak melarikan diri. "Kereta suspek kemudian melanggar beberapa buah kereta lain sebelum berhenti di kawasan Taman Menara. "Apabila seorang anggota polis cuba mendekati kenderaan itu, suspek mengundurkan kereta secara tiba-tiba dan hampir merempuh anggota polis yang terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini semalam.

Mohd. Adnan berkata, bagaimanapun suspek terus memecut kenderaannya ke Taman Sejati dan berhenti di hadapan sebuah rumah di kawasan itu. "Anggota polis sekali lagi keluar untuk menahan suspek, malangnya dia bertindak agresif dan cuba melanggarnya. Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta menyebabkan lelaki itu menyerah diri," katanya yang memberitahu suspek tidak cedera. Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui seorang wanita yang cedera parah di dalam kereta yang menggunakan nombor plat palsu tersebut.



Selain itu, polis turut menemui sebilah parang dan sepaket serbuk putih disyaki dadah di dalam Proton Waja itu yang dilaporkan hilang di Klang pada 15 Januari lalu. Mohd. Adnan menambah, semakan mendapati suspek lelaki yang alamat terakhirnya di Taman Sentosa di sini memiliki enam rekod jenayah berkaitan pecah rumah, samun, melarikan orang dan dua kes kesalahan dadah. Teman wanitanya itu pula tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Difahamkan, ekoran kejadian itu, polis telah merampas senjata yang digunakan oleh suspek lelaki terlibat bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat manakala suspek lelaki ditahan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 (A) kanun sama selain kesalahan dadah."Anggota polis sekali lagi keluar untuk menahan suspek, malangnya dia bertindak agresif dan cuba melanggarnya. Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta menyebabkan lelaki itu menyerah diri," katanya yang memberitahu suspek tidak cedera.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui seorang wanita yang cedera parah di dalam kereta yang menggunakan nombor plat palsu tersebut. Selain itu, polis turut menemui sebilah parang dan sepaket serbuk putih disyaki dadah di dalam Proton Waja itu yang dilaporkan hilang di Klang pada 15 Januari lalu. Mohd. Adnan menambah, semakan mendapati suspek lelaki yang alamat terakhirnya di Taman Sentosa di sini memiliki enam rekod jenayah berkaitan pecah rumah, samun, melarikan orang dan dua kes kesalahan dadah.

Teman wanitanya itu pula tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Difahamkan, ekoran kejadian itu, polis telah merampas senjata yang digunakan oleh suspek lelaki terlibat bagi membantu siasatan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk bedah siasat manakala suspek lelaki ditahan mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 (A) kanun sama selain kesalahan dadah.

Bakal pengantin cedera ditembak

Posted:

Bakal pengantin cedera ditembak

Bakal pengantin cedera ditembak

Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my


INILAH kenderaan jenis Hummer yang sepatutnya membawa mangsa ke majlis perkahwinannya di Kulaijaya semalam.


JOHOR BAHRU – Hasrat seorang ahli perniagaan untuk melangsungkan perkahwinannya semalam tidak kesampaian apabila dia cedera parah selepas ditembak sekumpulan lelaki di Taman Kulai, Kulaijaya di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Fan Chee Wei, 34, sedang mengadakan majlis makan malam praperkahwinan yang dihadiri kira-kira 60 ahli keluarga dan rakan-rakan.

Difahamkan, semasa majlis berlangsung, Chee Wei keluar dari rumah untuk mengalihkan keretanya bagi membolehkan beberapa kawannya membakar mercun.

Menurut seorang saudara mangsa yang enggan dikenali, ketika itulah Chee Wei dikatakan ditembak.

"Pada mulanya, kami sangkakan bunyi mercun tetapi sebaik melihat dia sedang dikejar sekumpulan lelaki, baru kami sedar sesuatu telah berlaku.

"Dia berjaya melarikan diri dan melintasi sebuah jambatan laluan pejalan kaki menuju ke Taman Selatan sebelum rebah di atas jalan," katanya.

Tinjauan di rumah mangsa mendapati, terdapat sebuah kenderaan jenis Hummer berwarna kuning yang sudah siap dihiasi dengan riben dan anak patung dipercayai untuk digunakan bagi membawa mangsa ke majlis perkahwinannya semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan.

Difahamkan, mangsa kini dirawat di sebuah hospital di Singapura atas permintaan keluarganya.

Rakyat diseru jayakan TMM 2014

Posted:

Rakyat diseru jayakan TMM 2014

Rakyat diseru jayakan TMM 2014

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my


NAJIB bersalaman dengan orang ramai pada pelancaran karnival promosi TMM 2014 malam tadi.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyeru rakyat negara ini agar menjadikan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 yang didokong oleh kerajaan sebagai misi nasional bagi memastikan ia mencapai kejayaan.

Najib berkata, setiap kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan termasuk rakyat biasa mempunyai peranan masing-masing untuk menjayakan misi tersebut.

Ujarnya, layanan mesra, ceria dan bersopan santun yang dipamerkan kepada pelancong asing merupakan pengalaman yang akan meninggalkan kesan mendalam ketika mereka melawat negara ini.

"Kerajaan boleh buat promosi atau iklan tetapi yang paling berkesan adalah layanan mesra dan keunikan budaya negara ini yang akan diingati oleh pelancong asing.

"Itu kesan kempen promosi yang cukup bermakna dan tiada tandingannya berbanding negara lain," katanya ketika melancarkan karnival promosi TMM 2014 yang dihadiri kira-kira 15,000 orang di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.


ORANG ramai bersorak ketika menyaksikan pertunjukan bunga api.


Turut hadir, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sempena pelancaran promosi itu, Kementerian Pelancongan menganjurkan karnival selama tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 18 Januari lalu hingga hari ini yang menawarkan pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik kepada pengunjung.

Menurut Najib, kerajaan akan terus memberi sokongan kepada industri pelancongan yang turut menyumbang kepada pendapatan negara selama ini.

Katanya, pada tahun 1999, Malaysia hanya menerima kunjungan seramai tujuh juta pelancong asing dan hasil promosi yang dijalankan, ia mampu menjadikan angka itu bertambah tiga kali ganda setiap tahun.

Jelasnya, ia menunjukkan kesan dasar transformasi negara yang dijalankan telah berhasil dan diiktiraf dunia.

"Melalui insentif yang diumumkan dalam Bajet 2013, saya percaya ia mampu memacu industri ini menjadi lebih maju lagi," tambahnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved