Jumaat, 18 Januari 2013

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Isteri harap suami dibebaskan

Posted:

Isteri harap suami dibebaskan

Isteri harap suami dibebaskan

Oleh ZAKI SALLEH
berita@kosmo.com.my

PANDANGAN dari udara loji gas di In Amenas, selatan Algeria yang dijadikan sasaran oleh puak militan untuk menawan 191 pekerja asing termasuk dua dari Malaysia kelmarin.


GEORGE TOWN – Isteri salah seorang rakyat Malaysia yang menjadi tebusan kumpulan militan di sebuah loji gas di In Amenas, di gurun Sahara, selatan Algeria kelmarin berharap suaminya berada dalam keadaan selamat dan memohon agar dia segera dibebaskan.

Wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu yang mahu dikenali sebagai Mac berkata, dia sentiasa bimbangkan keselamatan suaminya, K. Ravi, 48, yang mungkin menjadi mangsa tindakan ganas pihak militan yang turut menahan puluhan pekerja loji gas itu.

Ketika dihubungi di sini semalam, Mac memberitahu, kali terakhir Ravi membuat panggilan telefon ialah pada Rabu lalu bagi menceritakan suasana bekerja sebagai jurutera di situ sambil bertanyakan khabar dua anak mereka.

Mac yang ditemui di Bukit Jambul di sini hanya mengetahui insiden serangan ke atas kemudahan gas itu menerusi siaran berita televisyen sebelum dihubungi kakitangan Wisma Putra bagi mengesahkan Ravi adalah antara mangsa yang dijadikan tebusan.

Menurut Mac, suaminya baru dua bulan bekerja di loji gas itu setelah dihantar majikannya, JGC Corp, sebuah syarikat pengeluaran gas dan minyak berpangkalan di Singapura.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sindiket Macau Scam tumpas

Posted:

Sindiket Macau Scam tumpas

Sindiket Macau Scam tumpas

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my


MUN PHING bersama pegawainya menunjukkan sebahagian barangan yang dirampas daripada 12 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan Macau Scam pada sidang akhbar di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kelicikan satu sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Macau Scam menggunakan sistem telefon Suara Melalui Protokol Internet (VoIP) untuk menipu wang orang ramai terbongkar apabila polis menahan 12 warga asing termasuk enam wanita Isnin lalu.

VoIP merupakan teknologi yang memungkinkan percakapan suara jarak jauh melalui medium internet di mana data suara akan diubah menjadi kod digital dan dialirkan melalui jaringan.

Sembilan warga China dan tiga rakyat Taiwan berusia antara 19 hingga 36 tahun tersebut diberkas pada pukul 11.10 malam di sebuah banglo tiga tingkat yang dijadikan pusat membuat panggilan palsu di Taman Ampang Utama, Ampang Jaya dekat sini.

Serbuan dilakukan selepas polis menjalankan siasatan sebaik menerima laporan daripada seorang ahli perniagaan di Ampang yang kerugian RM64,000 akibat ditipu sindiket berkenaan kelmarin. Serbuan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan China serta Pejabat Kebudayaan dan Ekonomi Taipei di Malaysia.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM jamin adil agih kek ekonomi

Posted:

PM jamin adil agih kek ekonomi

PM jamin adil agih kek ekonomi


NAJIB (tiga dari kiri) menyanyikan lagu 1Malaysia bersama-sama 6,000 ahli RT pada majlis Perhimpunan Perdana Rukun Tetangga 2013 di PICC Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga kepentingan orang Melayu dan tidak pernah merampas serta menafikan hak orang bukan Melayu, khususnya dalam mengagihkan 'kek' ekonomi negara.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan ekonomi negara berkembang agar kekayaan negara boleh dibahagikan secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Beliau berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Projek Permulaan (EPP) yang dilaksanakan telah membuahkan hasil apabila negara ini menerima pelaburan yang tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi negara dijangka berkembang melepasi lima peratus.

"Dengan ini, kita boleh melakukan pengagihan semula dengan tidak menafikan hak orang bukan Melayu dan bukan Bumiputera, jauh sekali merampas apa yang ada pada mereka. Sebaliknya, kita boleh mengagihkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi itu kepada orang Melayu dan Bumiputera," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved