Jumaat, 7 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mampu jana pulangan memberangsangkan

Posted:

Mampu jana pulangan memberangsangkan

Mampu jana pulangan memberangsangkan

SHAIPUR AZWAN ABDUL HAMID, 31, pernah berkecil hati apabila cuba mempertahankan keputusannya untuk berdikari dengan membuka gerai menjual burger dan roti john.

Masih segar dalam ingatan, dia pernah ditegur jiran, kenalan dan ahli keluarganya sendiri yang skeptikal dengan masa depan kerja tersebut. Begitupun, dia tidak pernah berjauh hati atau kecewa dengan pilihannya, lebih-lebih lagi dia kini sudah melihat pulangan hasil titik peluhnya itu.

Biarpun 'pejabatnya' hanyalah di tepi jalan, lelaki berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mesra disapa sebagai Wan itu mengakui bersyukur dapat menjana pendapatan demi menyara keluarganya.

Bapa kepada seorang anak itu percaya, pengusaha gerai yang rajin berusaha dengan jualan memberangsangkan mampu menjana pendapatan yang setaraf dengan gaji purata pekerja pejabat.

Namun, untuk mencapai objektif tersebut, banyak yang perlu Wan lalui terutamanya tentang cabaran dan selok-belok berniaga.

"Perlu ada semangat untuk berjuang. Berniaga perlu ada niat yang betul untuk berjaya dan jangan mudah berputus asa," ujar Wan ketika ditemui di gerainya di Taman Kenanga, Seksyen 17, Shah Alam.

Pada awalnya, Wan bermula sebagai pekerja di sebuah warung dengan gaji RM10 sehari. Kesanggupan bekerja pada usia semuda 17 tahun dengan gaji yang rendah bukan suatu untuk disesalkan.

Dia sebaliknya menganggap itu merupakan peluang terbaik untuk mempelajari asas perniagaan memandangkan dia sifar pengalaman.

"Ketika kawan-kawan menyambung pengajian dan mencari kerja yang lebih 'selamat', saya pula ketika itu berkawan dengan seorang abang bernama Zulmahizam dan menjual burger bersamanya," kata Wan mengimbas memori tahun 1999 ketika berjualan di Seksyen 2, Shah Alam.

Selepas dua tahun berniaga, dia dan tuan gerainya didekati seorang chef yang sedia berkongsi tip menjadikan burger lebih lazat iaitu sos yang digunakan.

"Chef itu memberi kami tip bahawa keenakan burger terletak pada kombinasi sos cili dan mayonis yang terbaik. Jadi, kami pun mencuba kombinasi pelbagai jenis sos cili dan mayonis sehingga mendapat rasa terbaik.


WAN (kiri) sibuk melayan pelanggan yang datang membeli burger dan roti john di gerainya.


"Pada masa yang sama, tuan gerai menghantar saya belajar buat roti john secara sambilan selama dua minggu di sebuah gerai lain," katanya.

Kumpul semangat

Namun, adat dalam perniagaan, Wan tidak terlepas daripada jatuh dan bangun dalam resam berniaga. Kerugian dan menanggung hutang itu lumrah. Semua itu berlaku ketika dia berhasrat membuka perniagaan sendiri.

"Saya pernah membuka restoran makanan Thai namun, ia terpaksa ditutup berikutan menanggung kerugian yang teruk," luahnya yang pernah menjual segala barangan peribadi seperti seluar jean dan kasut Timberland kesayangannya untuk memulakan perniagaan itu.

Wan tidak pernah putus asa. Berkat usaha dan kecekalan, wang RM50 pemberian abangnya dijadikan modal azimat. Dia membaiki sebuah gerai sorong yang dijumpai di tempat pembuangan barang seterusnya membeli sedikit barang mentah untuk memulakan semula perniagaan menjual burger.

"Hanya dengan empat beg roti dan dalam masa dua jam, saya berjaya mengembalikan wang RM50 kepada abang saya," ujarnya lalu meneruskan perniagaan pada hari-hari berikutnya dan menambah kuantiti jualan berikutan sambutan yang semakin bagus.

Sambil sibuk melayan pelanggan yang sudah beratur panjang menempah burger ayam, daging dan roti john, Wan memberitahu, dia sudah terbiasa dengan suasana tersebut. Jika ada tempahan secara pukal, Wan akan menggandakan operasinya.

"Kebiasaannya saya akan menjual kira-kira 150 biji burger dan 60 hingga 80 roti john. Ada hari-hari yang lebih tinggi jualan. Semuanya, memberi pulangan yang lumayan iaitu dengan untung bersih kira-kira RM200 hingga RM250 sehari," katanya yang menjalankan perniagaan dari pukul 5 petang hingga 11.30 malam.

Wan bagaimanapun taat dengan permintaan ibunya yang mengharapkan dia bekerja secara tetap. Tiga tahun lalu, dia memulakan tugas di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) manakala perniagaan gerainya diteruskan oleh isterinya, Yiska Maida Anggrani, 26.

Jika berkelapangan, Wan tetap akan menemani isterinya di gerai untuk membantu apa yang patut. Kini, mereka memiliki dua buah kereta dan dua buah motosikal hasil rezeki berniaga di tepi jalan itu.

"Persepsi orang bahawa menjual burger tepi jalan tidak akan membawa saya ke mana-mana adalah sama sekali tidak benar. Jika seseorang itu rajin, mempunyai semangat berniaga dan mahu terus maju, rezeki boleh diraih di mana-manapun," katanya yang tidak pernah lupa jasa gerai itu dalam hidupnya.

Warga emas gigih


PEKERJA di gerai milik Linggem di Brickfields sedang menggoreng sajian popular.


Kosmo! turut menemui sepasang warga emas di kawasan Brickfields yang terkenal dengan gerai jualan mereka. Keenakan dan kesegaran produk jualan mereka memang didambakan ramai orang yang ingin mengisi perut dan melegakan kerongkong yang dahaga.

"Saya buka gerai setiap hari. Ramai orang datang, mungkin kerana banyak promosi di internet, laman sosial, akhbar dan sebagainya," kata Chan Wai Keong, 59, sambil tersenyum.

Ditemani isterinya, Choi Sai Yen, 59, Wai Keong berkata bahawa dia tidak mahu mengecewakan pelanggan yang datang untuk merasai secawan air kelapa atau semangkuk cendol mahupun ais batu campur (ABC).

"Saya mesti berikan yang terbaik. Mereka mungkin datang dari jauh, datang semata-mata untuk minum, terutama sekali pada hari-hari panas," katanya lagi yang sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus sejak gerainya dibuka pada pukul 10 pagi.

Gerai tersebut mempunyai keistimewaan kerana ia sudah berusia lebih 40 tahun. Namun, Wai Keong mengambil alih operasinya sejak 10 tahun lalu daripada pemilik asal yang juga saudaranya.

Ditanya mengenai keistimewaan gerai minuman itu, Wai Keong hanya menggeleng kepala sambil tersenyum. Sambil menghulurkan semangkuk cendol, ABC dan segelas air kelapa, dia berkata: "Kamu rasa sendiri."

Gula melaka yang terpilih dan santan segar, kata Wai Keong, antara resipi yang digunakan untuk membuat cendol yang lazat itu. Bagi ABC pula, dia mendakwa sekadar menggunakan bahan-bahan biasa.

"Paling penting, semuanya disediakan segar dan dengan niat untuk memberikan yang terbaik selain memastikan layanan yang cemerlang buat pelanggan," katanya.

Dalam bersyukur dengan kelarisan jualannya, Wai Keong masih menyimpan seedikit keluhan. Menurutnya, harga barangan semakin mahal. Jika dahulu, katanya, 20 sen boleh menjana RM1, tapi kini RM1 hanya menjana keuntungan 20 sen.

"Tetapi saya berpuas hati. Gerai tepi jalan seperti ini tetap memberi pendapatan memadai buat saya dan isteri. Saya amat bersyukur," katanya.

Wai Keong mengakui bahawa selama ini beliau tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah dalam berniaga, cuma satu-satunya cabaran di luar kawalan ialah musim hujan.

"Memandangkan saya menjual minuman sejuk, maka setiap kali hujan saya hanya berserah kepada takdir," ujarnya lagi.

Menjual sekitar 200 mangkuk cendol dan ABC sehari, Wai Keong memberitahu, komitmen dan disiplin yang tinggi amat diperlukan jika mahu kekal lama dalam perniagaan seperti itu.


PELANGGAN pelbagai kaum mengunjungi gerai Wai Keong untuk membasahkan tekak yang dahaga.


Ujar beliau, jika benar-benar komited dan hanya bermodalkan RM2,000, seseorang itu boleh membuka gerai ABC, cendol atau minuman.

Siew Yap, 59, dari Taman Maluri Cheras, ialah antara pelanggan tetap Wai Keong sejak dua tahun lalu. Menurutnya, tidak lengkap perjalanannya dari stesen monorel Tun Sambanthan ke KL Sentral tanpa singgah di gerai Wai Keong.

"Dia sangat rajin. Setiap hari mesti buka gerainya. Minuman di sini sangat popular dan power," katanya yang bersama-sama pelanggan lain yang berasa puas membayar RM1.70 bagi menikmati segelas air kelapa Wai Keong.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Kanak-kanak berkhatan, bertindik beramai-ramai

Posted:

Kanak-kanak berkhatan, bertindik beramai-ramai

Kanak-kanak berkhatan, bertindik beramai-ramai


ADNAN (tengah) merenjis air mawar kepada kanak-kanak yang akan berkhatan sebagai gimik pelancaran Majlis Berkhatan,Bertindik Dan Kenduri Rakyat 2012 di Kuantan baru-baru ini.


INJAK DEWASA. Seramai 459 kanak-kanak lelaki berusia 10 sehingga 13 tahun telah diraikan dalam Majlis Berkhatan, Bertindik dan Kenduri Rakyat di Padang Kemunting, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Majlis anjuran UMNO Bahagian Kuantan dan Kelab Putra 1Malaysia itu turut meraikan seramai 132 kanak-kanak perempuan yang bertindik.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, program tersebut diadakan bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka tanpa mengira usia dan pegangan agama.

"Kalau kita lihat, berkhatan merupakan satu tuntutan dalam Islam tetapi turut mula diamalkan oleh kaum-kaum lain," katanya ketika merasmikan majlis itu baru-baru ini.

Sebelum itu, kesemua kanak-kanak yang berkhatan dimandikan beramai-ramai oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuantan menggunakan pili bomba.

Maxis rai 80 tetamu rumah kebajikan

Posted:

Maxis rai 80 tetamu rumah kebajikan

Maxis rai 80 tetamu rumah kebajikan


BARISAN pengurusan kanan Maxis Sarawak (berdiri, barisan belakang) bersama penghuni rumah-rumah kebajikan di Kuching baru-baru ini.


AMAL. Maxis Berhad (Maxis) berkongsi kegembiraan sempena sambutan Hari Krismas tidak lama lagi dengan meraikan 80 penghuni dari tiga rumah kebajikan iaitu Cheshire Home, Persatuan Ibu bapa Kanak-Kanak Cacat Sarawak dan Persatuan Kanak-Kanak Kanser Sarawak di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Pada majlis yang sama, Maxis turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM30,000 kepada rumah-rumah kebajikan tersebut.

Acara itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Mark Dioguardi, Ketua Wilayah Sarawak Maxis, Alexius Bong dan ahli-ahli pengurusan kanan dan sukarelawan Maxis.

Sumbang cek kepada balu SRS, RT Taman Arked

Posted:

Sumbang cek kepada balu SRS, RT Taman Arked

Sumbang cek kepada balu SRS, RT Taman Arked


MOHD SAIDI (tengah) bersama dengan tiga penerima cek insurans di Pusat Komuniti RT Taman Arked, Sungai Petani, baru-baru ini.


SUMBANG. Pusat Komuniti Kawasan Rukun Tetangga (RT) Taman Arked menyampaikan cek tuntutan insurans kepada tiga balu di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Ketiga-tiga balu itu ialah isteri kepada seorang ahli Jawatankuasa RT dan dua lagi isteri kepada ahli Peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang meninggal dunia.

Cek disampaikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Kedah, Mohd. Saidi Midin yang membuat lawatan ke pusat komuniti itu.

Pengerusi Jiran Wanita RT Taman Arked, Rokiah Hasan berkata, selain sumbangan, lawatan yang sama juga membolehkan banyak perkara dibincangkan dengan Mohd. Saidi termasuk merancang untuk mengadakan aktiviti kemasyarakatan di kawasan berkenaan pada masa depan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Persaingan S1K bermula

Posted:

Persaingan S1K bermula

Persaingan S1K bermula

Oleh AHMAD SYUKRAN
ZAINUDDIN

SELEPAS berbulan-bulan dihabiskan untuk melakukan pengubahsuaian, segala kerja keras itu akhirnya teruji di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Perlumbaan Sepang 1,000 Kilometer Endurance Race atau lebih dikenali sebagai S1K bukan sekadar menguji kelajuan jentera, tetapi lebih kepada aspek ketahanan kereta lumba, pemandu dan strategi pasukan untuk berlumba dalam satu tempoh yang lama.

Sudah memasuki edisi keempat, S1K bukan sahaja popular dalam kalangan peminat sukan bermotor tempatan. Malah ia menjadi medan terbaik buat pengeluar kenderaan dan pasukan bertanding untuk menunjukkan kemampuan, kepakaran serta teknologi jentera masing-masing.

Bagi mereka yang biasa menonton perlumbaan S1K, kereta-kereta jalanan seperti Proton Satria Neo dan Suzuki Swift merupakan antara model popular untuk dijadikan jentera lumba.

Namun kali ini, keterujaan pasti bertambah apabila ada pasukan yang menampilkan kereta keluaran massa mereka untuk bersaing dalam S1K.

Sebagai contoh, Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) menerusi pasukan perlumbaannya, Honda Malaysia Racing Team (HMRT) mempertaruhkan model kompak lima pintu popular, Jazz.

Sudah menerima talaan ekstensif sejak hampir lima bulan lalu, Jazz berwarna merah dan putih itu nampaknya bersedia untuk menyahut cabaran dan mencipta kejayaan di podium.

Jazz dipilih kerana model berkuasa tinggi, Civic Type-R tidak lagi diproduksi. Lagi pun, Jazz bersesaran 1.5 liter dilihat selari dengan kelayakan S1K. Pastinya ini bukan Jazz biasa. Ia telah menjalani proses pengubahsuaian menyeluruh melibatkan hampir semua komponen terutama enjin dan suspensi.

Pengurus Pasukan HMRT, Kumar Thayalakumaran memberitahu, pihaknya masih menggunakan enjin aspirasi biasa L15A, tetapi telah ditingkatkan sesarannya menjadi 1.6 liter. Enjin itu juga menerima banyak alat ganti berprestasi tinggi terutama daripada Mugen untuk meningkatkan lagi kuasa dan ketahanannya.


BARISAN kakitangan Honda Malaysia yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan pasukan HMRT.


"Modifikasi paling sukar adalah pada sistem suspensi. Sebabnya, Jazz menggunakan suspensi H-Beam untuk roda belakang. Dalam perlumbaan sebegini, penekanan lebih diberikan terhadap aspek pengendalian dan bukannya kuasa enjin semata-mata," jelas Kumar.

Kenyataan itu dipersetujui oleh dua orang pelumba pasukan HMRT, Tengku Ezan Ley dan Farriz Fauzy. Selepas beberapa hari berkampung dan membuat ujian di SIC, Tengku Ezan menyatakan bahawa kebanyakan kelemahan jentera lumba itu sudah berjaya diatasi.

"Impak paling besar adalah talaan suspensi serta pemetaan semula kotak elektronik ECU, selain daripada aplikasi nisbah gear dan perendam baharu. Jazz kini dapat mengambil selekoh dengan lebih baik. Malah perbezaan catatan masa juga menunjukkan peningkatan memberangsangkan iaitu sebanyak empat hingga lima saat," kata Tengku Ezan.

Berdiri sendiri

Mengulas mengenai karekter pengendalian Jazz, Farriz dan Tengku Ezan mengakui bahawa Jazz ialah jentera yang lincah dan senang dikendalikan walaupun ketika di selekoh.

Sebuah lagi Jazz dipandu oleh dua orang pelumba berpengalaman, Eddie Lew dan Aaron Lim. Ditanya apakah perbezaan utama antara Civic Type-R dengan Jazz, Eddie pantas menjawab, pecutan dan kelajuan.

Harus tahu bahawa HMRT berdiri sendiri dalam pembinaan kereta lumba tersebut. Ia tidak mendapat apa-apa bantuan daripada luar (kecuali alat ganti), walaupun daripada Honda Jepun. Pendek kata, khidmat nasihat teknikal, koordinasi pasukan, pembangunan R&D atau kejuruteraan dilakukan sepenuhnya oleh HMRT.


Jazz ini telah menjalani proses pengubahsuaian ekstensif sejak beberapa bulan lalu.


Pemilihan pemandu dan anggota pasukan HMRT juga dibuat dalam kalangan kakitangan Honda Malaysia. Pastinya mereka yang mempunyai pengalaman diberi keutamaan.

Satu lagi perkembangan menarik yang perlu diketahui, HMRT menyimpan hasrat untuk menganjurkan siri perlumbaan melibatkan satu model kenderaan dalam tempoh lima tahun akan datang. Dalam kes ini, Jazz merupakan calon paling sesuai kerana kosnya lebih munasabah berbanding Civic Type-R.

Nampaknya, Honda Malaysia tidak keseorangan. Kem Bermaz Motor Sdn. Bhd. (Bermaz Motor) yang merupakan pengedar dan pemasang kenderaan jenama Mazda di Malaysia tampil dengan model Mazda3 untuk bersaing dalam perlumbaan sejauh 1,000 kilometer tersebut.

Mazda kembali berlumba

Mazda3 untuk litar itu adalah hasil kerjasama antara Bermaz Motor dan Fawster Motorsports. Kedua-dua belah pihak dilihat komited untuk membangunkan sebuah pasukan lumba dengan hasrat menyertai semua perlumbaan dalam negara bermula dengan S1K.

Lebih menarik lagi, Mazda3 itu telah berjaya mencatatkan beberapa sejarah. Pertama, jentera tersebut ialah kereta lumba Mazda3 bersesaran 1.6 yang pertama dibangunkan di dunia! Jangan main-main.

Kedua, pelancaran kereta lumba Fawster Mazda3 menandakan bahawa Mazda kini kembali ke dalam arena sukan pemotoran tempatan selepas menyepikan diri selama lebih 20 tahun.

Mazda3 dipilih kerana ia model yang memiliki karekter perlumbaan dan sporty. S1K juga dilihat boleh menjadi platform untuk mempopularkan Mazda3 dan menguar-uarkan kepada pengguna tempatan bahawa ia sebuah jentera yang bagus.

Cabaran Fawster Mazda3 dibawakan oleh tiga orang pelumba berpengalaman yang juga merupakan adik-beradik iaitu Nazir, Ridzuan dan Khairul Anwar Nor. Menggelarkan diri mereka sebagai Brothers in Racing, masing-masing memiliki pengalaman lebih sepuluh tahun di atas litar lumba.

Pasukan itu diperkuatkan lagi dengan kehadiran pelumba terkenal, Faidzil Alang. Menjadi individu penting kepada penubuhan nama FA Racing, Faidzil bertindak selaku Jurutera Perlumbaan.

"Kelebihan Mazda3 terletak pada aspek pengendalian, setting suspensi dan reka bentuknya yang aerodinamik. Jentera ini mampu mengambil selekoh dengan cemerlang dan tidak memerlukan pengubahsuaian yang terlalu kompleks atau ekstrem.

"Walaupun hanya mengambil masa kurang sebulan untuk membina jentera lumba ini, kami tetap optimis dan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mampu menamatkan perlumbaan. Kalau boleh naik podium, itu satu bonus," kata Faidzil.


WALAUPUN pertama kali digunakan sebagai jentera lumba, Jazz tetap mampu menggugat pesaingnya.


Keyakinan itu hadir kerana pasukan tersebut mendapat sokongan padu daripada Mazda Amerika Syarikat dan Mazda Jepun. Bukan sekadar daripada segi kereta dan alat ganti, malah data serta nasihat teknikal berkaitan Mazda3 turut dikongsi bagi membolehkan sebuah jentera lumba yang kompetitif dapat dihasilkan dalam tempoh singkat.

Pengarah Fawster Motorsport dan pelumba pasukan terbabit, Ridzuan memberitahu, S1K akan memberi peluang kepada pihaknya untuk mengumpul sebanyak mungkin data, sebelum kembali dengan jentera lebih bagus untuk perlumbaan tahun depan.

Jadi, agak-agaknya siapa yang akan menakluk podium? Tunggu keputusannya pada malam ini.

Proton Satria Neo R3

Posted:

Proton Satria Neo R3

Proton Satria Neo R3


DARI kiri: Timbalan Ketua Eksekutif Proton, Datuk Lukman Ibrahim; Pengerusi DRB-HICOM Bhd., Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza dan Pengerusi Eksekutif Proton, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil pada majlis pelancaran Satria Neo R3 di Subang, Selangor baru-baru ini.


SATRIA Neo R3 yang diperkenalkan oleh Proton Holdings Berhad (Proton) ke pasaran tempatan minggu lalu merupakan varian lanjutan daripada model Satria Neo CPS.

Jentera dua pintu itu kini diberi solekan menerusi penggunaan beberapa komponen R3 (Race, Rally, Research). R3 adalah bahagian sukan bermotor berprestasi Proton.

Bahagian hadapan Satria Neo R3 dipasang spliter pada bampar, manakala bahagian belakang pula dilengkapi spoiler.

Bahagian tepi dilengkapi pelindung berwarna titanium yang memanjang di antara kedua-dua roda hadapan dan belakang.

Model hatchback itu dipasang dengan rim R3 bersaiz 16 inci yang dibalut tayar Continental MC5 195/50. Suspensi asal iaitu jenis topang MacPherson dan multilink dengan bar penstabil (stabilizer bar) dikekalkan pada varian baharu itu.

Ruang dalaman kabin menyaksikan pembaharuan menerusi tempat duduk jenis semi-bucket dengan material kulit upholsteri.

Tambahan lain ialah alas kaki R3 dan sistem audio Double DIN dengan navigasi. Satria Neo R3 didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu merah, perak, hitam dan kuning S2000.

Kuasa yang disalurkan kepada roda diperoleh daripada enjin empat silinder sebaris CPS 1.6 liter. Kuasa maksimum yang mampu dijana ialah 125hp @ 6,500rpm.

Tork pula pada paras 150Nm @ 4,500rpm. Dua jenis transmisi ditawarkan iaitu manual dan automatik.

Kelajuan maksimum bagi manual adalah 190 kilometer sejam (km/j), manakala automatik pula 185km/j.

Harga bagi varian Executive Line AT ialah RM64,250 seunit.

Model Executive Line MT ditawarkan pada harga RM61,250. Jentera itu hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau jarak perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dulu).

Bagi mereka yang mahukan tambahan komponen R3, anda boleh berbuat demikian. Antaranya set R3 Satria Neo Spring (RM541), sistem ekzos penuh dan ECU R3 Satria Neo Campro (RM2,841) serta beberapa pilihan R3 lain.

Harga promosi berkenaan hanya ditawarkan sehingga 31 Disember ini, selain tertakluk kepada terma dan syarat.

Karekter selesa Camry

Posted:

Karekter selesa Camry

Karekter selesa Camry

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


BIARPUN menggunakan enjin empat silinder sebaris, model ini masih menawarkan hantaran kuasa berpatutan pada roda jentera.


KALAULAH ada anugerah jenama yang paling mampu bertahan, ia patut diberikan kepada Toyota. Justifikasi saya mudah. Toyota tetap boleh menjual kenderaan keluarannya dalam volum yang besar dan keyakinan pengguna terhadap produknya kekal kukuh, sedangkan ia berdepan dengan pelbagai cabaran getir.

Contoh paling klasik adalah penarikan semula kenderaannya di pasaran global kerana isu kualiti. Jumlahnya pula bukan sedikit, berjuta-juta unit. Itulah cabarannya apabila menjadi jenama yang pernah memegang status pengeluar kenderaan terbesar di dunia.

Magisnya, hangat isu penarikan itu tidak pernah pula kekal lama. Ia seperti hari ini sibuk semua medium media melaporkan produk Toyota tidak berkualiti, beberapa hari kemudian orang terus pergi ke bilik pameran Toyota dan membelinya.

Namanya yang gah membuatkan ada pihak berpendapat kereta keluaran Toyota sudah hilang jiwa. Produknya lebih berpaksikan kepada skala ekonomi, tanpa memikirkan sangat tentang aspek sentimental kenapa orang memilikinya. Pendek kata, asalkan kereta boleh jual, perkara lain sudah menjadi nombor dua atau tiga.

Situasi itu turut berlaku di Malaysia. Datanglah apa jua kereta dari negara lain dengan ciri-ciri hebat mana sekali pun, pemuja Toyota tetap setia dan ada.

Baru-baru ini saya memandu model yang menepati semua intipati yang diceritakan di atas. Camry, sedan segmen D itu masih menguasai pasaran walaupun mula rasa tergugat dengan kehadiran pesaing lebih mampu milik, cantik dan banyak ciri menarik seperti Kia Optima K5 dan Hyundai Sonata.

Dari segi luaran, Camry varian 2.0G itu nampak lebih bersegi dan maskulin berbanding model sebelumnya. Rekaan lampu hadapannya lebih nipis, bersama padanan butiran lampu LED pada bampar hadapan. Lampu belakang juga nampak kemas dan moden, sekali lagi bersama lampu LED.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Camry generasi terbaharu itu merupakan Camry yang paling sporty sejak ia diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 1994.

Bagi ruang dalaman, Camry 2.0G tampil dengan kemasan berwarna hitam. Ini warna yang saya fikir lebih praktikal berbanding warna beige. Walaupun warna beige dikatakan boleh membuatkan ruang rasa luas, tetapi sifatnya yang mudah nampak kotor mungkin kurang sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil.

Seperti biasa, rekaan papan pemuka dan konsol tengah Camry 2.0G adalah ringkas dan praktikal. Untuk menyerlahkan 'kemewahannya', kemasan kayu digunakan.

Sebagai mana yang diketahui, sedan itu masih mengguna pakai unit enjin empat silinder sebaris 16 injap DOHC dengan sistem Dual VVT-I yang sama seperti model sebelumnya.

Saya tidak ada isu dengan enjin yang agak berusia ini. Ia tetap berupaya memberikan kuasa sewajarnya tanpa membuatkan tubuh rasa seperti malas hendak bergerak. Lebih penting lagi, penggunaan bahan api juga memuaskan.

Orang lain guna trasmisi automatik enam atau tujuh kelajuan? Toyota tidak peduli. Camry ini dipasang dengan transmisi automatik empat kelajuan dengan Super ECT dan Sequential Shifter. Sebelum ada yang mahu ketawa sinis, saya perlu beritahu bahawa operasinya cukup lancar sehinggakan anda mungkin terlupa itu kotak gear empat kelajuan.

Camry menawarkan kualiti pemanduan yang senyap dan selesa. Ini bukan kereta untuk dipandu seperti hendak berlumba di litar. Karekter Camry lebih kepada pemanduan santai dan relaks. Barulah sesiapa juga boleh menikmati keselesaan yang ditawarkannya.

Memang betul, kalau anda rajin membaca artikel di laman web dan komen-komen di bawahnya, seolah-olah tidak ada orang pun suka Camry. Semua yang ada cuma kutukan.

Saya rasa, majoriti yang memberi komen itu terdiri daripada orang-orang muda. Sedangkan Camry menjadi pilihan orang lebih berusia. Lagi pun, golongan sebegitu yang ada duit, bukannya orang yang baru setahun dua bekerja.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Dayah hilang ikut mat rempit

Posted:

Dayah hilang ikut mat rempit

Dayah hilang ikut mat rempit

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

INILAH laman Facebook milik Khairul yang dipercayai melarikan Dayah baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri kini dalam kesedihan apabila anak gadis mereka lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak seminggu lalu.

Raja Nor Hidayah Raja Roslan atau Dayah, 16, menghilangkan diri pada 1 Disember lalu selepas meminta izin daripada ibunya untuk membeli barangan keperluan di pusat beli-belah Jaya Jusco, Wangsa Maju.

Bapa gadis tersebut, Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, berkata, kali terakhir dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Dayah ialah pada pukul 11 malam, hari yang sama.

"Sejak itu, saya sudah cari dia di seluruh Kuala Lumpur tapi tak jumpa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas

Posted:

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas


MARSHAL bersama penduduk memegang bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses menjadi nadir bumi di Kuantan semalam.


KUANTAN - Kira-kira 50 penduduk dan pengamal media di sini tidak menyangka mereka akhirnya dapat menyentuh sendiri bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses untuk dijadikan nadir bumi tanpa sebarang kesan bahaya sebagaimana dihebohkan pembangkang.

Lebih menakjubkan, mereka menyentuh bahan mentah tersebut tanpa sarung tangan ketika pengurusan kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Gebeng di sini mengadakan demonstrasi risiko radiasi bahan mentah tersebut semalam.

Semasa sesi itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Profesor Dr. Ismail Bahari menunjukkan aras sinaran dan risiko radiologi bahan mentah tersebut yang rendah berbanding bahan-bahan lain.

Nadir bumi merupakan bahan utama yang digunakan untuk membuat bateri, peralatan aeroangkasa, konduktor bersuhu tinggi, penapis gelombang mikro, kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, lensa kamera dan pelbagai lagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suami isteri berpura-pura mati

Posted:

Suami isteri berpura-pura mati

Suami isteri berpura-pura mati

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my


MARINA yang cedera parah bergelut dengan bekas pekerjanya dirawat di Hospital Umum Sarawak semalam.


KUCHING – "Aku tahu bila aku langkah keluar dari rumah ini kau akan panggil polis, jadi nak atau tak nak aku kena bunuh kau."

Demikian kata-kata lelaki berusia 25 tahun yang mengamuk dan menawan pasangan bekas majikannya sebelum nekad mengelar leher kedua-dua mangsa iaitu Saad El-Sir El-Sadiq, 28, dan isterinya Marina Julai, 42, dalam kejadian di sebuah restoran makanan Arab di Jalan Rubber di sini semalam.

Semasa amukan pada pukul 4 pagi, Saad, seorang rakyat Sudan, manakala isterinya Marina yang berwarganegara Malaysia terlebih dulu ditawan oleh suspek yang baru kira-kira dua minggu diberhentikan kerja di restoran tersebut kerana masalah disiplin.

Mengimbas kejadian ngeri itu, Marina berkata, suaminya terjaga daripada tidur pada pukul 4 pagi sebelum dia masuk ke tandas untuk membuang air kecil.

Pasangan itu tidur di ruang hadapan restoran tersebut.

"Selang beberapa minit selepas suami pergi ke tandas, saya terdengar suara suami seolah-olah mengerang dan menjerit dari dapur.

"Saya bangun untuk memastikan apa yang berlaku dan apabila sampai di dapur saya ternampak kelibat seorang lelaki memakai kain pelikat dan menutup muka sambil memegang parang di tangan kanan manakala pisau di tangan kiri," kata wanita itu ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kosmo Online - Sukan

Posted:

Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?pub=Kosmo&sec=Sukan Kosmo Online - Sukanhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/img/mastkosmo.jpghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?sec=Sukan Harimau Malaya garanghttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm ATAS kertas, Thailand dilihat memiliki suntikan moral menjelang pertemuan menentang Malaysia dalam aksi separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.THAILAND mengakui jentera serangan Harimau Malaya yang diketuai Mohd. Safee Sali (kanan) dan Norshahrul Idlan Talaha sebagai amat merbahaya.http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1208/Kosmo//su_01.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm 'Elak tekanan hadapi Thailand'http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm SEDAR atau tidak, perjalanan Harimau Malaya pada saingan Piala Suzuki AFF 2012 dilihat hampir sama dengan edisi 2010.Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI<br>fazli.yadi@kosmo.com.myRAJAGOBAL (dua dari kanan) tidak mau pemainnya beraksi dalam keadaan tertekan pada aksi menentang Thailand esok. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1208/Kosmo//su_02.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm Singa buru bekalan selesahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm JUARA tiga kali, Singapura memburu bekalan selesa ketika berdepan Filipina pada separuh akhir pertama kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Memorial Rizal, Manila malam ini.Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE<br>hidayat.azmie@kosmo.com.myBARISAN pemain Singapura tidak rela dirobek Filipina pada aksi separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF hari ini. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1208/Kosmo//su_03.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm Pelumba negara kurang menyerlahhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm FAKTOR litar serta kekurangan pengalaman menjadi penghalang buat pelumba negara untuk memulakan perlumbaan akhir dalam kelompok hadapan pada saingan Piala Yamaha ASEAN yang sedang berlangsung di Manila, Filipina.ROZALIMAN antara pelumba negara yang tampil hebat pada sesi kelayakan semalam. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1208/Kosmo//su_04.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm Peluang Arsenal akhiri detik muramhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm LONDON - Pemain tengah Arsenal, Mikel Arteta mengakui skuad The Gunners terdesak untuk menghadirkan suasana gembira dalam kalangan penyokong fanatik mereka di Stadium Emirates.ARTETA (kanan) ternyata kecewa selepas Arsenal tewas kepada Swansea di Stadium Emirates penghujung minggu lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1208/Kosmo//su_05.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm Messi bawa khabar gembirahttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm MADRID - Kehadiran Lionel Messi ketika menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukannya awal pagi semalam ternyata melegakan kem Barcelona.MESSI diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan lutut ketika aksi menentang Benfica di Nou Camp awal pagi Khamis lalu. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1208/Kosmo//su_06.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm Olimpik 2016 sasaran Federerhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm SAO PAULO - Bintang tenis Switzerland, Roger Federer memasang impian untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.FEDERER berhasrat untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. http://www.kosmo.com.my/pix/2012/1208/Kosmo//su_07.small.jpg,100,80http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1208&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Rangsang bayi dengan mainan Tollyjoy

Posted:

Rangsang bayi dengan mainan Tollyjoy

Rangsang bayi dengan mainan Tollyjoy

MAINAN yang mengeluarkan muzik ini mampu merangsang pendengaran bayi.


KITA semua sedia maklum bahawa menghabiskan masa bersama anak tersayang untuk mengukuhkan ikatan antara ibu bapa dan anak amat penting.

Banyak kajian menunjukkan bahawa interaksi yang pelbagai termasuk ucapan sayang serta sentuhan daripada ibu bapa banyak membantu perkembangan bayi.

Di samping itu, terdapat satu lagi kaedah lain yang menjanjikan keseronokan antara ibu, ayah dan bayi iaitu masa bermain yang konstruktif.

Menyedari kepentingan interaksi bermain dalam membantu bayi membangunkan derianya, Tollyjoy kini menawarkan tiga rangkaian tambahan mainan dan kerincing bayi yang berwarna-warni dalam koleksinya.

Dalam membantu menyediakan rangsangan deria neuromotor kepada bayi, Tollyjoy menawarkan Baby Rattle yang direka dalam pelbagai bentuk bagi menarik fokus dan perhatian bayi sekali gus menjadikan masa bermain lebih menyeronokkan.

Dipasarkan pada harga RM7.90 setiap satu, Baby Rattle sesuai untuk bayi sehingga usia 24 bulan.

Sementara itu, rangkaian Musical Toy daripada Tollyjoy pula direka khusus bagi membangunkan pendengaran dan meningkatkan kadar tindak balas bayi terhadap bunyi.

Mengeluarkan bunyi dodoi yang mengasyikkan, ibu bapa juga dapat memastikan bayi tenang dan gembira, terutama ketika menidurkan mereka.

Musical Toy juga disediakan dalam tiga rekaan iaitu arnab merah jambu, lembu dan bintang yang dijual pada harga RM28.90 setiap satu.

Akhir sekali, pemilihan permainan bayi Tollyjoy tidak akan lengkap tanpa rangkaian Squeeze Toy yang direka dalam pelbagai bentuk termasuk ikan lumba-lumba, beruang polar, katak, penguin, itik dan kereta.

Squeeze Toy mampu mengeluarkan bunyi siulan atau pekikan apabila dipicit, membuatkan bayi gembira dan peka ketika bermain atau mandi.

Squeeze Toy dijual Di samping merangsang pertumbuhan dan perkembangan bayi untuk mengenali pelbagai jenis bunyi, penglihatan dan warna, Tollyjoy turut meletakkan keselamatan bayi sebagai keutamaannya.

Semua rangkaian Baby Rattle, Musical dan Squeeze Toy sudah menjalani ujian terperinci serta mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan untuk permainan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Bekas pengarah, COO KPFQ didakwa tipu bank RM60j

Posted:

Bekas pengarah, COO KPFQ didakwa tipu bank RM60j

Bekas pengarah, COO KPFQ didakwa tipu bank RM60j

07/12/2012 7:09pm

KUALA LUMPUR — Bekas Pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ) dan bekas Ketua Pegawai Operasi syarikat itu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap 134 pertuduhan menipu pegawai bank membabitkan lebih RM60 juta.

Datuk Tan Han Kook, 58 dan Ching Siew Cheong, 50, didakwa dengan niat bersama menipu pegawai Malayan Banking Berhad bagi permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank (Bankers Acceptance) adalah tulen.

Menurut kertas pertuduhan, mereka dengan curangnya mendorong pegawai bank tersebut untuk memindahkan wang berjumlah RM67,433,143 ke dalam akaun tiga buah syarikat iaitu Asia Food Link Sdn. Bhd., Violet Bonanza Sdn. Bhd. dan Stanson Marketing Sdn. Bhd.

Menurut pertuduhan itu lagi, pegawai itu tidak akan memindahkan wang tersebut sekiranya mereka tidak diperdayakan oleh kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Malayan Banking Berhad, Tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee dekat sini antara Oktober 2011 hingga Februari tahun ini.— BERNAMA

Malaysia hantar bantuan kepada mangsa Taufan Bopha

Posted:

Malaysia hantar bantuan kepada mangsa Taufan Bopha

Malaysia hantar bantuan kepada mangsa Taufan Bopha

07/12/2012 6:22pm

PETALING JAYA — Malaysia hari ini menghantar bantuan makanan serta keperluan lain bernilai RM350,000 kepada mangsa taufan Bopha yang melanda wilayah selatan Filipina Isnin lepas.

Bantuan seberat 13 tan metrik itu dihantar menggunakan pesawat Charlie milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas bersama 16 sukarelawan daripada Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan warga media.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay hadir di Pangkalan TUDM Subang di sini bagi mengucapkan selamat jalan kepada anggota misi yang dijadual kembali ke tanah air esok.

Kohilan sebelum itu merasmikan Pusat Pengumpulan dan Penyimpanan Barangan Bantuan Kemanusiaan semasa Bencana Asean yang dikelola AHA Centre (Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dalam Pengurusan Bencana Asean) dan Program Makanan Sedunia Negara Bersatu.

"Lokasi Malaysia amat strategik dan bebas daripada ancaman bencana alam seperti gempa bumi dan gunung berapi, maka ini menjadi satu kelebihan kita dalam meneruskan misi bantuan kepada negara yang memerlukan," kata Kohilan pada majlis itu. — BERNAMA

Tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki masih ada

Posted:

Tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki masih ada

Tiket separuh akhir Piala AFF Suzuki masih ada

07/12/2012 6:17pm

KUALA LUMPUR — Orang ramai masih berpeluang mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Ahad ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S.Sivasundaram berkata, setakat ini sebanyak 18,000 daripada 85,000 tiket yang disediakan, telah terjual.

"Dalam tempoh kurang lapan jam selepas kaunter dibuka, 10,000 tiket telah dijual di Shah Alam, manakala 8,000 tiket terjual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, penjualan tiket menyaksikan perlawanan itu begitu menggalakkan dan orang ramai dinasihat untuk membelinya lebih awal.

Sivasundaram berkata, sebanyak 65,000 tiket akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil, manakala bakinya di Stadium Shah Alam.

Harga tiket perlawanan yang akan bermula 8 malam itu, adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak. Tempat duduk adalah bebas.

Sivasundaram berkata, pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan B antara Malaysia menentang Indonesia, sebanyak 70,000 tiket terjual.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Istana Presiden Mesir dikawal

Posted:

Istana Presiden Mesir dikawal

Istana Presiden Mesir dikawal

KAWAT berduri diletakkan dekat istana presiden di Kaherah, Mesir semalam.


KAHERAH - Pasukan Pengawal Republikan Mesir mengarahkan penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Presiden Mohammed Morsi meninggalkan kawasan di sekitar istana presiden disini yang menjadi medan beberapa pertempuran ganas.

Pasukan tersebut yang merupakan unit elit tentera Mesir memberi masa sehingga pukul 3 petang waktu tempatan kepada penunjuk perasaan kedua-dua belah pihak untuk beredar dari kawasan itu.

Kata dua semalam itu diumumkan dalam satu kenyataan rasmi yang turut mengharamkan sebarang bantahan di luar mana-mana istana presiden di negara itu.

Beberapa buah kereta kebal dan kawat berduri juga diletakkan di sekitar kawasan istana presiden di sini.

Setakat ini, seramai tujuh orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penyokong dan penentang Morsi.

Beberapa pegawai berkata, seramai 350 lagi cedera dalam pertempuran antara para penyokong dan penentang Morsi setakat ini.

Penentang presiden itu meminta beliau mengugurkan dekri yang memberikannya kuasa hampir mutlak dan membatalkan satu draf perlembagaan kontroversi yang akan diundi menerusi pungutan suara pada 15 Disember ini.

Draf perlembagaan tersebut menyatakan semua undang-undang dan dekri yang dikeluarkan oleh Morsi adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Morsi dipilih pengundi sebagai presiden pada pilihan raya yang diadakan pada Jun lalu. - Agensi

477 maut akibat taufan Bopha

Posted:

477 maut akibat taufan Bopha

477 maut akibat taufan Bopha


SEORANG penduduk menggunakan tali untuk menyeberangi sebatang sungai di pekan Ne Bataan semalam selepas taufan Bopha melanda selatan Filipina pada Selasa lalu.


BATAAN BAHARU - Sejumlah 250,000 orang hilang tempat tinggal manakala 477 mangsa disahkan terkorban dalam bencana taufan terburuk di selatan Filipina pada tahun ini, kata beberapa pegawai semalam ketika pemerintah merayu bantuan daripada masyarakat antarabangsa.

Taufan Bopha melanda Pulau Mindanao pada Selasa lalu dengan meranapkan beberapa buah bandar dalam laluannya dan membawa angin kencang selain hujan lebat yang mencetuskan banjir serta tanah runtuh.

Seorang mangsa bencana tersebut, Erinea Cantilla dan keluarganya berjalan kaki selama dua hari untuk mencari makanan dan tempat perlindungan dalam keadaan berselut di bandar ini selepas bencana itu memusnahkan rumah dan kebun pisang serta koko milik mereka.

"Semua milik kami telah tiada. Apa yang tinggal kini ialah mangsa yang sudah mati," kata Cantilla kepada agensi berita AFP selepas dia dan suaminya bersama tiga anak dan seorang cucu mereka tiba di pinggir bandar ini yang turut terjejas akibat taufan itu.

Pasukan penyelamat menyatakan, mereka masih mencari 380 mangsa yang masih hilang ketika lebih 250,000 orang lagi berlindung di sejumlah sekolah, gimnasium dan bangunan lain selepas mereka tinggal sehelai sepinggang. - AFP

Kate keluar hospital

Posted:

Kate keluar hospital

Kate keluar hospital


WILLIAM dan Kate meninggalkan Hospital King Edward VII di London semalam.


LONDON - Isteri Putera William yang kini mengandung, Catherine meninggalkan Hospital King Edward VII di sini semalam, empat hari selepas beliau dirawat kerana mengalami loya yang teruk.

Catherine yang lebih mesra dengan panggilan Kate tersenyum ke arah kumpulan wartawan dan jurugambar yang menanti di lokasi tersebut ketika dia keluar dari hospital itu bersama suaminya.

Mereka meninggalkan hospital berkenaan dengan menaiki sebuah kereta.

Ditanya sama ada beliau kini berasa sihat, Kate, 30, menganggukkan kepalanya.

Pihak Istana St. James dalam satu kenyataan memberitahu, Kate dibenarkan keluar dari Hospital King Edward VII dan kini menuju ke Istana Kensington untuk berehat.

"Pasangan diraja ini mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan hospital berkenaan kerana rawatan dan penjagaan yang diberikan (kepada Kate)," tambahnya.

William dan Kate yang dianugerahkan gelaran Duke dan Duchess of Cambridge selepas mereka berkahwin pada April 2011, memiliki sebuah apartmen di Istana Palace yang pernah menjadi kediaman bonda William, Puteri Diana.

Kate dimasukkan ke hospital tersebut pada tengah hari Isnin lalu selepas beliau mengalami rasa loya yang teruk.

Sindrom itu menyerang purata seorang dalam setiap 200 ibu yang mengandung dan kadangkala dikaitkan dengan kehamilan bayi kembar.

Kandungan Kate dipercayai belum mencapai usia 12 minggu.

William merupakan pewaris kedua takhta Britain selepas ayandanya, Putera Charles.

Nenda William ialah Ratu Elizabeth II yang kini memerintah Britain. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Khusus untuk wanita berbadan besar

Posted:

Khusus untuk wanita berbadan besar

Khusus untuk wanita berbadan besar

Oleh SUHANA VERU

AIDA RADZI, 38, memiliki tubuh badan yang besar sejak kecil. Selain Aida, tiga adik-beradiknya turut mempunyai berat badan berlebihan.

Justeru, bagi mereka situasi itu bukanlah sesuatu yang janggal.

Ketika zaman kanak-kanak sehingga remaja, anak bongsu daripada empat adik-beradik itu malas berfikir mengenai soal tata rias berpakaian.

Begitupun, perasaan untuk bergaya mulai timbul sebaik menamatkan pengajian dalam bidang Perakaunan dan Kewangan daripada Universiti Humberside, London.

Pada tahun 2006, beliau bekerja di Opulence Network Sdn.Bhd. Syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan untuk menguruskan pelbagai jenis majlis termasuk pelancaran rasmi atau kasual, seminar, bengkel dan banyak lagi.

Bagi memastikan sesuatu majlis itu berjalan lancar, Aida yang mempunyai berat 80 kilogram dan ketinggian 160 sentimeter perlu bertemu dengan bermacam jenis pelanggan.

Cerita anak jati Sungai Petani, Kedah itu lagi, disebabkan tuntutan kerjayanya, beliau mula mencari pakaian yang sesuai atas tuntutan kerja.

Namun demikian, disebabkan faktor fizikalnya yang besar, beliau sukar untuk mendapatkan pakaian yang sepadan.

Justeru, ibu kepada empat orang itu terpaksa menjelajah dari satu ke satu kedai pakaian di pusat beli-belah. Kadangkala akui wanita yang tidak lekang dengan senyuman itu, beliau terpaksa pulang dengan hampa kerana tidak menemui pakaian yang sesuai.

Rasa tertekan

"Memang sukar untuk mendapatkan pakaian sepadan dengan bentuk tubuh badan saya, jika ada pun harga yang ditawarkan terlalu mahal. Bayangkan saya terpaksa belanja hampir RM800 hanya untuk mendapatkan dua helai baju termasuk seluar," katanya ketika ditemui di kediamannya yang terletak di Bandar Sri Damansara, Selangor.

Keadaan itu menyebabkan beliau berasa tertekan terutamanya saat perlu tampil cantik di pelbagai acara yang dikendalikannya.

Bertitik tolak dari situ, wanita yang gemar dengan aktiviti selam skuba itu memasang hajat untuk mengeluarkan pakaian jenama sendiri.


AIDAAWAKE menawarkan seleksi pakaian untuk wanita berbadan besar yang sesuai disarungkan untuk acara kasual atau makan malam.


Aida mahu melihat semua wanita berbadan besar sepertinya mendapat peluang membeli-belah busana sama seperti wanita berbanding ramping.

Bagaimanapun, memulakan sebuah perniagaan bukanlah mudah. Hampir enam tahun dia menyimpan hasrat berkenaan sehinggalah atas dorongan suami, Zuraidee Yassin, 43, mereka mengeluarkan wang simpanan sebanyak RM10,000 untuk membuka perniagaan pakaian bersaiz dari XXL hingga XXXXXL secara atas talian.

Beliau dan suaminya berani membuka perniagaan tersebut selepas melihat rekod Kementerian Kesihatan yang menunjukkan hampir sembilan juta wanita di Malaysia dengan kebanyakannya berumur dari 25 ke 60 tahun mengalami berat badan yang berlebihan.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan Halal Hub Sdn. Bhd memberitahu, perniagaan pakaian XXL yang diusahakannya secara talian sejak September lalu itu diberi nama AidaAwake.

Bertutur lanjut mengenai AidaAwake, kebanyakan koleksi pakaiannya merupakan busana kasual iaitu gaya yang ringkas dan tidak memerlukan hiasan manik mahupun sulaman.

Ia bagi memudahkan, golongan wanita memadankan pakaian yang dijual itu untuk ke pejabat mahupun majlis tidak formal.

Variasi warna

"Pakaian ini sesuai untuk golongan wanita yang berusia 20 hingga 40 tahun ke atas," katanya sambil menunjukkan koleksi pakaian yang sedia ada di rumahnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai warna, Aida memberitahu memahami jiwa wanita berbadan besar yang adakalanya ingin menyerlah pada waktu tertentu, AidaAwake menawarkan variasi rona pakaian daripada warna gelap sehinggalah terang dan ceria.


LAMAN web AidaAwake menyajikan koleksi pakaian yang pasti menambat hati wanita.


Jenis kain yang digunakan pula ialah sifon, kapas, polyester dan denim kapas. Fabrik-fabrik kain yang diimport dari Vietnam dan Indonesia itu digunakan kerana mahu memberi keselesaan kepada pelanggan.

Ketika ditanya mengenai harga, Aida memberitahu harga pakaian XXL AidaAwake bermula dari RM100 hingga RM180 bergantung kepada jenis kain.

Jualan pakaian di AidaAwake mempunyai fesyen tersendiri. Biarpun, saiz baju besar, namun kesemua pakaian di situ mempunyai potongan terutama pada bahagian pinggul.

Jika dibandingkan dengan kedai-kedai di luar, kebanyakan pakaian untuk golongan gemuk kurang mempunyai potongan dan pada kebiasaan potongan baju terlalu besar.

Di samping itu, koleksi AidaAwake juga bermotifkan flora dan abstrak untuk menambahkan lagi elemen segar dan ceria.

Menurut wanita itu lagi, beliau juga sering berkongsi pendapat golongan yang berbadan besar lain untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Jika bertemu dengan wanita-wanita yang berbadan besar, saya akan bertanya pendapat mereka mengenai fesyen yang diingini.

"Malah di AidaAwake, kami turut mengalu-alukan pendapat orang ramai mengenai fesyen dan warna agar kami boleh menambah baik produk AidaAwake," katanya sambil memberitahu kesemua kain itu diupah jahit di sekitar Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang pelanggan AidaAwake, Marina Awanti Nordin, 39, mengakui dia sukar untuk mendapatkan baju dengan saiz tubuhnya yang agak besar.


AIDA menunjukkan koleksi pakaian yang mempunyai potongan di bahagian pinggang.


Dia yang memiliki berat badan 80 kilogram ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia terpaksa membelanjakan kos yang besar semata-mata hanya untuk sepasang baju dan seluar.

"Bayangkan, saya perlu memperuntukkan hampir RM200 jika mahu membeli sehelai baju. Sudahlah mahal, lebih teruk adakalanya saya terpaksa membeli baju walaupun tidak menepati cita rasa kerana tiada pilihan lagi," katanya sambil memberitahu

Menurut Marina Awanti lagi, ekoran harga pakaian XXL yang terlalu mahal dia jarang membeli pakaian kecuali perlu.

Namun selepas diperkenalkan dengan butik maya AidaAwake, ibu kepada seorang cahaya mata itu mengakui pengalaman membeli-belah pakaian kini sangat menyeronokkan.

"Saya boleh memilih pelbagai jenis busana dengan variasi warna dan motif. Lebih menarik, harganya juga lebih berpatutan," ungkap Marina Awanti.

Bagi yang berminat untuk melihat koleksi pakaian AidaAwake anda boleh melayari laman web di www.aidaawake.com atau www.facebook.com/aidaawake.

Ragam kanak-kanak menjadi lelaki dewasa

Posted:

Ragam kanak-kanak menjadi lelaki dewasa

Ragam kanak-kanak menjadi lelaki dewasa


BAGAIKAN sebuah pesta, kanak-kanak yang hendak dikhatankan turut menyertai perarakan khas.


MAJLIS berkhatan secara beramai-ramai bukan sahaja dapat menjimatkan kos malah mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Menyedari hakikat itu, Masjid Negara menganjurkan program berkhatan secara beramai-ramai di masjid itu baru-baru ini.

Seramai 200 murid sekolah rendah di sekitar Kuala Lumpur menyertai program berkenaan.

Majlis yang berlangsung selama satu hari itu membabitkan 10 pegawai perubatan swasta. Sepanjang majlis itu berlangsung, pelbagai ragam dan reaksi kanak-kanak dapat dilihat.

Terdahulu, kesemua peserta disiram dengan air daripada jentera Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan.

Kesemua peserta kelihatan basah kuyup dan kesejukan. Begitupun, mereka begitu seronok dapat bermain air dengan rakan yang bakal menempuh pengalaman serupa.

Sebaik selesai acara berkenaan, satu persatu daripada mereka dibawa masuk ke bilik untuk dikhatan.

Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak yang berusia tujuh sehingga 10 tahun itu menunjukkan riak wajah yang gusar, takut atau menangis. Segelintir daripada mereka tenang melalui proses 'kedewasaan' itu sambil melayan permainan video.


RAMAI ibu bapa dilihat berada di sisi anak-anak mereka untuk memujuk dan menenangkan perasaan.


Kesemua kanak-kanak itu dikhatankan dengan menggunakan kaedah AlisKlamp.

Cara itu itu bukan sahaja mudah dan selamat tetapi menjimatkan kos kerana kanak-kanak tidak perlu mengambil antibiotik mahupun ubat untuk mencuci kesan luka.

Penolong Pengarah Kanan, Unit Pendidikan, Masjid Negara, Mohammad Zaki Ibrahim berkata, program itu diadakan untuk meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan berkhatan.

"Kanak-kanak yang telah berkhatan akan berasa diri mereka berbeza daripada kanak-kanak yang lain. Ini kerana amalan berkhatan adalah salah satu agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa," katanya.

Dalam pada itu, program tersebut merupakan salah satu aktiviti tahunan Masjid Negara bagi mendekati warga kota sejak tahun 1993.

Selain itu, ia juga membantu golongan ibu bapa untuk mengurangkan beban kewangan memandangkan kos berkhatan boleh mencecah RM250 hingga RM280 seorang.


KANAK-KANAK ini gembira disirami air sehingga basah kuyup sebelum berkhatan.


Bagaimanapun, dalam program ini, peserta hanya dikenakan bayaran sebanyak RM150. Beliau menyifatkan sambutan kali ini lebih menggalakkan berbanding tahun lalu.

"Kami gembira atas sokongan ibu bapa yang menjayakan program ini dengan menghantar anak-anak mereka untuk dikhatan secara beramai-ramai," ujarnya.

Pada majlis yang sama, dua adik-beradik berketurunan Cina turut mengambil bahagian. Mereka ialah Chai Kian Fei, 10, dan Kian Haw, 7.

Penglibatan itu berikutan ibu mereka, Kok Mi Fung tertarik dengan manfaat berkhatan selepas terbaca iklan dalam surat khabar.

Sementara itu, Mohd. Zainul Mohd. Dahlan, 8, mengakui sebaik menjejak kaki ke Masjid Negara dia mulai berasa takut.

"Selepas sunat, barulah berasa lega. Lagipun, tidak begitu sakit seperti yang digembar-gemburkan oleh rakan-rakan lain yang telah berkhatan," ujarnya.

Had aurat wanita

Posted:

Had aurat wanita

Had aurat wanita


SETIAP Muslimah perlu faham dengan batas auratnya. - Gambar hiasan


ADAKAH seseorang itu perlu menutup aurat di depan bapa saudara mereka dan bolehkah mereka bersalaman?

JAWAPAN:

Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi:

1. Bapa kandung

2. Bapa mertua

3. Bapa susuan

4. Anak kandung

5. Anak tiri (iaitu anak suami)

6. Anak susuan

7. Saudara lelaki kandung

8. Saudara lelaki susuan

9. Anak saudara lelaki

10. Bapa saudara

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan: "Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan batin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis.

Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.

Inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita. Maka, pada mahram sahaja yang dibenarkan bersalaman.

Selain daripada di atas, maka wajiblah wanita menutup auratnya dan tidak bersentuhan atau bersalaman.

Peringatan juga kepada para wanita, adapun aurat wanita itu sama dengan aurat dalam solat, janganlah dibezakan antara aurat wanita dalam solat dan luar solat.

Kebanyakan wanita keliru dengan batasan aurat. Jadi, mudah-mudahan jelaslah perkongsian ini dan moga Allah permudahkan. Wallahu a'lam.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved