Selasa, 4 Disember 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Teguran guru ubah tulisan Raouf

Posted:

Teguran guru ubah tulisan Raouf

Teguran guru ubah tulisan Raouf

PADA usia empat tahun, Abdul Raouf Mohd. Dahlan, 32, telah mula menunjukkan minat menulis. Tanpa perlu dipaksa, dia akan menggenggam batang pensel lalu cuba menulis abjad ABC dan seterusnya.

Namun, pada waktu itu Abdul Raouf yang lebih mesra dengan panggilan Raouf lebih gemar menggunakan tangan kidal untuk menulis.

Tidak setakat itu, apa sahaja yang dilakukan seperti mengambil atau menghulurkan barang dia akan menggunakan tangan yang sama.

Menyedari kelainan pada Raouf, ibunya, Rusimah Mohd. Salleh, 54, berasa bimbang lalu menegur anak sulung daripada lapan adik-beradik itu supaya menggunakan tangan kanan.

Begitupun Raouf memberitahu, dia berasa kekok apabila menggunakan tangan kanan.

"Ia umpama individu tangan kanan melakukan sesuatu pekerjaan dengan tangan kiri. Sudah pasti, ia sesuatu yang sukar," ujarnya.

Begitupun, Raouf mengakui walaupun menggunakan tangan kidal dalam urusan harian tetapi dalam bab-bab makan, dia akan menggunakan tangan kanan.

Bagaimanapun, kelainan itu bukanlah satu kejanggalan bagi Raouf pada awalnya, sehinggalah dia mula masuk ke sekolah.

Tulisan tahi

Tatkala rakan-rakannya menulis dengan tangan kanan lain pula kisahnya dengan Raouf.

Ketika berada di tahun tiga, Raouf yang menuntut di sebuah sekolah di Kuang, Selangor mengakui dia menerima tamparan hebat akibat ditegur oleh seorang guru Bahasa Malaysia di sekolah itu gara-gara tulisannya yang hodoh.

'Sudahlah tulis dengan tangan tahi, tulisan pun macam tahi.' Herdikan itu sangat berbekas di hatinya kerana menjadi bahan ejekan rakan-rakan sekelas.

"Saya berasa sungguh kecewa dengan teguran guru tersebut tetapi saya mengakui ketika itu tulisan memang buruk dan comot berbanding rakan-rakan yang lain.

"Lagipun, pada masa itu guru-guru menganggap walaupun seseorang murid itu tidak pandai dalam pelajaran, ia tidak menjadi masalah, sebaliknya mereka (guru) lebih menitik berat penulisan yang kemas dan cantik," ujar Raouf bahawa gurunya sering kali mengetuk tangannya.


RAOUF kini sering mendapat pujian kerana tulisannya yang cantik dan kemas walaupun menggunakan tangan kiri.


Bercerita lanjut mengenai pengalaman pahit itu, Raouf bapa kepada tiga orang anak berkata, bertitik-tolak daripada kritikan gurunya, dia berjaya menulis dengan baik.

Akibat takut dengan guru tersebut, Raouf mengambil masa dalam dua bulan untuk menulis dengan kemas.

"Pada mulanya, ia suatu proses yang agak sukar tetapi melihat kebengisan guru itu, saya berusaha sedaya upaya untuk menulis dengan baik,"katanya walaupun susah tetapi dia berjaya memperbaiki kelemahan tersebut.

Sambil menulis beberapa perkataan jawi dan bahasa Melayu, guru di Sekolah Agama Menengah Paya Jaras, Sungai Buloh itu mengakui dia bukan mahu mendabik dada tetapi kini tulisannya seringkali dipuji. Malah, dia turut menitikberat tulisan yang kemas dalam kalangan murid-muridnya.

"Saya sentiasa menasihatkan mereka supaya menulis dengan kemas kerana jika tulisan tidak difahami maka, mesej yang ditulis itu tidak akan sampai kepada pembaca," ujarnya sambil menyifatkan tulisan terang dan jelas amat penting dalam peperiksaan untuk memudahkan pemeriksa kertas faham jawapan murid-murid.

Cabaran kidal

Ditanya mengenai masalah yang dihadapi terutama penggunaan peralatan yang dikhaskan untuk golongan tangan kanan, Raouf berkata, ia tidak menjadi masalah kepada dirinya.

Sebagai contoh, gunting, pembaris, pembuka tin dan pelbagai barang lain, walaupun sukar untuk menggunakan peralatan itu tetapi dia cuba menggunakan tangan kanan untuk melakukan beberapa aktiviti.

"Saya bukannya tidak boleh menggunakan tangan kanan, ia masih boleh digunakan untuk makan dan bersilat," ujar jurulatih Muda Seni Gayung Bahagian Negeri Selangor itu.

Alat-alat yang digunakan dalam seni warisan itu ialah seperti simbat dan keris. Senjata-senjata itu sememangnya dikhaskan untuk golongan tangan kanan.

Sambil menunjukkan ekor cicak yang terdapat di tepi bahagian keris untuk meletakkan jari telunjuk, Raouf menjelaskan peralatan itu sesuai untuk orang tangan kanan. Jadi, dia tidak mempunyai pilihan selain menggunakan tangan kanan.

Apa yang pasti, Raouf merupakan salah seorang daripada 10 peratus populasi di dunia ini yang merupakan individu kidal. Bahkan istimewanya golongan tangan kiri itu, Hari Tangan Kidal Antarabangsa diwujudkan pada 13 Ogos 1976. Ia disambut setiap tahun sehingga hari ini.

Sambutan itu bertujuan mendedahkan kesukaran orang tangan kidal untuk berhadapan dengan dunia yang didominasi oleh pengguna tangan kanan. Biarpun menjalani kehidupan seperti insan normal lain tetapi mereka sering didiskriminasi. Hari Tangan Kidal diwujudkan untuk menangkis persepsi negatif terhadap golongan itu.

Faktor genetik

Selain Raouf, isterinya juga merupakan tangan kidal. Menurut Norsaimah Md. Said, 29, dia membuat segala urusan dengan menggunakan tangan kidal kecuali makan.


ISTERI Raouf, Norsaimah juga seorang kidal.


Ketika zaman kanak-kanak dan remaja, dia tidak berhadapan dengan masalah cuma selepas mempunyai anak sulung dia mula berasa sukar dalam hal-hal mengajar anak memegang pensel.

Memandangkan anak sulungnya itu tidak mewarisi genetik ibu bapanya, Norsaimah yang tidak lekang dengan senyuman itu mengakui sukar memegang tangan anaknya untuk menulis.

"Saya kiri, Adam pula tangan kanan, jadi tangan kami berdua akan berlaga dan tulisan Adam menjadi tidak kemas," jelasnya.

Dalam pada itu, pasangan suami isteri, Noramalina Idris, 27, dan Mohd. Ehsan Jantan, 32, yang mempunyai anak tangan kidal mengakui satu cabaran kepada mereka.

Anak mereka, Nurul Atiqah, 7, sudah menunjukkan simptom tangan kidal terutamanya ketika makan.

Mereka mengakui agak sukar untuk mengubah tabiat anak kecil itu meskipun sudah ditegur.

Noramalina berkata, anaknya itu pernah mencuba menggunakan tangan kanan untuk makan tetapi dia kekok.

"Nurul Atiqah merungut kerana dia tidak dapat makan dengan betul jika menggunakan tangan kanan tetapi saya memujuknya supaya makan dengan tangan kanan," katanya mengakui anaknya lebih selesa menggunakan tangan kiri.

Sementara itu, Ketua Program Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan penggunaan tangan kanan adalah sunat.

Bahkan Islam menekankan menggunakan tangan kanan terutama ketika makan memandangkan tangan kidal digunakan untuk mencuci najis selepas membuang air besar.

Bagaimanapun, isu tangan kidal lebih kepada soal adab. Justeru, seelok-eloknya orang tangan kiri memperaktikkan menggunakan tangan kanan tetapi tidak sehingga membahayakan diri sendiri.

Sementara itu, perunding pediatrik, Dr. Chin Wai Seong berkata, penggunaan tangan kiri berkaitan dengan fungsi otak kanan dan otak kiri yang diprogram sejak bayi dalam kandungan.

"Seseorang itu yang dilihat menggunakan tangan kiri disebabkan perkembangan otak kanan lebih baik berbanding otak kirinya.

"Sebaliknya, anak yang memiliki kecenderungan tangan kanan bererti otak kirinya memiliki perkembangan lebih baik,"katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata, keadaan itu bukanlah abnormal memandangkan ia bergantung kepada dominasi otak seseorang itu.

Justeru, beliau menasihatkan kepada golongan ibu bapa agar tidak bimbang jika memiliki anak yang menggunakan tangan kiri.

"Jangan memaksa anak-anak menggunakan tangan kanan kerana ia akan menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi,"ujarnya lagi sambil memberitahu beberapa kajian menunjukkan perkara tersebut berlaku disebabkan faktor keturunan.

Bunga api iringi pemergian Gypsy

Posted:

Bunga api iringi pemergian Gypsy

Bunga api iringi pemergian Gypsy


PERTUNJUKAN bunga api yang menakjubkan mewarnai langit malam.


WARREN BLACKWELL memegang bekas abu peneman kesayangannya selama lapan tahun, Gypsy. Dia tidak mampu untuk mendapatkan tempat yang tepat atau majlis yang sesuai bagi meraikan kehidupan haiwan peliharaan kesayangannya itu.

"Saya tidak mampu untuk menyediakan apa-apa yang sesuai dengannya untuk membuatkannya gembira," katanya berulang kali.

Anjing baka Staffordshire terrier yang setia dan bijak itu dilanggar kereta ketika berusia empat tahun sebaik Blackwell berpindah ke bandar dari kawasan desa. Itu adalah saat yang paling menakutkan dan menurutnya, perlu diberi upacara perpisahan yang sewajarnya.

"Saya berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut dan berusaha untuk membawanya ke hospital haiwan tetapi ia mati.

"Saya tidak mahu meraikan kematian dengan sesuatu yang mengenang detik kematiannya. Saya mahukan ia berkaitan dengan kehidupannya," katanya.

Jadi, Blackwell tidak berfikir dua kali apabila kawannya, Craig Hull yang merupakan penghibur sarkas terlatih dan juruteknik persembahan bunga api menawarkan pertolongan. Hull mahu Gypsy 'pergi' dengan bergaya.

Blackwell merupakan pelanggan pertama firma pengebumian Hull, Ashes to Ashes yang menggunakan bunga api sebagai tarikan.

Ketika Hull mencadangkan perkara tersebut, saya berkata: "Kawan, saya mahu menjadi orang pertama melakukannya." Matanya sambil melihat matahari terbenam berhadapan permukaan air menghadap Sydney Harbour yang bakal menjadi tempat persemadian terakhir Gypsy.

Pengalaman serupa

Ashes to Ashes bermula lebih kurang tiga tahun lalu ketika dua ekor anjing kesayangan Hull, Zeus dan Gyprock terbunuh lalu menyebabkan terdapat satu ruang kosong yang besar dalam kehidupan penghibur tersebut.

Zues merupakan anjing kacukan German shepherd dan Akita manakala Gyprock ialah anjing campuran labrador putih dan cattle.

Dia sudahpun menaburkan abu 'sahabatnya' itu ketika acara pembukaan Sukan Olimpik. Bagaimanapun, Hull tetap berasakan anjingnya patut mendapat sesuatu yang lebih baik.

"Saya fikir, dengan bekerja sebagai juruteknik pertunjukan bunga api, saya boleh menghantar mereka ke alam kematian dengan bunga api. Jadi, saya lakukan," kata Hull.

Berbanding cara lama iaitu memori sedih mengiringi upacara menabur abu ke dalam air, Hull berpendapat, dia membayangkan warna dan cahaya ketika anjing-anjingnya 'diterbangkan ke langit' dalam pertunjukan bunga api.


HULL (kanan) berbual bersama Blackwell di hadapan penonton sebelum pertunjukan bunga api bermula.


"Sangat mustahil untuk membolehkan abu seseorang ditebarkan seperti itu ke kawasan yang besar di udara.

"Saya rasakan ini sangat mengagumkan, orang lain sepatutnya boleh merasai pengalaman seperti ini," katanya.

Pakej menghantar abu haiwan kesayangan berharga A$990 (RM3,139) merangkumi pertunjukan bunga api, runut bunyi, katering dan hidangan minuman.

Upacara menghantar haiwan-haiwan peliharaan dilakukan secara berkumpulan iaitu empat ekor dalam satu kelompok. Kata Hull, pemilik haiwan peliharaan gemar menunjukkan foto anjing sesama mereka untuk berkongsi memori.

Untuk manusia

Hull juga menawarkan perkhidmatan tersebut kepada manusia walaupun sehingga kini masih belum ada yang muncul menerima tawaran tersebut.

Harga bermula pada A$4,800 (RM15,220) dan menurut Hull, dia bercadang mahu mengadakan sebuah majlis bunga api yang besar seakan-akan Sambutan Malam Tahun Baru berbanding acara yang kecil seperti sekarang.

Dia kini sedang mengkaji sebarang kemungkinan untuk melancarkan abu ke angkasa lepas.

"Ia bukan suatu kelaziman tetapi saya percaya ia akan menjadi perkara biasa suatu hari nanti.

"Orang ramai sangat kreatif, mereka mahukan banyak perkara yang berbeza seperti abu ditabur ke empat buah bandar berbeza secara serentak dalam beberapa saat," ujarnya sekadar memberi contoh.

Penonton dalam bilangan yang sederhana ramai berkumpul di bawah pohon untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Gypsy.

Bunyian dalam percikan cahaya emas, perak dan biru melatari suasana dan diakhiri dengan tepukan gemuruh sebaik sahaja bekas terakhir yang mengandungi abu meletup.

Saat terakhir Gypsy ditandakan dengan bunga api berbentuk hati dengan rona merah yang perlahan-lahan hilang di langit yang berasap itu.

Air mata Warren berlinangan dan dia melompat kegirangan dari ambal pikniknya.

"Bagaimana? Itu ialah Gypsy," teriaknya. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Diseludup kerana bernilai tinggi

Posted:

Diseludup kerana bernilai tinggi

Diseludup kerana bernilai tinggi

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

MOHD. SHAIFUL AKMAL SALMAN, 32, sudah empat tahun berkecimpung dengan dunia penjagaan sugar glider, haiwan kecil daripada keluarga marsupial yang mempunyai mata bundar dan comel.

Menjaga haiwan eksotik itu bukan mudah. Ilmu mengenai haiwan tersebut seperti cara penjagaan, makanan dan tingkah laku perlu diketahui.

Paling penting adalah setiap pemilik mesti mempunyai komitmen yang tinggi dalam memelihara haiwan tersebut. Daripada pemerhatian Mohd. Shaiful, ramai yang meminati sugar glider pada peringkat awal, tetapi mulai bosan selepas tempoh dua atau tiga bulan.

Kemudian, mereka tidak tahu ke mana hendak diserahkan haiwan tersebut kerana ia bukan seperti haiwan domestik lain seperti anjing atau kucing yang boleh dibuang di pasar.

Sugar glider tidak boleh dibuang di hutan kerana persekitaran itu tidak sesuai dengannya lebih-lebih lagi jika binatang tersebut telah dijinakkan.

Disebabkan perkara itu dan rasa cinta pada haiwan kecil tersebut, Mohd. Shaiful mengambil inisiatif menubuhkan sebuah pusat pemeliharaan sugar glider.

Masih dalam peringkat perancangan, lelaki itu percaya bahawa dia bakal menerima sugar glider daripada pemilik yang sudah tidak mahu menjaga haiwan itu.

"Pusat itu nanti akan meletakkan syarat pada bilangan yang boleh diterima dalam satu-satu masa selain mencari keluarga angkat baharu bagi memeliharanya.

"Rancangan lain ialah jika ada individu yang mahu membeli sugar glider, kami akan jual secara berpasangan pada harga murah," terangnya yang berkali-kali menekankan peri penting bagi penjaga memiliki komitmen tinggi.

Sekurang-kurangnya usaha Mohd. Shaiful itu memberi ruang kepada mereka yang tidak mahu lagi menjaga haiwan tersebut dan pada masa yang sama menjamin keselamatannya.

Trend memelihara haiwan hutan atau eksotik sebenarnya sudah lama menjadi pilihan, mungkin kerana rupanya yang cantik, kepercayaan mahupun atas dasar taraf sosial dalam kalangan masyarakat.

Dilindungi

Kebanyakan penggemar haiwan eksotik kerap menjadikan burung dan reptilia seperti kura-kura dan ular sebagai binatang peliharaan.

Namun, terdapat kes terpencil apabila haiwan ganas turut dijadikan sebagai binatang peliharaan, kata Pegawai Kanan Komunikasi Traffic Southeast Asia (Traffic), Elizabeth John.


HAIWAN eksotik yang dijual di Pasar Chatuchak pasti menarik perhatian orang ramai.


Elizabeth memberi contoh satu kes rampasan pada tahun 2003 iaitu seorang pemilik ladang kelapa sawit yang memiliki seekor harimau sebagai haiwan peliharaan.

Secara kasar, penjualan binatang liar sebagai haiwan peliharaan di Malaysia tidaklah begitu serius berbanding Thailand yang terkenal dengan Pasar Chatuchak di Bangkok. Di Vietnam pula, haiwan dijaja dengan mudah sama ada sebagai makanan atau haiwan peliharaan.

Di Malaysia, haiwan liar terlindung di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Dalam menguruskan kes penyeludupan, senarai rujukan kawalan Persidangan Perdagangan Antarabangsa dan Spesies Flora dan Fauna Terancam Dunia (CITES) diguna pakai.

CITES menyenaraikan tiga lampiran spesies dilindungi mengikut darjah perlindungan yang diperlukan.

Lampiran 1 mengandungi senarai spesies yang terancam dengan kepupusan. Perdagangan haiwan dalam lampiran itu tidak dibenarkan sama sekali kecuali situasi tertentu seperti penyelidikan. Di Malaysia, orang utan dan harimau termasuk dalam lampiran tersebut.

Lampiran 2 pula merujuk pada haiwan tidak semestinya terancam dengan kepupusan tetapi pemerdagangannya perlu dikawal bagi mengelakkan penggunaan melebihi bilangan yang masih hidup secara liar. Contoh haiwan yang termasuk dalam lampiran tersebut ialah semua spesies kura-kura dari seluruh dunia.

Sementara itu, lampiran ketiga merujuk kepada spesies tertentu di negara tertentu yang terancam populasinya dan khuatir ia didagangkan ke luar negara tersebut.

Haiwan eksotik yang boleh diperdagangkan memerlukan penjual dan pemiliknya memiliki lesen. Ia bertujuan supaya pihak berkuasa dapat memantau bilangan haiwan yang masih wujud di habitat liar.

Selain itu, data yang didapati daripada pengeluaran permit boleh digunakan dalam kajian terhadap impak kepada populasi haiwan dan manusia pada masa hadapan.

Impak haiwan liar sangat sukar dijangka seperti yang pernah berlaku sebelum ini seperti pandemik H5N1 atau selesema burung. Jika perlu lebih jauh lagi, penyakit AIDS dikatakan berasal daripada monyet.


KURA-KURA radiated dari Madagascar ini mempunyai corak yang sangat cantik pada cengkerang.


Tambah Elizabeth, manusia belum mengetahui sepenuhnya bakteria yang terdapat pada haiwan yang hidup dalam persekitaran liar.

Strategi penyeludupan

Dari sudut penguatkuasaan perdagangan, menurut Pegawai Kanan Program Traffic, Kanitha Krishnasamy, 32, antara haiwan yang berada dalam Lampiran 1 dan 2, terdapat beberapa spesies yang seakan-akan sama.

"Perkara itu menyebabkan ramai penyeludup mengambil kesempatan ketika membawa masuk atau keluar haiwan terancam. Kedua-dua jenis haiwan dicampur menyebabkan berlaku kekeliruan.

"Apabila sampai ke destinasi, pekedai akan mempamerkan haiwan tersebut dan menjual pada harga yang sangat mahal," kata Kanitha.

Sebagai contoh, burung kakak tua berjambul kuning merupakan antara haiwan yang berada dalam Lampiran 1 CITES.

Berasal dari Indonesia, ia diseludup dengan burung kakak tua berjambul sulfur yang berada dalam Lampiran 2.

Kata Kanitha, kedua-dua jenis burung kakak tua itu kelihatan sangat serupa dan senang memperdaya mata pemeriksa.

Terdapat juga beberapa jenis burung yang dipelihara disebabkan suara yang sedap. Misalnya, tiung mas yang berada dalam Lampiran 2.

Burung murai batu dan burung barau barau turut mempunyai pasaran kerana bersuara merdu.

Selain burung, kura-kura yang merupakan sejenis haiwan reptilia juga mempunyai pasaran dalam kalangan penggemar haiwan eksotik.

Paling berleluasa diseludup ialah kura-kura Indian Star dan spesies kura-kura radiated (Astrochelys radiata) yang tersenarai dalam Lampiran 1 CITES.

Corak pada cengkerang kura-kura tersebut sangat cantik dan ia menjadi daya tarikan kepada para penggemar haiwan eksotik.

Pada tahun 2010, pihak berkuasa Malaysia mematahkan satu penyeludupan yang menyaksikan lebih 300 ekor kura-kura itu dirampas bersama-sama lima ekor kura-kura Madagascar, 47 katak tomato dan beberapa ekor sumpah-sumpah.

Kura-kura radiated yang diseludup melalui jalan udara itu dirampas di pintu masuk negara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Disebabkan persekitaran hidup haiwan itu tidak sesuai di negara ini, lebih separuh daripada bilangan yang dirampas menemui ajal, ujar Kanitha menggeleng kepala.

Sampuk Elizabeth, mesin pengimbas bagasi di kebanyakan lapangan terbang antarabangsa kadangkala tidak dapat mengesan sama ada berlaku penyeludupan haiwan atau tidak.

"Kura-kura Indian Star apabila disusun dalam beg pakaian dalam kuantiti banyak, corak pada cengkerangnya kelihatan sama seperti pola kain batik pada alat pengimbas," terang Elizabeth.

Selain itu, banyak lagi kes rampasan yang dilaporkan oleh media seperti sepasang suami isteri dari Pekan, Pahang cuba untuk menjual bahagian anak harimau pada tahun 2010.

Ungkap Kanitha, siri rampasan yang dilakukan oleh pihak berkuasa dengan bilangan haiwan yang tinggi membuktikan binatang peliharaan eksotik mempunyai permintaan di Malaysia.

Melalui pemerhatian Elizabeth, sejak akta terbabit digubal semula dengan denda yang dikenakan lebih tinggi, para peniaga mula menjual haiwan eksotik secara dalam talian.

Aksi merakam foto terbaik

Posted:

Aksi merakam foto terbaik

Aksi merakam foto terbaik

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


AKSI Fakrul menggayakan kamera EOS 110D ketika menyertai pertandingan bagi menimba ilmu dalam dunia fotografi.


DARI jauh, pekarangan kompleks beli-belah Berjaya Times Square (BTS) di Jalan Imbi, Kuala Lumpur kelihatan meriah dengan segerombolan manusia yang berpakaian putih merah.

Di tangan masing-masing terdapat seunit kamera digital refleks lensa tunggal (DSLR) dari pelbagai jenama terkemuka. Semua mereka merupakan peserta bagi acara kemuncak Pertandingan Canon Photomarathon Malaysia 2012.

Daripada ribuan yang hadir, gelagat dua peserta cilik ternyata menarik perhatian media yang membuat liputan di sana. Mereka begitu asyik membelek kamera yang ada sebelum memulakan sesi perlumbaan merakam foto terbaik.

Ng Ta Chen, 6, mungkin boleh dianggap kanak-kanak bertuah kerana menjadi peserta termuda dalam pertandingan berprestij itu. Dia kelihatan tenang walaupun bersaing dengan jurugambar dewasa dan profesional.

Semai minat

Menurut ayahnya, Ng Kai Fong, 34, Ta Chen sudah mula memegang kamera pada usia empat tahun. Sejak itu, dia terus berminat dengan dunia fotografi.

"Anak saya gemar merakam gambar. Jika kamera ada di tangan, banyak jugalah gambar yang akan menjadi subjek lensanya.

"Jadi, apabila menyertai pertandingan ini, saya mengambil peluang untuk membawanya sekali bagi memberi pendedahan lebih lanjut tentang cabaran dalam dunia fotografi masa kini," ujar Kai Fong yang turut ditemani isterinya.


SALAH seorang peserta mengambil peluang menggunakan kamera DSLR Canon 1DX bersama lensa jarak jauh yang disediakan oleh Canon sempena pertandingan itu.


Bagi Fakrul Shahril Ezanie Zulkifli pula, minat yang mendalam terhadap kamera membuatkan dia sanggup datang dari Melaka bersama rakan-rakan untuk menyertai Pertandingan Canon Photmarathon Malaysia 2012.

Berbekalkan kamera EOS 110D yang dibeli tahun lepas, Fakrul mengakui dia sekadar menimba ilmu melalui aktiviti tersebut.

"Saya tahu sukar untuk memenangi pertandingan ini, apatah lagi ia turut disertai jurugambar profesional dari seluruh negara. Justeru, saya cuma mahu memeriahkan program ini di samping menambah kenalan yang mempunyai minat serupa iaitu fotografi," ungkap remaja berusia 13 tahun itu sambil tersenyum.

Ternyata, pertandingan sedemikian mampu menyuntik minat masyarakat untuk mendalami dunia fotografi yang semakin berkembang maju seiring kepesatan teknologi terkini.

Peluang terbaik

Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Pengimejan Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon), Simon Wong berkata, pertandingan tersebut berjaya menarik sebanyak 3,000 penyertaan di dua lokasi iaitu Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur.

"Canon PhotoMarathon sememangnya peluang terbaik kepada jurugambar amatur dan profesional mempamerkan bakat masing-masing dan penyertaan tahun ini disifatkan sangat luar biasa.


KARYA Rapid Mobility yang dirakam oleh Chee Hoe membawa tuah padanya apabila dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama.


"Ini adalah petunjuk bahawa industri fotografi di negara ini semakin diminati ramai," ujarnya.

Daripada 3,000 penyertaan yang diterima, karya visual pokok oleh Shin Chee Hoe berjaya menambat hati juri sekali gus dinobatkan sebagai pemenang utama pertandingan tersebut.

Kemenangan itu membolehkan Chee Hoe mengikuti percutian ke Hungary selama lapan hari dan menyertai bengkel foto di sana. Selain itu, dia turut membawa pulang hadiah berupa badan kamera EOS 5DMark III Canon, pencetak Pixma Pro 1, tripod MT293A3 Manfrotto serta hadiah sampingan.

Pertandingan Canon Photomarathon Malaysia 2012 diadili oleh jurugambar profesional yang terdiri daripada Pengasas dan Pengarah Eksekutif Image Rom, Steve Koh; jurugambar yang berpengalaman 20 tahun dalam fotografi komersial, Joe Chan; Pengurus Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, Syed Agil Syed Jaafar; Editor Foto The Star Publications, Ng Kok Leong dan jurugambar terkemuka, Eddie Putera.

Sempena pertandingan itu, Canon juga menunaikan tanggungjawab korporat sosial (CSR) dengan menyerahkan cek berjumlah RM32,500 kepada Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Ramdass Nayar.

Lima aplikasi berguna Android

Posted:

Lima aplikasi berguna Android

Lima aplikasi berguna Android

Oleh KHAIRUL ANUAR
ABDUL RAHMAN
anuarrahman@gmail.com


SEMAKIN banyak telefon pintar dan tablet kini memilih platform Android.


PERANTI yang menggunakan platform Android tidak asing lagi di negara kita. Pelbagai jenama telefon pintar dan tablet kini sudah mula beroperasi dengan sistem operasi keluaran Google itu yang menggunakan konsep sumber terbuka.

Peningkatan bilangan pembangun aplikasi Android atau lebih popular dengan panggilan apps juga membuktikan kehadiran Android di pasaran bukan sahaja berjaya menarik hati pengguna, malah syarikat pembangun aplikasi.

Tidak ketinggalan individu yang berkemahiran di dalam pengaturcaraan.

Terdapat pelbagai jenis kategori apps yang dapat dimuat turun daripada Play Store di telefon Android, sama ada secara percuma ataupun berbayar.

Pengguna hanya perlu memilih kategori seperti apps komunikasi, permainan, komik, hiburan, kewangan, rangkaian sosial, pelancongan dan sebagainya.

Minggu ini Infiniti menyenaraikan lima aplikasi berguna untuk pengguna telefon Android.

1. WhatsApp

Anda lebih gemar berinteraksi dengan teman menggunakan pesanan teks berbanding panggilan telefon?

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi yang bukan sahaja menawarkan komunikasi secara pesanan teks, malah ia membolehkan pengguna Android berkomunikasi sesama pengguna Android yang lain.

Pengguna WhatsApp juga boleh berkongsi gambar, audio dan video dengan pengguna lain dengan percuma asalkan peranti Android yang digunakan mempunyai pelan data atau mempunyai capaian internet menerusi WiFi.

2. Waze


APLIKASI pengesanan AES mungkin dapat membantu pengguna jalan raya.


Tiada apa yang lebih membosankan selain terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. Waze menawarkan perkongsian maklumat trafik dengan pengguna Waze yang lain.

Aplikasi ini memaparkan peta dan panduan ke destinasi yang ingin dituju. Contohnya, kesesakan lalu lintas akibat kemalangan, sekatan jalan raya atau apa sahaja.

Pengguna juga boleh menghantar mesej kepada pengguna lain untuk memaklumkan tentang kesesakan yang berlaku.

3. Facebook

Sejak rangkaian sosial ini mula diperkenalkan di platform peranti bergerak, pelbagai penambahbaikan dan peningkatan telah dibuat pada aplikasi tersebut.

Pengguna kini tidak perlu lagi bergantung kepada komputer di rumah untuk mengakses akaun Facebook kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dengan capaian internet.


APLIKASI Waze mengelakkan pengguna sesat di jalan raya.


Malah, daripada sejumlah 1 bilion pengguna Facebook, dianggarkan sebanyak 600 juta terdiri daripada pengguna peranti bergerak.

4. AES Detector

Penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Malaysia pastinya menjadi mimpi ngeri kepada pemandu laju tegar.

Bagaimanapun, bukan golongan itu sahaja menjadi mangsa, malah turut membabitkan pemandu biasa terutama mereka yang tidak peka terhadap had laju di sesuatu jalan tersebut.

Dengan menggunakan aplikasi AES Detector itu, pemandu akan diingatkan tentang had laju sesebuah kawasan sekali gus memberi peringatan tentang kamera pengesan kelajuan AES yang berdekatan.

5. MyDurian

Rancang perjalanan anda sebelum melalui sesebuah lebuh raya dengan melihat keadaan trafik semasa menerusi kamera pengawasan trafik yang terdapat di lebuh raya di Malaysia.

MyDurian membolehkan anda melihat petikan syot berganda (snapshot) daripada rakaman video kamera pengawasan tersebut yang dikemaskini setiap beberapa minit.

Ini membolehkan anda memilih untuk

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Generasi kedua Felda dapat durian runtuh

Posted:

Generasi kedua Felda dapat durian runtuh

Generasi kedua Felda dapat durian runtuh


BADERI (berdiri depan, empat dari kiri) bersama sebahagian generasi kedua peneroka di Felda Penggeli Timur, Kulaijaya baru-baru ini.


DURIAN RUNTUH. Seramai 460 orang generasi kedua Felda menerima durian runtuh yang keseluruhannya berjumlah RM2.3 juta sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Dewan Bersama Felda Penggeli Timur, Kulaijaya, Johor baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, Datuk Baderi Dasuki berkata, pembayaran sebanyak RM5,000 kepada setiap penerima itu membuktikan kerajaan menunaikan janji untuk memberi insentif bukan sahaja kepada ketua keluarga peneroka Felda dan isteri, malah kepada anak-anak mereka.

Kegembiraan mereka menerima cek tersebut turut dikongsi bersama ibu bapa masing-masing.

UPM jamu wakil media durian

Posted:

UPM jamu wakil media durian

UPM jamu wakil media durian


MOHD. FAUZI (tengah) bersama wakil media yang hadir pada Program Jom Makan Durian Bersama Media anjuran UPM di Serdang baru-baru ini.


MAKAN BUAH. Sempena musim durian, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjamu wakil-wakil media dengan menghidangkan sebanyak 250 biji buah durian di UPM, Serdang, Selangor baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan memberitahu, program itu sebahagian sesi beramah mesra kakitangan UPM dan pengamal media yang sering memberi sokongan.

"Program ini juga bertepatan dengan sambutan musim buah yang sentiasa menjadi tumpuan penggemar buah-buahan," katanya.

"Apa yang penting, pesta ini adalah sesuatu yang berharga kepada semua yang hadir kerana berpeluang merasa durian daripada dusun UPM sendiri," katanya.

Pasukan UiTM Perlis ungguli boling persahabatan

Posted:

Pasukan UiTM Perlis ungguli boling persahabatan

Pasukan UiTM Perlis ungguli boling persahabatan


DUA pasukan UiTM Perlis muncul sebagai johan dan naib johan pada Pertandingan Boling 10 Pin Tahunan Kali Ke-9 di Landmark Central, Kulim baru-baru ini.


CEMERLANG. Dua pasukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis muncul sebagai johan dan naib johan pada Pertandingan Boling 10 Pin Tahunan Kali Ke-9 di Ole-Ole Super Bowl, Landmark Central, Kulim, Kedah baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Royal Institution of Surveryors Malaysia (RISM) melibatkan 12 pasukan terdiri daripada jabatan kerajaan, institusi mahu pun syarikat yang terlibat dalam ukur tanah, ukur bahan serta pengurusan dan penilaian hartanah.

Matlamat penganjuran pertandingan tersebut bukan sekadar pertandingan malah lebih kepada mengeratkan hubungan sesama ahli RISM yang berada di kawasan utara terdiri bersama agensi terbabit.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Amah diminta jauhi Malaysia

Posted:

Amah diminta jauhi Malaysia

Amah diminta jauhi Malaysia

Jabatan Imigresen menyelamatkan 105 warga asing yang dikurung di sebuah premis di Klang, Selangor kelmarin.


KUALA LUMPUR – Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia, kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP.

Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor baru-baru ini.

Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh pihak berkuasa menunjukkan amah Indonesia masih berdepan risiko terutamanya mereka yang memasuki Malaysia secara haram berbanding saluran sah.

"Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan keras. Adalah lebih baik untuk pembantu rumah Indonesia tidak bekerja di Malaysia.

"Mereka (Malaysia) meminta pembantu rumah Indonesia tetapi mereka tidak dapat melindungi golongan tersebut dengan baik, kata jurucakap berkenaan, Suryana Sastradiredja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Suki, Jeremy kahwin 12.12.12

Posted:

Suki, Jeremy kahwin 12.12.12

Suki, Jeremy kahwin 12.12.12


Suki bersama Jeremy.


KUALA LUMPUR – Juara program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama, Suki atau nama sebenarnya Low Sook Yee, 22, mengumumkan bakal menamatkan zaman solo bersama pengurusnya, Jeremy Chong pada 12 Disember ini.

Suki yang teruja bakal bergelar isteri kepada Jeremy, 30, tidak lama lagi berkata, tarikh 12.12.12 dipilih kerana ia kebetulan sehari selepas sambutan hari jadinya pada 11 Disember ini.

"Saya berasa selesa dan selamat apabila bersamanya apatah lagi dia sentiasa menemani ketika saya mengalami kesusahan.

"Saya tidak sabar menanti hari bahagia itu. Perbezaan usia saya dan dia bukan penghalang," kata penyanyi lagu Terlalu Mencintaimu ketika sesi fotografi bersama Kosmo! di sini baru-baru ini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Baling sabit elak kena rogol

Posted:

Baling sabit elak kena rogol

Baling sabit elak kena rogol

Oleh AINSAFRE BIDIN
berita@kosmo.com.my


NADIA menunjukkan parang yang ditinggalkan perompak ketika memecah masuk rumah neneknya di Teluk Intan Sabtu lalu.


TELUK INTAN – Tindakan berani seorang gadis melawan seorang perompak dengan membaling sabit ke arah suspek bukan sahaja dapat menyelamatkan maruahnya daripada dinodai malah berjaya membuatkan lelaki itu bertempiaran lari.

Kejadian pukul 7.30 malam di di sini pada Sabtu lalu berlaku ketika gadis yang dikenali sebagai Nadia, 14, didatangi perompak bersenjatakan parang panjang ketika berada di dalam rumah bersama neneknya.

Mengimbau semula kejadian itu, Nadia memberitahu, sebelum kejadian, neneknya sedang membaca surah Yasin selepas mengerjakan solat Maghrib di ruang tamu manakala dia berada di dalam bilik.

Ahli keluarganya yang lain keluar ke bandar Teluk Intan untuk membeli barangan keperluan.

Siti Nadia bersekolah di Selangor dan datang ke sini kerana cuti sekolah.

"Tiba-tiba saya terdengar nenek menjerit meminta tolong. Sebaik keluar, saya ternampak seorang lelaki sedang mengacu parang ke arah nenek.

"Penjenayah kemudiannya meminta saya menanggalkan pakaian dan kata mahu rogol saya jika nenek enggan menyerahkan gelang dan cincin emas yang dipakai," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kemeriahan Krismas di Viva

Posted:

Kemeriahan Krismas di Viva

Kemeriahan Krismas di Viva

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

PENGHUNI Rumah keluarga Kami (kiri) bersalaman dengan Santa Klaus sempena pelancaran sambutan Krismas baru-baru ini.


SUASANA dan perasaan gembira jelas kelihatan pada setiap wajah kanak-kanak yatim piatu terutamanya ketika menerima sumbangan hadiah daripada ikon perayaan Krismas, Santa Klaus di pusat beli-belah Viva, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seramai 75 orang kanak-kanak termasuk penjaga mereka dari Rumah Ozanam, Rumah Kanak-kanak Impian dan Rumah Keluarga Kami seluruh Selangor beratur menunggu giliran untuk bersalaman serta menyatakan hasrat kepada lelaki berjanggut putih yang memakai baju merah itu.

Mereka turut diraikan dengan penganjuran bengkel seni. Setiap seorang daripada mereka diberikan sehelai baju T untuk dilukis sebarang corak mengikut kreativiti masing-masing.

Sebelum itu, kanak-kanak dari ketiga-tiga rumah anak yatim tersebut diberi dandanan dan potongan rambut sebagai persediaan menyambut Krismas di salon Hair Atelier.

"Senyuman yang terukir pada wajah kanak-kanak tersebut menunjukkan usaha kami bagi memenuhi harapan Krismas mereka berjaya," kata Pengurus Besar, Kenny Chin pada majlis pelancaran Bengkel Santa tersebut.

Mereka juga menerima sumbangan bantal daripada Goodnite dan selepas majlis berakhir, anak-anak yatim tersebut dihiburkan dengan tayangan filem Rise of the Guardian.

Bertemu maskot

Menjelang sambutan Krismas pada tahun ini, pusat beli-belah Viva mengadakan tarikan berbeza daripada lokasi-lokasi beli-belah lain bertemakan Bengkel Santa (Santa's Workshop) di ruang legar, tingkat bawah.

Bermula dari 28 November 2012 hingga 1 Januari 2013, para pengunjung boleh melawat gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti cenderamata, gula-gula dan barangan kraftangan.


RUANG legar aras bawah Pusat Beli Belah Viva dihias dengan dekorasi Krismas sempena sambutan perayaan bertemakan Bengkel Santa.


Selain itu, orang ramai juga boleh bertemu dengan maskot Viva sempena Krismas kali ini, Vivi The Elf bagi menyertai pengembaraannya.

"Bengkel Santa mempamerkan dekorasi barang-barang permainan yang besar dan pohon-pohon Krismas yang pasti membangkitkan nostalgia.

"Semuanya bagaikan dalam dunia Krismas yang penuh dengan keajaiban," ungkap Kenny lagi.

Persembahan tarian, bengkel kraftangan, sesi bergambar dan bermesra dengan Santa Klaus serta pertandingan mewarna turut diadakan.

Tidak ketinggalan, pusat beli-belah tersebut menawarkan potongan sehingga 80 peratus di kedai-kedai yang terpilih.

Viva juga mengadakan pertandingan menghias patung kuda yang disertai oleh pelajar-pelajar kesenian daripada kolej-kolej tempatan seperti Kolej Tunku Abdul Rahman, Institut Seni Malaysia, Kolej Saito dan Institut Reka Bentuk Raffles.

Pemenang pertandingan tersebut akan diumumkan pada 12 Disember dan buat masa sekarang, semua kerja seni peserta sedang dipamerkan di ruang legar Viva.

Lebih bermakna, Viva turut membuat kempen istimewa bertajuk Sebarkan Kegembiraan sepanjang musim festival ini bagi menggalakkan para pengunjung menderma hadiah kepada anak-anak yatim.

"Orang ramai yang berhajat untuk menderma hadiah istimewa kepada anak yatim boleh membungkus hadiah di kaunter khidmat pelanggan kami yang terletak di aras bawah.

"Tulis harapan dan keinginan anda sempena Krismas dan hadiah tersebut boleh dihantar secara percuma," terang Kenny mengenai cara pusat beli-belah tersebut dalam menggalakkan orang ramai menderma.

Makanan laut segardi Kafe Tupai-Tupai

Posted:

Makanan laut segardi Kafe Tupai-Tupai

Makanan laut segardi Kafe Tupai-Tupai


MOHD. SAFUL menunjukkan ikan merah masak kari yang menjadi kegemaran para pelangggannya.


MENGUTIP kulit kerang bersama anak-anak di tepi pantai Tanjung Leman, Mersing, Johor terasa amat menyeronokkan. Begitulah suasananya apabila kita sesekali bercuti bersama keluarga di tepi pantai. Pelbagai aktiviti kita boleh lakukan sambil bergurau senda selain menikmati keindahan alam.

Puas berjalan di sepanjang pantai, pasti tempat makan menjadi tumpuan kita sekeluarga. Jika berkunjung ke Tanjung Leman apa kata anda menjamu selera di Kafe Tupai-Tupai.

Pelbagai menu disediakan kepada para pengunjung sama ada secara ala carte atau bufet. Lebih istimewa, kafe ini menyediakan makanan laut yang segar dengan bekalannya diperoleh daripada nelayan tempatan.


KAFE Tupai-Tupai mendapat bekalan ikan segar dari jeti nelayan
di Tanjung Leman.


Pengurus kafe, Mohd. Saiful Samad, 26, berkata, pihaknya menyediakan bufet berharga RM6 seorang dengan menu harian termasuk makanan laut segar.

"Setiap hari, kami menyediakan lima set menu bermula dari 10.30 pagi hingga 2.30 petang. Selepas itu, kita menyediakan makanan ala carte sehingga 10 malam. Para pelanggan juga boleh menempah makanan dalam pakej-pakej tertentu yang harganya dijamin murah," katanya.

Menurut Mohd. Saiful, pihaknya amat bertuah ekoran kedudukan jeti nelayan tidak sampai lima minit perjalanan dari restoran, memudahkan bekalan ikan segar diperoleh.

"Penggunaan hasil laut yang segar membuatkan masakan menjadi lebih sedap. Dari segi harga pula, ia jauh lebih murah daripada restoran di bandar raya Johor Bahru," katanya yang telah empat tahun bekerja di kafe berkenaan.


PARA pelanggan boleh menempah pakej-pakej makanan dengan dikenakan harga yang berpatutan.


Tidak hairanlah, kafe yang dibuka pada Ogos tahun lalu itu menjadi tumpuan pelanggan tetap yang sanggup datang dari jauh termasuk dari Kuala Lumpur dan Singapura. Selain itu, orang ramai juga boleh menempah perkhidmatan katering pada kadar bayaran yang berpatutan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 012-746 8709. - NASRI JAMALUDIN

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Safee milik Johor

Posted:

Safee milik Johor

Safee milik Johor

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

SAFEE (kanan) menyerahkan dokumen kontrak kepada presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas menandatanganinya di Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) terus berbelanja besar dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Semalam, Setiausaha PBNJ, Suhairi Hashim mengesahkan telah mendapat surat pelepasan daripada kelab Liga Super Indonesia (ISL), Arema Indonesia bagi mendapatkan khidmat penyerang sensasi Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali secara pinjaman musim depan.

Suhairi berkata, surat yang ditandatangani oleh Pengarah Arema, Ruddy Widodo menyatakan, Safee akan menyarung jersi Johor selama setahun bermula dari 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.

"Safee sepatutnya hadir malam ini (semalam) untuk menandatangani kontrak tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan terikat dengan peraturan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang tidak membenarkan pemain kebangsaan keluar daripada kem latihan mereka sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2012.

"Namun, kami (PBNJ) telah mendapat pelepasan daripada Arema yang membenarkan Safee beraksi bersama Johor. Saya ada bukti dan saya boleh tunjuk kepada umum.

"Jika segalanya berjalan seperti yang dirancang, Safee akan beraksi bersama Johor. Kami memang bersungguh-sungguh untuk membawa masuk Safee dan mahu menyelesaikan perkara ini dalam tempoh dua hari sebab tarikh tutup pendaftaran pemain akan tutup pada 6 Disember (esok)," kata Suhairi ketika ditemui pemberita di Hotel Prince Kuala Lumpur malam tadi.

Terdahulu, sidang akhbar yang dirancang PBNJ untuk majlis menandatangani kontrak Safee tidak dapat diteruskan kerana pemain berusia 28 tahun itu tidak dapat hadir kerana terikat dengan peraturan FAM.

Situasi itu menyaksikan Suhairi bersama Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bergegas ke Wisma FAM, Kelana Jaya malam tadi bagi mendapatkan tandatangan Safee.

Mengulas mengenai yuran pinjaman dan gaji Safee, Suhairi berkata: "Berhubung perkara itu, kami tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberi gambaran bahawa Safee akan mendapat gaji yang lebih baik daripada apa yang diterimanya bersama Arema.

Kosmo! difahamkan Safee ketika ini menerima gaji sebanyak RM90,000 sebulan daripada Arema dan ia memberi bayangan bahawa dia akan menerima gaji sekurang-kurangnya RM100,000 sebulan bersama Johor.

Pada 1 Februari lalu, Safee telah menandatangani kontrak lanjutan selama dua tahun bersama kelab Indonesia itu dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 juta. Kontrak dua tahun itu termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten pasukan.

Kontrak Safee bersama Arema akan tamat pada 2014.

Sebelum ini, lima pemain kebangsaan iaitu Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak dan Azmi Muslim serta bekas pertahanan Terengganu dan Harimau Muda A, Muslim Ahmad telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Johor musim depan.

9 pemain sertai Harimau Muda A

Posted:

9 pemain sertai Harimau Muda A

9 pemain sertai Harimau Muda A


ROZAIMI (kanan) antara pemain yang diserapkan dalam skuad Harimau Muda A.


SEMBILAN pemain daripada pasukan kelab dan negeri telah menyatakan persetujuan menyertai pasukan Harimau Muda A (skuad bawah 23 tahun negara) pada musim depan, demikian jelas ketua jurulatih skuad berkenaan, Ong Kim Swee semalam.

Pemain terbabit ialah Mohd. Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Muhammad Nurridzuan Abu Hassan, D. Kenny Pallraj (Perak); Muhammad Zubir Mohd. Azmi (Terengganu), Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan) dan Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS FC).

Turut tersenarai ialah Mohamad Firdaus Muhamad (Harimau Muda B), Saiful Ridzuwan Selamat (UiTM FC) dan Adam Nor Azlan daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil.

"Kesemua pemain tersebut telah melapor diri semalam kecuali dua pemain dari Perak yang membantu pasukan mereka menghadapi (Perlis) pada suku akhir kedua Piala Emas Raja- Raja (di Stadium Perak, Ipoh) hari ini (semalam)," kata Kim Swee.

Menurut beliau, pemain yang belum melapor diri akan berbuat demikian pada sesi latihan pasukan berkenaan di padang Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya petang ini.

"Selain sembilan pemain tersebut, saya turut berminat mendapatkan pemain pertahanan daripada Selangor PKNS iaitu Mohd. Aminuddin Mohd. Noor bagi memperkuatkan pasukan menghadapi kejohanan-kejohanan pada tahun depan.

"Saya difahamkan, Mohd. Aminuddin bersama Mohd. Azrif Nasrulhaq kini bersama pasukan Selangor PKNS menghadapi perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia tahun depan.

"Namun, saya berharap dapat menyelesaikan proses mendapatkan kedua-dua pemain berkenaan sebelum 10 Disember ini," katanya.

Beberapa pemain skuad berkenaan telah meninggalkan pasukan itu berikutan melebihi had umur, antaranya pemain kebangsaan, Mahalli Jasuli yang menyertai pasukan Selangor.

Skuad Harimau Muda A bakal beraksi di Eropah musim depan sebagai persediaan awal mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar dan tempat mereka dalam Liga Singapura akan digantikan skuad Harimau Muda B yang dikendalikan bekas jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail.

Malaysia miliki peluang

Posted:

Malaysia miliki peluang

Malaysia miliki peluang

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my


BARISAN pemain yang akan menggalas cabaran negara pada pusingan separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.


HARIMAU Malaya masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2012 biarpun Thailand menjadi penghalang paling besar buat skuad negara mengekalkan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.

Bagaiamanapun, ranjau yang terpaksa dilalui sudah pastinya tidak mudah berikutan Thailand dilihat cukup konsisten selepas berjaya menjadi juara peringkat kumpulan selain mencatat tiga kemenangan berturut-turut.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa memberitahu, perlawanan separuh akhir kali ini secara keseluruhannya adalah berlainan berbanding perlawanan pada peringkat kumpulan menentang Indonesia dan Singapura.

"Thailand bukan Indonesia, bukan Singapura. Tahap permainan mereka jauh lebih baik daripada pasukan yang berada dalam kumpulan kita. Mereka juara kumpulan, kita ada peluang yang baik tetapi sudah pasti laluannya bukan mudah.

"Saya ingat peluang kita adalah cerah, cuma kebimbangan ialah kita bermain di laman sendiri terlebih dulu. Bila macam ini, kita kena main habis-habisan untuk mendapatkan keputusan yang baik dan selesa," katanya.

Tambahnya, pasukan kebangsaan mampu melakukan kejutan tetapi perlu mendapat margin gol yang selesa terutama apabila beraksi di laman sendiri kerana cabaran ketika beraksi di gelanggang lawan sudah tentunya sukar.

Namun, beliau tidak mahu pemain berasa terlalu yakin kerana ia boleh memakan diri sendiri.

"Semua pemain lebih tenang menahan asakan selain berusaha memburu gol dan tidak mensia-siakan peluang yang terhidang.

"Jangan kita bayangkan mudah untuk kita tewaskan mereka (Thailand) dengan margin yang selesa walaupun main di laman sendiri. Kalau kita tidak menyusun strategi yang betul keputusan sebaliknya mungkin berlaku.

"Macam saya tengok baru-baru ini, jentera tengah sudah diperbaiki dan berjaya mengawal permainan. Apa yang penting, pemain hendaklah memberi komitmen seratus peratus. Kesemuanya bergantung kepada pemain dan taktikal jurulatih.

"Secara jujurnya, Thailand tidak sama corak permainan dengan Indonesia kerana mereka cukup seimbang di semua posisi. Saya lihat Indonesia tempoh hari cuba bermain laju tetapi rentak mereka terjejas kerana hari hujan dan padang pula licin. Kalau padang kering mungkin kita akan tengok corak permainan yang berbeza daripada Indonesia," ujarnya.

Jelasnya, Thailand bermain dengan lebih teratur terutama apabila mereka dilihat kerap menggunakan hantaran pendek dan skuad kebangsaan berada dalam bahaya terutama pada aksi separuh masa kedua sekiranya tidak mempunyai keupayaan dari segi mental dan fizikal untuk bertahan.

Untuk rekod, Harimau Malaya melangkah ke pusingan separuh akhir selepas muncul naib juara kumpulan di belakang Singapura.

Meskipun berkongsi enam mata dengan Singapura tetapi skuad negara dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

Pada aksi peringkat kumpulan, Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura sebelum menewaskan Laos 4-1 dan Indonesia 2-0.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Perancis, Britain panggil duta Israel

Posted:

Perancis, Britain panggil duta Israel

Perancis, Britain panggil duta Israel

SEORANG lelaki Israel berjalan di kawasan penempatan Yahudi di Maale Adumin, dekat Baitulmuqaddis kelmarin.


PARIS - Perancis dan Britain memanggil duta Israel semalam ketika tekanan diplomatik ke atas Israel terus meningkat berhubung rancangannya untuk membina 3,000 kediaman peneroka haram Yahudi di timur Baitulmuqaddis dan Tebing Barat, Palestin.

Jerman dan Rusia turut melahirkan kebimbangan berhubung rancangan Israel itu yang disifatkan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan memusnahkan pelan damai Asia Barat.

Israel berdepan gelombang bantahan diplomatik selepas cadangan pembinaan tersebut ditimbulkan pada Jumaat lalu bagi membalas pengiktirafan Palestin sebagai negara pemerhati bukan anggota PBB oleh badan dunia itu.

Sebahagian projek penempatan itu akan didirikan di koridor tanah di timur Baitulmuqaddis yang dinamakan E1 yang mana penempatan haram baharu Yahudi akan memisahkan Tebing Barat kepada dua bahagian.

Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Philippe Lalliot berkata, Duta Israel, Yossi Gal dipanggil agar Perancis dapat menyatakan kebimbangan serius berhubung projek penempatan tersebut.

"Pembinaan di kawasan E1 akan menjejaskan penyelesaian dua negara (Israel-Palestin) dengan meminggirkan Baitulmuqaddis dari Tebing Barat sekali gus mengancam wilayah dan masa depan penduduk Palestin," kata Lalliot.

"Kami kesal dengan keputusan pemerintah Israel untuk membina 3,000 unit rumah baharu dan meneruskan pembangunan di kawasan E1 yang sebelum ini dibekukan," kata Jabatan Luar Britain.

Amerika Syarikat dan Belgium turut melahirkan kebimbangan berhubung penempatan Yahudi tersebut dengan Ki-moon memberi amaran bahawa projek berkenaan melanggar undang-undang antarabangsa. - AFP

90 cedera struktur pelantar minyak condong

Posted:

90 cedera struktur pelantar minyak condong

90 cedera struktur pelantar minyak condong


SEBUAH struktur pelantar minyak condong di sebuah dermaga di Singapura semalam. - AFP


SINGAPURA - Beberapa pegawai berkata, seramai 90 orang pekerja cedera, 23 orang lagi serius dalam satu kemalangan di sebuah dermaga kapal di sini, semalam.

Kementerian Sumber Manusia menyatakan, kejadian itu berlaku ke atas struktur pelantar minyak yang dalam pembinaan.

Syarikat Jurong Shipyard Pte. Ltd., membina struktur tersebut.

Jurucakap limbungan kapal berkata, para pekerja sedang menguji strutur berkenaan tetapi salah satu kakinya gagal berfungsi lalu menyebabkannya condong.

Katanya, pekerja yang cedera itu dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan.

Dia menyatakan, seramai 53 orang telah dibenar keluar, manakala seorang lagi masih dalam keadaan kritikal.

Siasatan ke atas kemalangan itu sedang dilakukan. - Agensi

Gunung di Perancis dipercayai tempat UFO muncul pada 'hari kiamat'

Posted:

Gunung di Perancis dipercayai tempat UFO muncul pada 'hari kiamat'

Gunung di Perancis dipercayai tempat UFO muncul pada 'hari kiamat'


GAMBAR fail menunjukkan Gunung Pic de Bugarach di Bugarach, selatan Perancis.


PARIS - Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Tarikh 21 Disember itu merupakan ramalan yang dibuat berdasarkan kalendar penduduk Maya yang bermula pada 3114 Sebelum Masihi.

Beberapa filem dokumentari dan laman web meramalkan bahawa berdasarkan kalendar penduduk Maya di Amerika Tengah itu, 'hari kiamat' akan berlaku pada 21 Disember depan.

Ramalan itu dibuat kerana kalendar Maya itu berakhir pada tarikh tersebut.

Menurut pihak yang percaya tentang 'hari kiamat' itu, sejumlah makhluk asing dan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) akan muncul.

Golongan itu percaya 'garaj kapal angkasa' terdapat di kawasan pergunungan itu dan menyelamatkan golongan yang mempercayainya.

Pekan Bugarach kini menjadi popular dalam kalangan orang yang mempercayai bahawa kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut.

Datuk Bandar Bugarach, Jean Pierre Delord bimbang ramai orang akan tiba di bandar kecil itu.

Kawasan di sekitar Bugarach hanya didiami seramai 180 orang.

Polis dan tentera telah dimaklumkan untuk berdepan dengan bilangan orang yang ramai yang dijangka tiba di bandar berkenaan.

Menurut kalendar Maya itu, sebuah planet akan merempuh Bumi pada 21 Disember depan dan dipercayai akan menyebabkan 'hari kiamat' berlaku. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved