Selasa, 27 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Keluhan pengguna jalan raya di Lembah Klang

Posted:

Keluhan pengguna jalan raya di Lembah Klang

Keluhan pengguna jalan raya di Lembah Klang

Oleh KURNIAWATI KAMARUDIN

JALAN berlubang, retak, mendap, beralun, penutup lubang yang terbenam atau di atas paras jalan, tampalan tidak sempurna dan berpasir sering menjadi igauan ngeri pengguna jalan raya terutamanya mereka yang pernah menjadi mangsa.

Umpama jalan maut, ia bukan sahaja mengakibatkan banyak peralatan sokongan kenderaan seperti penyerap hentakan dan tayar mudah rosak dan bocor, malah mengundang kecederaan serta kehilangan nyawa.

Kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) juga mendapati, faktor kemalangan jalan raya bukan hanya tertumpu kepada faktor manusia, bahkan jalan raya dan kenderaan turut menyumbang.

Kesedaran pengguna tentang bahaya itu menyebabkan banyak aduan mengenai kerosakan jalan raya dilaporkan di media. Kini, usaha itu menjadi lebih mudah dengan memaparkannya di laman web atau media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Kerosakan jalan terutama masalah rekahan dan berlubang biasanya berlaku disebabkan kelemahan lapisan permukaan jalan apabila turapan jalan telah digunakan dalam tempoh yang lama.

Ia juga berpunca daripada faktor turapan yang tidak sempurna, keadaan cuaca seperti hujan, ketiadaan sistem saliran yang baik dan beban aliran trafik secara berlebihan seperti kenderaan yang membawa lebih muatan.

Bahagian-bahagian tanah mendap dan beralun di jalan raya sering kali disebabkan oleh saliran yang kurang baik, sistem paip bawah tanah atau kerja-kerja menggali untuk memasang kabel.

Keadaan itu boleh menjadi pembunuh terutamanya kepada kenderaan kecil seperti pengguna motosikal.

Di Lembah Klang termasuk di sekitar ibu negara masalah jalan berlubang bukan masalah terpencil, sebaliknya menjadi rungutan tidak berkesudahan pengguna jalan raya.

Nyaris maut

Beberapa jalan di ibu negara seperti di Jalan Tun Razak, Jalan Pahang menuju Jalan Danau Kota, Jalan Hulu Kelang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Taman Desa dan sepanjang Jalan Ampang dan beberapa laluan lain sering berhadapan masalah jalan berlubang.



Seorang pengguna motosikal, Amalina Zahir, 24, pernah ditimpa kecelakaan apabila tayar skuter yang ditunggangnya masuk ke dalam lubang sedalam 30 sentimeter di jalan berhadapan LRT Damai, Keramat.

Dia nyaris kehilangan nyawa apabila skuternya terjatuh dan hampir dilanggar kenderaan lain dari belakang.

"Kejadian berlaku sebelah malam, memang tak nampak lubang itu sebab digenangi air. Tayar skuter saya kecil jadi bila masuk dalam lubang tu memang tak mampu nak imbang, terus jatuh.

"Alhamdulillah, saya cuma mengalami cedera ringan tapi motosikal saya rosak teruk dengan banyak bahagian yang perlu diganti," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.

Seorang lagi mangsa, Mashud Sahid, 40-an, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala apabila motosikalnya digesel sebuah kenderaan yang cuba mengelak sebuah lubang besar di Jalan Tun Razak berhampiran Rumah Temasek.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7 petang ketika dia dalam perjalanan dari Sungai Besi ke pusat bandar.

"Saya jatuh dan berguling di atas jalan selepas bergesel dengan kereta itu.

"Alhamdulillah, kereta itu tidak berapa laju. Saya cedera di kepala selain beberapa anggota badan lain hingga terpaksa ditahan di wad," katanya mengenang semula kejadian yang berlaku lewat tahun lalu.

Bagaimanapun, kerja-kerja mengorek dan menampal jalan memang menjadi pemandangan biasa di jalan-jalan raya di Malaysia. Di sekitar Kuala Lumpur sahaja, kerja mengorek dan menurap jalan mempunyai kesan yang mendalam kepada pengguna jalan raya terutama jika dilakukan pada waktu siang.

Kerosakan jalan raya

Kerja-kerja ini mengundang kemarahan orang ramai kerana ia menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berganda.

Tetapi kekerapan berlakunya kerosakan jalan raya terutama di lokasi yang sama menimbulkan tanda tanya, sejauh manakah kualiti membaikpulih dan kerja penyelenggaraan jalan raya yang dilakukan?

Pakar Pengangkutan Awam Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor berkata, banyak jalan terutama di sekitar Kuala Lumpur tidak diselenggara dengan baik dan secara profesional.

Malahan kebanyakan pekerja yang melakukan kerja baikpulih tidak terlatih dan berkemahiran dalam kerja itu, dakwanya.

"Banyak jalan yang diturap dan dibaikpulih cepat rosak. Kadangkala jalan yang diturap hanya mampu bertahan setengah tahun sahaja dan ada yang kurang daripada itu.

"Apabila hujan, air mula bertakung menyebabkan lubang atas jalan bertambah besar sedikit demi sedikit dan akhirnya membahayakan pengguna jalan raya terutama mereka yang menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal," katanya ketika dihubungi.


SEORANG penunggang motor sempat mengelak lubang yang besar di Jalan Prima, di Taman Metroprima, Kepong, Kuala Lumpur.


Kaedah yang digunakan negara maju seperti United Kingdom dalam menyelenggara dan membaikpulih jalan yang rosak boleh dijadikan contoh.

Mereka melaksanakannya secara profesional dengan menggunakan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang penyelenggaraan jalan bagi memastikan kualitinya sama dengan jalan yang asal, jelas Abd. Rahim yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau berkata, Malaysia perlu menubuhkan satu badan pemantau bebas khusus mengawasi kerja-kerja baik pulih jalan raya terutama projek-projek yang memerlukan jalan raya dikorek dan diturap semula.

"Pihak ketiga ini akan melaporkan sekiranya syarikat yang melaksanakan projek itu gagal mencapai spesifikasi yang ditetapkan dan mereka mungkin dikenakan denda dan sebagainya.

"Dengan cara ini syarikat-syarikat yang berkenaan akan lebih serius dan tidak melaksanakannya sekadar melepas batuk di tangga sahaja," katanya.

Pihak yang dipertanggungjawabkan dengan kerja-kerja membaikpulih kerosakan jalan harus memikirkan bebanan yang dihadapi pengguna jalan raya terutama kos penyelenggaraan dan membaik pulih kenderaan selain risiko kecederaan atau kematian.

Melalui maklumat balas daripada bengkel-bengkel kenderaan di sekitar Kuala Lumpur, kos membaiki dan menyelenggara kenderaan meningkat kerana jalan yang rosak dan berlubang.

Di Malaysia, motosikal merupakan kenderaan paling popular bagi tujuan pengangkutan di bandar kerana kos kendaliannya yang lebih murah serta praktikal terutama dalam mengharungi kesesakan.

Namun, risiko mereka lebih tinggi ketika berhadapan dengan jalan yang rosak dan berlubang ujar pengasas kelab DR Moto, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali dengan nama Lando Zawawi, 36.

Motosikal rosak

DR Moto mewakili kepentingan keselamatan kenderaan dua roda.

Sebagai mat motor dan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, Azlan cukup memahami masalah dan keluh kesah yang dihadapi penunggang motosikal terutama ketika berhadapan dengan masalah jalan yang rosak.


JALAN rosak. Keadaan jalan utama Taman Ehsan Kepong yang rosak dan berlubang sehinggakan beberapa kenderaan terpaksa naik di atas pembahagi jalan.


"Banyak perkara berkaitan yang mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak harus dilihat secara serius," katanya.

Azlan yang banyak menganjurkan kempen keselamatan jalan raya terutama dalam kalangan pengguna motosikal berkata, apabila tayar motosikal melanggar lubang, penunggang mudah terpelanting dan mengalami kecederaan selain motosikal rosak.

"Kenderaan lain seperti kereta atau lori yang cuba mengelak lubang secara mengejut atau mendadak juga boleh menghimpit penunggang motosikal yang melalui jalan sama ketika itu.

"Kedua-dua perkara ini sering menyebabkan kemalangan maut dan penunggang motosikal digilis kenderaan yang lebih besar," katanya.

Selain itu, keadaan motosikal yang kerap melalui jalan yang rosak dan berlubang akan mengakibatkan risiko lain yang boleh mengundang kecelakaan. – Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Pembinaan bersifat mesra alam

Posted:

Pembinaan bersifat mesra alam

Pembinaan bersifat mesra alam

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

PELUANG meneroka keseluruhan bangunan Wisma Shell yang terletak di Jalan Teknorat, Cyberjaya, Selangor memberi satu pengalaman mengujakan.

Menikmati keindahan reka bentuk dan teknologi yang diguna pakai dalam pembinaan bangunan hijau tersebut membuatkan hati berkata-kata, 'Alangkah seronoknya jika dapat bekerja dalam suasana sedemikian rupa.'

Suasana menghijau tanaman hasil tumbuhan hiasan di dalam laman bangunan itu membangkitkan rasa damai dan tenang di hati. Malah, deruan air dari kolam berhampiran laman tersebut yang dipenuhi air hujan kitar semula turut menarik perhatian mata yang memandang.

Di samping itu, pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang menjadi teras terhadap rekaan bangunan tersebut dilihat amat berkesan terutama mengurangkan penggunaan tenaga cahaya.

Justeru, tidak hairanlah jika ia berjaya meraih penarafan emas Kepimpinan dalam Rekaan Tenaga dan Alam Sekitar (LEED) mengikut piawaian hijau Amerika Syarikat (AS) pada Februari 2011. Penarafan itu diberikan oleh Majlis Bangunan Hijau AS yang merupakan pengiktirafan berprestij di peringkat antarabangsa.

Anugerah itu sekali gus menjadikan Wisma Shell sebagai bangunan hijau pertama di Malaysia yang berjaya memperoleh pengiktirafan sedemikian.

Analisis data

Pengarah Architects 61 Sdn. Bhd., Jeffrey Ling berkata daripada rekaan seni bina sehingga memasuki proses pembinaan, semua yang dilakukan bersifat mesra alam.

"Hakikatnya, pembinaan ini adalah satu pencapaian yang menggabungkan bukan sahaja tahap perancangan seni bina dan reka bentuk tetapi juga bantuan teknologi maklumat turut menjadi faktor kejayaan pelaksanaan bangunan hijau ini.

"Kami menggunakan penyelesaian Autodesk BIM, berdasarkan platform perisian Autodesk Revit. Melalui penggunaan set peralatan ini, pasukan kami mampu untuk mengumpul dan menganalisis data berkaitan konsep kemampanan.


BANGUNAN Wisma Shell yang mendapat penarafan emas LEED tersergam indah di Cyberjaya sekali gus menjadi contoh pembangunan hijau di Malaysia.


"Ia membolehkan kami mengekalkan wawasan dalam reka bentuk hijau dan proses visualisasi semasa perancangan yang kemudian diteruskan dengan aspek pembinaan," ujar Jeffrey ketika ditemui Kosmo! sewaktu lawatan media ke Wisma Shell baru-baru ini.

Tambah beliau, reka bentuk bangunan telah mencapai sasaran pengurangan lebih 50 peratus bagi penggunaan tenaga keseluruhan berbanding dengan penggunaan tenaga purata bangunan pejabat di Malaysia.

Kitar semula

"Sebanyak 34 peratus daripada bahan binaan yang digunakan oleh kos bagi pembangunan kandungan bangunan dikitar semula dan 47 peratus daripada bahan-bahan dengan kos adalah daripada sumber tempatan dan serantau.

"Ia bertujuan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar yang terhasil daripada faktor pengangkutan. Sebagai tambahan, sebanyak 75 peratus sisa binaan telah dialih daripada tapak pelupusan," jelas beliau.

Turut dikenali sebagai Bangunan Lestari Kumpulan Emkay (BLKE), pembinaan bangunan tersebut menelan belanja RM120 juta dan ia berjaya disiapkan dalam tempoh 12 bulan termasuk mendapat kelulusan Sijil Layak Menduduki (CF).


TEMPAT meletak kenderaan turut disediakan tong sampah kitar semula.


Merangkumi dua bangunan pejabat setinggi lima tingkat berkeluasan 31,038 meter persegi, ia dibina di atas tanah seluas hampir dua hektar yang terletak berhampiran dengan bangunan HSBC, IBM, Ericsson dan Emirio di Cyberjaya.

Antara kemudahan yang disediakan termasuklah tiga aras tempat letak kereta bawah tanah yang menggunakan pengudaraan semula jadi dan mempunyai tiga stesen pengecaj semula untuk kereta elektrik serta dan landskap taman di bahagian bumbung.

Kolam bawah tanah

Selain itu, terdapat juga gimnasium untuk pekerja beriadah, kafeteria, pusat jagaan kanak-kanak, pejabat pengurusan dan kedai jualan untuk kemudahan kakitangan.

Menurut Jeffrey, sistem penilaian LEED berasaskan enam kategori seperti tapak yang mampan, penggunaan air secara cekap, guna tenaga dan persekitaran, penggunaan bahan dan sumber, kualiti persekitaran dalaman dan reka bentuk inovatif.

"Wisma Shell mempunyai kolam bawah tanah dan tangki penakungan air hujan selain bumbungnya dicat dengan cat pemantul bagi mengurangkan haba. Malah, bangunan itu turut dilengkapi sensor cahaya dan pergerakan bagi mengurangkan cahaya tercemar.

"Kami juga mengaplikasi sistem pendingin hawa dari bawah lantai yang memberi kesan penyejukan lebih cekap dan berterusan. Bagi mengurangkan haba, kami menggunakan cermin dwi-lapis low E-glazing manakala penggunaan lampu T5 electronic ballast mampu menjimatkan tenaga," terang Jeffrey.

Apa yang pasti, bangunan ini juga mempunyai sensor untuk karbon dioksida dan sensor untuk pengudaraan luar. Melalui pemasangan lapik perangkap kotoran di setiap bilik pula, ia berupaya untuk mengawal pencemaran yang masuk ke dalam dewan.


JIKA penat dan letih-letih badan, kerusi urut elektrik boleh digunakan pada bila-bila masa.


Sementara itu, Pengurus Negara Autodesk Asia Pte. Ltd, C.S Tan berkata, penggunaan proses penyelesaian Building Information Modelling (BIM), berdasarkan pada model yang dicipta dengan Autodesk Revit Architecture dan Autodesk Revit Structure memudahkan proses rekaan dan pembinaan.

"BIM bukan hanya mengenai menggambarkan idea, tetapi membantu menukar konsep yang baik kepada yang lebih baik dan rekaan yang boleh dibina.

"Selain itu, setiap perubahan reka bentuk walaupun sedikit mempunyai implikasi yang pelbagai. Jadi, para arkitek perlu pantas memeriksa dan menilai senario reka bentuk berganda. Melalui penggunaan Autodesk Revit, ia membolehkan mereka membuat perubahan dengan lancar dan berkesan sekali gus menjimatkan lebih banyak masa dan kos," kata Tan.

Projek Syurga dalam struktur kubah

Posted:

Projek Syurga dalam struktur kubah

Projek Syurga dalam struktur kubah


PARA pelawat bersiar-siar dalam kubah gergasi yang menempatkan persekitaran tropika.


DARI jauh, struktur kompleks kubah yang terletak di St. Austell, Cornwall, England amat menarik perhatian sementara di dalamnya pula suasana kedamaian tropika dihidupkan di segenap ruang.

Dibiayai Kesatuan Eropah (EU), lokasi Eden Project atau Projek Syurga itu jauh terpisah dari kekacauan politik blok ekonomi di rantau tersebut.

Ia merupakan salah satu tarikan pelancong terkenal tetapi hanya segelintir yang mengetahui tentang binaan berbentuk buih tersebut yang menjadi 'rumah' untuk sebuah biom.

Biom atau lebih kerap disebut sebagai ekosistem merujuk kepada kelompok haiwan, tumbuhan dan organisma tanah yang hidup dalam iklim sama di kawasan geografi yang luas.

Dibina di atas bekas kawasan tanah liat di daerah barat daya England, tarikan tersebut telah membawa berjuta-juta pelawat setahun bagi menikmati suasana tropika dan flora beriklim sederhana dari seluruh dunia.

Herba dan sitrus

Di ruang Biom Mediterranean, suasananya dilatari bunyi kicauan burung dan aliran sungai. Bau pelbagai herba dan buah-buahan sitrus juga memenuhi udara musim panas di dalamnya, sedangkan di bahagian luar kompleks sangat sejuk dan berkabus pada bulan November ini.

Sementara itu di Biom Hutan Hjan, yang merupakan hutan terbesar di dunia dalam kurungan, sebuah platform kanopi untuk meninjau pemandangan dibina untuk laluan pengunjung. Di ruang itu, kandungan kelembapan mencapai 92 peratus manakala suhu boleh mencecah hingga 45 darjah Celsius.

Berdekatan air terjun, terdapat reban ayam tropika di bawah pokok palma daun kipas yang beropol-ropol. Sementara itu, hujan yang terhasil daripada pemeluwapan turun dari bumbung plastik lut cahaya.

Dibuka pada bulan Mac 2001, Eden Project menerima lebih kurang £30 juta (RM146.54 juta) daripada dana EU. Tanpa duit itu, projek tersebut tentu sukar untuk dijayakan.

"Ia mungkin menjadi projek yang lebih kecil. Sejujurnya, saya tidak menjangka dapat meneruskan projek sebegini besar," kata pengarah pembangunan projek itu, Dan James mengenai projek itu yang dianggarkan mampu merangsang ekonomi sehingga £1.2 bilion (RM5.86 bilion).

Eden Project telah mendapat manfaat daripada dana pembangunan EU. yang mengkategorikan Cornwall, sama seperti Bulgaria, Romania dan selatan Sepanyol sebagai tempat-tempat paling miskin dalam blok 27 negara itu.

Pelaburan itu menampakkan hasil memandangkan projek tersebut menggajikan 500 orang pekerja dan menjana kira-kira 2,000 jawatan kerja sampingan untuk penduduk tempatan.

Pihak Eden Project berharap agar ia terus mendapat biaya EU sepanjang tahun bajet 2014 hingga 2020 untuk pelaburan ruang pameran baharunya, HOW2, yang mempamerkan teknologi mapan.


PLATFORM kanopi peninjau yang melintasi bahagian dalam kubah.


Belanjawan itu masih belum dipersetujui, namun ia diramal akan menjadi subjek hangat antara para pemimpin EU ketika bersidang di Brussels.

Terletak jauh di pedalaman, Cornwall yang hanya berpopulasi seramai kira-kira 535,000 orang mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

Pengangkutan kereta api ke London mengambil masa sehingga lima jam yang mempunyai jarak sejauh lebih kurang sama dengan Dublin atau Paris.

Industri perlombongan bijih timah yang suatu ketika dahulu sangat terkenal tiba-tiba terhenti menyebabkan penduduk Cornwall terdesak untuk meneruskan kehidupan.

Campur tangan

Kemudian, EU campur tangan dengan menyumbangkan dana berperingkat lebih £900 juta (RM4,397 juta) pada tahun 1994.

Faedah-faedah lain yang dinikmati penduduk di situ termasuklah pembinaan Lapangan Terbang Newquay yang merupakan laluan udara bagi menghubungkan London dan Manchester.

Begitu juga dengan restoran milik chef selebriti, Jamie Oliver, Fifteen, yang memberi latihan kulinari kepada remaja yang kurang bernasib baik.

Tidak ketinggalan, kampus pendidikan tinggi Tremough, di Penryn turut dibina.

Tremough menjadi kampus pusat bagi enam buah kolej dan universiti. Ia mempunyai 4,000 orang pelajar.

Sebahagian daripada sumbangan dana Cornwall turut digunakan untuk menyiapkan rangkaian jalur lebar terpantas di kawasan pedalaman terbesar di Eropah itu.

Komuniti pertama yang mendapat sambungan internet adalah pada Januari 2011 dan dijangka meningkat sehingga 80 peratus pada tahun 2014 dengan kelajuan sehingga 100 megabait per saat.

Pengurus program tersebut, Julian Cowans berkata, manfaat sudah boleh dilihat kini dengan banyak syarikat dan penduduk sudah boleh melakukan pelbagai perkara dalam talian berbanding sebelumnya.

"Kami telah keluar daripada masalah serba kekurangan di sini. Perniagaan sektor teknologi maklumat kini boleh bersaing di peringkat global," katanya. - AFP

Ketuhar pintar OmniPro

Posted:

Ketuhar pintar OmniPro

Ketuhar pintar OmniPro


PROSES membersih dibuat secara automatik dengan hanya menekan butang.


MEMASAK sememangnya amat melecehkan, memanggang dan mengukus merupakan dua kaedah yang berbeza serta memerlukan alatan yang berlainan.

Ketuhar gelombang mikro Samsung OmniPro baharu mungkin dapat menyelesaikan masalah mereka yang gemar mencuba pelbagai jenis makanan tetapi kurang arif mengenai cara memasak.

Mempunyai fungsi pelbagai gaya masakan, setiap makanan hanya perlu ditetapkan setting memasak sama ada panggang, bakar, salai ataupun kukus dengan mudah.

Paling inovatif mengenai OmniPro ialah teknologi OmniSense yang dapat mengira berat dan mengesan tahap kelembapan pada bahan makanan yang diletakkan dalam ketuhar itu.

Melalui berat, tahap kelembapan dan tetapan gaya masakan yang dikehendaki, OmniPro secara pintarnya dapat menentukan jumlah masa yang diperlukan supaya masakan tersebut sedia untuk dihidang.

Direka menggunakan reka bentuk anggun, OmniPro disertakan dengan paparan teks LCD yang memberikan panduan memasak langkah demi langkah dalam lapan bahasa.

Teknologi pembersihan

Pintu ketuhar pula dibuat dengan bukaan ke bawah supaya OmniPro lebih fleksibel untuk diletakkan di mana-mana di bahagian dapur tanpa mengira susun atur.

Membersihkan peralatan memasak turut menjadi masalah kepada ramai orang kerana umum mengetahui ia terlalu leceh. Perkara itu juga tidak menjadi halangan jika menggunakan OmniPro.

Ketuhar tersebut mempunyai teknologi pembersihan stim, bahagian dalam OmniPro boleh dibersihkan dengan mengelap sahaja selepas proses pembersihan sendiri selesai. Tidak terlalu rumit, proses membersih dibuat secara automatik dengan hanya menekan butang.

Bahagian dalamnya juga diperbuat daripada bahan seramik yang tahan calar sekali gus mengelakkan pembiakan bakteria atau kuman berbahaya.

Selain itu, OmniPro boleh nyahfros makanan beku dan turut dilengkapi dengan pelbagai aksesori masakan. Tidak perlu risau mengenai kesesuaian pemakaian barang kerana ketuhar itu boleh memberi arahan melalui tetapan yang diberikan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


130 nelayan terima peralatan tangkap ikan

Posted:

130 nelayan terima peralatan tangkap ikan

130 nelayan terima peralatan tangkap ikan


SHAFIK (dua dari kiri) memakaikan jaket keselamatan kepada salah seorang nelayan Kampung Sepat, Kuantan baru-baru ini.


BANTUAN. Seramai 130 nelayan di Kuantan, Pahang menerima bantuan berupa jaket keselamatan dan peralatan menangkap ikan daripada kerajaan Pahang baru-baru ini.

Bantuan bernilai RM250,000 itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Beliau turut menyerahkan bantuan traktor sumbangan peribadi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk kegunaan nelayan di Kampung Sepat.

Sumbangan itu disampaikan pada Majlis Penyerahan Peralatan Azam Tani dan Jaket Keselamatan Jabatan Perikanan Pahang di Balai Nelayan Kampung Sepat baru-baru ini.

Murid empat sekolah rendah Kedah dapat bantuan TH

Posted:

Murid empat sekolah rendah Kedah dapat bantuan TH

Murid empat sekolah rendah Kedah dapat bantuan TH


PENGARAH TH Kedah, Mohd. Sawal (belakang, tengah) bersama murid yang menerima sumbangan zakat di Alor Setar baru-baru ini.


ZAKAT. Seramai 100 murid sekolah di Kedah menerima sumbangan zakat sebanyak RM50,000 daripada Tabung Haji (TH) baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Setar, SK Kuala Lanjut, SK Tunku Raudhah dan SK Tunku Abdul Halim.

Sumbangan terbabit disampaikan oleh Pengarah Tabung TH Kedah, Mohd. Sawal Abong pada satu majlis di SK Alor Setar.

Konvoi motosikal YMSC sebar kesedaran antimerokok

Posted:

Konvoi motosikal YMSC sebar kesedaran antimerokok

Konvoi motosikal YMSC sebar kesedaran antimerokok


NOR MOHAMED (dua dari kiri) melepaskan peserta Konvoi YMSC 2012 di Lebuh King Georgetown baru-baru ini.


JELAJAH. Seramai 20 ahli Kelab Sukan Pemuda Islam (YMSC) Pulau Pinang menyertai Konvoi Bermotosikal Jelajah YMSC 2012 di Pulau Pinang baru-baru ini.

Konvoi itu bagi mendekati masyarakat dan memberi kesedaran berhubung kempen antimerokok.

Mereka berlepas dari pejabat YMSC di Lebuh King, George Town menuju ke Sungai Petani, Kedah dan berhenti di enam lokasi persinggahan seterusnya bertemu orang ramai untuk berkempen.

Kesemua peserta dilepaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang turut dihadiri Presiden YMSC, Munower Sadiq Kader Sultan serta kira-kira 200 ahli-ahlinya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pukul amah guna batang mop

Posted:

Pukul amah guna batang mop

Pukul amah guna batang mop

SURYANI kini di bawah pengawasan polis selepas mendakwa menjadi mangsa dera majikannya di Sungai Petani sejak dua minggu lalu.


SUNGAI PETANI - Sehari selepas akhbar melaporkan mengenai seorang pembantu rumah Indonesia mendakwa didera majikan berketurunan Cina, polis berjaya menyelesaikan kes itu berikutan tertangkapnya dua beranak di Taman Patani Indah di sini kelmarin.

Susulan tangkapan itu, dua beranak berusia 61 dan 29 tahun yang merupakan majikan mangsa direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera. Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan sebaik menerima maklumat pada pukul 11.30 pagi kelmarin.

Katanya, dua beranak itu diberkas di rumahnya pada pukul 7.30 malam.

"Siasatan awal mendapati mangsa telah dipukul dengan batang mop di badan dan muka. Mangsa telah bekerja dengan suspek sejak April lalu dan kerap dipukul sejak dua minggu kebelakangan ini.

"Ekoran itu, dia mengalami kecederaan dan lebam pada muka dan mata kiri selain sakit dada serta punggung," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, amah yang dikenali sebagai Suryani, 24, dari Jakarta, Indonesia cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa didera oleh majikannya sejak beberapa minggu lalu.

Selain itu, dia juga mendakwa dikerah untuk bekerja seawal pukul 5 pagi hingga lewat malam setiap hari dan sering dimaki hamun.

Suryani kemudian melarikan diri pada pukul 12 tengah hari Ahad lalu sebelum diselamatkan seorang wanita di Taman Sejahtera yang terletak berhampiran rumah majikan mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lima korban kemalangan ngeri

Posted:

Lima korban kemalangan ngeri

Lima korban kemalangan ngeri

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my


BEGINILAH keadaan MPV jenis Hyundai Starex yang remuk hingga mengorbankan lima nyawa di Slim River semalam.


SLIM RIVER - Hasrat 11 rakan untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan di Muar, Johor berkecai apabila lima daripadanya maut, empat parah dan dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 372.1 Lebuhraya Utara- Selatan arah Selatan dekat sini semalam.

Kejadian pukul 7 pagi itu mengakibatkan Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; budak, Juvien Chin Yu Xuan, 12, serta Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang; Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang dekat sini dan Hong Choon Tee, 33, mati di tempat kejadian.

Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Slim River (HSR) untuk bedah siasat.

Tiga penumpang, Bu Wei Hong, 50; Heng Ah Lee, 60, dan Lim Tau Hong, 3, dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi HSR.

Sementara itu, Chong Soon Choy, 61, patah tangan manakala dua lagi, Ho Seok Yi, 18, dan Goey Wen Ni, 16, cedera ringan. Kesemua mangsa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Hyundai Starex yang dipandu Soon Choy.

Kemalangan itu mengakibatkan salah seorang mangsa putus kepala selain hancur anggota badan.

Ia berlaku tujuh hari selepas kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad yang maut dirempuh treler semasa bertugas di lorong kecemasan, lebuh raya sama yang terletak kira-kira 78 kilometer dari sini.

Sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan dari Nibong Tebal, Pulau Pinang ke Muar bagi memenuhi satu jemputan melakukan persembahan kebudayaan Cina.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Sanggup bayar ganti rugi

Posted:

Sanggup bayar ganti rugi

Sanggup bayar ganti rugi

Oleh NOOR HASLIZA NUSI/zs
hasliza.nusi@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada kumpulan pertama tetamu kenduri di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada Ahad menceduk lauk sebelum menyedari sajian yang dihidangkan sudah basi.


GEORGE TOWN - Pemilik sebuah syarikat perancang perkahwinan di sini memohon maaf sambil sedia membayar ganti rugi berikutan peristiwa memalukan pada majlis kenduri sepasang pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang dekat sini Ahad lalu yang berakhir dengan lauk-pauk menjadi basi manakala nasi yang ditanak pula mentah.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 25, berkata, kejadian itu memang mengejutkan kerana ia kejadian pertama selepas 20 tahun keluarganya menerima tempahan memasak sajian kenduri di negeri ini.

Menurutnya, lauk dalca, daging masak hitam serta ayam masak merah itu mula dimasak pada pukul 6 pagi di rumah keluarganya di Batu Feringghi.

Kata Nor, semua bahan mentah dibeli sehari sebelum kenduri bagi memastikan kesegaran manakala susu cair pula digunakan untuk menggantikan santan agar masakan seperti ayam dan daging lebih tahan lama.

"Saya tidak sangka semua ini boleh berlaku. Lauk-pauk yang siap dimasak juga terlebih dulu dicuba sendiri oleh tukang masak sebelum dihantar ke tempat kenduri yang hanya 10 minit dari rumah.

"Kami minta maaf sebab benda sudah nak terjadi dan sekiranya mereka mahu tuntut ganti rugi kami akan bayar semula semua lauk yang basi," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kemeriahan majlis persandingan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan basi.

Akibatnya, lebih 1,000 tetamu jemputan terpaksa pulang dengan perut kosong.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Wajib menang atau tutup kedai

Posted:

Wajib menang atau tutup kedai

Wajib menang atau tutup kedai

RAJAGOBAL (kiri) memberi penerangan kepada pemain-pemain Harimau Malaya pada sesi latihan mereka di padang Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.


YANG bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.Itu perumpamaan tepat buat Harimau Malaya supaya kembali bangkit melakar kemenangan ke atas Laos dalam aksi kedua Piala Suzuki AFF 2012 malam ini sebaik dimalukan Singapura 0-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Tampil selaku tuan rumah kejohanan bersama Thailand pada edisi kali ini, skuad negara dilihat masih bergelut dengan prestasi sebenar selepas menyaksikan kerapuhan di bahagian pertahanan serta kepincangan jentera tengah Harimau Malaya ketika menentang Sang Singa.

Skuad kendalian Datuk K. Rajagobal seakan-akan 'sengaja' memilih haluan sukar yang mana skuad negara wajib menang ketika menentang Laos dan Indonesia sekiranya masih berhasrat untuk mengekalkan kejuaraan yang diraih dua tahun lalu.

Begitupun, Rajagobal seperti biasa kekal optimis dan menyifatkan Harimau Malaya sudah bersedia untuk mendapatkan tiga mata berharga dalam pertemuan menentang Laos malam ini.

Bagi jurulatih berusia 56 tahun itu, beliau lebih berminat untuk menumpukan perhatian menentang Laos berbanding memikirkan kekalahan memalukan di tangan Singapura selain mengakui bersedia untuk merombak pasukannya.

"Adakah kita perlu bimbang mengenai kekalahan kepada Singapura atau perlu bimbang pada aksi dengan Laos esok (hari ini)?

"Jika anda kecewa, saya lagi kecewa kerana bagi saya, keputusan ketika menentang Singapura adalah satu keputusan yang teruk. Saya sendiri tidak menjangkakan persembahan kami tidak begitu bertenaga.

"Pertemuan dengan Laos sangat penting bagi kami kerana skuad negara wajib menang pada baki dua perlawanan ini. Oleh itu saya bakal membuat perubahan besar tetapi saya tidak boleh memberitahu nama pemain yang akan diketepikan.

"Saya tidak pernah menyerah kalah dan saya percaya, kami masih ada peluang (untuk mara ke peringkat separuh akhir)," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Seri Kembangan semalam.

Dalam perkembangan lain, kem skuad negara juga menerima tamparan apabila penyerang, Norshahrul Idlan Talaha dijangka tidak dapat diturunkan dalam pertemuan menentang Laos malam ini.

Ini kerana Norshahrul yang juga dikenali sebagai Mat Yo, dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit kepala dan status kesihatan pemain kelahiran Terengganu itu masih belum disahkan.

"Mat Yo kini berada di hospital untuk diperiksa lebih lanjut dan kemungkinan esok (malam ini) kita akan tahu status Mat Yo sama ada dia dapat diturunkan atau sebaliknya.

"Saya bertemu dengannya selepas perlawanan tetapi dia mengadu sakit kepala kepada kami dan doktor mengambil keputusan untuk membawanya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

"Saya tidak boleh buat apa-apa (sekiranya Mat Yo tidak dapat diturunkan) dan saya terpaksa memikirkan siapa yang dapat ganti Mat Yo ketika menentang Laos nanti," katanya.

Sementara itu, jurulatih Laos, Kokichi Kimura pula berkata, beliau mahu skuad kendaliannya mengulangi persembahan cemerlang ketika mengikat finalis Piala Suzuki AFF 2010, Indonesia 2-2 pada aksi pembuka tirai Kumpulan B.

Katanya, beliau menggesa barisan pemainnya memberikan aksi terbaik dalam usaha untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

"Jika Malaysia bermain seratus peratus, saya mahu pemain saya bermain 120 peratus bagi memperoleh tiga mata," katanya.

BAM buru calon tempatan

Posted:

BAM buru calon tempatan

BAM buru calon tempatan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) akan memberi keutamaan kepada calon tempatan yang layak bagi memegang jawatan selaku pengarah kejurulatihan badan induk sukan badminton negara itu.

Keputusan itu dibuat selepas BAM gagal mendapatkan khidmat bekas jaguh beregu Korea Selatan, Park Joo-bong bagi mengisi jawatan tersebut.

Bagaimanapun Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata, pihaknya tetap akan mempertimbangkan calon dari luar negara seandainya mereka benar-benar layak untuk bekerja dengan BAM.

"Sebenarnya kami (BAM) tidak kisah sama ada calon itu dalam kalangan orang tempatan mahupun luar negara. Apa yang penting mereka layak untuk memegang jawatan yang kami tawarkan ini (Pengarah Kejurulatihan).

"Namun, keutamaan selepas ini akan diberikan kepada calon tempatan kerana ia lebih mudah," kata Kenny ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Terdahulu, BAM gagal dalam usaha mendapatkan khidmat Joo-bong selepas ketua jurulatih skuad badminton Jepun itu menolak tawaran yang dikemukakan oleh badan induk tersebut pada saat-saat akhir.

Biarpun BAM sanggup membayar gajinya sebanyak RM40,000 sebulan, namun Joo-bong mengubah fikirannya apabila membuat keputusan untuk terus kekal melatih skuad badminton Jepun.

Difahamkan, majikan Joo-bong ketika ini iaitu Persatuan Badminton Jepun (JBA) menawarkan kontrak yang lebih lumayan selepas mengetahui bahawa beliau hampir bersetuju untuk menandatangani kontrak dengan BAM.

Situasi itu sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan bahawa pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik itu akan kembali ke Malaysia.

"Kami tidak boleh berbuat apa- apa kerana Joo-bong sudah membuat keputusan. Kami terpaksa mencari alternatif lain bagi mendapatkan individu yang layak untuk jawatan pengarah kejurulatihan.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan Presiden BAM (Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh) dan Ng Chin Chai (Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan BAM) bagi menyelesaikan masalah ini.

"Kami akan mencari calon yang layak untuk jawatan itu. Ada beberapa calon sudah dikenal pasti, namun masih terlalu awal untuk mendedahkan nama mereka. Kami akan cuba melakukan proses ini secepat mungkin.

"Sebaik kami mengenal pasti calon akhir nanti, kami akan mengemukakannya pada mesyuarat Exco BAM yang dijangka berlangsung pada Januari tahun depan. Ketika itu nanti terpulang kepada barisan Exco untuk membuat keputusan," jelas Kenny.

Joo-bong pernah menjadi jurulatih beregu negara selama tiga tahun bermula pada 2000 hingga 2003.

Penggempur City dituntut segera bangkit

Posted:

Penggempur City dituntut segera bangkit

Penggempur City dituntut segera bangkit


AGUERO (kiri) dan Tevez antara empat penyerang yang dimiliki City ketika ini.


WIGAN - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menuntut barisan penyerangnya bangkit menjelang pertemuan menentang Wigan Athletic di Stadium DW awal pagi esok,

City yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Chelsea (Ahad lalu), kini berada di tangga kedua liga di belakang pendahulu, Manchester United.

Begitupun, satu mata yang diraih di Stamford Bridge, Ahad lalu dilihat langsung tidak memberi sebarang makna buat Mancini, malah pengurus kelahiran Itali itu segera 'membunyikan loceng penggera' agar pasukannya bingkas bangkit.

Jika dilihat pada saingan musim ini, tidak ada pasukan lain yang mampu mengatasi kekuatan barisan penyerang The Citizens yang dibarisi Sergio Aguero, Edin Dzeko, Carlos Tevez dan Mario Balotelli.

Saingan liga musim ini turut menyaksikan hanya barisan serangan United dilihat lebih efektif apabila merekodkan 32 gol berbanding City yang sekadar memperoleh 25 gol.

Selepas terkeluar daripada kempen Liga Juara-Juara, Mancini mula menyedari betapa jentera serangan City harus diperbaiki segera.

"Kami memiliki empat penyerang terbaik tetapi saya mahu mereka bekerja keras dan menjaringkan gol dalam setiap perlawanan. Tugas penyerang menjaringkan gol dan bukannya bertindak sebagai pemain pertahanan.

"Memang mereka perlu bertahan dengan baik tetapi mereka juga perlu mencari peluang menjaringkan gol kerana mereka penyerang terbaik.

"Begitupun, saya tidak boleh menafikan perkara itu akan berlaku, terutamanya ketika menentang pasukan seperti Chelsea.

"Jadi, saya berharap masalah yang sama tidak akan lagi berulang pada perlawanan akan datang," tambah Mancini. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Al-Quran teras tahfiz Matadahu

Posted:

Al-Quran teras tahfiz Matadahu

Al-Quran teras tahfiz Matadahu

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

TENAGA pengajar di Matahadu merupakan lulusan universiti dari dalam dan luar negara.


ALUNAN suara kanak-kanak membaca ayat-ayat suci al-Quran jelas kedengaran sebaik kaki melangkah masuk ke Maahad Tahfiz Darul Huffaz (Matadahu) yang terletak di Kota Damansara, Selangor.

Sesekali bacaan mereka terhenti apabila ditegur oleh guru yang bertugas kerana kesilapan yang dilakukan sebelum bertindak menyambung kembali hafalan. Rata-rata merupakan pelajar yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun.

Ditubuhkan sekitar tiga tahun lalu, Matadahu merupakan sebuah pusat pendidikan tahfiz yang menjadikan hafazan al-Quran sebagai mata pelajaran teras bagi semua pelajar.

Maahad Asia Barat

Penasihat Matadahu, Ahmad Lutfi Abdul Wahab Al Linggi, 31, berkata, selain itu para pelajar juga akan diajar dengan ilmu-ilmu Islam dan bahasa Arab berdasarkan sukatan beberapa maahad yang terdapat di Asia Barat seperti Mesir dan Yemen.

"Apa yang pasti, matlamat kami adalah untuk melahirkan lebih ramai cendekiawan Islam yang terdiri daripada anak-anak beriman, beramal dan bertaqwa selain membentuk generasi hufaz yang menjadikan al Quran sebagai panduan dan sunah sebagai pegangan hidup.

"Seterusnya mereka diharap bakal menjadi generasi yang tampil sebagai pendakwah berkaliber dalam membangunkan modal insan dalam kalangan umat Islam di negara ini," ujar Ahmad Lutfi ketika ditemui Kosmo! di Petaling Jaya baru-baru ini.

Memetik hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: 'Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya', graduan Universiti Sulthan Thoha Indonesia itu mengakui ia antara sebab utama beliau mengasaskan pertubuhan maahad tersebut iaitu semata-mata untuk meraih keredaan Ilahi.

Tambah beliau, tempoh pengajian di maahad itu mengambil masa enam tahun. Ia merangkumi bidang hafazan 30 juzuk, panduan membaca al-Quran, pengenalan hukum tajwid, pengukuhan hafazan serta pengajian al-Quran.

"Di samping itu, para pelajar juga akan mendalami ilmu berkaitan akidah, tauhid, fekah, hadis dan Bahasa Arab. Setakat ini kami mempunyai 80 pelajar yang berusia antara tujuh hingga 12 tahun," jelasnya sambil memberitahu terdapat dua sesi pembelajaran untuk semua pelajar iaitu pagi dan petang.

Solat jemaah

Ditanya tentang tenaga pengajar, Ahmad Lutfi berkata, kesemua sembilan guru yang bertugas merupakan lulusan universiti dari dalam dan luar negara termasuk Universiti Al-Azhar dan Libya.

Berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak kecil menghafaz al-Quran, salah seorang tenaga pengajar, Ustaz Eka Nazra, 32, melahirkan rasa gembira melaksanakan tugasnya.

Menurut Eka, hatinya berasa amat puas apabila anak-anak yang dididik berjaya membaca al-Quran dan menghafaznya dengan lancar.

"Walaupun masing-masing mempunyai kerenah tersendiri, mereka sebenarnya mudah dibentuk jika ia dilakukan dengan cara yang betul. Malah, di Matadahu, kami turut mengajar anak-anak melaksanakan solat berjemaah untuk dipraktik dalam kehidupan sehari-hari," ujar Eka yang berasal dari Indonesia. Beliau kini melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah di Universiti Teknologi Mara.

Ketabahan anggota PDRM di Timor Leste

Posted:

Ketabahan anggota PDRM di Timor Leste

Ketabahan anggota PDRM di Timor Leste

Oleh MOHD. NAIM AZIZ


SALLEH (dua dari kanan) bergambar kenangan bersama (dari kiri) Che Zakaria, penulis, wartawan Utusan Malaysia, Nurul Huda dan Komander Mal-FPU, Deputi Superintendan Tan Chai Heng di hadapan kereta perisai Condor di Timor Leste.


TUGASAN ke Timor Leste baru-baru ini memberi peluang kepada penulis meneroka Timor Leste atau sebelum ini dikenali sebagai Timor Timur.

Bagaimanakah agaknya keadaan wilayah berkenaan yang satu ketika dahulu pernah ditimpa pergolakan hebat?

Buat masa ini, terdapat penempatan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk yang turut diwakili pasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka dikenali sebagai pasukan Malaysia Formed Police Unit (Mal-FPU) dan United Nations Police (UNPol) telah melaksanakan tugas di negara tersebut menerusi Misi Pengaman PBB sejak tahun 1999.

Turut mengiringi lawatan tersebut ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM Bukit Aman, Datuk Wira Salleh Mat Rasid.

Ia bersempena lawatan kerja beliau ke Timor Leste selain meninjau keadaan anggota di Institut Pentadbiran Awam Nasional (INAP), Dili.

Turut menyertai misi kali ini ialah Timbalan Komander Pasukan Gerakan Udara PDRM, Asisten Komisioner S. Sathiya; pegawai dari Cawangan Istiadat, Jabatan Pengurusan, Superintendan Che Zakaria Othman; juruterbang, Deputi Superintendan, Mohd. Hafizul Mohd. Salleh; pembantu juruterbang, Inspektor Jimmy Roy dan jurutera, Arthur Wong.

Cuaca terik

Keadaan berdebu di negara tersebut langsung tidak menghalang rutin harian pasukan petugas untuk melakukan rondaan sekitar bandar Dili walaupun suhu cuaca terik membawa kehangatan terus ke malam hari.

Pasukan yang terbabit dalam misi keamanan itu tetap ceria dan bersemangat walaupun berada dalam zon berjaga-jaga.

Timor Leste telah mencatat sejarah sebagai sebuah negara baharu yang ke-192 di dunia. Negara itu berada di bawah penjajahan kuasa besar Portugal selama 450 tahun sebelum berada di bawah pemerintahan Indonesia selama 24 tahun.

Dahulu, negara tersebut sering berlaku kekacauan yang berlarutan selama berminggu-minggu ekoran tindakan kumpulan militia pro-Indonesia yang membunuh dan mengacau penduduk yang mahu menuntut kemerdekaan untuk Timor Leste.

Tanggal 20 Mei lalu genap ulang tahun kemerdekaan Timor Leste yang ke-10. Bagaimanapun, keadaan persekitarannya terutama pembangunan masih tidak banyak berubah.

Kedatangan kami hanya beberapa minggu pasca pilihan raya berlangsung. Sepanjang berada di sana, petugas media berpeluang menaiki kereta perisai APC semasa misi rondaan di sekitar kawasan panas di sepanjang Jalan Comoro berhampiran sebuah Balai Adat.

Jalankan tugas

Keadaan jalannya yang gelap dan sunyi-sepi, hanya terbit cahaya dari rumah-rumah penduduk 'mengindahkan' mata malam tersebut.

Sungguhpun begitu anggota pasukan khusus dari Malaysia tetap menjalankan tugas yang diamanahkan dengan komited.

Penempatan penulis dan wartawan tidak jauh dari kem anggota petugas. Hotel Timor antara hotel bertaraf bintang wajar diberi pujian walaupun mempunyai bilangan bilik yang terhad.

Kebetulan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon turut menginap di hotel yang sama selepas menghadiri satu mesyuarat penting di bandar Dili.

Geografi penempatan di Dili tidak pernah sunyi dengan rondaan kenderaan pacuan empat roda anggota pengaman. Bahkan kediaman Setiausaha Negara bagi Bantuan Sosial dan Bencana turut dikawal sepenuhnya oleh angggota pasukan UNPol.

Sebelum kami meninggalkan bandar Dili, penulis disapa oleh seorang penduduk ketika di lapangan terbang yang memperkenalkan dirinya sebagai Andeng Irtiato.

Dengan wajah yang tenang, Andeng melahirkan bahawa dia mengimpikan keamanan di Timor Leste seperti yang dikecapi Malaysia.

"Saya rindu dengan keamanan pak, sekiranya pasti harapan saya untuk negara (Timor Leste) ini serupa macam di negara bapak," luah Andeng.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Remaja jadi mangsa pertama maut di Mesir

Posted:

Remaja jadi mangsa pertama maut di Mesir

Remaja jadi mangsa pertama maut di Mesir

PARA penunjuk perasaan anti-Morsi mendirikan khemah di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Tunjuk perasaan membantah dekri Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah meragut nyawa yang pertama, lapor agensi berita dpa semalam.

Mangsa pertama yang berusia 15 tahun itu merupakan anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokong Morsi.

Dia mati dalam serangan yang berlaku lewat kelmarin di bandar Damanhour di sebuah pejabat pergerakan tersebut.

Seramai 60 orang lagi cedera dalam serangan itu.

Kejadian itu berlaku sebelum Morsi dilaporkan akan berbincang dengan para hakim kanan berhubung perasaan tidak puas hati mereka terhadap dekri tersebut.

Dekri itu dikeluarkan Morsi pada Khamis lalu yang mengumumkan sebarang keputusannya tidak boleh dicabar di mahkamah sehingga parlimen baharu dibentuk.

Morsi dipilih sebagai presiden dalam pilihan raya yang diadakan pada Jun lalu.

Pengumuman dekri itu menyebabkan lebih 500 orang cedera di serata Mesir.

Kira-kira 5,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini malam kelmarin. - Agensi

Liang lahad Arafat digali hari ini

Posted:

Liang lahad Arafat digali hari ini

Liang lahad Arafat digali hari ini


KUBUR Arafat sebelum digali.- Agensi


RAMALLAH – Salah satu misteri politik Asia Barat mungkin dapat diketahui pada hari ini apabila para saintis menggali liang lahad kubur pemimpin terkenal Palestin, Yasser Arafat (gambar kecil) di sini untuk mengetahui sama ada dia diracun.

"Ia amat menyakitkan, mengejutkan dan tidak mudah bagi saya dan anak-anak, tetapi ia mesti dilakukan untuk mengetahui perkara yang sebenar, jika terdapat jenayah, ia mesti diselesaikan," kata balu Arafat, Suha ketika dihubungi di rumahnya di Malta.

Ketua Penyiasat Palestin berkata, Tawfik Tirawi berkata, liang lahad tersebut akan digali pada hari ini untuk mengambil sampel dari tulang Arafat dan pengebumian semula akan dilakukan pada hari yang sama.

Khabar angin dan spekulasi tersebar mengenai punca kematian Arafat.

Arafat meninggal dunia di sebuah hospital tentera dekat Paris pada November 2004 ketika berusia 75 tahun.

Doktor-doktor di Perancis tidak dapat mengenal pasti punca kematian presiden Palestin itu.

Penduduk Palestin percaya Arafat diracun Israel.

Pada Julai lalu, stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan penemuan daripada sekumpulan pakar dari Switzerland yang menunjukkan terdapat bahan radioaktif, polonium pada barang peribadinya.

Polonium merupakan racun yang membunuh bekas perisik Rusia yang lantang, Alexander Litvinenko di London pada 2006.

Liang lahad itu digali selepas kes siasatan kematian Arafat dibuka di Perancis baru-baru ini.

Panel hakim yang mengendalikan siasatan itu tiba di Ramallah, Tebing Barat kelmarin. – AFP

Chaturvedi amal cara hidup Gandhi

Posted:

Chaturvedi amal cara hidup Gandhi

Chaturvedi amal cara hidup Gandhi


CHATURVEDI keluar dari rumahnya di pinggir New Delhi pada 23 Oktober lalu. - REUTERS


NEW DELHI – Seorang lelaki, Mahesh Chaturvedi mengamalkan cara hidup tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan dan perpaduan penduduk India, Mahatma Gandhi di sini.

Chaturvedi yang berusia 63 tahun memakai pakaian berwarna putih seperti yang dipakai Gandhi.

Beliau juga memasak makanan dan berjalan dengan menggunakan tongkat.

Lelaki tersebut turut mencukur rambutnya dan memakai cermin mata supaya mukanya kelihatan mirip Gandhi.

Menurutnya, jiwa Gandhi tersemat di dalam dirinya.

Chaturvedi menyatakan, beliau akan meneruskan kerja-kerja yang telah dilakukan oleh tokoh yang dihormati oleh penduduk India itu.

Beliau melakukan transformasi dalam kehidupannya dengan mengamalkan cara hidup Gandhi sejak tahun 2002.

Lelaki itu turut muncul dalam tunjuk perasaan yang diadakan di ibu kota India ini.

Gandhi meninggal dunia pada 28 Januari 1948 semasa berusia 78 tahun selepas ditembak oleh seorang nasionalis Hindu, Nathuram Godse. – Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kes Lynas saman SMSL, 17 Disember

Posted:

Kes Lynas saman SMSL, 17 Disember

Kes Lynas saman SMSL, 17 Disember

27/11/2012 4:57pm

KUANTAN — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan pengurusan kes saman fitnah Lynas (Malaysia) Sdn. Bhd., (Lynas) terhadap kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) pada 17 Disember depan.

Hakim Datuk Mariana Yahya yang membuat keputusan itu berkata, penangguhan itu dilakukan supaya kes itu dijalankan selepas mendapat keputusan rayuan Lynas di Mahkamah Rayuan, Putrajaya Khamis ini.

Sebelum ini, kes berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Kes itu dipindahkan selepas permohonan SMSL dan dua individu yang terbabit dalam kes saman berkenaan, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dibenarkan oleh hakim berkenaan.

Bagaimanapun, Lynas menfailkan tuntutan rayuan agar prosiding kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. — BERNAMA

Penganggur, remaja didakwa samun kerani akaun

Posted:

Penganggur, remaja didakwa samun kerani akaun

Penganggur, remaja didakwa samun kerani akaun

27/11/2012 4:54pm

PETALING JAYA — Seorang penganggur dan remaja lelaki berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan samun berkumpulan terhadap seorang kerani akaun pada 17 November lepas.

Muhammad Arif Jaffar, 19, dan remaja tersebut, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Chong Siew Mee, 40, dengan merampas beg tangan mangsa yang mengandungi surat, kunci rumah, telefon bimbit, dokumen, buku cek dan wang tunai RM500.

Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan SS 26/2 Kelana Jaya, pada pukul 7.15 pagi dan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya sekali sebulan sehingga kes selesai. — BERNAMA

Warga Pakistan ditahan bantu kes pelajar mati

Posted:

Warga Pakistan ditahan bantu kes pelajar mati

Warga Pakistan ditahan bantu kes pelajar mati

27/11/2012 4:47pm

KOTA KINABALU — Seorang warga Pakistan ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar perempuan yang dipercayai terjatuh dari lori di Kota Marudu Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Asisten Supritendan Kamarudin Sulaiman berkata, peniaga berumur 40-an itu ditahan di Pekan Kota Marudu pada pukul 10 pagi tadi. Norikoh Saliwa, 16, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini dilapor ditemui dengan kecederaan di kepalanya.

Mayatnya ditemui di tepi jalan. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved