Isnin, 26 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Teraju lonjak prestasiekonomi bumiputera

Posted:

Teraju lonjak prestasiekonomi bumiputera

Teraju lonjak prestasiekonomi bumiputera

Oleh NASRI JAMALUDIN, IKHWAN IDERIS dan FAHAMI AHMAD
rencana@kosmo.com.my

TUJUH tahun lalu, Maranocorp Industries (M) Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Marano ditubuhkan dengan cita-cita menjadi sebuah syarikat pengeluar barangan kulit terkemuka.

Namun, memulakan sebuah syarikat dan mengekalkan perniagaan yang dijalankan adalah dua perkara yang berbeza.

Pengarah Urusan Marano, Jasri Jamaluddin mengakui, pada satu ketika syarikat tersebut pernah berada dalam situasi yang sangat sukar untuk berkembang lantaran kekangan kewangan.

Akibat daripada faktor itu, kualiti produk Marano gagal ditingkatkan sehingga menyebabkan pasarannya agak terhad.

"Peruntukan dan modal yang disediakan oleh institusi-institusi kewangan kebanyakannya untuk syarikat besar serta terkemuka. Ia sekali gus menutup peluang syarikat kecil untuk berkembang maju," cerita Jasri mengenai jalan-jalan payah yang pernah dilalui Marano beberapa tahun lalu.

Kini beliau boleh menghela nafas lega selepas menyertai Program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) yang diinisiatifkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

"Pada mulanya saya juga kurang jelas dengan Teraju itu sendiri apatah lagi program-program di bawahnya. Saya kemudian mengambil keputusan mengkaji dengan lebih mendalam mengenai unit strategik di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

"Kini saya bersyukur kerana urusan perniagaan menjadi semakin mudah selepas Marano menyertai Teras di bawah Teraju.

"Unit Teraju membantu Marano mendapatkan bantuan dana dan akses kepada agensi-agensi kewangan bagi meningkatkan prestasi perniagaan," katanya.

Bantuan kewangan itu membolehkan Marano meningkatkan kualiti produk kulit di kilangnya di Maran, Pahang. Bahkan, rentetan itulah, Marano berjaya mengembangkan pasarannya sehingga menjadi antara pembekal utama kasut uniform kulit kepada kakitangan kerajaan.

Mungkin dalam kalangan kita masih ramai yang tertanya apakah sebenarnya Teraju dan bagaimana ia boleh menjadi pemangkin ekonomi bumiputera bagi membantu syarikat-syarikat seperti Marano.


HUSNI memberi ucapan pada sebuah majlis Teraju untuk Koridor Utara di Pulau Pinang Mac lalu.


Dicetuskan pada 2 Februari 2011 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Teraju diwujudkan bagi menerajui, memacu dan menyelaras agenda bumiputera sebagai sebahagian Pelan Transformasi Negara.

Faedah syarikat Teras

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh, Teraju yang berada di bawah Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) menjadi pemudah cara untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana melonjak bersaing secara sihat dengan syarikat gergasi.

Teraju mempunyai matlamat untuk memastikan bumiputera pada tahun 2020 dapat diwakili secara seimbang dalam pekerjaan berpendapatan tinggi, pemilikan syarikat besar dan sektor-sektor pertumbuhan tinggi ekonomi.

Ujar Husni, dalam usaha melonjakkan ekonomi syarikat bumiputera, Teraju menginisiatifkan pelbagai program antaranya Teras, Dana Mudah Cara, Skim Jejak Jaya Bumiputera, Pembiayaan Ekuiti, Prosper Teras, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Teraju@Koridor dan Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) contohnya dalam bisnes minyak, gas dan kelapa sawit.

"Teras telah dilancarkan pada 20 Julai 2012. Syarikat bumiputera yang terpilih berasaskan merit akan dibantu untuk mencapai peningkatan dalam perniagaan masing-masing.

"Di bawah program Teraju, sebanyak 1,100 syarikat bumiputera akan dibantu untuk dikembangkan perniagaan masing-masing di peringkat serantau," ujarnya ketika ditemui di pejabatnya di Menara Surian, Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Untuk tujuan mengembangkan modal syarikat bumiputera, kata Husni, bantuan dana sebanyak RM500 juta dikhususkan kepada syarikat Teras melalui Dana Teras di SME Bank.

Melalui dana itu, syarikat boleh menjalankan projek masing-masing sekali gus meningkatkan kadar pertumbuhan syarikat.


KRU Malaysia tiga selebriti bersaudara (dari kiri) Edry, Norman dan Yusri tersenarai antara 10 syarikat teratas berdasarkan pertumbuhan untuk program Teras.


Ketika ini sebanyak 250 syarikat telah dikenal pasti untuk menerima dana tersebut bagi keperluan perniagaan masing-masing merangkumi pelbagai bidang perniagaan.

Selain itu, ujar Husni, Teraju juga sentiasa mengorak langkah dalam memastikan syarikat-syarikat bumiputera kecil dan bersaiz mikro terus berkembang.

Antara langkah yang diambil termasuk menggalakkan penggabungan syarikat-syarikat mikro. Melalui penggabungan itu, mereka kelak akan mempunyai modal yang lebih besar sekali gus berkeupayaan membida projek-projek yang lebih tinggi profilnya.

Bukan itu sahaja, penggabungan syarikat-syarikat tersebut membolehkan mereka bersaing di dalam dan luar negara.

"Persaingan memerlukan sumber yang besar dan kebanyakan yang menang adalah syarikat besar. Selain itu, kita mudah membantu syarikat-syarikat ini mencari pelaburan baharu termasuk di luar negara.

"Jika kita lihat, Asia Tenggara sahaja mempunyai 600 juta orang penduduk berbanding Malaysia yang mempunyai rakyat sebanyak 28 juta. Justeru, syarikat berkenaan tidak dapat meningkat dengan berkesan jika hanya bertumpu dalam negara. Kita kena cari pendekatan membawa syarikat ini melabur di luar," kata Husni.

Optimis

Selain Marano, beberapa syarikat lain turut berjaya meningkatkan prestasi syarikat mereka termasuk ke luar negara antaranya Hadid Engineering (M) Sdn. Bhd. (Hadid).

Dengan suntikan Teraju melalui program Teras, Hadid semakin optimis untuk terus mengembangkan perniagaan yang diusahakan sejak tahun 2000.

Syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan dalam industri minyak dan gas itu kini dalam perancangan mengembangkan perniagaan ke peringkat global seperti Asia Barat menerusi laluan yang dibuka oleh syarikat gergasi tempatan, Petronas.

"Sokongan agensi seperti Teraju dan syarikat berkaitan kerajaan banyak membuka peluang kepada kami untuk menjalankan projek-projek yang lebih berskala besar.

"Teraju memainkan peranan besar sebagai entiti pemudah cara dan orang tengah kepada organisasi besar. Daripada tidak berpeluang langsung, kini kami juga mampu membida projek-projek bernilai tinggi berdasarkan kebolehan dan kepakaran kami," kata Pengarah Urusan Hadid, Sohpian Ariffin.

Sebuah lagi syarikat yang mendapat faedah daripada program Teras ialah pembekal sistem penghawa dingin, Alam Dingin Air Conditioning Engineering Sdn. Bhd. (Alam Dingin).

Menurut Pengarah Urusan Alam Dingin, Mohamad Azan Sulaiman, sejak Alam Dingin menjadi ahli Teras pada awal tahun ini, beliau melihat banyak peluang terbuka luas untuk Alam Dingin mengukir nama di podium yang lebih berprestij.

"Sebagai ahli Teras, kami memperoleh banyak faedah. Teraju memang tidak akan memberikan kami sebarang projek, namun memberi peluang untuk kami bertemu dengan syarikat-syarikat yang berpotensi untuk membekalkan projek seperti Mass Rapid Transit

Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp.) dan pihak kementerian.

"Teraju juga bergerak aktif dengan mengadakan perjumpaan dengan ahli dan persatuan-persatuan yang relevan seperti persatuan kontraktor Melayu negeri. Ia membolehkan kami meluaskan rangkaian perniagaan dan sekiranya ada rezeki, melakukan projek usaha sama dengan ahli-ahli Teras yang lain.

"Dengan khidmat nasihat Teraju, kami juga berpeluang mendapat pinjaman pada kadar faedah rendah daripada SME Bank," katanya.

Pelbagai program inisiatif Teraju

Posted:

Pelbagai program inisiatif Teraju

Pelbagai program inisiatif Teraju


SME Bank antara penyedia dana bagi syarikat bumiputera.


DALAM usaha memacu dan membantu syarikat-syarikat bumiputera kecil serta sederhana untuk terus berkembang, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) telah mewujudkan pelbagai program di bawahnya.

Selain program Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras), Teraju turut memperkenalkan program lain antaranya Dana Mudah Cara, Skim Jejak Jaya Bumiputera, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan Teraju@Koridor.

Melalui program Dana Mudah Cara kerajaan telah mewujudkan dana bernilai RM2 bilion yang diuruskan oleh Unit Perkongsian Awam-Swasta (Ukas) dan Teraju. Ia bagi menggalakkan bumiputera untuk memberanikan diri melaksanakan projek sektor swasta.

"Melalui Dana Mudah Cara, projek yang mampu meningkatkan pendapatan syarikat bumiputera boleh diberi dana secara geran sebanyak 15 peratus daripada jumlah kos projek. Geran ini tidak perlu bayar balik. Kini, Teraju menerima 70 permohonan daripada syarikat berkenaan," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh.

Sebagai sebuah unit yang dirintis oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Teraju juga meneroka inisiatif-inisiatif baharu dan memperkenalkan pembaharuan kepada instrumen sedia ada.

Kerjasama agensi lain

Lantaran itu, Teraju menjalankan kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan yang lain, Teraju menawarkan pembangunan bakat, perniagaan dan peluang kewangan kepada bumiputera yang setakat ini bernilai RM14 bilion.

"Usaha yang kita lakukan juga membuahkan hasil kerana sebelum ini hanya SME Bank menawarkan dana bernilai RM500 juta kepada syarikat bumiputera dengan RM190 juta daripadanya telah diluluskan.

"Namun kini, Teraju menerima banyak tawaran daripada pihak bank lain untuk turut dengan penawaran dana kepada syarikat bumiputera," katanya.

Jelas Husni, Teraju turut membuat program bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan dana sebanyak RM5.5 juta untuk syarikat bumiputera yang berkecimpung dalam sektor peruncitan.


ORANG ramai boleh melayari laman web Teraju untuk mendapatkan pelbagai maklumat lanjut mengenai unit itu.


Bagi program bersama Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada syarikat bagi meningkatkan pegangan saham bumiputera dalam sesebuah syarikat.

"Kita cuba memberi bantuan syarikat-syarikat ini untuk membeli saham-saham sekali gus meningkatkan ekuiti bumiputera terutamanya dalam syarikat besar.

"Jika sebelum ini individu bumiputera itu hanya memiliki saham 20 peratus dalam sesebuah syarikat, kita bantu mereka meningkatkan lagi pegangan terutama dalam syarikat besar," kata Husni.

Tambahnya, terdapat juga satu program yang dikenali sebagai Skim Jejak Jaya Bumiputera. Skim tersebut untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat supaya boleh disenaraikan dalam Bursa Saham.

"Kita buat program Stairway To Listing dengan kerjasama Bursa Malaysia dan SME Corporation untuk membolehkan syarikat terutama syarikat teras disenaraikan. Ketika ini, terdapat tujuh syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia," katanya.

Projek-projek besar iaitu membabitkan pelaburan melebihi RM500 juta, pihaknya meminta syarikat bumiputera untuk membida secara terbuka.

Contohnya, Projek Mass Rapid Transit (MRT) Corporation yang berjumlah RM20 bilion bagi fasa pertama, 43 peratus telah diperuntukkan kepada bumiputera.

"Projek MRT yang bernilai lebih RM80 bilion, kita galakkan syarikat bumiputera membida secara telus untuk mendapatkan projek. Kita telah dapat 47 peratus daripada nilai projek iaitu melebihi sasaran awal yang ditetapkan," katanya.

Pendidikan

Selain itu, anak-anak kampung yang pintar juga tidak dilupakan Teraju apabila Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dilancarkan pada tahun lepas. Yayasan itu berjaya menjana dana lebih RM250 juta.

Yayasan tersebut berfungsi bagi mengenal pasti anak-anak pintar yang tercicir daripada arus pembangunan dan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

Setakat ini, sebanyak 200 pelajar telah terpilih dan ditempatkan di kolej-kolej atau universiti tertentu dengan diberikan biasiswa atau pinjaman. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang ketika di kolej atau universiti, pinjaman pelajaran mereka akan ditukar kepada biasiswa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


54 ketua kampung ditauliah Leftenan Bersekutu Rela

Posted:

54 ketua kampung ditauliah Leftenan Bersekutu Rela

54 ketua kampung ditauliah Leftenan Bersekutu Rela


RAJA AHMAD ZAINUDDIN (duduk tengah) bersama ketua-ketua kampung Parlimen Larut yang ditauliahkan pangkat Leftenan Bersekutu Rela pada majlis di Dewan Tebing Tinggi, Selama baru-baru ini.


SEGAK. Seramai 54 ketua kampung dalam Parlimen Larut ditauliahkan sebagai Leftenan Bersekutu Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pada satu majlis khas di Dewan Serbaguna Tebing Tinggi, Selama, Perak baru-baru ini.

Pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kubu Gajah, Kol. Kehormat (Rela) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan disaksikan oleh Pengarah Rela Negeri Perak, Brig. Jen. (Rela) Mohd. Khariri Abu Hassan.

Raja Ahmad Zainuddin berkata, walaupun pasukan Rela diwujudkan sebagai jentera keselamatan, penglibatan pasukan itu dalam kerja-kerja kemasyarakatan khasnya harus ditingkatkan.

"Saya harap pentauliahan ini juga dapat merangsang ketua kampung untuk terus menabur bakti dalam menjaga keamanan di kawasan masing-masing dan seterusnya memastikan tanggungjawab mereka dikoordinasikan," katanya.

1MDB sampaikan bantuan kepada nelayan

Posted:

1MDB sampaikan bantuan kepada nelayan

1MDB sampaikan bantuan kepada nelayan


SEBAHAGIAN nelayan gembira menerima bantuan sara hidup nelayan di Balik Pulau baru-baru ini.


PRIHATIN. Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menyerahkan bantuan kepada 3,652 isi rumah yang kebanyakannya terdiri daripada nelayan pada satu majlis di Balik Pulau baru-baru ini.

Bantuan yang disampaikan termasuk bot, enjin sangkut, pukat bawal, kotak makanan, cermin mata, pakaian dan peralatan persekolahan, jaket keselamatan serta wang saku RM100 untuk murid sekolah.

Pengarah program berkenaan, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman berkata, ia melibatkan peruntukan RM1.7 juta dengan seliaan daripada Persatuan Nelayan Kawasan Balik Pulau dan Teluk Bahang.

"Pada program ini, kita turut adakan pemeriksaan kesihatan secara percuma, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata serta sumbangan 50 buah basikal fixie kepada pelajar cemerlang," katanya.

Pemuda UMNO Tebrau lancar Tabung Gaza

Posted:

Pemuda UMNO Tebrau lancar Tabung Gaza

Pemuda UMNO Tebrau lancar Tabung Gaza


NOR AZHAR (bersongkok) mengisi Tabung Gaza sempena pelancaran Tabung Bantuan Gaza di Johor Bahru baru-baru ini.


LANCAR. Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau melancarkan Tabung Bantuan Gaza baru-baru ini dalam usaha membantu meringankan penderitaan rakyat Islam Palestin di Semenanjung Gaza.

Pelancaran tabung yang disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Tebrau, Nor Azhar Abdul Hamid itu menyasarkan kutipan minimum sebanyak RM5,000 sehingga pertengahan Disember ini.

Menurut Nor Azhar, kutipan juga akan dilakukan di semua 70 cawangan UMNO dalam kawasan Parlimen Tebrau.

Katanya, kutipan tersebut juga sebagai bukti mereka membantah dan mengutuk kekejaman yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kenduri saji lauk basi

Posted:

Kenduri saji lauk basi

Kenduri saji lauk basi

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

NAZURAH dan Nazli terpaksa bergaya di pelamin dalam keadaan perasaan mereka remuk selepas majlis kenduri perkahwinan tercemar dengan sajian basi.


BALIK PULAU – Kemeriahan majlis persandingan satu pasangan pengantin di Dewan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Teluk Bahang di sini kelmarin bertukar kecoh apabila lauk-pauk yang disajikan didakwa telah basi dan berbau busuk manakala nasinya pula mentah.

Kejadian itu menyebabkan lebih 1,000 jemputan majlis perkahwinan Nazurah Romai, 21 dan suaminya, Nazli Che Amat, 22, kakitangan sebuah syarikat swasta, terpaksa pulang dengan perut kosong.

Hidangan itu ditempah menerusi pakej sebuah syarikat perancang perkahwinan yang mengenakan bayaran RM17,000 untuk sajian, sepasang persalinan untuk majlis akad nikah, pelamin, fotografi dan cenderamata.

Difahamkan, pasangan itu telah menjelaskan bayaran sebanyak RM14,000 kepada syarikat berkenaan.

Nazurah yang merupakan seorang pelajar di sebuah kolej swasta di sini berkata, peristiwa yang memalukan itu disedari sewaktu mereka mahu menjamu beberapa orang tetamu pada majlis tahlil kira-kira pukul 10 pagi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pelajar cedera selepas kaki dibaham buaya Pasir Panjang

Posted:

Pelajar cedera selepas kaki dibaham buaya Pasir Panjang

Pelajar cedera selepas kaki dibaham buaya Pasir Panjang

Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my


KESAN gigitan buaya pada kaki Muhd. Azlan.


KUCHING – Buaya di Pantai Pasir Panjang, Santubong dekat sini kembali mengganas dengan membaham kaki kanan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhd. Azlan Marzuki dalam kejadian pukul 6 petang kelmarin.

Ia merupakan serangan kedua tahun ini selepas kaki seorang remaja, Ashley Austin, 14, dibaham buaya di pantai itu pada Ogos lalu.

Muhd. Azlan, 20, menceritakan, dia sedang mandi kira-kira 10 meter dari pantai sebelum seekor buaya yang dipercayai sepanjang tiga meter membaham kaki kanannya dari belakang dan cuba mengheretnya ke dalam air.

Dalam keadaan panik, pelajar Sains Sukan UiTM Samarahan itu sempat mengerah kudrat selama 15 minit dengan meronta-ronta sambil menendang kepala reptilia itu beberapa kali dengan kaki kirinya sebelum dia akhirnya dilepaskan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Didera kerana bangun lambat

Posted:

Didera kerana bangun lambat

Didera kerana bangun lambat

Oleh ABD. RAZAK OSMAN
razak@kosmo.com.my


BEGINILAH keadaan muka Suryani selepas mendakwa didera majikannya di Taman Sejahtera, Sungai Petani kelmarin.


SUNGAI PETANI – Seorang gadis Indonesia tidak menduga kedatangannya ke sini untuk mencari rezeki halal sebagai pembantu rumah berakhir dengan dia mendakwa menjadi mangsa kekejaman majikan berketurunan Cina yang rakus menderanya sejak enam bulan lalu.

Tidak tahan apabila sering dipukul dan dimaki hamun, Suryani Abdullah, 21, dari Jakarta, Indonesia akhirnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah majikannya di Taman Sejahtera di sini pada pukul 12 tengah hari kelmarin.

Menceritakan kejadian itu, Suryani mendakwa, sejak bekerja di rumah majikannya itu, dia terpaksa menanggung azab apabila dikerah untuk bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah sehingga lewat malam.

Dakwanya, selain itu, dia sering diugut untuk dihantar pulang jika enggan menurut perintah.

"Majikan saya selalu arahkan saya bangun awal pagi untuk membuat kerja rumah. Pada malam Jumaat lalu, saya diarah bangun pada pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja sehingga lewat malam.

"Ekoran itu, saya telah terlajak tidur sehingga pukul 7 pagi keesokan harinya akibat terlalu penat. Majikan yang tidak berpuas hati dengan alasan saya bertindak memukul tangan, badan dan muka dengan benda tumpul hingga bengkak dan sakit," dakwanya yang masuk ke negara ini melalui agensi pekerja asing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Tiada kaitan dengan perkahwinan saya’

Posted:

'Tiada kaitan dengan perkahwinan saya'

'Tiada kaitan dengan perkahwinan saya'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
dan AHMAD FAZLI MOHD. YADI
sukan@kosmo.com.my

KHAIRUL FAHMI mendakwa persediaan majlis perkahwinannya tidak menjejaskan prestasinya pada Piala Suzuki AFF 2012.


PENJAGA gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat menepis dakwaan bahawa tumpuannya terjejas ekoran persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada penghujung Disember depan.

Namun pada masa sama, pemain berusia 23 tahun itu tanpa berselindung mengakui dirinya menjadi punca utama kekalahan 0-3 skuad Harimau Malaya kepada Singapura pada aksi pembuka tirai peringkat Kumpulan B Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Khairul Fahmi yang juga dikenali sebagai Apek didakwa membuat kesilapan mudah apabila gagal mengeluarkan bola pada minit ke-37 hasil sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum disambar Shahril Ishak untuk gol kedua Singapura pada perlawanan tersebut.

Persembahan goyah Apek dalam pertemuan itu telah mengundang resah peminat biarpun penjaga gol utama Harimau Malaya itu kembali fokus pada separuh masa kedua.

"Saya bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia kepada Singapura. Begitupun, ia tiada kena mengena dengan persiapan perkahwinan saya.

"Sekali lagi, saya memohon maaf kepada seluruh rakyat kerana gagal membantu skuad negara mencatatkan kemenangan ketika menentang Singapura dan berjanji akan kembali bangkit selepas ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Untuk rekod, Apek, 23, yang merupakan penjaga gol utama Kelantan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pemilik butik pengantin, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau mesra dengan panggilan Leuniey pada 28 Disember ini.

Sementara itu, bekas penjaga gol kebangsaan, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli tampil mempertahankan prestasi Apek sambil menyifatkan wira Piala Suzuki AFF 2010 itu bakal mengulangi persembahan hebat pada perlawanan kedua ketika menentang Laos malam esok.

"Inilah bola sepak. Kadang-kadang kita menonjol, kadang-kadang tidak.

"Tekanan amat dirasai memandangkan kita tampil sebagai juara bertahan, tambahan pula menjadi tuan rumah kejohanan.

"Jadi, kita sebagai peminat haruslah memberikan semangat bukan sekadar mengkritik tak kena pada tempatnya.

"Jangan mudah menghukum Apek hanya disebabkan satu kesilapan sedangkan sebelum ini dia banyak membantu skuad negara," ujar Sharbinee yang pernah menjadi mangsa kecaman peminat akibat beberapa kesilapan mudah yang dilakukan.

Rajagobal didesak undur

Posted:

Rajagobal didesak undur

Rajagobal didesak undur

Oleh WARTAWAN KOSMO!
sukan@kosmo.com.my


PENYOKONG Ultras Malaya bertindak menahan bas yang membawa pemain-pemain Harimau Malaya sebagai tanda protes berikutan kekalahan 0-3 Malaysia kepada Singapura pada kempen Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil kelmarin.


DESAKAN peminat sejati Harimau Malaya yang menuntut pembaharuan skuad bola sepak kebangsaan dengan Datuk K. Rajagobal mengambil tindakan drastik meletak jawatan selaku jurulatih, bukanlah satu cerita baharu sebenarnya.

Bermula apabila skuad negara ditunjukkan jalan keluar oleh Singapura menerusi agregat 4-6 pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Julai tahun lalu, kemarahan penyokong dilihat tidak lagi boleh dibendung sebaik dikecewakan lawan sama dengan keputusan 0-3 dalam aksi sulung kempen Piala Suzuki AFF 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Dengan lebih 100 penyokong Ultras Malaya menghalang bas yang dinaiki pemain negara dari pekarangan stadium, laungan mereka yang menjerit 'Rajagobal, apa yang engkau buat?' juga sudah cukup mencerminkan kekecewaan peminat.

Pemilihan 'tidak masuk akal' Rajagobal dalam senarai 22 pemain skuad negara bagi mempertahankan kejuaraan kali ini juga mengundang skeptikal banyak pihak gara-gara prestasi semasa sebahagian daripada mereka dalam saingan liga domestik dilihat tidak sehebat mana.

Biarpun Rajagobal sebelum ini secara terbuka mengakui bakal meletak jawatan jika gagal membantu Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015, peminat tidak lagi mampu bersabar menunggu lama dan menuntut supaya jurulatih itu 'angkat kaki' sebaik kempen Piala Suzuki AFF kali ini berakhir, tidak kira mampu mempertahankan gelaran ataupun tidak.

Wakil Ultras Malaya, Redzuan Ahmad semasa ditemui pemberita malam kelmarin mempersoalkan kredibiliti Rajagobal dalam tempoh dua tahun ini selepas muncul juara edisi 2010.

"Maruah skuad kebangsaan jelas diperkotak-katikkan di gelanggang sendiri. Apa yang dibuat selama ini? Apa perancangannya dalam tempoh dua tahun selepas memenangi piala (Suzuki AFF). Inikah hasilnya?" katanya.

Seorang lagi penyokong, Hamdan Wahid dari Perlis memberitahu, dia kecewa cuti tahunannya yang diambil seminggu semata-mata untuk menyokong Harimau Malaya dilihat seolah-olah tidak berbaloi berdasarkan persembahan Harimau Malaya malam kelmarin.

"Kami bayar tiket RM30 tetapi kalah 3-0, tidak mustahil juga jika harga tiket dinaikkan RM50 selepas ini kita kalah lebih besar iaitu 5-0.

"Hendak merangkak pun tidak mampu, inikan pula hendak berlari. Jurulatih (Rajagobal) patut letak jawatan, jangan tunggu sampai kelayakan Piala Asia. Sekarang pun dia patut berundur jika beginilah gayanya persembahan pasukan kebangsaan," katanya.

Seorang lagi penyokong yang hanya mahu dikenali sebagai Botak memberitahu, pemilihan kesebelasan utama Rajagobal juga memualkan penyokong.

"Baddrol (Bakhtiar) yang lebih kreatif tidak dibawa masuk ketika berdepan Singapura, sebaliknya Alex (Azamuddin Akil) yang sebelum ini bermain sebagai penyerang pula dibawa masuk menggantikan Amar Rohidan di bahagian tengah.

"Ini bukan lagi masa untuk eksperimen pemain. Sampai bila kami perlu mendengar alasan demi alasan Rajagobal setiap kali Harimau Malaya tewas," katanya.

Apa yang pasti, di sebalik 'sakit kepala' Rajagobal memikirkan formula terbaik ketika berdepan Laos malam esok, masih ramai penyokong yang bertambah sakit hati jika perlawanan itu gagal diterjemahkan menjadi kemenangan ataupun yang lebih teruk, tersungkur buat kali kedua di depan penyokong sendiri.

Seandainya Malaysia terperosok di tangga tercorot kumpulan kali ini, sejarah baharu sudah tercipta buat Harimau Malaya yang mungkin sudah boleh berkira-kira mengharungi aksi kelayakan dua tahun lagi biarpun pernah mengecap nikmat selaku juara yang jelas sekadar bersifat sementara.

'Indonesia masih berpeluang'

Posted:

'Indonesia masih berpeluang'

'Indonesia masih berpeluang'

KAPTEN Indonesia, Bambang Pamungkas optimis peluang pasukannya mara ke separuh akhir kempen Piala Suzuki AFF 2012 masih belum berakhir meskipun sekadar seri 2-2 dengan Laos dalam aksi sulung Kumpulan B kelmarin.

Menurut bekas penyerang Selangor itu, Sang Garuda masih berpeluang untuk mara lebih jauh biarpun terpaksa berdepan pendahulu kumpulan, Singapura malam esok sebelum membuat perhitungan terakhir bersama tuan rumah, Malaysia, Sabtu depan.

"Aksi sulung dalam mana-mana kejohanan sememangnya sukar buat semua pasukan.

"Sudah tentu keputusan itu sukar buat kami tetapi ia bukan bermakna peluang kami sudah berakhir.

"Jadi, kami perlu berjuang habis-habisan dalam dua perlawanan selepas ini bagi memastikan kami layak ke separuh akhir," kata kapten berusia 32 tahun itu.

Pada masa sama, Bambang mengakui ia bukan satu tugas mudah memandangkan penjaga gol, Endra Prasetya dilayangkan kad merah semasa berdepan Laos tempoh hari, sekali gus sekadar memiliki satu penjaga gol gantian, Mahyu Tri Nugroho apabila berdepan Singapura nanti.

Ia ekoran Sang Garuda hanya menyenaraikan dua penjaga gol pada kempen kali ini.

"Terpulang kepada jurulatih, jika saya diturunkan sebagai penjaga gol simpanan pun saya sudah bersedia.

"Ini merupakan penampilan saya yang kelima dalam pentas Piala Suzuki AFF, tidak mustahil juga ia merupakan penampilan saya yang terakhir.

"Cabaran berdepan Singapura dan Malaysia pastinya berbeza. Yang penting, kami perlu berjuang sehingga ke saat akhir," tegas Bambang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Sentuhan magis pereka bersaudara

Posted:

Sentuhan magis pereka bersaudara

Sentuhan magis pereka bersaudara

Oleh HAFIZ AHMAD
mohammadhafi.ahmad@kosmo.com.my

KESUKARAN untuk mendapatkan busana istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri beberapa tahun lalu mencetus idea kepada pemilik jenama AzuraAzwa, Azura Liyana Azmi, 28, dan Azwa Elena Azmi, 25, untuk menjahit sendiri baju lebaran.

"Semuanya bermula ketika kami berada di United Kingdom (UK) untuk melanjutkan pelajaran," ujar Azura memulakan bicara.

Tidak mahu menyusahkan kedua-dua ibu bapa untuk mengirimkan baju-baju dari Malaysia, kedua-duanya sepakat mahu mereka dan menjahit baju tersebut dengan sedikit olahan yang lebih kontemporari.

Ghairah mereka bertambah usai mendapat perhatian pelajar antarabangsa yang lain. Akhirnya daripada sekadar suka-duka, dua beradik itu mula mengorak langkah untuk menceburi bidang rekaan kreatif secara sambilan.

"Kawan-kawan di UK sangat teruja dengan jahitan manik sarat yang terdapat pada baju dan aksesori yang kami reka. Malah, ada yang turut menempah busana dan aksesori hingga tercetusnya idea untuk mengembangkan perniagaan kami sekembalinya ke tanah air kelak," tambah Azwa yang menuntut dalam bidang Sistem Informasi Perniagaan di Middlesex University, London.

Azura, graduan Jurusan Rekaan Dalaman, Nottingham Trent University, bahkan turut mengambil jurusan jangka pendek di Central St. Martins, University of the Arts London bagi mendalami industri fesyen secara formal.

Signatur turban

"Sekembalinya saya ke tanah air, turban menjadi sandaran utama dalam memperkenalkan jenama AzuraAzwa kepada penggemar fesyen tempatan," jelas Azura.

Tambahnya, gaya turban tercetus apabila dia mula berjinak-jinak untuk tampil lebih muslimah. Tercari-cari imej yang lebih urban dan bergaya, turban dengan padanan busana moden dipilih bagi menampilkan pesona diri.

"Namun kebanyakan turban yang ada kadangkala merimaskan kerana lilitan yang tidak kemas. Lanjutan daripada itu, saya jahit lilitan turban yang dimahukan dan hanya serkup sahaja ketika menggayakannya," jelas gadis kelahiran Terengganu itu.

Ternyata, fesyen turban mula mendapat perhatian ramai sehingga boleh digayakan untuk pelbagai acara dan busana. Ia kini menjadi trend baharu kepada golongan remaja urban.

Tidak terhad kepada penggayaan wanita dengan imej muslimah, turban AzuraAzwa juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja kerana bentuk yang versatil dan boleh diolah pelbagai gaya.


AZWA (kiri) dan Azura antara pereka bersaudara yang sedang membina nama dalam industri fesyen.


Kelainan yang dikatakan terletak pada kombinasi dua gaya berbeza yang mewakili dua pereka tersebut.

"Rekaan AzuraAzwa terdiri daripada rangkuman gaya peribadi saya dan Azwa yang sangat kontra.

"Saya lebih feminin dengan penataan rona-rona pastel dan gaya yang lebih selamat, manakala Azwa pula suka menumpukan konsep yang lebih berani dengan mainan warna-warna garang serta fabrik yang di luar kebiasaan," jelas Azura.

Oleh kerana itu, tambahnya, pengguna akan mengetahui rekaan busana tersebut berdasarkan konsep peribadi Azura atau Azwa.

Terjun ke bidang yang berbeza dengan jurusan yang diikuti tidak membuatkan kedua-dua adik-beradik itu canggung, namun sedia bertatih bermula daripada awal.

"Ayah dan ibu sentiasa memberikan dorongan yang berterusan walau ada sedikit keraguan pada awalnya. Atas kesungguhan dan percaya pada takdir, kami terus mengorak langkah sehingga kini.

"Malah, ibu turut mengambil peranan sebagai pengurus bagi mengawal selia perjalanan perniagaan agar lebih lancar," bicara Azwa.

Butik yang dibuka kini juga merupakan pemberian daripada ibu dan ayah. Terletak di kawasan perumahan sekitar Damansara, Selangor rumah dua tingkat itu diubah dekorasinya menjadi rumah fesyen yang menempatkan bilik pameran dan ruang jahitan.

Lebih menarik, butik tersebut dihias indah oleh Azura sendiri yang pada masa sama turut membuat projek hiasan dalaman secara sambilan.

Koleksi busana

Melangkah lebih jauh dalam bidang fesyen, AzuraAzwa mencipta keghairahan dengan menghasilkan koleksi busana bagi penggemar jenama tersebut.

Koleksi ulung tersebut dikeluarkan sempena perayaan Aidilfitri yang lepas dengan memperkenalkan rekaan yang lebih kontemporari dan penggunaan corak fabrik berani.

Menariknya koleksi raya tersebut dilatari penggunaan corak kulit harimau yang membuatkan si pemakai tampak berbeza, namun masih mengekalkan ciri-ciri menawan dengan potongan yang feminin.


PADA usia label dua tahun, Azura dan Azwa wajar diberi pujian kerana empayar fesyen mereka semakin dikenali.


"Kami tidak menyangka apabila percubaan pertama tersebut mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan malah stok pakaian telah habis. Sehingga kini, kami masih lagi menerima tempahan bagi koleksi tersebut," ujar Azura.

Bagi meneruskan momentum perniagaan AzuraAzwa, jenama tersebut akan hadir dengan koleksi terbaharu yang didedikasikan khas buat ibu tercinta pereka.

"Setiap busana tersebut menggambarkan gaya peribadi ibu kami yang sentiasa tampil anggun dengan gaya yang mempesona," ujar Azwa.

Penggemar boleh menjangka rekaan yang lebih sederhana dengan menumpukan kepada ciptaan busana muslimah.

"Dalam koleksi tersebut, akan ada 20 pasang busana baharu bersama lima turban," jelas Azwa.

Tambah Azura, koleksi yang dijangka menemui penggemar fesyen pada Disember tahun ini, banyak menggunakan fabrik seperti sutera Itali, Swiss Zurich dan Shantung.

Bakal bertukar lokasi butik yang lebih besar tidak lama lagi, koleksi AzuraAzwa juga boleh dilihat melalui laman web www.azuraazwa.com.

Eksperimentasi pereka muda Sarawak

Posted:

Eksperimentasi pereka muda Sarawak

Eksperimentasi pereka muda Sarawak

ALIF ABU BAKAR
alif.abubakar@kosmo.com.my


TEMA Massive Merge melatari dres pendek rekaan Q Adamsha.


PEREKA-pereka muda Sarawak yang menyertai Sarawak Fashion Hi-Tea pada 17 November lalu dilihat masih tercari-cari identiti bagi merebut ruang dalam industri fesyen tanah air.

Tema The Uniqueness of Sarawak Art gagal diterjemahkan sebaiknya empat pereka amatur yang terdiri daripada MO Studios, Q Adamsha, Erwan Asbor dan Propaganda Boutique. Kecelaruan nyata terlihat dalam koleksi yang cuba ditampilkan sekali gus melenyapkan keterujaan hadirin yang menyaksikan acara yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.

MO Studios misalnya, cuba bereksperimen dengan busana bermotifkan kain pua kumbu. Penggunaan terhad material kebanggaan Kepulauan Borneo itu menjadikan konsep rekaan yang cuba ditonjolkan agak kabur.


INSPIRASI pua kumbu menjadi pilihan pereka Von Jolly untuk koleksi terbaharunya.


Pujian harus diberikan kepada Q Adamsha atau nama sebenarnya, Kuraisya Banu Adamsya, 21, yang memilih Massive Merge sebagai tema koleksi peribadinya. Pelajar jurusan fesyen di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) itu bijak mengolah rekaannya berinspirasikan kostum kaum Melanau.

Corak dan pola

"Saya memberi penegasan pada corak dan pembuatan pola menerusi permainan panel yang berbeza-beza. Hitam dan biru dipilih sebagai warna dominan yang kemudiannya diadun bersama sedikit teknik tompokan bersama rona jingga dan biru," jelas Kuraisya ketika ditemui Stailo usai acara tersebut.

Slot kemuncak pertunjukan fesyen menjadi milik pereka ternama, Von Jolly yang menyajikan tetamu dengan keindahan lapan rekaannya. Kesemua busana tersebut merupakan koleksi musim bunga/panas 2013 Von Jolly yang mengangkat pua kumbu sebagai pusat cerita.


BUSANA tradisi diolah menjadi dres peplum dengan padanan tali pinggang corak pua kumbu.


Rekaan Von Jolly secara tidak langsung menjadi rujukan buat kumpulan pereka muda tersebut. Cantuman berjaya kain pua kumbu bersama fabrik lain membuktikan kredibiliti Von Jolly selaku pereka tempatan yang berpengetahuan luas dalam industri seni reka.

"Masih banyak yang perlu dipelajari oleh pereka-pereka muda ini dan saya melihat acara sebegini sebagai platform terbaik bagi mereka mengembangkan bakat yang terpendam.

"Kolaborasi seperti ini wajar diadakan lagi kerana ia memberi pendedahan kepada pereka fesyen Sarawak yang bercita-cita mencipta nama dalam lapangan fesyen negara," ringkas pandangan Von Jolly.

Butik terbesar Pedro di 1Utama

Posted:

Butik terbesar Pedro di 1Utama

Butik terbesar Pedro di 1Utama


REKAAN sofistikated Pedro menepati cita rasa warga kota.


JENAMA kasut mewah dan moden, Pedro, membuka butik terbesarnya di pusat beli-belah 1Utama, Petaling Jaya, Selangor awal November lalu.

Pembukaan butik tersebut menggenapkan jumlah keseluruhan 44 butik jenama itu yang kini berada di 10 buah negara dalam rantau Asia.

Konsep butik: Sebagai butik Pedro terbesar di dunia, ruang dalaman kedai tersebut jauh lebih luas berbanding empat butik lain di negara ini. Kasut dan aksesori disusun secara teratur bagi memudahkan pengunjung membelek-belek barangan.

Hitam, putih dan kelabu mengisi penataan warna pada segenap ruang butik tersebut. Sofa hitam yang elegan membantu pengunjung mencuba sepatu pilihan dengan selesa.

Menawarkan: Sepatu pelbagai jenis seperti kulit, baldu dan sued untuk lelaki dan wanita menjadi lambang kemegahan Pedro. Aksesori berkualiti yang sofistikated termasuk beg, tali pinggang, tali leher dan dompet turut menepati cita rasa warga kota.


PELAKON Fizo Omar hadir pada majlis pembukaan butik Pedro 1Utama.


Rekaan dan warna: Mainan warna-warna lembut dan tidak terlalu garang mengisi rangkaian kasut Pedro. Namun, ia lebih dominan pada koleksi sepatu formal yang mempertaruhkan rona hitam dan coklat. Rekaannya pula ringkas dan bersahaja.

Keistimewaan: Kualiti item-item Pedro sememangnya diakui pelanggan setianya. Pada harga yang berpatutan, barangan Pedro mampu dimiliki dan dapat bertahan untuk tempoh yang panjang jika pemilik cermat menjaganya. Selain itu, nama Pedro itu sendiri cukup untuk membariskan si pemakai dalam kategori individu celik fesyen, rata-rata mereka bangga menyatakan: "Saya pakai Pedro!"

Lokasi: Lot G307, Ground Floor, Highstreet, Pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Telefon: 03-7726 5225.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Semangat Terry Fox kuasai Malaysia

Posted:

Semangat Terry Fox kuasai Malaysia

Semangat Terry Fox kuasai Malaysia

DARI kiri: Ahmad, Doris (isteri Douglas) dan Douglas pada larian Terry Fox yang diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini.


LEBIH 6,000 warga Malaysia mengambil bahagian dalam Larian Terry Fox 2012 yang dianjurkan di Padang Merbok, Kuala Lumpur baru-baru ini. Acara tahunan tersebut diadakan atas sokongan terhadap penyelidikan kanser yang dijalankan di negara ini.

Para peserta tahun ini dilepaskan pada pukul 9 pagi oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Inisiatif Penyelidikan Kanser (CARIF), Tunku Tan Sri Ahmad Tunku Yahaya dan Pemangku Pesuruhjaya Tinggi untuk Kanada, Douglas Bingeman.

Kesemua individu yang mengambil bahagian perlu menyudahkan laluan 3 kilometer (km) melibatkan berjalan kaki, berlari, kayuhan basikal dan meluncur menggunakan kasut roda. Kategori lebih sukar pula menyaksikan peserta meredahi laluan sepanjang 5km.

"Sekali lagi kami berasa terharu dengan sokongan berterusan yang diterima daripada Larian Terry Fox ini. Ia membawa makna yang besar kepada kami apabila melihat sebahagian komuniti beramai-ramai memperjuangkan inisiatif yang dijalankan yayasan ini," ujar Pengerusi komiti Larian Terry Fox KL 2012, Jo Tan.

Tahun ini, kira-kira 13,00 baju T Larian Terry Fox berjaya dijual sebelum larian dimulakan dan semua hasil jualan tersebut disalurkan terus kepada CARIF. Buat julung-julung kalinya, Larian Terry Fox yang dianjurkan membuka peluang kepada pesakit kanser yang telah pulih daripada penyakit tersebut.


LARIAN Terry Fox merupakan acara kutipan amal satu hari bagi membantu penyelidikan kanser.


"Kami amat berterima kasih kepada orang awam atas sokongan menakjubkan tahun ini. Setiap derma tidak kira kecil atau besar pasti membawa perubahan dan membantu kami mencari penyelesaian dalam mencegah, mengesan dan merawat kanser pada peringkat awal," jelas Ahmad.

Kutipan amal

Larian Terry Fox merupakan acara kutipan amal satu hari bagi membantu penyelidikan kanser yang terbesar di dunia. Ia diadakan bagi meraikan seorang pesakit kanser muda, Terry Fox dari Kanada yang memulakan Marathon of Hope.

Usaha Fox berlari mengelilingi Kanada bagi membiayai penyelidikan kanser meskipun sebelah kakinya telah dipotong, menjadi aspirasi yang tidak ternilai kepada masyarakat sejagat. Fox menjadi hero dunia apabila berjaya berlari selama 143 hari dengan jarak larian 5,373km. Dia meninggal dunia pada tahun 1981.

Yayasan Terry Fox kemudiannya ditubuhkan pada tahun yang sama bagi meneruskan legasi Fox melalui penganjuran larian setiap tahun. Sejak itu, Larian Terry Fox telah diadakan di lebih 50 buah negara dan berjaya meraih lebih RM1.6 bilion bagi mencari penawar kanser melalui Yayasan Terry Fox.

Seperti yang pernah diungkapkan Fox: "Biarpun saya gagal tiba di garisan penamat, kita perlu memberi peluang yang lain untuk terus berjuang. Ia perlu diteruskan walaupun tanpa saya."

Di Malaysia, Larian Terry Fox telah berjaya mengutip lebih RM1 juta sejak ia dimulakan pada tahun 2001. Tahun lalu, ia menarik lebih 6,000 peserta dengan hasil kutipan mencecah RM161,000.

Kenangan manis pasangan mempelai

Posted:

Kenangan manis pasangan mempelai

Kenangan manis pasangan mempelai

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA


JIM LIAW menunjukkan antara hasil karya fotografinya.


BAGI pasangan yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada musim cuti persekolahan ini, Hotel DoubleTree by Hilton yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur mungkin boleh memberi satu idea baharu kepada anda.

Hotel tersebut menawarkan promosi perkahwinan iaitu Kenangan Manis Sepanjang Hayat bagi pasangan yang berminat untuk melangsungkan hari bahagia mereka di hotel berkenaan.

Setiap pasangan yang mengambil bahagian dalam promosi yang bermula pada 1 Oktober hingga 30 November itu akan mendapat sesi fotografi secara percuma pada resepsi makan malam perkahwinan mereka.

Selain itu, mereka juga akan diberi pilihan untuk mengadakan sesi fotografi praperkahwinan bernilai RM3,800 oleh jurugambar terkenal, Jim Liaw.

Bulan madu di Phuket

Sepanjang promosi itu, lima pasangan yang berbelanja paling tinggi dan melangsungkan perkahwinan pada 31 Disember 2013 akan menerima hadiah percutian prabulan madu di Hilton Phuket Arcadia Resort dan Spa, Phuket, Thailand yang ditanggung sepenuhnya. Pakej perkhidmatan fotografi yang bernilai RM20,000 oleh Jim Liaw juga disertakan.


MANISAN pencuci mulut yang serba lazat dan bergaya.


xPengurus Komunikasi dan Pemasaran hotel tersebut, Cindy Wong memberitahu, kerjasama dengan Jim Liaw mampu memberikan hasil karya fotografi yang menarik kepada pasangan untuk mengabadikan kenangan sempena hari bahagia mereka.

"Jim Liaw merupakan seorang jurugambar berpengalaman. Setiap hasil karya fotografinya mampu memberikan perspektif yang berbeza jika dibandingkan dengan karya-karya jurugambar lain yang terlibat dalam sesi penggambaran pengantin," ujarnya ketika ditemui semasa sesi pengenalan promosi tersebut di hotel tersebut baru-baru ini.

Variasi konsep

Pihak hotel menawarkan promosi konsep perkahwinan Melayu mewah yang berharga RM1,588++ bagi sebuah meja untuk 10 orang dengan tempahan minimum untuk 40 buah meja.

Sementara itu, bagi konsep klasik China, Diraja India dan ala barat ditawarkan dengan harga RM1,888++ bagi sebuah meja untuk 10 orang dengan tempahan minimum sebanyak 30 buah meja.

Untuk dewan yang ditawarkan oleh pihak hotel, ia mampu menempatkan 650 orang tetamu dalam satu-satu masa serta dilengkapi sistem audio visual yang canggih dan lampu candelier yang menghiasi segenap dewan.

Bagi setiap pakej, pihak hotel turut menyediakan kek perkahwinan setinggi lapan tingkat, hiasan bunga segar di sepanjang laluan pintu gerbang perkahwinan dan buku tetamu istimewa.


ANEKA hidangan lazat yang disediakan barisan chef berpengalaman di Hotel DoubleTree by Hilton.


Bagi Jim Liaw, dia berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap pasangan yang terpilih menggunakan khidmatnya.

"Sebelum ini saya telah terlibat untuk merakamkan detik-detik manis di pelbagai majlis perkahwinan dalam dan luar negara. Menerusi pengalaman yang ada, saya akan memberikan rakaman fotografi terbaik kepada setiap pasangan," ujarnya yang telah menerima anugerah fellowship daripada Persatuan Jurugambar Master di United Kingdom.

Promosi perkahwinan Kenangan Manis Sepanjang Hayat merupakan kerjasama pihak hotel itu dengan Hilton Phuket Arcadia Resort dan Spa, Studio Fotografi Jim Liaw dan CIMB bank.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej promosi perkahwinan ini, sila layari weddingbyDoubleTreekl.com atau sila hubungi 03-2172 7272/03-2172 7721.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Hezbollah beri amaran kepada Israel

Posted:

Hezbollah beri amaran kepada Israel

Hezbollah beri amaran kepada Israel

NASRALLAH


BEIRUT - Pemimpin Hezbollah di Lebanon, Sayyed Hassan Nasrallah semalam memberi amaran kepada rejim Zionis bahawa ribuan buah roket akan menghujani Tel Aviv dan beberapa bandar Israel jika tentera Yahudi menyerang Lebanon.

Beliau membuat kenyataan itu pada ucapan sempena Hari Asyura yang disambut pengikut fahaman Syiah di sini.

Hari itu disambut bagi memperingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Hussein dan anggota keluarga baginda sekali gus menyebabkan perpecahan antara Sunni dan Syiah.

Kenyataan tersebut dibuat selepas pergerakan Hamas dan Israel menghentikan serangan pada Rabu lalu selepas rejim Zionis melancarkan serangan di Gaza selama lapan hari.

"Israel telah digegarkan dengan lima serangan roket sepanjang lapan hari konflik itu sebelum ini.

"Bagaimana pula rejim Yahudi itu hendak menghalang ribuan serangan roket yang akan jatuh ke Tel Aviv dan bandar-bandarnya jika ia menyerang Lebanon? soalnya.

Menurutnya, dalam konflik terbaharu di Gaza, seramai 166 penduduk Palestin terbunuh dan enam warga Israel maut sekali gus menunjukkan kejayaan hebat terhadap penentangan terhadap Israel.

Hezbollah telah menghantar sebuah pesawat pengintip ke ruang udara Israel pada bulan lepas.

Penghantaran itu mewujudkan ketegangan di wilayah tersebut selepas Israel mengancam untuk mengebom lokasi nuklear milik Iran. - Agensi

121 maut kebakaran kilang di Bangladesh

Posted:

121 maut kebakaran kilang di Bangladesh

121 maut kebakaran kilang di Bangladesh


DUA anggota polis memeriksa ruang dalam bangunan kilang tersebut yang hangus terbakar di Savar semalam. - AGENSI


DHAKA – Sekurang-kurangnya 121 orang maut apabila sebuah kilang pakaian hangus dijilat api di Savar, pinggir ibu kota ini, kata Jabatan Bomba Bangladesh semalam.

Kebakaran kilang sembilan tingkat itu dipercayai bermula dari tingkat bawah bangunan tersebut pada malam kelmarin dan menyebabkan ratusan pekerja terperangkap.

Seorang penduduk berkata, ramai pekerja melompat dari tingkap dan mati di tempat kejadian.

Menurut seorang pegawai bomba, Mizanur Rahman, kebanyakan mayat ditemui di tingkat dua bangunan tersebut manakala punca kebakaran masih lagi disiasat.

Kejadian tersebut merupakan kebakaran kilang yang terburuk pernah berlaku di negara itu.

Pada tahun 2006, sebuah kilang di Chittagong terbakar mengorbankan 84 orang selepas mereka terperangkap akibat pintu kecemasan terhalang.

Bangladesh mempunyai 4,500 kilang pakaian dan merupakan pengeksport pakaian terbesar di dunia selepas China. – Reuters

Ferrari pernah dimiliki Ronaldo dilelong

Posted:

Ferrari pernah dimiliki Ronaldo dilelong

Ferrari pernah dimiliki Ronaldo dilelong


GAMBAR fail menunjukkan kereta Ferrari yang dipandu Ronaldo remuk di dalam sebuah terowong di Manchester, Britain pada 8 Januari 2009.


LONDON - Sebuah kereta sport Ferrari 599 GTB Fiorano yang pernah dimiliki bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo ditawarkan untuk dijual pada harga £40,000 (RM196,155), lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Ronaldo, 27, membeli kereta itu dengan harga £200,000 (RM980,775) pada tahun 2008.

Nilainya jatuh merudum kerana bahagian hadapan kereta itu remuk selepas ia merempuh dinding sebuah terowong pada 9 Januari 2009 dekat Lapangan Terbang Manchester di Manchester.

Ronaldo hilang kawalan semasa dia memandu kereta itu semasa dalam perjalanan untuk berlatih dengan rakan-rakan pasukan kelab Manchester United.

Keretanya merempuh penghadang jalan sebelum melanggar dinding terowong itu.

Kereta sport berwarna merah itu kini disimpan di pekarangan sebuah syarikat pengedar kereta di Duppigheim, Perancis.

Kereta itu menggunakan enjin V12 dan mampu mencecah kelajuan sehingga 330 kilometer sejam. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Harimau Malaya ”sembunyi” daripada media

Posted:

Harimau Malaya "sembunyi" daripada media

Harimau Malaya "sembunyi" daripada media

26/11/2012 10:47pm

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya memilih untuk "menyembunyikan diri" selepas diaibkan Singapura semalam, apabila menjalani latihan secara tertutup di Institut Penilaian Negara (Inspen) petang ini.

Usaha media menjengah sesi latihan skuad Harimau Malaya gagal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka memasuki institut berkenaan dengan alasan telah menerima arahan daripada pihak atasan FAM untuk berbuat demikian.

Tindakan itu mengejutkan petugas media kerana sebelum ini, mereka tidak pernah dihalang daripada membuat liputan skuad tersebut.

Semalam, Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa arahan tersebut adalah daripada beliau sendiri.

Beliau berkata, tindakan tidak membenarkan media membuat liputan latihan skuad Harimau Malaya itu adalah bagi memastikan usaha memulihkan semangat pemain tidak terganggu. – BERNAMA

2 lelaki “Geng Zawa” didakwa miliki peluru hidup

Posted:


Ruang

Infiniti

Ujian platform jamin kesegaran susu lembu

TUGAS harian Bacha Lal Baboothiram sejak tiga dekad lalu ialah bangun awal pagi untuk memerah susu lembu pada pukul 7.30 pagi. Tepat pukul 10 pagi, dia bergerak membawa susu yang dibungkus untuk dihantar di setiap rumah para pelanggannya. Lagi...

Kesihatan

Kandungan ibu tanpa rahim

HUJUNG minggu lalu menjadi hari paling bermakna kepada dua wanita berusia 30-an di Stockholm, Sweden apabila berjaya memiliki rahim selepas menjalani pembedahan pemindahan uterus yang dilakukan oleh sekumpulan doktor pakar di Hospital Sahlgrenska yang terletak di barat negara itu. Lagi...

7 pasukan pro-tour dijangka sertai LTdL 2013

Posted:

7 pasukan pro-tour dijangka sertai LTdL 2013

7 pasukan pro-tour dijangka sertai LTdL 2013

26/11/2012 10:39pm

KUALA LUMPUR – Tujuh pasukan pro-tour dijangka menyertai perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 yang akan berlangsung dari 21 Februari hingga 2 Mac.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, setakat ini, dua pasukan pro-tour iaitu Garmin dari Amerika Syarikat dan Astana dari Kazakhstan telah mengesahkan penyertaan pada perlumbaan tersebut.

"Tiga lagi pasukan pro-tour akan diumumkan pada pertengahan bulan Disember ini, manakala dua lagi pasukan, kita masih dalam proses perbincangan," katanya pada sidang media "Hot Ride Putrajaya, Naturally Langkawi Round Island" sempena LTdL 2013 di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, hari ini.

Emir berkata setakat ini, sebanyak 23 pasukan tidak termasuk tujuh pasukan pro-tour, menyatakan minat menyertai LTdL 2013, namun pihaknya hanya memilih 23 pasukan untuk bersaing pada perlumbaan tersebut.

LTdL 2013 akan melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan sejauh 1,466.6km merentasi tujuh negeri, dengan peringkat pertama bermula dari Kangar ke Kulim pada 21 Februari.

Pada LTdL 2013, Terengganu sekali lagi dipilih sebagai venue penutup termasuk membabitkan empat peringkat terakhir perlumbaan itu yang akan berlangsung di negeri berkenaan. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved