Ahad, 25 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Antara tuntutan dan evolusi fesyen

Posted:

Antara tuntutan dan evolusi fesyen

Antara tuntutan dan evolusi fesyen

NAMA selebriti seperti Waheeda, Yuna, Datuk Siti Nurhaliza dan Datin Norjuma Habib suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena dalam bisnes jualan tudung tanah air.

Sama ada dianggap suatu bentuk penjenamaan ataupun pemasaran, fenomena fesyen itu berjaya mengubah cita rasa wanita bertudung dari semasa ke semasa.

Hari ini, fesyen tudung berkembang dengan begitu luas. Bukan sahaja menggayakan tudung rekaan tempatan, malah wanita Malaysia mampu bergaya dengan rekaan tudung dari negara-negara lain.

Jika dahulu, penggunaan selendang cukup terhad kerana ia sukar untuk diperolehi. Jika ada pun, ia lazimnya dimiliki melalui kiriman daripada ahli keluarga atau rakan yang berkunjung ke Tanah Suci Mekah.

Hari ini, lambakan pelbagai jenis tudung di kedai-kedai sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara mudah ditemui. Pelbagai trend tudung terkini mampu dimiliki dengan mudah.

Transformasi tudung yang dilihat selari dengan cita rasa permintaan semasa dan peralihan gaya menjadikan wanita bertudung mempunyai banyak pilihan. Lebih daripada itu, aspek kreativiti juga terbit dalam kalangan pencetus trend yang menyaksikan mereka tampil unik dengan fesyen tudung masing-masing.

Oleh kerana trend yang datang silih berganti, tidak hairanlah jika gadis seperti Khadijah Sazili, 24, mempunyai lebih daripada 100 helai tudung di dalam almari pakaiannya.

"Sejak kecil, saya memang cenderung kepada fesyen dan kecantikan. Memandangkan saya memakai tudung, maka saya gemar membeli dan bereksperimen dengan gaya dan warna.

"Saya juga gemar mencipta gaya tudung sendiri yang saya rasakan praktikal dan pantas untuk dipakai," ujarnya.

Minat pashmina

Tudung jenis bawal dan pashmina pula merupakan tudung yang paling digemari dan banyak tersimpan di dalam koleksi peribadinya.


GEMAR berfesyen menyebabkan Khadijah sentiasa bereksperimen gaya bertudung dan menjadikan penyanyi Yuna sebagai idolanya.


"Apabila saya mengenakan tudung dengan gaya yang saya suka, saya rasa lebih yakin dengan diri saya dan secara automatik ia mampu menjadikan saya lebih ceria serta yakin," katanya.

Walaupun lambakan tudung segera popular seperti Ariani dan Syria sering menjadi pilihan umum, gadis kecil molek itu mempunyai pandangan peribadinya.

"Tidak dinafikan Ariani dan Syria mudah dipakai tetapi saya lebih cenderung kepada pashmina.

"Walaupun ramai yang berpendapat pemakaian tudung lilit mengambil masa yang lama, tetapi tidak bagi saya kerana saya hanya perlukan lima minit untuk melilit pashmina mengikut kreativiti saya," katanya.

Mula mengikuti perkembangan fesyen tudung sejak di bangku sekolah, menurut Khadijah, dia sering menjadikan penyanyi antarabangsa, Yunalis Zarai sebagai sumber inspirasinya memandangkan penyanyi itu selalu menggayakan trend tudung yang cantik dan luar biasa seperti turban.

"Kalau kita tengok, kehadiran selebriti yang bijak berfesyen sekarang ini mampu menarik lebih ramai wanita untuk bertudung dan saya rasa itu satu perkembangan yang positif.

"Walaupun bertudung, ia tidak menghalang mereka untuk berfesyen asalkan ianya tidak berlebihan serta menutup aurat sebagai seorang Muslimah," ujarnya.

Memang kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan sejak dahulu lagi. Jadi tidak hairan jika mereka sanggup berhabis wang ringgit untuk kelihatan cantik dan menyerlah.

Jika tidakpun, mereka akan 'berteleku' di hadapan almari pakaian selama beberapa jam untuk memilih tudung yang bersesuaian dengan pakaian mereka.

Namun, ia berbeza bagi Norhana Washida Abd. Talib, 24, yang sejak dahulu selesa menggayakan imej tudung yang sama walaupun fesyen tudung di Malaysia telah mengalami pelbagai transformasi.


KOMBINASI warna dan corak pada tudung amat penting bagi wanita kerana ia mampu membangkitkan seri wajah si pemakai.


"Saya memang tidak pernah tukar penampilan saya sebab saya sudah selesa dengan gaya tudung seperti ini.

"Itu bukan bermaksud saya menolak perkembangan fesyen. Cuma fesyen yang ada sekarang ini masih lagi belum dapat memenuhi cita rasa saya," katanya.

Selesa dengan tudung berbidang besar tanpa corak dan berwarna pastel, bagi Norhana, ia sudah menjadi identiti dirinya sejak sekian lama.

"Saya bukan seorang yang cerewet dalam memilih tudung. Cuma saya mahukan yang ringkas dan mudah digunakan untuk aktiviti harian. Paling penting, dapat menutup aurat saya," katanya.

Imej Islam

Jika warna hitam menjadi identiti bertudung bagi wanita di negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Jordan dan Syria manakala tudung segera pula menjadi identiti wanita bertudung di Indonesia, wanita Malaysia pula terkenal dengan identiti tudung bawal.

Namun akibat transformasi fesyen yang tersebar di seluruh dunia, mereka kini mampu menggayakan fesyen-fesyen tudung dari negara-negara lain.

Perunding Imej Muslimah, Yasmin Siddik berkata, disebabkan pengaruh yang sangat meluas, wanita kini lebih cenderung untuk mencuba pelbagai jenis fesyen dan tanpa disedari, dalam keghairahan itu, beberapa garis panduan menutup aurat seperti yang ditetapkan Islam telah dilanggar.

"Seperti yang kita tahu, dalam Islam, aurat wanita meliputi semua bahagian tubuh melainkan muka dan tapak tangan yang tidak perlu ditutup.

"Tidak menjadi masalah jika wanita hendak mengikut peredaran fesyen, tetapi mereka harus berhati-hati dan fikir dahulu adakah penampilan yang mereka gayakan itu sesuai sebagai seorang Islam atau tidak," katanya.

Perkataan cantik adalah subjektif pada wanita yang sentiasa mahu bergaya. Namun, penampilan cantik itu seharusnya di jadikan sebagai satu dakwah dan jangan sampai menjadi bahan tontonan umum.

"Dalam Islam itu sendiri ada etika berpakaian yang perlu diikuti. Tidak dinafikan sekarang ini kita ada berjuta-juta warna, corak dan fesyen tudung di pasaran. Tetapi, tidak semua kain yang bernama tudung boleh dipakai.

"Sebagai contoh, apa-apa yang bermotifkan agama lain seperti tanda salib atau motif kuil adalah dilarang sama sekali. Begitu juga dengan corak bahagian tubuh badan manusia, kasut, rantai dan ladam kuda adalah diharamkan pemakaiannya," katanya.

Islam menekankan konsep kesederhanaan iaitu pakaian yang disertakan hiasan berlebihan tidak digalakkan. Ia dikhuatiri akan menarik perhatian kaum Adam seterusnya menimbulkan pesona yang disengajakan.

Hal berlebih-lebihan dalam pemakaian tudung itu dikhuatiri sama sahaja seperti wanita tidak bertudung yang berpakaian menjolok mata, bersolek dan berwangi-wangian secara melampau untuk menarik perhatian ramai, sedangkan fungsi hijab adalah untuk menjaga kehormatan kaum Hawa.

"Sebagai Muslimah, kita kena sedar dan jaga penampilan kita. Ini kerana secara tidak langsung, kita membawa nama Islam melalui pakaian yang kita sarungkan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki," tambahnya.

Masgoof kembali selepas perang

Posted:

Masgoof kembali selepas perang

Masgoof kembali selepas perang


BERIKUTAN keadaan perang yang semakin pulih, permintaan terhadap ikan kap kian meningkat.


BERIKUTAN keadaan perang yang semakin pulih, permintaan terhadap ikan kap kian meningkat.

ABU SHAHAD menguis isi ikan kap panggang menggunakan jarinya dan memasukkannya ke dalam mulutnya. Dia menikmati hidangan kebangsaan Iraq itu yang dinamakan masgoof.

Berikutan keredaan tahap keganasan akibat peperangan di seluruh negara, rakyat Iraq kini kembali menikmati budaya kulinari tempatan yang kian mendapat perhatian meluas.

Sambil berpakaian dishdasha iaitu pakaian tradisional lelaki Arab yang labuh, Abu Shahad terus ghairah menikmati makan malam itu bersama rakan-rakannya.

"Ikan ini adalah sebahagian daripada warisan Baghdad, terutamanya di selatan dan barat Iraq," katanya.

Walaupun kemelut peperangan masih bersisa, Abu Shahad dan rakan-rakanya yang lain-lain masih berpeluang untuk keluar rumah bagi mengunjungi kafe dan restoran.

"Apabila kami datang ke sini, kami berasa santai," ujarnya.


BEGINILAH cara ikan kap dibakar untuk memasak menu masgoof di restoran-retoran di sekitar Iraq.


Abu Shahad memberitahu, perjumpaan makan malam mereka adalah sebagai tanda menghormati seorang rakan yang baru sembuh

Hasilnya, industri perikanan dan restoran yang menghidang ikan kap panggang mengalami ledakan permintaan.

"Semasa konflik, kami hanya menjual kurang daripada 10 ekor ikan sehari. Sekarang, kami menghidangkan sekitar 100 ikan sehari," kata Hashim Murshid, pemilik restoran Khadra, Adhamiyah, utara Baghdad.

Semakin ramai rakyat Iraq yang mula meneroka cita rasa mereka dengan melawat restoran seperti milik Hashim di sepanjang tebing Sungai Tigris yang melalui bandar tersebut.

Senario berkumpul di kedai makan seperti yang dilakukan oleh Abu Shahad sekarang mungkin sukar dibayangkan pada tahun antara 2006 hingga 2008.

Ketika itu, Iraq dicoret dengan sejarah pertumpahan darah yang meragut puluhan ribu nyawa. Rakyatnya hanya akan keluar meninggalkan rumah mereka selepas gelap untuk tujuan yang mendesak.

Abu Shahad memberitahu, perjumpaan makan malam mereka adalah sebagai tanda menghormati seorang rakan yang baru sembuh dari sakit.

"Kini dia telah pulih. Jadi kami memaksanya untuk membelanja kami makan masgoof," ujar Abu Shahad merujuk kepada restoran Khadra yang selalu berada dalam gelap kerana menjadi mangsa pemotongan elektrik.

Apabila pelanggan tiba di Khadra, mereka memilih ikan kap yang sedia ada di dalam kolam di restoran itu.

Ikan itu dipotong dua dan kemudian disapu perencah iaitu bawang, rempah dan sos tomato. Ia kemudian diletakkan di dalam rak dan dipanggang dalam ketuhar batu.

Pelanggan Khadra dikenakan bayaran sekitar 40,000 dinar (RM101) untuk sehidang masgoof. Harga itu dianggap mahal menurut piawaian restoran Iraq. Itu bermakna, lebih ramai orang memilih untuk membeli ikan di pasar dan memasaknya di rumah.

Mengingati suami

Umm Ahmed ialah salah seorang daripada mereka. Dia lazimnya pergi ke pasar ikan Shawka di tengah-tengah Baghdad untuk memilih ikan.


DUA orang pekerja pusat ternakan ikan di Hilla, Baghdad menangkap ikan kap untuk dijual.


"Saya memasak masgoof sebagai mengingati anak dan suami saya. Mereka terbunuh dalam serangan tiga tahun lalu sewaktu solat Jumaat," katanya dengan senyuman bercampur kesedihan.

Umm yang memasak ikan kap itu untuk keluarga dan rakan-rakannya memberitahu, dia sering berkunjung ke pasar Shawka kerana harga ikan di situ lebih murah.

Harith Faraj yang berniaga di pasar Shawka bersetuju dengan Umm sambil menunjukkan jualan ikannya yang jauh lebih murah berbanding daging di Iraq.

"Harga sekilo ikan kap ialah 6,500 dinar (RM19). Hari ini, kap adalah makanan yang mampu dibeli semua orang. Beberapa tahun lalu, ia sangat mahal," katanya sambil menghalau lalat-lalat yang mengerumuni ikannya.

Jatuh harga

Harga pasaran ikan kap jatuh berikutan pembangunan kolam penternakan ikan, sebahagiannya sebagai menangani kesan aliran yang semakin berkurangan di sepanjang dua sungai di Iraq, Tigris dan Euphrates.

Aliran itu berkurangan selepas Turki membina empangan dan kerana saliran sistem paya yang disusun oleh bekas pemimpin, Saddam Hussein.

Pusat ternakan ikan Euphrates terletak berhampiran dengan runtuhan Babel, sekitar 100 kilometer di selatan Baghdad. Pemiliknya, Khudayr Abbas al-Imarah berbangga menyatakan ia sebagai pusat ternakan ikan terbesar di Asia Barat.

Pusat penternakan itu menghasilkan sekitar 1,250 tan ikan kap biasa, kap rumput dan kap perak pada tahun 2011. Jumlah itu meningkat daripada 800 tan semasa kejatuhan rejim Saddam pada tahun 2003.

Imarah menerima bantuan daripada agensi pembangunan dari Amerika Syarikat, USAID, yang melaburkan sejumlah wang kepada pusat ternakan itu melihat peningkatan jualan yang ketara.

"Sewaktu kemuncak keganasan Iraq, kami menghabiskan sejumlah besar wang untuk tujuan menjaga keselamatan.

"Ia bermakna kami mempunyai wang yang sedikit untuk pelaburan. Di atas jalan raya, trak kami terdedah kepada keganasan, tetapi keadaan mula stabil pada tahun 2008," imbas Imarah.

Sekarang, ikan kap dari pusat ternakan tersebut dijual ke pasar ikan dan terus kepada pelanggan. Ikan diternak dalam tiga buah kolam dan menunggu untuk dipilih pelanggan.

Umm dan anak paling bongsunya sering mengunjungi Pusat Ternakan Ikan Efrat, mencari ikan kap.

"Kami mempunyai tradisi. Setiap hari Rabu, kami akan memasak masgoof. Alhamdulillah, Iraq lebih baik sekarang. Kami akan menghidangkan ma

Membaca di portal e-Sentral

Posted:

Membaca di portal e-Sentral

Membaca di portal e-Sentral

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
ayman.ghaffa@kosmo.com.my


FAIZ menunjukkan cara e-book beroperasi menggunakan pelbagai gajet elektronik terkini.


KETIKA mula dilancarkan pada bulan September 2011 oleh syarikat Xentral Methods Sdn. Bhd., e-Sentral, buku elektronik (e-book) kurang mendapat sambutan di Malaysia kerana masih ramai yang tidak peka mengenai kewujudannya.

Rakyat negara ini waktu itu baru mengenali nama-nama portal e-book seperti Amazon Kindle, Apple iBooks dan Kobo. Melaluinya, pembaca boleh membeli dan membaca buku keluaran syarikat penerbitan dari luar negara.

Perkembangan teknologi yang begitu pesat dewasa ini secara signifikan telah membantu portal e-Sentral untuk menarik minat orang ramai yang meminati bahan bacaan e-book.

Pengarah Urusan Xentral Methods Sdn. Bhd., Faiz Al-Shahab memberitahu, e-Sentral merupakan sebuah portal yang menyediakan pelbagai jenis buku dalam bentuk e-book dan boleh dibaca terus menerusi gajet canggih pembaca.

"Menerusi portal ini, setiap pembaca perlu memuat turun aplikasi e-Sentral pada gajet mereka secara percuma. Selesai memuat turun aplikasi tersebut, pembaca akan diberikan beberapa judul buku secara percuma sebagai percubaan.

"Portal ini juga menyediakan lebih 1,700 judul buku yang pada asalnya merupakan buku yang dicetak oleh syarikat penerbitan tempatan. Syarikat-syarikat ini kemudian telah berkolaborasi dengan pihak kami untuk menjadikan buku itu dalam bentuk e-book," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Lebih murah

Aplikasi e-Sentral ternyata dekat dengan pengguna yang menggunakan gajet canggih dewasa ini kerana ia boleh digunakan pada sistem operasi IOS, Android, Cloud dan pada komputer peribadi mereka.

Format yang beroperasi pada aplikasi tersebut ialah e-pub dan ia merupakan format yang berbeza dengan format yang kebiasaannya digunakan pada e-book iaitu PDF.

Format e-pub berupaya melindungi setiap e-book pada aplikasi itu daripada diciplak atau disalin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu, pengguna juga diberi kebebasan untuk memilih judul buku yang ditawarkan oleh portal itu.

"Setiap judul buku yang ditawarkan pada portal ini terbahagi kepada dua iaitu e-book percuma dan e-book berbayar.

"Namun, pengguna tidak perlu risau kerana e-book yang dijual menerusi portal ini jauh lebih murah daripada harga buku yang dicetak dan dijual di pasaran, malah ada yang dijual serendah RM5," jelas Faiz.

Tambahnya, fokus utama portal berkenaan adalah untuk mempromosikan buku tempatan terutamanya buku Bahasa Melayu dalam bentuk e-book.

Pengguna tidak perlu risau mengenai langkah-langkah perlindungan pada aplikasi itu kerana seorang pengguna boleh menggunakan tiga akaun berbeza pada tiga gajet milik mereka.

Antara syarikat penerbitan tempatan yang telah menyumbangkan karya di portal itu ialah Karnadya Solutions Sdn. Bhd., Pelangi, Hijjaz Record, Marshall Cavendish dan Buku Fixi.

Tidak hanya mempromosikan buku-buku novel yang menjadi kegemaran remaja, e-Sentral juga menawarkan buku-buku ilmiah daripada syarikat penerbitan Universiti Malaya untuk dijadikan rujukan oleh golongan profesional.

"Portal ini juga memberi peluang kepada penulis-penulis bebas untuk menghasilkan karya mereka melalui e-book tanpa mengeluarkan modal untuk pencetakan.

"Ini merupakan salah satu cara untuk kami mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang penulisan negara untuk dipromosikan menerusi portal ini," ujar Faiz.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Skuad Pengguna pantau harga barang di Perlis

Posted:

Skuad Pengguna pantau harga barang di Perlis

Skuad Pengguna pantau harga barang di Perlis


MANSOR (dua dari kanan) menyerahkan replika kad keahlian Skuad Pengguna kepada Omar sambil diperhatikan oleh Khairul Amin (kanan) di Kangar baru-baru ini.


PANTAU. Lebih 600 penjawat awam termasuk pelbagai pihak di Perlis menerima kad keahlian Skuad Pengguna di negeri ini selaras dengan penyertaan mereka dalam komuniti tersebut di Hotel Putra Palace di Kangar baru-baru ini.

Melalui Skuad Pengguna terbabit, ahli mereka akan bertindak sebagai pemantau harga barangan yang dijual oleh para peniaga dan peruncit di seluruh Perlis.

Sekiranya sesuatu kenaikan harga barangan dikesan, skuad tersebut akan melaporkan secara terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut.

Majlis penyerahan kad tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Kepenggunaan dan Tugas-Tugas Khas, Mansor Jusoh dan turut dihadiri Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Omar Osman serta Pengarah KPDNKK negeri, Khairul Amin Talib.

Peka anjur majlis berkhatan percuma untuk kanak-kanak

Posted:

Peka anjur majlis berkhatan percuma untuk kanak-kanak

Peka anjur majlis berkhatan percuma untuk kanak-kanak


AZLAN SHAH (kanan) beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai majlis berkhatan beramai-ramai di Shah Alam baru-baru ini.


KHATAN. Seramai 51 kanak-kanak menyertai majlis berkhatan menggunakan kaedah laser anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka) di Shah Alam baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada anak-anak ahli Peka, anak-anak yatim daripada Rumah Penyayang Hembusan Kasturi, Kapar, Klang dan Rumah Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh serta anak-anak penerima Tabung Budi.

Kesemua kos berkhatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur.

Pengurus Besar Jabatan Teknologi Maklumat Puncak Niaga Sdn. Bhd., Azlan Shah Rozali berkata, dengan penggunaan teknologi moden, kanak-kanak tidak berasa takut untuk berkhatan.

"Majlis berkhatan merupakan peristiwa penting dalam hidup setiap kanak-kanak yang memasuki alam dewasa dan melalui kaedah laser, ia akan menjadi lebih mudah," katanya.

Karnival Usahawan RISDA berlangsung meriah

Posted:

Karnival Usahawan RISDA berlangsung meriah

Karnival Usahawan RISDA berlangsung meriah


ORANG ramai mengambil bahagian dalam pertandingan meneka jumlah biji getah pada Karnival Usahawan RISDA 2012 di Kuala Terengganu baru-baru ini.


CUBA TEKA. Beberapa pengunjung mencuba nasib mengira jumlah biji getah yang diletakkan di dalam sebuah bekas sempena Karnival Usahawan RISDA 2012 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada beberapa acara menarik sepanjang program tersebut berlangsung bermula 22 hingga 24 November lalu.

Pelbagai kerenah dapat dilihat apabila pengunjung mencuba beberapa kaedah terbaik untuk meneka jumlah sebenar biji getah tersebut untuk merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Hidupkan semula semangat rock Tamil

Posted:

Hidupkan semula semangat rock Tamil

Hidupkan semula semangat rock Tamil

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

V. DANNY KUMAR, 27, sedar betapa aliran muzik rock begitu menebal dalam dirinya. Kumpulan rock fenomena seperti Iron Maiden dan Metallica memang menjadi paksi dalam dirinya. Namun, sehangat genre tersebut digilai di seluruh dunia termasuk di Malaysia, Danny masih merasakan ada suatu kekurangan.

Genre muzik itu baginya, kurang mendapat pendedahan apatah lagi diperjuangkan dalam kalangan orang India. Menyedari hakikat itu, jurutera teknologi maklumat itu mengambil iktibar untuk mengetengahkan muzik rock dalam bahasa ibundanya.

Inisiatif itu bermula empat tahun lalu, apabila dia sendiri bersama beberapa orang rakan terlibat dalam band rock berasa kecewa kerana tiada platform untuk mengetengahkan bakat mereka.

Mereka kemudiannya mengumpul kenalan dan bakat-bakat terpilih untuk bekerjasama dalam mengusahakan sebuah persembahan. Pada awal November lalu, penganjuran Tamil Rock Gig 2012 yang mirip sebuah konsert itu akhirnya berjaya dilangsungkan di Paparazzi Club, SSTwo Mall, Petaling Jaya.

"Orang ramai khususnya peminat muzik kaum India mempunyai persepsi yang kurang elok mengenai genre rock. Berbunyi bising, berat dan memaparkan imej yang tidak manis dipandang, semua itu membawa kepada penolakan terhadap muzik tersebut.


KEMERIAHAN suasana sewaktu persembahan ala konsert Tamil Rock Gig sedang berlangsung.


"Sedangkan pada masa yang sama, trend muzik hip hop, muzik jalanan dan balada mendominasi muzik Tamil di Malaysia," kata Danny yang juga menjalankan laman portal hiburan India tempatan, MyTamilChannel bersama tiga rakan yang lain, M. Pushparaaja, 27, J. Vishnuwaren, 22, dan B. Pravin, 23.

Menjadi satu acara bersejarah dalam senario muzik Tamil, Tamil Rock Gig dilihat sebagai inisiatif yang mencapai kejayaan.

Era tahun 1990-an pernah menamakan beberapa pemuzik band rock Tamil tempatan seperti Kashmir Stone, Darkkey dari Keys dan Agni. Walau bagaimanapun, kekurangan platform untuk mempamerkan bakat menyebabkan penggiat muzik tersebut terus lenyap.

"Kini, ramai penggiat muzik rock generasi semasa terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi, profesional dan elit. Anjakan ini mungkin mengubah persepsi lama dan saya yakin akan mengembalikan populariti rock dalam kalangan masyarakat India," kata Pushparaaja.

Acara persembahan rock Tamil yang diadakan pada 4 November lalu menyaksikan lima kumpulan rock beraksi di atas pentas iaitu Dhesam 7, Intermezzo, Suruthi Kama, Rajhula dan RPGIO.

Dihoskan oleh pengacara terkenal, Magen atau lebih dikenali sebagai Vikadakavi, pementasan dimulakan dengan persembahan oleh Drummer Sivam dengan drum solonya.


ANTARA penggerak Tamil Rock Gig, (dari kiri) Magen, Danny dan Brahma daripada kumpulan Kashmir Stone iaitu perintis genre rock Tamil.


Ia diikuti persembahan Dhesam 7 yang menawan penonton dengan persembahan signatur mereka bertema Billa 2 dan lagu RagasiyaKadhal serta IthuthanKadhal. Kesemua lima kumpulan itu masing-masing membuat persembahan selama 30 minit. Mereka mempersembahkan sebuah lagu era 80-an dan diikuti lagu-lagu sendiri.

"Ini adalah kali pertama kesemua lima band rock Tamil membuat persembahan di atas satu pentas. Pendedahan ini sendiri satu kejayaan dan kami berbangga serta berbesar hati untuk memaklumkan bahawa pentas ini akan terus dijadikan acara tahunan," kata Danny merujuk kepada kejayaan persembahan Tamil Rock Gig yang mengumpul 500 orang penonton.

"Kami juga percaya, kejayaan ini akan terus menyumbang kepada pementasan persembahan rock Tamil pada masa akan datang. Walaupun dikenakan bayaran RM30 seorang, persembahan berdurasi selama tiga jam ini turut disertai penonton selain India, seperti Melayu dan Cina," ujar Pushparaaja lagi.

Turut memeriahkan majlis ialah selebriti-selebriti popular India tempatan, Mista G, Rabbit Mac, Sheezay, Stylomannavan dan perintis Rock Tamil, Brahma dari Kashmir Stone.

Program khas dalami dunia kerjaya

Posted:

Program khas dalami dunia kerjaya

Program khas dalami dunia kerjaya

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


PASUKAN Blind Notes dari HELP University mengungguli hadiah utama sekali gus membawa pulang wang tunai RM10,000 pada acara tahun lalu.


PELBAGAI acara dan program dijalankan kepada para remaja, penuntut atau belia sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran diri.

Pemanis Sdn. Bhd., menerusi minuman isotonik Revive tampil dengan inisiatif Masters of Rev Up. Melalui program tersebut individu atau pasukan daripada institusi pengajian tinggi tempatan mengilhamkan sebuah acara atau program Rev'd Up mereka sendiri.

Ilham tersebut dimulakan dengan memilih salah satu daripada empat tema iaitu sosial, seni, program amal atau sukan.

Program itu memerlukan para peserta merealisasi idea mereka sekali gus mencerminkan nilai jenama Revive Isotonik dengan cara yang luar biasa.

"Masters of Rev Up adalah sebahagian daripada usaha Revive Isotonik membantu para pelajar dengan pengalaman dunia pekerjaan sebenar di samping meningkatkan kemahiran pengurusan dan kepimpinan mereka," kata Naib Presiden Pemasaran Permanis, Hemalatha Ragavan merujuk kepada para finalis yang terdiri daripada 16 pasukan.

Beliau menambah, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Revive Isotonik yang bertujuan memupuk keyakinan dan semangat untuk mencapai kecemerlangan.

Acara yang memasuki tahun ketiga, Masters of Rev Up disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan beberapa institusi pendidikan sebagai sebahagian daripada projek akhir tahun pelajar-pelajar mereka.

Antaranya Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), UCSI University, Kolej Islam Antarabangsa, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), dan Kolej Poly Tech Mara (KPTM).

Menurut Hemalatha, tahun ini, 40 pasukan telah disenarai pendek untuk menghadiri uji bakat ala program realiti, American Idol. Peserta diberi masa lima minit untuk mempersembahkan idea-idea mereka kepada para juri. Daripada 40 pasukan tersebut, 16 pasukan dengan idea Rev'd Up terbaik dipilih untuk mengikuti kem latihan.

Persembahan idea

Kesemua 16 pasukan yang terpilih ialah dari Universiti Multimedia, UNITEN, Universiti Malaya dan Politeknik Shah Alam. Antara idea-idea yang dipersembah mencari harta karun, acara-acara amal, karnival permainan, maraton dan pertandingan tarian.

Selain bimbingan pakar di kem latihan, setiap pasukan diberikan bajet sebanyak RM5,000 untuk memulakan projek mereka. Para finalis akan menghidupkan acara Rev'd Up masing-masing secara berperingkat sehingga 26 November lalu berdasarkan cadangan asal mereka bersesuaian dengan bajet yang diberi.


LUCU. Peserta bersemangat ketika mengikuti kem latihan sehari Master of Rev'd Up Revive Isotonik.


Pasukan yang terpilih daripada lebih 1,000 penyertaan itu dibekalkan dengan tip dan panduan tentang cara-cara menguruskan projek dan acara oleh pakar dalam industri berkenaan dalam sebuah kem latihan sehari.

Antara topik yang dibincangkan ialah cara memaksimumkan tenaga kerja, menjana publisiti, bekerja mengikut bajet, mewujud dan mengekalkan laman dalam talian serta menguruskan garis masa.

"Masters of Rev Up menggalakkan para pelajar berfikir di luar kotak pemikiran dengan tempoh masa dan bajet tertentu," kata Pengurus Bahagian Aktiviti Pelajar dam Alumni, Kolej Islam Antarabangsa, Nur Safwati Md. Shahari.

"Ia turut menekankan aspek komunikasi antara satu sama lain dan orang luar.

"Para pelajar perlu bekerja secara berpasukan dan menghasilkan sesuatu yang lebih bernilai daripada sekadar pembelajaran berpandukan buku," tambah Nur Safwati.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Unikop, Mat Said Mohamed Razak, turut memuji inisiatif tersebut.

"Masters of Rev Up berjaya mengasah kemahiran dan bakat beberapa pelajar yang mereka sendiri tidak sedar mereka miliki, mendedahkan mereka kepada cara pemikiran baharu dan memberi pemahaman mengenai dunia pekerjaan," katanya.


ANTARA aksi yang dipersembahkan peserta menerusi pertandingan tarian.


Pemenang utama bakal menerima biasiswa sebanyak RM10,000, pemenang pertama RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan idea paling popular yang menerima undian terbanyak di laman Facebook Revive Isotonik pula akan menerima RM2,000 pada pertandingan akhir yang bakal berlangsung pada 1 Disember ini.

Pemenang utama juga berpeluang untuk menjalani latihan amali dengan Permanis Sdn. Bhd., pengilang Revive Isotonik dan salah sebuah syarikat minuman terkemuka di negara ini. Selain itu, mereka turut menerima 1,000 tin minuman Revive Isotonik.

Bantu latih pelajar

"Kem ini melatih para pelajar menganjurkan sesebuah projek secara realistik dari awal hingga akhir.

"Pengetahuan yang saya peroleh ini banyak membantu selepas saya tamat pengajian dalam bidang animasi dan memiliki studio sendiri nanti," kata seorang pelajar, Andi Azlan Shah, 21, yang juga ketua pasukan Animasi 1Malaysia dari Universiti Kuala Lumpur.

Bagi Malarvilli Kalaichelvan dari Universiti Asia Metropolitan, beliau mengakui kem latihan tersebut telah membuka matanya bahawa menganjurkan sesebuah acara bukan semudah yang disangka.

"Selain mengendalikan pelbagai aspek dan pengurusan projek, kami diberi peluang untuk mengasah kemahiran memimpin dan beberapa kualiti lain," kata Malarvili, 23, pelajar jurusan farmasi.

Inisiatif prakesedaran telah diadakan bermula pertengahan bulan Julai lalu di 16 buah kolej dan universiti di Selangor, KL, Negeri Sembilan dan Melaka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Masters of Rev Up dan untuk mengundi idea paling kreatif, sila layari www.facebook.com/reviveisotonic.

Hanya 30 minit di pusat gim

Posted:

Hanya 30 minit di pusat gim

Hanya 30 minit di pusat gim

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periaswamy@kosmo.com.my


CURVES menyediakan beberapa mesin yang disusun secara pusingan sebagai rejim senaman 30 minit.


LUANGKAN hanya 30 minit secara berterusan dengan melakukan rutin senaman kompetitif untuk memiliki bentuk badan idaman. Gaya senaman itu dilakukan menggunakan mesin-mesin yang direka khas selain diselang dengan gerak badan yang ringkas.

Senaman 30 minit tersebut ditawarkan di pusat kecergasan Curves yang menggunakan litar kardio ringkas tetapi berkesan.

Baru-baru ini, Curves melancarkan Kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara sebagai usaha menyedarkan golongan wanita terhadap pembunuh kanser nombor satu wanita itu. Pihak Curves mengambil tanggungjawab untuk membentuk dan mereka langkah kecergasan yang paling sesuai dengan keperluan umum wanita.

"Latihan di Curves menyasarkan otot-otot penting dalam 30 minit, menggabungkan latihan kekuatan dan aktiviti kardio yang berterusan.

"Ini membantu wanita mengurangkan berat badan, membina kekuatan otot dan kapasiti aerobik serta meningkatkan metabolisme menggunakan kaedah yang diiktiraf secara saintifik," demikian kata Pengarah Curves Malaysia dan Singapura, Alison Chin.

Curves diasaskan oleh pasangan Gary dan Diane Heavin dari Texas, Amerika Syarikat (AS). Mereka telah mempatenkan senaman demi kesihatan mutlak para wanita.

Ia bermula apabila Gary mendapati ibunya meninggal dunia kerana masalah tekanan terlampau. Ia sekali gus menyuntik motivasi untuk tampil dengan satu paten yang membantu wanita mengukuh mental dan fizikal secara keseluruhan serta optimum.

Tambah cawangan

Dibuka di beberapa lokasi di Malaysia, iaitu Ampang Avenue, Bandar Puteri Puchong, Bukit Damansara, Sahah Alam, USJ, Taman Tun Dr. Ismail dan Kota Damansara, Alison memberitahu Curves juga bakal membuka beberapa cawangan khususnya Lembah Klang.


ZAFIRAH menunjukkan cara menggunakan mesin senaman di Curves.


Curves yang mempunyai lebih 10,000 cawangan di lebih 80 buah negara memanfaatkan lebih empat juta wanita melalui senaman yang boleh membakar kira-kira 500 kalori bagi setiap rutin lengkap.

"Mereka boleh bermula dengan mana-mana mesin senaman dan lengkapkan satu pusingan. Kira-kira lapan mesin senaman akan disediakan dan diselang-seli dengan rehat gerakan bebas seperti berjoging setempat.

Melalui cara itu, para peserta tidak akan merugikan masa, memanfaatkan seluruh 30 minit dan melakukan senaman secara efektif serta pantas," ujar salah seorang jurulatih Zafirah Kamal, 24, di pusat gim Curves di Taman Tun Dr. Ismail.

Senaman di sini juga boleh dilakukan sekerap yang diperlukan oleh seseorang atau mengikut syor standard iaitu tiga kali sehari, 30 minit setiap sesi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Aziz Satar rujuk isteri kembali

Posted:

Aziz Satar rujuk isteri kembali

Aziz Satar rujuk isteri kembali

Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
afiq.zulkifli@kosmo.com.my

Aziz Satar dan Hashimah Delan


KUALA LUMPUR – Selepas sembilan bulan bercerai, seniman veteran dan pelawak tidak asing lagi, Datuk Aziz Satar mengesahkan beliau akan rujuk kembali dengan bekas isterinya, Hashimah Delan dalam masa terdekat.

Seniman kelahiran Surabaya, Indonesia yang berusia 87 tahun itu menegaskan, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam rumah tangga.

"Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.

"Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Boleh kahwin muda jika bersedia

Posted:

Boleh kahwin muda jika bersedia

Boleh kahwin muda jika bersedia

Oleh IKHWAN HAZWAN HAMIDUN
ikhwan.hamidun@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Perkahwinan pada usia terlalu muda tidak menjadi masalah sekiranya sesebuah pasangan itu sudah bersiap sedia daripada segi fizikal dan mental untuk menempuh alam perkahwinan.

Perunding motivasi, Datuk Zawawi Yusof berkata, Islam menghalalkan perkahwinan asalkan ia memenuhi syarat walaupun pada usia yang muda.

"Jika pasangan pengantin sudah cukup umur untuk berkahwin dan faham mengenai tanggungjawab yang mereka perlu galas, maka ia dibenarkan.

"Kita juga perlu memahami keadaan sekarang sudah berubah dengan remaja zaman ini lebih cepat matang selepas mendapat banyak pendedahan yang membantu mereka berfikir," katanya ketika dihubungi semalam.

Zawawi diminta mengulas langkah satu pasangan muda, Nur Fazira Saad, 12, dan Mohd. Fahmi Mohd. Alias, 18, dari Kulim, Kedah bernikah pada 17 November lalu dan mengadakan kenduri perkahwinannya mereka kelmarin.

Bagi seorang lagi pakar motivasi, Prof. Madya Md. Izzudin Ali, perkahwinan pada usia muda mungkin jalan penyelesaian terakhir dan terbaik untuk mencegah remaja daripada terjerumus dengan masalah sosial seperti seks bebas dan bersekedudukan.

"Sekiranya tidak ada jalan lain yang mampu dilakukan, maka tidak ada masalah untuk berkahwin pada usia muda," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Nabil terkejut isteri bersalin awal tiga minggu

Posted:

Nabil terkejut isteri bersalin awal tiga minggu

Nabil terkejut isteri bersalin awal tiga minggu


NAZIRAH memangku bayinya yang baru lahir di Shah Alam semalam.


KUALA LUMPUR – Pelawak, pengacara dan pelakon popular, Ahmad Nabil Ahmad yang lebih dikenali sebagai Nabil kini bergelar bapa selepas isterinya, Nazirah Ayub, 24, selamat melahirkan anak sulung mereka semalam.

Bayi perempuan yang masih belum diberi nama itu dilahirkan dengan berat 2.67 kilogram pada pukul 8.40 pagi di Klinik Umra, Shah Alam, Selangor.

Menurut Nabil, 29, isterinya yang dikejarkan ke klinik tersebut pada pukul 3 pagi melahirkan anak sulung mereka tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor.

"Saya sangat terkejut sebab bayi saya lahir awal tiga minggu. Apa pun saya tidak siapkan lagi kerana sepatutnya saya mula bercuti awal Disember.

"Macam mana pun, sekarang saya sangat gembira dengan kelahiran anak sulung saya. Isteri dan anak saya sihat dan mereka dibenarkan pulang ke rumah pada petang esok (hari ini)," ujar Nabil yang dihubungi Kosmo!.

Nabil yang juga pengacara program Meletop terbitan Astro berkata, beliau masih mencari nama yang sesuai untuk anaknya.

"Nama anak belum ada lagi, saya baru sahaja beli buku tentang nama indah dalam Islam belum habis baca lagi.

"Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan serta peminat yang mendoakan kesihatan isteri dan anak saya," katanya yang turut berkongsi berita gembira itu di akaun Twitter miliknya.

Nabil dan isterinya melangsungkan perkahwinan pada 30 September 2011 di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Apa sudah jadi Rajagobal?

Posted:

Apa sudah jadi Rajagobal?

Apa sudah jadi Rajagobal?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE dan AHMAD FAZLI MOHD.YADI
sukan@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (dua dari kanan) berbincang sesuatu dengan pengurus pasukan, Datuk Subhan Kamal (kiri) selepas skuad Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Singapura semalam.


SKUAD 'eksperimen' pun tewas, inikan pula ujian sebenar. Ternyata, reputasi selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF hanya tinggal sejarah buat Malaysia apabila gagal dalam ujian sulung kempen kali ini sebaik 'dikerjakan' Singapura 0-3 dalam aksi Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Dua gol ledakan kapten Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 serta jaringan lewat Aleksandar Duric pada minit ke-75 sudah cukup untuk menyedarkan skuad kendalian Datuk K. Rajagobal supaya kembali 'berpijak di bumi nyata' andai mahu kekal bergelar juara kali ini.

Apa yang pasti, alasan Rajagobal yang kononnya sekadar tampil dengan skuad 'eksperimen' ketika melakar beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam siri persahabatan sebelum ini benar-benar terjawab malam tadi apabila anak-anak buahnya masih 'kekeringan idea' memburu jaringan.

Lebih mengecewakan, ribuan penyokong di stadium dilihat menjerit melaungkan 'Rajagobal, apa yang engkau buat?' sebaik perlawanan berakhir sebagai tanda protes terhadap persembahan hambar skuad negara malam tadi.

Biarpun tidak seteruk seperti mana dibelasah 1-5 Indonesia dalam edisi dua tahun lalu, apa lagi alasan yang cuba diterjemahkan Rajagobal kali ini memandangkan Harimau Malaya sepatutnya tampil memelihara maruah selaku tuan rumah edisi kali ini.

Harimau Malaya terlebih dahulu bermula garang seawal minit ketujuh namun percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang berjaya menggelecek beberapa pemain pertahanan Singapura berjaya ditepis penjaga gol lawan, Mohamad Izwan Mahbud.

Sorakan lebih 50,000 penyokong Harimau Malaya sekali lagi bergema pada minit ke-19 namun rembatan Norshahrul sekadar melambung tinggi sebelum Mohamad Izwan sekali lagi berjaya menangkap kemas sepakan percuma kapten Malaysia, Safiq Rahim empat minit kemudian.

Di sinilah 'malapetaka' Harimau Malaya bermula. Keghairahan tuan rumah memburu gol awal akhirnya dihukum Shahril yang tenang menyempurnakan hantaran jauh Shaiful Esah Nain pada minit ke-32 untuk gol pembukaan Singapura.

Shahril sekali lagi menjadi 'duri dalam daging' Malaysia apabila menggandakan kelebihan Singapura lima minit kemudian.

Gol itu berpunca daripada kesilapan bakal 'Raja Sehari', Khairul Fahmi Che Mat yang gagal menumbuk kemas sepakan percuma Shahdan Sulaiman sebelum percubaan Mohd. Fadhli Shas mengeluarkan bola daripada atas garisan gol juga tidak menjadi apabila pantas disambar Shahril untuk gol kedua Sang Singa.

Biarpun kemasukan pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor sebaik babak kedua bersambung dilihat menyuntik corak serangan Harimau Malaya, ketumpulan jentera penyudah negara masih mengundang amarah ribuan penyokong di stadium dan juga di rumah apabila berkali-kali mensia-siakan peluang keemasan bagi merapatkan kedudukan.

Peluang terbaik Malaysia memecah kebuntuan sekali lagi hadir pada minit ke-69 namun Safee Sali gagal menyambut hantaran Wan Zack biarpun Izwan sudah tertewas.

Percaturan jurulatih Singapura, Radojko Avramovic memasukkan Duric selaku pemain gantian juga menjadi apabila kuda tua itu tenang menanduk masuk gol ketiga lawan pada minit ke-75 hasil kelam-kabut di depan pintu gol negara sekali gus melengkapkan mimpi ngeri Harimau Malaya.

Apa yang pasti, anak-anak Rajagobal wajib bangkit ketika berdepan Laos, Rabu ini jika tidak mahu 'berputih mata' ditunjukkan jalan keluar lebih awal kali ini.

Ia begitupun tidak semudah dijangka memandangkan Laos berjaya mengikat naib juara edisi 2010, Indonesia 2-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B petang semalam.

Gol-gol Laos dalam perlawanan itu diledak menerusi sepakan penalti Khampheng Sayavutthi pada minit ke-26 dan Keoviengpheth Lithideth (79) sementara Raphael Guillerm Maitimo dan Vendry Ronaldo Mofu pula masing-masing mencetak satu gol buat Indonesia pada minit ke-42 dan 89.

Kedua-dua pasukan juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam melayangkan kad merah kepada penjaga gol Garuda, Endra Prasetya dan juga pemain Laos, Sopha Saysana pada pertengahan babak pertama gara-gara kekasaran melampau terhadap pemain lawan.

Koo-Tan terus kempunan

Posted:

Koo-Tan terus kempunan

Koo-Tan terus kempunan

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


GANDINGAN Kien Keat (kanan) dan Boon Heong sekadar muncul naib juara pada Terbuka Hong Kong semalam.


BEREGU utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terus kempunan untuk merangkul gelaran juara tahun ini.

Semalam, Kien Keat-Boon Heong terlepas peluang terbaik untuk melakukannya buat kali pertama selepas hampir tiga tahun apabila kecundang pada aksi final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong 2012..

Meskipun tampil selaku pilihan pertama pada kejohanan kali ini, Kien Keat-Boon Heong tetap gagal menyaingi kehebatan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng apabila tunduk 21-16, 21-17.

Sebagai rekod, ia merupakan kekalahan ke-11 Kien Keat-Boon Heong di tangan Cai Yun-Haifeng dalam 15 pertemuan.

Kekalahan itu juga menyaksikan beregu No. 2 dunia itu terus kemarau untuk bergelar juara dalam kejohanan bertaraf Siri Super sejak kali terakhir melakukannya pada Terbuka Malaysia 2010.

Bagaimanapun, ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her tetap berpuas hati dengan prestasi yang telah dipamerkan Kien Keat-Boon Heong pada aksi menentang Cai Yun-Haifeng semalam.

"Pada set pertama bila Kiet Keat-Boon Heong mendahului perlawanan, Cai Yun-Haifeng sekadar beraksi secara bertahan bagi memberi kepenatan kepada Boon Heong.

"Pada set kedua pula, kita memang sudah ada tekanan dan bila Cai Yun-Haifeng melakukan serangan, saya minta Kien Keat-Boon Heong sekadar bertahan dahulu dan menyerang kemudian.

"Kita cuba kejar tetapi sukar kerana Cai Yun-Haifeng sudah mendahului perlawanan agak jauh. Apa pun, saya berasa Kien Keat-Boon Heong telah memberi satu persembahan yang baik," kata Kim Her ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selepas gagal meraih sebarang pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London Julai lalu, ia merupakan gelaran naib juara ketiga buat Kien Keat-Boon Heong selepas turut melakar pencapaian yang sama pada Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark.

Terdahulu, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei gagal dalam misi merekodkan kejuaraan ketiga pada Terbuka Hong Kong apabila dia tewas kepada bintang muda China, Chen Long pada aksi final semalam.

Pada aksi tersebut, Chong Wei terpaksa akur apabila tewas 19-21, 17-21 dalam tempoh 57 minit.

Bagaimanapun, kekalahan Chong Wei kali ini tidak mengejutkan kerana dia sememangnya sudah dijangka akan bergelut untuk mencapai tahap prestasi terbaiknya.

Ini kerana, Terbuka Hong Kong kali ini merupakan aksi pertama Chong Wei di pentas antarabangsa selepas berehat hampir tiga minggu bagi membuat persiapan perkahwinannya dengan bekas ratu badminton negara, Wong Mew Choo yang telah berlangsung dua minggu lalu.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2012 itu pernah bergelar juara Terbuka Hong Kong pada 2009 dan 2010.

Cheras Perdana juara

Posted:

Cheras Perdana juara

Cheras Perdana juara

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
Ikhsan.azmi@kosmo.com.my


PEMAIN Cheras Perdana (kiri) melakukan libasan ketika menentang regu MPSJ Bentara pada perlawanan akhir semalam.


MASIH berbisa. Mungkin itu ungkapan yang sesuai untuk diberikan kepada tiga bekas pemain sepak takraw negara yang membawa nama kelab Cheras Perdana ketika memenangi kategori terbuka Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Ahmad Ismail 2012 Siri Kelima semalam.

Kejayaan itu hadir selepas regu yang dibarisi Ahmad Sufi Mohamed Hashim, Mohd. Arif Busu dan Mohd. Azmi Abdul Kadir menewaskan MPSJ Bentara C 15-13, 15-13 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kompleks Majlis Sukan Negara (MSN), Taman Keramat AU2, Kuala Lumpur.

Meskipun menghadapi saingan yang hebat pada kejohanan tersebut, Sufi mengakui pengalaman bersama skuad negara selama enam tahun telah banyak membantu dia menyerap sebarang tekanan sepanjang perlawanan tersebut.

"Beraksi untuk negara sejak 2006 hingga 2011 memang banyak membantu rentak permainan kami hari ini (semalam). Kemenangan ini boleh dikatakan sebagai kejutan kerana kami tidak membuat persiapan yang rapi.

"Saya bersyukur kerana kombinasi ini tidak menunjukkan sebarang masalah dan setiap kesilapan yang dilakukan, kami segera memperbaikinya dengan cara berkomunikasi.

"Kami akan sentiasa berkomunikasi walaupun ketika sedang berlawan dan saya percaya inilah kunci kepada keserasian regu ini untuk terus kekal fokus," kata pemain berusia 25 tahun itu .

Arif pernah menyarung jersi skuad kebangsaan pada 2007 hingga 2009 sebelum dipanggil semula setahun kemudian, manakala Azmi beraksi bersama skuad kebangsaan selama dua tahun bermula 2009.

Pengurusnya, Mohamad Yusop Busu, 30, berkata, dia gembira dengan kejayaan pertama yang dicatatkan kelab sepak takraw bimbingannya itu.

"Kami langsung tidak meletakkan sasaran sebelum menyertai kejohanan ini tetapi pemain tetap membuktikan yang mereka mampu melakukan kejutan.

"Saya lihat tahap kemahiran pemain hari ini (semalam) semuanya hampir sama tetapi tuah lebih berpihak kepada kami.

"Pengalaman sebagai bekas pemain negara juga menjadi kelebihan kepada ketiga-tiga pemain ini, terutamanya ketika mereka menyerap setiap tekanan ketika berlansungnya perlawanan," ujarnya.

Dengan kemenangan tersebut, Cheras Perdana membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 serta pingat emas, manakala MPSJ Bentara yang berada di tangga kedua meraih RM2,000 dan pingat perak.

Regu AUG A dan AUG C sekadar berkongsi di tempat ketiga apabila tewas pada pusingan separuh akhir, masing-masing menerima RM1,000 serta pingat gangsa.

Aksi final kategori veteran pula menyaksikan regu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) A muncul juara apabila menumpaskan regu Nurul Jannah dalam satu pertarungan sengit 15-9, 15-17, 15-5.

Dengan kejayaan tersebut, ATM menerima hadiah wang tunai RM2,000 beserta pingat emas, manakala Nurul Jannah membawa pulang RM1,000 dan pingat perak.

Tempat ketiga pula dikongsi regu Probiz dan PKNS yang masing-masing memperoleh RM500 serta pingat gangsa.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pengantin bersanding dalam bas RapidKL

Posted:

Pengantin bersanding dalam bas RapidKL

Pengantin bersanding dalam bas RapidKL

25/11/2012 7:53pm

KUALA LUMPUR – Sepasang pengantin baru mencipta kelainan dalam meraikan detik manis perkahwinan mereka apabila memilih bersanding di dalam bas RapidKL.

Kedua-dua mempelai bersanding sejurus menaiki bas itu di Plaza Tol Damansara dengan disaksikan anggota keluarga pengantin lelaki.

Johari Roslee, 26, menaiki bas di Depoh RapidKL Sentul sebelum menjemput isterinya, Norsahida Saharuddin, 25, di Plaza Tol Kota Damansara pada kira-kira 11.30 pagi, dengan diiringi rombongan keluarga yang menaiki dua kereta.

Turut mengiringi rombongan itu ialah Kumpulan Vespa dan Motor Antik Kota Damansara, yang kemudian tiba di Dewan Komoditi Seksyen 7, Kota Damansara, tempat majlis perkahwinan pihak perempuan berlangsung, pada kira-kira 12.30 tengah hari.

Norsahida, pegawai perkhidmatan pelanggan di bahagian Tiket Produk RapidKL, berkata, bersanding di dalam pengangkutan awam itu dibuat kerana mereka mahukan kelainan.

Johari, dari Sungai Petani, Kedah, yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, mereka berkenalan sejak lima tahun lepas menerusi laman sosial Myspace. – BERNAMA

Polis buru sembilan lagi suspek tetak lelaki

Posted:

Polis buru sembilan lagi suspek tetak lelaki

Polis buru sembilan lagi suspek tetak lelaki

25/11/2012 7:47pm

GEORGETOWN – Polis sedang mengesan sembilan lagi lelaki berumur 20 hingga 30-an yang dipercayai menetak seorang lelaki di Farlim, Air Itam semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP Nasir Mohd Salleh berkata, dalam insiden 9.30 malam itu, mangsa cedera parah di bahagian perut, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang, selain dibelasah suspek terbabit di rumahnya.

"Setakat ini, polis telah menahan seorang daripada suspek beberapa jam selepas kejadian, dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti rakannya yang lain sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, semasa kejadian, mangsa yang bersendirian di rumahnya dikunjungi kumpulan lelaki terbabit untuk berunding berhubung satu perkara sebelum tercetus pertengkaran antara mereka.

Nasir berkata, polis percaya kejadian berpunca daripada perselisihan faham dan mangsa mengenali penyerangnya.

Beliau berkata, mangsa kini kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang. – BERNAMA

Polis buru wanita saksi kes dadah

Posted:

Polis buru wanita saksi kes dadah

Polis buru wanita saksi kes dadah

25/11/2012 4:38pm

KUANTAN — Polis hari ini meminta seorang wanita supaya hadir sebagai saksi pada perbicaraan kes seorang lelaki didakwa mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini pada 27 November ini.

Wanita berkenaan, Safiah Muhammad, 38, beralamat terakhir di 439, Felda Bukit Kuantan, dinamakan sebagai saksi pendakwaan dalam kes itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, wanita berkenaan turut ditahan bersama lelaki terbabit, 40, pada 29 Julai lepas, jam 6 petang dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 23 Jalan Jerangau-Jabor.

"Wanita berkenaan telah dibebaskan sebelum ini dan pihak pendakwa raya menamakan wanita itu sebagai saksi dalam kes berkenaan," katanya kepada Bernama di sini.

Bagaimanapun, wanita itu kini tidak dapat dikesan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi balai polis berdekatan, katanya.

Lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Badah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan selepas polis menemui 453 gram dadah jenis heroin dalam keretanya pada hari kejadian. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Larry Hagman meninggal dunia

Posted:

Larry Hagman meninggal dunia

Larry Hagman meninggal dunia

GAMBAR fail menunjukkan barisan pelakon siri televisyen Dallas termasuk Hagman (dalam bulatan) dan Gray di sebelahnya.


LOS ANGELES - Pelakon Larry Hagman yang terkenal dengan watak hitam menerusi drama bersiri televisyen popular di dunia, Dallas meninggal dunia kelmarin pada umur 81 tahun kerana penyakit kanser.

Hagman yang memegang watak, J.R. Ewing dalam drama tentang sebuah keluarga usahawan minyak dan ternakan yang kaya di Texas itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Perubatan Bandar Dallas.

Beberapa ahli keluarga dan rakan rapat berada di sisinya semasa dia menghembuskan nafas terakhir.

Antara rakannya ialah aktres Linda Gray yang memegang watak isterinya, Sue Ellen yang mengalami masalah ketagih minuman keras dalam siri itu.

Seorang lagi pelakon drama itu, Patrick Duffy yang memegang watak Bobby iaitu adik J.R turut berada di sisi Hagman semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Hagman yang dilahirkan di Fort Worth, Texas pada 21 September 1931 berlakon dalam drama bersiri Dallas dari April 1978 hingga 1991 terbitan stesen televisyen CBS.

Walaupun terkenal sebagai pelakon berwatak baik sebagai Mejar Anthony Nelson dalam sitkom komedi I Dream of Jeannie pada 1965, Hagman mengecapi populariti di seluruh dunia menerusi watak J.R.

Dia melakonkan watak sebagai seorang pelaku rasuah yang mempunyai senyuman lebar, melakukan penipuan dalam perniagaan dan sebagai suami yang curang.

Salah satu siri itu yang berjudul Who Shot J.R? mencetuskan spekulasi hangat dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

Ketika identiti pelaku yang menembak J.R didedahkan dalam satu lagi episod yang disiarkan pada November 1980, purata 41 juta penonton menyaksikannya sekali gus menjadikan ia sebagai antara program televisyen paling hebat.

Hagman pernah menjadi antara pelakon televisyen yang menerima pendapatan tertinggi menerusi Dallas.

Beliau berkahwin dengan Maj Axelsson pada tahun 1952 dan dikurniakan dua anak, Heidi Kristina dan Preston.

Namun, pada tahun 2008, Axelsson disahkan menghidap penyakit alzheimer.

Siri terbaharu Dallas mula disiarkan pada Jun 2012 di rangkaian televisyenTNT dengan Hagman masih memegang watak J.R., Gray sebagai isterinya dan Duffy kekal memegang watak Bobby.

Bagaimanapun, ia menumpukan kisah tentang anak Bobby dan J.R. - Agensi

Mesir kembali bergolak

Posted:

Mesir kembali bergolak

Mesir kembali bergolak


SEJUMLAH orang berkhemah bagi membantah dekri terbaharu Morsi di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Polis pencegah rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan para penunjuk perasaan yang berkhemah di Dataran Tahrir di sini semalam kerana membantah dekri yang dikeluarkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi.

Pada 22 November baru-baru ini, Morsi mengeluarkan dekri yang mengumumkan setiap keputusan yang dibuatnya tidak boleh dicabar di mahkamah sehingga anggota-anggota baharu parlimen dipilih.

Para penunjuk perasaan itu dihalang polis dengan gas pemedih mata selepas mereka cuba untuk menyertai sejumlah lagi orang yang berkhemah di dataran tersebut.

Dataran itu menjadi tempat ratusan ribu orang berhimpun bagi mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada tahun lalu kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Hosni kemudian meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu.

Para penunjuk perasaan juga akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Selasa ini.

Hakim-hakim di bandar Alexandria juga melancarkan mogok bagi membantah dekri tersebut.

Amerika Syarikat (AS) turut mengkritik dekri tersebut menerusi satu kenyataan daripada jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland.

Kelmarin, para penyokong dan penentang Morsi saling bertempur di serata Mesir selepas presiden itu mengumumkan dekri tersebut.

Pejabat parti Keadilan dan Kebebasan yang disokong Ikhwanul Muslimin turut menjadi sasaran serangan para penunjuk perasaan di Alexandria kelmarin. - Agensi

Tunjuk perasaan desak Yingluck letak jawatan

Posted:

Tunjuk perasaan desak Yingluck letak jawatan

Tunjuk perasaan desak Yingluck letak jawatan


SEBAHAGIAN penunjuk perasaan bertempur dengan polis dalam tunjuk perasaan anti-Yingluck di Bangkok semalam.


BANGKOK - Kira-kira 130 penunjuk perasaan ditangkap di sini semalam dalam tunjuk perasaan ganas yang mendesak Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra meletakkan jawatan kerana pentadbirannya didakwa mengamalkan rasuah.

Jurucakap polis, Mejar Jeneral Piya Utayo berkata, sebahagian penunjuk perasaan membawa pisau dan peluru.

Beberapa anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan para penunjuk perasaan yang hanya berjumlah ratusan orang.

Kumpulan tunjuk perasaan itu diketuai oleh bekas jeneral, Boonlert Kaewprasit yang menuduh pentadbiran Yingluck tidak mempedulikan perbuatan menghina institusi beraja dan menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinawatra.

Thaksin digulingkan tentera pada 2006 selepas berlaku dakwaan pentadbirannya dicemari rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved