Isnin, 19 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Halia Bentong rahsia sup enak

Posted:

Halia Bentong rahsia sup enak

Halia Bentong rahsia sup enak

AROMA sup tulang yang dimasak di dapur Restoran Minang Sri Selesa sudah mampu membuatkan pelanggan kecur air liur.

Sup tulang di restoran yang terletak di Kampung Sum Sum, Janda Baik, Pahang itu terkenal dalam kalangan pelanggan tempatan dan luar termasuk dari Kuala Lumpur.

Menurut pemilik restoran tersebut, Refni Agus Salim, 50, rahsia keenakan sup tersebut terletak pada jenis dan jumlah halia yang dicampurkan ke dalam sup tulang itu.

"Kalau masak 40 kilogram (kg) tulang lembu, mesti guna lebih satu setengah kg halia biasa. Jika guna halia Bentong, setengah kg sahaja sudah mencukupi.

"Rasa halia Bentong lebih pedas, serabut lebih halus, dan kandungan seratnya tinggi," kata Refni atau lebih mesra dengan panggilan Kak Mi ketika ditemui di kedainya baru-baru ini.

Keistimewaan halia Bentong itu menambahkan keenakan sup Kak Mi, namun disebabkan harganya mahal menyebabkan beliau berfikir banyak kali sebelum membelinya.

Harga halia Bentong kini mencecah lebih RM15 sekilogram di pasaran berbanding halia biasa iaitu RM2 sekilogram. Walaupun Bentong pusat pengeluaran halia berkenaan, harganya tetap tinggi.

Halia Bentong yang tergolong dalam tanaman rizom cukup terkenal dalam kalangan penggemar tanaman halia. Nama saintifik halia ialah Zingiber officinale.

Halia Bentong mempunyai serabut yang halus, kandungan serat dan air tinggi, mudah dipotong serta isinya berwarna kuning cerah.

Halia ini boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerol dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubat-ubatan.


SUP tulang lembu Kak Mi digemari pelanggan kerana ramuan halia Bentong menambahkan kelazatannya.


Tanaman halia di daerah Bentong diusahakan sekitar tahun 1963. Petani kaum Cina merupakan golongan terawal yang memulakan penanaman ini di sekitar Kampung Bukit Tinggi dan Kampung Janda Baik.

Terletak kira-kira 700 meter pada aras laut dan purata taburan hujan sekitar 187 milimeter sebulan, kedua-dua kawasan berkenaan memang sesuai untuk tanaman itu.

Meneroka hutan

"Kira-kira lima dekad lalu, bapa saya meneroka hutan di sini bagi tujuan menanam halia. Pokok-pokok ditebang dan semak samun dibersihkan sebelum dibakar. Selepas kawasan bersih barulah digali lubang untuk menanam benih halia.

"Benih halia kemudiannya ditutup dengan plastik hitam, disiram setiap hari dan dibaja. Kawasan seluas 0.4 hektar mampu memuatkan sebanyak satu tan anak benih halia," kata Loo Yin Chin, 64, seorang pengusaha tanaman Halia Bentong di Kampung Bukit Tinggi.

Di kampung ini, kira-kira 40 peratus daripada 400 keluarga menanam halia yang diusahakan di ladang-ladang milik persendirian atau disewa daripada pihak tertentu.

Sekiranya tanaman halia itu mengeluarkan hasil yang baik, seorang petani mampu memperoleh sehingga 10 tan bagi kawasan seluas 0.4 hektar.

Yin Chin yang mempunyai ladang halia seluas kira-kira 1.2 hektar pada peringkat awal hanya membantu bapanya. Bagaimanapun, kini beliau mewarisi pekerjaan yang mampu memberikan hasil lumayan itu.

Menurut Yin Chin, dalam tempoh lapan bulan, halia tersebut matang dan sedia untuk dijual. Pada masa ini, pasaran halia Bentong mendapat permintaan tinggi, namun pengeluarannya agak terhad.

Halia di ladang dijual kepada peraih pada harga antara RM8 hingga RM10 sekilogram. Kebanyakan peraih halia Bentong mempunyai pasaran masing-masing termasuk dihantar ke pasar borong.


HALIA Bentong boleh dijual dalam tempoh masa kira-kira lapan bulan selepas ditanam.


Hasil maksimum

Seorang pengusaha, Lok Kam Soi, 65, yang juga mempunyai 1.2 hektar ladang halia memberitahu, pemilihan kawasan tanaman amat penting bagi memastikan halia yang ditanam mengeluarkan hasil maksimum.

Kawasan yang ditanam halia memerlukan masa beberapa bulan bagi memastikan tanah tersebut kembali subur sebelum boleh ditanam semula dengan benih halia yang baharu.

Jika tidak, halia yang ditanam di kawasan sama akan dijangkiti penyakit sekali gus merugikan penanam.

"Untuk menanam halia memerlukan modal yang besar, jika hasil tidak seberapa boleh gulung tikar," katanya ketika ditemui di Bentong baru-baru ini.

Sementara itu, Mohamad Ithnin Majid, 49, dari Kampung Janda Baik menceburi penanaman halia sejak dua dekad lalu setelah mendapati orang Cina memperoleh pendapatan yang lumayan.

Walaupun sebelum ini beliau pernah mencuba pelbagai pekerjaan termasuk di ibu negara, Mohamad Ithnin mengambil keputusan pulang ke kampung dan bekerja dengan seorang rakannya yang mengusahakan tanaman halia Bentong.

Ambil risiko

Sambil bekerja, dia mengambil peluang mengusahakan sendiri ladangnya.

"Pada masa itu, saya masih muda, segala kerja saya boleh lakukan sendiri seperti menebang pokok, membuat lubang, menanam, menyiram, meracun dan merumput.

"Ladang-ladang pula jauh di dalam hutan dan memerlukan kenderaan pacuan empat roda atau motosikal untuk ke sana. Walaupun sukar, Alhamdullilah semuanya dapat dilakukan dengan baik," kata beliau.

Menurut Mohamad Ithnin, pengusaha tanaman halia perlu berani mengambil risiko kerana tanaman ini memerlukan modal yang besar selain harga pasaran yang tidak menentu. Halia juga mudah diserang penyakit.

"Sepanjang terbabit dengan penanaman halia saya pernah berdepan saat sukar apabila harga halia merudum. Saya melabur kira-kira RM50,000 tetapi hasilnya hanya RM60,000, Hanya pulang modal sahaja dan ia tidak termasuk upah pekerja dan kos-kos lain," katanya terdapat tiga kaum Melayu sahaja yang mengusahakan tanaman halia di kampung berkenaan.


PARA pekerja memunggah halia Bentong untuk dihantar ke pasar borong, peniaga atau restoran.


Meskipun mampu memberikan pulangan yang lumayan, golongan muda dilihat kurang berminat menceburi bidang tersebut.

Jelasnya, golongan muda lebih selesa keluar bekerja di bandar daripada menceburkan diri dalam bidang pertanian. Di kampung berkenaan, setakat ini masih belum terdapat generasi muda yang terbabit secara serius menanam halia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


200 pelajar sertai Karnival Kerjaya Petronas

Posted:

200 pelajar sertai Karnival Kerjaya Petronas

200 pelajar sertai Karnival Kerjaya Petronas


SEBAHAGIAN daripada pelajar sekolah menengah yang menghadiri Karnival Kerjaya Petronas di Tenom, Sabah baru-baru ini.


PENDEDAHAN. Seramai 200 pelajar sekolah menengah sekitar Tenom, Sabah menyertai Karnival Kembara Kerjaya Petronas yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Tenom, Sabah baru-baru ini.

Program anjuran pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan dengan kerjasama Yayasan Kota Belud itu bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh syarikat minyak nasional itu.

Apa yang menarik, selain Tenom, program yang serupa turut diadakan di Kota Belud dengan sasaran utama kepada pelajar sekolah menengah.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Jainab Ahmad hadir merasmikan karnival tersebut.

WOU Pulau Pinang rai media

Posted:

WOU Pulau Pinang rai media

WOU Pulau Pinang rai media


SINN CHYE (berdiri, empat daripada kiri) bersama petugas media sempena majlis makan malam WOU Bersama Media Pulau Pinang di George Town baru-baru ini.


MESRA. Wawasan Open Univerity (WOU) meraikan wakil media pada majlis makan malam yang diadakan di kampus utama universiti itu di Jalan Sultan Ahmad Shah, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini.

Majlis berlangsung dalam suasana santai turut dihadiri Naib Canselor WOU, Datuk Dr. Ho Sinn Chye serta kakitangan pengurusan kanan universiti itu yang turut bermesra dengan wakil-wakil media.

Majlis juga dimeriahkan dengan pertandingan karaoke melibatkan wakil-wakil media yang menunjukkan bakat nyanyian masing-masing. Selain itu acara cabutan bertuah juga dibuat bagi memeriahkan majlis.

24 polis tamat kursus motosikal berkuasa tinggi

Posted:

24 polis tamat kursus motosikal berkuasa tinggi

24 polis tamat kursus motosikal berkuasa tinggi


ABDUL RAHIM (kanan) berbual dengan Suriani (dua daripada kiri) selepas majlis penyampaian hadiah Kursus Asas Menunggang Motosikal Berkuasa Tinggi di Pulau Pinang baru-baru ini.


KEMAHIRAN. Seramai 24 pegawai dan anggota polis Pulau Pinang termasuk lima wanita berjaya menamatkan Kursus Asas Menunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Siri 3/2012 di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai (IPD SPU), Pulau Pinang baru-baru ini.

Kursus selama sebulan bagi memiliki lesen menunggang motosikal berkuasa tinggi bagi anggota Cawangan Trafik serta pelbagai jabatan lain itu dikendalikan oleh Bahagian Latihan Polis Diraja Malaysia.

Bagi sesi kali ini, anugerah pelatih terbaik keseluruhan terbaik diterima Koperal Suriani Abd. Talib, 34, dari Cawangan Trafik SPU.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang turut mengucapkan syabas kepada pelatih-pelatih berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kokain RM22 juta dirampas

Posted:

Kokain RM22 juta dirampas

Kokain RM22 juta dirampas

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

NOOR Rashid (dua dari kanan) menunjukkan tin-tin berisi santan kelapa bercampur dadah kokain yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.


KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah semakin kreatif dan terbaharu polis dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup dadah kokain yang dilarutkan dalam tin berisi santan kelapa dipercayai didalangi warga Nigeria.

Kegiatan itu terbongkar hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JKDM yang memeriksa sebuah kapal kontena yang tiba di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor pada pukul 2 pagi Isnin minggu lalu.

Pemeriksaan ke atas kapal kontena yang belayar dari Guyana, Amerika Syarikat itu dilakukan hasil maklumat risikan pihak Pentadbiran Penguat Kuasa Dadah Amerika Syarikat.

Dalam serbuan tersebut, kapal itu didapati membawa muatan 980 karton tin mengandungi santan kelapa dan tin berisi ketulan nanas yang diproses.

Pengarah JSJN, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, ujian ke atas 16 karton berisi 384 tin santan kelapa dikesan dicampur dengan larutan dadah jenis kokain tetapi baki tin santan kelapa dan nanas tidak mengandungi larutan dadah tersebut.

"Kita menganggarkan larutan dadah yang ditemui daripada 16 karton tin berisi santan kelapa itu mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 76 kilogram dadah kokain yang nilai pasarannya hampir RM22 juta apabila diproses," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Mayat wanita dalam tong sampah

Posted:

Mayat wanita dalam tong sampah

Mayat wanita dalam tong sampah

Oleh KHAIRIYAH HANAFI
khairiyah.hanafi@kosmo.com.my


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang wanita yang ditemui dibuang di dalam tong sampah di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh semalam.


PETALING JAYA – Seorang buruh binaan warga Bangladesh tidak menyangka bungkusan kanvas yang ditemui di dalam tong sampah di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini semalam mengandungi mayat seorang wanita yang dipercayai mangsa bunuh.

Buruh yang mahu dikenali sebagai Hassan, 22, berkata, bungkusan itu ditemui pada pukul 11 pagi ketika dia mahu membuang sisa binaan ke dalam tong sampah yang diletakkan di hadapan sebuah rumah kedai yang sedang diubah suai.

"Melihat kepada bentuk bungkusan itu, saya takut untuk membuka menyebabkan saya terus menghubungi tauke saya yang ketika itu berada di Batu Caves sebelum tauke saya menghubungi polis," kata Hassan yang bekerja sebagai buruh di rumah kedai yang sedang dalam proses diubah suai.

Hassan yang ditemui di sini memberitahu, polis yang tiba di tempat kejadian pada pukul 12.30 tengah hari membuka bungkusan tersebut dan menemui mayat seorang wanita berusia lewat 20-an.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, mayat wanita warga asing itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum dicampak ke dalam tong sampah tersebut.

Semasa ditemui mayat itu lengkap berpakaian.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia negara ke-8 'paling bahagia'- Ismail Omar

Posted:

Malaysia negara ke-8 'paling bahagia'- Ismail Omar

Malaysia negara ke-8 'paling bahagia'- Ismail Omar

KOTA KINABALU - Malaysia terus mendapat pengiktirafan antarabangsa selepas diumumkan menjadi negara kelapan paling bahagia daripada 100 buah negara melalui Indeks Kebahagiaan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara-negara maju lain.

"Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38.

"Saya berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan kita adalah selari dengan kebahagiaan masyarakat," kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke-24 di Wisma Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di sini.

Justeru, kata beliau, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini terus hidup aman dan bahagia.

Persidangan dua hari itu dihadiri 200 peserta terdiri daripada pegawai kanan polis dan ketua agensi polis bantuan seluruh negara.

Pengarah Urusan SESB, Abd. Razak Sallim berkata, penganjuran persidangan itu bagi memantapkan kerjasama dan hubungan dua hala antara agensi polis bantuan dan PDRM agar imej pasukan polis dapat dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Badut sedunia banjiri Kuching

Posted:

Badut sedunia banjiri Kuching

Badut sedunia banjiri Kuching

BADUT sudah sinonim dengan unsur komedi dan hiburan dalam kalangan rakyat negara ini.


PERSATUAN Badut Sedunia (WCA), yang ditubuhkan di Amerika Syarikat (AS) memilih Kuching, Sarawak bersempena ulang tahun ke-30 persatuan itu yang akan diraikan pada tahun depan.

Organisasi yang mempunyai hampir 3,000 ahli itu sering mengadakan konvensyen di luar AS, namun Malaysia menjadi tuan rumah pertama bagi benua Asia.

Konvensyen yang bakal berlangsung bermula 25 Februari sehingga 1 Mac 2013 itu akan diadakan di Merdeka Palace Hotel and Suites dan turut melibatkan kerjasama beberapa lokasi rasmi yang lain.

Badut-badut berdaftar di bawah WCA yang datang dari Kanada, England, Hong Kong, China, India, Indonesia, Jepun, New Caledonia, New Zealand, Singapura dan AS selain Malaysia akan menjalani pelbagai program bagi meningkatkan kemahiran dan menghiburkan penduduk setempat.

Sebahagian peserta ialah badut sarkas manakala selebihnya badut yang berkhidmat di hospital, sekolah, gereja, taman dan pusat hiburan, parti dan festival. Kesemua mereka memiliki latar belakang kemahiran yang pelbagai seperti menjugel, mengajuk (mime), melakukan pertunjukan silap mata, akrobatik atau komedi pentas.

Memandangkan badut memerlukan latihan yang berterusan, konvensyen tersebut akan menjadi medan bagi mereka belajar dan mengikuti kelas-kelas berkenaan teknik menghiburkan orang ramai.

Mereka yang hadir menjayakan konvensyen tersebut juga bukan calang-calang. Antara yang terlibat ialah Arthur Pedlar dari Southport, England yang telah bekerja sebagai badut lebih daripada 60 tahun dan badut paling popular di Malaysia, Sam Tee.

Bekas badut sarkas, Bruce 'Charlie' Johnson juga akan berada pada acara tersebut bagi berkongsi pengalamannya.

Selepas meninggalkan sarkas, dia mula menulis tentang dunia badut untuk beberapa syarikat penerbitan dan merupakan ahli sejarah rasmi bagi WCA.

Selain berhimpun sesama mereka, para peserta juga akan melakukan demonstrasi dan menganjurkan persembahan amal.

Pada hari terakhir konvensyen, satu pertandingan khas antara badut yang dipanggil para deability juga akan diadakan di kawasan terbuka di pusat beli-belah Merdeka Plaza.

Mereka juga akan melakukan aktiviti bersama komuniti untuk sambutan istimewa yang digelar Sarawak Smiles. Pada hari tersebut, mereka akan melawat sekolah, hospital, pusat jagaan dan pusat beli-belah bagi memberi keseronokan kepada orang ramai.

Untuk maklumat lanjut tentang acara tersebut, sila layari laman web http://worldclown.com.

Pameran artifak dan manuskrip Melayu

Posted:

Pameran artifak dan manuskrip Melayu

Pameran artifak dan manuskrip Melayu


CHI PAU PEN iaitu sejenis alat muzik yang menggunakan air laut untuk menghiburkan Puteri Hang Li Po dalam pelayaran ke Melaka antara artifak yang dipamerkan di PNM.


SAKSIKAN sendiri himpunan artifak dan manuskrip lama Melayu pada Pameran Telusuri Kegemilangan Melayu menerusi Naskhah Melayu Lama dan Artifak di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bermula hari ini hingga 24 November.

Pameran empat hari itu dibuka kepada orang awam secara percuma bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang. Sebanyak 17 artifak seperti keris Tempa Melaka, keris Gajah Mada dan keris Penyalang akan dipamerkan bagi memberi peluang kepada masyarakat melihat sendiri keagungan warisan silam bangsa Melayu.

"Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa keris Penyalang merupakan keris yang digunakan bagi menjatuhkan hukuman ke atas pembesar-pembesar istana zaman dahulu yang melakukan kesalahan.

"Orang ramai yang hadir ke pameran ini juga dapat melihat sendiri manuskrip asli Hang Tuah yang berusia lebih 150 tahun dan sembilan lagi manuskrip hebat," ujar petugas pameran tersebut, Normaliah Omar ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Pada hari terakhir, kemuncak pameran akan disempurnakan menerusi forum wacana ilmu. Ia akan membincangkan tentang kesahihan naskhah-naskhah Melayu lama menerusi pembuktian artifak dan manuskrip yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Forum tersebut bakal dikendalikan tiga panel yang terdiri daripada generasi ke-12 Bendahara Tun Perak, Zainal Johan, Timbalan Pengarah Bahagian Manuskrip PNM, Faizal Hilmi dan Pensyarah Bahagian Persuratan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Talib Samad.

Pameran tersebut merupakan anjuran Kelab Merdeka Muda Kuala Lumpur dan Selangor (Kemuda) dan PNM. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotline Kemuda pada talian 012-640 1797 atau layari www.kemuda.org.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Myspace buka pintu dunia peragaan

Posted:

Myspace buka pintu dunia peragaan

Myspace buka pintu dunia peragaan

Susunan ALIF ABU BAKAR

DINOBATKAN sebagai model lelaki paling berpengaruh oleh majalah Forbes pada tahun 2009, bukanlah permulaan pada penamat kegemilangan karier Sean O'Pry.

Lelaki yang berasal dari pekan kecil, Kennesaw, Georgia, Amerika Syarikat (AS) itu kembali diangkat merangkul gelaran yang sama oleh laman web ternama, Models.com walaupun pengalamannya dalam bidang peragaan masih hijau.

Dalam usia yang baru menginjak 23 tahun, O'Pry dilihat sebagai pesaing paling digeruni dalam industri peragaan dan pernah mengetepikan model tersohor, Baptise Giabiconi dalam perebutan gelaran peragawan paling berpengaruh.

Tuah lelaki berketinggian 185 sentimeter itu bermula sekitar tahun 2006. Tatkala itu, O'Pry masih bergelar pelajar senior di sebuah sekolah tinggi di Kennesaw. Ibunya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki bernama Nole Marin berhubung gambar O'Pry pada majlis tari-menari tahunan sekolahnya yang dimuat naik pada laman sosial Myspace.

"Dia (Marin) pada awalnya menghantar mesej ringkas kepada saya melalui Myspace dan meminta untuk menghubungi ibu bapa saya. Saya tidak merasakan dia serius.

Apabila pemilik agensi model VNY, Lana Winters Tomzcak sendiri bercakap dengan ibu saya, baru saya tahu ia sesuatu yang serius.

"Selepas berbincang dengan ibu bapa, saya bersetuju untuk mencuba nasib dalam bidang peragaan dan terbang ke New York tidak lama kemudian. Keyakinan saya masih samar-samar dan tidak pasti sama ada saya mampu atau tidak melakukan kerja tersebut.

"Selama tiga hari saya tidak bercakap dengan sesiapa kerana tidak biasa terpisah daripada keluarga dan rakan-rakan. Namun semenjak itu, Winters dan suaminya, Damian menjaga saya seperti anak sendiri," singkap O'Pry ketika ditemu bual oleh majalah DaMan pada bulan Jun lalu.

Nole Marin merupakan seorang ikon fesyen antarabangsa dan pernah menjadi juri tetap dalam rancangan realiti televisyen popular, America's Next Top Model di sisi supermodel Tyra Banks.

"O'Pry terbang ke New York dengan beg pakaian yang kecil, tanpa menjangka nasibnya dan kemudiannya menjadi bintang dalam sekelip mata.

"Dalam tempoh tiga hari sahaja, dia telah mengikat kontrak dengan satu jenama besar. Saya telah berada dalam industri ini untuk tempoh yang sangat lama dan tidak pernah melihat sesiapa menerima respons positif sepantas itu," kata Winters ketika ditemu bual majalah Forbes pada tahun 2009.

Bakat mentah


O'PRY pernah menganggap tawaran menjadi model kepadanya sebagai suatu jenaka.


Gabungan ketampanan, personaliti lelaki Selatan yang menawan dan bakat mentah yang ditawarkan secara automatik menjadikan O'Pry kegemaran ramai pereka fesyen prolifik dan jurugambar berkelas antarabangsa.

Dalam tahun 2007 sahaja, saat awal berkecimpung sebagai model, O'Pry telah dipilih untuk mengisi pentas peragaan Diesel, Marc Jacobs, Zegna dan banyak lagi. Dia juga pernah bergandingan bersama supermodel Jessica Stam dan menjadi wajah rasmi Calvin Klein dan Gianfranco Ferre.

Setakat tahun ini, jejaka bermata biru itu telah muncul dalam kempen-kempen iklan bagi minyak wangi Viktor & Rolf, Hugo Boss, Ralph Lauren Black Label Denim dan Calvin Klein.

Impak O'Pry turut disedari ratu pop dunia, Madonna yang mendapatkan khidmat lelaki itu bagi menjayakan video muzik baharu beliau, Girls Gone Wild.

Datuk Bandar Kennesaw, Mark Matthews juga pernah menganugerahkan O'Pry Golden Key of Kennesaw sebagai tanda penghargaan atas kejayaannya dalam bidang peragaan.

Warga bandar dengan populasi 29,000 penduduk itu juga berbangga dengan sikap O'Pry yang masih berpegang pada keperibadian orang Selatan dan tidak malu menonjolkan karisma itu dalam kebanyakan temu bual.

Keperibadian

Tidak pernah mengimpikan untuk bergelar seorang model, O'Pry bagaimanapun, tetap bersyukur dengan karier yang dipilihnya meskipun kini jarang mendapat rehat secukupnya.

"Sepanjang enam tahun dalam industri ini, saya dapati dunia fesyen memerlukan kepantasan dan kesabaran yang tinggi. Bayangkan, saya pernah pergi ke 13 negara dalam tempoh satu bulan sahaja tetapi tetap gembira kerana saya tidak dibayar untuk merungut," jelas anak kedua daripada tiga beradik itu.

Menyandang gelaran model lelaki terhebat langsung tidak memberi erti kepada O'Pry. Menurutnya, segala penghargaan yang diterima tidak wajar dijadikan sandaran untuk bermegah atau menonjolkan sikap jengkel.

Secara umum, masyarakat sudah kerap dilambakkan dengan cerita-cerita negatif model kelas pertama yang bersifat meninggi diri. Namun O'Pry memilih untuk lari daripada stereotaip tersebut dan lebih suka menumpukan pada konsistensi kerjanya.


MATTHEW (dua dari kiri) menganugerahkan O'Pry (dua dari kanan) Golden Key of Kennesaw sebagai tanda penghargaan atas kejayaannya dalam bidang peragaan.


Kerendahan hati dan kesederhanaan O'Pry membuatkan ramai pihak senang bekerja dengannya, tambahan pula hasil kerja yang diberikan sering melebihi jangkauan asal.

Biarpun memegang profesion model sepenuh masa, penampilan peribadi O'Pry amat ringkas. Dia selesa sekadar berseluar jean bersama baju T dan topi kesayangannya.

"Saya tiada rahsia atau rejim tertentu dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan. Ia mungkin didorong sifat aktif dalam diri saya yang tidak gemar duduk diam dan sentiasa mengisi masa dengan sesuatu aktiviti.

"Berkenaan perancangan masa depan pula, sudah tentu saya merancang untuk berkahwin dan mempunyai ramai anak.

"Namun buat waktu ini, saya mahu fokus pada kerjaya dan diri sendiri, jadi, itu bermaksud saya masih solo," bicaranya lagi yang turut tergelak dengan kenyataan itu.

Ditanyakan mengenai pencapaian terbaiknya setakat ini, O'Pry secara bijak memilih perspektif keluarga terhadap kejayaannya sebagai anugerah terindah.

Sementara itu, O'Pry turut berkongsi pandangannya tentang maskulin. Baginya, maskulin seorang lelaki itu tidak terletak pada luaran malah pada pendirian individu tersebut.

O'Pry berpendapat bahawa ciri maskulin itu menyerlah apabila seseorang lelaki itu menjadi dirinya sendiri dan tidak menjadi sesuatu yang orang lain fikirkan.

Ratu daripada Ezuwan

Posted:

Ratu daripada Ezuwan

Ratu daripada Ezuwan

Oleh HAFIZ AHMAD


BUSANA peplum dengan rona biru firus diperindah jemeki rona fuchia menepati ciri-ciri keayuan wanita moden.


ARENA dunia fesyen tanah air semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat yang mendambakan sentuhan asli pereka watan. Walau dihidang rencah rekaan antarabangsa, percikan glamor rasa tempatan masih menepati cita rasa penggemarnya.

Pereka Ezuwan Ismail hadir dengan koleksi busana istimewa dan tudung pelbagai gaya bersempena kolaborasi antara syarikat De Galeri Ratu (M) Sdn. Bhd di bawah label Ratu by Ezuwan Ismail.

Jalinan kerjasama tersebut menghembus nafas baharu dalam pentas fesyen tempatan apabila semakin ramai pencintanya mampu menyarung busana rekaan anak watan pada harga yang berpatutan.

Sebanyak lapan busana sedia pakai diperagakan yang terdiri daripada dua rekaan baju kurung moden, jubah labuh, gaun peplum dan jubah berseluar.

Kesemua busana tersebut diberi penataan gaya dengan mainan rona-rona ceria dan dilengkapi batu-batu jemeki yang tersusun indah.

Menurut Ezuwan, setiap baju tersebut boleh dipakai dalam sebarang acara kerana rekaannya menepati ciri-ciri anggun kala membaluti tubuh si pemakai.

"Saya banyak menggunakan fabrik sifon dan lycra bagi menghasilkan rekaan persis seorang ratu," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi tersebut baru-baru ini.

Potongan yang moden dan pemilihan rona yang tepat menjadikan koleksi terhad Ezuwan ini tampil menawan malah tidak mustahil ia bakal mendapat perhatian meluas daripada penggemar busana kontemporari.

Tidak sekadar busana muslimah, Ezuwan turut memperkenalkan rekaan tudung bagi melengkapkan gaya wanita bertudung dengan biasan kerawang ringkas di bahagian atas kepala.

"Material lycra memudahkan pengguna menggayakan tudung dengan pilihan lilitan ciptaan tersendiri," jelas Ezuwan.

Ratu by Ezuwan Ismail bakal dijual pada harga antara RM300 hingga RM350 sepasang di 15 lokasi terpilih seluruh negara yang terlibat dalam jualan khas koleksi tersebut.

Fasa pertama akan diadakan pada 30 November 2012 hingga 2 Disember 2012 Manakala fasa kedua pula bermula 21 Disember hingga 23 Disember 2012.

Gayakan kasut selesa Fitflop

Posted:

Gayakan kasut selesa Fitflop

Gayakan kasut selesa Fitflop


SUNTIKAN keceriaan Fitflop ditonjolkan melalui warna biru.


PEMAKAIAN kasut yang bersesuaian amat penting untuk menjamin keselamatan dan keselesaan kaki.

Sepatu yang tidak mengikut saiz ataupun tidak menggunakan fabrik yang bersesuaian dengan cuaca boleh menimbulkan masalah seperti bau busuk dan rekahan pada tumit kaki.

Jenama Fitflop mahu menyelesaikan masalah itu. Ia direka khas buat mereka yang sentiasa sibuk tetapi mahukan langkah bergaya dan selesa.

Rekaan ringkas menjadi pegangan bagi jenama tersebut menerusi koleksi musim luruh/sejuk 2012. Seleksi pilihan kasut dan sneaker direka mengikut cita rasa pemakai yang mahu melangkah dengan yakin.

Ia sesuai digayakan ketika waktu santai selain boleh dijadikan sebagai hadiah buat teman istimewa. Dilancarkan pada tahun 2007, hasil kolaborasi bersama ahli biomekanik, Dr. David Cook, Darren James dan Marcia Kilgore itu menghasilkan kasut dengan teknologi microwobbleboard.

Koleksi tersebut menawarkan empat pilihan dan salah satu daripadanya ialah The Shuz yang menjadi item ikonik bagi komuniti artistik. Rekaan minimalis itu hadir dengan pilihan warna seperti Nubuck Microfibre Chestnut, Felt Anthracite dan Felt Grey Marl.

Ike Sneaker pula direka khas buat jejaka yang ingin keselesaan ketika bercuti bersama teman. Ia boleh dipakai dalam sebarang keadaan cuaca kerana dilengkapi material kulit yang lembut.

Kasut Fitflop jenis Supertone M pula menjadi item paling hangat dalam pasaran. Melalui rekaan yang ringkas dan moden tetapi mengadunkan gaya era 1970-an, ia membuatkan pengguna terus memakainya hingga lusuh.

Jenama tersebut boleh didapati di semua pusat beli-belah utama. Dapatkan gambaran penuh melalui laman sosial rasmi di www.facebook.com/fitflopmalaysia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Peluang terakhir tebus maruah

Posted:

Peluang terakhir tebus maruah

Peluang terakhir tebus maruah

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

PEMAIN skuad negara gigih berlatih sebagai persediaan menghadapi kempen Piala AFF Suzuki yang bermula Ahad ini.


PEJAM celik, debaran seluruh rakyat Malaysia terhadap kemampuan Harimau Malaya mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki semakin sampai ke kemuncak.

Ahad ini, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal bakal membuka tirai Kumpulan B berdepan juara tiga kali, Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Begitupun, rentetan beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam tiga perlawanan persahabatan terakhir sebelum ini jelas mengundang resah peminat bola sepak tempatan.

Tewas dua kali kepada Vietnam dan Thailand (0-1 dan 0-2) sebelum sekadar seri 1-1 kepada Hong Kong baru-baru ini, sudah tentu hanya kemenangan ke atas Bangladesh di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini dilihat mampu mengubati semula kepercayaan peminat.

Atas kertas, Malaysia dilihat tidak berdepan masalah bagi mengatasi Bangladesh kerana mereka berada pada ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang jauh lebih tinggi iaitu 163 berbanding Bangladesh (171).

Kekalahan Bangladesh kepada Thailand dengan keputusan 0-5 dalam aksi persahabatan terakhir mereka sebelum ini juga bukan alasan buat Harimau Malaya untuk melakar kemenangan dan ia diakui kapten, Safiq Rahim.

Menurut Safiq, aksi malam ini merupakan peluang terakhir menebus maruah mereka selaku juara bertahan sebelum memulakan kempen Piala AFF Suzuki, Ahad ini.

Namun pada masa sama, bekas arkitek Selangor yang bakal berhijrah ke Johor musim depan itu tidak mahu rakan-rakan sepasukannya memandang mudah aksi berdepan Bangladesh.

"Kami wajib menang perlawanan ini, 1-0 pun tidak mengapa, janji menang.

"Kalau menang 10-0 ke atas Bangladesh pun tiada gunanya jika gagal mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki, yang penting kami wajib menang ke atas mereka supaya menyuntik moral kami selepas ini," katanya selepas dilantik sebagai duta minuman isotonik, 100Plus di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Pada masa sama, Safiq juga mengakui dia dan rakan-rakan perlu mempelbagaikan corak permainan mereka sepanjang Piala AFF Suzuki nanti memandangkan gaya persembahan mereka dilihat seolah-olah mudah dibaca lawan dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

"Sebagai juara bertahan, memang susah bermain dengan cara lama kerana semua pasukan mengkaji kekuatan dan kelemahan kami.

"Cuma pada masa sama, saya dan rakan-rakan masih mempercayai percaturan jurulatih," katanya.

Mengulas pertemuan menentang Singapura dalam aksi pembuka tirai kelak, Safiq sedar kedua-dua pasukan memiliki sentimen peribadi dalam perlawanan itu.

"Ia aksi pertama kedua-dua pasukan, jadi kami harap kami mampu mengatasi Singapura supaya lebih yakin dan tenang bagi menghadapi baki dua lagi perlawanan (menentang Laos dan Indonesia) selepas itu," kata Safiq.

Chong Wei kembali ke gelanggang

Posted:

Chong Wei kembali ke gelanggang

Chong Wei kembali ke gelanggang

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


CHONG Wei kembali ke gelanggang selepas bercuti lama.


SELEPAS berehat hampir tiga minggu, jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kembali fokus terhadap tugasannya di pentas antarabangsa.

Esok, dia akan membuat penampilan pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Hong Kong 2012 menentang pemain Thailand, Boonsak Ponsana.

Sebelum ini, pemain No. 1 dunia itu bercuti lama bagi membuat persiapan perkahwinannya dengan bekas pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo yang telah berlangsung pada 9 dan 10 November lalu.

Disebabkan itu, Terbuka Hong Kong kali ini tampak sukar buat Chong Wei kerana dia perlu mencapai semula tahap prestasi terbaiknya selepas berehat panjang.

Berdasarkan undian, dia tidak berdepan halangan sukar untuk mara ke final.

Namun, apa yang membimbangkan ialah tahap kecergasannya kerana bukan mudah buat seseorang pemain untuk kembali ke prestasi sebenar dalam jangka masa yang singkat.

Untuk rekod, Chong Wei hanya kembali menjalani latihan pada 12 November lalu dan dia hanya mempunyai lima hari bagi melakukan persiapan sebelum berlepas ke Hong Kong.

Sebelum ini, jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock mengakui bahawa prestasi anak didiknya itu menurun sedikit ketika sesi latihan tetapi ia tidak membimbangkan.

"Ini memang sudah dijangkakan kerana Chong Wei telah bercuti lama tetapi saya tidak bimbang.

"Selepas memberi tumpuan selama empat tahun bagi menghadapi Sukan Olimpik 2012 di London, Chong Wei perlu diberi masa untuk berehat," kata Seu Bock.

Meskipun tidak ada sebarang sasaran yang diletakkan pada Terbuka Hong Kong kali ini namun Seu Bock menjelaskan bahawa matlamat utama Chong Wei adalah untuk memastikan rankingnya selaku pemain No. 1 dunia kekal sehingga penghujung tahun ini.

Selepas Terbuka Hong Kong, pemain berusia 30 tahun itu akan beraksi dalam dua lagi kejohanan iaitu Grand Prix (GP) Emas Terbuka Macau bermula 27 November hingga 2 Disember dan Siri Super Akhir di Shenzen, China pada 12 hingga 16 Disember depan.

Sebagai rekod, Chong Wei yang memenangi pingat perak Sukan Olimpik 2012 London telah merekodkan empat kejuaraan dalam kejohanan Siri Super tahun ini bermula dengan Terbuka Korea Selatan, Terbuka Malaysia, Terbuka Jepun dan Terbuka Denmark.

Selain Chong Wei, Liew Daren dan Chong Wei Feng turut bersaing dalam acara perseorangan lelaki pada Terbuka Hong Kong kali ini.

Cabaran dalam acara beregu lelaki akan digalas pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong manakala Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turun beraksi dalam acara beregu campuran.

'Merasai suasana futsal sebenar'

Posted:

'Merasai suasana futsal sebenar'

'Merasai suasana futsal sebenar'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


PASUKAN Parlimen Petaling Jaya Utara mencipta sejarah selepas muncul juara bagi kategori wanita pada edisi tahun ini.


KEJOHANAN Futsal Parlimen 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2012 telah pun melabuhkan tirainya di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya kelmarin.

Seperti sedia maklum, edisi ketiga kali ini 'ditakluk' juara baharu apabila kategori lelaki menjadi milik Parlimen Tangga Batu dari Melaka sementara Petaling Jaya Utara mengungguli kategori wanita.

Tangga Batu berjaya menewaskan Wangsa Maju 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti sementara Petaling Jaya Utara mengatasi Puchong 1-0 di pentas final sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Sedar atau tidak, kejohanan anjuran Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama beberapa rakan penganjur itu dilihat semakin sempurna berbanding dua edisi terdahulu, dan ia diakui Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negara KBS, Dr. Mohd. Ghani Mohd. Yusof.

Menurut beliau, penganjuran kali ini merupakan yang terbaik dan berharap supaya reputasi tersebut dapat diteruskan pada tahun depan.

"Selain tiada lagi unsur tidak puas hati yang membabitkan mana-mana pasukan seperti mana yang berlaku dalam dua edisi sebelum ini, saya juga gembira apabila aksi separuh akhir dan final dapat dilangsungkan di gelanggang utama iaitu Gelanggang Mokhtar Dahari yang menepati piawaian ditetapkan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa).

"Ia sekali gus membolehkan para pemain merasai sendiri suasana futsal yang sebenar selain beradu kekuatan memburu kemenangan," katanya kepada Kosmo! semalam.

Mohd. Ghani memberitahu, ketika ini masih terlalu awal untuk membayangkan sebarang penambahan pasukan pada edisi akan datang berbanding 444 pasukan yang mewakili 222 Parlimen setakat ini.

"Pada masa sama, saya juga tidak menolak kemungkinan edisi tahun depan kekal diadakan di Kompleks Futsal 1Malaysia, Putrajaya.

"Bukan tidak mahu 'berubah angin', cuma fasiliti yang disediakan di kompleks tersebut dilihat terbaik bagi menampung jumlah perlawanan yang banyak.

"Apa pun masih terlalu awal untuk mendedahkan perkara itu, buat masa ini segala-galanya masih di peringkat perbincangan," jelasnya.

Biar di mana pun lokasi edisi keempat bakal diadakan tahun depan, Tangga Batu dan Petaling Jaya Utara pastinya sedar tugas getir yang menanti mereka bagi mempertahankan kejuaraan masing-masing selepas ini.

Ini kerana di atas kertas, belum ada mana-mana pasukan yang berjaya mempertahankan kejuaraan sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2010.

Untuk rekod, juara edisi 2010 menjadi milik Parlimen Padang Serai (lelaki) dan Gombak (wanita) sebelum Puchong dan Kuala Kedah muncul juara kategori lelaki dan wanita tahun lalu.

Dalam pada itu, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan KBS, Fazulia Zulkifli berkata, beliau memuji kesungguhan semua ahli jawatankuasa yang terlibat menjayakan kejohanan yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu.

"Sebagai contoh, jawatankuasa pengangkutan yang bertugas tanpa mengira waktu demi memastikan kelancaran pergerakan pegawai, pengurus serta peserta Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Labuan sepanjang kejohanan berlangsung memang dipuji.

"Saya harap kerjasama semua pihak terlibat dapat diteruskan pada kejohanan yang sama di masa hadapan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Israel ancam tingkat serangan

Posted:

Israel ancam tingkat serangan

Israel ancam tingkat serangan

MAYAT seorang wanita Palestin dikeluarkan daripada runtuhan selepas rumah keluarganya di kejiranan Tufah, di Bandar Gaza musnah dibom tentera udara Israel semalam.


GENTING GAZA - Pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima semalam.

Bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan.

Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang.

Serangan udara yang dilakukan turut menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP.

Sementara stesen televisyen Rusia, RT memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat.


SEKUMPULAN lelaki Palestin menunaikan sembahyang jenazah ke atas mayat Iyad Abu Khoussa yang berusia setahun setengah di sebuah masjid di kem pelarian Bureij, Genting Gaza semalam.


Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, William Hague memberi amaran, tindakan Israel menceroboh Genting Gaza akan menyebabkan simpati dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Israel hilang.

Hague memberitahu stesen televisyen Sky News, korban orang awam akan meningkat jika serangan darat dilakukan dan ia hanya memanjangkan tempoh konflik.

Komen beliau hadir selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas.

Di Tel Aviv, bunyi siren terus kedengaran bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu kereta supaya mendapatkan perlindungan daripada serangan yang dilakukan oleh pejuang Hamas.

Tujuh buah roket telah dilancarkan ke arah Tel Aviv sejak Khamis lalu. Tiga daripadanya meletup di laut, tiga lagi dipintas oleh sistem perisai Iron Dome dan satu lagi mengenai kawasan lapang. - Agensi

Dua terbunuh kereta api dibom

Posted:

Dua terbunuh kereta api dibom

Dua terbunuh kereta api dibom


SEKUMPULAN pegawai polis memeriksa gerabak kereta api yang musnah akibat letupan bom buatan sendiri pemberontak di sebuah stesen kereta api di daerah Reu-so, Narathiwat semalam.


PATTANI - Kumpulan pemberontak disyaki meletupkan bom buatan sendiri, mengakibatkan sebuah kereta api tergelincir dan membunuh dua orang pengawal kereta api di selatan Thailand, beberapa jam sebelum Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melawat negara tersebut.

Serangan pada Ahad berlaku di daerah Rue So, wilayah Narathiwat dan menyebabkan gangguan perkhidmatan kereta api di tiga wilayah selatan yang bergolak itu.

Jurucakap polis, Dulyaman Yaena berkata beberapa pemberontak berbalas tembakan dengan pengawal kereta api sebelum melarikan diri.

Dua pengawal kereta api maut akibat letupan, sementara 15 mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak pemberontakan meletus di wilayah selatan Thailand pada 2004. Insiden tersebut merupakan serangan kedua pada hujung minggu ketibaan Obama ke Thailand. Obama turut dijadual melawat Myanmar dan Kemboja. - Agensi

Mumia anjing ditemui di Mexico

Posted:

Mumia anjing ditemui di Mexico

Mumia anjing ditemui di Mexico


RANGKA mumia anjing ini dipercayai yang pertama ditemui di Mexico.


BANDAR MEXICO - Rangka seekor mumia anjing yang dipercayai berusia kira-kira 1,000 tahun ditemui di Cueva de la Candelaria, Coahuila pada 12 November lalu di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Mumia tersebut merupakan satu-satunya artifak seumpamanya yang ditemui di sini.

Ia dijangka menjalani beberapa kajian seperti radiografi dan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico (INAH) untuk dipulihkan.

Seorang pakar arkeologi INAH, Isaac Aquino Toledo berkata, ia merupakan salah satu daripada beberapa spesimen mumia anjing yang ditemui di dunia. Mumia anjing biasanya ditemui di Mesir dan Peru.

Spesimen itu akan disimpan bersama-sama dengan 2,500 bahan arkeologi lain yang ditemui pada tahun 1953.

Penemuan itu menguatkan lagi pendapat bahawa anjing ditanam bersama-sama tuannya dalam pengebumian orang nomad di rantau ini.

Beberapa objek lain yang ditemui bersama anjing mumia tersebut ialah tekstil, anyaman rotan, kayu, artifak tulang serta 200 rangka tulang manusia. - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Konsert solo tiga dekad Anuar Zain

Posted:

Konsert solo tiga dekad Anuar Zain

Konsert solo tiga dekad Anuar Zain

19/11/2012 4:38pm

Oleh Hasnurul Mohamed

KUALA LUMPUR - Penyanyi lelaki tersohor tanah air, Anuar Zain akan membuka tirai tahun depan dengan konsert solonya pada 16 Februari di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Konsert tersebut diadakan juga sempena 30 tahun Anuar mendambakan dirinya sebagai penyanyi lelaki tanah air.

Pada majlis pelancaran klip video terbaru Anuar pada petang ini, berita baik mengenai konsert Anuar diumumkan oleh Pengarah Urusan syarikat rakaman Universal, Loan Cheong.

Menurut beliau, konsert solo Anuar 'Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari' dipimpin oleh pengarah muzik hebat tanah air, Mac Chew.

"Istimewanya konsert solo Anuar, beliau akan diiringi oleh 26 ahli orkestra.

"Pastinya 16 Februari 2013 akan memahat satu sejarah tersendiri dan memori indah untuk seluruh peminat Anuar Zain," katanya.

Maklumat lanjut boleh layari laman web www.universalmusic.com.my. - UTUSAN ONLINE

Taktik baru seludup dadah bersama cecair santan

Posted:

Taktik baru seludup dadah bersama cecair santan

Taktik baru seludup dadah bersama cecair santan

19/11/2012 4:22pm

KUALA LUMPUR — Sindiket dadah warga Nigeria dikesan melarutkan dadah dipercayai jenis kokain bersama cecair santan kelapa yang diisi di dalam tin mengandungi ketulan nenas sebagai taktik baru penyeludupan dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, taktik itu dikesan pihak Kastam Diraja Malaysia daerah Selangor selepas menahan sebuah kapal pelayaran yang membawa kargo kontena yang mana sebahagian daripadanya mengandungi larutan dadah bernilai RM22 juta.

"Hasil maklumat daripada pihak United States Drug Enforcement Administration (USDEA), kapal berkenaan yang tiba pada Isnin lepas (12 November) di pelabuhan Klang dipenuhi muatan 980 karton berisi tin yang mengandungi santan kelapa dan ketulan nenas.

"Enam belas karton daripadanya yang berisi 384 tin santan kelapa dikenal pasti mengandungi larutan dadah jenis kokain masing-masing seberat 400 gram hasil pemeriksaan Jabatan Kimia Malaysia," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, kontena yang berasal dari negara Guyana, Amerika Selatan itu adalah untuk dihantar ke Mozambique, Afrika Selatan dan telah menjadikan pelabuhan negara sebagai transit bagi tujuan memindahkan kontena ke sebuah kapal lain.— BERNAMA

Rogol gadis bawah umur: Juruelektrik dipenjara

Posted:

Rogol gadis bawah umur: Juruelektrik dipenjara

Rogol gadis bawah umur: Juruelektrik dipenjara

19/11/2012 4:22pm

GEORGE TOWN — Seorang juruelektrik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol gadis bawah umur, hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lepas.

Dalam penghakimannya Zakaria berkata, persetujuan mangsa (melakukan hubungan seks) tidak boleh diambil kira dalam kes rogol dan tertuduh tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Pada 20 Julai, Guan Jui mengaku bersalah merogol teman wanitanya yang ketika itu berusia 12 tahun di flat kediamannya di Air Itam, di sini antara 7 pagi dan 1 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan antara 2.25 petang dan 2.45 petang keesokan harinya.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Penantian 12 tahun Shila

Posted:

Penantian 12 tahun Shila

Penantian 12 tahun Shila

TAHUN 2012 pastinya memberikan kenangan tersendiri buat penyanyi Shila Amzah dengan kejayaan berganda apabila muncul juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 dan lagu nyanyian dan ciptaannya iaitu Patah Seribu dinobatkan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19).

Sudah tentu kejayaan pada AIM 19 itu cukup bermakna buat Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah memandangkan ia kejayaan pertama buat dirinya dalam anugerah tersebut sepanjang 12 tahun berkecimpung sebagai penyanyi.

Lebih bermakna lagi, Patah Seribu merupakan lagu pertama hasil ciptaannya sendiri yang dihasilkan kira-kira dua tahun lalu di biliknya dalam tempoh yang cukup singkat iaitu selama 20 minit sahaja.

Jadi, apakah kekuatan yang terkandung di dalam lagu tersebut apabila dinobatkan Lagu Terbaik sehingga menewaskan penyanyi dan komposer yang lebih senior?

Bercerita lebih lanjut tentang lagu Patah Seribu itu, Shila yang ditemui selepas berakhirnya acara AIM 19 yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 17 November lalu mengakui lagu berkenaan memang sangat istimewa buat dirinya.

"Kalau hendak mengulas mengenai kekuatan lagu Patah Seribu, apa yang boleh dikatakan lagu ini saya cipta lebih kepada mahu mencurahkan sepenuh kecintaan saya kepada bidang seni.

"Lagipun, ia merupakan lagu pertama hasil ciptaan sendiri yang berani saya tampilkan dan mungkin secara kebetulan lagu ini juga telah memberikan kejayaan pertama buat diri saya di pentas AIM," ujarnya.

Ditanya mengenai persepsi yang akan timbul apabila kejayaannya itu adalah bersandarkan kepada kemenangannya di Asian Wave 2012, penyanyi itu berharap ia seharusnya tidak menjadi isu.

Menurut Shila, dia tidak merasakan keputusan para juri dipengaruhi oleh kemenangan tersebut, malah dia juga tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk dijulang sebagai juara. Sebaliknya, dia melihat apa yang diraih itu merupakan satu anugerah daripada Allah.

"Saya sedar, barangkali akan timbul perasaan tidak puas hati oleh sesetengah pihak, namun saya anggap semua kejayaan dan kemenangan yang diperoleh itu merupakan satu rezeki.

"Lagipun segala bakat yang saya miliki ini merupakan pinjaman sementara sahaja. Jadi saya berharap agar para peminat dapat terus mendoakan kejayaan saya dalam bidang nyanyian," jelas kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad itu.

Pada masa yang sama, Shila melihat kejayaan meraih dua kategori iaitu Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik sebagai satu tanggungjawab yang besar dalam kariernya sebagai seorang penyanyi.


KUMPULAN Nirwana dari Indonesia membawa pulang trofi Lagu Bahasa Melayu Oleh Artis Luar Negara menerusi lagu Sudah Cukup Sudah.


"Sekarang tanggungjawab saya bukan sekadar penyanyi, malah sebagai seorang komposer dan penulis lirik. Bagaimanapun, saya menghasilkan lagu untuk diri sendiri dan hanya akan menghasilkan lagu untuk orang lain sekiranya saya tidak lagi menjadi penyanyi," ujarnya.

Mengenai perancangannya selepas ini, penyanyi tersebut sedang dalam proses menghasilkan sebuah lagu berbahasa Mandarin sebagai langkah untuk mengembangkan karier nyanyiannya di China.

Ujarnya, lagu Patah Seribu juga akan dirakamkan semula untuk versi bahasa Mandarin serta dia akan melancarkan sebuah lagi single berjudul Terima Kasih yang dibikin khas buat para peminat yang menyokong karier seninya.

Kejutan

Mengulas lanjut mengenai acara AIM 19 yang berlangsung, tidak dinafikan terdapat beberapa kejutan yang berlaku terutamanya anugerah kepada pemenang yang tercalon.

Paling mengejutkan apabila album berjudul Salam Musik yang dihasilkan oleh kumpulan Salam Musik berhasil meraih salah satu anugerah utama iaitu kategori Album Terbaik.

Biarpun tewas di tangan kumpulan Mojo untuk kategori Artis Baharu Terbaik, namun untuk Album Terbaik mereka berjaya mengetepikan nama-nama besar seperti Hujan, Nora, Pesawat dan Stacy.

Salah seorang anggota kumpulan tersebut, Ashraaf A. Azlan atau lebih dikenali sebagai Salam berkata, mereka sendiri tidak menyangka dengan kemenangan yang diraih.

"Sejujurnya kami tidak mengharapkan apa-apa termasuk memperoleh anugerah pada malam ini kerana tujuan kami hadir semata-mata mahu membuat persembahan supaya lebih ramai yang menyedari kewujudan Salam Musik.


MEMANG layak. Kumpulan Alleycats yang telah berada dalam industri hiburan selama 43 tahun diberi Anugerah Wirama pada AIM 19.


"Jadi, dengan kemenangan yang diraih ini pastinya menjadi satu pemangkin semangat untuk menghasilkan album yang lebih baik serta berharap Salam Musik akan lebih dikenali ramai selepas ini," ujarnya yang sebelum ini popular menerusi lagu Cerita Kedai Kopi.

Apabila ditanya sama ada dia risau sekiranya akan ada pihak yang bangkit mempertikaikan kemenangan kumpulannya itu, Salam menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana tidak pernah mengharapkan kemenangan menjadi milik mereka.

"Kami menghasilkan album bukanlah untuk mencari kemenangan semata-mata, sebaliknya matlamat kami lebih kepada memperjuangkan muzik-muzik Melayu dan kemenangan malam ini kami sebagai satu pengiktirafan atas usaha kami," jelasnya.

Sementara itu, Jaclyn Victor yang meraih tiga anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik (Wanita) Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik turut gembira meskipun lagu nyanyiannya gagal dinobat Lagu Terbaik.

Menariknya, kejayaan ketiga-tiga kategori yang dimenanginya itu adalah menerusi lagu Inggerisnya yang berjudul Counting Days hasil ciptaan komposer Aubrey Suwito dan Lin Li Zhen.

"Sudah tentu kejayaan ini cukup bermakna kerana persaingan yang cukup hebat terutamanya bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik, namun saya tetap berpuas hati kerana apa yang saya hajatkan akhirnya tercapai.

Mengakui lagu nyanyiannya itu kurang popular dan tidak mesra pendengar, namun dia percaya pemilihan Counting Days sebagai Lagu Inggeris Tempatan Terbaik berdasarkan kepada kualiti yang ada pada lagu berkenaan.

Sementara itu, penyanyi senior Jamal Abdillah berhasil membawa pulang dua anugerah termasuk kategori Persembahan Vokal Terbaik (Bahagia Sementara).

"Ini merupakan anugerah kedua yang saya raih dalam anugerah ini selepas kali pertama saya menang kategori Persembahan Vokal Terbaik menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir pada AIM yang pertama," ujarnya sewaktu berucap di atas pentas.

Syamsul menangis di konsert Hafiz Hamidun

Posted:

Syamsul menangis di konsert Hafiz Hamidun

Syamsul menangis di konsert Hafiz Hamidun

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com.my


SYAMSUL yang mengaku seorang peminat Hafiz mendendangkan lagu ciptaannya sendiri, Ya Rabbi.


"BIAR orang tidak kenal siapa Hafiz Hamidun asalkan mereka suka zikir yang dibawa olehnya". Itu kata-kata yang lahir dari mulut bekas penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Hafiz Hamidun atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 28, yang kini muncul dengan sebuah album solo baharu iaitu Zikir Terapi Diri.

Menghasilkan tiga buah album solo termasuk album Zikir Terapi Diri, album baharunya itu telah memberi satu momentum terhadap kerjayanya, malah Zikir Terapi Diri pernah menjadi suatu trend di Twitter.

Bukan sekadar menjadi suatu trend, album Hafiz itu juga berjaya menerima anugerah platinum berkembar empat di atas jualannya yang mencecah 80,000 unit dalam masa 10 bulan.

Album yang menampilkan 10 zikir-zikir utama itu juga pernah menjadi juara carta jualan album di iTunes dan kini masih menduduki tempat teratas carta sekali gus menjadi penanda aras bagi industri muzik tempatan.

Rentetan daripada sambutan hangat terhadap album Zikir Terapi Diri, buat julung-julung kalinya Hafiz tampil dengan konsert sulungnya iaitu Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang berlangsung pada malam tahun baharu Hijrah iaitu 14 November lalu di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Membawa penonton ke suatu pengalaman yang berbeza daripada konsert-konsert hiburan biasa, Hafiz menyuntik elemen spiritual yang jelas daripada alunan zikir serta iringan muzik terapi sebagai tunjang utama konsert pada malam itu.


HAFIZ berjaya memikat hati peminat nasyid dengan hanya 'bermodalkan' zikir-zikir indah kepada khalayak.


"Konsert ini sebuah konsert yang istimewa. Ia bukan konsert nasyid dan ia juga bukan konsert-konsert hiburan yang biasa kita tonton di TV atau secara langsung. Saya menggabungkan tiga elemen istimewa di dalam konsert solo ini iaitu elemen dengar, lihat dan rasa dengan diringi lapan pemuzik.

"Saya berharap dapat melakukan yang lebih baik untuk konsert kedua nanti," jelasnya yang menyasarkan untuk mengadakan konsert yang sama di Johor Bahru dan Singapura pula pada tahun hadapan.

Ujar Hafiz lagi, konsert tersebut diadakan untuk mengajak umat Islam memupuk tabiat sentiasa berzikir mengingati dan mengagungkan Allah SWT tidak kira dalam masa sedih atau gembira.

Kira-kira 2,600 orang peminat hadir menyaksikan konsert berdurasi selama 90 minit Hafiz Hamidun dan barisan artis milik syarikatnya, Arteffects iaitu Fitri Haris, Imam Muda Najdi dan Izzat Mahadi.

Persembahan Hafiz pada malam itu dipenuhi dengan zikir puji-pujian kepada Allah selain dia menyampaikan 12 buah lagu daripada album Zikir Terapi Diri seperti Ya Latif, Astaghrafirullah, Hasbi Rabbi dan Lawkana Bainana.


KONSERT Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun yang pertama kali diadakan pada malam 14 November lalu dihadiri oleh lebih 2,600 penonton.


Menariknya, penonton turut dihiburkan oleh pengarah terkenal filem KL Gangster, Syamsul Yusof dan sepupunya, Dr. Anwar Fazal Abu Bakar (Burn & Soul). Syamsul hadir menyanyikan lagu ciptaannya sendiri iaitu Ya Rabbi.

Terlalu menghayati lirik, air mata Syamsul turut tertumpah tatkala mengalunkan lagu yang merupakan latar filem Khurafat itu.

Ditemui selepas habis konsert tersebut, dedah Syamsul, dia menghantar pesanan melalui laman Twitter kepada Hafiz untuk menyatakan hasrat menyertai konsert penyanyi nasyid itu.

"Sebenarnya saya peminat setia Hafiz Hamidun dalam diam. Jika saya boleh berkongsi bab agama tidak kira dari segi lagu atau filem saya akan dekatkan diri ke arah itu," jelasnya.

Dalam pada itu, album Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun turut tercalon dalam dua kategori iaitu Lagu Nasyid Terbaik dan Rakaman Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.

Hudgens tolak babak seks

Posted:

Hudgens tolak babak seks

Hudgens tolak babak seks


VANESSA HUDGENS


VANESSA HUDGENS berikrar tidak akan melakonkan babak seks dalam filem-filem lakonannya pada masa akan datang. Bekas bintang High School Musical itu baru-baru ini melakonkan babak seks bersama aktor James Franco dan aktres Ashley Benson dalam filem Spring Breakers.

Dia mengakui agak tertekan melakonkan babak yang memerlukan dia harus melakukan babak seks serentak dengan dua aktor tersebut. Beritahu Hudgens kepada majalah Glow: "Saya mengakui agak tertekan melakonkan babak seks dalam filem Spring Breakers bersama James Franco dan Ashley Benson. Saya dah serik. Saya tak mahu lagi melakonkan babak seks dalam filem-filem lakonan saya pada masa hadapan."

Bagaimanapun dia mengakui bangga berlakon dalam filem tersebut.

Katanya: "Saya bangga berlakon dalam Spring Breakers. Ia tidak seperti filem lain yang pernah saya lakonkan sebelum ini. Ia sangat segar dan mengujakan."

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved