Selasa, 13 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Relevan kewujudan anugerah

Posted:

Relevan kewujudan anugerah

Relevan kewujudan anugerah

BULAN November ini merupakan bulan yang paling sibuk buat artis dan selebriti negara ini apabila hampir setiap minggu mereka terpaksa mencari busana untuk diperaga pada majlis anugerah.

Jumaat lepas, Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) telah melabuhkan tirainya. Sabtu ini pula akan berlangsung Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM) di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor dan minggu berikutnya iaitu 23 November, Shout! Awards 2012 bakal mengambil tempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, Selangor.

Ini tidak termasuk lagi dengan Anugerah Blokbuster yang julung kali diadakan pada 6 Oktober lalu di Stadium Malawati yang dianjurkan oleh Penerbit Filem Malaysia (PFM).

Anugerah di negara ini tidak habis begitu sahaja kerana sebelum hujung tahun ini, Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 30 Disember pula.

Lambakan anugerah yang menanti giliran untuk dianjurkan menyaksikan betapa banyak usaha beberapa pihak yang prihatin mencari jalan untuk mengiktiraf karyawan seni tempatan. Namun, ada juga anugerah yang sekadar bersifat hiburan.

Malah bagi artis yang memenangi mana-mana anugerah dalam majlis terbabit, ada yang begitu menonjol selepas itu sehingga boleh menaikkan harga jika ditawarkan menyanyi atau berlakon.

Ada juga artis yang terus 'lenyap' namanya selepas memenangi sesebuah anugerah. Ia bergantung kepada faktor nasib.

Bagaimanapun, tidak kurang juga ada artis yang memonopoli sesuatu anugerah sehingga memerlukan tuan punya badan sendiri menarik diri bagi memberi peluang kepada bakat seni lain pula.

Individu tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza. Dalam sejarah penganjuran majlis anugerah di negara ini, penyanyi tersohor negara tersebut merupakan artis paling banyak diumumkan sebagai pemenang.


MIZZNINA (kiri) dan Yuna menjadi pilihan peminat untuk memenangi anugerah Shout! Awards dalam penganjuran sulungnya.


Ia membuatkan namanya telah tercatat dalam Malaysia Book Of Records sebagai Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur.

Contohnya, dalam Anugerah Bintang Popular sahaja, Siti telah berjaya menggondol Anugerah Bintang Paling Popular sejak 1996 hingga 2009, sehingga dia menarik diri daripada anugerah tersebut, tetapi tetap menenangi Anugerah Seri Perak dalam kategori khas pada tahun lepas.

Kemenangan Siti dan memonopoli anugerah bukan sahaja dalam acara di negara ini, tetapi di luar negara juga seperti Anugerah MTV Asia apabila memenangi Anugerah Artis Malaysia sejak tahun 2002 hingga 2005 dan juga Anugerah Muzik Indonesia.

Siti juga merupakan satu-satunya contoh artis yang konsisten apabila kerjaya seninya berkembang seiring dengan kemenangan.

Dari segi penganjuran anugerah pula, anugerah berprestij AIM paling banyak menimbulkan kontroversi, termasuk yang paling teruk pada tahun lalu apabila penyanyi Yuna yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Penakut terpaksa memberikan anugerah itu kepada penyanyi Anuar Zain disebabkan kesilapan audit beberapa hari selepas majlis itu.

Persoalannya sekarang, adakah penganjuran anugerah yang begitu banyak pada akhir-akhir tahun ini dapat memartabatkan karya seni atau nilai artis itu sendiri? Atau ia juga hanya menjadi medan kebanyakan anak seni memperaga fesyen serta sekadar pelengkap diari tahunan dunia seni tempatan.

Kemenangan adalah bonus

Bagi pemenang Aktres Terbaik Festival Filem ke-49 di Fukuoka, Jepun pada 2004, Maya Karin, 33, menganggap ada sesetengah anugerah di negara ini tiada hala tuju dan hanya mengacau industri.

Tanpa menyebut anugerah tersebut, dia mengambil pendekatan memilih untuk hadir ke majlis anugerah yang dirasakan bersesuaian jika dijemput.

"Banyak anugerah baharu yang muncul akhir-akhir ini dan tak nampak hala tuju, siapa yang ingin diangkat serta tiada fokus penganjurannya itu perkara yang tidak patut berlaku," ujarnya yang baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik dalam ASK 2012 kepada Kosmo!.

Tambah Maya yang banyak memenangi anugerah menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam dan terbaharu, Ombak Rindu, baginya tidak perlu terlalu banyak majlis anugerah dan cukup beberapa anugerah prestij untuk menaikkan nama anak seni.


DATUK SITI NURHALIZA mencipta sejarah industri seni tempatan apabila memonopoli semua anugerah baik daripada segi popular mahupun berkaliber.


Lagipun, ujar pelakon filem Anak Halal ini, penggiat seni dan industri dalam negara ini tidak terlalu besar dan tidak perlu terlalu banyak anugerah.

Bercerita mengenai dirinya pula apabila menjadi antara artis yang banyak memenangi anugerah sejak akhir-akhir ini menerusi watak Izzah dalam filem Ombak Rindu, dia berkata: "Saya ada prinsip. Jangan terlalu sedih bila kalah dan jangan gembira sangat bila menang. Bagi saya kemenangan adalah bonus, saya perlu meningkatkan mutu kerja dan bekerja keras walaupun tiada anugerah," ujarnya.

Jelasnya lagi, sikap sesetengah artis yang menaikkan harga setelah memenangi sesuatu anugerah adalah disebabkan mengagung-agungkan anugerah yang diterima.

"Apabila artis anggap dia yang paling hebat selepas menang anugerah dan menaikkan harga, itu sikap yang tidak patut ada bagi anak seni yang ingin bertapak lama," katanya yang tetap kekal dengan sikap merendah diri sejak mula dikenali pada 2001.

Hanya acara hiburan

Pengarah terkenal Michael Ang pula berpendapat, dalam industri ini ada beberapa anugerah yang sekadar hiburan sahaja bagi merancakkan industri dalam negara ini.

"Bagi saya majlis anugerah yang ada sudah cukup memadai untuk industri ini dan tidak perlu ditambah lagi pada masa hadapan," kata pengarah filem Qada yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Tambah pengarah drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini juga, anugerah yang sedia ada sudah cukup untuk mengangkat karya seni dan seniman dalam bidang masing-masing.

"Kita sudah ada anugerah drama, penyanyi, pelakon dan penulis lagu, itu sudah cukup, kalau ada anugerah baharu pula nanti akan sebabkan ia jadi merepek pula," jelasnya.

Pendapat yang sama turut diberikan oleh orang kuat Metrowealth iaitu David Teo, dia beranggapan penganjuran anugerah dalam negara ini adalah seperti satu pesta yang mengumpulkan anak seni.


SETIAP majlis anugerah akan diisi dengan persembahan daripada barisan artis untuk mengisi slot anugerah yang dipertontonkan kepada umum.


"Anugerah di negara ini tidak sama di luar negara, di sini lebih kepada berjumpa kawan lama dan berpesta, ia untuk merapatkan hubungan sesama karyawan seni selepas penat berada di lokasi," ujarnya.

Wakil penggiat seni

Walaupun banyak anugerah di negara ini, penggiat seni yang pernah mengemudi AIM selama beberapa tahun, Jennifer Thompson beranggapan ia sebagai simbol untuk mewakili anak seni yang telah bertungkus-lumus dalam industri.

Misalnya, Anugerah Juara Lagu diadakan bagi mengangkat komposer dan penulis lirik, Shout! Award pula mengetengahkan artis muda yang jarang dikenali manakala Bintang Popular atas pilihan peminat.

"Semua anugerah itu perlu ada bagi mewakili penggiat seni, bukan hanya penyanyi tetapi pihak di sebalik tabir juga perlu diiktiraf.

"Setiap anugerah ada kelainan, tetapi penampilannya tidak nampak sama," jelasnya yang menyokong Shout! Awards diadakan kerana ia lebih segar dan santai untuk anak muda.

Jennifer yang juga juri Shout! Award kali ini berkata, tidak timbul isu sama ada banyak anugerah dalam industri ini kerana selagi ia disokong dan diiktiraf oleh penggiat seni, ia akan kekal relevan untuk dianjurkan.

Prestij dan santai warnai anugerah

Posted:

Prestij dan santai warnai anugerah

Prestij dan santai warnai anugerah

Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA


ANUGERAH Academy Awards telah diwujudkan sejak tahun 1929.


MAJLIS anugerah hiburan di luar negara terutamanya di Amerika Syarikat (AS) sebenarnya tidak banyak beza dengan majlis anugerah di negara kita.

Realitinya, penganjuran majlis anugerah hiburan di mana-mana negara sekali pun, akan ada acara berbentuk formal atau berprestij dan ada juga hanya untuk memeriahkan industri di negara berkenaan.

Seperti Academy Awards di AS atau Festival Filem Cannes di Perancis ia lebih untuk mengangkat sesuatu karya dan anak seni setelah dinilai oleh juri profesional.

Berlainan dengan anugerah yang hanya untuk memenuhkan acara pada kalendar dan bagi menghargai peminat seperti Kids'Choice Awards yang lebih santai atau 'gila-gila'.

Academy Awards boleh dikatakan ada persamaan dengan Festival Filem Malaysia, manakala Anugerah Grammy yang mengangkat karya komposer atau individu belakang tabir yang berkaitan muzik pula seperti Anugerah Industri Muzik (AIM) di negara ini.

Bagi karya muzik dan persembahan penyanyi pula, MTV Video Music Awards mempunyai francais di seluruh negara turut memberi pengiktirafan terhadap pembikinan lagu dan muzik video.

Manakala Shout! Award pula seperti Kids'Choice Awards yang berlangsung di AS dalam suasana santai dan penontonnya merupakan kalangan anak muda dan kanak-kanak, selain persembahan yang lebih urban.

Academy Awards yang pertama kali diadakan di AS pada tahun 1929 telah berjaya mengangkat nama besar Hollywood seperti pelakon Denzel Washington, Angelina Jolie, Hilary Swank, Halle Berry dan Morgan Freeman.

Ketika majlis itu diadakan, ia akan mencuri perhatian di seluruh dunia termasuk di negara ini yang turut mengadakan siaran langsung bermula dari acara karpet merah hingga ke penganugerahan pemenang.

Kategori pelakon wanita dan lelaki terbaik yang akan memenangi anugerah Oscar itu akan mendapat perhatian berbulan lamanya selepas majlis itu berlangsung dan menjadi perhatian lebih banyak walaupun mereka telah terkenal sebelum ini.


PENYANYI Adele hanya memerlukan sebuah sahaja album yang berisi lagu-lagu hebat untuk menerima pengiktirafan dalam Anugerah Grammy pada tahun lalu.


Bagi Anugerah Grammy dan Anugerah MTV pula yang mengangkat penyanyi dan karyawan dalam bidang muzik penganjurannya tidak kurang hebat dengan Academy Awards.

Di negara ini turut mengadakan siaran langsung dan kadang kala turut diadakan majlis yang dihadiri oleh artis tempatan untuk menyaksikan acara itu secara langsung.

Berlainan dengan Kids'Choice Awards yang sinonim dengan tradisinya menyimbah cecair hijau kepada selebriti terpilih ia disebabkan acara itu lebih ranggi dan urban serta pemenangnya adalah pilihan peminat dan bukan daripada juri profesional.

Acara ini telah mengangkat dan mengiktiraf nama-nama besar antaranya Taylor Swift, Justin Bieber, Selena Gomez, Taylor Lautner dan beberapa watak kartun seperti SpongeBob SquarePants dan Alvin and the Chipmunks.

Secara amnya, walaupun setiap negara itu mempunyai pelbagai jenis corak anugerah dan bentuk pengiktirafan, ia tetap menjadi perhatian dalam kalangan peminat seni kerana telah dianggap sebagai acara tahunan industri hiburan.

Bagi penggiat seni pula, apabila mereka memenangi anugerah, ia satu pengiktirafan terhadap mereka setelah penat menyanyi dan berlakon.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Inovasi robot ciptaan pelajar

Posted:

Inovasi robot ciptaan pelajar

Inovasi robot ciptaan pelajar

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

COMEL. Itu perkataan pertama yang tergambar di fikiran apabila melihat sebuah robot kecil berwarna biru dengan mata besarnya yang bulat. Dihasilkan oleh pelajar dari Saint Petersbug, Rusia, ia diberi nama Eyesbot.

Menurut Arina Rossomakhina, 14, robot itu mesra dan pandai bergaul. Ia boleh berkomunikasi dengan manusia melalui gerakan yang dibuat terhadap matanya.

"Ini adalah robot kecil asing yang muncul di bumi secara kebetulan. Ia telah dilupakan oleh makhluk asing yang membawanya datang ke planet kita," tutur Rossomakhina dalam nada gurauan.

Eyesbot merupakan salah satu robot yang menyertai Kejohanan World Robot Olympiad (WRO 2012) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid bermula 9 hingga 11 November lalu.

Sebanyak 405 pasukan dari 30 buah negara menyertai kejohanan yang mencatat sejarah dari aspek penyertaan terbesar sejak ia pertama kali diadakan pada tahun 2004 di Singapura. Ini diikuti Thailand pada 2005, China (2006), Taiwan (2007), Jepun (2008), Korea (2009), Filipina (2010) dan Emiriyah Arab Bersatu (2011).

Penyertaan secara besar-besaran itu membuktikan bahawa WRO berjaya meningkatkan minat dalam kalangan pelajar terhadap bidang sains, teknologi, robotik serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).


PARA pengunjung WRO 2012 teruja melihat salah sebuah inovasi robot yang dihasilkan oleh peserta pertandingan.


Selain itu, kejohanan tersebut membolehkan peserta mendapatkan pelbagai dimensi pengetahuan melalui penggunaan teknologi inovatif dan penyelesaian masalah kreatif. Lebih daripada itu, ia juga platform terbaik untuk menyediakan pelajar yang mampu menghadapi cabaran global dalam abad ke-21.

Peningkatan minat

Perkara itu diakui oleh David Gilday, 48, pakar robotik Mindstorms yang ditemui Kosmo! pada kejohanan tersebut. Ujar Gilday, secara keseluruhan penganjuran WRO mampu menyuntik rasa teruja untuk kanak-kanak dan para pelajar untuk mendalami bidang berkenaan.

"Ini kali pertama saya datang ke Malaysia. Tetapi, respons yang diterima terutama pengunjung cilik yang datang ke booth kami sangat hebat. Mereka begitu seronok melihat robot kami yang dicipta untuk menyelesaikan masalah kiub rubik dengan pantas.

"Saya percaya, pertandingan sebegini berjaya melahirkan semangat kerjasama yang tinggi untuk menghasilkan ciptaan terbaik dan praktikal," kata Gilday merangkap Ketua Jurutera Bahagian Pemprosesan ARM Ltd., sebuah syarikat seni bina dunia digital yang berpangkalan di United Kingdom.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sasbadi Sdn. Bhd., Law King Hui berkata, dalam persekitaran kini yang sentiasa berkembang pantas, dunia memerlukan seseorang yang mempunyai tahap kemahiran yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah kompleks dan rumit.

"Inilah tanggungjawab pendidikan masa kini iaitu untuk menyediakan pelajar yang kreatif dan berinovasi dalam pelbagai aspek kehidupan," ungkap King Hui.


SALAH satu daripada kumpulan yang mewakili Malaysia iaitu SMK Seri Bintang, Kuala Lumpur berentap dalam kategori terbuka sekolah menengah rendah.


Setiap pasukan yang diwakili tiga peserta akan bersaing dalam tiga kategori berbeza iaitu Regular, Open dan GEN II Football.

Bagi kategori Regular, peserta perlu mencipta robot yang diprogram untuk melengkapkan beberapa siri ujian. Setiap pasukan dibahagi kepada tiga kumpulan umur dengan acara berbeza iaiatu Robot Organizer for Elementary School (sekolah rendah), Robot Columbus for Junior High School (menengah rendah) dan Robot Van Gogh for Senior High (menengah atas).

Untuk kategori Terbuka pula, peserta dikehendaki menyiapkan penyelesaian robotik tersendiri berdasarkan tema spesifik iaitu Robots Connecting People manakala kategori GEN II Football menyaksikan pertandingan robot yang diprogram seperti permainan bola sepak.

Pamer inovasi

Antara negara yang bertanding termasuklah Afrika Selatan, Australia, Bahrain, Brunei, China, Costa Rica, Denmark, Filipina, Jerman, Ghana, Greece, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jepun termasuk negara tuan rumah.

Salah satu wakil Brunei adalah dari Sekolah Rendah Muhammad 'Alam Legion hadir dengan projek yang dinamakan The School District Package Organizer yang bertanding dalam kategori Regular, Robot Organizer.

Jurulatihnya, Boby Zakri Abdul Hamid, 34, memberitahu, projek yang dicipta seperti sistem sebuah kilang mini tersebut mengambil masa selama enam minggu untuk disiapkan.


SEBAHAGIAN peserta tidak melepaskan peluang menonjolkan kehebatan robot ciptaan masing-masing pada Kejohanan WRO 2012 baru-baru ini.


WRO merupakan kemuncak kepada Pertandingan Robotik Kebangsaan yang dianjurkan sejak 2005 oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Sasbadi Sdn. Bhd. dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi program perkongsian pintar antara kerajaan dan swasta.

Tahun ini Malaysia diwakili oleh 56 buah pasukan yang bertanding dalam pelbagai kategori.

Penaja global WRO 2012 adalah Lego Education, National Instruments dan HiTechnic manakala penaja lain termasuklah Sunway Group, Motorola Solutions Foundation, Permodalan Nasional Berhad, Maxis Berhad, The Instituition of Engineering & Technology Malaysia dan UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.

Kejohanan ini telah dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu.

Penganjuran WRO 2013 pula akan berlangsung di Jakarta, Indonesia. Untuk maklumat lanjut berkaitan kejohanan tersebut, layari laman web www.wroboto.org.

Tomato ceri tanah rata

Posted:

Tomato ceri tanah rata

Tomato ceri tanah rata

Oleh ADLAN JAAFAR


TOMATO ceri yang ditanam di tanah rata juga boleh bersaing dengan kualiti tomato ceri dari tanah tinggi.


AZMI MOHAMED, 32, akan bangun setiap hari seawal pukul 6.30 pagi untuk ke tapak Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang terletak di Serdang, Selangor.

Seperti biasa, setiap pagi dan petang, lelaki yang berasal dari Kelantan itu mengharapkan hasil terbaik dari tanamannya. Perkara yang membuatkannya gembira sewaktu hendak memetik hasil itu tentunya apabila melihat gugusan tomato ceri yang ranum berjurai di tangkai pokoknya.

Pokok-pokok yang subur dalam polibeg itu nyata terjaga dengan baik hinggakan hampir 95 peratus buahnya dikategori sebagai gred A.

Tomato yang telah dipetik itu dapat dijual pada harga antara RM2.50 hingga RM3 bagi setiap satu bungkusan yang mempunyai berat kira-kira 250 gram.

Bagi mereka yang biasa melihat kebun tomato ceri di tanah tinggi, tentu sukar untuk percaya tentang pencapaian Azmi dan tenaga kerjanya yang lain. Selalunya, tomato ceri yang ditanam di tanah rata hanya membuahkan hasil gred A lebih kurang 75 peratus.

Bebas racun

Azmi yang mengusahakan ladang secara berseorangan mengusahakan tanaman di situ dengan menggunakan teknik yang dipelajari ketika menyertai program inkubator anjuran Jabatan Pertanian Serdang (JPS).

Ditanam di dalam struktur khas untuk pertanian, kebun Azmi itu tidak menggunakan sebarang racun serangga mahupun baja kimia.

Bagi mengawal serangan makhluk perosak, dia menggunakan bahan seperti minyak neem (Azadirachta indica), serai wangi atau bawang putih.

Sebagai panduan, Azmi memastikan sesuatu bahan itu mempunyai bau yang kuat, bergetah dan bersifat memedihkan supaya boleh bertindak sebagai racun serangga yang berkesan.

Air berbaja

Tanpa perlu disiram, dia mengamalkan kaedah pertanian fertigasi, setiap pokok tomato ceri disalurkan terus dengan air yang dicampur baja.

Selain itu, apabila pokok mula berbuah, pucuk-pucuk pokok yang tunduk ke bawah kerana berat buah akan melilit batang pokok dan diikat kembali ke atas.


TEKNIK pembajaan organik dan bebas bahan kimia menjanjikan penghasilan tomato ceri gred terbaik.


Kebun yang telah diusahakan selama setahun lebih itu telah membuahkan hasil sebanyak lima kali. Selain tomato ceri, ladang TKPM juga menanam cili dan tembikai.

Baja yang digunakan merupakan baja organik yang dikenali sebagai plant booster. Ia merupakan hasil kajian JPS, menggunakan bahan organik yang diperam sehingga menjadi cecair.

"Plant booster menggunakan bahan yang murah antaranya ialah pisang, belacan, susu tepung dan banyak lagi bergantung pada kandungan nutrisi yang dikehendaki," terang Pegawai Pertanian JPS, Wan Mohamad Zulkarnain Baharudin, 31.

Penggunaannya adalah mengikut nisbah 10 mililiter (ml) plant booster yang dicampur dengan seliter air. Secara berkala, kandungan plant booster ditambah 10ml setiap dua minggu sehingga mencapai maksimum 50ml.

Menurut Azmi, jika banyak bersabar dan rajin dalam bidang pertanian, sudah pasti akan mendapat hasil yang lumayan. Selain itu, teknik yang betul dan tepat juga amat perlu bagi memastikan kualiti hasilnya.

Melihatkan peluang tersebut, Bahauddin Mohamad, 40, yang berasal dari Johor tidak kekok untuk belajar teknik pertanian melalui program inkubator yang memakan masa lapan bulan.

Dia yang sebelum ini bekerja sebagai eksekutif sekretariat di Malaysia Airport Holdings Berhad telah lima bulan mengikuti program tersebut.

Bahauddin dan tiga lagi rakan-rakannya telah berjaya menanam pokok tomato yang membuahkan hasil yang terbaik sebanyak tiga tan sekali gus mendapat hasil bersih lebih kurang RM21,000.

"Saya tidak menyesal kerana bermula dalam bidang pertanian pada usia begini. Malah, ia adalah waktu yang tepat," kata Bahauddin.

Mampu rakam log data penggunaan

Posted:

Mampu rakam log data penggunaan

Mampu rakam log data penggunaan


URUSAN pejabat menjadi lebih mudah dan pantas dengan model terbaharu ImageRunner Advance.


CANON Marketing baru-baru ini melancarkan siri imageRUNNER ADVANCE C5200 yang mempunyai keupayaan mengimbas dengan laju dan kecekapan operasi ditingkatkan.

Didatangkan dalam empat model iaitu C5255, C5250, C5240 dan C5235, mesin cetak itu menawarkan kelajuan mencetak sehingga 55 muka surat perminit (ppm) berwarna manakala kelajuan imbasan sehingga 120 ppm untuk berwarna serta hitam putih.

Rangkaian produk imageRUNNER direka bagi memenuhi keperluan syarikat daripada yang sederhana sehingga yang besar supaya lebih cekap dan produktif dalam mengeluarkan output yang dikehendaki.

Panel kawalan penuh TFT yang mudah dicapai bersaiz 8.4 inci. Fail-fail JPEG, TIFF dan PDF dengan mudah boleh dipratonton sebelum dicetak.

Port USB pula membenarkan dokumen yang disimpan dalam pemacu pena secara automatik dikesan dengan pantas dan mudah diakses.

Fungsi Audit Log membolehkan pengguna menganalisis pola penggunaan dengan mengenal pasti kecekapan peranti pelbagai fungsi. Ia dilakukan melalui penilaian koleksi log data yang disimpan dalam Antaramuka Remote User.

Fungsi ini mengumpul pelbagai jenis log yang membolehkan syarikat mengesan kesahihan dan informasi seperti status fotokopi, faks, imbas, cetak, operasi mesin dan banyak lagi.

Penjimatan tenaga siri imageRUNNER ADVANCE C5200 boleh diprogram dengan dua mod jimat tenaga bagi meminimumkan penggunaan terutamanya pada waktu mesin sedang dalam keadaan sedia.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


65 peserta sertai Ekspedisi Menjelajah Borneo

Posted:

65 peserta sertai Ekspedisi Menjelajah Borneo

65 peserta sertai Ekspedisi Menjelajah Borneo


CHE AZEMI (duduk, tengah) bersama peserta Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 di Tawau baru-baru ini.


JELAJAH. Seramai 65 orang peserta dan 21 buah kenderaan pacuan empat roda terlibat dalam Ekspedisi Menjelajah Borneo 2012 dilepaskan di pekarangan Majlis Perbandaran Tawau, Sabah baru-baru ini.

Program yang julung-julung kali diadakan itu merupakan anjuran bersama Kelab 4x4 Ekspedisi Ekstrem Tawau dan Warna Motion Pictures.

Kesemua mereka akan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer merentasi Sabah dan Sarawak selain Brunei dan Malaysia dalam masa 21 hari hari sebelum berakhir di Tawau pada 30 November ini.

Majlis pelepasan dilakukan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Che Azemi Haron.

ALP Hospital Kota Tinggi anjur program ziarah hospital

Posted:

ALP Hospital Kota Tinggi anjur program ziarah hospital

ALP Hospital Kota Tinggi anjur program ziarah hospital


ASIAH (lima dari kiri), Kanniapan (tiga dari kiri) bersama ahli-ahli ALP HKT bermesra dengan seorang pesakit di Dungun baru-baru ini.


LAWAT. Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Kota Tinggi (HKT) mengadakan program ziarah dan menyampaikan sumbangan kuih dan wang kepada 100 pesakit di hospital tersebut di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Asiah Md. Arif.

Turut hadir ialah Pengarah HKT, Dr. Maslina Yusof.

Menurut Pengerusi ALP, HKT, Dr. T. Kanniapan, pihaknya berasa terpanggil untuk menyumbang makanan dan bantuan kewangan kepada pesakit supaya mereka lebih ceria.

"Ia juga sebahagian usaha dan komitmen berterusan pihak ALP kepada pihak hospital khususnya dalam menjaga keselesaan semua pesakit dan pengunjung," katanya.

Malam Bahasa Jiwa Bangsa di PSMZA

Posted:

Malam Bahasa Jiwa Bangsa di PSMZA

Malam Bahasa Jiwa Bangsa di PSMZA


SEBAHAGIAN peserta yang menjayakan Malam Bahasa Jiwa Bangsa peringkat negeri Terengganu 2012 di Dewan Besar PSMZA, Dungun baru-baru ini.


MERIAH. Malam Bahasa Jiwa Bangsa peringkat negeri Terengganu 2012 anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun berlangsung penuh meriah di Dungun, Terengganu baru-baru ini.

Pelbagai acara persembahan budaya seperti deklamasi sajak, gurindam, tarian, nyanyian lagu patriotik, puisidra dan teater muzikal diadakan dalam program sehari itu.

Puisidra bertajuk Dirgahayu Bahasaku hasil skrip Awang Abdullah diarahkan oleh Azim Mustafa bersama Kelab Kebudayaan Universiti Teknologi Mara Dungun manakala teater muzikal Selamat Tinggal Bungaku ditulis oleh A.K.Hidayat dan dijayakan oleh ahli Kelab Kebudayaan dan Warisan PSMZA dengan iringan muzik kumpulan Gemersik.

Pengarah DBP Wilayah Timur, Azmi Ibrahim dan Setiausaha MPD, Mat Azmi Arsyad turut mendeklamasikan sajak pada majlis yang sama.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Empat dikhuatiri lemas

Posted:

Empat dikhuatiri lemas

Empat dikhuatiri lemas

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba mencari sebuah kereta yang terjunam ke Sungai Padang Kerbau di Pendang, Kedah semalam.


PENDANG – Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini semalam.

Kejadian membabitkan sebuah kereta Proton Saga Aeroback berwarna putih itu berlaku kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Kosmo! difahamkan kesemua mangsa mungkin orang luar yang datang untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai itu.

Seorang penduduk, Siti Fatimah Husin, 34, memberitahu, ketika kejadian dia berada di bahagian bawah rumahnya yang terletak kira-kira 15 meter dari lokasi.

"Ketika saya bersama keluarga makan tengah hari, tiba-tiba terdengar satu bunyi 'boom' seperti ada benda besar jatuh ke dalam sungai.

"Saya jenguk ke arah sungai, saya mendapati ada kereta terjatuh ke dalamnya dan kemudian saya beritahu jiran.

"Tidak lama kemudian kereta itu terus tenggelam. Saya terus hubungi bomba dan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Agensi mungkin gulung tikar

Posted:

Agensi mungkin gulung tikar

Agensi mungkin gulung tikar


Isu pembantu rumah asing perlu ditangani secara bijaksana demi kebaikan semua pihak. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Agensi-agensi pembekal pembantu rumah Indonesia di negara ini bakal berdepan risiko gulung tikar jika kos pengambilan tenaga kerja itu dikekalkan pada harga RM4,511 seperti dipersetujui Malaysia dan Indonesia.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (Pikap), Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan harga itu memandangkan kos sebenar bagi membawa masuk seorang pembantu rumah adalah jauh lebih tinggi.

"Berdasarkan kos RM4,511 yang dipersetujui, majikan membayar RM2,711 manakala RM1,800 dibayar pembantu rumah yang akan dipotong majikan daripada gaji sebanyak RM300 selama enam bulan.

"Jumlah itu tidak mengambil kira kos ditanggung agensi sebagai perantaraan yang perlu membayar Pihak Tempatan Indonesia (PTI) untuk mencari wanita negara itu yang mahu menjadi pembantu rumah di mana agensi tidak mempunyai kuasa untuk tawar-menawar harga ditetapkan," katanya kepada Bernama di sini.

Raja Zulkepley mengulas dakwaan Persatuan Majikan Amah Malaysia yang mempersoalkan permintaan Pikap kepada kerajaan supaya harga itu dikaji semula atas alasan ia terlalu rendah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis ambil keterangan 10 saksi kes rogol

Posted:

Polis ambil keterangan 10 saksi kes rogol

Polis ambil keterangan 10 saksi kes rogol

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengambil keterangan 10 orang saksi bagi membantu siasatan kes tiga anggotanya yang didakwa memperkosa seorang wanita Indonesia ketika ditahan di Balai Polis Perai, Bukit Mertajam dekat sini 9 November lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan berhubung dakwaan yang dibuat wanita berusia 25 tahun itu hampir selesai 95 peratus selepas penahanan ketiga-tiga anggota berpangkat rendah terbabit.

Menurut beliau, sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut dan akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya (DPP) bagi membuat pertuduhan ke atas anggota terlibat.

"Kita telah menahan kerja ketiga-tiga anggota untuk siasatan lanjut sehingga pertuduhan dibuat di mahkamah nanti dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 10 November.

"Polis akan menjalankan siasatan secara telus dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak termasuk mengambil tindakan tegas terhadap anggota tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kuasa dan fungsi menyerlah

Posted:

Kuasa dan fungsi menyerlah

Kuasa dan fungsi menyerlah

Oleh ADLAN JAAFAR

ATIV Smart PC Pro


PENGELUAR teknologi digital dunia, Samsung Malaysia Electronics (Samsung) melancarkan siri komputer pintar (ATIV Smart PC) terbaharu yang merangkumi semua rangkaian perkomputeran seperti komputer riba, peribadi dan tablet di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Paling menarik ialah Samsung ATIV Smart PC menepati ramalan pasaran komputer riba, ultrabook kerana ia mempunyai fizikal yang kecil dan nipis.

Papan kekunci ATIV Smart PC boleh ditanggalkan dengan senang daripada sambungan clamshell menjadi sebuah tablet.

Jadi, pengguna dapat bekerja di meja dan boleh berubah menjadi peranti tablet ketika sedang dalam perjalanan dengan sifat mobilnya.

Dilengkapi teknologi S Pen, ATIV Smart PC menawarkan pengalaman mengagumkan untuk menulis dan melukis.

Menggunakan sistem operasi (OS) Windows 8, pengalaman dunia perkomputeran menjadi lebih menarik dengan ciri-ciri yang terdapat dalam OS baharu itu.

Selain itu, skrin sesentuh dengan kepekaan sehingga 10 jari dengan tahap sensitiviti yang ditingkat sekali gus memudahkan untuk kerja zoom dan menata untuk keseluruhan laman web.

"Bersama-sama kepakaran Samsung dalam rekaan dan teknologi dengan Microsoft dalam pembangunan sistem operasi, kami boleh memberikan para pelanggan pengalaman perkomputeran yang ditingkatkan serta diperhalusi," kata pengarah pemasaran Samsung, Kwon Jae Hoon pada pelancaran rangkaian Smart PC lalu.

ATIV merupakan susunan terbalik bagi perkataan Vita yang membawa maksud kehidupan dalam bahasa Latin. Ia memberikan inspirasi kepada Samsung bagi mereka sebuah komputer yang dapat memberikan pengalaman menarik kepada pengguna.

Dalam majlis yang sama, komputer riba siri 5 ULTRA Touch ATIV dan komputer peribadi (PC) semua dalam satu (AIO), Siri 7 Samsung AIO PC turut dilancarkan, ketiga-tiga jenis produk telah berada di pasaran sejak November 2012.

Tabasco dapat pengesahan Jakim

Posted:

Tabasco dapat pengesahan Jakim

Tabasco dapat pengesahan Jakim

RANGKAIAN produk sos Tabasco banyak digunakan dalam penyediaan makanan harian keluarga di Malaysia.


PRODUK makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company.

Mereka menegaskan bahawa pembuatan dan kandungan sos lada tersebut mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.

Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce.

Pengarah Serantau Mcllhenny Company, Kan Cheung berkata, pihak syarikat sentiasa prihatin dengan tanggungjawab sosial kepada pengguna Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.

"Pensijilan halal untuk sos lada keluaran syarikat amat penting untuk mengukuhkan lagi jenama Tabasco di Malaysia." jelasnya.

Ramuan asli Tabasco seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak 140 tahun dahulu. Ketiga-tiga ramuan tersebut adalah dijamin 100 peratus semula jadi dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan. Ia kini boleh didapati di bahagian halal semua pusat jualan runcit makanan seluruh Malaysia.

Dengan pengesahan daripada pihak Jakim itu, persoalan pengguna Muslim yang sebelum ini gusar tentang status produk tersebut sudah terjawab. Tabasco diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn. Bhd.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Baginda ada hak’

Posted:

'Baginda ada hak'

'Baginda ada hak'

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

Datuk Azzuddin Ahmad


SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak akan dikenakan sebarang tindakan meskipun mengeluarkan kenyataan mengenai prestasi skuad Harimau Malaya.

Kenyataan baginda itu merupakan pendirian badan induk bola sepak negara.

Menurut Azzuddin, pandangan Tengku Abdullah itu dibuat atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal skuad Harimau Malaya dan baginda berhak untuk menyuarakan pendapat mengenai prestasi skuad negara.

Jelasnya, FAM menganggap pandangan Tengku Abdullah sebagai satu nasihat berguna kepada ketua jurulatih skuad negara, Datuk K. Rajagobal.

"Tengku Abdullah ialah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Harimau Malaya dan baginda ada kuasa untuk melontarkan pandangan.

"Kita mesti jelas bahawa Tengku Abdullah bercakap atas kapasiti sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal yang mana baginda berhak untuk menyuarakan pendapat termasuk mengenai persembahan skuad negara kendalian Rajagobal itu.

"Itu hak Tengku Abdullah," kata Azzuddin ketika ditemui di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Tengku Abdullah melahirkan kebimbangan mengenai persembahan skuad Malaysia selepas tewas 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 di tangan Thailand dalam siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

Baginda menegur dan menasihatkan pengendali Harimau Malaya agar memberikan perhatian lebih serius dalam menyenaraikan kesebelasan utama terbaik sebelum mengharungi Kejohanan Piala Suzuki AFF yang bermula pada 25 November ini.

Bagaimanapun, kenyataan Tengku Abdullah itu mengingatkan kembali banyak pihak kepada kes bekas rakan sejawatan baginda, Tan Sri Annuar Musa yang digantung dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah melanggar artikel 88 peraturan FAM yang menetapkan hanya Presiden dan Setiausaha Agung boleh mengeluarkan kenyataan kepada media.

Annuar yang merupakan Timbalan Presiden FAM didapati bersalah kerana memberikan kenyataan kepada media mengenai prestasi skuad negara.

Pada 4 April lalu, bekas Menteri Belia dan Sukan itu dikenakan hukuman atas dua kesalahan berbeza.

Bagi kesalahan pertama, Annuar didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari lalu.

Dalam kesalahan kedua, Annuar didakwa melanggar titah Tengku Abdullah dan selepas hukuman tersebut, beliau tidak dibenarkan terbabit dalam aktiviti sukan bola sepak negara di bawah naungan FAM.

Berdasarkan statut tersebut, hanya Presiden dan Setiausaha Agung FAM berhak untuk menyuarakan pendapat atau pandangan terhadap prestasi skuad negara.

Mengulas lanjut, Azzuddin memberitahu, pandangan Annuar terhadap prestasi skuad negara jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendapat Tengku Abdullah.

"Kenyataan Annuar mengaibkan. Titah Tengku Abdullah adalah untuk memberikan nasihat kepada Rajagobal.

"Dalam konteks titah Tengku Abdullah (kelmarin), baginda hanya menegur Rajagobal agar menghentikan eksperimen terhadap skuad negara.

"Sekali lagi saya ingin katakan bahawa Tengku Abdullah mempunyai hak untuk bersuara dan situasi (Annuar) dengan baginda amat berbeza," katanya.

Parlimen Puchong tekad pertahan kejuaraan

Posted:

Parlimen Puchong tekad pertahan kejuaraan

Parlimen Puchong tekad pertahan kejuaraan


PASUKAN-pasukan yang memenangi Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia edisi kedua bergambar kenangan selepas upacara penutup kejohanan tersebut di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18 Putrajaya awal tahun ini.


JUARA bertahan Kejohanan Futsal Parlimen 1Malaysia peringkat kebangsaan, Puchong mengakui faktor cuaca bakal menjadi 'pencabar utama' mereka dalam usaha mempertahankan kejuaraan tersebut.

Ketua pasukan, Zahrin Arin mengakui gusar sekiranya kejohanan tersebut ditentukan menerusi sepakan penalti.

Menurutnya, mereka kini giat menjalani persiapan sebelum turun beraksi pada kejohanan tiga hari itu yang bermula pada Jumaat ini di Kompleks Futsal 1Malaysia Presint 18, Putrajaya.

"Seperti juga tahun lalu, sebanyak 444 pasukan bakal bertanding kali ini dan saya yakin mereka pasti bersemangat untuk melakukan aksi terbaik pada kejohanan tersebut.

"Apa yang merisaukan saya ialah cuaca yang tidak menentu pada masa ini. Jika hujan lebat, sudah pasti perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti.

"Apa pun, sasaran kami adalah untuk layak ke pusingan suku akhir," katanya kepada Kosmo! semalam.

Pada kejohanan edisi kedua awal tahun ini, Parlimen Puchong muncul juara selepas menundukkan Parlimen Seremban 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir selepas kedudukan terikat 1-1.

Kemenangan itu sekali gus membolehkan Parlimen Puchong membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, piala pusingan, pingat dan hamper manakala Parlimen Seremban menerima RM10,000 berserta pingat dan hamper.

Mengulas lanjut, Zahrin menegaskan, kesemua pasukan dilihat memiliki peluang untuk muncul sebagai juara pada edisi kali ini.

Begitupun, semangat juang Puchong semakin membara untuk mempamerkan aksi lebih cemerlang sebagai usaha untuk mempertahankan status sebagai juara.

"Saya menjangkakan pertandingan kali ini lebih sengit kerana ia melibatkan pasukan-pasukan baharu. Tidak dapat dinafikan mereka mampu menjadi pencabar utama kami.

"Mungkin pengalaman lebih memihak kepada kami. Jika boleh, kami mahu mengelak daripada bertemu dengan pasukan dari Lembah Klang atau Pantai Timur pada peringkat awal.

"Apa yang pasti, Kompleks Futsal 1Malaysia merupakan gelanggang keramat kami dan Puchong tidak rela untuk melepaskan status juara kepada mana-mana pasukan," tegasnya.

Butler sah terajui T-Team

Posted:

Butler sah terajui T-Team

Butler sah terajui T-Team

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


BUTLER diberi tanggungjawab menjadi pengurus dan jurulatih T-Team.


BEKAS pengendali Terengganu, Peter James Butler akan menandatangani kontrak sebagai pengurus dan jurulatih baharu pasukan berstatus kelab, T-Team dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Rozi Mamat berkata, pihak pengurusan T-Team dan Butler telah mencapai persetujuan selepas pengendali dari England itu dilepaskan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

"Dia (Butler) akan menandatangani kontrak selaku jurulatih dan pengurus T-Team dalam masa terdekat.

"Dia dilihat pilihan terbaik dan kami merasakan dia mampu menerajui pasukan ke tahap yang lebih tinggi terutama dalam menyemai disiplin dalam kalangan pemain," katanya.

Rozi yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk memantau pasukan T-Team dan Terengganu pada musim depan menambah, T-Team sudah lama ingin mendapatkan khidmat Butler sejak musim lalu lagi memandangkan beliau mempunyai rekod baik sebagai jurulatih.

Katanya, kaedah latihan dan cara Butler mendisiplinkan pemain akan memberi manfaat kepada skuad T-Team, sekali gus meningkatkan prestasi pasukan pada musim depan.

"T-Team sebenarnya mahukan khidmat Butler pada musim lalu tetapi Terengganu bertindak lebih awal untuk mendapat khidmatnya.

"Justeru, apabila semua masalah berhubung Butler dan PBSNT telah diselesaikan, T-Team tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmatnya," kata Rozi.

Beliau menambah, dengan pelantikan sebagai pengurus dan jurulatih, Butler akan diberi kebebasan untuk memilih pemain.

Katanya, sesi latihan pasukan T-Team akan bermula pada 16 November ini selepas Butler menandatangani kontrak dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, T-Team juga sedang mengadakan perbincangan dengan pemain dari Ghana iaitu George dan Derek Boateng.

"Kalau semua berjalan dengan lancar, kami akan memperkenalkan pemain-pemain import baharu ini minggu depan," katanya.

Rozi menjelaskan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk kedua-dua pasukan (T-Team dan Terengganu) pada musim depan. Ia dijangka akan ditambah mengikut prestasi pasukan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Empat dikhuatiri lemas, kereta terbabas ke dalam sungai

Posted:

Empat dikhuatiri lemas, kereta terbabas ke dalam sungai

Empat dikhuatiri lemas, kereta terbabas ke dalam sungai

13/11/2012 9:33pm

PENDANG — Empat individu yang tidak dikenali identitinya dikhuatiri lemas setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam Sungai Padang Kerbau, Titi Haji Idris dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira 1.30 petang tadi apabila kereta jenis Proton Saga berwarna putih dipercayai masuk ke Kampung Titi Haji Idris dekat sini, iaitu kira-kira 200 meter dari jalan utama Titi Haji Idris- Pekan Pendang dengan tempat kejadian.

Siti Fatimah Hussin, 34, berkata, dia ketika itu yang berada di hadapan rumahnya yang bertentangan dengan tempat kejadian ternampak sebuah kereta dari jalan utama menghala masuk ke kampungnya dan tiba-tiba dia terdengar bunyi dentuman kuat dari arah sungai.

Katanya, kereta tersebut yang terbabas ke dalam sungai tenggelam dengan cepat akibat arus sungai yang deras. Bagaimanapun tiada kelibat mangsa yang cuba keluar daripada kenderaan tersebut bagi menyelamatkan diri.

"Saya dengar bunyi "boom" dan terus nampak ada kereta dah jatuh dalam sungai. Kemudian saya beritahu jiran dan tak lama kemudian kereta tu terus tenggelam. Saya terus hubungi bomba dan polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa bukan penduduk kampung tersebut dan mungkin orang luar yang datang untuk melakukan aktiviti memancing di kawasan sungai itu.

Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Setar, Mohd. Faizol Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 1.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan kekuatan 22 anggota dari Pendang dan Kota Setar termasuk empat penyelam.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada 2.30 petang tadi bagaimanapun menghadapi kesukaran ekoran arus sungai yang terlalu deras serta keadaan sungai yang dalam iaitu kira-kira 5 meter.

JPAM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Setar menggunakan dua bot bagi melakukan kerja-kerja menyelamat dan mencari kenderaan mangsa di sekitar kawasan tersebut.

Setakat pukul 5 petang ini usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai lemas, gagal. — BERNAMA

Labuan mempunyai 19 hari cuti umum pada 2013

Posted:

Labuan mempunyai 19 hari cuti umum pada 2013

Labuan mempunyai 19 hari cuti umum pada 2013

13/11/2012 9:31pm

LABUAN — Labuan akan mempunyai 19 hari cuti umum tahun depan berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan cuti umum perayaan Deepavali juga mencakupi Wilayah Persekutuan itu.

Enam daripada 19 hari hari cuti umum pada tahun itu, sama ada jatuh pada hari Jumaat atau Isnin, akan melanjutkan cuti hujung minggu — masing-masing dua pada Februari dan Mei, dan setiap satu pada Jun dan September.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal mengucapkan terima kasih kepada Najib terhadap pengumuman itu.

"Pengumuman yang telah lama ditunggu-tunggu sudah pasti disambut baik oleh penduduk Labuan," katanya.

Bilangan penganut Hindu di Labuan telah meningkat dan kini dianggarkan lebih 3,000 orang.

Najib membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di perkarangan kompleks Batu Caves di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan, Labuan juga layak menikmati cuti umum berkenaan.

Keputusan itu dibuat oleh Kabinet, kata Najib. — BERNAMA

PDRM tamat misi di Timor Leste akhir tahun ini

Posted:

PDRM tamat misi di Timor Leste akhir tahun ini

PDRM tamat misi di Timor Leste akhir tahun ini

13/11/2012 9:29pm

SEPANG — Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Timor Leste (UNMIT) akan menamatkan tugas mereka akhir tahun ini.

Komander Kontinjen PDRM di Timor Leste, Supt. Mohamad Salleh Khalid berkata, sejak menyertai misi pengaman itu pada 1999, Malaysia telah diiktiraf antara negara yang menjalankan tugas dengan baik.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas majlis menyambut ketibaan 77 anggota dan pegawai PDRM iaitu 12 wanita dan 65 lelaki yang menyertai misi itu bermula Oktober tahun lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Kepulangan mereka disambut Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan) Bukit Aman SAC Hasanuddin Hassan.

Menurutnya, 19 pegawai dan anggota lagi akan pulang ke tanah air esok, tiga hujung bulan ini dan seorang akan kembali ke tanah air bulan depan.

Mohamed Salleh berkata, meskipun diterima baik dalam kalangan polis dan rakyat di negara itu, mereka tidak terkecuali daripada menempuh detik mencemaskan apabila hampir 90 kereta dinaiki anggota misi dibaling batu oleh penduduk Timor Leste sehingga cermin kenderaan pecah.

"Keadaan masyarakat di sana tak boleh dijangka. Ia berlaku pada 17 Julai lepas apabila rakyat Timor Leste seakan tidak berpuas hati selepas pilihan raya parlimen negara itu diadakan," katanya.

Selain itu masalah cuaca yang terlalu panas dan sumber bekalan air terhad adalah antara cabaran yang turut dihadapi, katanya. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Israel ancam serangan besar-besaran di Gaza

Posted:

Israel ancam serangan besar-besaran di Gaza

Israel ancam serangan besar-besaran di Gaza

BEBERAPA anggota polis memeriksa sebuah rumah yang mengalami kerosakan akibat serangan roket para pejuang Palestin di bandar Netivot, Israel semalam.


BAITULMUQADDIS - Beberapa pegawai Israel semalam mengancam untuk melancarkan serangan besar-besaran di Gaza semalam.

Ancaman itu dibuat selepas 24 jam para pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke wilayah Israel.

Serangan tersebut menyebabkan beberapa pemimpin Israel termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa negaranya bersedia untuk meningkatkan serangan balas.

Menteri Pertahanan, Ehud Barak menyatakan para pemimpin pergerakan Hamas akan menerima padah ekoran serangan roket itu.

Seorang pegawai kanan Israel mengesahkan bahawa Netanyahu mengadakan mesyuarat bagi melakukan persediaan untuk kemungkinan satu tindakan yang keras akan dilakukan untuk melindungi penduduk Israel.

Para pejuang Gaza melancarkan 110 roket ke selatan Israel sejak Sabtu lalu.

Salah satu serangan itu mengenai pekarangan sebuah rumah di bandar Netivot.

Tiada sebarang laporan tentang kecederaan dilaporkan ekoran serangan tersebut.

Sehari sebelum itu, jet-jet pejuang Israel melancarkan serangan di tiga buah lokasi di Gaza.

Beberapa pegawai Israel turut menyatakan serangan balas yang lebih hebat perlu dilancarkan.

Bekas ketua tentera negara itu, Dan Halutz mencadangkan beberapa aset milik pergerakan Hamas perlu diserang sebelum operasi ketenteraan dilancarkan tentera Israel.

Menurut seorang bekas penasihat keselamatan Israel, Giora Eiland, import barangan dan bekalan elektrik ke Gaza perlu dipotong. - Agensi

Bekas PM Libya mula dibicarakan

Posted:

Bekas PM Libya mula dibicarakan

Bekas PM Libya mula dibicarakan

AL-BAGHDADI duduk di dalam kurungan di sebuah penjara di Tripoli semalam.


TRIPOLI - Bekas perdana menteri terakhir rejim pemerintah Libya, Muammar Gaddafi, Al-Baghdadi al-Mahmudi dibicarakan dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah jenayah semalam.

Sebaliknya jurucakap Peguam Negara Libya, Taha Baara menyatakan Al-Baghdadi dituduh terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara dan jenayah kewangan.

Perbicaraan itu hanya berlangsung selama sepuluh minit, sebelum perbicaraan disambung semula pada 10 Disember depan.

Al-Baghdadi melarikan diri ke Tunisia pada September tahun lalu selepas kumpulan pemberontak menguasai Tripoli sekali gus menamatkan pemerintahan kuku besi Gaddafi yang terbunuh pada 20 Oktober 2011.

Selain perdana menteri, beliau pernah memegang jawatan menteri kesihatan, menteri sumber manusia dan menteri infrastruktur. - Agensi

Zionis sahkan serangan balas ke atas Syria

Posted:

Zionis sahkan serangan balas ke atas Syria

Zionis sahkan serangan balas ke atas Syria


DUA buah kereta kebal tentera Israel mengawal Bukit Golan dekat Kampung Bariqa, Syria semalam.


BAITULMUQADDIS - Tentera Israel semalam melancarkan serangan balas ke atas Syria sebagai respons terhadap serangan mortar di Bukit Golan, kata satu sumber tentera.

"Sebelum ini, serangan mortar mengenai sebuah kawasan di pekarangan pos tentera Israel di Bukit Golan yang disebabkan oleh konflik dalaman Syria," kata sumber tentera tersebut.

Menurutnya, askar-askar tentera Israel melancarkan bedilan meriam kereta kebal.

Sumber tersebut menyatakan bedilan tersebut dihalakan ke arah lokasi bedilan mortar tersebut dilancarkan.

Tentera Israel turut memberi amaran bahawa jika tentera Syria terus melancarkan serangan, pihaknya akan melancarkan serangan yang lebih besar.

"Bedilan dari Syria ke Israel tidak akan dikompromi," kata satu kenyataan daripada tentera Israel. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved