Isnin, 12 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tempah baju ikut fesyen Bollywood

Posted:

Tempah baju ikut fesyen Bollywood

Tempah baju ikut fesyen Bollywood

SUDAH 25 tahun bergelar tukang jahit di Taman Bukit Mewah, Kajang, Selangor, Mullaichram Ramakrishnan, 49, melihat trend berfesyen dalam kalangan masyarakat India semakin berubah.

Jika dahulu orang lebih gemar membeli baju siap, sekarang biasanya orang akan membeli kain sahaja dan menghantarnya untuk dijahit.

Akui wanita yang mesra dengan panggilan Mullai itu, trend berkenaan yang semakin ketara sejak lima tahun lalu, sudah tentunya didorong oleh kuasa berbelanja atau taraf hidup yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat hari ini.

Hari ini, bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi Mullai sekiranya seorang pelanggan wanita akan datang ke kedainya dengan dua atau tiga pasang kain untuk dibuat blaus sari dan sut punjabi.

"Tahun ini sebagai contoh, ada seorang pelanggan datang dengan tujuh pasang kain untuk dijahit," katanya menggambarkan kesibukannya sebagai tukang jahit sempena Deepavali pada tahun ini.

Sejak lebih satu setengah bulan lalu, Mullai akan menghabiskan masa hampir 13 jam sehari hanya untuk memotong dan menjahit baju yang ditempah pelanggan. Dia hanya mengambil cuti pada hari Ahad untuk berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.

"Saya berhenti menerima tempahan baju sejak sebulan lalu kerana terlalu banyak baju untuk disiapkan. Berbanding tahun lepas, tahun ini tidak menang tangan saya dibuatnya kerana menerima tempahan hampir dua kali ganda," kata Mullai yang akui mempunyai lebih 100 pelanggan tetap.


KALAI (kanan) turut menjual kain sari dan material sut Punjabi selain menjahit.


Cita rasa tinggi

Bercerita lanjut mengenai trend fesyen sempena Pesta Cahaya, katanya pelanggan hari ini mempunyai cita rasa yang jauh lebih tinggi berbanding apa yang kita saksikan di kaca televisyen daripada filem-filem Tamil.

"Mungkin kerana kita terdedah kepada filem Bollywood, Melayu dan Barat, ia memberikan pelanggan dan tukang jahit pelbagai idea dan kelainan," kata Mullai.

Jelasnya, bagaimanapun fesyen Bollywood dilihat sangat ketara apabila pelanggan tempatan gemarkan potongan seksi mengikut bentuk badan, banyak jemeki dan manik selain berwarna terang.

Untuk sehelai blaus sari, tukang jahit biasanya mengambil upah antara RM30 hingga RM35 mengikut rekaan manakala untuk sut Punjabi harganya boleh mencecah sehingga RM70.

Bagi adik-beradik, M. Chandrasuriyah, 34 dan M. Chandrakalai, 33, yang pada asalnya menjahit di rumah, kesungguhan untuk mendalami teknik jahitan dan perniagaan menyebabkan mereka kini memilih untuk bekerja di bawah seorang pemilik kedai jahit.

"Sebenarnya, bekerja menjahit dari rumah atau di kedai, sama sahaja. Mungkin di kedai, anda terikat dengan majikan, tetapi saya berpendapat ia selamat dan berpotensi mendapat lebih ramai pelanggan," kata mereka berdua yang bekerja di sebuah kedai menjahit di Taman Kinrara, Puchong, Selangor.

Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti Deepavali, mereka yang lebih senang dengan panggilan Suriyah dan Kalai begitu sibuk melayan pelanggan dan menjahit baju sedia pakai. Kedai jahit tersebut mula menerima tempahan untuk Deepavali sejak lebih dua bulan lalu.

"Ada seorang pelanggan kami dari Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, singgah pada awal pagi sebelum kedai dibuka dan tinggalkan satu bungkusan di anak tangga. Apabila kami buka ikatan, ada kain siap dan kain untuk dijahit. Pagi yang sama, pelanggan itu menelefon meminta kami menjahit kain mengikut saiz kain ukur yang ditinggalkan," katanya merujuk kepada pelanggan tetap mereka itu.

Dalam keadaan tertentu, pelanggan akan mendesak dan ia menyebabkan dua beradik itu tiada pilihan lain. Bukan kerana wang, tetapi tempahan itu diterima juga kerana jalinan hubungan dengan pelanggan yang sudah terjalin sekian lama.


KATALOG rekaan blaus sari turut disediakan oleh tukang jahit tempatan.


Semangat berkobar

Kedua-dua beradik itu memulakan bisnes menjahit dari rumah di kediaman ibu mereka, di Taman Kinrara sejak tahun 2007 dengan pengetahuan menjahit yang agak terhad. Kalai pernah menghadiri kelas menjahit tetapi mampu belajar selama dua bulan.

"Tidak lama selepas itu saya ke India untuk tujuan bercuti. Kembali dari India, melihat fesyen di sana yang sangat meriah, niat untuk menjahit kembali berkobar-kobar," katanya yang terpengaruh dengan fesyen dan trend pakaian di India.

Ceritanya lagi, demi menambahkan ilmu jahitan ketika itu, dia bekerja di sebuah kedai jahit di Puchong dengan gaji bulanan hanya RM450.

"Memang agak sedikit upah yang diberikan, tetapi demi memahirkan diri dalam bidang jahitan saya tidak kisah," katanya yang menimba ilmu di situ hampir setahun.

Berbeza cerita dengan adiknya, Suriyah pula mempunyai kisah berbeza dalam mendalami ilmu jahitan. Tidak mengambil kursus di mana-mana kolej, dia sebaliknya belajar memotong kain dan menjahit dengan seorang mak cik keturunan Cina selama beberapa bulan.

Berkat ilmu itulah, kedua-dua beradik berkenaan kemudian nekad mengambil upah menjahit baju dari rumah sebelum bersama-sama bekerja dengan sebuah kedai jahit.

"Lazimnya, menjelang musim perayaan, saya akan memotong kain dan Kalai akan menjahit. Itu rutin kami," kata Suriyah.


MENJELANG musim Deepavali, Suriyah khusus kepada tugas memotong kain.


Banyak tempahan

Kedua-dua mereka memberitahu menjelangnya musim perayaan, dan diikuti musim perkahwinan selepas itu, mereka berdua pernah menjahit sehingga lapan pasang kain sehari.

"Biasanya kami menjahit sekitar tiga pasang kain sehari. Masa juga banyak diluangkan apabila berhadapan dengan pelanggan. Ada pelanggan yang akan meluangkan masa sehingga beberapa jam di kedai bukan sahaja mengukur dan menempah baju malah berbual mengenai pelbagai hal lain," kata Suriyah sambil tergelak apabila ditanya tentang cabaran dalam bidang itu.

Mengimbau mengenai cabaran beberapa tahun sebagai penjahit, Kalai dan Suriyah memberitahu, mereka pernah didatangi pelanggan yang mahu baju blaus sarinya disiapkan dalam tempoh masa satu jam. Pelanggan itu sanggup membayar harga dua kali ganda agar permintaannya ditunaikan.

Selain itu, ada juga pelanggan yang membawa kain yang sudah 'dirosakkan' oleh tukang jahit terdahulu. Sambil mengeluh Kalai mengakui, ia satu kerja yang sangat rumit.

"Tetapi, oleh kerana terdesak, pelanggan sanggup bayar harga penuh bagi menjahit kain yang hanya perlu diperbaiki," kata Kalai.

Menyentuh mengenai kebanjiran tukang jahit dari India, Kali memberitahu, ia berlaku kerana tidak ramai dalam kalangan wanita Malaysia yang gemar menceburi bidang itu.

"Tukang jahit dari India didekati kerana pelanggan tiada pilihan mendapatkan tukang jahit tempatan. Sebenarnya, bagi kebanyakan pelanggan, pilihan utama ialah tukang jahit tempatan kerana selain soal kepercayaan, tukang jahit Malaysia lebih peka dengan rekaan dan trend semasa," ulasnya.

Bagi seorang pelanggan, Mitra Devan, 40, tukang jahit tempatan mempunyai idea yang segar mengenai fesyen. Mitra yang juga seorang penjual baju tradisional India seperti kurtha, kurthi dan salwar kameez berkata, dia akan menghantar kain itu kepada dua beradik tersebut untuk menjahit baju-baju separuh siapnya.

"Saya menghantar lebih 100 kain kepada mereka. Ini tidak termasuk kain peribadi saya, lazimnya blaus sari dan sut Punjabi. Menjelang musim Deepavali, jumlah tempahan saya lebih dua kali ganda. Saya amat berpuas hati kerana jahitan mereka selalu menepati kehendak saya," kata Mitra juga dari Puchong yang mengenali kedua-dua tukang jahit itu sejak tahun 2007.

Warga emas Jepun aktif bekerja

Posted:

Warga emas Jepun aktif bekerja

Warga emas Jepun aktif bekerja


ISHIHARA yang berusia 80 tahun mahu aktif berpolitik meskipun sudah melepaskan jawatannya sebagai Gabenor Tokyo.


SETIAP pagi, Mitsumi Kobuna, 73, perlu bangun tidur seawal pukul 5 pagi. Lelaki itu bersiap-siap dan bergegas ke pasar Tsukiji yang terletak di Tokyo, Jepun untuk memproses ikan untuk jualan sehingga pukul 8 malam.

Sejak umur 18 tahun, peniaga yang tidak lekang dengan senyuman itu bergelumang dengan ikan-ikan segar selama enam hari seminggu. Ia merupakan perniagaan keluarga yang diwarisi sejak empat generasi.

Sepanjang sepuluh tahun pertama, dia membiasakan diri dengan pekerjaan tersebut dan kini, Kobuna berharap dapat bekerja untuk tempoh dua hingga tiga tahun lagi meskipun rambutnya telah memutih.

Situasi yang dilalui Kobuna bukanlah luar biasa di Jepun. Ramai warga emas negara tersebut masih aktif bekerja walaupun telah lanjut usia.

Secara purata, Kobuna bekerja sehingga usianya mencecah 69 tahun, melebihi purata umur 64 tahun di 34 buah negara membangun di bawah Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Warga emas Perancis pula secara majoriti bekerja sehingga umur 59 tahun sahaja.

Contoh jelas warga emas yang aktif bekerja ialah bekas Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara yang mengumumkan peletakan jawatan sebagai gabenor pada bulan Oktober lalu bagi menubuhkan sebuah parti politik baharu. Bayangkan, pada usia 80 tahun, Ishihara masih mahu bergiat dalam dunia politik.

Rasa tua

Pemilik sebuah warung teh di bandar Kagurazaka, Koji Saito, pula mendedahkan bahawa dia bekerja selama enam atau tujuh hari seminggu untuk tempoh 12 jam sehari.

"Jika saya berhenti bekerja, saya akan rasa tua. Sudah 50 tahun saya bekerja di sini dan kalau saya berhenti, bermakna hidup saya telah berakhir," ujar Saito yang berumur 75 tahun.

Pemikiran sebegitu dipercayai terbina dalam kalangan generasi yang hidup pada zaman peperangan atau selepas peperangan. Mereka mengerti kesusahan mendapat pekerjaan waktu dahulu dan percaya hanya kerja dapat membangunkan negara mereka semula dan bebas daripada kancah kemiskinan.

Kenji Wada, 73, yang bekerja sebagai peguam memberitahu: "Kerja bukan sekadar untuk meneruskan hidup. Duit merupakan faktor kedua kerana tujuan kita bekerja adalah bagi memenuhi tanggungjawab sebagai anggota masyarakat."

Tambahnya, sejak mula mengamalkan khidmat guaman lebih 40 tahun lalu, dia bekerja dengan banyak syarikat Jepun dan antarabangsa. Katanya, syarikat-syarikat tersebut percaya pada kemampuannya dan dia tidak dinilai berdasarkan usia.

Kerja selepas bersara

Undang-undang yang dikuatkuasakan Jepun pada bulan Ogos lalu menyatakan setiap syarikat perlu mengekalkan pekerja yang berusia 65 tahun ke atas, sekurang-kurangnya mereka yang masih mahu bekerja. Sejajar dengan itu, usia bagi pembayaran pencen dilanjutkan daripada umur 60 tahun pada waktu ini menjadi 65 tahun menjelang tahun 2025.

Penguatkuasaan baharu itu tidak menimbulkan sebarang bantahan di Jepun malah majoriti mereka bersetuju dengan pegangan pepatah 'bekerja adalah sihat.'

"Saya tidak pernah bertanya kepada diri sendiri sama ada kerja saya ini menarik atau tidak. Bapa saya bekerja sehingga umur 80 tahun dan saya juga akan bekerja sehingga penghujung usia.

"Hidup saya dibina sedemikian rupa dan sekarang bukan masanya untuk berubah. Jika saya bersara, apa yang boleh saya lakukan?" soal Seichiro Fukui, 64, yang menjadi broker insurans, ejen hartanah dan peniaga biskut beras selama 41 tahun.

Di Jepun, persoalan yang sering membelenggu pekerja warga emas adalah bagaimana untuk mengelakkan diri daripada menjadi tidak berguna dan mencari erti kehidupan selepas persaraan? Segelintir mereka menemui penyelesaiannya iaitu dengan bekerja semula.

Yumiko Tominaga, 61, bersara sebagai guru 10 tahun lebih awal disebabkan masalah kesihatan. Selepas sembuh, dia membuat keputusan untuk berkecimpung dalam bidang pembuatan teh dan roti.

Pesara awal tersebut kembali ke kampungnya di Hitachiota, di timur laut Tokyo bagi membuka kedai roti khususnya dalam penyediaan makanan berasaskan tepung beras.

Kongsi Tominaga: "Saya rasa segar dan gembira dapat bekerja demi kebaikan orang lain."

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bekas dekan kena bayar Sri Wani RM12,000

Posted:

Bekas dekan kena bayar Sri Wani RM12,000

Bekas dekan kena bayar Sri Wani RM12,000

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Nasib bekas dekan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dr. Bahrom Sanugi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa membayar RM12,000 kepada isterinya, Sri Wani Choo Abdullah serta-merta berikutan permohonan untuk menggantung perintah kos tersebut ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie Mohd. Amran Mat Zain ketika memutuskan perkara itu berkata, mahkamah tidak berpuas hati dengan alasan-alasan yang dikemukakan Bahrom, 61, menerusi afidavit yang difailkan pada 28 September lalu.

Terdahulu, Bahrom mengemukakan permohonan berkenaan selepas Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan pada 30 September lalu membatalkan empat permohonan termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap Sri Wani, 37, bagi mengesahkan jantinanya, malah diarah membayar kos RM12,000 kepada Sri Wani dalam tempoh sebulan dari tarikh itu.

Sementara itu, Mohd. Amran dalam penghakimannya semalam menyifatkan alasan pemohon yang mendakwa dirinya di luar kemampuan untuk membayar jumlah berkenaan kerana tidak berpendapatan tetap adalah tidak munasabah.

"Dalam hal ini, mahkamah memerlukan butiran seperti dokumen atau bentuk keterangan oleh pemohon bagi meyakinkan setiap fakta, sebaliknya pemohon gagal berbuat demikian," katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan tempoh masa pemfailan kes itu yang dibuat dua hari sebelum tempoh pembayaran akhir pada 30 September 2012, iaitu hampir sebulan selepas perintah itu dikeluarkan.

"Ini menunjukkan pemohon tidak berdepan masalah kewangan parah sehingga perlu menggantung perintah. Saya melihat dalam kes ini, pemohon tidak bersungguh-sungguh dan cuba menyalahgunakan proses mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Walid memutuskan menolak permohonan untuk menggantung perintah dengan kos yang ditaksir kemudian.

Sri Wani yang hadir bersama peguam syarie Boestamam Ahmad melahirkan rasa gembira kerana sekali lagi kemenangan berpihak kepadanya selepas hidupnya terganggu disebabkan kes tersebut.

Empat permohonan Bahrom yang dibatalkan sebelum ini ialah perintah supaya Sri Wani menjalani ujian DNA, permohonan perintah tegahan daripada memberi kenyataan kepada media, pengesahan nikah untuk memfaraqkan (membubarkan) perkahwinan dan perintah komital untuk memenjarakan dirinya.

Bahrom sebelum ini memfailkan permohonan untuk membubarkan pernikahannya dengan Sri Wani kerana mendakwa pengusaha butik kecantikan itu seorang lelaki selepas setahun mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.

Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000

Posted:

Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000

Ada aduan, dail saja talian 03-8000 8000


NAJIB (tiga dari kiri) melawat Pusat Panggilan 1Malaysia selepas melancarkan perkhidmatan itu di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) iaitu sebuah pusat penyelesaian setempat untuk rakyat mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan mengenai perkhidmatan awam.

Beliau berkata, pusat yang beroperasi 24 jam seminggu termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan diyakini dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.

"Saya yakin dan percaya 1MOCC ini benar-benar dapat meletakkan perkhidmatan awam dan kerajaan sebagai sesuatu yang dibanggakan oleh rakyat.

"Saya amat berharap 1MOCC ini disokong dan didukung sepenuhnya oleh semua jabatan dan agensi kerajaan atas semangat kita sebagai satu entiti," katanya pada majlis pelancaran 1MOCC di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel.

1MOCC merupakan satu projek National Flagship di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang membolehkan orang awam mengemukakan pertanyaan, aduan atau cadangan kepada pelbagai agensi kerajaan menggunakan nombor rujukan tunggal 03-8000 8000.

Selain itu, pengguna boleh memilih untuk menggunakan faks di talian 03-8000 8001, melayari laman web di www.malaysia.gov.my, e-mel 80008000@1mocc.gov.my dan laman-laman sosial iaitu facebook.com/myGovernment dan twitter.com/myGovPortal.

Perdana menteri berkata, inisiatif itu akan lebih memudahkan rakyat kerana hanya satu nombor yang perlu diingat selain membolehkan kerajaan mencapai objektif dengan kos minimum.

"Dengan cara ini, kita ada satu perkhidmatan yang revolusionari, tiada tolok bandingan di mana-mana negara. Kita sudah mencapai sesuatu yang di luar jangkaan yang mungkin tidak terfikir oleh kita dan hari ini ia menjadi satu kenyataan," katanya. - Bernama

Malaysia jadi hos pemimpin Cina seluruh dunia bertemu untuk tingkatkan perniagaan

Posted:

Malaysia jadi hos pemimpin Cina seluruh dunia bertemu untuk tingkatkan perniagaan

Malaysia jadi hos pemimpin Cina seluruh dunia bertemu untuk tingkatkan perniagaan


MUHYIDDIN merakam gambar peribadi ketika hadir pada majlis resepsi dan jamuan malam meraikan delegasi forum Ekonomi Cina Dunia di Melbourne semalam.


MELBOURNE - Malaysia menjadi hos kepada ramai pemimpin perniagaan Cina dari banyak bahagian dunia termasuk dari China, Indonesia, Amerika Syarikat, Singapura dan Australia bagi melakukan perniagaan yang bukan sahaja dengan Cina Malaysia malah dengan semua rakyat Malaysia yang memahami etika dan nilai Cina.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, banyak perniagaan itu menggunakan Malaysia sebagai platform bagi melancarkan produk dan perkhidmatan untuk memasuki pasaran berbahasa Inggeris lain, India dan Timur Tengah disebabkan penduduk Malaysia yang pelbagai bahasa dan hubungan kebudayaan dengan banyak bahagian di dunia.

Semasa menyampaikan ucaptama pada Forum Ekonomi Cina Dunia (WCEF) keempat di sini semalam, Muhyiddin berkata, Malaysia bertuah kerana mempunyai 24 peratus atau tujuh juta rakyat yang merupakan etnik Cina dan mereka boleh bertutur Mandarin, Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew, Fuchow dan banyak dialek lain.

Katanya, Malaysia satu-satunya negara di luar China yang menyediakan sistem pendidikan Mandarin kepada rakyatnya dan terdapat ramai juga rakyat Malaysia berlatarbelakang bukan Cina belajar di sekolah Mandarin yang menyediakan rakyat Malaysia hubungan baik dengan 50 juta Cina seberang laut dan lebih 1.3 bilion rakyat China.

"Selain keupayaan berkomunikasi dan memahami, wujud banyak hubungan perniagaan di dalam perdagangan dan pelaburan berikutan jumlah penduduk Cina yang besar.

"Sebagai contoh, Robert Kuok ialah seorang rakyat Malaysia terkenal dan kaya serta mempunyai empayar perniagaan melangkaui Asia Tenggara dan China," katanya.

Semasa krisis kewangan 2008, Muhyiddin berkata, dua kumpulan komuniti perniagaan dapat menampan manipulasi kewangan dan salah satu daripadanya adalah Cina atau entiti perniagaan yang diketuai Cina seberang laut selain mereka yang terlibat dalam perniagaan halal.

Katanya, forum itu yang pertama kali diadakan di luar Malaysia memberi kelebihan untuk menjalin hubungan kukuh dengan Cina seberang laut dari seluruh dunia. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Thanuja melangkah sempadan dunia

Posted:

Thanuja melangkah sempadan dunia

Thanuja melangkah sempadan dunia

Oleh HAFIZ AHMAD

THANUJA tidak dapat menyambut Deepavali bersama keluarga tahun ini kerana tuntutan kerja.


MEMBENTUK imej seorang fashionista bukan bermaksud anda perlu memakai aksesori sarat atau menyarungkan persalinan berjenama semata-mata. Frasa popular, less is more wajar diikuti mereka yang baru bereksperimen dalam mencari-cari gaya signatur diri.

Tudung umpamanya, pada dasarnya ia sebahagian daripada pakaian wajib bagi menutupi rambut wanita Islam. Namun, konsep menutup aurat sebenarnya semakin tenggelam akibat keghairahan golongan wanita mencipta pelbagai gaya tudung sehingga ia tidak lagi berlandaskan syariat agama.

Barangkali tudung dan selendang keluaran TudungPeople perlu diberi perhatian. Mengangkat pemakaian tudung ringkas sebagai caturan perniagaan, jenama yang baru setahun di pasaran itu menepis pengolahan tudung yang dipakai berlapis-lapis oleh kebanyakan Muslimah tempatan hari ini.

"Kami cuba mendidik masyarakat agar berfesyen sambil menutup aurat secara berpada-pada. Tidak salah bergaya dengan tudung tetapi adakalanya apabila ia dipakai dengan teknik-teknik pelik dan ditambah pula aksesori, segalanya tampak serabut.

"TudungPeople mengerti fenomena tudung yang dipakai sehingga tiga atau empat lapis menjadi kegilaan wanita tempatan tetapi suatu hari nanti, semuanya pasti kembali memilih tudung biasa," jelas pengasas TudungPeople, Fazrena Aziz, 22.

Selain rekaannya yang ringkas, dominasi material sifon dalam kebanyakan koleksi TudungPeople membuatkan si pemakai tidak mudah berpeluh, sesuai dengan cuaca panas di negara ini. Sutera boleh dibasuh dan renda Perancis turut digunakan bagi membentuk tudung-tudung premium jenama tersebut.

Warna-warna yang ditawarkan pula berpandukan negara yang mengalami empat musim. Menjadikan Minggu Fesyen London sebagai garis panduan, ketika ini, TudungPeople sedang giat menampilkan tudung berona terang dan bermotif flora seiring musim bunga/panas 2013.

"Setiap helaian tudung direka sendiri oleh saya dan proses pembuatan daripada mula hingga akhir diselia dengan teliti. Oleh itu, item-item yang kami tawarkan adalah 100 peratus hasil kerja kami tanpa tambahan item-item buatan orang lain.

"Setakat ini, koleksi Numa, Safiyya XL, Azraa dan Aara antara yang mendapat sambutan hangat. Sekarang, ia dijual secara dalam talian tetapi menjelang hujung bulan Disember ini, butik pertama kami akan dibuka di Setapak, Kuala Lumpur," beritahu Fazrena yang merupakan graduan lulusan seni bina daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Minimalis TudungPeople

Posted:

Minimalis TudungPeople

Minimalis TudungPeople

Oleh ALIF ABU BAKAR


RINGKAS. Tanpa aksesori sarat, individu bertudung masih boleh tampil bergaya.




RONA kuning memberi impak menawan dipadankan bersama dres rona kontra.




RONA terang seiring musim bunga/panas 2013 menjadi panduan TudungPeople.


MEMBENTUK imej seorang fashionista bukan bermaksud anda perlu memakai aksesori sarat atau menyarungkan persalinan berjenama semata-mata. Frasa popular, less is more wajar diikuti mereka yang baru bereksperimen dalam mencari-cari gaya signatur diri.

Cantik dengan telur salmon

Posted:

Cantik dengan telur salmon

Cantik dengan telur salmon

Oleh ALIF ABU BAKAR


TELUR salmon didapati berupaya menghilangkan kerengsaan kulit tanpa meninggalkan parut.




SASAKI (tiga dari kanan) dan Tommy (empat dari kanan) bersama kakitangan Lumine menunjukkan produk baharu Lumine yang dilancarkan di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.



Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Gempa bumi kuat landa Myanmar

Posted:

Gempa bumi kuat landa Myanmar

Gempa bumi kuat landa Myanmar

SEBUAH pagoda rosak teruk di bandar Kyauk Myaung selepas dilanda gempa bumi semalam.


YANGON, Myanmar - Sekitar 12 orang dikhuatiri terbunuh dan 16 yang lain cedera apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan bahagian utara Myanmar semalam.

Gegaran yang berpusat dekat bandar Shwebo mengakibatkan sebuah jambatan dan sebuah lombong emas runtuh.

Bencana itu turut merosakkan beberapa struktur pagoda lama.

Namun, tiada kecederaan atau kemusnahan besar dilaporkan di bandar kedua terbesar di Myanmar, Mandalay yang terletak dekat Shwebo.

Mandalay terletak sekitar 117 kilometer ke selatan pusat gempa berkenaan.

Seorang pegawai Jabatan Meteorologi Myanmar berkata, gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 7.42 pagi waktu tempatan.

"Ini merupakan gempa bumi terburuk sepanjang hidup saya," kata seorang penduduk Shwebo berusia 52 tahun yang dikenali sebagai Soe Soe.

Menurutnya, tembok konkrit besar sebuah biara runtuh dan beberapa ukiran pada dinding pagoda lain di bandar itu turut rosak.

Kemusnahan turut dilaporkan di Mogok yang merupakan sebuah kawasan perlombongan permata utama di Myanmar.

"Tanah runtuh berlaku di sebahagian lombong batu delima tetapi tiada kecederaan berlaku ekoran kawsan tersebut menempatkan lombong lama," kata seorang penduduk Mogok, Sein Win.

Stesen televisyen Myanmar melaporkan, berpuluh-puluh pagoda di lima buah bandar rosak dalam bencana tersebut.

Bencana itu turut menyebabkan sebuah jambatan yang sedang dibina merentasi Sungai Irrawaddy runtuh.

Infrastruktur tersebut menghubungkan bandar Sintku yang terletak sekitar 65 kilometer ke utara Mandalay dengan bandar Kyaukmyaung.

Gegaran di Myanmar itu turut dirasai hingga ke Bangkok di Thailand. - Agensi

Skandal bekas pengarah CIA terus dibongkar

Posted:

Skandal bekas pengarah CIA terus dibongkar

Skandal bekas pengarah CIA terus dibongkar


PENULIS Paula Broadwell bercerita mengenai buku biografi yang ditulis bersama Petraeus dalam satu majlis di Washington pada 6 Februari lalu.


WASHINGTON - Seorang wanita misteri menjadi punca tamatnya karier Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) David Petraeus selepas dia dihujani e-mel ugutan daripada wanita simpanan lelaki tersebut, kata seorang pegawai kepada akhbar Daily News.

Wanita misteri itu yang dipercayai rapat dengan Petraeus tampil untuk meminta perlindungan daripada pihak Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) ekoran kerap diganggu oleh kekasih gelap Petraeus, Paula Broadwell.

Susulan aduan tersebut, pihak FBI mengesan sumber ancaman itu kepada Broadwell, 40, yang merupakan lulusan Universiti Harvard dan pernah menulis buku biografi Petraeus.

Menurut sebuah laman berita tempatan, siasatan itu menemui deretan e-mel yang mendedahkan skandal seks antara Broadwell dan Petraeus.

Kedua-duanya sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.

Satu e-mel tersebut menceritakan tentang hubungan "seks di bawah meja"antara mereka.

Identiti wanita kedua yang membuat aduan tersebut dan hubungannya dengan Petraeus masih dirahsiakan tetapi menurut sumber sama, dia bukan dalam kalangan ahli keluarga Petraeus mahupun pegawai kerajaan.

Skandal seks tersebut mencetuskan persoalan berhubung kelemahan dan kecuaian seorang pemerintah tentera berkaliber seperti Petraeus dalam menangani hubungan sulitnya.

Pihak FBI menyiasat e-mel peribadi Petraeus kerana mengesyaki ia telah digodam oleh individu tertentu.

Petraeus yang berusia 60 tahun sebelum ini memiliki kerjaya cemerlang selepas membantu misi tentera AS mematahkan gerakan militan di Iraq dan Afghanistan.

Namun, beliau kecundang dan memilih untuk meletak jawatan pada Jumaat lalu selepas skandal seksnya terbongkar.

Media AS melaporkan Broadwell rapat dengan Petraeus ketika beliau menjadi komander untuk gerakan tentera AS di Afghanistan dan menamatkan i hubungan tersebut sebelum beliau dilantik sebagai ketua CIA, tahun lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Petraeus dilaporkan memohon maaf berhubung hubungan terlarang itu.

Buku biografinya yang bertajuk All In: The Education of General David Petraeus, dianggap oleh rakan-rakannya sebagai naskhah cinta daripada Broadwell kepada ketua tentera itu.

Peletakan jawatannya diluluskan oleh Presiden Barack Obama Jumaat pada Khamis lalu lalu selepas beliau menemui pemimpin itu di White House di sini.

"Sebagai seorang suami dan ketua sebuah organisasi seperti sekarang (CIA), sikap sebegini tidak boleh diterima," kata Petraeus dalam memo kepada kakitangannya.

Petraeus berkahwin sejak 38 tahun lalu dengan isterinya, Holly Petraeus yang dikenali ketika beliau masih seorang kadet tentera di Akademi Tentera AS di West Point, New York.

Tempat beliau kini diambil alih oleh Timbalan Pengarah Mike Morell sementara menunggu pelantikan Pengarah CIA yang baharu. - Agensi

Rumah kapsul popular di Wuhan

Posted:

Rumah kapsul popular di Wuhan

Rumah kapsul popular di Wuhan


SEORANG pemuda mandi di dalam rumah kapsul yang disewanya di Wuhan, China.


WUHAN, China - Kadar sewa rumah yang terlampau tinggi mendorong ramai pekerja berkongsi tinggal di bilik-bilik kecil di dalam sebuah bangunan di sini, dalam wilayah Hubei, lapor akhbar New York Daily News.

Setiap bilik kecil itu yang digelar 'rumah kapsul', memiliki keluasan purata cuma 4.5 meter persegi.

Idea tersebut dicetuskan oleh pemilik hartanah tersebut yang membina 55 buah bilik kecil di dalam bangunannya.

Setiap bilik kecil tersebut berfungsi sebagai tempat tidur, ruang tamu, bilik mandi dan dapur sekali gus semua dalam satu.

Penghuninya pula terdiri daripada individu-individu yang mempunyai pelbagai latar belakang kerjaya.

Walaupun kecil, ramai penyewa menganggap tinggal di rumah kapsul itu berbaloi memandangkan gaji mereka yang rendah berbanding sewa rumah yang amat mahal di sini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sindiket penipuan antarabangsa warga Afrika tumpas

Posted:

Sindiket penipuan antarabangsa warga Afrika tumpas

Sindiket penipuan antarabangsa warga Afrika tumpas

12/11/2012 8:48pm

KUALA LUMPUR — Beberapa syarikat asing dilaporkan mengalami kerugian RM1.86 juta setelah terpedaya dengan urusniaga yang dikendalikan sekumpulan lelaki Afrika yang menyamar dengan menggunakan nama sebuah syarikat pengeluar sarung tangan getah pembedahan tempatan terkemuka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, syarikat itu termasuk dari Australia, India, Greece dan Libya yang menerima kerugian setelah tidak menerima barangan selepas membuat bayaran.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati sindiket itu yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan menggunakan nama syarikat itu tetapi mengubah alamat dan nombor telefonnya.

"Kita terima 15 aduan daripada syarikat pengeluar sarung tangan itu setelah menyedari suspek menggunakan identitinya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil aduan syarikat itu, polis menyerbu sebuah rumah di Nilai Sabtu lepas dan menahan lima lelaki berusia antara 27 dan 31 tahun.— BERNAMA

Mayat bayi ditemui di belakang kedai

Posted:

Mayat bayi ditemui di belakang kedai

Mayat bayi ditemui di belakang kedai

12/11/2012 8:17pm

SANDAKAN — Mayat seorang bayi perempuan ditemui di belakang kedai di Jalan 2, Bandar Sandakan hari ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, mayat bayi berkenaan ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8.10 pagi tadi.

"Mayat yang cukup sifat itu ditemui di dalam sebuah plastik yang diletakkan di atas lantai di kawasan belakang kedai berkenaan," katanya.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mayat bayi itu supaya tampil membantu siasatan.— BERNAMA

Tiket Piala AFF-Suzuki dijual mulai 23 Nov.

Posted:

Tiket Piala AFF-Suzuki dijual mulai 23 Nov.

Tiket Piala AFF-Suzuki dijual mulai 23 Nov.

12/11/2012 8:04pm

KUALA LUMPUR — Tiket bagi perlawanan bola sepak Piala AFF-Suzuki akan mula dijual 23 November ini iaitu dua hari sebelum kejohanan berlangsung.

Menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), harga tiket bagi setiap perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam adalah RM30 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

FAM dalam kenyataannya berkata, sekiranya Malaysia layak ke separuh akhir, harga tiket adalah RM40 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Bagi perlawanan akhir, harga tiket ialah RM50 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.

Sementara itu tiket bagi perlawanan persahabatan Malaysia menentang Hong Kong pada Rabu ini dan Malaysia berdepan Bangladesh pada Selasa depan di Stadium Shah Alam boleh didapati pada harga RM20 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Tiket akan mula dijual mulai pukul 5 petang pada hari perlawanan yang kedua-dua perlawanan bermula pukul 8.45 malam.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Anugerah selepas 24 tahun

Posted:

Anugerah selepas 24 tahun

Anugerah selepas 24 tahun

DINOBATKAN sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama selepas 24 tahun menjadi dramatis, Sherry Merlis mengaku ia satu bonus untuk dia bekerja lebih keras.


AKTRES Sherry Merlis akhirnya dikurniakan anugerah selepas 24 tahun bergelar anak seni di Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Kemenangan pertama kali dalam hidupnya itu diperolehi menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama. Anugerah tersebut merupakan hasil lakonan berkesannya menerusi drama Di Telapak Kaki Bonda arahan Kabir Bhatia yang turut memenangi kategori Drama Terbaik.

Bertemu dengan Sherry yang kini berusia 42 tahun usai majlis anugerah berlangsung, dia langsung tidak menjangkakan pulang dengan anugerah pada tahun ini.

"Memang tidak sangka langsung akan menang, apabila nama saya disebut saya hanya terpaku dan sangat terkejut. Jujurnya, saya datang hari ini hanya untuk memeriahkan majlis sahaja," ujar isteri kepada penyanyi Ash.

Apabila anugerah tersebut sudah berada dalam genggamannya, Sherry mengakui dia cukup puas dan tidak kecewa meskipun anugerah itu diperolehi selepas 24 tahun bergelar pelakon.

"Ini anugerah pertama dalam hidup saya selepas 24 tahun bekerja sebagai pelakon. Saya tidak pernah idam diberi anugerah kerana saya menganggap lakonan merupakan satu kerjaya.

"Diiktiraf sebegini merupakan satu bonus. Tidak wujud rasa kecewa kerana lambat dapat anugerah. Rasanya di Malaysia ramai pelakon hebat, tetapi bukan semua berpeluang menerima anugerah, mungkin tahun ini sudah rezeki saya. Kalau ikutkan semua calon yang bertanding, semuanya yang terbaik," katanya yang menewaskan pelakon Rosnah Mat Aris, Maimon Talib, Fadilah Mansor dan Norish Karman dalam kategori tersebut.

Sherry yang baru sahaja melahirkan anak ketiganya yang juga pertama dalam perkahwinan keduanya bersama Tengku Shafiz-rullah Tengku Mohd. Shahid atau Ash, 29, Tengku Kaseh Anaqah yang kini berusia empat bulan menyifatkan anugerah yang diterima merupakan rezeki buat anak perempuan pertamanya itu.

"Boleh kata juga anugerah ini sebenarnya rezeki untuk anak perempuan pertama saya. Selepas melahirkan anak, rezeki saya semakin banyak.

"Saya tidak mengambil masa yang lama untuk berehat selepas bersalin. Apabila anak berusia dua bulan, saya sudah kembali bekerja seperti biasa," jawabnya.

Mengimbas kembali watak yang dibawakan dalam drama Di Telapak Kaki Bonda, beritahu Sherry, dia memegang watak orang tua.

"Sebenarnya ini merupakan drama kelima saya dengan Kabir Bhatia. Sebaik sahaja dapat skrip drama Di Telapak Kaki Bonda, saya cukup suka kerana skripnya sangat menarik.


Rezeki anak. Sherry Merlis bersama suaminya, Ash dan anak perempuan sulung mereka, Tengku Kaseh Anaqah.


"Kabir menawarkan saya menjadi orang tua, jadi 24 jam sepanjang penggambaran berlangsung saya harus beringat yang saya orang tua. Cara bertutur, cara berjalan dan cara meluahkan perasaan semuanya harus dikawal supaya saya tidak menjadi diri saya sendiri.

"Memang mencabar dan agak meletihkan, tetapi apabila melihat hasilnya di skrin televisyen, saya cukup berpuas hati. Kemenangan ini menambahkan lagi semangat saya untuk bekerja dengan lebih baik pada masa akan datang," luahnya yang mula berlakon pada tahun 1989 menerusi filem Part-Time ketika berusia 19 tahun.

Pilihan terbaik ASK 2012

Sementara itu, bercakap mengenai ASK 2012, boleh dikatakan tahun ini anugerah tersebut mampunyai pencalonan yang mantap serta pemenang yang memang layak menerima pengiktirafan.

Selain Sherry dan Namron yang membawa pulang untuk kategori Pelakon Pembantu Drama Terbaik, tahun ini cukup mengejutkan apabila Ruminah Sidek dan Abu Bakar Omar dinobatkan sebagai Pelakon Wanita dan Lelaki Terbaik Drama.

Mak Mah yang menang menerusi drama Parit Jawa telah menewaskan barisan aktres yang lebih muda seperti Aida Aris, Lisdawati, Nabila Huda dan Umie Aida.

Aktor Abu Bakar Omar yang dinobatkan sebagai pelakon lelaki terbaik telah menewaskan barisan pelakon seperti Ridzuan Hashim, Zaidi Omar, Eman Manan dan Ku Haris Ku Mohamed.

"Ini merupakan anugerah ketujuh dalam hidup saya. Karakter saya dalam drama Gincu Ayah sebagai lelaki lembut telah membuatkan saya menang.

"Sebagai pelakon saya bekerja seikhlas hati dan minat bukan kerana di penghujung saya mahukan anugerah," tuturnya yang berniaga menjual ikan sebagai kerja tetapnya.

Aktres Maya Karin yang memegang watak Izzah menerusi filem pecah panggung Ombak Rindu sudah dijangka membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem.

Meskipun sebelum ini pernah menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM-21), namun hanya di ASK 2012 Maya dapat menikmati saat kemenangannya itu.

"Sebelum ini ketika menang di FFM-21 saya tidak ada di Malaysia, jadi boleh dikatakan anugerah ASK 2012 merupakan anugerah pertama yang saya dapat nikmati sepenuhnya.


Gandingan Rosyam Noor sebagai Kapten Hook dan Erra Fazira sebagai Snow White menjadi tarikan majlis.


"Saya tidak jangka untuk menang sebab bagi saya filem Songlap juga sebuah filem yang sangat menarik dan merupakan saingan terdekat saya.

"Walaupun telah menang anugerah, Maya tetap akan menjadi Maya yang sama sejak lapan tahun yang dahulu," katanya yang bakal menjalani penggambaran sebuah filem romantik komedi pada Disember ini.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem, anugerah itu dimenangi oleh aktor Shaheizy Sam menerusi filem Songlap. Bertambah manis, aktor Syafie Naswip yang berlakon sebagai adiknya dalam filem tersebut turut memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem.

"Ini merupakan rezeki Allah untuk semua orang yang terlibat dalam filem Songlap. Saya pilih Faizal Hussein untuk menang kategori ini sebab lakonan hebatnya dalam filem Bunohan," katanya yang susut sedikit berat badannya kerana berdiet.

Pengarah Kabir Bhatia yang memenangi kategori Pengarah Terbaik Drama dan drama arahannya Di Telapak Kaki Bonda dinobat sebagai Drama Terbaik tidak menjangkakan menang.

"Memang tidak sangka. Sebenarnya saya ada masalah untuk memahami bahasa Melayu, tetapi dengan bantuan penulis skrip saya dapat memahami sesebuah babak.

"Sebab itu saya hanya bekerja dengan pelakon yang saya sudah percayai sahaja," beritahunya.

Pengarah filem Bunohan, Dain Said memenangi kategori Lakon Layar Terbaik Filem dan filem tersebut dipilih sebagai Filem Terbaik di ASK 2012 menewaskan filem lain seperti Songlap, Ombak Rindu, Libas dan 7 Petala Cinta.

"Filem Bunohan dihargai di luar termasuk telah tersenarai dalam anugerah Oskar ke-85. Bagaimanapun dihargai di negara sendiri lebih bermakna buat saya dan semua yang terlibat dalam filem Bunohan," tuturnya.

Wilma sudah kahwin

Posted:

Wilma sudah kahwin

Wilma sudah kahwin

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


WILMA mahu kembali menjadi pelakon jika diberi peluang, asalkan watak yang diberi bersesuaian dengan usia, imej dan statusnya kini.


AJAL dan maut serta jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Mungkin itu ungkapan paling sesuai diberikan kepada pelakon yang terkenal dengan imej seksi suatu ketika dahulu, Wilma Muhammad.

Setelah mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang, Mahir Effendi pada tahun 2000, pelakon tersebut terpaksa menerima hakikat kehilangan suami tercinta yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Januari tahun lalu.

Bagaimanapun, status ibu tunggal pelakon yang pernah membintangi filem Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah itu ternyata tidak lama apabila kini kembali bergelar isteri setelah mendirikan rumah tangga pada 16 Jun lalu.

Ketika ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Ratu By Ezuwan Ismail yang menyaksikan Wilma menjadi duta butik muslimah tersebut sekali gus model di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini, bekas pelakon berusia 39 tahun itu mengakui dia sudah berkahwin semula.

Kosmo!: Sudah lebih setahun Wilma memegang status ibu tunggal, tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti arwah suami?

WILMA: Baiklah, saya ingin menyatakan sekarang yang saya sudah pun berkahwin semula dan kembali bergelar isteri sudah lima bulan. Saya akui memang ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini.

Kenapakah anda tidak menghebahkan atau memberitahu cerita mengenainya atau mengundang rakan-rakan wartawan ke majlis perkahwinan tersebut?

Sebenarnya saya langsung tidak berniat untuk menyorokkan cerita mengenai perkahwinan kedua ini memandangkan tiada yang bertanya. Jadi, seperti pada majlis ini, apabila wartawan bertanya, saya berterus terang yang saya kini sudah pun mendirikan rumah tangga semula.

Mengenai undangan sewaktu majlis perkahwinan pula kami hanya membuat secara kecil-kecilan sahaja dalam satu majlis yang cukup ringkas. Lagipun keluarga suami saya juga ada meminta supaya tidak menghebahkannya kepada umum.

Jadi, siapakah lelaki yang bergelar suami anda kini?

Buat masa sekarang saya tidak dapat mendedahkan mengenai identitinya kerana itu merupakan permintaan suami. Namun dia tidak menghalang kalau saya memberitahu kepada umum yang saya sekarang sudah kembali bergelar isteri. Saya cuma boleh cakap yang suami saya itu berusia lewat 40-an dan bujang. Dia menjalankan perniagaan sendiri dan hanya orang biasa yang tidak mempunyai sebarang gelaran sama ada Datuk atau Tan Sri.

Bagaimana anda boleh berkenalan dengan suami?

Saya berkenalan dengan suami sewaktu saya bekerja di sebuah syarikat perniagaan emas sebagai Eksekutif Pemasaran. Kami telah diperkenalkan oleh seorang rakan dan setelah beberapa bulan berkawan, akhirnya kami membuat keputusan untuk berkahwin.

Sepanjang tempoh bergelar ibu tunggal dan sebelum mendirikan rumah tangga dengan suami sekarang, adakah anda ada berkawan dengan mana-mana lelaki?

Tidak dinafikan sepanjang tempoh tersebut memang ada beberapa orang lelaki yang cuba mendekati saya, tetapi kebanyakannya merupakan suami orang dan saya belum bersedia mendirikan rumah tangga semula pada waktu itu. Pintu hati saya terbuka untuk kembali berkahwin setelah berkenalan dengan suami dan melihat keikhlasannya untuk memperisterikan saya. Lagipun bekas ibu mentua saya turut berpesan supaya mencari pengganti sekiranya bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Setelah lima bulan mendirikan rumah tangga, adakah anda dan suami merancang untuk memperoleh anak lagi?

Perkara ini memang telah dibincangkan dan kami sepakat untuk tidak menambah cahaya mata memandangkan saya sendiri sudah pun memiliki lima orang anak. Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada rezeki dan kalau ditakdirkan saya mengandung, kami akan terima dengan hati terbuka.

Bagaimana pula hubungan anda dengan keluarga bekas mentua?

Sehingga sekarang hubungan kami masih lagi erat, malah suami saya juga sangat baik dengan keluarga bekas mentua. Sehingga mereka anggap suami saya sebagai anak sendiri memandangkan bekas suami saya dahulu merupakan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.

Apakah perkembangan terbaharu anda sekarang?

Buat masa ini saya telah pun dilantik sebagai duta kepada butik Ratu dan akan memperagakan produk-produk yang dijual di butik tersebut. Selain itu saya juga pernah membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan menerusi filem 1945, tetapi filem tersebut tidak jadi dihasilkan. Kalau diikutkan saya masih lagi minat untuk berlakon dan suami juga memberi sokongan sekiranya saya ingin berkecimpung dalam lakonan. Cuma sekarang ini saya banyak menjadi model untuk memperaga busana muslimah.

Soo Wincci sasar tawan Taiwan

Posted:

Soo Wincci sasar tawan Taiwan

Soo Wincci sasar tawan Taiwan

Oleh MUHAMMAD IZWAN MOHD. ISA
hiburan@kosmo.com.my

SOO WINCCI kini sedang merakamkan sebuah album yang memuatkan beberapa lagu lama dan rakaman baharu untuk pasaran Taiwan.


BERBEKALKAN rupa paras yang cantik, berketerampilan anggun dan lemah-lembut, serta berbakat besar dalam bidang kulinari, Soo Wincci kini lebih dikenali sebagai seorang selebriti serba boleh yang mudah didekati oleh semua lapisan masyarakat.

Gadis tinggi lampai kelahiran Selangor ini bercita-cita untuk menakluki pasaran muzik antarabangsa. Dia yang memilih persada muzik Taiwan sebagai tapak mengembangkan karier nyanyiannya gigih berulang alik ke sana bagi menyiapkan album sulung bahasa Cina pertamanya.

"Perjalanan karier saya di Taiwan baru sahaja bermula. Saya sedang dalam proses menyiapkan album pertama yang bakal memuatkan sepuluh buah lagu hasil kerjasama pihak pengurusan saya dengan sebuah label di Taiwan.

"Pihak pengurusan di sana yang bakal menentukan arah perjalanan karier saya, termasuklah imej yang bakal ditampilkan ketika membuat persembahan serta jenis-jenis lagu yang bakal dimuatkan di dalam album itu nanti," katanya ceria ketika ditemui pada majlis pelancaran klip video bagi single terbaharunya, Terus Teranglah di RedBox The Gardens, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dia juga menambah, album itu nanti bakal memuatkan dua buah lagu hasil ciptaan komposer dari Taiwan, manakala lapan buah lagu lagi adalah lagu bahasa Cina yang telah dirakamkan untuk album pertamanya.

"Peminat muzik di Taiwan belum mengenali siapa itu Soo Wincci. Jadi, dengan adanya lagu-lagu lama saya, mereka pasti akan lebih mengenali jenis muzik yang pernah saya nyanyikan sebelum ini. Tidak salah rasanya berkongsi sesuatu kepada peminat-peminat baharu," ujarnya.

Penyanyi berbakat besar yang pernah bergelar Miss World Malaysia 2008 ini turut berkongsi, dia juga bakal melahirkan sebuah EP (extended play) bagi pasaran tempatan yang akan memuatkan lima buah lagu baharu berbahasa Melayu termasuklah single Terus Teranglah ciptaan Ajai, yang menampilkan penyanyi hip hop terkenal, Joe Flizzow.

"Saya sungguh berbesar hati kerana Ajai sudi mencipta lagu untuk saya. Sebagai komposer yang banyak pengalaman serta berbakat besar, dia tahu lenggok serta keupayaan suara saya. Jadi tiada sebarang masalah atau perkara rumit yang saya hadapi ketika merakamkan lagu ini," ujarnya.

Penyanyi yang pernah menyertai program masakan terkenal, Selebriti MasterChef Malaysia ini memberitahu, semasa proses rakaman suara berlangsung, dia tidak berpeluang untuk bersua muka dengan Joe Flizzow. Jadi, apabila bertemu dengannya buat pertama kali, perasaan teruja bertukar menjadi gerun!

"Pada awalnya, saya kekok kerana takut dengan Joe. Mungkin kerana penampilannya yang agak 'ganas' menyebabkan saya berfikir sebegitu.

"Namun semuanya berubah setelah saya mengenalinya dengan lebih dekat. Dia bukanlah seperti apa yang saya sangkakan," kata Wincci ketika menerangkan peranan Joe Flizzow sebagai seorang mekanik di dalam klip video Terus Teranglah.

Apabila ditanya mengenai kejayaan penyanyi Shila Hamzah menjuarai pertandingan nyanyian Asian Wave 2012 di Shanghai, China baru-baru ini, Wincci menyambut berita itu dengan perasaan terbuka.

"Sebagai seorang penyanyi yang berasal dari Malaysia, saya berasa sungguh bangga dengan pencapaian Shila.

"Ini membolehkan ramai lagi pemuzik-pemuzik tempatan melebarkan sayap ke luar negara kerana nama kita sudah mula dikenali di sana," katanya.

Wincci juga menambah, kejayaan Shila membuktikan muzik tempatan juga mempunyai potensi untuk diterima oleh masyarakat di luar negara.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kebangkitan Islam Kemboja selepas Pol Pot

Posted:

Kebangkitan Islam Kemboja selepas Pol Pot

Kebangkitan Islam Kemboja selepas Pol Pot

DI ruang dapur yang sempit di bawah sebuah rumah papan, Aishah, 27, ibu kepada seorang anak lelaki berusia 11 tahun kelihatan sedang memasak air menggunakan dapur kayu. Pada masa sama, dia menanak nasi putih kemudian menggoreng telur itik.

Kesemua juadah itu perlu disiapkan pada awal pagi sebelum langit cerah kerana selepas bersarapan, dia dan suaminya akan turun ke sungai menangkap ikan.

"Sebagai seorang isteri, saya bukan sahaja perlu membuat kerja-kerja rumah, malah membantu suami menangkap ikan. Kami akan menaiki sampan selama dua jam untuk sampai ke lokasi menangkap ikan iaitu di Sungai Ochok bersempadan dengan Vietnam.

"Antara spesies ikan yang biasa kami dapat termasuk haruan, keli, toman dan lampam. Setelah dijual, dalam sehari purata pendapatan kami sekitar RM10," katanya yang pulang ke rumah pada pukul 4 petang.

Begitulah antara suasana Kampung Samrong, Takeo, Phnom Penh, Kemboja tatkala azan Subuh berkumandang pada pukul 4.40 pagi.

Bagi golongan lelaki di perkampungan Islam itu, mereka bergegas dahulu ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah. Pagi itu, kira-kira 100 orang menunaikan solat secara berjemaah. Sebaik selesai solat, sebahagian mereka bertaburan keluar mencari rezeki.

Mereka perlu menyediakan diri untuk ke sawah atau ke sungai. Bunyi deruan enjin Kubota iaitu jentera untuk membajak sawah memecah keheningan pagi itu. Sesekali terdengar percakapan antara mereka dalam bahasa Khmer.

Di beberapa buah rumah yang kedudukannya agak rapat antara satu sama lain kelihatan pula wanita-wanita sedang memilih dan menyiang ikan-ikan kecil yang dibawa suami dari sungai bagi dijadikan makanan ikan peliharaan di dalam kolam.

Kaum wanita lain pula sibuk melakukan rutin harian sebagai suri rumah seperti menyapu, membasuh pinggan mangkuk atau mengemas rumah.

Kemudahan asas

Penulis yang pertama kali berkunjung ke perkampungan itu pada Hari Raya Korban lalu mendapati keadaannya umpama Malaysia, 30 tahun yang lalu.

Memakan masa perjalanan selama dua jam setengah dari Phnom Penh, rumah-rumah di perkampungan itu dibina agak rapat.

Rumahnya dibina tinggi lengkap bersama tangga. Di bawah rumah terdapat pangkin untuk mereka beristirehat atau makan. Sesetengah rumah, di bawah rumah terdapat kandang lembu, reban ayam dan angsa.

Laluan di kampung itu masih menggunakan tanah merah atau laluan kampung sahaja. Kampung itu dikelilingi sawah padi yang terbentang luas serta sungai yang lebar menyambung sehingga ke Vietnam.


SEORANG wanita membuka perniagaan kecil-kecilan di depan rumahnya di Kampung Samrong.


Selain pergi ke sawah, ada juga yang menjadi nelayan atau menternak lembu, angsa, ayam dan itik.

Dari segi kemudahan, kampung tersebut baru saja mempunyai bekalan elektrik sejak setahun lalu. Bagaimanapun, bekalan air masih diperoleh dari sungai. Penduduk mengepam air sungai masuk ke dalam kolah di rumah masing-masing untuk digunakan semasa mandi. Airnya agak keroh.

Kewujudan tempayan-tempayan besar di setiap rumah juga adalah pemandangan biasa di kampung berkenaan.

Sejarah

Ketua Kampung Samrong, Yusof Abdullah, 61, berkata, kampung berkenaan dibuka pada tahun 1979 iaitu selepas berakhirnya era kekejaman Pol Pot yang menguasai negara berkenaan selama tiga tahun bermula dari tahun 1976.

"Pada peringkat awal cuma ada lebih 60 keluarga, namun kini bilangannya meningkat kepada 175 keluarga atau kira-kira 1,000 penduduk. Sumber ekonomi utama penduduk kampung ialah tanaman padi dan perikanan.

"Golongan muda pula ada yang berhijrah ke bandar seperti Phnom Penh untuk bekerja di kilang-kilang dan sebahagian kecil merantau ke luar negara seperti Malaysia," katanya.

Yusof yang merasai keperitan hidup pada zaman komunis Pol Pot menyatakan, era gelap itu turut merencatkan perkembangan pendidikan dan agama Islam. Ketika pemerintahan diktator Pol Pot dianggarkan antara satu hingga tiga juta penduduk Kemboja mati.

Pada ketika itu, penduduk bukan sahaja takut untuk keluar rumah, malah tidak dibenarkan melakukan amalan agama seperti solat dan puasa.

Apabila negara Kemboja bebas daripada pengaruh rejim Pol Pot, orang ramai mulai berhijrah ke kampung berkenaan yang pada waktu itu masih tiada penghuni.

Selepas 30 tahun dibuka, Yusof berkata, kemajuan ekonomi penduduk kampung masih berada pada tahap rendah dan kemiskinan masih merantai kehidupan harian mereka.


KAUM wanita mengasingkan ikan-ikan kecil untuk diberi makan ikan yang diternak di kolam.


Masjid di kampung berkenaan juga mungkin tidak wujud hari ini jika tidak kerana kemurahan hati seorang rakyat Malaysia yang mengeluarkan dana bagi mendirikannya.

Pendidikan

Tanaman padi yang dituai dua kali semusim juga sekadar mampu untuk menampung keperluan harian penduduk. Meskipun mempunyai kawasan sawah padi yang luas, masalah kos serta harga peraih yang rendah menekan kehidupan mereka. Penduduk kampung terpaksa meminjam wang daripada pihak tertentu dan perlu membayarnya setelah memperoleh hasil daripada penjualan padi.

"Kita di sini sekadar cukup makan, namun kehidupan sekarang jauh lebih baik berbanding zaman Pol Pot. Dari segi pendidikan kita jauh ketinggalan kerana di kampung ini para pelajar hanya diajar bahasa Khmer dan pendidikan agama sahaja.

"Bilangan guru juga agak menyedihkan kerana terdapat tiga orang sahaja. Bagaimanapun, 40 orang pelajar berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, manakala tiga orang berjaya pergi ke Madinah," katanya.

Seorang penduduk, Menjan, 29, berkata, suaminya mengerjakan sawah seluas 1.5 hektar sebanyak dua kali semusim.

"Setiap kali musim menuai kami memperoleh sebanyak lima tan padi dengan setiap tan berharga RM170. Pendapatan yang diperoleh itu, belum lagi ditolak sewa Kubota, anak benih dan lain-lain," katanya yang merupakan seorang suri rumah.

Inginkan kehidupan lebih baik

Posted:

Inginkan kehidupan lebih baik

Inginkan kehidupan lebih baik


TERUJA. Penduduk Kampung Samrong, Phnom Penh seronok menerima anak angkat dari Malaysia yang pertama kali diadakan di kampung berkenaan.


GADIS berusia 21 tahun itu bersikap malu-malu ketika ditemu bual, namun dia tetap memberikan respons terhadap soalan yang saya ajukan.

Empunya diri, Maryam merupakan gadis Kemboja dari Kampung Samrong. Berpakaian baju kurung serba biru pada hari tersebut, gadis itu kelihatan anggun. Ironinya, baju itu amat disayangi kerana ia dibeli ketika dia bekerja di Malaysia pada tahun 2001.

Pada usia 17 tahun, ketika anak-anak gadis di negara ini berkira-kira melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, Maryam pula berkelana ke negara orang demi sesuap nasi.

Berbekalkan pendidikan selama sembilan tahun di peringkat sekolah, anak kedua daripada lima adik-beradik itu memberanikan diri mencari ejen pekerjaan di bandar Phnom Penh.

Nasibnya baik dengan kelulusan yang ada, dia ditawarkan untuk bekerja di luar negara iaitu di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang.

"Saya berasa takut juga apabila kali pertama berpisah dengan keluarga. Tambahan pula terpaksa bekerja di Malaysia yang persekitarannya begitu asing kepada saya selain masalah bahasa.

"Atas faktor ingin meringankan beban keluarga, saya kuatkan tekad. Akhirnya saya bekerja hampir empat tahun di Pulau Pinang," katanya ketika ditemui di kampung halamannya baru-baru ini.

Bekerja di Malaysia menerusi khidmat ejen, satu pergorbanan perlu dibuat iaitu gaji bulanan dipotong setiap bulan selama dua tahun. Maryam yang ketika itu menerima gaji sebanyak RM1,000 perlu membuat bayaran kepada ejen sebanyak RM300 sebulan.

Bantu keluarga

Setelah tamat kontrak, dia pulang semula ke kampung halamannya dan kini membantu keluarga menjalankan perniagaan kedai minuman secara kecil-kecilan.

Hasil bekerja di Malaysia, Maryam boleh berbahasa Melayu. Walaupun tidak begitu fasih, ia sangat membantu sesi temu bual itu kerana daripada 1,000 penduduk di kampung tersebut, kurang 10 orang yang boleh berbahasa Melayu.

Misi EZ Kembara

Pertemuan saya dengan Maryam pada Hari Raya Aidiladha lalu kerana mengikuti program keluarga angkat anjuran EZ Kembara Sdn. Bhd. selama dua hari di kampung tersebut.


WANITA Kemboja mengimpikan kehidupan yang lebih baik termasuk pendidikan anak-anak dan agama Islam.


Turut bersama saya, tiga sahabat iaitu Raja Muhammad Ariff Raja Adnan dan isteri, Suri Hayati Mohamad serta jurukamera ntv7, Mohamad Hafiz Mat Rozli.

Perbezaan bahasa merupakan masalah besar kepada kami semua. Perbicaraan kami umpama ayam dan itik, sukar untuk memahami apa yang masing-masing ingin sampaikan.

Bagaimanapun, kami semua masih mampu mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam.

Di kampung ini, majoriti kaum wanitanya bergelar suri rumah, manakala lelaki sebagai pesawah atau nelayan. Dalam kalangan mereka masih ramai yang dihimpit kemiskinan.

Bahkan, ada rumah penduduk yang seakan-akan mahu menyembah bumi. Rumah berdinding dan berlantaikan papan merupakan pemandangan biasa di kampung itu.

Harapan

Dari segi pendidikan, keutamaan hanya diberikan dalam mata pelajaran bahasa Khmer dan pendidikan Islam. Justeru, tidak hairanlah, kebanyakan cita-cita anak-anak mereka sekadar menjadi ustaz atau ustazah.

"Saya menghantar anak lelaki ke sekolah agama dengan harapan dia dapat melanjutkan pengajian di Madinah kelak. Ketika ini, hanya tiga orang anak kampung ini yang belajar di Madinah," kata Aishah, 27, salah seorang penduduk yang ingin melihat anaknya menjadi guru agama.

Kewangan merupakan satu penghalang besar kepada Aishah, sekiranya anaknya itu ingin melanjurkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Untuk mencapai cita-cita itu, mereka perlu menghantar anak-anak bersekolah di sekolah agama terdekat di bandar Phnom Penh.

Sudahlah masa perjalanan dua jam setengah dari kampung itu ke Phnom Penh, ibu bapa perlu membayar RM200 sebulan bagi keperluan asrama dan belajar.

Bagi anak yang cerdik barulah kerajaan Kemboja memberikan pendidikan percuma kepada mereka.

Dari segi keagamaan, penduduk di kampung tersebut mengharapkan bantuan masyarakat Islam luar agar datang ke kampung tersebut untuk membimbing mereka. - NASRI JAMALUDIN

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved