Jumaat, 9 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Muiz permata sukan go-kart

Posted:

Muiz permata sukan go-kart

Muiz permata sukan go-kart

IBARAT kata pepatah, kecil-kecil cili padi, ia amat sesuai ditujukan kepada Muizzuddin Mushaffa Abdul Gafar, pelumba cilik negara yang mengibar Jalur Gemilang pada Kejuaraan Go-Kart Itali CSAI.

Beraksi di gelanggang saingan go-kart yang diiktiraf antara terulung di dunia, anak kecil berusia 10 tahun yang mesra dipanggil Muizz itu berjaya membuktikan kemampuan diri setanding dengan pelumba handalan lain.

Walaupun tahun 2012 merupakan musim pertamanya beraksi di Itali, tetapi anak sulung daripada empat beradik itu sudah menunjukkan prestasi terbaik. Buktinya, seawal pusingan pertama di Litar Sarno pada awal Mei lalu, Muizz sudah berjaya menduduki tempat ke-20 daripada 51 pelumba.

Ini diikuti pencapaian di tempat kesembilan sewaktu pusingan kedua yang berlangsung pada 3 Jun 2012 di Ugento, Leece, Itali.

Berpegang kepada moto perjuangan no retreat, no surrender, peminat besar perlumbaan Formula Satu (F1) yang digelar Iron Man oleh pasukannya dan pelumba lain itu yakin bahawa impiannya melakar kedudukan terbaik mampu direalisasi walaupun ia sebenarnya suatu misi sukar.

"Tahun ini adalah musim pertama saya di Itali. Ia lebih untuk menimba pengalaman dan mengenal saingan. Namun, berbekalkan pengalaman tahun ini, saya berazam untuk mengejar podium secara konsisten sepanjang kejuaraan tahun depan.

"Berlumba di Itali amat berbeza. Pelumba-pelumba amat bagus. Saingan sangat hebat dan kami bersaing menggunakan jentera dan chasis terbuka. Ia sangat berbeza dengan Malaysia," kata Muizz yang beraksi buat kali pertama musim ini untuk kejuaraan penuh dan bertarung dengan para pelumba yang rata-rata lebih tua daripadanya dalam kategori Mini 60.

Muizz yang ditemui Kosmo! ketika berada di Kuala Lumpur pada Julai lalu memberitahu, persaingan di Itali melibatkan pelumba yang datang dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Jepun dan Eropah.

"Itu antara sebab utama kenapa saya memilih untuk bersaing di sana kerana ingin berlumba dengan yang terbaik," kata Muizz yang mula melibatkan diri dalam sukan go-kart pada usia lapan tahun dengan penuh semangat.


MUIZZ (dua dari kanan) bersama rakan sepasukan dari Gamoto Racing Team.


Selain itu, Muizz turut beraksi pada Kejuaraan Siri Karting Dunia, Piala Kejohanan WSK dan pertandingan peringkat negeri, Campionato Regionale Puglia di sekitar negara yang terkenal dengan hidangan pasta itu.

Program tiga tahun

Muiz kini menetap di Sicily, Itali bersama ibunya, Siti Rohanah Hussein dan mempunyai program selama tiga tahun bagi penyertaan untuk berlumba di sana. Ayahnya, Abdul Gafar Abdurrahiman pula akan datang untuk menyaksikan perlumbaan yang melibatkan Muizz jika ada kelapangan.

Sebagai ibu, Siti Rohanah gembira apabila anaknya berpeluang menimba pengalaman berlumba di negara tersebut.

"Setiap ibu bapa sudah pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Begitu juga saya dan suami. Melalui cara ini, saya percaya bakat dan kebolehan yang dimiliki Muizz dapat diasah dengan lebih berkesan.

"Hidup di Sicily memang banyak cabarannya terutama latar budaya dan bahasa. Tetapi, itu perkara biasa yang dihadapi semua orang yang berhijrah ke tempat baharu, apatah lagi negara luar. Saya anggap ia sebagai pengalaman untuk mematangkan diri," terang Siti Rohanah sambil melahirkan harapan agar Muizz mampu mengharumkan nama Malaysia satu hari kelak.

Catat sejarah

Sementara itu, pengurus Muizz, Zainuddin Radzi memaklumkan bahawa pencapaian anak didiknya itu dalam aksi perlumbaan di Itali amat membanggakan.

"Muizz boleh dianggap permata cilik sukan go-kart negara. Dia bukan sahaja mencatat sejarah menjadi pelumba go-kart Malaysia yang pertama mencatat kemenangan di bumi Eropah, bahkan sudah tiga kali melakukannya," ungkap lelaki yang lebih dikenali sebagai Pak Din dalam kalangan sukan go-kart Malaysia.

Menurut beliau, kemenangan pertama Muizz adalah pada saingan Campionato Regionale Puglia pada 27 Mei 2012 manakala kejayaan kedua diraih Muizz pada 10 Jun dalam saingan Sicily Campionato Cup 2012.

"Bagaimanapun, sasaran utama kami adalah pada Kejuaraan Go-Kart Itali CSAI. Ini adalah pentas jaguh-jaguh F1 beraksi pada awal karier mereka bermain go-kart seperti Lewis Hamilton, Sebastian Vettel, Mika Hakkinen, Michael Schumacher dan ramai lagi.


PENGORBANAN Siti Rohanah untuk menetap di Sicily, Itali dilakukan semata-mata demi masa depan Muizz.


"Di sinilah juga tempat banyak pencari bakat untuk pasukan-pasukan lumba single-seater. Lantaran itu, kejuaraan ini amat penting dalam pembangunan karier Muizz," ujar Zainuddin.

Terbaru pada aksi final ROK Cup Italia yang berlangsung 16 September lalu, anak muda kelahiran Cheras itu berjaya menduduki podium apabila menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 9 minit, 48.461 saat, ketinggalan 0.33 saat di belakang pemenang tempat kedua, Kevin Gagliano.

Untuk kejuaraan Siri Karting Dunia tahun ini, Muizz sudah menyertai lima perlumbaan dan dia sekarang menduduki tempat ke-25 keseluruhan daripada 48 pelumba.

Diurus oleh pasukan Gamoto Racing Team, Muizz mula bersaing di luar negara sejak tahun lepas selepas ayahnya menyedari bakat besar yang dimiliki oleh anaknya itu.

"Justeru, kami tidak teragak-agak membuat pelaburan untuk Muizz berlumba di Itali untuk tiga musim bermula tahun ini. Segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh keluarga dan rakan taulan yang berkongsi satu impian iaitu untuk melihat Muizz menjadi pelumba handalan dunia.

"Gamoto Racing Team adalah salah satu pasukan go-kart yang sangat kukuh di Itali dan telah beroperasi sejak 30 tahun lalu. Pasukan ini banyak mengendalikan para pelumba muda yang kemudian terus berkembang menjadi pelumba terkenal," jelas Zainuddin yang menyenaraikan Tony Kart, PDB dan Top Kart sebagai antara chasis-chasis terkemuka dunia yang lain.

Ditanya mengenai enjin pula, Zainuddin berkata, penggunaan enjin adalah terbuka dalam kejuaraan di Itali yang disertai Muizz.

Dalam kejohanan ini, peserta boleh menggunakan pelbagai enjin berbeza tetapi memiliki kuasa kuda yang sama. Antara enjin yang biasa digunakan termasuklah LKE, Comer, Parilla, Vortex dan Rotax. Muizz menggunakan enjin LKE 60cc.

Warna-warni Deepavali

Posted:

Warna-warni Deepavali

Warna-warni Deepavali


SETIAP rumah pasti memasang pelita ini pada Deepavali untuk mengindahkan kediaman masing-masing.


DENGAN Pesta Deepavali bakal dirayakan hanya dalam empat hari sahaja lagi, maka tidak hairanlah pengusaha-pengusaha periuk dan bekas pelita tanah liat di India kini tidak menang tangan menghasilkan ribuan produk itu setiap hari.

Namun, berbeza daripada periuk dan bekas pelita yang digunakan pada hari biasa, hasil kerja tangan yang dianggap istimewa bagi masyarakat India itu akan dihias dengan rona warna dan motif indah sempena Diwali.

Ia simbolik kepada kemeriahan sambutan perayaan Deepavali yang penuh bercahaya dan warna-warni.

Malah, kebanyakan periuk tanah liat disapukan dengan warna-warna terang untuk menonjolkan keindahannya. Ada periuk tanah liat yang dicat dengan warna merah, hijau, kuning dan merah jambu.

Bahkan, ada juga yang diselang-seli campuran warna untuk menambahkan lagi tarikannya.

"Pada hari biasa kami menghasilkan sekitar 400 hingga 500 periuk tanah liat dan 2,000 hingga 2,500 bekas pelita sehari. Tetapi sempena Deepavali kami terpaksa menghasilkan dua atau tiga kali ganda daripada jumlah biasa.


SELAIN penggunaan warna-warna terang, periuk juga dilukis dengan motif tertentu.


"Bahkan, kami terpaksa mengupah pekerja sambilan memandangkan periuk dan bekas pelita tanah liat itu perlu diwarnakan agar tampil menarik sempena Deepavali," ujar seorang penguasa kraf itu di Hyderabad, India, Gopi Vishal.

Menurut Gopi, mengikut kepercayaan masyarakat India periuk dan pelita tanah liat adalah sebagai menghargai elemen alam iaitu tanah itu sendiri.

Menjadi tradisi bagi penduduk di sana untuk menggunakan periuk tanah liat dalam rutin memasak setiap hari, manakala pelita tanah liat bagi tujuan penyembahan.

Bukan itu sahaja, pelita tersebut memberi makna simbolik cahaya kemenangan daripada kejahatan iaitu kemenangan Dewa Rama menentang Dewa Ravana.

Periuk berwarna pula digunakan sebagai dekorasi menjelang Deepavali dengan kelapa dan daun mangga diletakkan di atas periuk sebagai tanda menarik aura positif.

Ia akan diletakkan di depan pintu atau kolam (hiasan menggunakan beras berwarna) untuk mengalu-alukan kedatangan tetamu.

Memancing ikan di hotel

Posted:

Memancing ikan di hotel

Memancing ikan di hotel

KATAKAN sahaja, apa tarikan yang terdapat di pekan kecil Sekinchan, Selangor. Makanan eksotik, kawasan sawah padi yang terbentang luas, pembuatan bedak sejuk secara tradisional, hasil laut serta buah-buahan segar dan banyak lagi.

Semua ini pasti menggamit kehadiran pengunjung ke kawasan luar bandar yang terletak kira-kira dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur itu.

Kini, Sekinchan mempunyai satu lagi jenama baharu yang mampu dibanggakan iaitu Sekin Hotel & Resort milik usahawan tempatan, Datuk Jamal Md. Yunos. Nama restoran itu diambil daripada nama Sekinchan.

Resort yang dibuka pada Ogos lalu itu memanipulasi sepenuhnya perkampungan nelayan di situ dengan menukarnya menjadi satu produk pelancongan yang berdaya saing.

Lebih menarik lagi, pengunjung boleh membeli udang bersaiz XL pada harga RM50 sekilogram sahaja berbanding harga pasaran sekitar RM80 hingga RM100 daripada nelayan yang baru mendaratkan hasil tangkapan di jeti ikan yang terletak bersebelahan hotel tersebut.

Menurut Jamal, di Sekin Hotel juga terdapat Restoran Sekinchan Ikan Bakar yang sememangnya sudah terkenal di Lembah Klang.

Sejak cawangan pertama restoran itu dibuka di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada tahun 2010, ia telah memiliki 18 cawangan setakat ini.

"Restoran ini membolehkan pengunjung menikmati makanan laut seperti ikan, udang dan sotong segar pada harga yang berpatutan," kata Jamal yang juga pemilik rangkaian restoran berkenaan.

Ujar usahawan berusia 40 tahun ini lagi, hasil laut itu dibeli secara terus daripada nelayan di Pantai Remis, Kuala Selangor dan Sekinchan di Selangor serta Hutan Melintang di Perak.


JARANG hotel dan resort yang menawarkan perkhidmatan memancing ikan dan memasaknya terus.


Pancing

Tutur Jamal dengan nada teruja, pengunjung boleh cuba memancing ikan di kolam yang terdapat di kawasan hotel itu. Kolam itu menempatkan kira-kira 50,000 ekor ikan jenis jelawat, tilapia serta patin.

"Dengan bayaran sebanyak RM15 untuk seorang pelanggan, mereka dibenarkan memancing dua ekor ikan pelbagai saiz.

"Harga itu termasuk upah memasak di restoran tidak kira masak kukus, pedas atau masam manis," katanya.

Penulis bertanya adakah boleh memancing lebih daripada dua ekor ikan, Jamal hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Bagaimanapun, usah khuatir jika anda berfikir sukar untuk menaikkan ikan.

Dengan bilangan ikan yang begitu banyak, sebenarnya sangat mudah melakukannya walaupun pengunjung bukan kaki pancing, kata Jamal.

"Tekstur ikan segar itu begitu lembut serta manis isinya," kata Jamal yang berasal dari Kampung Sungai Leman, Sekinchan.

Selain itu, di sini terdapat menara tinjau yang jarang ditemui di hotel serta resort lain.

Menurut Jamal, pengunjung dapat menyaksikan pemandangan jajaran sawah padi, jeti nelayan, lautan serta pekan Sekinchan.

Ternyata, pemandangan dari menara itu cukup indah terutamanya pada waktu senja dan malam.


LAUTAN kaya dengan sumber alam yang tidak ternilai.


Menara besi setinggi 24 meter itu menyajikan pemandangan laut Selat Melaka yang merupakan laluan kapal paling sibuk di dunia di samping kehijauan sawah padi dan kedamaian perkampungan tradisional Melayu di situ.

Di aras puncak menara itu, diletakkan tiga buah meja bulat dan beberapa buah kerusi untuk pengunjung melepaskan lelah setelah mendaki kira-kira 100 anak tangga.

Alunan serta tiupan angin dari Selat Melaka pasti membuai perasaan.

"Walaupun pada waktu tengah hari dengan simbahan cahaya panas matahari, suhu di menara ini tetap dingin," katanya.

Kejar ayam

Tutur Jamal, tarikan lain yang terdapat di situ ialah perkhidmatan bot yang disewa khas untuk pengunjung.

"Ini membolehkan mereka merasai kehidupan sebagai nelayan dengan melihat aktiviti menjala dan memancing ikan.

"Malah, mereka boleh menikmati persekitaran laut yang luas dan indah," katanya.

Menurut Pengurus Jualan dan Operasi Sekin Hotel, Harun Anwar Zaini, 45, resort itu turut menyediakan aktiviti berkumpulan seperti makan di dalam talam, mengejar ayam kampung serta melihat cara penanaman padi.

MENARA tinjau setinggi 24 meter membolehkan pengunjung menyaksikan panorama sawah padi dan pekan Sekinchan.


"Biasanya kita makan sahaja ayam kampung dan nasi tetapi tidak mengetahui betapa sukarnya untuk membela ayam atau menanam padi.

"Aktiviti menangkap ayam kampung biasanya dilakukan pada waktu senja kerana haiwan itu rabun pada masa itu.

"Ada juga aktiviti menangkap ikan di lumpur sawah. Jangan terkejut kerana ia ditangkap dengan tangan kosong tanpa bantuan peralatan seperti jala atau tangguk," ujarnya.

Kata Harun, jarang orang bandar dapat menikmati sambal belacan serta ulam-ulaman kampung tetapi ia pasti ada di resort berkenaan.

"Pelancong asing juga ramai yang menyukai sambal belacan," ujarnya sambil ketawa.

Beliau memberitahu, hotel itu sedang merancang untuk membina kolam renang dan taman tema air.

"Kami bukan sahaja ingin menjadikan tempat ini sebagai lokasi percutian bahkan hab kepada pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, permainan paintball dan karaoke," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Skuter maxi padat teknologi

Posted:

Skuter maxi padat teknologi

Skuter maxi padat teknologi

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my

PASARAN motosikal di Malaysia sebenarnya kurang meriah jika dibandingkan dengan pasaran negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia. Di sana, pengguna disajikan dengan pelbagai model motosikal daripada pelbagai jenama, sama ada berkuasa tinggi, kapcai atau skuter. Lebih menarik lagi, varian yang ditawarkan untuk sesebuah model juga biasanya lebih banyak bagi memenuhi kehendak pembeli yang bervariasi.

Sebaliknya di Malaysia, pilihannya agak terhad. Pemain utama dalam industri seperti Honda, Yamaha, Suzuki dan Modenas lebih cenderung menawarkan model-model kapcai yang merangkumi sebahagian besar daripada jumlah jualan masing-masing. Malah, kitaran produknya juga mengambil masa yang lama untuk ditukar dengan generasi baharu.

Jadi, wujud vakum dalam segmen tertentu. Sebagai contoh, skuter bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai skuter maxi. Secara ringkasnya, skuter sebegitu disifatkan sebagai model yang merapatkan jurang antara skuter kecil atau kapcai dengan motosikal bergear dan memiliki kapasiti enjin lebih besar.

Skuter maxi lazimnya popular di pasaran Eropah dan Jepun. Sesaran enjinnya juga berbeza-beza bermula dari sekecil 150cc hinggalah 650cc. Dengan tubuh dan kuasa enjin yag besar, skuter touring itu menawarkan tunggangan yang menyeronokkan terutama ketika menunggang dalam jarak yang jauh.

Di pasaran tempatan, sebelum Modenas memperkenalkan skuter maxi mampu miliknya iaitu Elegan, segmen itu diisi oleh beberapa model yang ditawarkan pada harga premium. Antara model yang popular ialah Yamaha Majesty 250YP yang dipasarkan sekitar tahun 1997.

Saya sempat melayari laman forum berkaitan skuter maxi, agak terkejut juga kerana masih ada yang berminat untuk memiliki Yamaha Majesty itu walaupun usianya sudah menjangkau lebih sepuluh tahun.

Tahu bahawa skuter maxi memang ada peminatnya, pasaran yang awalnya dimonopoli Modenas Elegan kemudian dikongsi oleh skuter jenama dari Taiwan, SangYang Motors atau SYM. Dengan rekaan dan pelbagai ciri menarik, di samping harganya yang berpatutan skuter maxi SYM terutama VTS200 nyata mendapat sambutan hangat daripada pembeli.

Ada banyak sebab kenapa skuter maxi digemari. Antara faktor utama adalah karekternya yang seronok, selesa dan stabil ditunggang untuk perjalanan jauh. Kalau dinilai dari segi praktikaliti pula, mungkin ada yang skeptikal kerana saiznya yang agak besar membuatkan usaha untuk mencelah-celah di sebalik kesesakan jalan raya sedikit sukar.


PENUNGGANG boleh menyimpan barangan peribadi di ruang penyimpanan ini.


Rebiu positif

Kini, segmen skuter maxi semakin meriah dengan pengenalan model Honda PCX 150 oleh pengedarnya, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda). Di pasaran luar seperti Eropah, Amerika Syarikat dan Asia (misalnya Thailand), PCX yang turut hadir dalam varian 125cc bukanlah satu model asing.

Lebih menarik lagi, jentera itu mendapat banyak rebiu positif daripada media dan para pemiliknya. Kalau anda pergi ke Phuket, Thailand baru-baru ini, anda boleh lihat bahawa PCX merupakan antara skuter yang paling popular di sana. Terima kasih kepada Boon Siew Honda kerana membawa skuter maxi yang menarik itu kepada pengguna di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada mengakui bahawa pihaknya percaya bahawa pasti ada sebuah motosikal untuk semua orang, bagi setiap acara dan apa jua jenis gaya hidup.

"Justeru, kami membawakan rangkaian produk sebegini ke satu tahap baharu melalui model Spacy dan PCX, dua model bertransmisi automatik dengan ciri-ciri baharu yang menarik," kata Okada.

Walaupun ada yang berpendapat harganya agak mahal, namun anda harus tahu bahawa PCX hadir bersama teknologi yang tidak ada pada motosikal lain. Contoh paling ketara adalah aplikasi sistem Programmed Fuel Injection (PGM-FI) Honda pada PCX 150. Sistem itu meningkatkan tahap kecekapan proses pembakaran enjin dan prestasi penyejukan yang optimum.

PCX 150 dijana oleh unit enjin berkuasa 153cc SOHC empat lejang. Ia dilengkapi sistem penyejukan cecair dan enhanced Smart Power (eSP) yang direka untuk ketahanan dan jimat bahan api. Hasilnya, PCX 150 mampu bergerak sejauh 50.2 kilometer bagi setiap liter petrolnya! (berdasarkan kepada ujian Mod ECE40).

Selain eSP, penjimatan bahan api turut disumbang oleh sistem Idling Stop. Dengan ciri itu, enjin akan dimatikan secara automatik apabila ia melahu selepas tiga saat. Idling Stop turut meliputi sistem penghidup ACG yang membolehkan enjin dihidupkan secara automatik sebaik sahaja pendikit minyak dipulas.

ACG memastikan enjin dapat dihidupkan dengan lancar, selain menghilangkan bunyi bising yang biasanya timbul apabila gear penghidup enjin dimasukkan. Hasilnya, kombinasi dua teknologi tersebut mampu menjimatkan penggunaan bahan api sebanyak tujuh peratus.

Aspek keselamatan tidak diambil ringan. Bagi memastikan PCX 150 dapat diberhentikan dengan selamat dan efisien, sistem brek kombinasi (Combined Brake System, CBS) digunakan. CBS berfungsi menyeimbangkan tekanan brek hadapan dan belakang.


TIDAK memerlukan kotak tambahan untuk menyimpan topi keledar dan baju hujan.


Model tambahan Icon

PCX 150 menggunakan roda aluminium 14 inci bersama tayar tanpa tiub yang meningkatkan kestabilan dan keselamatannya. Satu lagi ciri keselamatan yang ada pada PCX ialah enjinnya akan dimatikan secara automatik apabila tongkat sisi diturunkan.

Untuk perjalanan lebih jauh, tempat duduk yang selesa dan ruang penyimpanan luas sememangnya amat penting. PCX 150 menyelesaikan masalah itu dengan tempat duduk luas bersama ciri posisi tunggangan Sit-in.

Terdapat satu kotak konsol untuk meletakkan barangan peribadi seperti cermin mata hitam dan sarung tangan. Ruang penyimpanan bersaiz XL berkapasiti 25 liter yang boleh menempatkan sebuah topi keledar muka penuh turut disediakan.

Skuter maxi itu hadir dalam dua varian. Varian Deluxe tampil dengan warna putih dan ditawarkan pada harga RM10,888 seunit. Sementara varian standard boleh didapati dalam warna hitam dan kelabu pada harga RM10,688 sebuah. Kedua-dua varian tersebut ditawarkan bersama insurans penunggang tunggal komprehensif, jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu).

Pada majlis yang sama, Boon Siew Honda turut melancarkan skuter lebih kecil iaitu Spacy. Menjadi model tambahan kepada skuter Icon, Spacy bagaimana pun menawarkan lebih banyak ruang penyimpanan.

Sebagai contoh, ruang penyimpanan bersaiz XL dengan kapasiti 18 liter mampu memuatkan sebuah topi keledar full-face tanpa sebarang masalah. Tangki minyak yang boleh mengisi sebanyak 5.2 liter petrol pula tidak memerlukan penunggang kerap pergi ke stesen minyak.

Spacy dipasang enjin OHC silinder tunggal bersesaran 110cc empat lejang yang dikuasakan oleh Teknologi Honda V-Matic. Enjin itu cukup ekonomikal dan mampu mencatat perjalanan sejauh 41.5km untuk setiap liter petrol.

Boleh didapati dalam warna hitam, merah dan putih, anda boleh memiliki Spacy pada harga RM4,999.00 seunit. Itu adalah harga di atas jalan meliputi insurans penunggang tunggal, jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu). Spacy juga boleh didapati dalam warna oren mulai Mac 2013.

Dikuasakan oleh VW!

Posted:

Dikuasakan oleh VW!

Dikuasakan oleh VW!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN
geartinggimedia@gmail.com



MUNGKIN ramai yang tidak pernah mendengar pengeluar kereta bernama SEAT. Cara sebutan yang betul ialah 'siyat' dan bukan seat seperti sebutan bahasa Inggeris.

SEAT berasal dari Sepanyol. Ia merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai kapasiti penuh untuk mereka bentuk, membangun, mengilang dan memasarkan kereta di negara itu.

Lebih menarik, SEAT sebenarnya adalah salah satu jenama yang dinaungi oleh Volkswagen Group (VW). Ibu pejabat SEAT terletak di Martorell, Barcelona. Paling menarik, majoriti produksi kenderaan mereka tidak dijual di dalam negara. Sebaliknya, sebanyak 80 peratus produk dieksport ke 75 buah negara luar.

Pada 2011, penghantaran kenderaan SEAT mencecah 350,000 unit. Antara model-model SEAT ialah Ibiza, Leon, Alhambra, Mii dan Toledo.

Terkini, SEAT melancarkan varian baharu Ibiza CUPRA. Menurut SEAT, Ibiza CUPRA adalah lambang utama jenama itu yang ditonjolkan melalui reka bentuk yang cantik, prestasi tinggi dan teknologi canggih.

Ciri-ciri tersebut dipakejkan dalam model kompak Ibiza CUPRA sebagai sebuah kereta harian. Tetapi pada masa yang sama mempunyai karakter sporty. Boleh dikatakan bahawa model itu ibarat saudara yang berkongsi DNA dengan VW Polo.

Sejarah Ibiza CUPRA sebenarnya bermula sejak 16 tahun lalu apabila nama CUPRA digunakan untuk satu varian istimewa Ibiza. Jentera tersebut dibina bagi meraikan kemenangan SEAT dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) bagi kategori 2.0 liter. Sejak dari itu, varian CUPRA sentiasa dipasarkan untuk model Ibiza dan Leon.


GARISAN bumbung dan badan pada keseluruhan kereta SEAT ini membuatnya kelihatan mantap dan premium.


"Ibiza CUPRA merupakan salah satu daripada ikon jenama SEAT. Reka bentuknya yang cantik dan dinamik pemanduannya memberikan keseronokan sewaktu memandunya.

"Dengan teknologi yang inovatif, kualiti ruang kabin dipertingkatkan, Ibiza CUPRA jelas menjadi indikator kepada aspek kepantasan dan konsistensi pembangunan jenama kami yang berterusan," kata Presiden SEAT S.A., James Muir.

Berdasarkan kepada laporan agensi berita Newspress, Ibiza CUPRA dikuasakan oleh enjin 1.4 liter TSI yang berupaya menghamburkan kuasa sehingga 180PS dan tork 250Nm. Enjin tersebut sebenarnya adalah milik VW yang terkenal dengan dua kuasa desakan iaitu pengecas turbo dan supercharge serta sistem pancitan terus.

Di atas kertas, masa untuk mencapai 100 kilometer sejam (km/j) dari sifar hanya 6.9 saat dengan kelajuan maksimum 228km/j. Unit kuasa TSI yang canggih mempunyai penggerak bunyi yang mengeluarkan bunyi lebih sporty sewaktu pemandu menguji pemanduan.

Bagi menarik lebih penglibatan pemandu, transmisinya terdiri daripada jenis tujuh kelajuan DSG dengan butang kawalannya diletakkan di belakang stereng.

Kerangka Ibiza CUPRA telah ditala untuk kelincahan dan ketepatan. Ketinggian kereta direndahkan berbanding model standard. Sebagai opsyen, sistem brek AP Performance ditawarkan kepada pemandu yang berminat untuk kuasa pemberhentian yang sepadan dengan kuasa yang dimiliki.

Sistem XDS electronic differential pula bertanggungjawab mengurangkan understeer dan menambah baik pengendalian sewaktu melayan selekoh.

Sistem kestabilan elektronik ESP dan hill start pula merupakan aksesori standard dalam varian Ibiza CUPRA. Harus tahu, model itu telah dianugerahkan penarafan lima bintang dalam ujian pelanggaran Euro NCAP.


EKZOS model ini ditempatkan pada bahagian tengah jentera sekali gus menaikkan imej sportnya.


Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan SEAT S.A., Dr. Matthias Rabe berkata: "Spontan, kuasa pecutan tinggi, pengendalian lincah, cengkaman yang bagus dan brek responsif adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh CUPRA. Ibiza CUPRA adalah contoh yang sempurna bagaimana staf SEAT mengguna pakai semula teknologi terbaharu daripada VW Group."

Reka bentuk Ibiza CUPRA yang ekspresif boleh dilihat dengan jelas ketika pertama kali melihatnya. Wajah baharunya mempunyai gril lebih lebar serta ruang masukan udara yang jelas bagi menampakkan keteguhan dan prestasi model tersebut.

Lampu hadapan dengan rekaan yang sofistikated pula menunjukkan perincian hasil kualiti kerja SEAT. Tarikan emosi pada luaran Ibiza CUPRA diteruskan pada bahagian dalamannya.

Rekaan dalaman lebih kepada citarasa minimalis dengan kluster yang kemas. Pada stereng terpapar logo CUPRA, manakala tempat duduknya pula mempunyai opsyen dua tona warna kulit sebagai lambang keistimewaan model itu.

Jika diikutkan, SEAT tiada kena mengena pun dengan pasaran tempatan. Malah, sudah banyak kali saya abaikan jenama itu semasa mencari bahan untuk ruangan ini. Setiap kali berita mengenai SEAT keluar saya rasa berat hati untuk tidak menulisnya.

Namun apa yang membuat saya tertarik kali ini adalah rekaannya yang jauh lari daripada VW yang nampak konservatif. Orang kata, isi sama tetapi luarnya saja yang lain.

Boleh jadi juga jika Proton dimiliki oleh Kumpulan VW, strategi sama bakal digunakan. Namun semua itu sudah menjadi sejarah.

SAV mewah BMW X1 sDrive20i

Posted:

SAV mewah BMW X1 sDrive20i

SAV mewah BMW X1 sDrive20i


WALAUPUN perlu membayar pada harga premium, anda pasti puas dengan jentera ini.


BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan varian baharu BMW X1 sDrive20i yang pastinya memeriahkan lagi pasaran kenderaan aktiviti sukan (SAV) mewah tempatan.

BMW X1 yang memiliki rekaan kontemporari dan sporty dibina untuk memenuhi keperluan gaya hidup aktif pelanggan berjiwa muda. Elemen serba boleh dan binaan premium seperti semua model BMW turut diadun pada produk baharu itu.

Model X1 mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2010. Dalam tempoh hanya dua tahun, sebanyak 2,000 unit kenderaan SAV itu sudah berjaya dijual.

Kenderaan itu dilengkapi enjin petrol pancitan terus 2.0 liter BMW TwinPower Turbo bersama sistem pengecas turbo TwinScroll dan Valvetronic. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Enjin tersebut mampu menjana kuasa maksimum sehingga 184hp dan tork puncak 270Nm. SAV kompak itu berupaya memecut dari titik pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 7.7 saat.

Jarak pemanduan 100km melibatkan penggunaan bahan api sebanyak 6.7 liter, manakala emisi karbon pula berada pada paras 157 gram bagi setiap km.

BMW X1 memiliki rekaan luaran yang lebih segar dan bergaya. Apron hadapan memaparkan ruang kemasukan aliran udara dan garis badan seperti yang terdapat pada model-model BMW siri X lebih besar. Lampu hadapannya turut diubah.

Bahagian dalaman pula membabitkan rekaan semula konsol tengah yang menghala ke arah pemandu. Material yang diguna pakai berkualiti premium. Tidak lupa juga stereng sport dan pencahayaan ambien dalam ruang kabin.

BMW X1 memiliki ruang simpanan barangan seluas 420 liter. Ruang itu boleh ditingkatkan sehingga 1,350 liter apabila barisan tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya.

Selari dengan imejnya sebagai sebuah syarikat inovasi, BMW menjadikan mode ECO PRO sebagai ciri standard. ECO PRO membantu X1 sDrive20i menggunakan bahan api secara optimum, selain penjimatan tenaga menerusi pendingin hawa.

X1 sDrive20i boleh didapati menerusi rangkaian pengedar BMW di seluruh negara mulai hari ini. Model yang didatangkan dalam pilihan warna putih, hitam, kelabu, biru, tembaga dan oren itu ditawarkan pada harga atas jalan tanpa insurans RM238,800 seunit.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Pusat jagaan wanita disita

Posted:

Pusat jagaan wanita disita

Pusat jagaan wanita disita

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

PENGHUNI Kewaja diberi penerangan selepas tempat mereka berlindung diserbu dan disita pihak berkuasa di Setapak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerbu dan menyita sebuah rumah yang dijadikan pusat perlindungan wanita dan remaja di Kampung Sungai Mulia, Setapak di sini yang beroperasi tanpa lesen sejak lebih 24 tahun lalu.

Pengarahnya, Noormah Abdul Rauf berkata, dalam serbuan selama tiga jam bermula pada pukul 10 pagi itu, pusat tersebut didapati menempatkan 69 wanita berumur antara 14 dan 30 tahun termasuk seorang bayi berusia lima bulan tanpa mengikut syarat yang ditetapkan Akta Pusat Jagaan 1993.

Pusat yang diberi nama Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja) itu didapati gagal mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan di bawah akta tersebut.

"Dengan keluasan rumah tersebut, maksimum penghuni yang dibenarkan hanya seramai 28 orang tetapi penjaga pusat itu meletakkan seramai 69 orang di ruang yang sempit. Mana selesa?

"Sedangkan pihak keluarga juga membayar yuran kepada pusat itu sebanyak RM10,000 setahun untuk seorang bagi menjaga ahli keluarga mereka yang mempunyai masalah sosial atau sedang mengandung," katanya kepada pemberita selepas serbuan ke pusat itu di sini semalam.

Menurut beliau, antara piawaian yang perlu dipatuhi oleh penjaga pusat tersebut ialah had bilangan penghuni tidak melebihi keluasan ruang lantai yang dibenarkan bagi memastikan keselesaan penghuninya.

Piawaian lain yang perlu dipatuhi ialah nisbah penjaga dengan penghuni perlulah mencukupi, menyediakan modul latihan dan jadual aktiviti harian yang sesuai.

"Hasil siasatan JKM mendapati Kewaja gagal mematuhi piawaian yang telah ditetapkan walaupun telah diberi nasihat dan panduan sejak tahun 2003," jelas beliau.

Ketika serbuan itu dibuat, pihak berkuasa mendapati 69 penghuni pusat jagaan tersebut terdiri daripada 42 wanita yang sedang mengandung, 19 orang berada dalam pantang selepas baru melahirkan anak manakala tujuh lagi menghadapi pelbagai masalah sosial yang lain.


NOORMAH bersama beberapa pegawai JKM menyita pejabat Kewaja ekoran beroperasi tanpa lesen sejak 24 tahun lalu.


Mereka kemudiannya, termasuk seorang bayi yang berusia lima bulan, ditempatkan untuk sementara waktu di Asrama Bahagia, Kampung Pandan di sini untuk tujuan saringan sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing.

Menurut Noormah, pihak pengurusan Kewaja perlu mengemukakan perakuan pendaftaran bagi pusat jagaan tersebut kepada JKM untuk mengoperasikan semula tempat tersebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis ia dikeluarkan.

"Sekiranya Kewaja gagal berbuat demikian, suatu perintah mahkamah akan diperoleh bagi menghalang premis tersebut daripada dijadikan pusat jagaan," katanya.

Tambah Noormah, sekiranya didapati bersalah, Kewaja boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pusat Jagaan 1993.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di pusat tersebut mendapati semua penghuninya terpaksa tinggal dalam keadaan tidak selesa di rumah itu yang menyediakan sebuah ruang tamu dan dua bilik untuk mereka.

Selain itu, mereka juga terpaksa tidur beramai-ramai di ruang tamu yang sempit selain persekitaran yang kurang bersih dan tidak selamat kepada penghuni.

Seorang penghuni yang hanya mahu dikenali sebagai Maya, 16, berkata, kehidupan yang beliau impikan untuk berubah apabila memasuki pusat jagaan tersebut selepas terjebak dengan masalah sosial disifatkan 'tidak seindah yang disangka'.

"Pada mulanya saya ingat saya ingin mendalami ilmu agama tetapi tempat ini tidak menyediakan guru yang mampu untuk mengajar agama, sebaliknya kami hanya belajar sesama sendiri sahaja," katanya.

Bagi Effa, 19, pula, tindakannya yang pernah melarikan diri akibat tidak tahan dengan kehidupan di pusat itu yang disifatkannya sebagai tempat yang teruk menjadi mimpi ngeri apabila dia ditangkap dan dipukul warden pusat berkenaan.

"Saya memang tidak sangka kehidupan di sini amat teruk, mereka mengenakan yuran tetapi tidak menyediakan keselesaan kepada kami. Bayangkan ibu mengandung, ibu yang baru bersalin disuruh membuat kerja-kerja berat, jadi perkara inilah membuatkan kami ingin memberontak," katanya.

Produk Ayamas bebas antibiotik

Posted:

Produk Ayamas bebas antibiotik

Produk Ayamas bebas antibiotik

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan ujian pada 41 sampel produk ayam syarikat Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) sehingga semalam mendapati tiada residu antibiotik Chloramphenicol yang boleh menjejaskan kesihatan.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman memberitahu, 10 sampel produk yang dikilangkan pada 10 Jun lalu itu diuji untuk memastikan tahap keselamatan produk keluaran syarikat yang terdapat di pasaran termasuk di Sarawak dan mendapati tiada residu antibiotik berkenaan.

"Kementerian Kesihatan akan meneruskan pemantauan terhadap produk ini dan produk-produk lain dengan menjalankan pensampelan berterusan di kilang dan di pasaran.

"Keputusan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan di sini.

Pada 1 November lalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak mengeluarkan larangan import produk ayam Ayamas berkuat kuasa serta-merta selepas satu ujian menemui antibiotik Chloramphenicol.

Lokman berkata, Kementerian Kesihatan juga menjalankan siasatan di kilang Ayamas Corporation Sdn. Bhd. di Pelabuhan Klang, Selangor yang mengedar semua produk Ayamas di seluruh negara dan juga pasaran antarabangsa.

Menurut beliau, kilang itu juga mendapat pengiktirafan sistem jaminan keselamatan makanan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP) daripada Kementerian Kesihatan bagi beberapa produk.

"Sehingga hari ini (semalam), Kementerian Kesihatan telah mengambil sebanyak 18 sampel yang merangkumi pelbagai jenis produk berasaskan daging ayam dari kilang pemprosesan bagi tujuan analisis residu antibiotik Chloramphenicol," katanya.

Chloramphenicol bersifat genotoksis dan boleh menyebabkan kanser. Pendedahan kepada residu Cchloramphenicol melalui makanan yang tercemar juga berpotensi menyebabkan rintangan kepada mikro organisma (antimicrobial resistence). - Bernama

Sekolah Cina akan dikekalkan

Posted:

Sekolah Cina akan dikekalkan

Sekolah Cina akan dikekalkan


MUHYIDDIN (tengah) bertanyakan sesuatu ketika melawat pameran Pesta Buku Cina Sedunia di Seri Kembangan dekat Kuala Lumpur semalam.


SERI KEMBANGAN - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengulangi jaminannya bahawa sekolah-sekolah Cina akan kekal dan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus membantu pembangunan sekolah itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan BN akan terus membantu sekolah jenis kebangsaan Cina berdasarkan kepada keperluan sebenar masyarakat itu.

"Ia merupakan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu dan sekarang bahawa bukan sahaja pendidikan Cina dipelihara tetapi ia juga menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan," katanya ketika merasmikan Pesta Buku Cina Sedunia ke-14 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines di sini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong dan Pengasas Country Heights Holdings Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew.

Muhyiddin menegaskan bahawa kerajaan sentiasa komited bagi meningkatkan kualiti pendidikan di semua sekolah tanpa mengira jenis sekolah.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat Cina tidak akan mudah terpedaya dengan agenda sesetengah pihak yang suka mempolitikkan pendidikan untuk kepentingan politik mereka yang sempit.

"Jangan kita biarkan masa depan anak-anak kita dan masa depan negara kita yang hebat terjejas hanya semata-mata kerana kepentingan politik mereka yang sempit.

"Pada masa sama, kita jangan lupa peranan pendidikan sebagai satu cara untuk menyatupadukan semua kaum. Marilah kita jadikan semua sekolah di negara ini sebagai sekolah-sekolah perpaduan, di mana kanak-kanak daripada semua kaum bergaul mesra, belajar untuk menerima perbezaan dan menghormati antara satu sama lain," katanya. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Kejohanan Sudoku Malaysia

Posted:

Kejohanan Sudoku Malaysia

Kejohanan Sudoku Malaysia

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
rencana@ksomo.com.my


BARISAN wakil penaja yang turut membantu menjayakan Pertandingan Sudoku Malaysia.


NOMBOR. Siapa sangka entiti yang mewakili ukuran ini diolah dan dijadikan satu permainan yang menarik menggunakan pemikiran yang bijak dan tangkas.

Sudoku yang bermaksud nombor bersendirian ialah permainan pengendalian nombor berdasarkan logik yang memberi kepuasan kepada si pemain lebih-lebih lagi apabila berjaya menyelesaikan permainan itu.

Rakyat Malaysia kini berpeluang mencabar tahap kemampuan minda dengan menyertai Pertandingan Sudoku Malaysia.

Pertandingan kali ketiga anjuran Persatuan Sudoku Masyarakat Malaysia itu akan berlangsung selama dua hari bermula pada 1 Disember ini.

Menurut setiausaha persatuan itu, Lee Yee Dian, pertandingan itu nanti akan menggunakan Sudoku asli yang dihasilkan oleh tangan manusia dan bukannya robot.

"Kami mengguna pakai Sudoku yang dibekalkan oleh Nikoli Co. Ltd. yang diterajui seorang warga Jepun iaitu Maki Kaji, pelopor utama permainan menguji minda ini.

"Bagi peminat-peminat Sudoku, saya yakin mereka pasti dapat membezakan antara Sudoku yang dicipta melalui perisian komputer dengan kebijaksaaan otak manusia melalui corak permainan yang terbentuk," katanya.

Fenomena antarabangsa

Sudoku mula mendapat tempat di Jepun sejak tahun 1986 dan seterusnya menjadi fenomena antarabangsa pada tahun 2005. Permainan itu boleh diselesaikan oleh semua peringkat umur bermula dari pelajar sekolah rendah sehingga warga emas.

Sehubungan itu, untuk menjadikan permainan lebih bersifat realistik, pertandingan yang bakal diadakan nanti dibahagikan kepada empat kategori.

Hari pertama akan dibuka untuk pelajar berumur 18 tahun ke atas dan warga emas berusia 55 tahun ke atas. Hari kedua dikhaskan untuk kategori terbuka dan kategori 1Sudoku iaitu penambahan olahan Sudoku yang mencabar.


PESERTA yang menyelesaikan Sudoku dalam masa terpantas juga akan dicatatkan dalam pertandingan. - Gambar hiasan


Setiap kategori akan memilih 10 pemain terpantas menyelesaikan Sudoku untuk berentap di peringkat akhir.

Melalui penajaan bersama oleh pembekal barangan elektrik Midea dan pusat beli belah Giant, pemenang utama bakal menerima barangan elektrik dan baucar pembelian masing-masing bernilai RM1,000.

Pemenang tempat kedua pula akan membawa pulang hadiah yang sama bernilai RM500 dan seterusnya tempat ketiga bernilai RM250.

Istimewanya, pemenang tempat keempat sehingga ke-10 turut diberikan hadiah barangan elektrik yang bernilai RM250. Hamper akan diberi kepada peserta termuda dan tertua dalam pertandingan itu.

Sebanyak 18 hamper ditawarkan kepada peserta melalui cabutan bertuah.

Dia juga memberitahu, penjualan buku Sudoku turut diadakan pada hari tersebut.

"Orang ramai yang berminat untuk mencuba permainan Sudoku boleh mengunjungi gerai buku yang akan dibuka.

"Buku-buku Sudoku itu diterbangkan khas daripada pembekal yang sama," katanya pada sidang media di Summit USJ, Subang Jaya baru-baru ini.

Pertandingan akan diadakan di Summit USJ dengan kadar perdaftaran sebanyak RM10 untuk setiap kategori.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, pembaca boleh melayari laman web www.mysudokusociety.com/ our-events atau sebarang soalan boleh diajukan ke mysudokusociety@gmail.com.

Kempen MBG Fruity Dance

Posted:

Kempen MBG Fruity Dance

Kempen MBG Fruity Dance


ANAK-ANAK perlu dilatih untuk meminati aktiviti fizikal yang menyeronokkan. - Gambar hiasan


SEMPENA merayakan Hari Kanak-Kanak Malaysia, syarikat MBG Fruits Sdn. Bhd. (MBG) melancarkan kempen MBG Fruity Dance (Tarian Buah MBG) untuk menggalakkan kanak-kanak berasa gembira dan menjaga kesihatan menerusi penyertaan dalam aktiviti fizikal yang menyeronokkan.

Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka ke kedai MBG di Jaya 33, Plaza Masalam, Wangsa Walk Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Curve dan Sunway Giza Mall pada setiap Sabtu dan Ahad, pukul 3 petang untuk menyertai Fruity Dance selama 15 minit.

Selepas menari, setiap peserta akan menerima jus buah-buahan MBG secara percuma.

Kempen MBG Fruity Dance merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat tahunan Kesihatan Adalah Kekayaan untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

Pada tahun ini, kesihatan fizikal dan mental kanak-kanak menjadi tumpuan.

Menurut Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee, kempen tersebut bertujuan menangani isu kanak-kanak zaman sekarang yang lebih gemar menonton televisyen dan leka dengan permainan dunia siber serta alat elektronik. Tabiat itu menyebabkan mereka lebih banyak duduk dan tidak berminat dengan aktiviti luar.

Aktiviti fizikal

"Kanak-kanak perlu melakukan aktiviti fizikal yang menyeronokkan kerana kanak-kanak yang aktif kurang terlibat dalam perbuatan merokok, penyalahgunaan dadah, kegiatan jenayah atau kegiatan sosial yang meruntuhkan moral," kata Adnan.

Menurut Penguasa Malaysian Child Resource Institute dan pakar asuhan kanak-kanak, Ruth Liew, aktiviti fizikal memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menjadi aktif, merasa seronok, gembira, sihat dan memperlihatkan ekspresi diri.

Ketika merasmikan pelancaran kempen MBG Fruity Dance, Ruth menyifatkan kempen tersebut sebagai contoh yang baik kerana kanak-kanak boleh bergembira, melakukan aktiviti fizikal bersama kanak-kanak lain dan pada masa yang sama bersantai bersama ibu bapa mereka.

"Kanak-kanak yang tidak aktif boleh menjadi penakut, kurang menonjol, membosankan, kurang keupayaan untuk memperlihatkan ekspresi diri atau berkomunikasi, kurang proaktif dan kurang keyakinan diri," jelas Ruth.

Tabiat makan

Menurut Garis Panduan Aktiviti Fizikal bagi masyarakat Amerika, kanak-kanak dan remaja patut melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.

Garis panduan itu mencadangkan aktiviti fizikal kanak-kanak seperti aktiviti aerobik dilakukan secara sederhana hingga berat, senaman untuk menguatkan otot dan tulang seperti berjalan, menunggang basikal, berenang, berjoging, menari, berkebun dan banyak lagi aktiviti, sama ada secara berkumpulan atau individu.

Apabila digabungkan dengan tabiat makan yang sihat, aktiviti fizikal boleh membantu mencegah penyakit kronik, termasuk sakit jantung, kanser dan strok yang menjadi tiga punca utama kematian di Malaysia.

Faktor-faktor risiko bagi penyakit-penyakit itu boleh bermula awal pada usia muda tetapi boleh dielakkan dengan mengamalkan tabiat makan yang sihat dan melakukan aktiviti fizikal secara tetap.

Obesiti telah menjadi isu kesihatan yang semakin membimbangkan berpunca daripada gaya hidup tidak aktif.

Perangkaan daripada Tinjau Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Malaysia pada 2006 menunjukkan bahawa 43 peratus daripada rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

Bilangan orang dewasa yang obes juga didapati meningkat tiga kali ganda dalam tempoh sedekad.

Selain daripada itu, kira-kira 38 peratus remaja berumur antara 12 dan 18 tahun boleh dikatakan mempunyai berat badan berlebihan.

Hasil penyelidikan juga mendapati bahawa aktiviti fizikal dapat membantu kesihatan mental, dengan melegakan gejala tekanan dan kebimbangan serta meningkatkan keyakinan diri.

Di samping itu, beberapa kajian lain menunjukkan bahawa aktiviti fizikal berhubung kait dengan peningkatan pencapaian akademik dan membantu membaiki kemahiran untuk memberi tumpuan.

"Pengambilan buah-buahan seperti buah delima, avokado dan strawberi yang kaya dengan antioksidan dan nutrien baik untuk perkembangan otak kanak-kanak," kata Ruth.

Beri peluang kedua insafi dosa berganda

Posted:

Beri peluang kedua insafi dosa berganda

Beri peluang kedua insafi dosa berganda


RAMAI bayi yang dibuang dirawat oleh petugas perubatan di hospital sebelum dihantar ke rumah kebajikan. - Gambar hiasan


SEJAK akhir-akhir ini, kes pembuangan bayi luar nikah khususnya dalam kalangan remaja semakin membimbangkan, malah lebih menyedihkan apabila bayi tidak berdosa telah dibunuh dalam keadaan yang sangat menyayat hati.

Dalam kebanyakan kes yang berlaku, ia selalunya melibatkan ibu muda. Walaupun kesilapan dan dosa tersebut dilakukan bersama teman lelaki mereka, pada akhirnya ibu muda itu yang menanggung akibat. Lebih teruk apabila dia disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Tatkala bercinta, biasanya manusia akan mengungkapkan segala kata-kata manis. Manusia sanggup berkorban apa sahaja, termasuk berenang di lautan api.

Hakikatnya, tidak semua percintaan akan berakhir dengan keadaan indah seperti yang digambarkan. Tidak ramai yang akan sanggup berkorban, khususnya apabila berdepan dengan situasi sukar yang melibatkan maruah dan harga diri.

Pada saat genting seperti ini, biasanya gadis akan ditinggalkan dan dibiarkan memikul tanggungjawab berat tersebut sendirian.

Adakah pembuangan bayi ini berlaku kerana perbezaan emosi yang terjadi antara lelaki dan wanita?

Mudah malu

Kajian-kajian secara jelas menunjukkan bahawa wanita biasanya lebih mudah mengalami kesedihan, ketakutan, malu dan rasa bersalah.

Emosi ini terjadi dalam keadaan apabila mereka menghadapi keadaan tertekan yang biasa.

Sudah pasti, apabila mereka menghadapi situasi yang lebih sukar, misalnya hamil anak luar nikah yang melibatkan maruah keluarga dan dosa di sisi agama, mereka akan menghadapi rasa bersalah yang lebih besar.

Wanita juga didapati lebih cenderung untuk mengalami kemurungan. Sebab itu, kita dapati bahawa dalam banyak keadaan, anak-anak gadis ini menjadi mangsa manipulasi teman lelaki mereka, khususnya setelah mereka didapati hamil anak luar nikah.

Emosi mereka yang cepat tertekan dan berasa bersalah itu akan cenderung untuk tindakan seterusnya iaitu menutup dosa dengan melakukan dosa yang lain.

Kejahatan zina yang sebelum ini telah dilakukan mungkin dapat dilupakan dengan bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga. Kini, ia ditambah dengan dosa lain yang boleh menyebabkan mereka ke tali gantung atau meringkuk di penjara.

Lebih malang, teman lelakinya pula akan mengambil jalan mudah dengan tidak mahu mengaku bahawa anak yang dikandung itu ialah anaknya. Mereka juga boleh meloloskan diri kerana mungkin mereka yang membuang bayi tersebut.

Maka pada akhirnya, apakah ini yang dikatakan percintaan? Apabila ada pasangan yang hanya sanggup berkongsi saat indah, tetapi melarikan diri apabila ditimpa musibah. Sebab itulah, anak-anak gadis kita harus berhati-hati. Jangan sesekali terpedaya dengan janji manis si teman lelaki.

Anak gadis yang melalui proses kehamilan luar nikah ini juga biasanya berdepan dengan tekanan yang lebih teruk, iaitu apabila keluarga dan masyarakat akan melakukan penolakan terhadap mereka.

Dalam konteks masyarakat kita, bahkan di kebanyakan negara Timur didapati bahawa keluarga dianggap sebagai elemen yang sangat utama.

Orang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan maruah keluarga tidak tercalar, khususnya dalam hal yang boleh memberikan malu kepada maruah keluarga.

Buang bayi

Oleh hal yang demikian, ada yang sanggup membuang bayi mereka yang baru dilahirkan. Tatkala mereka belum sempat untuk bertaubat dari dosa yang lama, mereka telah menambah dosa yang satu lagi.

Khusus kepada keluarga dan ibu bapa yang menghadapi situasi seperti ini, kita sepatutnya dapat menerima hakikat bahawa anak remaja kita mungkin telah melakukan dosa.

Bagaimanapun, jangan sesekali menyisihkan mereka, kerana pada akhirnya ia akan hanya menyebabkan perkara yang lebih buruk terjadi.

Lebih baik sekiranya anak-anak gadis ini diberikan sokongan. Ia bukanlah bermakna kita menyokong 'aib' yang telah mereka lakukan, tetapi tindakan kita mungkin mampu menghindar aib yang lebih buruk.

Sekalipun kita mungkin terpaksa berdepan malu dan tohmahan masyarakat, pada akhirnya orang akan melupakannya selepas itu.

Ibu muda yang hamil tersebut boleh dihantar ke rumah jagaan tertentu atau diletakkan di bawah jagaan agensi tertentu.

Setelah bayi yang mereka kandung lahir, mereka boleh memilih sama ada untuk menjaga bayi itu sendiri atau diserahkan kepada keluarga angkat.

Bagaimanapun, biasanya jalan terbaik ialah dengan menyerahkan kepada pihak lain. Sekurang-kurangnya, ibu muda ini mampu menempuh hidup baharu dan melupakan kisah silam mereka.

Sekurang-kurangnya, dengan cara ini, mereka masih mempunyai ruang untuk pulang ke pangkuan agama dan tidak menghabiskan sisa hidup mereka di penjara kerana melakukan jenayah bunuh.

Percayalah, tidak ada sesiapapun antara kita yang mahu melalui jalan yang sukar seperti itu. Terus mengeji ibu muda ini mungkin tidak akan mengubah apa-apa.

Sesekali kita berkata bahawa mereka mungkin manusia yang teruk dan menjijikkan. Bagaimanapun, kita tidak tahu apa pula yang bakal terjadi kepada diri kita pada masa hadapan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Bincang dulu

Posted:

Bincang dulu

Bincang dulu

Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my

NORSHAHRUL masih mempunyai baki kontrak setahun dengan Kelantan


JIKA terus berhasrat untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha, Johor perlu menunjukkan ke sungguhan.

Itu pendirian Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengenai hasrat Johor yang berhasrat melamar penyerang terbilang skuad The Red Warriors itu yang lebih popular dengan panggilan Mat Yo.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu rundingan kepada pasukan Johor jika mereka betul-betul mahukan pemain tersebut untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim de pan.

Menurutnya, perkara tersebut perlulah dilakukan me ngikut saluran yang betul kerana pemain ini masih mem punyai baki kontrak yang akan berakhir pada hujung tahun hadapan.

"Saya fikir isu Mat Yo ini tidak usah banyak polemik, kalau keluar berita sensasi ia tidak membantu. Di peringkat ini yang perlu mengambil tindakan ialah pihak PBNJ kerana mereka yang ingin mendapatkan khidmat pemain tersebut.

"Sebagai contoh dalam soal tebus kontrak, pemain yang perlu berbuat demikian. Namun dalam isu ini Mat Yo tidak pernah berbuat demikian. Kenyataan dalam akhbar sahaja tidak boleh diterima pakai.

"Kalau perpindahan, ia melibatkan kelab atau pasukan, tetapi jikalau kelab yang minta untuk tebus kontrak itu tidak kena dengan peraturan. Jadi lebih baik kita duduk ber bincang empat mata dan jangan bercakap melalui media dan buat perundingan antara kelab," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga seorang penyokong The Red Warriors, Ahmad Zamani Md. Salleh, 34, yang meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan kompilasi penyakit paru-paru di kampung Kampung Bentong, Seberang Pasir dekat Kota Bharu semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail dan wakil Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK).

Ketika diminta mengulas langkah yang telah diambil oleh Norshahrul yang merayu kepada KAFA agar merestui penghijrahanya ke Johor pada musim hadapan, Annuar enggan mengulas perkara tersebut.

"Kalau saya cakap lepas, ia mendahului keadaan, orang belum pinang kita dah nak bagi anak. Saya terbuka dalam isu ini tetapi mesti ikut saluran. Lagipun Mat Yo masih ada kontrak dan dia perlu duduk bersama Kelantan sehingga tahun hadapan." tegasnya.

Kosmo semalam melaporkan bahawa Norshahrul merayu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) agar merestui penghijrahannya ke Johor musim depan.

Norshahrul mendedahkan, dia telah menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Harimau Selatan musim depan dan hasrat itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan KAFA sebelum ini.

Rozaimi akan buktikan

Posted:

Rozaimi akan buktikan

Rozaimi akan buktikan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my


ROZAIMI antara sembilan pemain yang diserapkan dalam skuad Harimau Muda musim depan.


PENYERANG berbisa Sabah, Rozaimi Abdul Rahman mengakui semakin bersemangat apabila diserapkan dalam skuad Harimau Muda musim depan.

Pemain yang meledak 10 gol pada kempen kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) mendedahkan, dia sudah tidak sabar untuk kembali 'bernaung' dengan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Jelas Rozaimi, dia berazam untuk mengulangi prestasi cemerlang sebaik kembali menyarungkan jersi skuad bawah B-22 negara itu kelak.

Pemain berusia 20 tahun itu telah mendapat 'lampu hijau' daripada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) untuk meneruskan karier bersama skuad kendalian Kim Swee itu.

"Jawapan saya mudah, saya mahu beraksi bersama Harimau Muda.

"Selepas berbincang dengan pihak SAFA, mereka telah membenarkan saya untuk kembali beraksi bersama Harimau Muda.

"Justeru, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SAFA kerana sentiasa memberikan kerjasama terhadap karier bola sepak saya.

"Saya mengakui teruja untuk membantu Harimau Muda dan berharap dapat mengekalkan prestasi terbaik sebagaimana yang telah saya buktikan sebelum ini," katanya kepada Kosmo! semalam.

Skuad Harimau Muda kehilangan khidmat Mahalli Jasuli musim depan yang akan menyertai Selangor pada musim depan kerana sudah melepasi had umur yang ditetapkan untuk beraksi dengan pasukan remaja negara itu.

Ditanya sama ada dia bersedia untuk menjadi 'watak penting' dalam skuad Harimau Muda, Rozaimi menegaskan dia masih perlu bekerja keras bagi memastikan prestasinya berada pada tahap terbaik.

"Masih terlalu awal untuk mengatakan saya boleh memegang peranan penting dalam skuad tetapi saya akan berusaha ke arah itu," katanya.

Selain Rozaimi, lapan lagi pemain yang ditawarkan kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyertai Harimau Muda ialah Muhammad Nurridzuan Abu Hassan (Perak), D.Kenny Pallraj (Perak), Muhammad Zubir Mohd. Azmi (Terengganu), Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan), Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (PKNS FC), Mohamad Firdaus Muhamad (Harimau Muda B), Saiful Ridzuwan Selamat (UITM FC) dan Adam Nor Azlan (SSBJ).

Datis bersikap realistik

Posted:

Datis bersikap realistik

Datis bersikap realistik

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


PASUKAN Datis tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi pada saingan tahun ini.


JUARA bertahan Divisyen 1 Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia, Datis enggan meletak harapan tinggi pada kejohanan kali ini dan mereka mahu bersikap lebih realistik.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki nyaris maut ditembak di hadapan rumah

Posted:

Lelaki nyaris maut ditembak di hadapan rumah

Lelaki nyaris maut ditembak di hadapan rumah

09/11/2012 11:25pm

KULIM – Seorang lelaki nyaris maut ditembak tiga das sementara rakannya luka parah ditetak dalam satu pergelutan dengan dua lelaki di Taman Selasih, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kedah, Supt Law Tiang Huat berkata, serangan itu dipercayai bermotif hutang berkaitan perniagaan, antara mangsa dan penyerang.

Katanya, dua lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak datang ke rumah mangsa berumur 29 tahun kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

"Kenderaan penyerang dipercayai mengguna plat nombor palsu tiba di rumah mangsa yang kebetulan keluar menyambut ketibaan seorang rakannya.

"Seorang daripada penyerang tiba-tiba melepaskan tiga das tembakan tetapi tidak mengenai sasaran.

"Rakan mangsa cuba menolong namun diserang seorang lagi lelaki dengan parang menyebabkan siku kanan dan lutut kirinya luka namun tidak parah," kata Law kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini. – BERNAMA

Zulfahmi ”Pelumba Paling Meningkat 2012”

Posted:

Zulfahmi "Pelumba Paling Meningkat 2012"

Zulfahmi "Pelumba Paling Meningkat 2012"

09/11/2012 11:23pm

KUALA LUMPUR – Pelumba tunggal negara dalam kategori Moto3, Muhammad Zulfahmi Khairuddin, dinamakan sebagai pemenang anugerah "Pelumba Paling Meningkat 2012" dalam kategori tersebut.

Pemilihan untuk anugerah tersebut dilakukan oleh laman rasmi Kejuaraan MotoGP Dunia, www.motogp.com., menerusi program pemilihan "After the Flag" setiap tahun.

"Saya memang sangat berbangga untuk menerima anugerah ini. Ia adalah satu pengiktirafan besar atas usaha saya tahun ini dan ia pasti akan mendorong saya untuk bekerja lebih gigih dalam mencapai matlamat untuk menjadi pelumba utama bertaraf dunia.

"Anugerah ini juga akan pasti meningkatkan keyakinan saya untuk musim depan," kata pelumba pasukan AirASia-SIC-Ajo Racing seperti dipetik dalam laman rasmi Sepang International Circuit (SIC), www.malaysiangp.com.my.

Pelumba berusia 21 tahun, yang berasal dari Kampung Bukit Changgang, Banting, Selangor, menceburi dunia MotoGP sebagai pelumba "wildcard" dalam acara 125cc pada MotoGP Grand Prix Malaysia pada 2009. – BERNAMA

76 mahkamah alam sekitar sudah diwujudkan

Posted:

76 mahkamah alam sekitar sudah diwujudkan

76 mahkamah alam sekitar sudah diwujudkan

09/11/2012 11:21pm

KUALA LUMPUR – Mahkamah Alam Sekitar yang akan mendengar kes-kes berkaitan alam sekitar dan persekitaran telah diwujudkan di seluruh negara sejak 3 September lepas, kata Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 76 buah Mahkamah Sesyen dan Majistret akan bertindak sebagai Mahkamah Alam Sekitar.

Badan kehakiman juga kini giat melatih hakim dan majistret mengendalikan kes berkaitan dengan alam sekitar bagi menyediakan mereka dalam aspek prosiding serta penetapan hukuman, katanya kepada pemberita selepas merasmikan "Seminar Kebangsaan Mengenai Mahkamah Alam Sekitar 2012" di sini hari ini.

"Hakim dan majistret yang mengendalikan kes alam sekitar ini juga akan mengendalikan kes lain, tetapi pengkhususan mereka adalah kes-kes tertentu yang melibatkan alam sekitar," tambahnya.

Beliau berkata, negara jiran seperti Thailand dan Indonesia telah pun mewujudkan mahkamah sedemikian lebih awal berbanding Malaysia tetapi ia belum terlewat untuk melaksanakannya di sini. – BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved