Isnin, 5 November 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Mesej dakwah Maher Zain

Posted:

Mesej dakwah Maher Zain

SEBELUM ini penulis hanya berkesempatan mendengar dendangan lagu-lagunya yang menjurus kepada genre spiritual dan kerohanian.

Bait-bait lirik dengan melodinya kedengaran sangat jujur. Seolah-olah ia lahir dari jiwa tulus penyanyinya membuatkan mesej dakwah yang disampaikan mudah meresap ke dalam hati pendengar.

Maher Zain antara nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pencinta muzik negara. Dua tahun lalu, nama jejaka keturunan Lebanon yang dibesarkan di Sweden itu mula menjadi sebutan dalam kalangan peminat Malaysia.

Sudah melahirkan dua album iaitu Thank You Allah pada tahun 2009 dan Forgive Me pada bulan April lalu, populariti bapa kepada seorang cahaya mata bernama Aya Zain itu semakin melonjak naik. Malah, populariti menjadi satu fenomena dalam dunia hiburan Islam antarabangsa.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik yang pernah bekerja sebagai penerbit muzik itu memberitahu, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi sebelum ini.

"Dahulu saya jauh daripada Islam kerana tidak mempraktikkannya dalam cara hidup seharian. Setelah tersedar dalam belenggu kelalaian dan mula mempelajari Islam, saya tidak mahu anak muda lain 'tersasar' seperti saya.

"Jadi, saya mahu kongsikan apa yang dipelajari melalui muzik untuk mengajak mereka ke arah kebaikan. Saya melihat cara ini lebih mudah untuk diterima dengan meluas," katanya sambil menyifatkan karyanya tidak hanya menekankan ajaran Islam, bahkan sarat dengan nilai kemanusiaan, kehidupan dan kekeluargaan.

Baginya, muzik merupakan bahasa antarabangsa kerana ia 'berbicara' dengan semua orang tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

"Jika anda menghasilkan muzik yang bagus, mereka akan mendengar dan menghayati bait-bait lirik yang penuh dengan inspirasi.

"Saya menerima maklum balas baik daripada orang bukan Islam daripada pelbagai latar belakang, budaya, agama dan usia," ujarnya yang mempunyai lima juta pengikut di laman sosial Facebook pada masa ini.

AURA Maher Zain membuatkan para peminat setia sanggup turun padang menghadiri konsert penyanyi kesayangan mereka itu.


Rahsia populariti Maher Zain

Apakah yang membuatkan Maher Zain meraih populariti mendadak hingga menjadi fenomena umat Islam seluruh dunia?

Tidak berniat melontarkan soalan berbaur provokasi, penulis bertanya: "Apa istimewanya anda sehingga mampu mencetuskan fenomena? Peminat terima anda kerana wajah yang kacak atau kualiti lagu-lagu yang dihasilkan?"

Dengan nada tenang, Maher Zain yang turut berlakon dalam siri drama televisyen Indonesia bertajuk InsyaAllah, Ada Jalan memberitahu, segalanya akan mustahil tanpa keredaan Allah.

"Di sebalik sesuatu kejayaan bergantung kepada beberapa elemen. Perlu ada kerja keras, dedikasi, matlamat dan pasukan yang sangat komited menyokong apa yang anda lakukan. Tanpa sumbangan besar mereka, siapalah saya.

"Ia sebenarnya satu pakej. Anda mungkin ada suara, tetapi tiada lagu yang bagus atau punya lagu bagus, tetapi tidak mempunyai suara sedap dan sebagainya," katanya yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

Ujarnya, segala yang hebat itu datangnya daripada Allah. Sebenarnya Maher Zain tidak pernah melakukan sebarang promosi atau datang ke Malaysia sebelum ini. Seseorang telah memainkan lagu-lagunya di sini dan ia terus mendapat sambutan ramai sekali gus melakar fenomena.

Maher Zain memberitahu, dia selesa dan tidak menghadapi masalah menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu kerana sebutan vokalnya hampir sama dengan bahasa yang dituturkannya iaitu bahasa Sweden. Bagaimanapun, ujarnya bahasa Turki dianggap paling sukar untuk dituturkan beliau.

Menyedari bahawa populariti yang dikecapinya akan ada pasang surutnya, Maher Zain sudah bersedia menempuh fasa tersebut.

Andai jodohnya dengan industri muzik tidak lama, dia memasang impian membuat sesuatu yang dekat dengan kanak-kanak kerana baginya mereka adalah penentu masa depan.

Seperti lagu-lagunya yang sarat dengan mesej dan nilai-nilai positif, Maher Zain sempat menitipkan pesan buat para peminatnya di negara ini.

"Sentiasa tekankan nilai positif dalam diri dan anggaplah esok anda menempuh hari baharu, walaupun hari ini anda berdepan dengan kesukaran. Sentiasa bersedia menempuh hari esok dan cuba menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Sambutan memberangsangkan terhadap penjualan album Thank You Allah membolehkan Maher Zain mendapat Anugerah Platinum.


"Saya suka untuk berkongsi falsafah yang menjadi pegangan hidup saya kini iaitu Live your life as if you will live forever, live for akhirah as if you will die tomorrow. Percayalah, anda akan menjadi lebih bahagia," ujarnya.

Suram kerana kurang promosi

Posted:

Suram kerana kurang promosi

INILAH lima anggota asal Raihan yang menjadi peledak fenomena nasyid pada pertengahan tahun 90-an (dari kiri) Allahyarham Azahari Ahmad, Che Amran Idris, Nazrey Johani, Amran Ibrahim dan Abu Bakar Mohd. Yatim.


SURAM. Mungkin itulah gambaran yang paling tepat diberikan kepada muzik nasyid tempatan mutakhir ini.

Tahun 1996 hingga 2005 merupakan era kegemilangan muzik nasyid tempatan bermula dengan kemunculan kumpulan Raihan, Hijjaz, Rabbani, In-Team, Unic, NowSeeHeart dan banyak lagi. Bagaimanapun, nama-nama tersebut semakin jarang kedengaran.

Jika dulu, pelbagai lagu nasyid menjadi siulan anak-anak muda kerana kerap kali diputarkan di corong radio dan televisyen, kini demam K-Pop jauh mengatasi fenomena nasyid tempatan.

Malah, jika dilihat pelantun lagu nasyid dari luar negara juga diberi sambutan lebih meriah berbanding kumpulan nasyid tanah air.

Adakah muzik nasyid tempatan hari ini semakin hilang taring dan tidak lagi mendapat tempat di hati peminat?

"Suram bukan kerana tiada lagi kumpulan-kumpulan baharu yang memeriahkan arena nasyid tanah air, tetapi kesuraman itu berlaku kerana kita kurang dari segi publisiti," kata Isman Nadim Isam yang merupakan ketua kumpulan Hijjaz ketika dihubungi baru-baru ini.

Kata Isman, genre tersebut yang membawakan lagu-lagu spiritual, motivasi dan inspirasi sebenarnya cukup meriah dalam kalangan pencinta nasyid.

Bagaimanapun akui beliau, hanya beberapa kumpulan nasyid yang dikenali umum kini antaranya Raihan, Rabbani, Hijjaz dan In-Team.

Dipintas artis luar

Adakah kemunculan artis-artis luar seperti Maher Zain dan Sami Yusuf menjadi punca artis nasyid tempatan ketandusan populariti?

Isman tidak melihat perkara tersebut sedemikian, sebaliknya beliau menyifatkan kehadiran artis nasyid luar suatu perkembangan positif kerana ia mengembalikan semula ingatan orang ramai kepada muzik genre nasyid.

"Kita perlu lihat perkara ini dari sudut positif. Kehadiran mereka akan membuatkan lebih ramai khalayak tidak kira latar belakang mengenali irama nasyid.

"Benar, artis-artis luar negara yang sealiran lebih menonjol berikutan publisiti meluas yang diberikan kepada mereka, tetapi jujurnya vokal mereka biasa-biasa sahaja," katanya sambil menyifatkan artis nasyid tanah air mempunyai kualiti yang setaraf dengan artis antarabangsa, malah lebih baik.

Sebagai contoh, Konsert Bahasa Terindah menampilkan Opick, Mu'adz Dzulkefly, Mawi dan Hijjaz berlangsung di Esplanade, Singapura pada 7 September lalu telah mendapat sambutan hangat.

Mungkin ramai yang tidak sedar nasyid, lagu-lagu berunsurkan ketuhanan, dakwah dan sealiran dengannya membantu pembentukan sahsiah kehidupan anak-anak muda.

"Kita mahu lahirkan generasi muda berketerampilan, penuh nilai-nilai murni jauh daripada masalah sosial yang kian meruncing, tetapi ada stesen-stesen radio dan saluran televisyen melakukan sebaliknya.

"Kenapa ia dibenarkan? Pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu untuk mengawal kandungannya. Adalah lebih baik memberikan dana berbentuk geran kepada pengkarya muzik seperti kami bagi meningkatkan siasah anak-anak muda kini melalui hiburan pembentukan jiwa," ujarnya.

Kata Isman lagi, stesen radio khusus seperti IKIM.fm sahaja tidak cukup jika tidak disokong dengan alternatif lain.

"Bukanlah tidak ada sokongan langsung tetapi ia hanya ketara pada musim tertentu seperti ketika sambutan Maulidur Rasul, Maal Hijrah dan sebagainya," jelas Isman.

Sungguhpun begitu, Isman memuji langkah Kementerian Belia dan Sukan yang memberi ruang kepada kumpulan-kumpulan nasyid turut sama dalam aktiviti-aktiviti melibatkan belia.

Dalam pada itu, Wan Mohd. Farhan Wan Zakaria, 24, yang meminati nasyid berkongsi pendapat serupa dengan Isman.

Bekas vokalis kumpulan nasyid Universiti Putra Malaysia, Nahwan Nur pula berpendapat, nasyid di Malaysia sudah semakin berkembang, cuma ia tidak dipromosikan oleh media cetak dan elektronik.

"Bagi saya, lagu-lagu yang dibawa oleh Maher Zain mempunyai kekuatan dari segi melodi yang menarik perhatian pendengar, senang dihafal, santai dan universal.

"Ini bukan bermakna saya tidak menghargai nasyid tempatan. Artis-artis nasyid kita ramai yang bagus. Mereka hanya dikenali dalam kelompok peminat mereka sendiri iaitu dalam kalangan penuntut universiti dan pelajar sekolah," katanya.

Baginya, penciptaan lagu dan kualiti vokal yang dihasilkan oleh penggiat nasyid di negara ini sangat membanggakan.

"Mungkin label nasyid yang digunakan menyebabkan kumpulan nasyid di negara ini tidak mampu menembusi pentas antarabangsa.

"Sebaiknya jangan melabelkan muzik dan bawa imej lebih universal asalkan ia tidak keluar daripada landasan Islam," ujarnya. - NURUL IZZA ROSLY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


200 pelatih jururawat sertai projek anak angkat

Posted:

200 pelatih jururawat sertai projek anak angkat

SEBAHAGIAN daripada pelatih kolej kesihatan dan kejururawatan yang menyertai projek anak angkat dan khidmat masyarakat di Kampung Gong Lingai, Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.


BERKHIDMAT. Seramai 200 pelatih kolej kesihatan dan kejururawatan menyertai projek anak angkat dan khidmat masyarakat di Kampung Gong Lingai, Batu Rakit, Kuala Terengganu baru-baru ini.

Mereka yang terdiri daripada 130 peserta Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit (KKABR) dan 70 peserta Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu itu masing-masing menjadi anak angkat kepada 42 keluarga petani di sekitar kampung berkenaan.

Pengarah KKABR, Mohd. Yusoff Abd. Rahman berkata, program selama tiga hari itu bertujuan merapatkan hubungan peserta serta masyarakat setempat yang majoriti terdiri daripada golongan petani.

"Sepanjang bersama keluarga angkat, para pelatih menyertai aktiviti seperti gotong-royong, ceramah motivasi untuk pelajar, sukan rakyat, pemeriksaan kesihatan dan majlis persembahan kebudayaan," katanya.

Gotong-royong hapus aedes

Posted:

Gotong-royong hapus aedes

PARA penduduk yang menyertai program gotong-royong di Taman Anggerik Tenggara, Kulaijaya baru-baru ini.


KERJASAMA. Lebih 120 penduduk Zon Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor menyertai program gotong-royong bagi membersihkan kawasan perumahan itu dalam usaha membendung masalah pembiakan nyamuk aedes baru-baru ini.

Pengerusi Zon 19(1) taman berkenaan, Abdul Jalail Ahmad berkata, gotong-royong tersebut bertujuan memastikan taman perumahan tersebut bebas daripada masalah nyamuk selain bertujuan mengeratkan perpaduan dalam kalangan penduduk.

"Aktiviti seperti ini diharap dapat mendidik penduduk menjaga persekitaran bagi mengelakkan masalah pembiakan nyamuk aedes yang boleh meragut nyawa," katanya.

Sambutan Hari Wanita peringkat Sarawak meriah

Posted:

Sambutan Hari Wanita peringkat Sarawak meriah

PERSEMBAHAN pembuka tirai oleh artis kebudayaan sempena majlis perasmian sambutan Hari Wanita peringkat negeri Sarawak di Hotel Four Points, Kuching baru-baru ini.


MERIAH. Sambutan Hari Wanita peringkat negeri Sarawak 2012 berlangsung penuh meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu di Hotel Four Points di Kuching baru-baru ini.

Para tetamu terdiri daripada pemimpin dan wakil pertubuhan bukan kerajaan, badan korporat, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan belia dan warga emas pelbagai kumpulan etnik.

Majlis perasmian acara tahunan yang bertujuan menghargai dan mengiktiraf kedudukan wanita yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara itu disempurnakan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Bakal suami 'ghaib' dakwa dirompak

Posted:

Bakal suami 'ghaib' dakwa dirompak

NURUL menunjukkan cincin dan persiapan perkahwinannya di Kampung Bagan Darat, Batu Pahat semalam.


BATU PAHAT - Seorang wanita terpaksa menanggung malu dan mengalami kerugian lebih RM20,000 selepas majlis perkahwinannya terpaksa dibatalkan gara-gara lelaki yang bakal menjadi suaminya tidak muncul pada hari pernikahan mereka.

Ekoran tindakan lelaki itu, majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada Jumaat lalu di rumah pengantin perempuan terpaksa ditukar menjadi kenduri kesyukuran.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, 23, dari Kampung Bagan Darat di sini memberitahu, dia mula menyedari dirinya ditipu setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada bakal suaminya itu yang menyatakan lelaki itu dirompak di Sungai Dulang dekat sini pada Isnin lalu.

"Sepatutnya dia menyerahkan wang hantaran sebanyak RM12,000 pada Isnin lalu tetapi saya menerima SMS daripadanya mengatakan wang yang dikeluarkan dari sebuah bank sebanyak RM18,000 telah dirompak.

"Dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Rengit. Bagaimanapun, ketika membuat laporan polis, dia beritahu hanya dirompak RM8,000," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Darat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ayamas nafi guna antibiotik Chloramphenicol dalam produk

Posted:

Ayamas nafi guna antibiotik Chloramphenicol dalam produk

Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD
hafizi.ahmad@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Ayamas Food Corporation Sdn. Bhd. (Ayamas) semalam menafikan dakwaan yang menyatakan syarikat itu menggunakan antibiotik yang diharamkan pihak berkuasa dalam produk ayam keluaran syarikat tersebut.

Pengurus Besar Kumpulan Komunikasi Korporat Ayamas, Rosniza Baharum berkata, pihaknya sangat terkejut mendengar larangan import produk ayam keluaran Ayamas ke Sarawak oleh pihak veterinar negeri tersebut kerana didakwa mengandungi antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa melaksanakan langkah kawalan kualiti yang ketat untuk memastikan semua produk keluaran Ayamas sentiasa berada pada tahap terbaik sebelum dipasarkan kepada pelanggan kerana keselamatan dan kesihatan pengguna adalah keutamaan syarikat itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Ibu tuntut masjid serah bantuan

Posted:

Ibu tuntut masjid serah bantuan

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

SARIFFAH (dua dari kiri) bersama empat daripada lima orang anaknya menunjukkan salinan laporan polis di Bandar Sunway, Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA - Seorang peniaga pusat kesihatan menuntut pihak pengurusan sebuah masjid di sini menyerahkan bantuan hari raya terkumpul berjumlah RM3,000 yang didakwa diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk lima orang anaknya sejak enam tahun lalu.

Sariffah Mat Nor Rashid, 45, mendakwa, pengurusan masjid berkenaan gagal menyerahkan bantuan hari raya untuk golongan anak yatim itu kepada anaknya sejak suaminya meninggal dunia akibat penyakit kronik pada tahun 2005.

"Lima anak saya yang kini berusia antara tujuh hingga 13 tahun sepatutnya menerima bantuan hari raya tersebut daripada MAIS sebanyak RM100 seorang selepas mereka menjadi anak yatim.

"Malangnya, pihak masjid tidak menyerahkan wang itu dengan alasan MAIS tidak menyalurkan bantuan hari raya untuk kelima-lima anak saya," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Karim lawan KOM

Posted:

Karim lawan KOM

KARIM tetap mahu melawan KOM berhubung kes penggantungannya oleh badan induk sukan olahraga negara itu.


BEKAS Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim nampaknya masih tidak berpuas hati dengan keputusan badan induk sukan olahraga negara itu menggantung beliau selama enam tahun.

Semalam, Karim mengesahkan bahawa peguamnya telah menghantar surat kepada KOM dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bulan lalu bagi mempersoalkan laporan yang dibuat terhadap beliau hasil siasatan pada Jun dan Julai lalu.

"Peguam saya sudah menghantar surat kepada KOM dan MOM. Namun, sama ada mereka (KOM dan MOM) sudah memberi maklum balas atau tidak saya tidak pasti kerana saya baru pulang dari luar negara.

"Saya menyerahkan kepada peguam saya untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Jika perlu saya akan membawa kes ini ke mahkamah. Saya akan mengadakan sidang akhbar khas. Kita tunggu dan lihat sahaja.

"Saya memang tidak berpuas hati dengan laporan siasatan itu dan saya mahu membersihkan nama saya. Apa yang saya boleh katakan ialah wujud konspirasi untuk menjatuhkan saya ketika sesi pendengaran dijalankan," kata Karim ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada 11 Oktober lalu, KOM telah membuat keputusan untuk menggantung Karim selama enam tahun.

Keputusan itu dibuat selepas mendapati Karim bersalah berdasarkan laporan yang diterima badan induk itu daripada jawatankuasa siasatan yang diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri V. C. George.

Jawatankuasa itu menjalankan siasatan terhadap petisyen setebal 23 muka surat yang bertajuk Laporan Jurulatih dan Atlet Olahraga Kebangsaan kepada bekas Presiden KOM, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 13 Februari lalu.

Petisyen yang ditandatangani oleh 42 atlet dan 16 jurulatih olahraga negara itu meminta KOM menyingkirkan Karim yang didakwa sebagai dalang utama terhadap segala masalah yang menimpa KOM sebelum ini.

Sementara itu, Pemangku Pengurus Besar KOM, Anthony Samy Silvarajoo mengesahkan bahawa badan induk itu telah menerima surat daripada peguam Karim bulan lalu.

"Ya, memang kita ada menerimanya dan kami (KOM) juga telah memberikan maklum balas terhadap surat itu. Karim menyuarakan rasa tidak puas hatinya dengan beberapa perkara dalam laporan siasatan itu.

"Namun, kami sudah memberi penjelasan kepada beliau menerusi surat yang dihantar kepada peguamnya bahawa segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan peraturan," jelas Anthony.

Mampu mantap prestasi atlet

Posted:

Mampu mantap prestasi atlet

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyifatkan kehadiran dua jurulatih baharu dalam skuad terjun negara dari China akan memperkasakan lagi persiapan mereka bagi menghadapi Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016.

Beliau percaya pengalaman kedua-dua jurulatih tersebut mampu membantu memantapkan skuad negara yang kini dibawah kendalian ketua jurulatih, Yang Zhuliang.

"Kehadiran mereka dalam skuad terjun memang tepat pada masanya. Selain dapat membantu skuad negara, mereka turut membantu mengurangkan beban tugas yang digalas oleh ketua jurulatih Yang Zhuliang dan pembantunya Zhang Yikun. Saya harap mereka berdua dapat cepat sesuaikan diri dengan suasana di Malaysia," katanya kepada pemberita di Kuching, Sarawak semalam.

Pandelela turut yakin prestasi skuad negara akan bertambah baik dan menyeru rakan-rakan dalam skuad terjun terutama penerjun pelapis untuk menimba sepenuh pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua jurulatih itu.

Selepas ketua jurulatih Yang Zhuliang bersetuju menyambung kontrak selama dua tahun lagi, Majlis Sukan Negara (MSN) telah melantik dua lagi jurulatih baharu iaitu Wu Minghong dan Pan Zhaowei yang dicadangkan sendiri oleh ketua jurulatih itu.

Kedua-dua jurulatih baharu tersebut akan berkhidmat secara kontrak selama dua tahun.

Mengulas mengenai Yang Zhuliang yang telah setuju menyambung kontrak, Pandelela berterima kasih kepada usaha MSN mengekalkan jurulatih yang telah banyak membantu kejayaan skuad terjun negara.

Guiza ikat kontrak setahun

Posted:

Guiza ikat kontrak setahun

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina.majid@kosmo.com.my

GUIZA (kanan) mengikat kontrak setahun bersama Johor.


BEKAS pemain Kelab La Liga Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza, 32, menandatangani kontrak selama setahun dengan Johor semalam.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim, satu majlis khas menandatangani kontrak pemain handalan dunia itu telah berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Johor Bahru pada tengah hari semalam.

Ia disaksikan oleh Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pengurus pasukan, Fandi Ahmad.

Berhubung nilai bayaran kontrak dan gaji yang diterima oleh bekas pemenang Kasut Emas ketika bersama pasukan Real Mallorca dalam saingan Liga Sepanyol pada musim 2008 itu, Suhairi enggan mengulas lanjut.

"Mengenai soal nilai pembayaran kontrak termasuk gaji yang diterimanya, kita tidak boleh dedahkan dan ia adalah rahsia," katanya kepada Kosmo!.

Semalam Kosmo! melaporkan Guiza yang menjadi pemain import baharu Johor memasang matlamat untuk memburu Kasut Emas dalam saingan liga tempatan musim depan.

Bekas pemain Real Mallorca dan La Roja itu turut berazam untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan dan mahu muncul sebagai penjaring terbanyak.

Kehadiran Guiza dijangka bakal mengembalikan semula kegemilangan pasukan Johor lebih-lebih lagi apabila dia digandingkan dengan pemain berbisa tempatan seperti Mohd. Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd. Radzak, Azmi Muslim dan Safiq Rahim.

Tambah Suhairi, mengikut syarat dalam perjanjian kontrak, pemain antarabangsa seharusnya menjalani latihan pada 1 Disember ini.

"Bagaimanapun, Tunku Ismail memberi pelepasan kepadanya untuk menyambut Krismas di Sepanyol," ujar beliau lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Jiwa Islamik dalam tema Hakuna Matata

Posted:

Jiwa Islamik dalam tema Hakuna Matata

Oleh ALIF ABU BAKAR

PEMENTASAN fesyen bersifat universal hasil usaha organisasi dan badan bukan kerajaan tempatan kian berkurangan. Pada awal era tahun 2000, keghairahan pihak-pihak tertentu memartabatkan kerja tangan pereka tempatan ke peringkat antarabangsa, menunjukkan riak positif dalam industri fesyen negara.

Namun, sejak kebelakangan ini, satu per satu acara fesyen tahunan yang gah pada namanya tersungkur dek krisis dalaman atau kewangan. Barisan pereka yang bertungkus-lumus terpaksa akur dengan segelintir penganjur yang membatalkan perancangan beberapa acara fesyen Malaysia berkelas antarabangsa tahun ini.

Mungkin Festival Fesyen Islam (IFF) perlu menjadi contoh terbaik bagi pihak yang bercadang menganjurkan minggu fesyen berprestij.

Usaha dan idea-idea segar yang dihamparkan IFF membuktikan ia sebagai satu acara fesyen yang wajib dihadiri pencinta fesyen tempatan.

Minggu ini, bermula 5 hingga 9 November, IFF sekali lagi mencipta sejarah menerusi penganjuran festival fesyen berteras Islamik untuk kali ke-24. Selepas kejayaan menawan beberapa benua khususnya Eropah dan Asia, IFF kembali memilih Kuala Lumpur sebagai pusat tumpuan sedunia terhadap rekaan-rekaan menawan pereka Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Inspirasi puak Afrika

Bertempat di Hotel JW Marriot, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, majlis pembukaan IFF kali ke-24 yang berlangsung semalam, menyaksikan lima nama besar dalam lubuk seni Asia Tenggara mementaskan kerja-kerja kreatif mereka.

Bertepatan dengan tema, Hakuna Matata - Can You Feel the Love yang bermaksud Usah Bimbang, keseluruhan konsep rekaan perlu berlandaskan inspirasi puak-puak yang menetap di Afrika. Kreativiti barisan pereka diuji menerusi sentuhan Islamik yang menjadi teras utama dalam setiap persalinan mereka.

Membuka tirai pada petang itu adalah hasil kerja pereka yang berasal dari Bali, Indonesia iaitu Paul Ropp. Kesemua 14 pakaian yang dihasilkan diolah berpandukan tema Ethnic Extravaganza. Rona-rona terang seperti merah, hijau dan biru menjadi mainan utama setiap rekaan yang sarat dengan aksesori terutamanya pada bahagian kepala.

Persalinan lelaki dilihat lebih menjurus kepada pinjaman imej India yang menyarungkan kurta labuh. Serapan jiwa Islamik diserlahkan melalui penambahan songkok mudah lipat yang ditampilkan dalam pelbagai warna menarik.


ELEMEN India dalam rekaan ini dapat dilihat dari segi penggunaan material dan perinciannya.


Pereka muda Indonesia yang semakin mendapat perhatian, Dian Pelangi kemudiannya mencuri tumpuan hadirin dengan 12 persalinan bertemakan Queen of Giza. Gimik pembukaan slot Dian menampilkan seorang permaisuri yang diusung di atas tandu bersama empat hulubalang gagah nyata membangkitkan keterujaan penonton.

"Saya menggunakan fabrik tradisional Indonesia seperti batik, kain tenun dan mengaplikasikan teknik ikat dan celup atau dipanggil jumputan di Indonesia.

"Koleksi yang banyak difokuskan pada teknik ini mencerminkan kemodenan dan gaya baharu untuk rujukan fesyen kelompok muslimah. Bagi memberi elemen Afrika, warna-warna terang dan padu seperti hijau dan merah menjadi pilihan utama," jelas Dian yang baru berusia 21 tahun.

Mengisi slot seterusnya adalah perhiasan mewah oleh jenama dari Singapura, Jaipore Jewels. Kilauan barang-barang kemas seperti rantai, anting-anting dan gelang menyerlah apabila dipadankan bersama jubah dan turban hitam tanpa sebarang corak atau cetakan.

Koleksi rekaan Ritu Aurora yang mengemudi Jaipore tersebut mendapat sentuhan Afrika-India dari segi potongan batu permata dan pilihan warna berbeza.

Acara diteruskan dengan pementasan lapan persalinan di bawah jenama Aktif Bestari. Memilih tema Mapambo Reincarnation, pakaian renang muslimah tersebut diserikan dengan kardigan bercetak harimau bintang dan aksesori seperti rantai.

"Koleksi pakaian renang kali ini masih mengekalkan kesopanan berpakaian dalam kalangan wanita muslimah. Kali ini, kami mengolah setiap rekaan membentuk tiga helaian pakaian dalam satu persalinan," jelas Pengarah Urusan Aktif Bestari Sdn. Bhd., Nuraini Mohd. Ariffin, 38, yang hadir pada majlis tersebut.

Kemegahan Tom Abang Saufi

Ternyata, kehebatan Datuk Tom Abang Saufi masih belum mampu digugat siapa pun. Memilih tema Makeda, pereka kelahiran Sarawak itu bijak bermain dengan warna-warna garang seperti jingga dan merah serta menumpukan pada kepelbagaian potongan persalinan.

Dalam kesemua 14 rekaan yang dihasilkan untuk koleksi tersebut, Tom Abang Saufi berjaya mengimbangi hasil kerja beliau agar tidak kelihatan condong terhadap idealisme tertentu. Ini bermaksud, setiap rekaannya memiliki pakaian berkonsep moden, urban, tradisional dan klasik.

Jubah lelaki bermotifkan elemen Afrika mudah membuatkan hadirin terpukau ditambah pula dengan pelilit kepala ringkas. Tidak kurang juga seluar panjang bercetak harimau bintang yang dipadankan bersama baju seakan-akan kaftan labuh, mencipta pesona luar biasa kepada penampilan wanita muslimah.

Secara keseluruhan, IFF kali ini banyak bermain dengan material sutera yang indah dengan warna-warna terang, manik-manik, turban eksotik, gaun meleret dan persalinan yang dipengaruhi etnik-etnik dari Afrika.

Pada majlis pembukaan tersebut, Penaung dan Pengerusi IFF, Datuk Seri Raja Rezza Shah menyatakan pemilihan konsep Afrika yang bertemakan Hakuna Matata tidak hanya difokuskan pada persalinan tradisional Islamik.

"Acara kali ini memberi peluang kepada orang ramai melihat kebijaksanaan pereka yang terlibat menterjemahkan perspektif mereka tentang inspirasi fesyen Afrika Islamik.

"Selama lima hari, kita menjadi platform kepada pereka tempatan dan beberapa negara jiran dalam menampilkan pertunjukan fesyen yang estetik," ujar beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Shah Rezza.


Kreativiti pereka menghasilkan persalinan berkonsep Afrika Islamik menciptakan hasil kerja yang mempesona.


Turut hadir pada acara pembukaan semalam ialah Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim yang menjadi tetamu kehormat.

Minggu IFF

Minggu fesyen IFF akan melibatkan 14 pertunjukan dengan sembilan daripadanya dikendalikan oleh badan kebajikan atau badan bukan kerajaan bagi mengumpul dana untuk tabung kebajikan masing-masing.

Hasil kutipan juga akan disumbangkan IFF kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Antara pereka tempatan yang terlibat dengan minggu IFF kali ini ialah Zleqha, Hajaba, Syaiful Baharim, Ammara, Salikin Sidek, Datuk Raduzan Radziwill, Rico Rinaldi dan Calvin Thoo.

Pereka Indonesia pula bakal menyaksikan kelibat Milo, Tuty Adib Bilqis, Ghea Panggabean, Nuniek Mawardi dan Malik Moestaram. Singapura pula diwakili oleh Jaipore Jewels dan Mantra.

Menariknya, IFF turut membuka peluang kepada orang awam yang ingin menonton pertunjukan fesyen khas pada 8 November ini pada pukul 10.30 pagi.

Mereka yang berminat dinasihatkan datang awal ke Mayang Sari Ballroom, Hotel JW Marriot ekoran tempat duduk yang terhad.

Jubah eksklusif Naini Kifli

Posted:

Jubah eksklusif Naini Kifli

Oleh HAFIZ AHMAD


GABUNGAN jubah dan tudung ringkas sudah cukup untuk menyerlahkan keayuan wanita Islam.


HADIR dengan persalinan istimewa khas buat wanita yang tampil menutup aurat, butik kelolaan dua beradik, Nina Zulkifli dan Jida Zulkifli memberi penekanan kepada jubah dengan perincian manik-manik dari Korea dan Indonesia.

Dijahit kemas pada bahagian tertentu, pemilihan manik itu dilakukan kerana ia lebih tahan lama selain warnanya sukar luntur dan kusam.

Tidak mahu sarat dengan jemeki berlebihan, setiap butiran hanya menggunakan manik bersaiz kecil dan kemasan hanya pada bahagian tumpuan seperti pergelangan tangan dan bahagian hadapan jubah.

Menurut Nina, fabrik sifon dan sutera sifon banyak digunakan pada koleksi terbaharu ini kerana ia mudah digayakan selain rekaan tampak mewah dan eksklusif.

"Tambah istimewa, setiap busana hanya dihasilkan dengan satu rekaan dengan satu saiz sahaja bagi mengekalkan ciri eksklusif koleksi ini," ujarnya ketika ditemui oleh Stailo baru-baru ini.

Lari daripada kebiasaan rekaan jubah dengan rona polos, butik itu juga menawarkan busana yang menggunakan fabrik corak flora dengan mainan warna fuschia.

Pemilihan rona diberi penekanan utama kerana mahu relevan dengan cita rasa fesyen terkini. Setiap rekaan diberi biasan warna kontra untuk tampil kelainan kala bergaya.


WARNA kontra mengisi koleksi busana terbaharu di butik ini.


"Wanita bertudung tidak banyak aksesori yang boleh digayakan. Oleh kerana itu, mereka harus bijak memilih rona yang lebih berani dan menarik," jelas Nina.

Dalam masa yang sama, butik Naini Kifli turut memperkenalkan pemakaian turban yang disuaipadankan dengan selendang atau tudung. Penggunaan material daripada kain net dan sifon turut diserikan dengan kemasan jemeki ringkas dan rona senada.

Setiap jubah boleh didapati dengan harga antara RM299 hingga RM899, manakala turban dan tudung pula berharga antara RM39 dan ke atas. Ia juga beroperasi secara dalam talian menerusi laman sesawang rasminya iaitu www.nainikifli.com.

Aksesori penyempurna gaya

Posted:

Aksesori penyempurna gaya


SKAF yang bercorak boleh mengubah penampilan wanita yang berpakaian warna polos.


SOALAN: Saya seorang peminat fesyen dan gemar mengumpul pelbagai aksesori untuk dipadankan dengan pakaian harian agar kelihatan menarik sepanjang waktu. Boleh beri cadangan aksesori terkini mengikut trend antarabangsa yang perlu ada dalam almari peminat fesyen seperti saya ini?

- AZHAR, Putrajaya

JAWAPAN: HARI ini, kita amat beruntung kerana terdapat banyak pilihan aksesori di pasaran bagi memenuhi cita rasa dan bajet masing-masing. Namun perlu diingat, rekaan aksesori tertentu mungkin menarik apabila digayakan seseorang individu, tetapi hasilnya mungkin tidak sama apabila dipakai individu lain.

Kita perlu berani mencuba dan melakukan eksperimentasi untuk mendapatkan gaya yang terbaik. Di sini, saya titipkan aksesori-aksesori dan gaya pemakaian yang dirasakan menarik dan versatil sebagai panduan:

n Skaf dan tali leher adalah aksesori yang paling mudah digayakan dan menjadikan penampilan kita lebih menarik dan segar. Topi juga boleh dipadankan bersama pelbagai pakaian dan trend pemakaiannya boleh dilihat di mana-mana serta menjadi pilihan utama golongan remaja.

n Apabila memakai bracelet (gelang tangan atau rantai tangan), pilih rekaan bersaiz kecil dan ringkas. Ikon filem Barat seperti Cary Grant, sentiasa memilih rantai tangan emas bersama jam tangan yang sememangnya kelihatan bergaya.

n Bagi membentuk penampilan yang lebih segar, cuba gayakan aksesori dengan cara atau pilihan yang berlainan setiap kali anda keluar rumah. Sekiranya anda sering memakai kemeja putih, cipta kelainan dengan memakai tali leher pada salah satu hari bekerja anda. Cuba bereksperimen dengan jam tangan (mungkin warna emas), kafling dan rekaan tali pinggang.

n Jam tangan merupakan item utama dalam pasaran mewah antarabangsa. Uniknya, jam tangan berjenama adalah aksesori mewah yang tiada sempadan. Paling penting, ia tidak bertentangan dengan mana-mana kepercayaan dan agama atau boleh merosakkan peradaban pakaian tradisi. Dalam pasaran antarabangsa, jam tangan dilihat sebagai simbol status seseorang.

n Tingkatkan gaya anda dengan aksesori klasik rona hitam, tali pinggang bersaiz kecil (skinny), ataupun beg dengan hiasan kulit. Kesemuanya pasti dapat memberikan anda aura yang cukup cool.

n Bagi pengumpul tali leher, pilihan paling berstail masa kini adalah tali leher hitam yang fabriknya dikait dengan benang sutera. Ia memiliki tekstur yang unik dan sangat sesuai dipadankan bersama kemeja oxford, jean ataupun sut.

n Mereka yang sukakan penampilan yang muda dan lasak, dapatkan tali pinggang kulit tahan lasak bersaiz lebar dan dompet kulit berantai.

n Aksesori santai paling murah pula, apa kata sarungkan flip-flop yang diperbuat daripada getah dan plastik yang berkualiti. Lebih terang warnanya, lebih ceria dan segar penampilan anda. Padankan ia dengan seluar khaki atau jean yang sering anda pakai. Gaya ini mudah, praktikal dan sealiran dengan trend antarabangsa.

n Bagi pengumpul kaca mata hitam, anda wajib memiliki model aviator dalam koleksi peribadi. Sekitar tahun 1986, Tom Cruise mempopularkan kaca mata Ray-Ban aviator dalam filem lakonannya. Pada tahun itu juga, jualan kaca mata tersebut meningkat 40 peratus di seluruh dunia disebabkan pengaruh Cruise yang sangat kuat. Kini, selepas dua puluh tahun, populariti rekaan kaca mata tersebut masih unggul dan ia menjadi item wajib kepada ikon-ikon fesyen tempatan dan antarabangsa.

n Bagi penggemar beg jinjit (tote), dapatkan beg tote yang diperbuat daripada kanvas dalam warna yang terang seperti hijau daun pisang ataupun biru langit. Beg tersebut bersifat tahan lasak dan boleh diisi dengan pelbagai keperluan untuk ke kelas atau ke gimnasium termasuklah kasut ataupun gajet-gajet elektronik anda.

n Mereka yang menyukai kasut bertapak lembut (sneakers) pula wajib memiliki sneakers berwarna putih yang ringkas. Ia cukup versatil, tidak ketinggalan zaman dan menyerlahkan penampilan yang energetik. Sekiranya berkemampuan, dapatkan kasut rekaan pereka ternama seperti Marc Jacobs, YSL atau Calvin Klein.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Bidaan amal fesyen

Posted:

Bidaan amal fesyen

Oleh ALIF ABU BAKAR

DARI kiri: Mutiara, Vivy Yusof, Tasha, Suhana dan Noordin pada upacara penyerahan cek replika kepada PBSM Malaysia.


PERCUBAAN awal I Love Malaysian Designers mengadakan bidaan amal di The Venue, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat masih belum mencapai tahap membanggakan.

Meskipun pelaksanaannya tercapai, beberapa kelemahan penganjuran majlis yang julung-julung kali diadakan itu dapat dilihat seperti pemilihan item-item untuk dibida, lokasi penganjuran dan kelompok sasaran.

Bukan menidakkan kebolehan dan usaha tujuh pereka tempatan yang terlibat secara langsung dengan projek tersebut, tetapi secara jujurnya, penganjur perlu memahami kehendak pembida terlebih dahulu.

"Saya tahu masih banyak perkara perlu diperbetulkan dan kesilapan saya adalah tidak mengkaji item-item yang sesuai untuk dibida mengikut senarai jemputan yang hadir.

"Bagaimanapun, saya masih berbangga dengan percubaan pertama ini dan berharap ia dapat diteruskan untuk masa akan datang," ujar pengasas kepada I Love Malaysian Designers, Mutiara Bahir, 26, ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Mutiara yang juga merupakan pengarah kreatif bagi jenama pakaian sedia pakai berkonsep batik, Brew & Skittles, mengakui kesukaran mendapatkan kerjasama pereka-pereka tempatan bagi acara kebajikan tersebut.

Namun, berkat semangat yang tinggi, Mutiara berjaya menerima persetujuan daripada beberapa pereka dan jenama yang sedang meningkat naik seperti Justin Yap, Syahrir Nurdin, Rhea Benson, Sereni & Shentel, My Batik Collection dan Wonder Wardrobe.

Difahamkan, I Love Malaysian Designers ditubuhkan berpandukan dua tujuan. Pertamanya, ia menjadi medan kepada pereka-pereka baharu mengembangkan nama mereka dalam industri fesyen tempatan dan keduanya, bekerjasama dalam setiap penganjuran acara berbentuk kebajikan.

SELUAR pendek menjadi antara item bidaan yang mendapat sambutan hebat.


Item bidaan

Di sebalik kejanggalan acara berkenaan, mereka tetap berjaya mengumpulkan lebih RM2,000 untuk disumbangkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia yang diserahkan kepada Setiausaha Agung PBSM Malaysia, Datuk Noordin Abd. Razak.

Slot bidaan dipecahkan pada tiga segmen dengan keseluruhannya melibatkan lebih 10 item telah dibuka untuk bidaan. Membuka segmen pertama malam itu adalah bidaan bagi dres hijau yang diperbuat menggunakan 100 peratus sifon sumbangan Wonder Wardrobe.

Ia kemudiannya diikuti kain pario daripada My Batik Collection. Bidaan bagi kain sutera sepanjang 2.5 meter itu dibuka pada harga RM280 dan berjaya dijual pada harga yang sama.

Brew & Skittles turut menawarkan dua item untuk bidaan. Item pertama adalah dres batik kapas yang dibida pada harga RM150 dan berjaya dijual pada harga RM200. Begitu juga dengan dres Natalia jenama tersebut yang menjadi rebutan ramai sehingga dibeli seorang pembida pada harga RM220.

Item panas yang menjadi perbualan pada malam itu tertumpu pada kasut tinggi rekaan Rhea Benson. Kedua-dua pasang kasut mereka ditawarkan pada harga RM300 pada mulanya dan sepasang daripadanya berjaya dijual pada harga mencecah RM420.

Sementara itu, duta bagi I Love Malaysian Designers, aktres popular, Tasha Shilla, 25, mengakui amat mengagumi kesungguhan yang ditunjukkan penganjur dalam menjayakan acara bidaan amal tersebut.

"Sejak dari awal penglibatan saya dalam industri seni tanah air, saya memang gemar memilih hasil kerja pereka tempatan. Disebabkan itu, saya tidak teragak-agak untuk menyertai usaha pereka-pereka muda ini dalam menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Saya telah menandatangani perjanjian bertulis bersama I Love Malaysian Designers selama dua tahun dan tugas sebagai duta memerlukan saya turun padang pada setiap acara kebajikan yang dijalankan," jelas Tasha ketika ditemui pada majlis bidaan amal tersebut yang turut menjadi penyumbang kutipan menerusi pembelian sepasang kasut Rhea Benson bernilai RM300.

Resipi untuk pesakit diabetes

Posted:

Resipi untuk pesakit diabetes

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

AMY turut mengadakan demonstrasi memasak pengat pisang dengan menggunakan ramuan yang sihat pada majlis pelancaran buku itu.


BAGI mereka yang menghidap penyakit diabetes, segala aspek pemakanan harus dititik- beratkan terutamanya dari segi pengambilan gula dalam makanan mereka.

Disebabkan itu, mereka sering berdepan kesukaran untuk mendapatkan makanan yang mempunyai kandungan gula rendah apatah lagi dalam hidangan pencuci mulut.

Dalam usaha untuk menggalakkan pemakanan sihat terutamanya dalam hidangan makanan pencuci mulut, syarikat farmaseutikal, MSD Malaysia (MSD) tampil dengan buku resipi yang menghimpunkan 12 jenis hidangan.

Menariknya ia dihasilkan oleh chef selebriti dan konsultan makanan, Amy Beh yang dibantu oleh pakar nutrisi, Madhavi Rai yang berjudul Celebrate-The Dessert Cookbook.

Resipi empat budaya

Pengarah Perubatan MSD, Dr. Yeoh Boon Hock memberitahu, resipi hidangan pencuci mulut yang terkandung dalam buku setebal 50 muka surat itu merupakan menu daripada pelbagai budaya dan kaum.

"Kami menggabungkan resipi daripada empat budaya berbeza iaitu Melayu, Cina, India dan Barat. Keempat-empat budaya ini sememangnya mempunyai hidangan pencuci mulut yang mengandungi kandungan gula agak tinggi.

"Namun, dengan kepakaran Amy, setiap hidangan disediakan menggunakan kuantiti bahan-bahan yang sesuai untuk hidangan pesakit diabetes," ujarnya semasa pelancaran buku itu pada 1 November lalu.

Antara resipi yang terkandung dalam buku yang diedarkan secara percuma itu ialah pengat pisang, kek sugi, sup ginseng dan jus yogurt mangga.

Selain itu, setiap hidangan turut dinyatakan indeks glisemia (kadar glukosa), kalori, karbohidrat, serat dan gula untuk dijadikan panduan pemakanan kepada pesakit diabetes.

AMY (kiri) dan Madhavi berharap buku resipi mereka akan memberi idea baharu kepada pesakit diebetes dalam penyediaan hidangan pencuci mulut.


Pemakanan pesakit diabetes

Bagi Amy, setiap resipi mengandungi kadar gula yang bersesuaian dengan pesakit diabetes selaras dengan tema buku itu iaitu Hidup Sihat Dengan Diabetes.

"Hidangan yang kita sediakan seharusnya boleh dinikmati oleh semua golongan termasuk pesakit diabetes. Menerusi setiap hidangan, saya telah cuba sedaya upaya mengurangkan penggunaan gula dan mengekalkan keenakan hidangan itu," jelasnya.

Selain itu, Amy turut berterima kasih kepada pihak MSD kerana memberi kepercayaan kepadanya dan Madhavi untuk mengelolakan buku resipi itu.

Menurut Madhavi, dia diberi tugas untuk memantau setiap ramuan yang terkandung dalam 12 resipi yang dihasilkan oleh Amy.

"Setiap resipi juga membuka mata pesakit diabetes mengenai hidangan terbaik untuk mereka. Hidangan ini juga mengandungi empat kunci utama nutrien dalam kitaran pemakanan iaitu vitamin, mineral, protein dan serat.

"Apa yang menjadi kebimbangan pesakit diabetes ialah pengambilan karbohidrat. Menerusi hidangan ini, pesakit boleh mengambil makanan karbohidrat tetapi pengambilannya perlu dikawal," ujarnya yang menggemari pencuci mulut ondeh-ondeh keledek.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Penduduk New York masih terjejas

Posted:

Penduduk New York masih terjejas

SEBUAH rumah yang musnah masih belum dibaiki di Pantai Union, New Jersey kelmarin.


NEW YORK - Kekurangan bekalan petrol dan diesel semalam menjejaskan usaha-usaha pemulihan di lokasi yang dilanda taufan Sandy pada minggu lalu.

Bagaimanapun, bekalan elektrik kembali pulih di kebanyakan kawasan Manhattan kelmarin selepas banjir melanda kawasan perumahan.

"Manhattan tidak lagi kelihatan seperti bandar hantu," kata seorang jurucakap syarikat elektrik Con Edison, Bob McGee.

Para kakitangan syarikat itu berusaha untuk memulihkan bekalan di sekolah yang dijangka dibuka semula pada hari ini.

Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, kira-kira 40 peratus penduduk tidak akan mendapat bekalan elektrik selama seminggu lagi.

SEJUMLAH penduduk menunggu untuk memperoleh bekalan petrol percuma di Brooklyn, New York kelmarin.


Ketiadaan bekalan elektrik itu akan menyebabkan penduduk tidak dapat menggunakan alat pemanas ketika cuaca sejuk melanda.

Menurut Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS), kira-kira 550,000 penduduk tidak mendapat bekalan elektrik di Pulau Long.

Sementara itu, polis di New Jersey meningkatkan angka kematian kepada 22 orang sekali gus menjadikan jumlah korban taufan tersebut di AS ialah 109 orang.

Para pegawai di sini turut mengumumkan bahawa beberapa buah trak tentera akan membawa 38 liter minyak untuk diberikan kepada para pemandu secara percuma.

Taufan itu melanda kawasan Pantai Timur AS sehingga hampir menenggelamkan bandar raya ini pada Isnin lalu. - Agensi

Pilihan raya AS dijangka sengit

Posted:

Pilihan raya AS dijangka sengit

BEKAS presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton (kiri) mengangkat tangan Obama (tengah) pada satu kempen pilihan raya di Bristow, Virginia kelmarin. - REUTERS


WASHINGTON - Pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung esok dijangka menjadi antara yang paling sengit dalam sejarah negara ini.

Pada pilihan raya itu, Presiden AS, Barack Obama mempertahankan jawatannya buat kali kedua dengan menentang bekas gabenor Massachusetts, Mitt Romney daripada parti Republikan.

Obama daripada parti Demokrat memenangi pilihan raya presiden AS pada tahun 2008 dengan menewaskan pencabarnya daripada parti Republikan, Senator John McCain.

Satu tinjauan pendapat yang disiarkan Wall Street Journal/NBC News semalam menunjukkan Obama memperoleh sokongan sebanyak 48 peratus manakala Romney mendapat 47 peratus.

Tinjauan pendapat itu dilakukan terhadap 1,475 pengundi di seluruh negara.

Obama dan Romney yang juga seorang jutawan menggunakan hari-hari terakhir untuk berkempen di beberapa buah negeri sebelum pengundian berlangsung.

Presiden AS itu akan berkempen di New Hampshire, Florida, Ohio dan Colorado.

Romney pula akan berkempen di Iowa, Ohio, Pennsylvania dan Virginia.

Presiden AS dipilih bukan melalui undi popular tetapi sebaliknya mereka perlu memenangi 270 undi pemilih untuk menduduki White House.

Dalam satu tinjauan pendapat terbaharu ABC News/Washington Post semalam, Obama dan Romney memperoleh sokongan yang sama banyak iaitu 46 peratus.

Tinjauan pendapat itu mendapati ramai golongan muda dan wanita yang menyokong Obama.

Golongan tua pula lebih berminat memberi sokongan kepada Romney.

Pada hari-hari terakhir kempen, Obama meminta beliau diberikan mandat sekali lagi bagi membolehkannya menyelesaikan semua kerja-kerjanya. - Agensi

Suu Kyi enggan ulas isu Rohingya

Posted:

Suu Kyi enggan ulas isu Rohingya

YANGON - Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi (gambar) enggan mengulas tentang keganasan yang menimpa etnik Rohingya di negara ini, menurut laporan Perbadanan Penyiaran British kelmarin.

Menurutnya, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam keganasan yang melibatkan etnik Rohingya itu dengan Rakhine.

Pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu telah menyebabkan masyarakat antarabangsa berasa kecewa disebabkan sikap berdiam dirinya.

Lebih 100,000 penduduk telah berpindah sejak Jun lalu selepas berlaku dua keganasan di negeri Rakhine.

Dalam keganasan terbaharu, 30,000 orang menjadi pelarian manakala puluhan orang terbunuh dan beribu-ribu rumah dibakar.

- Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


3 perompak larikan RM200,000 dalam 5 minit

Posted:

3 perompak larikan RM200,000 dalam 5 minit

05/11/2012 9:43pm

KUALA LUMPUR — Tiga perompak memakai topi besbol bersenjatakan dua pistol, menjadikan pelanggan dan pengawal keselamatan sebuah bank di sini sebagai tebusan sebelum melarikan wang tunai hampir RM 200,000 dalam kejadian yang memakan masa lima minit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, dua daripada suspek, seorang memegang pistol meluru ke dalam bank RHB cawangan Sri Damansara dan menjadikan pelanggan dan pengawal keselamatan yang berada dekat dengan pintu masuk bank sebagai tebusan.

Manakala seorang lagi yang bersenjatakan pistol menyerang seorang pengawal keselamatan di bahagian belakang kaunter, dan merampas pump gunnya sebelum menghentak belakang kepala pengawal dengan pistol, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Arjunaidi berkata, perompak itu kemudian mengarahkan pengawal yang dicederakannya ke sebuah bilik di belakang kaunter untuk mengambil dua beg berisi wang yang terdapat dalam bilik itu, sebelum mereka melarikan diri.— BERNAMA

Pengikut Al-Arqam dibawa ke Mahkamah Syariah

Posted:

Pengikut Al-Arqam dibawa ke Mahkamah Syariah

05/11/2012 9:01pm

SHAH ALAM — Seramai 16 individu, yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Khamis lepas, akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Gombak Barat, Kuang pada 20 Disember ini.

Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin berkata, kesemua mereka, termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr. Badrulamin Baharon, akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 12© Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu cuba menghidupkan semula pertubuhan yang telah diharamkan itu.

"Sebelum ini, mereka telah ditahan hasil siasatan pihak kami selama dua minggu, dan mereka telah dibebaskan dengan jaminan bon RM1,000 dengan seorang penjamin," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, berikutan siasatan mengikut Seksyen 12 © enakmen itu, mereka didapati melanggar fatwa Mufti Kerajaan Negeri Selangor dengan menjalankan pelbagai program dalam ekonomi, budaya dan kesenian pertubuhan yang diharamkan itu.

Khamis lepas, JAIS menyerbu sebuah perhimpunan yang dihadiri lebih 3,500 orang, dipercayai diadakan sempena ulang tahun ke-75 pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad Ashaari, dan menahan 16 individu itu.— BERNAMA

Gores dan menang: 78 dakwa rugi RM500j

Posted:

Gores dan menang: 78 dakwa rugi RM500j

05/11/2012 7:48pm

KUANTAN — Seramai 78 individu mendakwa kerugian hampir setengah juta akibat tertipu dengan tawaran hadiah menerusi peraduan gores dan menang.

Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abdul Aljailani Mohd Sharrill berkata, bagi tempoh Januari hingga semalam, mangsa mendakwa dipaksa membayar sejumlah wang sebelum diberikan hadiah yang dimenangi.

"Sebanyak 78 individu membuat laporan kepada pihak kami bagi tempoh berkenaan selepas mendakwa mereka terpedaya selepas peraduan gores kupon itu.

"Bagi membanteras kegiatan itu, hari ini kami melakukan satu operasi bersama pihak polis dan Majlis Perbandaran di sekitar bandar Kuantan.

"Kami telah menyerbu sebuah premis di Kuantan yang menyimpan pelbagai barangan elektrik, dipercayai digunakan untuk mengumpan individu bagi aktiviti gores dan menang berkenaan," katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Aljailani berkata, seramai lima suspek berusia 20 hingga 30 tahun ditahan di premis itu.

"Kami turut merampas 50 kupon gores dan menang serta pelbagai barangan elektrik," katanya sambil menambah kes itu disiasat mengikut Seksyen 20B Akta Perihal Dagangan 2011. — BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Dapat restu ibu

Posted:

Dapat restu ibu

EPISOD pelayaran bahtera Farid dan Diana sebagai suami isteri kini sudah bermula.


AKHIRNYA pelakon filem Lagenda Budak Setan, Farid Kamil, 31, berjaya menyunting aktres muda, Diana Danielle Danny Beeson, 21 sebagai suri hatinya secara sah Sabtu lalu.

Majlis akad nikah di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang, Selangor itu berjalan lancar dan dengan sekali lafaz sahaja, Diana yang juga pelakon filem Magika itu kini sah menjadi milik Farid.

Diana dinikahkan dengan berwali hakim disebabkan usahanya untuk mencari bapa kandung gagal selepas beberapa perkara dilakukan termasuk membuat notis di akhbar tidak berjaya menemui bapanya, seorang yang berbangsa Inggeris.

Pada majlis itu, ibu Diana, Norsiah Ramli, 49, enggan ditemu bual dan sebak apabila ditanya perasaannya melepaskan anak tunggalnya itu.

"Saya tidak bersedia untuk cakap apa-apa lagi sekarang," ujar Norsiah sambil mengesat air matanya dan berlalu pergi ke khemah jamuan makan.

Usaha media beberapa kali untuk mendekati ibu tunggal itu juga gagal dan seorang wakil perunding perkahwinan di situ, menyatakan supaya media menghormati pendirian Norsiah untuk tidak mendesaknya memberi komen lagi.

Pada majlis sidang akhbar akad nikah berkenaan pula, pengantin perempuan iaitu Diana sendiri turut diajukan persoalan mengenai sikap ibunya itu.

Kata Diana yang mesra dengan panggilan Dee, semua pihak kena faham dengan sikap ibunya kini yang tidak mahu lagi terdedah dengan publisiti.

"Mama sudah lama tidak terdedah dengan dunia publisiti seperti dahulu dan semua pihak kena faham pendiriannya," jelasnya.

Bagi Dee, apa yang penting bagi dirinya adalah dia faham perasaan ibunya itu dan ibunya itu juga faham apa yang tertulis dalam hatinya.

"Saya gembira apabila mama merestui hasrat saya yang ingin berkahwin awal. Saya dan Farid sangat sayangkan mama dan kami akan bersama-sama menjaganya nanti," katanya.

NORSIAH (kiri) merestui Diana yang ingin berkahwin awal. Paling kanan ialah ibu Farid, Sharifah Bardah.


Dedah rahsia

Bagi Farid pula, menyunting Dee sebagai suri di hatinya adalah perkara yang ingin dilakukan setelah setahun mengenali gadis itu, sejak empat tahun lalu.

Perkara itu disebabkan sikap Dee yang berfikiran matang dalam usia muda.

Ujarnya, ketika usia Dee masih mentah, dia sudah dapat merasakan ingin memperisterikan gadis itu tetapi atas nasihat keluarga yang mahu mereka bercinta terlebih dahulu.

"Saya suka Dee, sebab tidak pernah ada kawan (kacukan) mat saleh. Kalau ikutkan, selepas setahun berkawan saya hendak kahwin dengan dia tetapi dia muda sangat lagi ketika itu, jadi kami bercinta dahulu. Lagi pun (ketika itu) Dee belum dapat seru lagi," ujarnya berjenaka.

Pasangan itu yang terkenal dengan sikap mengunci mulut mengenai perihal perincian episod percintaan mereka itu sebelum ini, akhirnya mendedahkan segala-galanya pada majlis akad nikah berkenaan.

Ujar pelakon filem Tujuh Perhentian itu, dia pertama kali berjumpa Dee ketika majlis anjuran butik pakaian Lord's Tailor di Bangsar, Kuala Lumpur pada tahun 2008.

"Saya jumpa mamanya dahulu bertanyakan sama ada Dee sudah solo atau tidak dan tidak sangka sebenarnya Dee ada di belakang saya. Saya berjalan dengan Dee hingga ke pintu masuk majlis itu," ujarnya.

Selepas itu kata Farid, dia tidak bertemu lagi dengan Dee sehinggalah dia menelefon sendiri pelakon filem Idola itu untuk menawarkan watak untuk satu filem yang akan diarahkan olehnya.

"Dia (Dee) tanya saya berapa babak dia akan (berlakon), saya cakap sedikit sahaja. Selepas itu bermula episod berkenalan kami," ujar Farid yang tidak menghalang Dee aktif berlakon dan menyanyi selepas bergelar isterinya.

FARID sedia pikul tanggungjawab membimbing Diana selepas mereka disatukan.


Dalam pada itu, pasangan itu turut disoal media tentang sikap mereka sebelum ini yang sering menolak untuk bergambar bersama-sama.

Dee menjelaskan, perkara itu dilakukan untuk menjaga hubungan mereka agar berkekalan dan ternyata ia telah berjaya.

"Kami nekad untuk berahsia untuk tidak terlalu terbuka bagi menjaga hubungan ini, saya bersyukur perancangan itu berjaya," ujar Dee tidak ralat mengenai akad nikah itu tanpa kehadiran bapanya yang gagal dikesan.

Farid pula berkata, apabila terfikir untuk memperisterikan Diana, dia nekad untuk tidak menghebohkan hubungan mereka bukan disebabkan pantang larang.

"Saya harus simpan hubungan itu dan momen itu biarlah kami sahaja yang tahu," ujarnya yang gembira tidak lagi perlu menyembunyikan hubungan mereka.

Bulan madu

Pasangan ini pada awalnya merancang untuk berbulan madu sambil menunaikan ibadat umrah di Mekah tetapi terpaksa menunda niat mereka itu atas sebab kelulusan visa.

"Saya diberitahu bulan Disember visa hanya diberikan kepada orang tentu sahaja, jadi kami tukar ke Istanbul, Turki. Mungkin selepas itu kami akan backpackers ke Mekah," ujar Dee.

Ditanya mengenai anak pula, Dee berkata, dirinya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab itu walaupun pada usia muda.

"Bagaimanapun, kami merancang untuk tiada mempunyai anak dalam masa terdekat ini. Mungkin dua, tiga tahun lagi," ujarnya yang mengimpikan mempunyai anak yang ramai.

Pada majlis akad nikah itu, Dee menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 dalam bentuk pelaburan emas daripada Farid.

Dee menerima lima dulang hantaran termasuk motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan senaskhah al-Quran, cincin jenama Tiffany & Co, wang hantaran dan sirih junjung.

Untuk Farid daripada Dee pula, tujuh dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin dan dompet, sebuah album gambar, motosikal mini jenis Kawasaki, produk wangian Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.

Sharnaaz berani kerana benar

Posted:

Sharnaaz berani kerana benar

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


S. BALDEV dikatakan sudah menghantar surat saman kepada Sharnaaz dua minggu lepas.


KALAU sudah cinta apa sahaja sanggup dilakukan. Itu yang didakwa berlaku kepada pelakon semakin meningkat naik Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 27, apabila dia dikhabarkan sanggup meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. pada 5 Oktober lalu semata-mata kerana ingin bertemu penyanyi bersuara hebat, Shila Amzah.

Tidak cukup isu meninggalkan lokasi penggambaran kerana ingin bertemu kekasih hati, Sharnaaz juga dikhabarkan sudah mula membuat perangai pada hari pertama penggambaran filem arahan Arjin Uppal itu.

Pelakon drama Bukan Bidadari itu juga didakwa menolak dan mencengkam leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah menunggu lama mendapatkan pakaian penggambaran dan terpaksa menyudahkan penggambaran lewat, sedangkan dia harus bertemu Shila yang bakal ke China untuk menyertai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai sebelum ini.

Akibat daripada perbuatan itu, penerbit Darah Panas, S. Baldev telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan meminta pelakon berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka dalam media.

Menerusi syarikat guaman, Shook Lin & Bok, Advocates & Solicitors, surat saman sudah diserahkan kepada Sharnaaz kira-kira dua minggu lalu.

Bagaimanapun, sehingga kini, dakwa Baldev yang popular menerusi filem-filem terbitannya seperti Akhirat, Kerat, Kecoh Betul, Rasuk dan Kerat 14 itu, dia belum menerima jawapan balas terhadap tuntutan daripada Sharnaaz.

SHARNAAZ mendakwa dirinya tidak berhak difitnah oleh S. Baldev.


Kosmo! segera menghubungi Sharnaaz, kelmarin untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku.

Tidak mengelak tetapi Sharnaaz ternyata kurang senang untuk memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu.

Berjaya memujuk aktor yang pernah menafikan persoalan media mengenai tohmahan mengatakan dia seorang yang panas baran itu sebelum ini, Sharnaaz akhirnya sudi memberikan komen biarpun secara ringkas.

Menurutnya, buat masa ini dia tidak menerima sebarang surat saman mahupun surat tuntutan daripada pihak Baldev biarpun ia dikhabarkan sudah dihantar kira-kira dua minggu lalu.

"Saya tidak terima apa-apa surat saman daripada dia (Baldev)," tegas Sharnaaz.

Ditanya adakah semua dakwaan Baldev terhadap dirinya itu benar belaka, luah Sharnaaz, ia adalah fitnah semata-mata.

Tambahnya, jika apa yang didakwa Baldev itu benar, panggil sahaja semua kru produksi dan para pelakon untuk bercakap.

Sharnaaz juga secara jujur tidak mahu memberi komen panjang berhubung perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Ungkapnya, dia tidak takut menerima surat saman daripada Baldev kerana dia yakin tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa.

"Berani kerana benar. Saya tidak cakap bahawa saya 100 peratus betul tetapi dia (Baldev) juga tiada hak untuk bercakap buruk dan bercakap fitnah mengenai saya," jelasnya.

Ditanya sama ada dia ingin memohon maaf dalam media sepertimana yang diminta Baldev, tegas Sharnaaz: "Saya hanya memohon maaf kepada orang yang saya buat salah dengan dia sahaja."

Isu pembatalan konsert pada saat-saat akhirSami Yusuf pertahankan diri

Posted:


Sami Yusuf pertahankan diri

Isu pembatalan konsert pada saat-saat akhir
Sami Yusuf pertahankan diri

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL

SAMI sedang melayan seorang peminat Malaysia pada sesi ramah mesra di KL Sentral, Kuala Lumpur pada 2 November lalu.


GELOMBANG fenomena penyanyi bertaraf antarabangsa, Sami Yusuf di Malaysia juga berlegar dengan pantas seperti fenomena Maher Zain yang melanda peminat muzik tempatan.

Ditambah pula dengan pakej rupa dan bakat serta lagu-lagu berunsur keislaman yang dinyanyikan, membuat peminat seperti teruja dan tidak sabar untuk melihat figura berketurunan Iran yang dibesarkan di London sejak usia tiga tahun itu beraksi di atas pentas secara langsung.

Keterujaan tersebut bagaimanapun pernah menjadi kekecewaan buat peminatnya di Malaysia pada bulan Julai tahun ini.

Ini kerana konsert sulung Sami di Stadium Malawati, Shah Alam yang sepatutnya diadakan pada 13 sehingga 15 Julai tahun ini dibatalkan gara-gara isu kontrak.

Walaupun begitu beberapa hari lepas, Sami sekali lagi telah menghadirkan diri ke Malaysia - bukan bagi mengadakan konsert tetapi hanya untuk pelancaran albumnya keempat dan terbaharunya, Salaam.

Sehubungan itu, ramai yang menganggap kehadiran penyanyi tinggi lampai ini, adalah sebagai 'hadiah' untuk mengambil hati peminat di Malaysia yang telah dikecewakan beberapa bulan lalu.

Ternyata, anggapan tersebut salah, dan Sami yang ditemui di Hotel The Royale Bintang, Damansara, Petaling Jaya, Selangor, kelmarin, Kosmo! terus diajukan dengan persoalan yang berbangkit daripada pembatalan konsertnya itu.

Apakah perasaan Sami kembali ke Malaysia buat kali kedua?

SAMI: Saya sebenarnya teruja untuk berada di Malaysia sekali lagi. Saya juga berasa gembira berada di sini bagi melancarkan album baharu saya. Ia merupakan pelancaran sedunia yang saya lakukan dan anda yang berada di sini sekarang merupakan antara yang pertama mendapat album baharu saya ini. Berkenaan dengan konsert, saya bakal mengadakan konsert di Kaherah, Mesir pada 25 Januari ini.

Boleh beritahu apakah alasan Sami membatalkan konsert di Malaysia pada saat-saat akhir sebelum ini?

Saya pasti soalan ini akan ditanya, dan isu ini telah pun menjadi kes mahkamah. Untuk menjawab soalan ini , saya perlu serahkan kepada pihak pengurusan ETM International bagi mewakili diri saya, yang diwakili pegawai perhubungan awam, Nabila Khan (berada di sebelah Sami).

NABILA KHAN: Malangnya, dalam kes ini, telah wujud satu isu tentang pelanggaran kontrak antara pihak ETM International dan pihak penganjur konsert di sini (Malaysia). Oleh kerana isu tersebut, dengan berat hati, kami perlu menghentikan konsert tersebut. Kami telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi dan ia boleh didapati di laman web rasmi kami, www.etminternational.org. Kini, kes ini sedang diuruskan oleh peguam kami di mana sememangnya kami tidak dapat memberi komen dengan selebihnya terhadap isu ini.

Berbalik kepada Sami, adakah anda ada perancangan untuk mengadakan semula konsert di Malaysia?

SAMI: Sudah semestinya, insya-Allah jika diizinkan-Nya, pasti saya akan hadir semula dan berjumpa dengan peminat saya di sini.

Mungkinkah Sami sudah memilih tarikh yang telah dibincangkan untuk konsert di sini?

Belum lagi sebenarnya. Ingin saya beritahu di sini, kehadiran kami ke Malaysia kali ini adalah berdasarkan kemanusiaan. Saya dengan merendah diri dan berasa dihargai kerana dijemput dan berada di sini sekali lagi. Saya juga berterima kasih dengan layanan yang diberikan di sini, dan ingin saya beritahu, saya bukanlah seorang yang gemarkan populariti. Saya seorang yang lebih kepada ingin meluahkan karya saya melalui lagu-lagu nyanyian saya. Dengan populariti yang dimiliki kini, saya tidak melihat diri saya sebagai seorang selebriti dan saya juga tidak akan menggelarkan diri saya sebegitu.

Masih tentang isu pembatalan konsert di Malaysia sebelum ini, Nabila selaku wakil ETM International sudahpun menjawab bagi pihak Sami, tetapi apa pula jawapan anda sendiri tentang persoalan kenapa konsert tersebut dibatalkan secara tiba-tiba?

Saya bukan seorang penyanyi bebas kerana saya mempunyai syarikat pengurusan yang menguruskan saya. Jadi apa yang mereka minta pada saya, saya harus mengikut kehendak mereka. Pada saat itu, mereka meminta saya membatalkan konsert tersebut kerana isu pelanggaran kontrak, dan saya terpaksa ikuti permintaan mereka. Walaupun berat hati melakukannya, namun saya perlu akur dengan keputusan tersebut.

Adakah dengan mengadakan pelancaran album kali ini, ia seperti salah satu cara Sami meminta maaf kepada peminat yang kecewa disebabkan pembatalan konsert tersebut?

Tidak juga kerana sebenarnya, kami mahu mengadakan sebuah majlis pelancaran bersama (sedunia) di bahagian Timur Tengah dan Asia Tenggara. Apa yang terjadi, disebabkan masalah birokrasi yang kini sedang berlaku di Mesir, pihak penganjur di sana telah menangguhkan pelancaran ini dan ETM International mengambil keputusan untuk meneruskan pelancaran album ini di Malaysia. Apa yang terjadi ini sebenarnya, memang bukan salah saya. Dengan merendah diri dan sepenuh hati, saya meminta maaf kerana pembatalan konsert tersebut. Ia di luar bidang kuasa saya dan ini tidak pernah berlaku sepanjang 10 tahun karier saya. Insya-Allah kami berharap akan kembali lagi ke sini.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved