Jumaat, 19 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Tepung rahsia capati enak

Posted:

Tepung rahsia capati enak

Oleh SUHANA VERU

PADA usia 10 tahun, Irfan Alan, 39, yang berasal dari Karachi, Pakistan sudah mula berjinak-jinak dengan ulian tepung. Ibunya Musstri Begum, 53, tidak menjadikan jantina anaknya itu sebagai halangan untuk mengajar cara-cara memasak capati.

Membesar di kawasan pedalaman Karachi, Irfan, anak sulung daripada lima adik-beradik mengakui pada mulanya dia sentiasa mencari jalan untuk lari daripada ibunya. Baginya, masuk ke dapur hanyalah sesuai untuk golongan wanita dan anak-anak dara.

Menyingkap semula pengalaman 'dipaksa' untuk belajar menguli tepung, Irfan memberitahu seawal pukul 7 pagi ibunya sudah membangunkannya untuk masuk ke dapur memasak capati.

Pada kebiasaan, makanan itu menjadi santapan tidak kira pada waktu pagi, tengah hari mahupun malam.

Malah, capati juga menjadi hidangan wajib setiap kali masyarakat berkenaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, perkahwinan, doa selamat mahupun kenduri-kendara.

Justeru, amat penting bagi golongan ibu bapa mendedahkan anak-anak perempuan atau lelaki untuk mempelajari masakan tradisional berkenaan.

Bayangkan, rata-rata kanak-kanak yang berusia 9 tahun ke atas di negara itu sudah pandai membuat roti capati.

Ilmu ibu

Menurut Irfan, pada mulanya, ibunya memberikan tepung atta di dalam sebuah bekas lalu disuruh untuk menguli tepung berkenaan sehingga menjadi sebati dengan air secukupnya.

Irfan hanya perlu menggaulkan tepung dengan air sehingga tepung berkenaan menjadi lumat.

Ibunya memberitahu, adunan tepung tidak perlu diuli terlalu lembik kerana ia akan menjadi lembut setelah diperap sekurang-kurangnya 30 minit.

Setelah melihat pencapaiannya menguli tepung berjaya, barulah Musstri ke langkah seterusnya iaitu mengajar Irfan membuat ulian tepung dalam bentuk bulat yang disebut peda dalam bahasa Hindi.


IRFAN (kanan) menunjukkan cara-cara memasak capati kepada salah seorang pekerjanya.


Seterusnya, dia diajar untuk menggelek ulian tepung dengan menggunakan alat gelek kayu sehingga ia menjadi bulat.

Sebaik ia dibentuk bulat, Irfan disuruh supaya menepek tepung itu dengan kedua-dua belah tapak tangan sekurang-kurangnya dua tiga kali, lalu diletakkan di atas tava (kuali leper) untuk dimasak.

"Buat permulaan, ibu tidak pernah menjauhkan diri sepanjang mengajar membuat roti dan terdapat dua sesi bersama ibu untuk mempelajari masakan itu," imbau Irfan.

Pada hari seterusnya pula, ibu akan mengajar bab kedua iaitu cara-cara melihat hasil tebaran masak.

Menurut ibunya, hasil tebaran perlu direhatkan selama lima minit dan membalikkan kedua-dua belah roti itu agar ia masak dengan serata.

Kemudian ditekan-tekan pada sekeliling capati sebaik saja ia diterbalikkan kerana ia akan memerangkap gelembung udara.

Ini akan menjadikan capati lebih ringan. Sebaik saja diangkat daripada kuali, capati diletak di dalam bekas bertutup. Kemudian ia ditepuk-tepuk sedikit untuk melembutkan tekstur roti.

"Sebaik-baiknya, tutup dengan tuala supaya capati kekal lembut dan panas," ungkapnya yang berjaya memahirkan diri dengan teknik membuat capati dalam beberapa minggu sahaja.

Mengulas lanjut mengenai capati, dia yang berhijrah dari Pakistan ke Malaysia pada tahun 1987 bagaimanapun, mengakui kesedapan dan kelembutan roti terletak kepada kualiti tepung atta itu sendiri.

Terdapat perbezaan pada kehalusan tepung atta. Sekiranya tepung itu tidak diayak dengan baik, ia akan menyebabkan roti tidak menjadi lembut.

Tepung atta diperbuat daripada sejenis gandum yang dipanggil gandum durum. Atta ialah tepung yang digunakan untuk membuat kebanyakan roti leper seperti capati, roti nan dan puri.

KELEMBUTAN roti capati bergantung kepada kualiti tepung atta yang digunakan.


Gandum durum yang keras mempunyai kandungan tinggi gluten (komposit protein yang memberikan keanjalan) dan boleh menghasilkan doh yang nipis.

Bagaimanapun, Irfan mengakui dia bersyukur kerana tidak berputus asa daripada mempelajari seni masakan tradisionalnya itu daripada ibunya.

Tepung dari Pakistan

Berkat ilmu ibunya itulah, dia berjaya membuka sebuah premis restoran di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur yang dinamakan 786 Kuisin Pakistan.

Irfan mengakui impak mempelajari masakan itu membuatkan dia bersama tiga rakan senegaranya berjaya membuka premis yang menawarkan hidangan roti capati yang sedap.

Menceritakan lanjut mengenai perniagaan itu, Irfan berkata, dia menggunakan sekitar 20 kilogram (kg) tepung atta pada setiap hari untuk menghasilkan capati.

Tambahnya, tiada sebarang bahan yang digunakan dalam ulian tepung tersebut kecuali sedikit garam dan air. Bagaimanapun Irfan memberitahu, dia menggunakan tepung import dari Pakistan untuk menghasilkan capati Pakistan di restorannya.

Walaupun terpaksa mengeluarkan modal yang besar, dia mahu para pelanggan yang datang ke restoran itu menikmati roti capati asli dari Pakistan.

Dia yang menggaji 15 orang pekerja restoran menjelaskan, selain capati terdapat pelbagai jenis hidangan masakan tradisional Pakistan lain di restorannya seperti nasi beriani, roti nan, ayam tandori, palek paneer, kari daging, dhal, ayam tikka dan banyak lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kehadiran pelanggan di restoran itu, dia berkata, restoran yang baru dibuka kira-kira lima bulan lalu mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan Melayu dan Cina.

Rata-rata daripada mereka sememangnya gemar makan roti capati pada waktu pagi, manakala roti nan pada sebelah waktu malam.

Roti capati yang dijual pada harga RM1.50 setiap sekeping menjadi kegemaran orang ramai. Pada kebiasaannya, mereka akan mencecah roti itu dengan kari daging.

Menyentuh mengenai cara masakan dan menikmati capati di Pakistan, Irfan memberitahu, tiada sebarang perbezaan dengan di Malaysia.

"Cara masaknya sama, tiada beza cuma masyarakat di sana lebih gemar makan roti capati dengan kuah dhal," tuturnya sambil memberitahu dia bercadang untuk membuka tiga buah restoran di ibu negara dalam tempoh lima tahun lagi.

Bagi seorang pembuat capati, Muhammad Sheikh Abdul Rahim, 45, pula, dia hanya menggunakan tepung atta, air, garam dan marjerin atau minyak masak untuk membuat capati.

Cara membuatnya juga sama seperti Irfan, cuma Muhammad Sheikh akan meletakkan marjerin di atas kepingan roti untuk membuatkan roti tersebut mempunyai rasa.

Murah dan berkhasiat

IRFAN (tiga dari kiri) bergambar dengan semua pekerjanya di hadapan restoran 786 Kuisin Pakistan di Jalan Dang Wangi.


Bagi Hanizah Nasir Ali, 27, dia sering kali menikmati sajian tersebut untuk makan malam memandangkan ibunya akan menyediakan capati pada waktu itu.

Bagi Hanizah yang berdarah Pakistan, ibunya akan memasak capati dan mereka sekeluarga akan menikmatinya dengan kuah dhal mahupun kari ayam dan daging.

"Pada kebiasaannya, ibu akan menyediakan capati dengan kuah dhal. Ia lebih sedap dimakan dengan kuah dhal," jelasnya,

Bertutur lanjut, anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu memberitahu, capati lebih mengenyangkan berbanding sajian lain.

Dia menyifatkan makanan tersebut adalah makanan universal berikutan harganya yang murah.

Sementara itu, kakitangan swasta, L. Lingeswari, 28, pula berkata, dia lebih gemar makan capati kerana lebih mengenyangkan.

"Saya akan mudah berasa lapar apabila makan nasi, lagipun jika menghadap makanan yang sama pada setiap hari sememangnya bosan. Jadi, saya akan beli sahaja capati di kedai," jelasnya sambil memberitahu dalam seminggu hampir empat atau lima kali dia akan menikmati capati.

Sementara itu, ketika diajukan soalan mengenai cara membuat roti berkenaan, gadis manis itu tersenyum seketika.

Dia mengakui cara pembuatannya dilihat mudah, namun memerlukan kemahiran.

"Saya pernah menggelek tepung itu sendiri sambil diajar ibu tetapi untuk membentuk bulat bukanlah satu tugas yang mudah," ujarnya lagi.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


100 guru pelatih IPG kembara ke Tasik Kenyir

Posted:

100 guru pelatih IPG kembara ke Tasik Kenyir

SEBAHAGIAN daripada guru pelatih yang menyertai program Kembara Alam Sekitar di Hulu Terengganu baru-baru ini.


KEMBARA. Seramai 100 guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Datuk Razali Ismail, Batu Rakit, Kuala Terengganu menyertai program Kembara Alam Sekitar di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu baru-baru ini.

Program dianjurkan oleh Guru Pelatih Perguruan Lepasan Ijazah Kursus Pendidikan Alam Sekitar dengan kerjasama IPG kampus tersebut.

Pengarah projek, Muhammad Shah Reza Azizan memberitahu, antara aktiviti yang diadakan sepanjang kembara tiga hari itu adalah menyusuri Sungai Tasik Kenyir, mengenali ekosistem hutan tropika dan melawat Santuari Kelah di Sungai Petang.

20 ahli Kilat Riders Team terima peralatan basikal

Posted:

20 ahli Kilat Riders Team terima peralatan basikal

TEE KEAT (lima dari kanan) menyerahkan peralatan basikal kepada ahli Kilat Riders Team di Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUMBANG. Seramai 20 ahli pasukan Kilat Riders Team (KRT) Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur menerima sumbangan peralatan basikal daripada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat di Restoran D'Garden di kampung tersebut baru-baru ini.

Menurut Pengerusi KRT, Noor Efendy Mohamad Yacop, pemberian tersebut dapat meningkatkan prestasi ahli persatuan dan penglibatan mereka dalam aktiviti anjuran kerajaan dan badan bukan kerajaan pada masa hadapan.

"Kami telah menyertai lebih daripada 20 aktiviti berbasikal tahun lalu dan banyak lagi yang akan disertai pada masa hadapan.

"Pihak kami juga mengharapkan lebih ramai generasi muda menyertai aktiviti berbasikal untuk mengelakkan mereka terjebak dengan gejala sosial serta meningkatkan tahap kesihatan," katanya.

Syabas bawa kanak-kanak istimewa lawat taman burung

Posted:

Syabas bawa kanak-kanak istimewa lawat taman burung

SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak istimewa tertarik dengan burung merak ketika dibawa melawat Taman Burung Tasik Perdana di Kuala Lumpur baru-baru ini.


LAWAT. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) membawa 40 orang kanak-kanak istimewa Persatuan Down Syndrom Malaysia melawat Taman Burung Tasik Perdana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lawatan tersebut dianjurkan untuk meraikan kanak-kanak istimewa tersebut dalam menjayakan program tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut.

Turut menyertai lawatan itu ialah 50 kakitangan pengurusan Syabas dan lima guru pengiring.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


MBSA bakal dakwa pemilik banglo mewah

Posted:

MBSA bakal dakwa pemilik banglo mewah

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF dan NORHAYATI YAHAYA
berita@kosmo.com.my

MOHD. JAAFAR (kanan) meninjau kawasan runtuhan yang menyebabkan seorang maut manakala lima lagi parah di Shah Alam kelmarin.


SHAH ALAM - Pemilik banglo mewah bernilai hampir RM4 juta yang bumbung konkritnya runtuh hingga mengakibatkan seorang mati manakala lima lagi parah di Seksyen 7 di sini kelmarin akan diheret ke mahkamah kerana melakukan penambahan dan mengubah suai kediaman secara haram.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, semakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendapati, pemilik banglo tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan pelan untuk mengubah suai banglonya.

Katanya, pemilik banglo itu akan didakwa mengikut Seksyen 70(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana mendirikan struktur binaan tanpa kebenaran pihak majlis dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM250,000.

"MBSA memang tegas dalam perkara ini kerana ia melibatkan kematian dan kecederaan parah hingga mangsa terpaksa dirawat di hospital," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pemilik terkejut bumbung banglo runtuh

Posted:

Pemilik terkejut bumbung banglo runtuh

HERMAN (kiri) mendengar penerangan daripada pegawainya ketika melawat salah seorang mangsa runtuhan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang semalam.


SHAH ALAM - Pemilik banglo mewah yang bumbung konkritnya runtuh di Seksyen 7 di sini kelmarin mendakwa dia terkejut dengan kejadian yang mengakibatkan seorang maut manakala lima lagi buruh binaan parah.

Ahli perniagaan berusia lingkungan 50-an yang enggan namanya disiarkan itu mendakwa, dia telah melantik Perunding Pengurusan Projek (PMC) untuk urusan ubah suai itu dan tidak menyangka runtuhan boleh berlaku memandangkan kontraktor tersebut berpengalaman luas dalam bidang pembinaan.

Dakwanya, dia juga tidak mengetahui mengenai urusan permohonan pelan tambahan atau ubah suai kediaman harus dipohon daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana beranggapan ia telah diuruskan oleh PMC.

"Saya beli rumah ini sudah lama dan perbincangan dengan PMC untuk kerja-kerja pengubahsuaian termasuk urusan hiasan dalaman banglo diadakan sejak akhir tahun lalu.

"Kerja-kerja pengubahsuaian mula dijalankan pada Julai lepas dan dijangka siap penghujung tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Lelaki itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tindakan MBSA yang hendak mengheretnya ke mahkamah sebaliknya mahu memikirkan cara untuk membantu kesemua mangsa. Dia juga enggan memikirkan tindakan yang ingin diambil ke atas kontraktor terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pasangan kekasih bunuh anak dihukum gantung

Posted:

Pasangan kekasih bunuh anak dihukum gantung

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang mekanik dan teman wanitanya selepas didapati bersalah membunuh anak wanita itu yang berusia tiga tahun 10 bulan tahun lalu.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu terhadap Tan Peng Tong, 29, dan Wong Mei Ting, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Peng Tong dan Mei Ting didakwa membunuh Jasmine Lee Siew Hui, 3, di rumah No. D-3-15, Blok D, Tingkat 3, Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang, Serdang dekat sini antara 12 tengah malam, 1 Mac 2010 dan 7.50 pagi, 14 Mac tahun sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fadzillah Begum Abdul Ghani dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam bela, T.L. Chen.

Terdahulu, Chen memohon hukuman ringan dikenakan atas anak guamnya kerana pasangan itu tidak berniat membunuh dan menyesal dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Fadzillah Begum membantah dengan menyatakan terdapat lebih 66 kecederaan pada tubuh anak kecil itu akibat didera menggunakan penyangkut besi dan plastik selain disepak dan dicubit.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Jasmine disahkan mati pada pukul 7.45 pagi selepas dihantar oleh kekasih ibunya kerana tidak sedarkan diri.

Mangsa dipercayai mati dua jam sebelum itu. Menyedari sesuatu yang tidak kena berdasarkan kesan-kesan lebam pada seluruh badan mangsa, pihak hospital memaklumkan kepada polis mengenai perkara itu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Lebih kuasa dengan VNT

Posted:

Lebih kuasa dengan VNT

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

KETIKA ramai yang menyatakan bahawa reka bentuk kenderaan Toyota semakin tiada jiwa, angka jualan menunjukkan perkembangan berbeza. Kenderaan dengan jenama T itu tetap mendapat tempat istimewa dalam hati pengguna di Malaysia. Sedangkan pada masa yang sama mereka ditawarkan dengan banyak jenama lain bersama pelbagai ciri tambahan dan reka bentuk lebih menarik.

Toyota berdiri atas namanya yang kukuh. Kenderaannya tidak beri masalah, nilai jualan tinggi dan perkhidmatan selepas jualannya juga memuaskan. Faktor-faktor itulah yang menjadi kriteria penting kenapa orang ramai terus membeli kenderaan Toyota.

Namun begitu, Toyota tetap percaya bahawa ia perlu relevan dengan pasaran. Maklum balas daripada pengguna menjadi input penting tentang kenderaan yang bagaimana Toyota perlu jual.

Contoh mudah, pengguna kini mahukan kenderaan yang lebih berkuasa. Pada masa yang sama tidak mengorbankan aspek penjimatan bahan api. Menyahut pemintaan itu, Toyota tampil dengan varian trak pikap bersesaran 2.5 liter yang lebih berkuasa.

Terimalah Toyota Hlilux 2.5G VNT. Ini merupakan varian lebih berkuasa berbanding model Hilux 2.5 liter yang digantinya. Dipasang di kilang milik UMW Toyota Motor (UMW Toyota), Assembly Services Sdn. Bhd. di Shah Alam, Selangor trak pikap itu memiliki teknologi pengecas turbo (turbocharger) sama seperti yang terdapat pada model Hilux Double Cab 3.0G.

VNT adalah singkatan kepada Intercooler Variable Nozzle Turbo yang diaplikasikan pada enjin D-4D Common Rail Turbo Diesel. Ia menawarkan peningkatan kuasa enjin dan tork secara signifikan.

Peneraju pasaran

Sebagai perbandingan, enjin lama tanpa VNT hanya mampu menghasilkan kuasa dan tork sebanyak 10PS serta 260Nm. Dengan adanya VNT, angka itu melonjak kepada kepada 144PS dan tork 343Nm. Walaupun tidak menjadi trak pikap paling bertenaga dalam kelasnya, penambahan itu pasti membuatkan peminat tegar Hilux tersenyum.

SEMPAT membuat aksi stunt sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk menguji kelasakan Hilux.


Di peringkat global, Hilux bukanlah trak pikap asing di banyak negara. Ia terus menjadi pilihan selama berdekad-dekad kerana sifatnya yang boleh diharap dan tahan lasak. Sistem pacuan empa rodanya telah melalui proses penambahbaikan secara berterusan.

Di Malaysia, Hilux mula dijual pada tahun 2005 dan terus menjadi peneraju pasaran sejak itu. Sehingga kini sebanyak 120,000 unit Hilux telah terjual. Apabila UMW Toyota memperkenalkan varian Hilux 3.0 pada tahun 2010, rekod jualannya sudah mencecah 21,400 unit.

Bagi membuktikan kemampuannya, UMW Toyota telah menganjurkan satu sesi pandu uji menuju ke hutan hujan Belum di Perak. Lebih menarik lagi, setiap peserta turut berpeluang memandu Hilux 2.5G tanpa VNT. Jadi, dapatlah saya membuat perbandingan dengan lebih jelas tanpa perlu bergantung kepada ingatan memandunya beberapa tahun lalu.

Sesi pandu uji tersebut melibatkan laluan di lebuh raya, jalan kampung dan off-road. Pastinya, apa yang paling ketara adalah janaan kuasa daripada enjin tersebut. Kuasa tork dapat dirasa dengan lebih pantas. Ini sekali gus membuatkan proses memotong kenderaan lain lebih mudah dan meyakinkan.

Bukan itu sahaja, keselesaan penumpang belakang turut dipertingkatkan. Penumpang kini boleh mengharapkan perjalanan lebih selesa berbanding model terdahulu. Sebelum terlupa, enjin itu dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.

Walaupun nampak ketinggalan berbanding pesaing lain yang menawarkan kotak gear automatik dengan lima atau enam kelajuan, kelancaran yang mampu ditawarkannya boleh membuatkan anda langsung terlupa mengenainya.

Kelasakan dan kemampuan sebenar Hilux teruji ketika mendaki laluan curam di hutan Temenggor. Pendek kata, Hilux berupaya melalui laluan mendaki dan menuruni bukit tanpa sebarang masalah. Olengan tubuhnya juga minimum.

ENJIN diesel tubo bersesaran 2.5 liter dengan VNT yang berkuasa dan menjimatkan minyak.


Menggunakan tayar jenis All-Terrain, bunyi bising boleh didengar dengan agak ketara. Namun, ia tidaklah sampai mengganggu keasyikan anda berbual dan mendengar muzik ketika berada di dalam kabinnya.

Tiada perubahan ketara yang berlaku di dalam kabin Hilux 2.5 VNT. Ia tetap mengekalkan rekaan papan pemuka sama. Cuma, sistem audionya kini terdiri daripada unit audio 2-DIN yang sama seperti model Hilux 3.0G. Unit audio itu hadir bersama ciri sambungan Bluetooth dan pemain DVD. Skrin bersaiz 6.1 inci itu pula berfungsi sebagai paparan kepada sistem navigasi dan kamera mengundur. Ini adalah opsyen untuk varian 3.0G dan 2.5G sahaja.

Sekali pandang, memang agak sukar untuk membezakan antara model Hilux VNT dan varian 2.5 liter sebelum ini. Apa yang membezakan antara keduanya cuma pelekat bertulis Intercooler VNT pada bahagian belakang dan skup udara di atas bonet yang sama seperti model 3.0G. Skup itu membolehkan udara mengalir terus ke ruang intercooler yang terletak pada bahagian atas enjin bagi memaksimumkan proses penyejukan.

Sama seperti kebanyakan model yang ditawarkan oleh UMW Toyota, Hilux 2.5 VNT hadir dengan jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer (yang mana tiba dahulu).

Bagi pemilik Hilux yang mahu menjadikan trak pikap mereka berbeza berbanding orang lain, ada beberapa aksesori boleh dipilih. Ini termasuklah sports bar yang diperbuat daripada gabungan besi tahan karat dan plastik ABS tahan lasak, bedliner (untuk varian Single Cab sahaja), Toyota Standard Solar Film, sistem Toyota DVD-Audio Video Navigation (AVN) dan banyak lagi.

TIADA apa yang menarik pada papan pemuka dan kabin trak pikap keluaran Toyota ini.


Memang betul, kalau dikira dari segi ciri yang ditawarkan, Hilux 2.5G tidaklah cemerlang. Namun begitu, harus ingat bahawa orang yang membeli Hilux bukan melihat kepada sebanyak mana ciri yang ada. Tetapi lebih kepada kepercayaan kepada jenamanya.

Penampilan sulung TAS di Thailand!

Posted:

Penampilan sulung TAS di Thailand!

Oleh IRWAN ASRI MOHD NOR

HAMPIR 200 buah kenderaan yang telah menjalani proses modifikasi menjadi tatapan pengunjung.


SEBENARNYA, nama Auto Salon telah dipatenkan di banyak negara. Tetapi semua orang mengakui bahawa jika istilahnya Auto Salon, keaslian sebenar lahir hanya dari Jepun. Jepun dan Auto Salon adalah industri yang telah terbit berpuluh-puluh tahun lamanya serta menjadi pameran aftermarket terbesar dan paling berjaya di dunia.

Sebelum ini, pameran SEMA (Specialty Equipment Market Association) di Amerika Syarikat (AS) merupakan saingannya. Namun kejatuhan ekonomi AS menyebabkan industri automotif aftermarket mereka menjadi kurang berdaya saing. Tidak disokong oleh industri hiliran bermakna pamerannya juga sepi. Pada pameran SEMA tahun lepas, buat pertama kalinya ia diadakan di kawasan luar dan bukannya di dalam dewan.

Apabila pertama kali mendengar Bangkok International Auto Salon, saya tidak rasa teruja pun. Sebelum ini ada Manila Auto Salon. Apabila bertanya kepada rakan-rakan yang pergi ke sana, semuanya kata biasa-biasa sahaja. Jadi apa istimewanya Bangkok International Auto Salon?

Pameran itu dianjurkan oleh pihak Siam Sport Syndicate Plc. Syarikat itu merupakan penganjur yang terlibat dalam pameran hiburan, subsidiari daripada Inspire Entertainment, sebuah penerbitan majalah wanita dan lelaki yang popular di Thailand.

Menariknya, pameran tersebut diadakan dengan kerjasama majalah Option Jepun yang juga merupakan pemilik mutlak Tokyo Auto Salon (TAS). Sebagai permulaan, mereka membawa 30 buah kenderaan yang telah memenangi pelbagai anugerah dalam pameran TAS awal tahun ini.

Acara yang diadakan di Impact Muang Thong Thani bermula 23 Jun hingga 1 Julai lalu itu menggunakan lesen penuh penjenamaan TAS. Hampir 200 buah kenderaan yang berkonsepkan aftermarket dipamerkan. Lebih menarik lagi, acara itu turut mendapat sokongan para pengeluar kenderaan di Thailand.

Kalau anda hendak tahu, jolokan Detroit of Asia memang sangat sesuai dengan Thailand yang mana industri automotifnya berkembang pesat. Maka, tidak hairanlah jika Ketua Pegawai Eksekutif Inspire Entertainment, Wiluck Lohtong sangat yakin dengan masa depan pameran berkonsepkan automotif aftermarket itu.

Lohtong juga percaya pameran tersebut berupaya menarik minat banyak negara untuk menjadikan Thailand sebagai hub penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran produk aftermarket.

Sebanyak 200 juta Baht (RM20 juta) digunakan untuk tujuan promosi sahaja. Patutlah ramai betul pengunjungnya, termasuklah orang Malaysia. Maklumlah, kalau hendak pergi ke Jepun berapa pula belanjanya. Lagi pun, Bangkok tidaklah sejauh mana.

Daya penarik Bangkok International Auto Salon 2012 terdiri daripada Bensopra Blitz yang juga menjadi faktor penting buat TAS di Jepun awal tahun ini. Jujurnya, saya agak terkejut apabila penganjur mampu membawa model lagenda Mazda 787B itu.

Memang serius tidak rugi siapa yang datang tengok pameran tersebut. Kalau mereka tidak datang kembali tahun depan, maknanya inilah pameran sekali seumur hidup.

Kereta seperti Honda CRZ dan Modulo konsep mungkin boleh dilihat di mana-mana sahaja replikanya. Tetapi Mazda 787B, jaguh Le mans dan World Supercar Championship itu menggunakan satu-satunya enjin R26B, tiga palam pencucuh dengan kotak gear Porsche. Memang satu-satunya model seumpamanya di dunia.

Jika ada peluang dan kesempatan, saya harap pameran sebegini boleh tiba ke Malaysia. Sudahlah kita kalah dalam sektor automotif dengan Thailand, pameran pun langsung tidak menarik. Apa lagi yang kita boleh banggakan?

Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS)? Beberapa tahun sekali penganjurannya. Pameran automotif Bangkok yang besar pun ada dua kali setahun. Itu belum dicampur dengan acara seperti Auto Salon itu, pameran Supercar, custom dan teknologi, hot rod serta macam-macam lagi. Apa pun tak boleh. Silap-silap haribulan, pameran kucing pun kita kalah nanti.

Selamat, Bergaya dan Mewah!

Posted:

Selamat, Bergaya dan Mewah!

Oleh MUHAMMAD MD TAJUDIN

REKA bentuk luaran yang menarik menjadi faktor utama populariti Volvo XC60.


JIKA ditanya kepada kebanyakan penggemar kereta mengenai Volvo, saya yakin bahawa jawapan yang diterima adalah Volvo jenama kereta yang selamat. Penjenamaan tersebut memang melekat dalam minda dan bukan setakat pelaris jualan sahaja.

Inovasi keselamatan Volvo bermula sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Antaranya ialah cermin hadapan berlamina, tali pinggang keledar tiga poin, zon remuk bahagian depan dan belakang kereta. Terbaharu, beg udara untuk pejalan kaki dipasang pada bahagian luar cermin hadapan.

Menerusi inovasi tersebut, boleh dikatakan bahawa Volvo bukan sahaja mementingkan keselamatan nyawa pemandu dan penumpang, bahkan nyawa mereka yang berada di luar kereta. Ini merupakan inovasi besar dalam sejarah keselamatan kenderaan. Malah langkah itu diyakini bakal menjadi ikutan pesaing seperti inovasi lain yang telah dicetuskan oleh Volvo.

Harus tahu, Volvo tidak mempatenkan ciptaan tali pinggang keledar tiga poin supaya kemudahan tersebut dapat dinikmati semua.

Baru-baru ini, saya berpeluang memandu uji Volvo XC60 T5 yang merupakan anggota famili siri XC selepas model XC90. XC60 T5 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi Powershift enam kelajuan automatik.

Ekstrak kuasa daripada enjin tersebut ialah 240hp dengan tork 320Nm. Sewaktu mengambil model itu daripada wakil Volvo, saya dimaklumkan bahawa XC60 ialah model tempatan terlaris jenama dari Sweden itu.

Di peringkat global pula, XC60 turut menjadi model paling laku sejak tahun 2009. Jualan pada tahun 2011 mencecah 97,183 unit. Tidak hairan kenapa XC60 begitu laris. Sebab utamanya, reka bentuk yang beremosi dan menangkap mata.

Walaupun reka bentuknya kelihatan lari daripada kebiasaan Volvo, hakikatnya apa yang dibuat oleh perekanya adalah mengevolusikan bahasa rekaan sedia ada. Identiti Volvo masih dikekalkan. Misalnya, rekaan bahu sisi dan lampu belakang yang diteruskan hingga ke model V40 baharu.

Cuma perbezaan ketara antara bahasa rekaan lama dan baharu adalah lenggokan yang keras kini dilembutkan, sekali gus nampak lebih lancar (fluid) dan seksi.

Nyalakan lampu belakang

Selain ciri-ciri tersebut, XC60 mempunyai nyalaan lampu belakang yang cantik. Tidak seperti lampu belakang kenderaan lain yang hanya menyala pada satu atau dua kelompok, nyalaan lampu belakang XC60 lebih menarik dengan jaluran dari atas ke bawah yang membentuk satu garisan.

Menjelajah ruang kabin, saiznya sederhana. Kerusi pemandu dan penumpang tegap menyokong belakang badan. Jangkaan saya mengenai kerusi belakang agak mengena apabila tahap keselesaannya biasa-biasa sahaja. Ia boleh dikatakan sebagai tidak empuk atau sedikit keras.

Saya tidak pasti kenapa, tetapi kebanyakan kerusi belakang kereta buatan Eropah yang pernah diipandu uji sifatnya begitu. Boleh jadi tahap keselesaan sedemikian adalah sifat lazim pengeluar di sana.

Walaupun begitu, saiz kerusi belakang yang lebar tidak mendatangkan masalah untuk membawa tiga penumpang sekali gus. Memandangkan XC60 biasanya dibeli oleh mereka yang berkeluarga, saiz ruang bagasi memang penting.

Di atas kertas, kapasiti kargonya seluas 523 liter. Berdasarkan kepada pandu uji ke Cameron Highlands, saiz ruang bagasi itu sudah memadai untuk membawa beg-beg penumpang. Tambahan pula pintu belakang boleh dibuka dan ditutup dengan kawalan automatik seterusnya memudahkan pengguna.

Dari segi pengalaman pemanduan pula, adalah lebih senang untuk meletakkan sasaran apabila memandu uji sebuah SUV. Biarpun XC60 ialah SUV yang tipikal tinggi, namun dinamik pemanduannya bergerak dengan harmoni.

Mengejutkan juga apabila XC60 tidak menggunakan pacuan empat roda. Sebaliknya hanya dipacu oleh roda hadapan. Sistem itu nyata tidak menjadi masalah besar kerana pendakian naik dan turun ke Cameron Highlands terbukti lancar.

TIPIKAL sebuah Volvo moden, butang kawalannya mudah dicapai dan dioperasi.


Hentakan suspensi apabila melalui lopak dan bonggol terasa keras. Nmun secara keseluruhannya SUV itu masih selesa dan cemerlang ketika membawa penumpang. Kuasa enjin yang bersumberkan enjin 2.0 liter turbo pula tidak mengecewakan.

Fizikal XC60 nampak berat, tetapi apabila pedal minyak ditekan terasa seperti memandu kereta sedan biasa. Ditambah pula dengan padanan transmisi Powershift, terasa seperti setiap lengkok kuasa dapat diekstrak tanpa sebarang masalah dan cukup menyeronokkan.

Tidak lengkap jika menulis mengenai Volvo tanpa bercerita mengenai sistem keselamatannya. Dengan pelbagai jargon yang digunakan seperti City Safety, BLIS dan sebagainya, tujuannya tetap satu iaitu mengelakkan kenderaan daripada terlibat dalam kemalangan.

Sebagai contoh, sistem City Safety berfungsi ketika memandu dalam kesesakan jalan raya. Ia berfungsi menghentikan kereta secara automatik apabila jarak kenderaan berada terlalu hampir dengan kenderaan di hadapan, sebelum bergerak semula secara automatik sekiranya kenderaan hadapan mula bergerak.

Sistem keselamatan lain termasuklah amaran pelanggaran dengan bunyi yang agak kuat jika objek di hadapan semakin hampir.

XC60 juga mempunyai sistem kawalan jelajah (auto cruise) yang canggih. Sekiranya terdapat kenderaan di hadapan, sistem tersebut akan memperlahankan kenderaan yang dipandu mengikut kelajuan kenderaan di hadapan, kemudian kelajuan akan ditingkatkan semula apabila laluan hadapan tiada kenderaan.

Apa yang saya nyatakan di atas hanyalah secebis sahaja daripada keistimewaan XC60. Secara peribadinya, SUV Volvo tersebut mempunyai pakej lengkap. Rupa menarik, enjin berkuasa dan paling penting ciri-ciri keselamatan canggih yang kini baru hendak ditiru oleh pesaing lain.

Harga XC60 bermula dari RM300,000 yang sememangnya berada dalam kategori premium. Jika dibandingkan dengan model pesaing lain dalam kategori premium, ternyata XC60 mempunyai kelebihan tersendiri, pastinya dari segi ciri-ciri keselamatannya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tiada belas kasihan

Posted:

Tiada belas kasihan

ATM bertekad menyekat kemaraan Kelantan pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam esok.


TIADA belas kasihan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bedil Kelantan habis-habisan.Jika ia berhasil, Kelantan boleh melupakan impian untuk muncul juara trebel dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

ATM pula mahu membuktikan bahawa mereka bukan pasukan yang boleh dipandang mudah oleh lawan, justeru mereka mahu membuktikannya pada final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam esok.

Penjaga gol ATM, Farizal Harun sudah bersedia untuk tugasan penting itu dan dia tidak akan membiarkan lawan meloloskan diri.

Bagi merealisasikan hajat besar mereka itu, Farizal menuntut rakan-rakan sepasukan agar menyelesaikan perlawanan dalam tempoh 90 minit sekali gus menjulang piala berprestij itu dengan penuh bergaya.

Farizal menjelaskan, dia yakin dengan pengalaman beraksi sebanyak empat kali menentang juara Liga Super itu, ia bakal dijadikan satu pengajaran berguna buat skuad kendalian B. Sathianathan itu pada musim ini.

"Kami sudah bertemu empat kali dengan Kelantan termasuk dua kali di peringkat Kumpulan B Piala Malaysia dan perlawanan persahabatan.

"Kali terakhir (ketika menentang Kelantan), kami tewas 3-4 kepada mereka di Stadium Sultan Muhammad IV pada saingan peringkat kumpulan," katanya.

Farizal ditemui ketika bersama skuad bola sepak ATM menziarahi bekas pemain Selangor, Ezmi Md. Jan yang menghidap barah hidung di Kampung Sentosa Batang Kali, Hulu Selangor semalam.

Tambahnya, pemain kelahiran Negeri Sembilan itu juga menyifatkan The Red Warriors dilihat memiliki kelebihan sekiranya perlawanan akhir Piala Malaysia tersebut diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti.

Jelasnya, kekuatan mental bakal menjadi penentu kepada kedua-dua pasukan sekiranya perlawanan terikat sehingga ke masa tambahan.

"Ramai mengetahui, Kelantan memiliki penjaga gol terbaik negara, Khairul Fahmi Che Mat dan pendapat saya, sepakan penalti dilihat memberi kelebihan kepada mereka.

"Apa pun, kami telah bersedia dengan menjalani latihan tambahan dan sekiranya kami terpaksa beraksi sehingga ke penentuan sepakan penalti, saya berjanji akan menampilkan aksi terbaik.

"Kalau boleh, kami nak selesaikan perlawanan itu kelak dalam tempoh 90 minit," katanya.

Peluang Kelantan cipta trebel

Posted:

Peluang Kelantan cipta trebel

Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my

FINAL Piala Malaysia, Sabtu ini merupakan peluang terbaik buat pemain Kelantan (jersi putih) untuk mencipta kejayaan trebel.


KELANTAN kini berada di landasan yang cukup baik untuk merangkul piala ketiga dalam misi mereka mencipta sejarah sukan bola sepak negeri itu, sekali gus melengkapkan gelaran trebel musim ini.

Skuad yang mendapat jolokan The Red Warriors itu akan turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam esok.

Bagi ketua jurulatihnya, Bojan Hodak, pasukannya kini berada dalam keadaan bersedia tanpa sebarang kecederaan mahupun masalah fizikal dan mental kecuali penggantungan dua tonggak utamanya, Norfarhan Muhammad dan Mohammed Ghaddar.

Menurutnya, semua pemainnya kini bekerja keras dan mempamerkan aksi yang cukup menakjubkan dalam sesi latihan bagi mencuri tempat dalam kesebelasan utama namun, beliau hanya mampu untuk memilih 11 pemain sahaja.

"Semuanya memeningkan saya tetapi saya gembira apabila mereka memperlihatkan kesungguhan untuk beraksi. Sudah tentu semua pemain mahu dipilih untuk beraksi pada pentas perlawanan akhir ini dan ia begitu mengujakan saya.

"Bagi dua pemain yang akan menggantikan Norfarhan dan Mohammed Ghaddar, salah seorang daripadanya mungkin Piya (Badri Radzi) tetapi seorang lagi masih belum ada dalam kepala saya.

"Bergantung kepada ilham yang saya akan dapat ataupun persembahan pemain yang memikat hati saya nanti. Mungkin anda boleh tanya saya pukul 12 tengah hari Sabtu ini," katanya berseloroh.

Mengulas lanjut mengenai ketiadaan dua tonggak utamanya, Hodak tanpa berselindung menjelaskan, beliau agak terasa kehilangan Norfarhan yang menjadi penjaring terbanyak Kelantan dengan lima gol pada kempen Piala Malaysia musim ini berbanding Mohammed Ghaddar.

"Dalam dua pertemuan peringkat kumpulan sebelum ini, kita seri dan menang. Ghaddar hanya beraksi 45 minit sahaja dan kita berjaya bermain tanpa sebarang kekurangan. Cuma kehilangan Norfarhan agak dirasai kerana dia penjaring terbanyak kita pada kempen Piala Malaysia," ujarnya.

Hodak bagaimanapun sedar, keyakinan yang melampau hanya akan memakan diri sambil menyedari bahawa kekuatan ATM tidak boleh dipandang remeh terutama ketika pasukan tersebut kini sedang ghairah untuk memburu kejuaraan bagi menambah reputasi mereka yang akan beraksi pada Liga Super musim depan.

"Saya selalu beritahu, ATM mempunyai jurulatih yang hebat, skuad yang mantap, lima pemain kebangsaan dan dua pemain import yang menakjubkan. Anda boleh lihat dalam saingan peringkat kumpulan, selain ATM kita berada dalam 'kumpulan maut' bersama Kedah dan Terengganu.

"Seperti juga Terengganu dan Selangor, mereka adalah pasukan yang hebat, memiliki pemain yang mempunyai teknik yang baik tetapi akhirnya ATM dan Kelantan beraksi pada perlawanan akhir. Peluang 50-50 buat masa ini dan kita mengharapkan sokongan peminat membantu menaikkan semangat," jelasnya.

Ditanya mengenai ketajaman gandingan Marlon Alex James dan Hairuddin Omar, Hodak tidak menafikan yang kedua-dua mereka bakal menjadi pemusnah sekiranya dibiarkan bebas bergerak di kawasan kotak penalti.

"Marlon menjaringkan banyak gol, sudah tentu dia memberikan masalah dan Hairuddin merupakan pemain yang saya minati. Ketika bersama UPB-MyTeam lagi saya cuba mendapatkannya tetapi dia sering mempunyai kontrak dengan pasukan lain.

"Bagi saya pemain yang bahaya dan orang tidak menyedarinya adalah Bruno Martelotto kerana jika anda ingat ketika kita menang 4-3 di Kota Bharu, Bruno terlibat dalam menghasilkan ketiga-tiga gol.

Dia akan memberikan masalah besar kepada kita. Zaquan Adha (Abdul Radzak) juga pemain yang baik. Keempat-empat mereka berbahaya," katanya.

Mampukah Sathianathan?

Posted:

Mampukah Sathianathan?

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

DUA tahun lalu, B. Sathianathan merupakan watak penting pasukan Kelantan menamatkan kemarau trofi Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah sebaik menewaskan Negeri Sembilan di pentas final.

'Disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari' – jodoh Sathianathan sebagai jurulatih The Red Warriors

akhirnya terlerai ekoran digantung enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula Januari 2011 gara-gara dilaporkan mengkritik skuad kebangsaan.

Begitupun, itu cerita lama. Kali ini, 'magis' Sathianathan sekali lagi ditagih tetapi kali ini bersama skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malam esok, kredibiliti jurulatih berusia 54 tahun itu pastinya mengundang gerun ribuan penyokong fanatik Kelantan yang pernah menjadikan beliau sebagai idola satu masa dahulu.

'Resume' Sathianathan mengemudi ATM menempah slot Liga Super musim depan selepas muncul juara Liga Premier musim ini sewajarnya jangan dipandang 'sebelah mata' oleh Sang Kijang.

Enggan mendabik dada dengan kemampuan pasukannya melakar sejarah kembali semula ke pentas final sejak 1966, Sathianathan begitupun kekal menghormati Kelantan yang masih dianggap pasukan pilihan pada final kali ini.

Menurut beliau, Kelantan masih lagi kuat biarpun tanpa kehadiran dua tonggak utama, Mohammed Ghaddar dan Nor Farhan Muhammad yang terpaksa melupakan pentas final kali ini gara-gara penggantungan kad kuning.

"Kelantan pasti menjadi pasukan pilihan dan kejayaan muncul juara Liga Super merupakan bukti kekuatan mereka yang begitu konsisten.

"Sebenarnya, saya lebih suka sekiranya Ghaddar bermain kerana dia bermain secara individu dan saya tahu bagaimana untuk mengekangnya.

"Ketiadaan Ghaddar pastinya menyebabkan jentera serangan Kelantan bertambah berbahaya kerana mereka pasti bersemangat memburu gol sebagai satu pasukan," kata Sathianathan.

Atas kertas, rekod pertemuan kedua-dua pasukan musim ini dilihat lebih memihak kepada Kelantan yang menang 4-3 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu ketika aksi Kumpulan B Piala Malaysia, September lalu selepas terlebih dahulu terikat 1-1 di Stadium Selayang sebelum itu.

Namun, Sathianathan enggan barisan perajurit ATM 'mengibarkan bendera putih' sebelum berjuang esok.

"Pada permulaan musim sebelum ini, sasaran awal saya mahu membantu ATM muncul juara Liga Premier, lain-lain hanyalah disifatkan sebagai bonus.

"Tetapi kami sudah berada sejauh ini dan melakar sejarah kembali semula ke pentas final Piala Malaysia dalam tempoh 46 tahun," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Hargai detik-detik ibu dan anak

Posted:

Hargai detik-detik ibu dan anak

ERRA (tiga dari kanan) dan Carla (tiga dari kiri) antara selebriti yang turut memberi sokongan dalam kempen Precious Moments anjuran Johnson's baby.


DALAM mengeratkan hubungan ibu dan anak dari generasi ke generasi, jenama produk jagaan bayi terkemuka, Johnson's baby menyeru golongan ibu di Malaysia untuk menghargai detik-detik bersama anak mereka dalam kempen Precious Moments.

Pengarah Sumber Manusia Johnson & Johnson Malaysia, Sharon Foo memberitahu, kempen tersebut diadakan bagi meraikan kasih sayang dan hubungan erat antara ibu dan anak.

"Ia merupakan satu hubungan yang telah dipupuk oleh Johnson's baby lebih daripada 100 tahun dengan produk penjagaan bayi yang selamat dan berkesan bagi membantu para ibu menjaga anak mereka tanpa kegusaran," katanya.

Bagi meraikan sejarah sains dan inovasi Johnson's baby yang telah membantu mengeratkan hubungan ibu serta anak sejak beberapa generasi, jenama itu menyeru para ibu di Malaysia menghargai ikatan istimewa itu.

"Mereka boleh berkongsi gambar yang menunjukkan detik-detik indah antara ibu dan anak dengan menghantarkannya melalui aplikasi Facebook kami," ujarnya.

Beberapa ibu popular turut hadir memberikan sokongan pada majlis pelancaran kempen Johnson's baby Precious Moments antaranya pelakon, Erra Fazira dan model fesyen terkemuka, Carla Soong.

Walaupun banyak detik indah yang dapat Erra kenang tentang anaknya, Engku Aleesya Engku Emran yang kini berusia tiga tahun, terdapat satu saat istimewa yang tidak dapat dilupakan.

"Antara detik-detik paling bermakna yang saya kongsi dengan Aleesya ialah saat kali pertama melihatnya dalam dakapan saya sejurus selepas dia dilahirkan. Kegembiraan ketika itu mengatasi segalanya.

"Sungguhpun momen itu tidak diabadikan dalam gambar, saya sentiasa mengingatinya. Detik itu terlalu indah untuk dilupakan," kata Erra.

Semua ibu di Malaysia dijemput menyertai kempen itu dengan melayari Facebook Johnson's Baby di www.facebook.com/iLoveJohnsonsbaby.com.

Para ibu yang mahu mengambil bahagian boleh menghantar seberapa banyak gambar yang mereka inginkan.

Setiap penyertaan mesti disertakan gambar ibu dan anak dengan saiz fail kurang daripada 2MB dalam format JPEG. Ia juga perlu disertakan dengan kata-kata tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Bagi meraikan kempen itu, 100 keping gambar yang dihantar akan dipilih untuk menghasilkan video Precious Moments yang istimewa dan ditayangkan secara dalam talian setiap bulan buat tontonan umum.

"Sebagai meraikan label Johnson's baby yang kini berusia lebih 100 tahun, kami juga membuat sumbangan kepada rumah anak yatim tempatan dengan menderma RM1 untuk setiap gambar yang dihantar sempena kempen ini," ujar Sharon mengenai kempen Precious Moments yang bermula dari 3 September lalu dan berakhir pada 31 Oktober ini. - NURUL IZZA ROSLY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Hafizh Syahrin ungguli sesi latihan kedua Moto2

Posted:

Hafizh Syahrin ungguli sesi latihan kedua Moto2

19/10/2012 7:41pm

SEPANG — Pelumba "wild card" Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah melakar permulaan baik apabila mencatat masa terpantas pada sesi latihan bebas kedua pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Beliau mencatat masa dua minit 13.493 saat berbanding 2:09.760s dengan kedudukan ke-24 yang dicatatnya pada sesi latihan pertama.

"Saya amat berpuas hati dan gembira kerana tidak pernah dapat tempat pertama, menjadi tumpuan orang dan memberi saingan kepada pelumba lain lebih-lebih lagi berlumba ketika hujan.

"Ada sedikit perubahan pelarasan tadi. Masa sesi pertama, mekanik telah buat pelarasan untuk keadaan litar kering dan ketika sesi kedua dengan keadaan hujan, kita tiada masa untuk buat banyak perubahan pelarasan suspensi, cuma ada ubah sedikit sahaja dan aksi saya lebih baik pada pertengahan sesi itu," kata pelumba Petronas Raceline Malaysia itu kepada pemberita di Pusat Media, di sini.

Sesi latihan bebas kedua selama 45 minit bagi kelas Moto2 agak terjejas selepas hujan lebat di kawasan litar.

Hafizh Syahrin berkata, beliau menyasarkan untuk berada pada kedudukan terbaik pada perlumbaan sebenar Ahad ini.- BERNAMA

2 kereta mewah dilarikan dalam kejadian samun

Posted:

2 kereta mewah dilarikan dalam kejadian samun

19/10/2012 6:48pm

MELAKA — Dua buah kereta mewah jenis Porsche Panamera dan BMW 5 Series dilarikan enam lelaki dalam satu kejadian samun dan pecah rumah di sebuah rumah banglo milik seorang ahli perniagaan di Jalan Taman Tasik Utama, Ayer Keroh di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Rabu lepas, dua daripada lelaki terbabit yang memakai topeng dan bersenjatakan parang masuk melalui pintu belakang banglo dua tingkat tersebut sebelum mengancam pembantu rumah yang sedang mengemas di bahagian dapur.

Beliau berkata, ahli perniagaan berumur 50-an yang terdengar bunyi bising kemudian pergi ke dapur, namun diserang dua lelaki terbabit di kepala dengan objek tumpul.

"Kesemua penjenayah terbabit kemudian mengambil beberapa barang berharga seperti barang kemas, jam tangan, telefon bimbit dan beg duit serta melarikan dua buah kereta mewah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM1.5 juta," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka di sini, hari ini.— BERNAMA

Mayat dibungkus dalam plastik dijumpai

Posted:

Mayat dibungkus dalam plastik dijumpai

19/10/2012 6:33pm

ALOR SETAR — Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat asing ditemui dalam satu bungkusan plastik di Kilometer 65 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, hari ini.

Mayat lelaki berusia 40-an itu dijumpai oleh seorang pekerja kontrak yang sedang memotong rumput di kawasan itu pada pukul 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Abdul Aziz Ahmad berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan berpakaian lengkap iaitu berbaju dan berkain sarung serta terdapat bantal dan tilam nipis dalam bungkusan itu.

"Pekerja kontrak itu ternampak kaki mayat dan terus membuat laporan polis.

Berdasarkan keadaan mayat yang tidak berbau, kami percaya lelaki itu mati dalam tempoh 24 jam yang lalu.

"Kami masih berusaha mengesan identiti mayat kerana tiada dokumen pengenalan diri dijumpai. Tiada kesan cedera atau darah pada mayat itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


Art On Glass ilham Salmiah

Posted:

Art On Glass ilham Salmiah

Oleh NURUL IZZA ROSLY

JARI-JEMARINYA memegang lembut berus sambil mengoles warna-warna terang pada lukisan yang sedia ada di atas permukaan kepingan kaca lutsinar.

Tidak sampai 10 minit, 'wajah' kepingan kaca kosong tadi sudah menjadi naskhah seni yang mampu menyuntik perasaan bangga dan membuatkan sang pengkarya tersenyum puas.

Sudah menjadi rutin wanita berusia 45 tahun itu melihat pancaran ekspresi wajah penuh keterujaan daripada wanita-wanita yang datang menuntut ilmu seni dan kraf di premisnya, Art On Glass Biz di Jalan Dataran Selayang 2, Selangor.

Setiap kali melihat keceriaan di wajah anak-anak didiknya itu, semakin menggebu hasrat Salmiah Mohd. Norin untuk berkongsi ilmu seni lukisan kaca yang dipelajarinya empat tahun lalu.

Minatnya terhadap seni tersebut hanya terbit empat tahun lalu saat ibu kepada empat orang cahaya mata itu terbaca sebuah artikel mengenai seni tersebut di dada akhbar.

Bagai cinta pandang pertama, keunikan seni lukisan kaca telah menyunting hatinya untuk mendekati dan mendalami seni tersebut. Salmiah lantas mencari 'sifu' bagi membolehkan hasratnya menjadi kenyataan.

"Selama setahun saya belajar mendalami seni ini, sudah sampai masanya untuk berkongsi ilmu yang ada kepada wanita-wanita di luar sana terutamanya dalam kalangan suri rumah dan ibu-ibu tunggal.

"Berbeza dengan kelas-kelas seni dan kraf lain, Art On Glass Biz bukan sahaja mengetengahkan kelas lukisan kaca, malah turut menawarkan kelas sulaman reben, sulaman manik, decoupage, anyaman surat khabar dan gubahan bunga di bawah satu bumbung bermula Januari lalu," katanya yang tidak mempunyai sebarang pendidikan formal berkaitan seni itu sebelum ini.

DENGAN bayaran RM30 satu jam, segala peralatan keperluan untuk mempelajari seni kraf kaca akan disediakan, malah pelajar boleh membawa pulang hasil seni mereka.


Tambahnya, idea menghimpunkan kelas kraf di bawah satu bumbung adalah bagi memudahkan orang ramai untuk mempelajari pelbagai seni kraf tanpa perlu pergi ke merata tempat.

Salmiah juga pernah berhadapan dengan kesulitan tersebut, jadi dia mahu memudahkan wanita-wanita pencinta kraf di luar sana dengan menghimpunkan kelas kraf di bawah satu bumbung.

"Bagi seni lukisan kaca, saya sendiri akan turun padang menjadi tenaga pengajar tetapi untuk seni sulaman reben, manik dan lain-lain, khidmat tenaga pengajar luar disediakan.

"Saya mengambil khidmat salah seorang tenaga pengajar di Kolej Komuniti Selayang iaitu Rosnah Mamat, 56, apabila ada permintaan daripada orang ramai yang mahu mempelajari kraf tangan lain selain daripada lukisan kaca," ujarnya yang turut menerima tempahan cenderamata dan hadiah korporat.

Isi masa terluang

Sesiapa yang menjejakkan kaki ke Art On Glass Biz pasti terkesima dengan hasil tangan seni coretan kreativiti Salmiah.

Mungkin sesetengah orang melihatnya menganggap seni lukisan kaca sesuatu yang mudah, tetapi tak kenal maka tak cinta. Ia tidak semudah yang disangka, namun dengan latihan berulang kali, anda mampu menghasilkan sesuatu persis kerja tangan profesional.

"Jujur saya katakan, saya bukan tangan seni dan tidak minat seni pun sejak kecil.

"Apabila anak-anak sudah besar, saya tidak mempunyai aktiviti ketika mereka ke sekolah. Jadi, saya ingin lakukan sesuatu untuk diri sendiri," katanya yang pernah berkhidmat sebagai pembantu peribadi di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama lapan tahun sebelum berhenti kerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak dan keluarga.

Sejak melibatkan diri dalam seni lukisan kaca, Salmiah tidak dapat melupakan momen indah ketika membuka gerai pada Perhimpunan Agung UMNO 2010.

"Ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohamad terus melangkah ke gerai saya walaupun peniaga-peniaga lain memanggil-manggil beliau ke gerai masing-masing.

"Ia satu penghormatan buat saya apabila Tun membeli sebuah pasu bunga hasil kerja tangan saya," katanya yang turut mendapat undangan syarikat-syarikat swasta untuk turut serta dalam program anjuran mereka.

Tidak seperti kelas kraf lain, Art On Glass Biz mengenakan bayaran RM30 untuk satu jam. Salmiah akan menyediakan segala keperluan belajar dan mereka yang berminat hanya perlu menghadirkan diri.

"Hasil kreativiti yang telah disiapkan boleh dibawa pulang. Kelas ini juga dibuka kepada para pelajar semasa cuti sekolah," ujarnya sambil memberitahu diskaun akan diberikan jika hadir dalam kumpulan 15 hingga 30 orang.

Tiada had umur atau kriteria tertentu diperlukan untuk seseorang itu menuntut seni kraf di Art On Glass Biz. Cukup sekadar minat dan tidak perlu ada latar belakang seni.

Sulaman reben


ART On Glass Biz bukan sahaja menjadi lokasi menimba ilmu kraf, malah pada masa yang sama dapat menjadi terapi meredakan stres.


Jika orang ramai tidak mahu melalui jalan-jalan yang sesak, Salmiah pula sebaliknya. Dia sanggup memandu kereta kancil anaknya yang mempunyai paparan mengenai Art On Glass Biz pada cermin belakang meredah kesesakan jalan raya semata-mata untuk tujuan promosi.

Dalam pada itu, salah seorang pelajar yang pernah mengikuti kelas sulaman reben, Nur Zaiton Mohd. Salji, 45, memberitahu selepas menghadiri kelas selama lima jam, dia sudah mampu menguasai asas sulaman reben.

"Saya sangat meminati sulaman reben, tetapi tidak tahu di mana tempat yang menawarkan kelas sebegini.

"Kerana minat, saya cuba mempelajarinya secara dalam talian melalui YouTube, namun agak sukar untuk berbuat demikian kerana tidak dapat melihat secara langsung," katanya.

Selepas mengetahui Art On Glass Biz ada menawarkan kelas sulaman reben, Nur Zaiton tidak melepaskan peluang tersebut dan mula mengikuti kelas pada Julai lalu.

Apabila sudah mempelajari asas dan menguasai beberapa teknik sulaman reben, ibu kepada tiga cahaya mata itu sanggup bersengkang mata sehingga jam 2 pagi untuk memberikan nafas baharu pada sarung-sarung kusyen lama miliknya.

"Selain sarung-sarung kusyen, saya juga menjahit sulaman reben pada bekas botol kuih raya.

"Tidak lama untuk menguasai sulaman ini. Apabila sudah faham asasnya, kita sudah boleh mencipta macam-macam mengikut kreativiti masing-masing," ujarnya yang turut mengajar kenalan terdekat.

Bantuan melawan kelaparan

Posted:

Bantuan melawan kelaparan

Oleh SUHANA VERU

BEKALAN air bersih turut disalurkan kepada kanak-kanak di Vietnam.


MENGIKUT kajian Organisasi Bantuan Kelaparan dan Menghadapi Masa Depan Amerika Syarikat sehingga bulan Mac lalu, setiap tiga saat berlaku satu kematian akibat kebuluran di seluruh dunia.

Hasil kajian itu juga mendapati, setiap tahun seramai lima juta kanak-kanak mati disebabkan faktor yang sama iaitu kebuluran.

Malah, lebih 925 juta orang dikatakan sedang berdepan konflik kelaparan di seluruh dunia.

Menyedari hakikat itu, pusat penjagaan dan rawatan rambut, 101 Hair Care bekerjasama dengan sebuah badan amal antarabangsa, World Vision untuk membantu kanak-kanak di Asia yang mengalami kebuluran.

Komited dengan tanggungjawab sosial yang perlu dicurahkan kepada golongan yang kurang bernasib baik, 101 Hair Care mengambil inisiatif untuk menaja seramai 101 kanak-kanak miskin dari Kemboja, China, India, Indonesia, Lubnan, Myanmar, Thailand dan Vietnam.

Malah sejak tahun 1997, 101 Hair Care telah mengumpulkan sejumlah RM211,800 untuk membantu kanak-kanak miskin di bawah program tahunan tajaan World Vision.

Pakej amal 101 Hair Care

Pada tahun ini, pusat tersebut telah menyerahkan sumbangan RM60,600 menerusi jualan set penjagaan rambut amal.

Justeru, melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan, pusat tersebut melaksanakan projek yang sama pada suku kedua tahun ini berasaskan siapa cepat didahulukan.

101 Hair Care dan World Vision menganjurkan lawatan ke Thailand dan Vietnam dan mereka yang berminat boleh membeli mana-mana pakej amal 101 untuk berpeluang menyertai Program Pembangunan Kawasan World Vision.

Para pelanggan yang telah membeli salah satu pakej amal itu akan mendapat bayaran minimum untuk pakej lawatan lima hari empat malam ke Thailand termasuk tiket penerbangan, penginapan dan makan berjumlah RM2,700, manakala lawatan ke Vietnam lima hari empat malam berjumlah RM2,600.

Kesemua hasil jualan tersebut sebahagian besarnya akan disumbangkan kepada World Vision nanti.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif 101 Hair Care, Ricky Thye berkata, pihaknya juga menawarkan edisi terhad set penjagaan rambut kepada orang ramai.

"Anda boleh menjaga rambut dengan rawatan yang berkualiti daripada 101 Hair Care di samping menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak yang memerlukan.

"Oleh itu, kita berharap orang ramai jangan melepaskan peluang ini untuk bertemu dengan kanak-kanak istimewa tersebut," katanya sambil memberitahu set penjagaan rambut mengandungi pek penyenggaraan, nutrisi, antipenuaan kulit kepala dan nutri folikel yang dijual pada harga istimewa.

Sementara itu, melihat kepada peningkatan angka penduduk dunia yang berdepan konflik kelaparan, 101 Hair Care juga menyokong kempen 30 Jam Kelaparan sebagai langkah susulan menyokong transformasi dalam kehidupan kanak-kanak dan komuniti mereka.

101 Hair Care telah menganjurkan kempen itu di ibu pejabatnya di USJ, Subang, Selangor baru-baru ini yang disertai lebih 50 kakitangan.

Dalam program itu, pelbagai aktiviti disusun bagi membolehkan peserta menyelami penderitaan kanak-kanak di negara kurang membangun.

Antaranya membina sendiri rumah daripada kotak dan surat khabar, mengemudi belon dan bola ping pong. Mereka melakukan semua tugasan itu seolah-olah sedang berada di kawasan gempa bumi.

Menerusi aktiviti-aktiviti itu, kakitangan dapat melihat sendiri cabaran dihadapi kanak-kanak dan merasai keperitan yang dilalui mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti amal 101 Hair Care layari laman www.101hair.com.my.

Agihan daging akikah dan korban

Posted:

Agihan daging akikah dan korban

DAGING korban dan akikah haram diberikan kepada orang bukan Islam kerana tujuan penyembelihannya kerana ibadah kepada Allah.


SAYA ada kemusykilan mengenai akikah. Benarkah daging akikah tidak boleh dimakan oleh orang yang melakukan akikah? Adakah daging akikah ini boleh dimakan oleh mereka yang bukan Islam?

JAWAPAN:

Akikah adalah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Perkataan akikah daripada kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang.

Akikah afdal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran. Daging akikah dan korban haram diberikan kepada bukan Islam kerana korban dan akikah merupakan amal ibadah kepada Allah.

Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al-Fatthani.

Namun begitu, kalau bukan Islam hendak membeli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya untuk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al-Fatthani dalam Furu'ul masaa'il.

Asalnya daging korban atau akikah adalah untuk sedekah yang mana diniatkan pahala. Maka pemberiannya perlu diberikan kepada orang yang berhak.

Dalam hadis ada menyebut bahawa elok dibahagikan daging-daging tersebut kepada tiga bahagian. Bahagian pertama dimakan oleh tuan punya akikah dan keluarganya. Bahagian kedua dihadiahkan kepada tetangga dan sahabat handai, manakala yang ketiga hendaklah disedekahkan kepada orang miskin dan memerlukan.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved