Khamis, 18 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Sihanouk kesayangan rakyat Kemboja

Posted:

Sihanouk kesayangan rakyat Kemboja

LAUTAN manusia membanjiri pekarangan Istana Diraja Phnom Penh, Kemboja untuk menangisi pemergian pemimpin kesayangan mereka, Norodom Sihanouk, 89.

Situasi memilukan itu membuktikan betapa kasihnya rakyat negara itu terhadap lelaki yang digelar 'Bapa Raja' tersebut.

Sihanouk pernah mengeluarkan kenyataan: "Saya adalah Sihanouk dan semua rakyat Kemboja adalah anak-anak saya."

Tempoh perkabungan rasmi telah bermula sejak Rabu lalu dan ketiadaan kawasan khas bagi upacara itu tidak menghalang orang ramai untuk hadir ke kawasan istana bagi memberi penghormatan terakhir.

Menjelang petang, ribuan lagi orang awam memenuhi kawasan tersebut. Pihak istana terpaksa menyediakan meja bagi menempatkan bunga-bunga, lilin dan setanggi, sambil orang awam berbaris mengabadikan ucapan takziah mereka dalam sebuah buku khas.

"Saya berharap dapat melihat mendiang dan mahu menatap wajahnya buat kali terakhir," ujar Mean Pichavisa, 16, yang sedang memotong reben hitam untuk diletakkan pada baju putihnya sebagai simbol perkabungan.

Remaja itu juga membotakkan kepalanya sebagai tanda hormat di atas pemergian Sihanouk. Kepulangan pemimpin Asia Tenggara terakhir yang merebut kemerdekaan Kemboja selepas peperangan itu, diibaratkan sebagai momen paling penting dalam sejarah negara tersebut.

Difahamkan, hampir 100 sami dan rahib Buddha memulakan upacara doa sejak Selasa lalu di sebuah pagoda yang terletak berhampiran istana.

"Sebagai penganut Buddha, kami percaya doa kami dapat membantu roh Bapa Raja kesayangan kami bersemadi dengan aman dan melalui proses kelahiran semula dengan cepat," ujar Ngoun Pheadkey, sami berusia 22 tahun yang menambah, upacara itu adalah tanda terima kasih rakyat jelata kepada Sihanouk.

Sejumlah orang awam, khususnya warga emas, sanggup datang dari ceruk kampung selepas mendengar berita kematian Sihanouk.

"Semua penduduk Kampong Chhnang berdukacita dan meratapi pemergian Sihanouk. Kami sentiasa berharap beliau dapat hidup lebih lama," ujar seorang tukang masak Pen Sominea, 50.

Di bandar-bandar utama Kemboja, segenap lapisan rakyat memakai reben hitam pada baju mereka. Sekumpulan pelajar universiti pula dilihat mendendangkan lagu patriotik Kemboja dengan penuh bangga di hadapan istana.

RAKYAT Kemboja membanjiri Istana Diraja Phnom Penh bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas raja mereka.


"Beliau seorang raja yang baik. Beliau menjaga negara dan rakyat Kemboja dengan penuh tanggungjawab," ujar seorang penduduk Kampong Cham, Ching Sivheang, 94.

Penulis biografi rasmi Sihanouk, Julio Jeldres pernah mengungkapkan: "Sihanouk ialah Kemboja."

Permintaan terakhir

Ekspresi yang dipetik rakyat cukup memberi gambaran tentang kredibiliti Sihanouk sebagai pemimpin. Biarpun pendirian beliau sering dipersoalkan, segala keputusan yang dipilih adalah semata-mata demi kebajikan negara dan rakyatnya.

Bukti sokongan rakyat terhadapnya dapat dilihat menerusi perbarisan melibatkan kira-kira 100,000 orang yang menyambut kepulangan jenazah Sihanouk pada Rabu lalu. Mereka memenuhi jalan-jalan di sepanjang lapangan terbang sehingga ke istana.

Jenazah Sihanouk akan terus berada di istana untuk tiga bulan membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Pada Januari lalu, Sihanouk meminta agar jenazahnya dibakar mengikut tradisi agama Buddha. Beliau memohon supaya abunya diletakkan di dalam tempayan, seboleh-bolehnya diperbuat daripada emas dan diletakkan di dalam stupa istana.

Sihanouk yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Beijing, China mula menerima rawatan sejak Januari lalu. Beliau berperang dengan beberapa penyakit termasuk kanser, diabetes dan masalah jantung. Sepanjang tempoh rawatan, beliau ditemani isteri keenam yang dikahwini pada tahun 1952, Norodom Monineath atau lebih dikenali dengan nama Monique.

GAMBAR bertarikh 30 Oktober 2001 ini merakamkan aksi Sihanouk bersama Monique melambai tangan kepada orang ramai ketika menghadiri festival tahunan lumba bot di Kemboja.


Hubungan akrab Sihanouk bersama pemimpin revolusi China, Mao Zedong dan Zhou Enlai dibuktikan menerusi penghormatan bendera China yang dinaikkan setengah tiang di Tiananmen Square dan di beberapa lokasi utama pusat bandar negara itu.

"Saya sentiasa menganggap China sebagai rumah kedua. Hanya China menyokong kami walaupun ditentang Khmer Rouge dan tidak diingini oleh Kesatuan Soviet," ujar Sihanouk pada tahun 1971.

Legasi

Dilahirkan pada 31 Oktober 1922, Sihanouk melalui zaman kanak-kanak ketika era kolonial Perancis Indochina. Pada tahun 1941, Perancis menabalkan beliau sebagai Raja Kemboja walaupun baharu berusia 18 tahun.

Perancis menganggap Sihanouk sebagai seorang putera yang tidak serius dan mudah dikawal. Mereka memandang rendah kebolehan Sihanouk, namun pada tahun 1953, Perancis akhirnya berundur.

Pada tahun 1955, Sihanouk turun takhta dan memberi laluan kepada ayahandanya, Norodom Suramarit untuk menaiki takhta. Beliau menceburi dunia politik dan membentuk parti sendiri serta memegang beberapa posisi penting seperti perdana menteri dan ketua negara.

Sepanjang hidupnya, beliau cuba menjadikan Kemboja sebagai negara berkecuali ketika Perang Dingin memuncak dan menjadi pengasas kepada Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Pada tahun 1965, beliau memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) yang kemudiannya menggandakan asakan dalam Perang Vietnam.

Namun, pada tahun 1969, beliau mencipta perhubungan baharu bersama AS dan mengetepikan China kerana bimbang bahan mentah negaranya dikuasai komunis Vietnam.

Keutamaan Sihanouk adalah bagi mengelakkan Kemboja daripada terlibat dengan perang, tanpa mengira musuh atau kawan, tetapi beliau gagal. Tentera udara AS mengebom markas komunis Vietnam di Kemboja yang disangka telah dipersetujui Sihanouk menerusi persefahaman tidak bertulis.

Bagi merebut kembali takhtanya selepas dirampas Jeneral Lon Nol yang mendapat sokongan AS pada tahun 1970, beliau membuat pakatan bersama Khmer Rouge. Ketika itu beliau melalui tempoh buangan di China.

Apabila Khmer Rouge berjaya merampas kuasa pada tahun 1975, Sihanouk kembali ke Kemboja. Namun, beliau meletakkan jawatan sebagai ketua negara selepas beberapa bulan dan diarahkan menjalani hukuman mati. Campur tangan pemimpin China, Zhou Enlai menyelamatkan beliau.

Sihanouk kemudiannya ditahan di istananya sendiri sambil menyaksikan Khmer Rouge menubuhkan rejim fahaman Mao Zedang yang bersifat ultra radikal bermula tahun 1975 sehingga tahun 1979. Sepanjang tempoh itu, kira-kira 1.7 juta rakyat terbunuh termasuk lima anaknya.

SAMI-SAMI Buddha dan orang ramai memenuhi monumen kemerdekaan Kemboja menantikan konvoi perjalanan yang membawa Sihanouk dari lapangan terbang ke istana.


Vietnam kemudiannya menawan Khmer Rouge pada tahun 1978 manakala Sihanouk dibuang negeri ke Beijing dan Korea Selatan. Walaupun kurang menyukai Khmer Rouge, Sihanouk terpaksa bersama tentera itu untuk membentuk Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan menghalau tentera Vietnam.

Selepas 10 tahun, Sihanouk kembali menaiki takhta pada tahun 1993 dan membina semula reputasi sebagai pemerintah negara mengikut sistem raja berperlembagaan. Keamanan negara bagaimanapun masih belum dapat dikembalikan ekoran trauma rakyat terhadap Pol Pot sehinggalah pemimpin Khmer Rouge itu mati pada tahun 1998.

Pada tahun 2004, atas faktor kesihatan Sihanouk akhirnya menyerahkan takhta kepada anak lelakinya, Norodom Sihamoni untuk menjadi Raja Kemboja.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


80 ahli pengakap Setiu sertai Korobori

Posted:

80 ahli pengakap Setiu sertai Korobori

MURID-MURID lepasan UPSR dari lapan buah sekolah rendah di Setiu yang menyertai Perkhemahan Korobori Pengakap di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu baru-baru ini.


PERKHEMAHAN. Seramai 80 murid lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dari lapan buah sekolah rendah di Setiu menyertai Perkhemahan Korobori Pengakap di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu selama empat hari baru-baru ini.

Para peserta merupakan ahli pengakap Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 29, SK Bari Pantai, SK Pelong, SK Putera Jaya, SK Kampung Buluh, SK Lembah Jaya, SK Seri Langkap dan SK Kampung Fikri.

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiu, Ahmad Atiq Asnawi berkata, pelbagai aktiviti dijalankan sempena perkhemahan itu termasuk kraf tangan, permainan tradisional dan lawatan di beberapa tempat menarik sekitar bandar Kuala Terengganu.

Perlawanan bola sepak VTJ, polis bantuan BSN

Posted:

Perlawanan bola sepak VTJ, polis bantuan BSN

Pasukan VTJ dan Polis Bantuan BSN bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan persahabatan di padang SK Pohon Tanjong, Pasir Pekan, Tumpat baru-baru ini.


MESRA. Satu pertandingan bola sepak persahabatan antara pasukan Veteran Tok Janggut (VTJ) dan Polis Bantuan Bank Simpanan Nasional (BSN) diadakan di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pohon Tanjong, Pasir Pekan, Tumpat baru-baru ini.

Pada pertandingan itu, pasukan VTJ menang bergaya dengan jaringan 5-1.

Timbalan Presiden VTJ, Mokhtar Abd. Rahman berkata, perlawanan itu bertujuan mewujudkan jalinan mesra antara komuniti pemain sekali gus mengeratkan hubungan.

Menurutnya, kemenangan tersebut akan menjadi perangsang kepada semua pemain VTJ bagi meningkatkan lagi latihan dalam menghadapi perlawanan lain di masa hadapan.

Nelayan kawasan Kawang terima elaun sara hidup

Posted:

Nelayan kawasan Kawang terima elaun sara hidup

GHULAM HAIDAR (dua kanan) bersama sebahagian daripada 519 nelayan di kawasan Kawang yang menerima elaun sara hidup bulanan di Papar, Sabah baru-baru ini.


ELAUN. Seramai 519 nelayan di kawasan Kawang menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar pada satu majlis di Papar, Sabah baru-baru ini.

Ghulam berkata, elaun sara hidup bagi bulan September diharap dapat membantu meringankan beban hidup nelayan.

"Elaun sara hidup ini merupakan antara usaha-usaha kerajaan membantu golongan nelayan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan harga bahan bakar global," jelasnya.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri berkata, ia merupakan insentif kepada sektor industri perikanan agar kekal berdaya maju.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Mati dihempap konkrit 40 tan

Posted:

Mati dihempap konkrit 40 tan

Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

ANGGOTA bomba melihat bumbung konkrit yang runtuh hingga mengakibatkan seorang buruh maut manakala tujuh lagi cedera di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Sekumpulan enam buruh Indonesia yang sedang melakukan kerja-kerja ubah suai di sebuah banglo mewah bernilai hampir RM4 juta bernasib malang apabila salah seorang mereka maut manakala bakinya cedera parah apabila bumbung konkrit seberat 40 tan kediaman tersebut tiba-tiba runtuh.

Kejadian pukul 4.20 petang semalam di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 di sini itu berlaku ketika kesemua buruh berkenaan sedang melakukan pengubahsuaian di bahagian dalam serta aras atas banglo dua tingkat tersebut.

Ekoran runtuhan itu, kesemua mangsa terperangkap di bawah timbunan konkrit hampir 40 minit.

Difahamkan, banglo enam bilik itu dipercayai milik seorang ahli perniagaan. Ia diubah suai untuk menambah bilik surau di tingkat atas dan membuat kolam mini di aras bawah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Datuk tidak maafkan pembunuh cucu

Posted:

Datuk tidak maafkan pembunuh cucu

BATU PAHAT - "Wak tak akan maafkan dia sampai bila-bila."Demikian luahan datuk kepada bayi malang berusia lapan bulan, Nur Irsyafida Balkis Abdul Azim yang meninggal dunia dipercayai akibat didera teman lelaki ibunya Selasa lalu.

Datuk kepada bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd. Ashak, 71, berkata, sesiapa pun tidak akan dapat memaafkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

"Wak tidak faham, mengapa ada manusia tergamak berbuat demikian kepada anak comel sekecil itu," luahnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Kelambu, Peserai di sini semalam.

Menurut Mohd. Ashak, dia menjaga arwah cucunya itu sejak mangsa berusia dua bulan.

"Dia jantung hati kami sekeluarga yang menceriakan rumah ini," ceritanya sedih.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Isteri rayu suami dibebaskan

Posted:

Isteri rayu suami dibebaskan

Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my

MAESAROH dan tiga anaknya menatap potret perkahwinannya dengan Salleh di Kuching semalam.


KUCHING - Seorang isteri merayu Kementerian Luar membantu membebaskan suaminya yang kini ditahan di sebuah penjara di Pontianak, Kalimantan Barat sejak hampir empat bulan lalu atas tuduhan memperdagangkan manusia.

Maesaroh Siti, 27, membuat rayuan tersebut memandangkan dakwaan yang dikenakan ke atas suaminya, Salleh Rambli, 44, adalah tidak benar sama sekali.

Dakwanya, sejak ditahan di penjara tersebut selama 114 hari, suaminya yang merupakan pengusaha restoran sentiasa diugut dan dipukul sekumpulan banduan bagi mendapatkan wang.

"Saya merayu kepada Kementerian Luar supaya membantu suami saya supaya dapat pulang ke negara ini kerana dia tidak bersalah. Anak-anak juga merinduinya.

"Saya buntu memikirkan nasibnya kerana sejak tahanan reman dilanjutkan enam kali, dia sering diancam dan dipukul banduan lain.

"Beberapa hari lalu, saya dapat bercakap dengannya dan saya dapat dengar nada suaranya dalam ketakutan," ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Stailo

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Stailo


Inspirasi fesyen Orang Asli

Posted:

Inspirasi fesyen Orang Asli

Oleh HAFIZ AHMAD

BUSANA eksentrik bermotifkan kulit ular sawa menyusuri pentas peragaan. Langkah penuh yakin model menambah sensasi pada rekaan kreatif yang mengambil cetusan inspirasi fesyen terkini.

Hadirin yang memenuhi Zebra Square, Kuala Lumpur seakan-akan terpaku seketika kerana tidak menyangka ia sebenarnya dihasilkan oleh gadis remaja 16 tahun dari suku kaum Orang Asli.

Terhapus segala persepsi lain yang menyelubungi gaya hidup kaum pribumi itu kerana mereka kini sudah selari dengan arus perdana malah hidup setara anak merdeka Malaysia yang lain.

"Saya banyak menelaah majalah-majalah fesyen selain mencari maklumat terperinci dalam laman sesawang bagi mendapatkan ilham," ujar sang pereka, Elin Yusniza a/p Yap Tian Loy.

Dia sama sekali tidak menyangka diangkat sebagai pemenang tempat pertama kategori rekaan baju pada Malam Graduasi Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) baru-baru ini berikutan kekangan masa yang terlalu singkat untuk menghasilkan busana tersebut.

Masa singkat

"Bayangkan, kami hanya diberikan masa hanya dua minggu untuk mereka dan menjahit sendiri baju yang dipersetujui oleh para guru," jelas anak gadis kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu.

"Syukur saya banyak dibantu oleh guru-guru yang memberi tunjuk ajar seperti mencadangkan jenis fabrik yang bersesuai," jelasnya.

Memilih gabungan material polivinil klorida (PVC) dan linen, rekaan ini berjaya mengatasi 17 busana pelajar tahap dua Kursus Pembuat Pakaian Wanita PLKK yang berpusat di Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Paya Bungor, Kuantan, Pahang.


ELIN (tengah) menunjukkan trofi kemenangannya dan diapit oleh pemenang tempat kedua, Saerah (kanan) dan ketiga, Syariza (kiri) bagi kategori rekaan fesyen.


Gadis genit itu menambah, kesemua pelajar diberi kebebasan dalam memilih gaya untuk dipersembahkan namun perlu mengikuti tema yang disediakan iaitu Urban Glam.

"Saya mengambil masa selama 30 minit untuk mereka baju ini begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Ini kerana, kami perlu menumpukan proses menjahit yang mengambil masa yang lama," ujarnya.

Beliau menghadapi kesukaran ketika membuat bahagian bawah busana tersebut yang menggunakan dua bantal kecil bagi mendapatkan bentuk yang dicadangkan.

"Selain itu, fabrik yang digunakan juga sukar untuk dijahit kerana ia tebal dan sukar untuk dicantumkan," jelasnya. Elin kini sedang mengikuti program inkubator iaitu kursus lanjutan di butik jahitan yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.

Pada malam itu, turut diadakan Pertandingan Solekan dan Hiasan Rambut yang disertai oleh sembilan peserta keturunan Orang Asli yang menjalankan latihan di salun kecantikan tempatan seperti BJ Beauty Academic, Subang Jaya; La Joise Industries, Klang dan Millenium Hair Care Beauty Academy, Kuala Lumpur.

Hasil rujukan dalam laman sosial, YouTube selama seminggu akhirnya membuahkan hasil apabila Hafizan Mazlan, 22, dan Kasnisah Sudin, 24, berjaya mengungguli kategori tersebut.

Pembahagian tugas

"Kami banyak berbincang terlebih dulu bagi mendapat idea terbaik. Tenaga pengajar di Millenium Hair Care Beauty Academy juga memberi cadangan terutamanya pemilihan warna yang bersesuaian.

"Apa yang menjadi keutamaan kami adalah kekemasan dan selari dengan tema yang diberikan," ujar Hafizan.

Tambah Kasnisah yang turut menjadi model yang menggayakan dandanan mereka, pembahagian tugas adalah mengikut kepakaran masing-masing, iaitu beliau melakukan proses solekan manakala Hafizan diberi tanggungjawab mendandan rambut.

Dalam masa yang sama, Nurul Farhana Yusuf, 20, dinobatkan sebagai Ikon PLKK Beliawanis Orang Asli selepas mengalahkan dua lagi jelitawan Orang Asli. Beliau dipilih kerana setelah melepasi beberapa saringan seperti keterampilan diri, cara penyampaian bahasa dan kebijaksanaan menjawab soalan juri.

"Saya tidak akan berputus asa dalam mengejar cita-cita dan akan meneruskan perjuangan sehabis daya agar menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain," kalimah keramat itu diucapkan Farhana lantas mendapat sorakan gemuruh daripada hadirin yang hadir.

Kemenangan gadis tinggi lampai itu seperti sudah dijangka apabila namanya menjadi sebutan ramai kerana personaliti dan keterampilannya yang menarik. Jika digilap dengan baik, pasti kilauan pesonanya bakal menyinari pentas peragaan suatu hari nanti.

Farhana berkata, pada mulanya beliau kurang yakin dengan diri untuk mengikuti pertandingan ini namun setelah mendapat galakan daripada pengetua Millenium, dia bersedia menggalas kepercayaan yang diberikan.

Menyimpan cita-cita untuk menceburi dunia peragaan, Farhana akan menggunakan setiap pengalaman sepanjang pertandingan tersebut untuk memantapkan keyakinan dirinya.

YALIYANA (kiri) menerima Anugerah Ketua Pengarah Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 manakala Norkartini (kanan) menggondol anugerah kategori sama untuk Tahap 2.


Sebelum itu, beliau dan dua rakannya diberikan kursus selama tiga hari di Snips College of Creative Arts (Snips) yang merangkumi pembelajaran pengucapan awam, pemantapan personaliti dan kursus peragaan.

Mereka diajar cara berjalan di atas pentas dan cara menjawab soalan dengan betul yang dikendalikan oleh tenaga pengajar Snips.

Harapan Farhana, kejayaan diri dan pelajar-pelajar yang lain pada malam graduasi ini menjadi contoh kepada Orang Asli untuk mengejar cita-cita mereka bagi mengubah masa depan hidup mereka.

Beliau kini sedang mengikuti kursus kecantikan di Millenium Hair Care Beauty Academy.

Sentuhan klasik bak bangsawan

Posted:

Sentuhan klasik bak bangsawan

RONA merah plum tampak menawan pada dres dan blaus si wanita.


DUDE & THE DUTCHESS kali ini memberi penghormatan kepada stail klasik menerusi persalinan yang memfokuskan kepada palet tanah. Potongan tajam dan fabrik nipis pula menjadi peranan utama setiap rekaan.

Dilancarkan pada bulan September lalu, koleksi The Other Side of Paradise yang diinspirasikan daripada novel The Great Gatsby itu memperlihatkan siluet tidak simetri dan keindahan perinciannya.

The Other Side of Paradise menceritakan tentang perkumpulan golongan bangsawan yang terdiri daripada pemain muzik jazz, artis, sasterawan, kerabat diraja, individu kreatif dan cendekiawan yang terlibat dalam tingkat sosial atasan, kesusasteraan atau politik.

Mereka berkumpul di zon eksklusif dilengkapi sofa baldu dan langsir material chintz dengan rambut dirapi ke belakang dan segak dalam kemeja hitam dengan lengan tidak berbutang berona kontra. Wanita bangsawan (duchess) pula kelihatan anggun dalam dres sifon berlisu berserta rantai mutiara panjang.

Mengangkat stail merentas zaman yang menyerlah ketika zaman 1920-an, paten dan fabrik ringkas dan elegan mengisi pentas utama koleksi kali ini dengan material direncana khas untuk setiap siluet.

Perincian lisu dapat ditemui pada kemeja, skirt dan baju (tops) manakala cetakan memukau ketara pada penghasilan jalur dan corak yang memberi ilusi optik. Fabrik nipis seperti sifon, georget dan jersi menambah sentuhan kelembutan kepada wanita manakala kapas dan twil menjadikan si lelaki segak dalam pakaian yang terletak dengan perincian kemas.

CETAKAN berjalur menyerlahkan gaya ringkas yang feminin.


Musim ini, penataan setiap warna kekal dibayangi fabrik yang menyerupai warna kulit daripada palet Stone Age yang terdiri daripada palet tanah, hijau zaitun, perang, merah jambu pudar dan merah plum.

Ia diiringi ton-ton mewah seperti kayu manis, madu keemasan dan mocha. Saduran rona-rona utama tersebut berjaya mencipta impak luar biasa sementara warna hitam menjadi pilihan yang selamat.

Setiap helaian item Dude & The Duchess koleksi baharu tersebut dijual pada harga antara RM129 sehingga RM299. Ia boleh didapati di beberapa butiknya yang terletak di Bangsar Village II, Empire Shopping Gallery, Tangs 1 Utama (hanya pakaian lelaki) dan Isetan KLCC (hanya pakaian wanita). Pembelian secara dalam talian juga boleh dilakukan melalui laman web www.dudeandtheduchess.com, fashionvalet.net dan zalora.com.my.

Bentuk gaya jean putih

Posted:

Bentuk gaya jean putih


KASUT high cut rona hitam amat sempurna dipadankan bersama jean putih dan jaket hitam pendek.


SOALAN: Di pentas peragaan, jean rona putih kerap muncul dalam koleksi terkini pereka-pereka antarabangsa. Saya tertarik dengannya dan teringin untuk mencuba tetapi takut tidak kena gaya. Harap boleh berikan panduan.

JAWAPAN:

Jean putih ialah sama seperti pakaian denim lain yang anda miliki. Terdapat beberapa panduan untuk memakai jean putih yang boleh diikuti. Antaranya, item itu sememangnya tampak hebat apabila dipadankan dengan warna hitam terutamanya apabila kemeja polo, turtle neck ataupun sweater leher V digabungkan.

Untuk gaya kasual, padankan jean anda dengan warna-warna kontra. Contohnya, kemeja polo rona terang yang dipadukan bersama kasut loafer.

Bagi membentuk penampilan lebih elegan, padankan seluar putih anda dengan blazer biru. Pastikan juga anda memakai kemeja kontra dan kasut oxford hitam serta tali pinggang berjalin (braided) untuk gaya ekstra sofistikated.

Sneaker putih juga amat menarik digayakan bersama jean putih. Namun, ia perlu mempunyai sedikit perincian agar kelihatan lebih hip dan cool.

Sememangnya, jean putih sesuai dipakai ketika cuaca panas dan menjadi item yang efisien untuk dibawa tatkala bercuti di tepian pantai. Ia juga boleh membentuk pelbagai gaya santai. Gandingkannya bersama flip flop ataupun kemeja yang tidak dibutangkan.

Anda boleh kelihatan segak dengan jean putih tanpa memakai tali pinggang untuk gaya yang lebih versatil. Namun, pastikan jean yang disarungkan adalah saiz yang paling sesuai dengan anda.

Selain itu, ia juga boleh dipadankan dengan jaket, blazer atau kot sport anda. Perlu diingat, jika anda mahu mengekalkan gaya minimum dan kemas ketika melaram bersama jean putih, pilihlah jaket rona neutral tanpa sebarang reka corak atau motif sebagai pelengkapnya.

Pastikan potongan jean putih tidak terlalu ketat dan dipotong lurus tetapi elakkan potongan yang mengecil ke bawah. Sekiranya anda mahu menggayakan persalinan serba putih secara keseluruhan bagi acara tertentu, lengkapkan gaya tersebut dengan tambahan rona krim dalam bentuk kasual. Chunky sweater atau blazer korduroi berupaya mengelakkan anda kelihatan seputih salju sepenuhnya.

Di luar negara, jean putih menjadi item paling selamat untuk digayakan ketika musim bunga dan panas. Ia juga warna yang mudah dipadankan kerana ia sesuai dengan apa jua pakaian atau aksesori.

Sebagai tambahan, ikuti tip-tip pemakaian jean putih yang bernas seperti yang disenaraikan di bawah:

* Baju T: Sarungkan baju T leher V kelabu gelap, merah pudar atau biru jersi bagi menjadikan jean putih anda kelihatan kasual dan ringkas. Sekiranya mahukan sedikit penegasan, pilih baju T hijau atau biru.

* Baju T putih dan kasut kontra: Paduan baju T leher V bersama denim putih memang membentuk imej suci. Namun, percikkan sedikit keceriaan menerusi kasut yang menarik. Pilih kasut berona terang atau gelap bagi memberi kelainan pada gaya keseluruhan.

* Jaket putih atau hitam: Jean dan jaket putih akan serasi apabila disatukan bersama kemeja cetakan besar berkolar butang. Impak gaya jaket hitam dan jean putih akan terkesan menerusi gandingan baju T polos.

* Vest gelap: Cuba padankan jean putih bersama vest gelap. Hitam, biru kelasi atau kelabu gelap adalah pilihan tepat terutamanya jika ia memiliki alur putih.

* Kardigan neutral: Sekiranya baju kait adalah penampilan lazim anda, cuba gayakan kardigan jenis tersebut dalam rona krim, kelabu lembut atau biru kelasi. Warna-warna neutral yang dikait akan nampak kontra secara semula jadi bersama denim putih.

* Kemeja berkolar butang: Apabila memakai kemeja berkolar butang dengan jean putih, ketahuilah bahawa rona terang lebih baik berbanding warna neutral.

* Jean tanpa baju: Anda lelaki yang berbadan sasa atau menarik? Sarungkan jean putih anda sahaja jika ke pantai. Lengkapkan penampilan maskulin dengan kaca mata hitam. Ia satu gaya yang ringkas namun memukau pandangan, sekiranya anda kacak dan memiliki daya tarikan tertentu.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Kelantan ‘lupakan’ Norfarhan

Posted:

Kelantan 'lupakan' Norfarhan

NORFARHAN (kiri) terpaksa melupakan impian untuk beraksi pada final Piala FA menentang ATM di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.


KELANTAN terpaksa melupakan khidmat Norfarhan Muhammad pada final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Norfarhan tidak dapat beraksi selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan yang dikemukakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Selain Norfarhan, Kelantan turut kehilangan khidmat seorang lagi penyerang sensasi, Mohamad Ghaddar selepas kedua-dua pemain itu digantung satu perlawanan kerana mengutip dua kad kuning.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, rayuan itu hanya boleh dikemukakan pada saingan peringkat kumpulan.

"Rayuan kad kuning ini hanya boleh dikemukakan kepada pengelola

pertandingan apabila (beraksi) di peringkat kumpulan kerana setiap

pasukan memiliki tiga perlawanan.

"Ini bukan peraturan FAM tetapi peraturan yang dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," katanya pada sidang akhbar

anugerah bola sepak negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

FAM tolak rayuan Kelantan

Posted:

FAM tolak rayuan Kelantan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

NORFARHAN (kiri) terpaksa melupakan aksi final Piala Malaysia menentang ATM di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menolak rayuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung penggantungan satu perlawanan yang dikenakan ke atas penyerang skuad The Red Warriors, Norfarhan Muhammad.

Ia gara-gara bekas pemain T-Team itu dilayangkan dua kad kuning pada aksi separuh akhir pertama dan kedua kempen Piala Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, rayuan itu hanya boleh di- kemukakan pada saingan peringkat kumpulan sahaja.

"Rayuan kad kuning ini hanya boleh dikemukakan kepada pengelola pertandingan apabila (beraksi) pada peringkat kumpulan kerana setiap pasukan memiliki tiga perla- wanan.

"Jadi, pemain yang digantung dalam saingan kumpulan, mereka dibenarkan membuat rayuan, namun tiba pada peringkat separuh akhir yang mana hanya ada empat pasukan, mereka tidak dibenarkan untuk merayu kerana kurang daripada tiga perlawanan.

"Ini bukan peraturan FAM tetapi peratu- ran yang dibuat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)," katanya pada sidang akhbar anugerah bola sepak negara di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kelantan terpaksa bermain tanpa kelibat Norfarhan dan penyerang import, Mohamad Ghaddar pada aksi final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Sabtu ini selepas kedua-dua pemain itu digantung satu perlawanan ekoran mengutip dua kad kuning.

Dalam perkembangan lain, Azzuddin melahirkan rasa gembira selepas menyaksikan kejayaan Harimau Malaya yang menunduk- kan Hong Kong 3-0 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Mong Kok kel- marin.

Lebih manis, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal menamatkan penantian selama 16 perlawanan apabila merakamkan kemenangan pertama di gelanggang lawan.

"Bagi saya, ini merupakan satu keme- nangan yang ditunggu-tunggu.

"Ini kerana, sejak kebelakangan ini, sebelum menewaskan Hong Kong, seba- gai juara bertahan Piala AFF Suzuki, skuad negara menampilkan beberapa keputusan yang kurang menyakinkan.

"Dengan corak permainan yang dipamerkan (ketika menentang Hong Kong), ia akan memberikan keyakinan lebih kepada skuad negara.

"Seperti yang kita maklum, sebahagian pemain-pemain kebangsaan yang berada dalam skuad ATM dan Kelantan tidak dapat ikut serta," katanya.

ATM tidak pandang ganjaran

Posted:

ATM tidak pandang ganjaran

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (depan, empat dari kiri) bergambar selepas menerima kunjungan 16 pegawai dan 27 pemain ATM di Istana Negara di Kuala Lumpur semalam.


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) tidak mengharapkan ganjaran lumayan dalam misi menjulang trofi Piala Malaysia buat pertama kalinya.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) berkata, pemain perlu lebih fokus mengejar impian daripada ganjaran selepas berjaya menamatkan penantian selama 46 tahun melangkah ke final di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

"Matlamat terakhir kami musim ini adalah melakar sejarah sendiri iaitu menjadi juara Piala Malaysia dengan menumpaskan Kelantan pada perlawanan akhir nanti.

"Kami tidak menjanjikan jumlah ganjaran, namun pemain akan menerima habuan yang setimpal dengan usaha mereka.

"Hanya pemain yang tahu bentuk ganjaran yang bakal diterima mereka," katanya kepada pemberita selepas bersama skuad ATM menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zulkifeli berkata, beliau menjunjung kasih kepada Tuanku Abdul Halim yang merupakan Pemerintah Tertinggi ATM kerana berkenan menerima kunjungan 16 pegawai dan 27 pemain pasukan ATM.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengumumkan yang setiap pemain skuad The Red Warriors akan diberikan ganjaran satu lot tanah jika berjaya menjulang Piala Malaysia.

Setiap lot tanah tersebut bernilai antara RM60,000 hingga RM80,000 dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM2 juta.

Jurulatih ATM, B. Sathianathan juga percaya anak- anak buahnya tidak terlalu memikirkan soal ganjaran kerana apa yang penting adalah untuk memburu kejuaraan sulung mereka pada piala berprestij itu.

"Fokus kami sebelum perlawanan akhir adalah memperbaiki kelemahan yang ada termasuk persediaan dari segi mental kerana bukan mudah mengalahkan pasukan kuat seperti Kelantan," katanya.

Sementara itu, penyerang ATM, Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak melahirkan rasa bertuah kerana dapat menghadap Yang di-Pertuan Agong dan berharap 'limpah kurnia dan perkenan' daripada baginda, ATM mampu muncul juara Piala Malaysia musim ini.

Kali terakhir pasukan ATM layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia ialah pada 1966, namun mereka tumpas 0-1 kepada Selangor. - Bernama

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Cita rasa kopi premium McCafe

Posted:

Cita rasa kopi premium McCafe

MCCAFE menawarkan kopi premium bagi memenuhi cita rasa masyarakat tempatan.


BUDAYA minum kopi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat di negara ini mendorong McDonald's Malaysia memperkenalkan McCafe.

Konsep McCafe diilhamkan di Melbourne, Australia dengan McDonald's membuka kafe pertamanya di dalam restoran sedia ada pada tahun 1993.

Pada tahun 2006, McDonald's Malaysia berjaya memperkenalkan kopi panggang premium dalam menunya. Kopi premium ini diadun segar dengan gabungan McCafe. Tahun ini, syarikat berkenaan buat julung-julung kalinya memperkenalkan McCafe di Restoran McDonald's di Kota Damansara, Petaling Jaya baru-baru ini.

"Pembukaan McCafe selari dengan permintaan kopi berkualiti tinggi yang semakin meningkat pada harga berpatutan dalam suasana persekitaran yang selesa. Justeru, McCafe menyediakan pengalaman menikmati kopi dan nilai lebih hebat tanpa berkompromi baik dari segi kualiti, kesegaran dan kemudahan.

Selera rakyat Malaysia

"Konsep McCafe beroperasi dalam restoran sedia ada, ia membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati kopi premium," kata Sarah Casanova, Pengarah Urusan McDonald's Malaysia dan Pengurus Serantau McDonald's Malaysia & Singapura.

Menurutnya, McCafe menyasarkan untuk memenuhi selera rakyat Malaysia dengan rangkaian kopi premium yang terdiri daripada kapucino ke latte dan mocha ais ke frappes.

Jelasnya, perbezaan kopi di rangkaian restoran berkenaan ialah minuman tersebut diperbuat daripada biji kopi Arabica berkualiti tinggi.

"Setiap kopi espreso McCafe diperbuat daripada 100 peratus biji kopi premium Arabica yang ditanam di sekitar bukit-bukau Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Biji kopi itu kemudiannya dipanggang sederhana sehingga sempurna, sebelum dikisar untuk mengekalkan rasa asli, kualiti yang konsisten dan segar.

"Diadun oleh barista profesional, campuran espreso McCafe menghasilkan espreso yang halus, harum, pekat dan mewah," katanya ketika ditemui.

Barista merupakan panggilan kepada pembuat kopi khusus seperti espreso. Ia berasal daripada bahasa Itali.


SARAH menunjukkan secawan kopi yang dihasilkan oleh barista profesional.


Turut ditawarkan di McCafe termasuk macchiato, coklat panas, hidangan pencuci mulut seperti pastri, kek dan mufin. Harga yang ditawarkan bermula daripada RM4.50 untuk secawan kapucino atau latte manakala segelas frappe (RM6.20). Kesemua minuman dan pencuci mulut itu boleh dinikmati setiap hari mulai 7 pagi hingga 12 tengah malam.

Sarah berkata, bagi membuka McCafe pertama itu, syarikat tersebut membelanjakan sebanyak RM450,000. Konsep berkenaan akan diperluaskan kepada 10 lagi cawangan dalam tempoh beberapa bulan tahun ini dan 50 cawangan tahun depan.

"Ketika ini, McCafe hanya dibuka dalam tempoh tertentu dan tidak ditawarkan untuk pembelian di kaunter pandu lalu atau khidmat penghantaran. Kami yakin McCafe bakal mendapat sambutan ekoran budaya kopi yang semakin meluas di negara ini," katanya yang mampu menjual antara 350 hingga 400 cawan kopi di cawangan berkenaan selepas dua minggu dibuka.

– NASRI JAMALUDIN

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Lelaki terjatuh ketika berkayak ditemui lemas

Posted:

Lelaki terjatuh ketika berkayak ditemui lemas

18/10/2012 6:24pm

IPOH — Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh ketika berkayak di sebuah sungai di Ulu Kinta di sini semalam ditemui mati lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alis berkata, mayat L. Sarithan, 22, berasal dari Silibin ditemui tersangkut di celah batu di sungai berkenaan pada kira-kira 7.30 pagi ini, kira kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan jatuh.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, Sarithan dilaporkan terjatuh dan dihanyutkan arus deras ketika menunjukkan cara-cara berkayak kepada sekumpulan remaja di sungai itu pada kira-kira 8 malam tadi.— BERNAMA

Produk pelangsing mengandungi racun dirampas

Posted:

Produk pelangsing mengandungi racun dirampas

18/10/2012 5:45pm

PETALING JAYA — Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Selangor merampas 120 kotak produk pelangsing bernilai RM13,680 kerana mengandungi racun 'sibutramine' yang membahayakan kesihatan daripada sebuah premis perniagaan di sini.

Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) jabatan itu, Jaafar Lassa berkata, selepas mendapat aduan daripada orang ramai, pihaknya bertindak menyerbu premis perniagaan tersebut yang beroperasi di Mutiara Damansara pada 2 petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya mendapati produk itu, yang boleh menyekat selera makan dan jika diambil berlebihan boleh menyebabkan serangan jantung, dijual dengan harga RM90 sekotak.

"Produk itu didakwa mendapat sambutan kerana terbukti boleh menurunkan berat badan dalam masa yang singkat," katanya.

Jaafar juga berkata, sebelum ini, pihaknya sudah mengambil sampel produk itu untuk pemeriksaan di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan mendapati ia mengandungi sibutramine dan tidak berdaftar dengan Jabatan Kesihatan Malaysia.— BERNAMA

UIAM cipta kereta elektrik mesra alam

Posted:

UIAM cipta kereta elektrik mesra alam

18/10/2012 5:31pm

KUALA LUMPUR — Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) melakar sejarah apabila mencipta kereta mesra alam berkuasa elektrik sepenuhnya tahun ini.

Kira-kira 27 pensyarah dan penuntut universiti itu, yang menghasilkan kenderaan berinovasi itu dalam masa 10 bulan sejak awal tahun ini, muncul juara dalam pertandingan Proton Green Mobility Challenge 2012 yang dianjurkan buat julung kali di negara ini.

Pelajar Sarjana Kejuruteraan Automotif UIAM yang juga peserta projek itu Ahmad Hilmi Khalid berkata, inovasi bagi penghasilan kereta itu menggunakan teknologi hijau baharu dan pertama di negara ini iaitu Sistem Penyejukan Bateri untuk kereta elektrik.

"Kereta ini tidak perlukan petrol dan gas sebab ia mengguna kuasa elektrik sepenuhnya. Bateri perlu dicas dalam tempoh tiga jam setengah dan boleh digunakan antara 70 dan 100 kilometer," katanya.

Menurutnya, kelebihan kereta itu ialah ia sifar bunyi dan asap kerana tidak menggunakan enjin. —BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Kapal ke Gaza singgah di Greece

Posted:

Kapal ke Gaza singgah di Greece

BEBERAPA aktivis Palestin dari Greece menaiki kapal SV Estelle yang berlabuh dekat Pulau Crete semalam.


ATHENS - Sebuah kapal yang membawa aktivis pro-Palestin untuk menceroboh sekatan Gaza mengambil para penumpang di selatan Greece semalam.

Sebelum ini Israel menghalang kapal asing membawa bantuan ke Gaza. Kapal SV Estelle yang berlepas dari Sweden dan meninggalkan Naples di Itali pada 6 Oktober lalu itu singgah di Pulau Crete yang terletak di perairan antarabangsa pada Selasa lalu.

Kapal yang sarat dengan bekalan makanan dan penumpang itu kemudiannya meneruskan pelayaran dengan membawa lima wakil rakyat dari beberapa buah negara.

Wakil rakyat itu dari Sweden, Sepanyol, Greece dan Norway.

Selain itu, turut berada di atas kapal itu ialah 30 ekor burung merpati yang akan dibebaskan sebaik sahaja kapal itu tiba di Gaza.

Kapal itu dijangka sampai di Gaza pada Sabtu ini.

Sebelum ini, cubaan pertama pada Mei 2010 oleh kapal Freedom Flotilla yang ingin memasuki kawasan halangan pihak Israel berakhir tragedi apabila sembilan warga Turki terbunuh dalam misi tersebut.

Cubaan kedua pada pertengahan 2011 turut gagal apabila kapal yang belayar dari Athens dipintas pihak berkuasa Greece.

Pada November tahun lalu, tentera laut Israel berjaya mematahkan cubaan dua warga Ireland dan Kanada yang membawa 27 penumpang dan kru kapal untuk melepasi sekatan perairan antarabangsa di luar Gaza. - AFP

Helikopter tentera Syria ditembak jatuh di Idlib

Posted:

Helikopter tentera Syria ditembak jatuh di Idlib

KOMBINASI gambar menunjukkan sebuah helikopter tentera ditembak jatuh oleh kumpulan penentang di wilayah Idlib semalam.


DAMSYIK - Para penentang Presiden Bashar Al-Assad menembak jatuh sebuah helikopter dalam satu pertempuran sengit ketika pihak tentera berusaha untuk menawan sebuah bandar di Syria semalam.

Helikopter itu ditembak jatuh di wilayah Idlib.

Kejadian itu berlaku semasa Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Lakhdar Brahimi memberi amaran bahawa konflik yang berlaku di Syria boleh merebak menjadi semakin serius.

Beberapa pertempuran masih tercetus di Damsyik dan Aleppo walaupun Brahimi meminta gencatan senjata dilaksanakan antara pihak penentang dengan tentera Presiden Bashar Al-Assad bagi menghormati kedatangan Hari Raya Aidiladha.

"Saya berharap pihak pemerintah Syria dan puak penentang bersenjata dapat memberikan reaksi positif untuk melakukan gencatan senjata dan berhenti daripada melakukan kekejaman ketika sambutan hari raya," katanya.

Menurut Brahimi, beliau tidak mahu pergolakan di Syria berterusan seperti Lebanon yang mengambil masa selama 19 bulan bagi mengakhiri tragedi pertumpahan darah.

"Krisis ini tidak boleh dibiarkan berterusan berlaku di Syria," katanya kepada media di Beirut.

Konflik tersebut yang bermula pada Mac 2011 di Syria itu telah meragut lebih 30,000 orang.

Para penentang tersebut mahu Bashar meletakkan jawatan kerana beliau gagal melaksanakan pembaharuan politik dan kebebasan bersuara.

Ketegangan juga semakin meningkat antara Damsyik dan Ankara apabila lima warga Turki terbunuh dalam bedilan meriam tentera Syria pada 3 Oktober lalu. - Agensi

Lelaki 96 tahun jadi bapa tertua di dunia

Posted:

Lelaki 96 tahun jadi bapa tertua di dunia

LAMAN YouTube semalam menunjukkan Raghav dan isterinya mendukung kedua-dua anak mereka.


HARYANA, India - Seorang lelaki berusia 96 tahun menjadi bapa paling tua di dunia selepas isterinya yang telah dikahwininya selama 17 tahun melahirkan anak kedua mereka pada awal bulan ini, lapor portal berita Indian Today semalam.

Lelaki itu, Ramajit Raghav dan isterinya, Shakuntala, 54, tidak pernah dikurniakan cahaya mata untuk tempoh 15 tahun pertama perkahwinan mereka.

Pasangan yang bertemu jodoh di sebuah perkampungan Kharkhosa di daerah Sonepat itu menerima kehadiran cahaya mata sulung lelaki dua tahun lalu.

Bagaimanapun, anak kedua mereka, Ranjit dilahirkan 5 Oktober lalu.

"Tuhan mungkin mahukan kami memiliki lagi anak. Saya sangat gembira," katanya yang juga seorang petani.

Raghav yang berasal dari Azamgarh berhijrah ke Sonepat 20 tahun yang lalu bagi mendapat pekerjaan.

Dia merupakan bekas ahli gusti ketika zaman mudanya.

Raghav memecahkan rekod sebagai bapa tertua di dunia buat kali pertama pada 2007.

Petani tersebut menewaskan rekod yang dipegang oleh lelaki dari Rajasthan, Nanu Ram Jogi yang berusia 90 tahun apabila memperoleh anaknya yang ke-21.

Raghav kini memecahkan rekodnya sendiri apabila dia memperoleh anak keduanya.

Menurut petani tersebut, dia mahu kedua-dua anaknya menjadi pegawai tinggi pentadbiran.

Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan, Raghav mengamalkan diet dengan meminum susu, memakan buah badam dan mentega.

Petani itu berkata, jiran-jirannya berasa cemburu kerana dia berjaya memperoleh dua anak yang sihat.

Raghav berkata, jiran-jirannya kerap bertanya rahsia kesihatan dirinya.

Lelaki tersebut berkata, dia mengambil berat tentang isterinya dan memenuhi keperluannya.

"Dia seorang wanita yang amat gembira," katanya.

Ketika Shakuntala melahirkan anaknya di sebuah hospital di sini, petani tersebut diketawakan oleh doktor-doktor kerana dia menyatakan bayi itu ialah anaknya.

Shakuntala menyatakan dia amat sayang suaminya itu.

"Saya menyayanginya walaupun dia kadangkala menjerit ke arah saya," katanya.

Menurut portal berita International Business Times, dia tidak mahu anak lagi selepas memperoleh dua cahaya mata. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Konsep kasih kawan

Posted:

Konsep kasih kawan

LETUSAN api cinta antara Afiq Hakim Ahmad dan Stracie Angie Anam sudah lama bermula usai kedua-dua mereka menyertai program realiti TV, Akademi Fantasia masing-masing untuk musim keenam dan ketujuh.

Bagaimanapun, baik Akim mahupun Stacy tidak pernah mengakui hubungan rapat terjalin antara mereka yang jelas kelihatan pada pandangan orang luar itu sebagai cinta.

Sebaliknya, mereka lebih selesa melabelkan hubungan mereka dengan istilah, berkawan rapat.

Kata Akim, 21, dia tidak pernah mengiakan hubungan yang terjalin antara dirinya dan Stacy berlandaskan konsep cinta. Ini kerana, ujar Akim, sejak dulu lagi tahap kemesraan mereka berdua hanya sekadar berkawan.

"Bukan bosan apabila diajukan soalan yang sama mengenai kisah saya dan Stacy, cuma penjelasan yang sama akan kami berikan iaitu kami berkawan baik.


STACY mengakui selesa berkolaborasi dan bertukar-tukar pandangan dengan Akim.


"Untuk meneruskan hubungan ke peringkat yang lebih tinggi (bercinta atau berkahwin) saya rasa belum sampai masa lagi, memandangkan kami masih muda dan karier pula masih jauh untuk dikembangkan," jelas anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu.

Celah Stacy, hubungan kimia yang mudah terjalin antara dia dan Akim banyak membantu menaikkan nama mereka, apatah lagi perkembangan karier. Maka, dia juga lebih selesa meluangkan masa bersama Akim.

"Gosip kami bercinta membantu melariskan produk atau lagu yang menggabungkan kami berdua. Asalkan ia bukan gosip negatif, maka saya tidak perlu melenting.

"Saya selesa bekerja dengan Akim dan kami banyak berkongsi pendapat. Saya tidak menolak andai gosip kami bercinta diperkatakan semula kerana memang semua sudah tahu kami hanya berkawan," tegas Stacy.

Pasangan itu pernah mencipta fenomena menerusi duet dalam lagu Jahatnya Cinta sempena iklan aiskrim Wall's Cornetto tahun lalu dan terbaharu, mereka juga merakamkan sebuah single berjudul Kembali yang dimuatkan dalam album terbaharu Akim yang berjudul, Akim Ahmad.

HUBUNGAN kimia yang mudah terjalin antara Akim dan Stacy dikatakan banyak membantu menaikkan nama mereka.


Tambah Akim, pada mulanya tidak terlintas dalam fikirannya untuk merakamkan lagu itu bersama Stacy.

"Lagu Kembali merupakan pilihan terakhir untuk dimuatkan dalam album pertama saya dan ketika proses rakaman sebenarnya tidak terfikir pun untuk berduet dalam lagu itu.

"Untuk memberikan sedikit kelainan, saya hanya terfikir Stacy ketika itu yang saya rasa hanya dia mampu berduet dengan saya memandangkan kami sudah mempunyai pengalaman berkolaborasi sebelum ini. Jadi, saya cadangkan kepadanya (untuk berduet) dan dia bersetuju.

"Stacy berjaya menghayati lagu itu dengan penuh perasaan malah tiada siapa meragui vokalnya yang sempurna," ujar Akim.

IU nafi kembali berlakon

Posted:

IU nafi kembali berlakon

PENYANYI solo terkenal Korea Selatan, IU, menafikan khabar angin mengenai kemunculan semula dirinya dalam dunia lakonan.

Pada 13 Oktober lalu, IU menulis dalam laman web kelab peminatnya, Uaena's dengan mengatakan: "Hampir setiap hari ada sahaja cerita mengenai saya akan kembali berlakon. Namun sebenarnya, saya sendiri tidak memutuskan apa-apa dan tidak ada sebarang tawaran daripada mana-mana syarikat produksi buat masa ini."

Tambahnya: "Saya tidak menipu dan memang benar, saya belum membuat sebarang keputusan lagi (terjun semula ke dunia lakonan)."

IU sebelum ini pernah muncul dalam drama, Dream High melakonkan karakter utama sebagai Kim Pil Sook.

Menerusi drama tersebut, IU telah meraih banyak pujian.

Sebelum itu, IU juga pernah muncul sebagai bintang undangan khas dalam beberapa buat drama seperti Welcome to the Show dan Salamander Guru and The Shadows.

Sebelum ini banyak laporan media menyebut, penyanyi yang memenangi pelbagai anugerah nyanyian tersebut sedang meneliti beberapa skrip drama yang bakal menampilkan dirinya sebagai teraju utama. Dia dikatakan hanya akan memilih salah satu daripada tawaran tersebut.

Filem angkasawan Sheikh Muszaphar

Posted:

Filem angkasawan Sheikh Muszaphar

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL
ashreen.ismail@kosmo.com.my

PENGALAMAN berada di angkasa ingin dikongsi Sheikh Muszaphar dengan para peminat filem.


TANGGAL 10 Oktober 2007, seorang rakyat Malaysia telah dipilih mewakili negara untuk bergelar angkasawan pertama yang naik ke angkasa lepas.

Selepas lima tahun bergelar pakar motivasi dengan memberi ceramah di sekolah-sekolah tentang pengalaman di angkasa lepas, kini tiba masanya untuk mendedahkan gambaran sebenar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie ketika berada di ruang yang masih dipenuhi pelbagai misteri itu.

Filem berbentuk rencana itu bakal menemui penonton di Malaysia secara eksklusif pada tahun hadapan.

Diberi judul No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal, ia digarap oleh pengarah, Imran Ismail.

"Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman dan kisah benar angkasawan negara pertama kita, yang dirakamkan ketika berada dalam kapal SOYUZ TMA-11.

"Rakaman selama 10 jam itu akan disunting menjadi 90 minit mengikut format sebuah filem.

"Kami juga membuat penambahbaikan sebanyak 30 peratus dan menyelitkan elemen suspen, seram dan juga emosi. Itulah sebabnya, kami memilih untuk membuat filem berbentuk rencana dan bukan dokumentari," tutur Imran ketika ditemui pada sidang akhbar yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jalan Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Idea asal penghasilan filem ini merupakan hasrat arwah bapa Sheikh Muszaphar sendiri iaitu Datuk Sheikh Mustapha Abdul Shukor untuk menunjukkan kepada dunia tentang bagaimana perjalanan angkasawan pertama ini ketika berada di angkasa.

Bagi Sheikh Muszaphar sendiri, setelah lima tahun menyimpan rakaman video tersebut, sudah tiba masanya untuk dia menunjukkan kepada dunia, khususnya masyarakat di Malaysia tentang segala persoalanan yang sering diajukan kepadanya.

SHEIKH MUSZAPHAR (enam dari kanan) dan Amran Ismail (enam dari kiri) bersama kru teknikal yang terlibat dengan projek filem, No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal.


"Apabila saya mengadakan motivasi serta ceramah, ramai yang bertanyakan saya tentang perasaan dan apa yang saya lihat ketika berada di atas sana.

"Sejujurnya, memang ia sesuatu yang sukar dijelaskan. Namun melalui filem ini, mereka bakal melihat apa yang dapat saya lihat semasa berada di angkasa selama 10 hari itu," jelas Sheikh Muszaphar.

Tambahnya, ia merupakan janjinya terhadap rakyat Malaysia dan hasratnya yang ingin menyebarkan mesej kepada dunia tentang kebesaran Allah.

"Saya harap selama 90 minit itu, penonton akhirnya akan sedikit sebanyak merasai perasaan yang selama ini saya gambarkan melalui ucapan-ucapan saya.

"Semasa saya menjadi angkasawan, ramai yang mendoakan kejayaan saya. Maka, inilah masa saya membalas semula jasa mereka dengan memberikan tontonan eksklusif kepada rakyat Malaysia.

"Selepas ini, memang kami ada menyasarkan untuk membawa filem ini untuk ditayangkan di luar negara, khususnya di negara-negara Islam kerana mereka ingin mengetahui banyak perkara, sebagai contohnya, cara bersolat di ruang angkasa," tutur Sheikh Muszaphar yang ingin memberikan paparan terbaik buat rakyat Malaysia melalui filem tersebut.

Buat masa ini, No 1 - 10 Hari: 21 Jam: 14 Minit Di Pintu Ajal masih lagi dalam proses pembikinan. Ia bakal menggabungkan rakaman asal Sheikh Muszaphar sendiri serta eleman tiga Dimensi (3D) dan teknik imej janaan komputer (CGI).

Dijangka siap sepenuhnya pada bulan Disember ini, filem tersebut bakal menemui penonton di pawagam tempatan pada awal tahun 2013.

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved