Rabu, 10 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Populariti kraf marmar Fabillah

Posted:

Populariti kraf marmar Fabillah

DERUAN enjin mesin pemotong batu menggegar gegendang telinga sebaik ia dihidupkan. Apabila mata mesin yang tajam menyentuh seketul batu besar panjang, rasa ngilu semakin kuat dirasai penulis.

Hampir 10 minit berlalu, akhirnya jentera yang dikawal oleh seorang pemuda berbadan gempal itu berjaya membelah seketul batu panjang kepada dua bahagian.

Itu antara suasana petang yang dapat dilihat di bengkel Fabillah Marble Craft yang terletak di pinggir Kampung Wang Tok Rendong, Kuah di Pulau Langkawi.

Sebelum itu, kebanyakan pekerja pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan berehat seketika bagi menyegarkan tubuh yang kepenatan sejak pagi.

Bagi Muhammad Fatihad Fabillah, 24, tanggungjawab sebagai pengurus perlu dijalankan sebaik mungkin meskipun dia mengendalikan perniagaan milik ayahnya, Fabillah Rahim, 59.

Sebagai usahawan muda kraf marmar, Fatihad sedar beban yang terpikul di bahunya. Apatah lagi dia merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga. Dua kakaknya sudah berkahwin dan masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.

Justeru, dia tidak mahu jerih-perih ayahnya membangunkan perniagaan kraf marmar bermula pada tahun 1991, terhenti begitu sahaja.

"Sejak zaman remaja lagi, saya sering menghabiskan masa di bengkel untuk membantu ayah. Selepas pulang dari sekolah, saya akan turun ke bengkel dan menyiapkan tempahan ukiran marmar.

"Pada mulanya saya buat sekadar suka-suka kerana seronok melihat orang bekerja. Namun, bermula tahun 2010 saya mula serius terhadap segala ilmu yang ayah ajar berkaitan penghasilan dan pembuatan kraf marmar," ujar Fatihad.

REDZUAN melakukan kerja-kerja kemasan akhir bagi permukaan meja marmar.


Tambahnya, dia masih ingat ketika mengambil ukiran dan tempahan pertama daripada pelanggan mereka iaitu 30 unit keris yang diukir daripada marmar.

"Itu ialah tempahan yang dibuat oleh pihak Kastam untuk dijadikan cenderamata dalam satu majlis anjuran mereka. Alhamdulillah, saya dapat melakukan tugas tersebut dengan sempurna dari awal hingga produk tersebut diserahkan kepada pihak yang menempah.

Tempahan pelanggan

"Sejurus selepas itu, saya fokus kepada projek pengubahsuaian rumah seperti membuat kabinet dapur, permukaan meja, lantai dan sinki menggunakan marmar. Kami juga menerima tempahan pelanggan dari Brunei yang mahukan 30 pasang batu nisan marmar," jelas Fatihad mengenai tugasnya.

Menurut Fabillah pula, proses penghasilan kraf marmar kini agak rumit kerana kesukaran mendapatkan bahan mentah.

"Bagaimanapun, kebiasaannya kami mendapat stok blok-blok batu daripada kilang Kedah Marble. Setiap satu tan blok batu dibeli pada harga RM300. Kemudian, ia akan dihantar ke bengkel untuk dipotong mengikut saiz tempahan.

"Di sini, tiada sebarang acuan dipakai untuk membentuk batu marmar. Sebaliknya, kami menggunakan teknik larik iaitu lukis di atas batu dan dipotong serta diukir menggunakan mesin," kata Fabillah sambil memberitahu proses kemasan dan pemasangan akan dilakukan selepas ukiran marmar siap sepenuhnya.

Fabillah yang pernah bertugas di Kedah Marble sebelum mengambil keputusan berhenti kerja untuk memulakan perniagaan kraf marmar sendiri menyatakan, jenis produk yang mereka hasilkan termasuklah pinggan dan plak sebagai cenderamata.

Dalam pada itu, Fabillah turut melahirkan rasa syukur kerana bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Kraftangan Malaysia (Kraftangan) secara tidak langsung menyebabkan produknya dikenali ramai.

"Pihak Kraftangan sentiasa membantu dalam mempromosikan produk kami. Malah, mereka turut menghantar beberapa pekerja mengikuti kursus ukiran batu di dalam dan luar negara bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang ini," jelasnya.

Perkara itu diakui Fatihad yang berpeluang menyertai Kursus Ukiran Batu di Kompleks Kraf Alor Setar dan Jogjakarta selama tiga bulan bermula Januari hingga Mac 2012 yang lalu.


FATIHAD sedang memotong blok marmar menggunakan sejenis pemotong gergasi.


"Daripada lima peserta yang mengikuti kursus tersebut, tiga daripadanya ialah wakil dari Fabillah Marble Craft. Banyak pengalaman yang kami peroleh ketika di sana dan ia membuatkan kami lebih bersemangat menjadi usahawan yang disegani ramai," ungkapnya sambil tersenyum.

Apa yang pasti, anak muda itu sentiasa mengingati pesanan ayahnya sebagai azimat buatnya menjalankan amanah tersebut.

"Ayah kerap berpesan agar buat kerja elok-elok demi meneruskan legasi yang telah beliau mulakan. Selain itu, ayah mahu saya jujur dalam melakukan urus niaga. Insya-Allah, saya tidak akan lupa dengan nasihat yang ayah berikan," luhur ungkapan Fatihad yang bercita-cita tinggi untuk menjadi jutawan produk kraf tangan marmar.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Horizon

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Horizon


Dicabar kecuraman 45 darjah

Posted:

Dicabar kecuraman 45 darjah

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA

MENGALAMI cakera tergelincir atau slipped disc sememangnya sangat menyakitkan kepada sesiapa yang pernah melaluinya. Selain terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan atau menjalani rawatan fisioterapi yang kerap, pesakit juga mungkin terpaksa menjalani pembedahan sebagai jalan terakhir.

Bagaimanapun, Ridhwan Muhammad, 29, agak beruntung kerana kecederaan tulang belakang yang dialaminya sejak dua tahun lalu semakin pulih selepas menceburi aktiviti berbasikal.

Lebih mesra dengan panggilan Bob, dia mengakui sebelum ini cenderung menyertai ekspedisi penjelajahan hutan dan mendaki gunung.

"Ketika menyertai satu ekspedisi saya terjatuh dan cedera, azabnya hanya Allah yang tahu bayangkan dalam tempoh itu saya terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Doktor kemudiannya menyarankan saya supaya mencuba aktiviti berbasikal. Syukurlah, ia serasi dengan diri saya dan sejak itu sakit yang ditanggung semakin berkurangan," katanya yang menetap di Gombak, Selangor.

Disebabkan itu, Bob semakin komited dengan hobi baharu yang disertainya kira-kira empat bulan lalu termasuk menyertai pelbagai aktiviti berbasikal bersama kelabnya Dare To Fall. Bob juga menghadiri jambori basikal yang diadakan di seluruh negara.

Terbaharu, Bob bersama-sama 30 ahli kelab itu telah menjayakan program kayuhan ke Bukit Fraser yang terletak di Raub, Pahang.

Laluan yang ditempuh meliputi jarak kira-kira 70 kilometer (km) dari Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu ke menara jam yang sekian lama menjadi mercu tanda pengunjung ke pusat peranginan terkemuka itu.

Bercerita tentang pengalamannya itu, Bob berkata, misi menawan puncak Bukit Fraser sememangnya mencabar.

Tawan Fraser

"Bukit Fraser bukan begitu asing kerana saya pernah mendaki Gunung Pine Tree Hill dan Gunung Twin Peak di sini, namun bukanlah dengan berbasikal.

"Laluan sempit, berbukit dan penuh berliku sememangnya menguji kekuatan mental dan fizikal setiap peserta," katanya yang menggunakan basikal jenis Raleigh 29 er yang dibelinya pada harga sekitar RM2,300.

Menurut Bob, semasa melakukan kayuhan beliau sentiasa meletakkan matlamat jangka pendek dan panjang. Dia kemudiannya akan menghadiahkan ganjaran kepada diri sendiri apabila berjaya tiba di tempat tersebut.

"Secara tidak langsung ia mampu meningkatkan motivasi di samping memastikan kayuhan saya sentiasa bertenaga bagi mendapatkan ganjaran hasil kerja keras tersebut," katanya.

SERAMAI 30 peserta menyahut cabaran misi kayuhan ke Bukit Fraser yang dianjurkan oleh kelab Dare To Fall baru-baru ini.


Bagi pengasas kelab basikal kelab Dare To Fall, Hilmy Ishak, laluan ke Bukit Fraser dipilih kerana ia menjanjikan pelbagai cabaran kepada peserta untuk menamatkan kayuhan masing-masing.

Selain diuji dengan bentuk muka bumi yang mencabar, peserta juga perlu mengharungi rasa penat dan faktor psikologikal disebabkan tempoh perlumbaan yang panjang.

"Pada peringkat awal kayuhan mungkin tidak terlalu mencabar, namun cabaran sebenarnya hanya bermula tatkala kesemua peserta berjaya melepasi Rumah Rehat Gap.

"Laluan sepanjang lapan kilometer menuju ke puncak mencecah kecerunan 45 darjah memaksa peserta sentiasa menggunakan gear rendah, malah adakalanya menolak basikal mereka.

"Bagaimanapun saya gembira kerana kesemua peserta berjaya menamatkan kayuhan masing-masing dengan jayanya sehingga ke menara jam, biarpun ada antaranya yang tiba lewat sikit daripada masa yang ditetapkan," katanya.

Kelab riadah sekeluarga

Ditubuhkan pada bulan September tahun lalu, Hilmy berkata, kelab yang berkonsepkan riadah keluarga itu bermatlamat mengumpulkan peminat aktiviti berbasikal khususnya di sekitar kawasan Gombak.

Ujar Hilmy, pihaknya mengambil masa hampir seminggu untuk merancang program kayuhan ke Bukit Fraser itu yang turut disertai beberapa peserta daripada Metro Cycling Club, Cat Road Cycling Club (CRCT) dan Cylo Motion.

Mempunyai keahlian mencecah 70 orang bermula antara umur 17 hingga 50 tahun, Hilmi memberitahu, pihaknya turut mengadakan kayuhan mingguan yang diadakan pada setiap hari Selasa dan Khamis.

"Antara lokasinya ialah di sekitar Bukit Tunku dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR)," jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Naim Abdul Rahman, 50, berkata, penyertaannya dalam program itu adalah kerana mahu mencuba sesuatu yang baharu, selain mempelbagaikan aktiviti hujung minggu.

Pada masa yang sama, dia juga mahu membuktikan keupayaan sebenar dan menguji stamina dirinya dalam berhadapan aktiviti lasak.

"Bukan mudah untuk mengayuh basikal ketika mendaki bukit, kaki kena kuat dan kemampuan teknikal untuk mengendalikan basikal perlu ada.

"Saya hanya ingin mencabar diri kerana ia bukan satu pertandingan sebaliknya aktiviti riadah semata-mata. Selagi tidak mencuba, kita tidak akan tahu kemampuan sebenar diri," ujarnya yang sering berkayuh di sekitar Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan kawasan perumahannya di Bandar Baru Selayang.

Tambah Mohd. Naim, ketika melakukan kayuhan selain kecergasan dan stamina, penunggang juga perlu sentiasa fokus agar setiap kayuhan tidak lari daripada tempo sehingga menyebabkan kemalangan.

"Perlu diingat, jarak perjalanan dan tempoh kayuhan yang lama akan membuatkan kita letih dan jemu. Sebaiknya kayuhan mestilah dilakukan dalam kumpulan kecil bagi memastikan kita tidak terlalu ketinggalan daripada ahli-ahli yang lain," ujar beliau.

Pada pandangan beliau, aktiviti berbasikal dilihat lebih selamat dan sesuai untuk golongan berusia seperti dirinya.

"Pada zaman muda-muda lain, badan dan tulang masih kuat, masa itu sebut sahaja sukan apa semuanya mahu dicuba.

"Namun pada usia begini, saya kena lebih berhati-hati, lagi pun anak kedua saya, Farisa Amanda, 19, sering menemani saya menunggang basikal. Selain badan cergas, ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan," ujarnya.

Fraser yang masih hijau


KEKUATAN mental dan fizikal peserta teruji setiap kali melalui laluan berliku yang mempunyai kecerunan sehingga 45 darjah.


Bagi Zahari Abdul Ghani, 35, kawasan Bukit Fraser agak istimewa kerana ia antara kawasan peranginan yang masih terpelihara.

Katanya, sebaik berada di situ pengunjung seolah-olah berada di perkampungan di Scotland yang gah dengan binaan bangunan dan banglo mengikut cita rasa kolonial British.

"Di samping itu, lokasi ini juga sering menjadi tumpuan para penggemar alam semula jadi kerana hutan di sini dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan, burung dan spesies haiwan yang lain.

"Kini, ia turut menarik peminat aktiviti rekreasi seperti berbasikal, papan luncur dan sebagainya, sekali gus memberi nilai tambah kepada Bukit Fraser," ujarnya.

Populariti segway di resort seluruh dunia

Posted:

Populariti segway di resort seluruh dunia


SEGWAY adalah kenderaan yang cukup lasak untuk digunakan bagi meredah kawasan hutan dan bukit.


PELBAGAI cara dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk meraikan ulang tahun perkahwinan masing-masing. Di luar negara misalnya, ada pasangan yang menaiki karavan mengelilingi beberapa kawasan percutian atau bercuti di atas kapal persiaran.

Bagi pasangan warga emas, Lori Kelly dan suaminya, Gene, sambutan ulang tahun kedua perkahwinan mereka diraikan dengan cara berbeza.

Pasangan itu memilih mengikuti jelajah kawasan hutan di Omni Bedford Springs Resort & Spa, Pennsylvania, Amerika Syarikat menggunakan pengangkutan dikenali sebagai segway.

Segway yang diperkenalkan sedekad lalu merupakan kenderaan beroda dua, menggunakan bateri dan sistem pengimbang ketika bergerak.

Penggunaannya cukup mudah iaitu membongkok ke depan untuk bergerak ke hadapan, manakala anda perlu membongkok ke belakang bergerak ke belakang. Sementara itu, untuk bergerak ke kiri atau ke kanan pula anda hanya perlu memusing stereng depan.

Pengalaman hebat

Segway seakan-akan mendapat nafas baharu apabila kebanyakan resort di seluruh dunia menawarkan satu pakej lawatan sambil menunggang kenderaan tersebut.

"Ia pengalaman yang amat hebat dan unik terutama kepada golongan seusia saya. Satu percutian yang mencabar dan kurang risiko kecederaan," kata Kelly, 59. Suaminya pula berumur 64 tahun.

Ketika ini, untuk melihat segway sebagai alat pengangkutan harian agak sukar, namun ia mempunyai kelebihan terutama bagi kawasan bandar atau untuk kegunaan anggota polis meronda sekitar kompleks beli-belah.

Pengendali resort mendapati reka bentuk segway mampu menarik para tetamu untuk mencuba pengangkutan itu.

"Anda tidak perlu kemahiran khusus untuk menunggang segway," kata Kelly, Pengarah Eksekutif di American Red Cross, Virginia Barat.

Wanita itu dan suaminya melancong pada pertengahan bulan September lalu selama tiga hari dua malam dari kediaman mereka di Shepherdstown.

Mereka turut melakukan pelbagai aktiviti termasuk membeli-belah dan makan malam dalam suasana romantik, tetapi keunikan percutian itu adalah menunggang segway selama 90 minit dengan bayaran AS$90 (RM275).

"Setelah pandai menunggang segway, anda akan rasa perjalanan tersebut menjadi lancar dan selesa," katanya.

Seorang lagi pengguna, Lois Crosby, 62, yang mengikuti suaminya bercuti turut mengambil kesempatan menunggang segway di Kingsmill Resort, Williamsburg, Virginia.

"Semua yang mengikuti percutian itu pergi bermain golf, tetapi saya tidak berminat. Jadi, saya menghabiskan masa selama 90 minit mengikuti satu pakej lawatan sambil menunggang segway dengan bayaran RM198.

"Ia sangat mengujakan dan menyeronokkan. Segway mudah dikendalikan," kata Crosby yang datang dari Germantown, Philadelphia.

Keterujaan itu turut dikongsi pasangan John Wilson, 50, dan isterinya, Melissa yang sebelum ini tidak pernah menunggang segway.

Mereka bercuti di The Homestead Resort di Hot Springs, Virginia.

Lawatan selama 90 minit itu bermula di Memorial Day hingga ke kawasan hutan di resort berkenaan. Para tetamu dapat menyaksikan pemandangan gunung serta melihat kehidupan liar seperti beruang, rusa dan helang.

Ia membabitkan kos sebanyak RM215 seorang.

"Saya berkata kepada isteri, saya rasa seperti pendaki," luah Wilson.

Di Amerika Syarikat harga perkhidmatan tersebut bagi lawatan selama 90 minit adalah antara RM180 hingga RM380 seorang.

Pakej istimewa

Bagaimanapun, destinasi Paradisus Punta Cana yang terletak di Republik Dominica menawarkan pakej istimewa iaitu lawatan selama 45 minit dengan bayaran sebanyak RM107 seorang.

KIRI: Paris menawarkan aktiviti bersiar-siar menggunakan segway mengelilingi kota itu.


Shangri-La Golden Sands Resort di Malaysia pula mengambil pendekatan berbeza dengan menawarkan harga termurah iaitu cuma RM30 seorang bagi lawatan selama 15 minit.

Dalam pada itu, sesetengah resort meletakkan syarat-syarat tertentu untuk menunggang segway seperti had umur dan berat badan antara 15 hingga 118 kilogram (kg) sahaja.

Terdapat juga pihak yang menawarkan lawatan secara santai, pengembaraan lasak atau kedua-duanya sekali bergantung kepada permintaan pelanggan.

Penunggang juga tidak memerlukan lesen dan kebanyakan resort menyediakan topi keledar.

Segway mempunyai kelajuan sehingga 20 kilometer perjam (kmj).

Ketika lawatan terutama secara kumpulan, segway kebiasaannya dibawa lebih perlahan dan jarak perjalanan antara enam hingga lapan kilometer bagi tempoh 90 minit.

Latihan asas

Pihak hotel juga menyediakan latihan asas kepada pelanggan yang dilakukan di kawasan parkir atau di tengah-tengah padang.

Apabila tetamu mampu menguasai segway, mereka dibenarkan untuk meneruskan perjalanan di laluan yang telah ditetapkan.

Di Turtle Bay Resort, Hawaii, misalnya, para tetamu yang menunggang segway bukan sahaja boleh melihat penyu, malah sami-sami berjemur di tepi pantai.

Di O'Reilly's Gold Coast, sebuah resort di Taman Negara Lamington, Australia, para tetamu pula dibawa persekitaran hutan dan sungai kecil menggunakan segway. - AP

Segalanya tentang padi

Posted:

Segalanya tentang padi

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS


MUZIUM padi di kaki Gunung Keriang menjadi muzium kebanggaan warga Kedah.


BAGI mereka yang merancang untuk bercuti di negeri jelapang padi, Kedah, jangan lupa singgah di Muzium Padi yang terletak di kaki Gunung Keriang iaitu kira-kira lapan kilometer dari bandar Alor Setar.

Kunjungan anda ke muzium itu yang dibina berasaskan bentuk 'gemal padi' iaitu serumpun padi yang telah dikerat dan diikat bersama pasti menjanjikan kepuasan.

Ini kerana, selain menyajikan pelbagai maklumat berkaitan padi, pengunjung juga berpeluang menikmati pemandangan indah Gunung Keriang dan sawah padi yang melatari pemandangan muzium itu sendiri.

Malah, panorama seluruh kawasan Gunung Keriang turut dilukiskan di atas mural sepanjang 103 meter dan tinggi 10 meter di dalam muzium tersebut.

Lukisan mural itu memberikan maklumat tentang penanaman padi iaitu daripada proses membajak hinggalah hasil tanaman dituai.

Bagi golongan muda dan penduduk bandar, mereka pasti teruja melihat pelbagai jenis alat penanaman padi tradisional yang digunakan pesawah dahulu sebelum penggunaan mesin diperkenalkan di negara ini.

Antaranya ialah tenggala, penyisir, tenggiling belangkas dan tenggiling belimbing, kuku kambing dan set pemukul padi.

Setelah selesai melawat ketiga-tiga aras muzium, pengunjung berpeluang membeli buah tangan seperti cenderamata dan makanan tradisional contohnya kuih karas, putu beras dan baulu yang dijual di kedai muzium di tingkat bawah bangunan berkenaan.

Ketua Unit Muzium Padi, Mohd. Zahari Saud berkata, muzium yang mula dibuka kepada orang ramai pada 10 Oktober 2004 itu memberi banyak pengetahuan kepada pengunjung mengenai proses penanaman padi dan peralatan yang digunakan.

"Jika anda mahu mengenali Kedah, negeri yang terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi, datang ke Muzium Padi yang pasti memberi pendedahan terperinci berkaitan padi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Karnival

Menurutnya, tidak ramai yang tahu tentang peralatan tradisional yang digunakan pesawah dahulu.

Di Muzium Padi pengunjung boleh melihat sendiri alat penanaman padi yang kini tidak lagi ditemui kerana pesawah moden sudah menggantikannya dengan mesin canggih.

"Di sini, kita boleh tahu kepayahan orang dahulu menanam padi untuk mendapatkan beras berbanding masa kini yang jauh lebih mudah," jelasnya.

Kata Mohd. Zahari, bagi merancakkan lagi aktiviti di Muzium Padi, pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah mengadakan Karnival Muzium Padi dari 27 September hingga 6 Oktober lalu dengan sasaran pengunjung seramai 100,000 orang.

"Sepanjang karnival ini, kita adakan persembahan artis terkenal, pembukaan pelbagai jenis gerai pameran, jualan dan aktiviti sukan bendang," ujarnya.

Paling menarik adalah sukan bendang kerana pengunjung boleh menyertai pelbagai acara antaranya, polo bendang, menangkap ikan, menangkap itik, menanggung padi dan larian terpantas.

"Ini tahun kedua karnival itu diadakan dan kita mungkin akan anjurkannya sebagai acara tahunan jika terus mendapat sambutan baik daripada pengunjung," katanya.

Tambah Mohd. Zahari, selain pengunjung tempatan, muzium itu turut terkenal sebagai lokasi tumpuan pelancong antaranya dari Thailand, Singapura dan Myanmar.

Seorang guru Tabika Kemas Kampung Paya Pulau Dudur, Jitra, Rosma Ibrahim, berkata, setiap tahun dia akan membawa pelajarnya melawat ke Muzium Padi bagi mendedahkan mereka tentang proses penanaman padi dengan lebih dekat.

"Ramai yang hanya tahu makan nasi sahaja, tetapi tidak tahu proses dan alat penanaman padi sebelum ia menjadi beras.

"Dengan lawatan ini, mereka akan lebih faham kerana di sini ada banyak gambar menunjukkan proses dan musim penanaman padi yang menarik," jelasnya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Empat generasi keluarga Mohd. Zin berkumpul di FRIM

Posted:

Empat generasi keluarga Mohd. Zin berkumpul di FRIM

AHLI-AHLI KMZ berkumpul dalam satu perhimpunan keluarga di FRIM, Kepong baru-baru ini.


ERAT. Kira-kira 120 ahli keluarga seorang tokoh agama di Perak, Mohd. Zin Abdul Majid berkumpul pada majlis perjumpaan kali kelapan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis tersebut bertujuan merapatkan silaturahim sesama keluarga yang dihadiri oleh empat generasi yang digelar Keluarga Mohd. Zin (KMZ) berusia antara satu hingga 81 tahun.

Mohd. Zin adalah pengasas Sekolah Agama Al-Yahyawiah di Padang Rengas, Perak.

Beliau juga merupakan penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Perak pada tahun 1992.

Pengerusi penganjur perhimpunan, Ramzul Hani Mohd. Ibrahim berkata, perjumpaan itu diadakan sebagai usaha menghimpunkan ahli keluarga dalam jumlah yang besar dan berinteraksi melalui acara sukaneka dan aktiviti lain.

Konsert amal kutip dana sekolah

Posted:

Konsert amal kutip dana sekolah

REN CHUN (tiga dari kiri) menerima sumbangan RM528,888 untuk pembinaan bangunan baharu SJK Cina Chun Xiu, Kuala Perlis baru-baru ini.


BERAMAL. Konsert amal yang dianjurkan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), lembaga sekolah dan Alumni Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Chun Xiu, Kuala Perlis, berjaya mengutip dana sebanyak RM558,888 di Perlis baru-baru ini.

Dana itu hasil sumbangan sebuah syarikat swasta sebanyak RM528,888 serta seorang ahli perniagaan pula memberi RM30,000 lagi yang disampaikan pada konsert yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Pihak sekolah akan menggunakan sumbangan itu bagi membina sebuah bangunan dua tingkat yang memiliki lapan bilik darjah bagi menggantikan bangunan kayu yang agak uzur.

Konsert amal tersebut dirasmikan Pengerusi lembaga sekolah tersebut, Lee Ren Chun.

Pelajar cemerlang STPM, SPM Parlimen Tenggara dirai

Posted:

Pelajar cemerlang STPM, SPM Parlimen Tenggara dirai

BADERI (depan empat dari kiri) dan Halimah (tengah) bersama ibu bapa, guru dan pelajar yang hadir pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2012 di Bandar Tenggara, Kulaijaya baru-baru ini.


TAHNIAH. Seramai 45 pelajar cemerlang diraikan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2012 di Dewan Bandaran Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor baru-baru ini.

Mereka termasuk seramai 28 pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 dan 17 pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011.

Masing-masing menerima wang tunai RM300 dan RM500 beserta komputer riba dan sijil.

Dalam pada itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab muncul sebagai penerima anugerah sekolah terbaik SPM dan STPM 2011 manakala Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Laksamana dinobatkan sebagai PIBG cemerlang dalam Parlimen Tenggara.

Atas kecemerlangan itu, SMK Tun Habab menerima wang tunai RM20,000, plak dan sijil sementara PIBG SMK Laksamana menerima wang tunai RM5,000 plak dan sijil.

Lebih 280 orang termasuk ibu bapa pelajar menyaksikan majlis penyampaian anugerah yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Ahli Dewan Undangan Negeri Panti, Datuk Baderi Dasuki.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Enam maut nahas Viva-bas

Posted:

Enam maut nahas Viva-bas

Oleh MANIRAH OTHMAN dan HAMZAH SARAH
berita@kosmo.com.my

BEGINILAH keadaan kereta Perodua Viva yang terlibat dalam kemalangan hingga meragut enam nyawa di Meraga, Beris dekat Kemaman semalam.


KEMAMAN – Enam termasuk empat beranak terbunuh dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah bas ekspres di Kilometer 129.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhadapan Sekolah Kebangsaan Meraga, Beris dekat sini semalam.

Tragedi pada pukul 4.30 pagi itu berlaku apabila kereta dinaiki lapan mangsa yang dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Kuala Terengganu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas terbabit.

Difahamkan pemandu bas, Mohd. Khalid Mamat, 47, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Kuantan, Pahang membawa 23 penumpang cuba memberhentikan kenderaannya apabila melihat kereta tersebut memasuki laluannya.

Bagaimanapun, bas tersebut tidak sempat berbuat demikian menyebabkan kedua-dua buah kenderaan tersebut bertembung.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Jimmy reda dengan perpisahan

Posted:

Jimmy reda dengan perpisahan

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


Gambar majlis persandingan Jimmy Shanley dan Nur suhaila Eliani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2 Oktober 2010 hanya tinggal kenangan.


PETALING JAYA – Selepas dua tahun berdepan kontroversi rumah tangga, pengacara, Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara tebus talak RM1.

Serentak itu, bekas pengacara Trek Selebriti di saluran berbayar Astro itu, disahkan bercerai talak satu dengan Nursuhaila oleh Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah selepas masing-masing melafazkan tebus talak tersebut.

Nursuhaila menyerahkan wang tebus talak RM1 itu kepada Jimmy sebelum prosiding bermula di Mahkamah Rendah Syariah Petaling dekat sini semalam.

Sehubungan itu, Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, nafkah mutaah, nafkah tertunggak serta hutang piutang begitu juga dengan Jimmy yang tidak akan menuntut hutang sesama mereka.

Perceraian secara tebus talak merupakan suatu perceraian yang diminta oleh isteri dengan memberi wang atau lain-lain harta benda kepada suaminya.

Sekiranya suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan kerelaannya sendiri tetapi bersetuju bercerai dengan cara penebusan atau dengan bayaran yang dipersetujui bersama, mahkamah hendaklah mengarahkan suami itu melafazkan cerai khulu.

Sejurus selesai prosiding, Jimmy, 32, yang bergegas keluar dari dewan mahkamah sempat memberitahu media yang dia terpaksa memungkiri janji ibu mertuanya yang juga pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim supaya tidak sesekali menceraikan Nursuhaila.

"Nak buat macam mana, minat masing-masing berbeza, hobi pun tak sama, biarlah saya cari pasangan saya di Jannah (syurga)," katanya sambil menguntum senyuman pahit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

UIAM, UiTM juara Debat Piala Perdana Menteri

Posted:

UIAM, UiTM juara Debat Piala Perdana Menteri

NAJIB (tengah) menyampaikan hadiah kepada peserta UiTM, Mohd. Syafiq (tiga dari kiri), Noor Atiqah (kanan) dan Maizura (dua dari kanan) yang muncul johan kategori Bahasa Inggeris pada Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012.


KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2012 peringkat akhir yang berlangsung di Universiti Malaya (UM) di sini semalam.

UIAM menjuarai kategori Bahasa Melayu sementara UiTM pula dalam kategori Bahasa Inggeris.

Pendebat UIAM yang bertindak sebagai pembangkang dibarisi oleh Abdul Muiz Mustafa, Fawza Sabila Fauzi, Muhamad Khairulanam Zulkeply dan Zulaikha Aini Mohamed Khair Johari berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penyertaan.

Hadiah yang sama turut diterima oleh pendebat UiTM yang diwakili oleh Maizura Mokhsein, Mohd. Syafiq Ahmed Bazari, Noor Atiqah Mohd. Zaki dan Mohd. Mifzal Mohd. Murshidi Kieron.

Naib juara kategori Bahasa Melayu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan UIAM bagi kategori Bahasa Inggeris.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan dan sijil penyertaan.

Pertandingan itu juga menyaksikan pendebat terbaik bagi kategori Bahasa Melayu dirangkul oleh Abdul Muiz manakala Maizura Mokhsein muncul pendebat terbaik kategori Bahasa Inggeris.

Kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM2,000 dan piala individu.

Menurut Abdul Muiz, 21, kejayaan yang diperoleh itu berkat usaha gigih mereka selama dua minggu sebelum menghadapi pusingan akhir itu.

"Kejayaan ini juga didorong oleh kerjasama sebagai satu pasukan," ujar pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi di Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM itu.

Pertandingan akhir anjuran Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global dan MyHarapan akhir itu me nyaksikan perdebatan UIAM dan UKM mengenai usul yang bertajuk 'Dewan ini percaya bahawa tukul dan perisai kekerasan perlu untuk melindungi kesederhanaan'.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis penutup pertandingan debat itu berkata, suara golongan mahasiswa adalah penting yang perlu didengari oleh semua tetapi ia perlu berdasarkan kebenaran dan realiti.

Beliau berkata, pandangan mahasiswa dalam usaha menggalakkan keterbukaan berfikir perlu berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukan retorik yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Kita inginkan mahasiswa kita dahagakan pada ilmu dan mencari kebenaran serta melontarkan kebenaran meskipun ia adalah berbeza daripada kerajaan," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Komitmen pemain dituntut

Posted:

Komitmen pemain dituntut

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

RAJAGOBAL (kanan) mengendali latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini


KEKUATAN mental akan menjadi penentu kejayaan buat skuad Harimau Malaya pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.

Demikian tegas jurulatih, Datuk K. Rajagobal terhadap skuad bimbingannya itu menjelang aksi kelayakan kejohanan berprestij di Asia itu.

Rajagobal mahu barisan pemainnya bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai usaha mengangkat mutu bola sepak negara di pentas Asia.

"Kita akan membuat persediaan rapi untuk menghadapi Piala Asia 2015.

"Suka dimaklumkan bahawa saya mahu semua pemain berfikiran positif dan paling penting, pemain jangan takut untuk mengubah mentaliti mereka.

"Secara peribadi, saya mahu pemain-pemain ini menganggap ia sebagai satu cabaran untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.

"Apa yang pasti, kami akan memberikan aksi terbaik demi maruah negara," kata Rajagobal kepada pemberita selepas menyaksikan skuad negara diundi bersama Qatar, Bahrain dan Yemen dalam Kumpulan D Piala Asia 2015, semalam.

Tambah Rajagobal, beliau yakin peluang untuk beraksi di pentas tertinggi Asia dilihat cerah bagi skuad negara.

Namun, beliau enggan terlalu yakin sambil menyifatkan Harimau Malaya perlu bekerja dengan lebih keras sekiranya berhasrat untuk layak ke Australia kelak.

Ditanya mengenai kesebelasan utama skuad negara yang akan menggalas cabaran pada Piala Asia, bekas jurulatih Selangor itu tidak menolak kemungkinan dengan menggunakan barisan pemain Piala AFF Suzuki kelak.

Begitupun, beliau akan memantau perkembangan setiap pemain dengan lebih serius sebelum disenaraikan dalam skuad Piala Asia 2015.

"Mungkin akan guna pemain yang sama dalam AFF Suzuki tetapi saya akan tengok dulu tahap keupayaan pemain," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Rajagobal memberitahu, beliau lebih berminat untuk menumpukan persiapan skuad negara berbanding isu letak jawatan.

Menurutnya, beliau akan melepaskan jawatan ketua jurulatih secara sukarela sekiranya Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2015.

"Berhubung hal itu (meletakkan jawatan), saya akan fikirkan kemudian," katanya.

Rajagobal merupakan jurulatih tempatan pertama yang membawa skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan pingat emas Sukan SEA Laos 2009.

Pada aksi kelayakan Piala Asia 2015, enam perlawanan secara timbal balik untuk setiap kumpulan itu bakal berlangsung pada 6 Februari, 22 Mac, 15 Oktober, 15 November dan 19 November 2013 serta 5 Mac 2014 depan.

TNB yakin untuk muncul juara

Posted:

TNB yakin untuk muncul juara

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my

KAPTEN KLHC, Azlan Misron (kiri) dan pemain TNB, Azlan Misron memegang piala yang bakal menjadi rebutan mereka malam ini.


TENAGA Nasional Berhad (TNB) tetap optimis untuk menjulang Piala TNB 2012 menjelang perlawanan akhir malam ini menentang Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) walaupun turun tanpa penyerang prolifik mereka, Faizal Saari yang mengalami kecederaan hamstring.

Jurulatih TNB, Nor Saiful Zaini Nasiruddin berkata, dia mahu semua pemainnya tidak terlalu memikirkan ketiadaan Faizal serta menjadikan itu alasan untuk mereka menyerah kalah kepada KLHC.

Selain itu, kata Nor Saiful Zaini, dia tidak rela untuk mengambil risiko mengorbankan masa hadapan Faizal dengan menurunkannya pada perlawanan akhir itu.

"Ini adalah permainan berpasukan, walaupun saya mengakui ketiadaan Abe (Faizal) akan sedikit sebanyak mengganggu rentak permainan tetapi saya percaya kami masih ada ramai pemain yang boleh diharapkan.

"Jika mereka menetapkan semangat juang berpasukan 100 peratus pada malam esok (malam ini), saya yakin kami akan menang."

Katanya, mereka akan menentang satu pasukan yang hebat serta berpengalaman dalam perlawanan akhir itu nanti dan oleh itu mereka akan menggunakan kepantasan serta kecergasan pemain muda TNB untuk menyaingi kehebatan KLHC.

Penolong ketua pasukan TNB, Mohd. Amin Rahim berkata, perlawanan akhir itu nanti ibarat pertembungan antara benteng pertahanan kebal TNB dengan jentera serangan hebat KLHC.

"Pada perlawanan akhir tahun lalu, kami mendahului 2-0 pada separuh masa pertama tetapi KLHC bangkit untuk memenangi Piala TNB 2011 dengan keputusan 3-2 dan perkara itu sangat memberi pengajaran kepada kami.

"Saya menganggap perlawanan akhir Piala TNB 2012 ini peluang antara kedua-dua pasukan meraih kejuaraan adalah 50-50 dan pasukan yang tidak membuat kesilapan akan menjadi juara," tegas Mohd. Amin kepada Kosmo! semalam.

Jurulatih KLHC, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, dia tidak menganggap ketiadaan Faizal Saari sebagai satu kelebihan buat pasukannya menjelang perlawanan akhir hari ini.

"Perlawanan akhir merupakan satu medan bagi pasukan yang berjaya mengambil peluang dan mengelak melakukan kesilapan," katanya.

Tambahnya, mengikut pertemuan terdahulu antara kedua-dua pasukan, mereka dilihat seimbang dan dia turut mengakui TNB mempunyai kelebihan daripada segi kepantasan serta pertahanan yang mantap.

Perlawanan akhir Piala TNB antara KLHC dan TNB akan berlangsung di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil pada pukul 8 malam ini manakala Piala Presiden pula akan berlangsung terlebih dahulu pada pukul 6 petang antara Angkatan Tentera (ATM) melawan Johor.

Selangor belum mengalah

Posted:

Selangor belum mengalah

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

AMRI (kiri) akan memastikan gawang Kelantan digegarkan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Jumaat ini.


PENGENDALI Selangor, Irfan Bakti Abu Salim menegaskan Gergasi Merah masih memiliki peluang untuk menempah slot ke perlawanan akhir kempen Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini.

Meskipun dibolosi oleh Kelantan menerusi penyerang, Norfarhan Muhammad pada aksi separuh akhir pertama di Kota Bharu minggu lalu, Irfan kekal optimis skuadnya mampu memadamkan defisit jaringan tersebut di laman sendiri Jumaat ini.

Bekas jurulatih Terengganu itu memberitahu skuadnya sudah bersedia untuk mempamerkan aksi cemerlang untuk terus menyalakan 'Misi 33' pada musim ini.

"Saya akui persembahan kami ketika di Kota Bharu pada minggu lalu tidak begitu 'menjadi' sebagaimana ketika kami menentang Pahang, Johor FC dan Sarawak pada aksi peringkat kumpulan.

"Begitupun, masih ada 90 minit dan kami tekad untuk mengatasi kelebihan yang ada pada Kelantan.

"Jaringan (Kelantan) itu masih belum selamat dan saya berharap persembahan pemain akan bertambah baik dan matang terutama ketika beraksi di laman sendiri pada Jumaat ini.

"Matlamat kami adalah untuk mara ke final pada musim ini dan 'Misi 33' masih berada di landasan tepat," katanya kepada Kosmo!, semalam.

Ditanya mengenai kehilangan Mohd. Nasriq Baharom, Irfan kekal dengan nada tenang dengan memberitahu beliau masih memiliki ramai pemain lain untuk menggantikan tonggak pertahanan Selangor itu.

"Kami tidak perlu panik. Saya masih memiliki Mohd. Razman Roslan yang sudah biasa beraksi di posisi pertahanan kanan.

"Saya yakin dia mampu melaksanakan tugas itu dengan baik," katanya.

Sementara itu, penyerang Gergasi Merah, Mohd. Amri Yahyah yang turut bersetuju dengan pandangan Irfan, mengakui benteng pertahanan The Red Warriors berjaya 'merantai' pergerakannya pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV.

Amri kini terdesak untuk menjaringkan gol di laman sendiri sambil menuntut agar rakan sepasukan bekerjasama dengan memberikan bantuan untuk meraih kemenangan.

"Ketika aksi di Kota Bharu, saya dikawal dengan begitu ketat oleh pemain-pemain Kelantan yang menyebabkan saya tiada ruang untuk bergerak dengan lebih bebas.

"Namun, saya tekad untuk membantu Selangor mara ke pentas final Piala Malaysia.

"Dengan sokongan rakan sepasukan, saya berharap dapat menjaringkan gol ketika menentang Kelantan pada separuh akhir kedua kelak," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Mangga buah kegemaran rakyat Malaysia

Posted:

Mangga buah kegemaran rakyat Malaysia

MBG kini menjadi jenama popular yang sinonim dengan pemasaran dan penjualan pelbagai jenis buah segar di negara ini.


PERCAYA atau tidak, dalam banyak-banyak buah yang ada di Malaysia, buah mangga dipilih sebagai buah yang paling digemari oleh rakyat Malaysia!

Ia merupakan hasil tinjauan Yes! Fruits mengenai buah-buahan yang dijalankan di seluruh negara oleh syarikat MBG Fruits Sdn. Bhd. (MBG) sempena Hari Malaysia.

Tinjau selidik yang melibatkan 5,326 rakyat Malaysia itu menunjukkan bahawa lima jenis buah yang paling digemari ialah mangga 64 peratus, diikuti oleh anggur (58 peratus), tembikai (53 peratus), epal (50 peratus) dan buah naga (47 peratus).

Menurut tinjau selidik itu, Raja Buah, iaitu durian menduduki tempat keenam dengan 46 peratus. Buah-buahan yang kurang dikenali, kurang difahami dan kurang diterima ialah pisang kaki (23 peratus) dan buah berbiji keras seperti plum, pic dan nektarin (25 peratus).

MBG mengumumkan hasil kaji selidik itu pada Hari Malaysia untuk memperingati perayaan hari kebangsaan yang mencerminkan penyatuan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Tinjau selidik tersebut menunjukkan tabiat dan kegemaran rakyat Malaysia dalam pengambilan buah-buahan.

"Buah mangga menduduki carta teratas berikutan rasa buahnya yang manis, berair, berbau harum dan boleh didapati dalam pelbagai jenis.

"Dari jauh kita boleh bau keharumannya. Anggur mendapat tempat kedua kerana ia manis, menarik dan terkenal selain kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Anggur tanpa biji paling digemari," kata Pengarah Urusan MBG, Adnan Lee.


BUAH mangga mengatasi populariti Raja Buah iaitu durian dalam hasil tinjau selidik oleh pihak MBG sempena Hari Malaysia baru-baru ini.


Paling mengejutkan, durian yang selama ini dikatakan buah 'kegilaan' ramai berada di kedudukan pertengahan dalam senarai 10 teratas.

Ini jelas menunjukkan masyarakat kini lebih mementingkan kesihatan. Sesetengah responden menyatakan bahawa mereka hanya makan durian sekali-sekala kerana buah tersebut terlalu mengenyangkan dan tinggi kolesterol.

"Orang ramai patut makan lebih banyak pisang kaki kerana ia kaya dengan nutrien. Jika anda gemarkan buah pisang kaki dari Korea yang lazat, rangup dan manis, ia boleh didapati pada bulan Oktober dan November pada harga yang sangat berpatutan. Plum juga kaya dengan antioksidan dan baik untuk kesihatan.

Sebanyak 81 peratus rakyat Malaysia makan buah-buahan untuk menjaga kesihatan manakala 13 peratus mengambil buah-buahan sebagai snek. Hanya sebilangan kecil makan buah untuk kecantikan dan tenaga.

"Kefahaman tentang keperluan khusus rakyat Malaysia ini membantu kami menentukan hala tuju yang betul dalam usaha kami menawarkan buah-buahan kepada pengguna. Ini dapat membantu usaha pendidikan kesihatan, strategi pemasaran dan pengedaran, pembungkusan produk dan promosi," jelasnya.

Sajian sihat Fun-5-Stix

Posted:

Sajian sihat Fun-5-Stix

KRR sentiasa mengutamakan konsep makanan sihat dan kunjungan menjamu selera yang bermakna.


DALAM usaha menawarkan seleksi hidangan yang sihat dan berkhasiat untuk para pelanggan, rangkaian restoran makanan segera Kenny Rogers Roasters (KRR) memperkenalkan menu terbaharu yang pasti menambat selera.

Dikenali dengan nama Fun-5-Stix, ia boleh dianggap sebagai sajian yang sempurna untuk dinikmati bukan seorang diri tetapi bersama rakan-rakan atau keluarga.

Hidangan Fun-5-Stix KRR menampilkan medley bebola ayam yang enak, ketulan daging ayam, kepingan deli dan sayur-sayuran berkhasiat yang dilengkapi sos salai signatur Kenny.

"Di KRR, kami percaya dalam pemakanan sihat dan menyediakan peluang untuk pelanggan menjalin waktu kualiti bersama insan tersayang dan teman rapat. Oleh kerana itu, sajian ini amat sesuai untuk dikongsi bersama mereka," kata Penolong Pengurus Pemasaran Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd., Won Li Yin.

Menariknya, menu itu dipersembahkan dengan lima cucuk lidi bagi memudahkan pelanggan menikmatinya satu persatu.

Bagi mereka yang lebih gemar pada sajian penuh, Fun-5-Stix boleh dipesan dengan tiga hidangan sampingan bersama mufin Kenny pada harga RM8.50++.

Dalam keasyikan menikmati menu KRR itu, jangan lupa untuk mencuba minuman terbaharu, Minty Berry Frost bagi penggemar strawberi atau Minty Choco Frost untuk pencinta coklat yang dingin dan menyegarkan.

DAGING dan bebola ayam yang enak kini dipersembahkan dengan cucukan lidi.


Kedua-dua minuman itu berharga RM11.90++ setiap satu dan ia mampu membuatkan anda tersenyum lebar sebaik lidah merasainya.

Sahut cabaran

Dalam pada itu, sempena pelancaran hidangan baharu Fun-5-Stix, para pelanggan juga dijemput untuk menyahut cabaran Fanta-Stix Arti-Stix KRR yang sedang berlangsung.

Penyertaannya amat mudah. Pelanggan hanya perlu mencipta satu karya seni menggunakan pencucuk atau lidi daripada menu Fun-5-Stix mengikut kreativiti masing-masing.

Kemudian, mereka perlu mengambil gambar karya tersebut dan muat naik di laman sosial Facebook KRR untuk berpeluang memenangi baucar KRR bernilai RM900 secara keseluruhan.

Tiga karya Fanta-Stix Arti Stix terbaik akan dipilih sebagai pemenang mingguan bermula sejak 24 September sehingga 4 November 2012.

"Salah satu memori berharga pada zaman kanak-kanak ialah bermain dengan makanan. Melalui cabaran dalam talian ini, kami berharap para pelanggan boleh menghidupkan kesemua kenangan indah tersebut selain mencipta memori baharu.

"Kami juga percaya bahawa cabaran ini merupakan peluang hebat untuk memupuk rasa kebersamaan dan kegembiraan yang menjadi asas KRR," ujar Li Yin lagi. Perkhidmatan katering KRR boleh didapati di Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak dan Johor untuk pesanan minimum berharga RM1,000. - KHADIJAH MOHAMAD NOR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jualan kereta Jepun merudum di China

Posted:

Jualan kereta Jepun merudum di China

GAMBAR fail menunjukkan beberapa penduduk menterbalikkan sebuah kereta buatan Jepun di Suzhou, China pada 15 September lalu. - Agensi


TOKYO - Jualan kenderaan Toyota dan Honda merudum di China pada bulan lalu selepas sentimen anti-Jepun berlaku ekoran pertikaian wilayah yang mengancam hubungan kedua-dua buah negara.

China merupakan pasaran kenderaan terbesar Jepun.

Syarikat Toyota Motor Corporation menyatakan semalam bahawa jualan kenderaan baharu di China jatuh 48.9 peratus pada September lalu berbanding setahun lalu kepada hanya 44,100 buah kenderaan.

Firma Honda Motor pula memberitahu bahawa jualan kenderaannya untuk September merosot 40.5 peratus kepada 33,931 buah kenderaan.

Jualan kenderaan buatan Nissan Motor di China pula merudum 35.3 peratus pada bulan lalu kepada 76,100 buah kenderaan.

Perkembangan tersebut berlaku selepas Jepun pada bulan lalu mewartakan beberapa pulau kecil di Laut China Timur sebagai sebahagian wilayahnya.

Gugusan pulau itu yang dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China telah dikuasai Tokyo tetapi turut dituntut oleh Beijing.

Langkah tersebut mencetuskan bantahan ganas di China dengan rakyat negara itu digesa memboikot barangan buatan Jepun.

Beberapa kedai pengedar kereta Toyota dan Honda dibakar di sebuah bandar di China manakala orang ramai yang melaungkan slogan anti-Jepun berhimpun dan memecahkan beberapa buah kereta Jepun.

Walaupun protes tersebut semakin reda sejak beberapa minggu lalu, hanya pemandu yang berani sahaja sanggup memandu kereta buatan Jepun di beberapa buah bandar di China. - Agensi

Serangan di pangkalan tentera

Posted:

Serangan di pangkalan tentera

GAMBAR menunjukkan bangkai sebuah bas yang hangus terbakar selepas letupan berlaku di kawasan al-Zablatani di Damsyik semalam. - REUTERS


DAMSYIK - Berpuluh-puluh orang terbunuh dalam serangan berkembar oleh dua pengebom berani mati di pekarangan pangkalan tentera udara Syria dekat sini, kata Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di Britain.

Kumpulan itu menyatakan, pihaknya bimbang berhubung nasib beratus-ratus tahanan yang masih berada di pangkalan tersebut.

Kumpulan jihad, Barisan Al-Nusra mengaku melakukan serangan itu.

Serangan pertama dilakukan oleh seorang penyerang yang memandu sebuah kereta berisi bahan letupan manakala satu lagi serangan melibatkan sebuah ambulans berisi bom.

Pengarah kumpulan pemerhati tersebut, Rami Abdul Rahman memberitahu agensi berita AFP bahawa berpuluh-uluh orang maut dalam pengeboman berkembar itu.

"Nasib beratus-ratus tahanan yang ditahan di bilik bawah tanah bangunan tersebut pula masih tidak diketahui," tambahnya.

Menurut kumpulan pemerhati tersebut, serangan itu mencetuskan pertempuran sengit di bandar Hasrata melibatkan kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai Tentera Pembebasan Syria dan tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Menurutnya, tentera rejim Bashar turut membedil bandar Aleppo semalam yang menyaksikan pertempuran sengit berlaku sejak pertengahan Julai lalu, selain di bandar Idlib berdekatan sempadan Turki.

Satu letupan turut berlaku di kawasan al-Zablatani di sini semalam. Angka kematian belum diketahui. Perkembangan itu berlaku ketika Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)/ Liga Arab, Lakhdar Brahimi dijadualkan berkunjung ke Syria pada minggu ini untuk cuba memujuk pentadbiran Bashar supaya segera mengadakan gencatan senjata bagi menghentikan perang saudara di negara itu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon semalam.

"Brahimi akan melawat rantau berkenaan sekali lagi dan beliau akan berkunjung ke beberapa buah negara. Beliau juga akan berada di Syria," kata Kin-moon pada satu sidang media bersama Presiden Perancis, Francois Hollande selepas pertemuan mereka di Paris.

Penentangan ke atas rejim Bashar bermula pada Mac tahun lalu sebelum merebak menjadi perang saudara yang meragut lebih 32,000 nyawa setakat ini. - Agensi

Kereta pemain bola rempuh kedai

Posted:

Kereta pemain bola rempuh kedai

LEGEAR


BRUSSELS - Pemain bola sepak Belgium, Jonathan Legear akan dihadapkan ke mahkamah dan dilarang daripada memandu untuk sekurang-kurangnya dua minggu selepas kereta Porsche yang dipandunya merempuh kedai di sebuah stesen minyak.

Seorang pelanggan lelaki cedera dalam insiden tersebut.

Kamera keselamatan yang merakamkan kejadian tersebut pada Ahad lalu menunjukkan kereta itu merempuh kedai di bandar l

Tongeren, utara Belgium.

Selepas rempuhan, kereta itu berhenti di hadapan mesin daftar tunai kedai berkenaan.

Jurucakap mahkamah, Michel Zegers menyatakan kelmarin bahawa pemain tengah untuk kelab Rusia, Terek Grozny itu akan didakwa kerana melakukan serangan secara tidak sengaja dan memandu dalam keadaan mabuk.

Legear berkata, dia memohon maaf berhubung insiden tersebut.

"Saya akan menerima segala hukuman ekoran insiden itu," katanya dalam satu kenyataan.

Dia menafikan berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian.

Pemilik kedai terbabit menyatakan dia kerugian sekitar 250,000 euro (RM993,114) ekoran kejadian tersebut. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Jangan naik teksi yang sudah ada penumpang

Posted:

Jangan naik teksi yang sudah ada penumpang

10/10/2012 7:38pm

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menasihati orang ramai supaya tidak menaiki teksi yang sudahpun dinaiki penumpang sebagai langkah keselamatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, ini berikutan insiden pemandu teksi dan penumpang menyamun seorang warganegara asing di Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, seorang buruh kasar warganegara India kerugian RM3,000 setelah disamun tiga lelaki warga tempatan sebelum ditinggalkan di tepi jalan di KM9.4 MEX.

"Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke Kajang tiba-tiba diugut bunuh oleh seorang daripada `penumpang' teksi itu jika tidak menyerahkan wang. Selepas menyerahkan wang, dia ditinggalkan di tepi jalan itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, seorang Inspektor Polis di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman yang kebetulan melalui lebuh raya itu, menemui mangsa yang meminta pertolongan.

"Inspektor polis berkenaan terus mengejar teksi itu sebelum dapat menghalangnya dengan motosikal yang dinaikinya dan dapat memberkas pemandu teksi berusia 35 tahun itu tetapi dua lagi rakannya melarikan diri," katanya.

Chin Wah berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan teksi yang digunakannya pula disewa.

Menurut beliau, modus operandi mereka ialah pemandu teksi akan mengambil penumpang di sekitar pusat bandaraya walaupun sudah mempunyai penumpang lain, yang sebenarnya ialah rakan jenayahnya. - BERNAMA

Penghantar surat dipenjara 50 tahun, sebatan

Posted:

Penghantar surat dipenjara 50 tahun, sebatan

10/10/2012 7:28pm

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar surat hari ini dijatuhkan hukuman penjara 50 tahun dan 18 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap dua tuduhan merogol seorang pelajar di kawasan semak di Gombak, dekat sini, pada April tahun lepas.

Hakim Rozianayati Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Mazrin Mustafa, 21, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi tuduhan pertama, Mohd. Nazrin dihukum penjara 25 tahun dan lapan sebatan manakala pertuduhan kedua yang sama dia dihukum penjara 25 tahun dan 10 sebatan.

Hakim memerintah hukuman penjara tersebut dijalankan serentak mulai hari ini.

Dalam penghakimannya, Roszianayati berkata, Jabatan Kimia mengesahkan asid deoksiribonukleik (DNA) tertuduh terdapat di dalam kemaluan mangsa dan tiada kecacatan dari segi pengambilan sampel yang dibuat.

Mengikut fakta kes, mangsa yang berusia 15 tahun ketika itu pulang dari sebuah pusat beli belah di Jalan Imbi di sini bersama jirannya menaiki sebuah motosikal apabila ditahan oleh tertuduh yang mendakwa dirinya polis.

Tertuduh kemudian membawa mangsa ke satu kawasan semak sebelum dia dirogol.

Mohd. Nazrin didakwa merogol pelajar itu dua kali tanpa kerelaannya, di kawasan semak di Gombak, di antara pukul 1.40 pagi hingga pukul 4.30 pagi, 3 April 2011.

Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

5 lelaki larikan kereta mewah ditahan polis

Posted:

5 lelaki larikan kereta mewah ditahan polis

10/10/2012 7:20pm

JASIN - Polis berjaya menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan curi lima kereta mewah di sebuah pusat pameran jualan kereta di Bandar Sungai Long di Kajang, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Supritendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, kesemua mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan pada pukul 5.20 petang semalam berhampiran jeti Anjung Batu Umbai selepas pulang dari Pulau Besar dekat sini hasil maklumat awam.

Beliau berkata, polis turut merampas dua buah kereta jenis Honda Accord yang dianggar bernilai RM300,000 sekali gus menemui kesemua kenderaan yang dilarikan dari pusat pameran berkenaan setelah tiga daripadanya ditemui polis sebelum ini.

Katanya, sejam sebelum itu, polis telah melakukan pemeriksaan ke atas dua buah kereta berkenaan yang tidak mempunyai cukai jalan di tempat letak kereta jeti tersebut.

"Polis kemudian mengekori lima lelaki terbabit yang tiba di jeti menaiki bot penambang sebelum salah seorang daripada mereka cuba membuka pintu sebuah daripada kereta berkenaan," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, polis kemudian menahan lelaki terbabit sebelum empat lagi rakannya cuba melarikan diri namun gagal. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved