Selasa, 9 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Lambang kehebatan pahlawan Iban

Posted:

Lambang kehebatan pahlawan Iban

NGAJAT sememangnya tidak asing dalam kebudayaan Malaysia. Keistimewaan tradisi kaum Iban itu seringkali menangkap minat penduduk negara luar khususnya pelancong Barat.

Secara dasar, ngajat dilihat sebagai tarian yang memaparkan gerakan ringkas disulami aksi-aksi berani penari lelaki. Keunikan pakaiannya juga memberi implikasi kepada penjajahan minda masyarakat terhadap ngajat.

Berdasarkan kefahaman yang dipersetujui golongan ilmiah, ngajat pada asalnya bertindak sebagai simbol kejayaan pahlawan Iban menumpaskan musuh. Lelaki pula menjadi watak utama dalam tarian kemenangan itu.

Ngajat Induk, Berbunuh/Pahlawan, Ngalu Temuai, Lesung, Pua Kumbu dan Kuta merupakan sub tarian kebanggaan masyarakat Iban tersebut. Hari ini, ia ditarikan menjelang sambutan Hari Gawai dan beberapa acara keraian.

Biarpun dilihat mudah namun menguasai tarian ngajat memerlukan jangka masa tertentu. Artis budaya Kampung Budaya Sarawak, Dalila Dayana Miri, 20, mengambil masa lima bulan manakala sahabatnya, Connie Eli, 24, menghabiskan tempoh satu tahun bagi memahirkan diri dengan gerak tari ngajat.

"Saya mula berjinak-jinak dalam tarian ngajat ketika usia tujuh tahun dan sebagai orang Iban, kefahaman tentang warisan agung itu telah saya kenali dan fahami sejak dulu.

"Ia merupakan tarian tradisi masyarakat kami yang diperturunkan daripada generasi ke generasi. Walaupun tujuan persembahan itu kini lebih kepada sambutan perayaan seperti pesta menuai, keasliannya masih ada dan dikekalkan," cerita Connie yang berasal dari Kampung Siol Kandis, Petra Jaya, Kuching.

Sementara itu, perbezaan kaum jelas tidak membataskan Dalila untuk turut sama menyelami dunia ngajat. Wanita Melayu itu mendampingi tarian tradisi tersebut pada umur 10 tahun.

Tambah Dalila, keindahan yang terkandung dalam ngajat memberi variasi terhadap suku kaum pribumi lain di Sarawak. Tanpa disangkal, ia turut diakui setiap penduduk Borneo sebagai identiti masyarakat Iban.

Teknik dan kostum

Seperti tarian-tarian lain, ngajat tidak terkecuali daripada penekanan beberapa teknik. Teknik titi tiong misalnya, menuntut penari meniru gerak langkah burung tiung seperti berjalan mahupun terbang.

Kegagalan menguasai teknik itu dengan sempurna boleh mendorong penari terjatuh ketika persembahan.

GABUNGAN penari lelaki dan perempuan dalam persembahan ngajat adalah bertujuan memberi nilai teaterikal yang menghiburkan. - Gambar hiasan


Kesukaran teknik gigit lesung dalam Ngajat Lesung secara automatik menyekat penari wanita daripada melakukan aksi tersebut. Penari lelaki memerlukan kemahiran dan kekuatan gigi bagi menggigit lesung sepanjang gaya itu dipertontonkan dalam tarian.

Nama-nama umpama niti (meniti) batang, ngelambai, ngauk ai, selamat datang dan burung enggang merupakan himpunan teknik ngajat terkenal dalam kalangan masyarakat Iban.

Peranan kostum ngajat pula menjadi tarikan utama dalam setiap persembahan. Penari lelaki seringkali tampil berteraskan imej perkasa. Penggunaan cawat (sirat), baju pahlawan (baju gagong), topi Iban (ketapu) dan parang ilang cukup untuk membentuk karakter seorang wira kebanggaan ramai.

Keayuan dan keaslian perawakan perempuan Iban mengalir sebati dalam persalinan baju tradisional (kain ngepan) dan marek empang.

Lingkaran tali pinggang berjuraian ibarat duit syiling (gobeng), tali pinggang besar (lampit) dan rantai ujan dan sugu pula mencipta harmoni senada saat berayun. Ketiga-tiga aksesori tersebut diperbuat daripada perak.

Muzik tradisional yang sering mengiringi ngajat ialah Taboh Alun Lundai (untuk Ngajat Induk), Taboh Bujang Gelau (untuk Ngajat Pahlawan) dan Taboh Ajat.

Lazimnya, ngajat ditarikan selama tujuh minit namun terdapat juga durasi yang tidak tetap dan bergantung kepada individu atau kumpulan yang terlibat.

Dampingi semangat

Selama lima tahun berkecimpung dalam gelanggang tarian, Connie sudah mengenal pasti kriteria-kriteria penting bagi menjayakan ngajat. Ujarnya, seorang penari lelaki tarian ngajat perlu menyerap semangat yang kuat bagi membebaskan sisi keberanian dan agresif tatkala menari.

"Pada zaman dahulu, mereka yang menari ngajat terdiri daripada pahlawan berjiwa berani dan gagah fizikalnya. Jadi penari lelaki hari ini mesti menguasai sifat-sifat pahlawan Iban lampau sebelum mempersembahkannya kepada umum," tutur lelaki itu yang mahu bergelar seniman berjaya kelak.

Gemalai gerak tari ngajat wanita pula menuntut ketekunan. Setiap kali menonton tarian ngajat, senyuman pada bibir penari perempuan tidak pernah terpadam. Ciri tersebut memaku pandangan orang awam agar terasa asyik dibuai rentak indah.

"Penghayatan dalam tarian menjadi kunci kejayaan. Selain itu, alunan muzik yang dimainkan, kreativiti, keyakinan melakukan pergerakan turut diambil kira," kongsi Dalila yang bercita-cita memahat namanya selaku guru tari.

Sesudah semangat ngajat tertanam dalam diri, penari-penari tidak akan berdepan masalah menggerakkan tarian itu sama ada di atas pentas ataupun di rumah panjang. Begitupun, cara dan teknik tarian yang dipertontonkan di kedua-dua lokasi itu ada bezanya.

TARIAN ngajat banyak mengisi sambutan pesta menuai yang disambut sekumpulan besar etnik di Borneo. - Gambar hiasan


Connie dan Dalila sepakat mengelaskan tarian ngajat untuk persembahan pentas lebih seragam kerana para penari bergerak berpandukan koreografi yang diolah.

Ngajat di rumah panjang pula bergantung sepenuhnya kepada kreativiti individu kerana seringkali dijayakan oleh seorang penari lelaki bagi menyambut tetamu.

"Keistimewaan tarian ngajat rumah panjang terletak pada keasliannya kerana merupakan pusaka turun-temurun daripada nenek moyang mereka. Koreografi pentas pula telah mengalami perubahan bagi menyuntik nilai ekstra hiburan," jelas Dalila.

Festival tarian

Sementara itu, bagi memaparkan keunikan tarian dari Kepulauan Borneo, Persatuan Warisan Sarawak Kuala Lumpur dan Selangor telah mengadakan Festival Borneo Hornbill pada bulan Julai lalu.

Acara tiga hari yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu menyaksikan sebanyak 12 kumpulan berentap mempersembahkan variasi tarian tradisional dan rampaian etnik Sabah dan Sarawak.

Setiap kumpulan diwajibkan menyediakan dua jenis tarian dan rata-ratanya selesa menampilkan tarian ngajat. Juara pertandingan, Badan Kesenian Mindef 1 nyata menyerlah dalam tarian rampaian asli mereka yang menggabungkan empat jenis tarian termasuk ngajat.

Kebanyakan persembahan berjaya menceritakan kisah sebenar di sebalik ngajat. Lengkap berkostum pahlawan Iban, beberapa aksi seperti menggigit lesung dan berlawan menggunakan parang sudah cukup memberi gambaran jelas tentang signifikan tarian kebanggaan suku kaum itu.

"30 peratus daripada penari yang mengambil bahagian datangnya dari Semenanjung. Ini sesuatu yang amat membanggakan kerana tidak mudah bagi orang luar mempelajari dan mempersembahkan kebudayaan kaum lain dengan berkesan.

"Festival tahun keempat ini akan terus diadakan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai tentang keagungan budaya orang Borneo dari segi makanan, pakaian dan tarian," ujar pengerusi Persatuan tersebut, Laurence John, 50, ketika berucap pada majlis penutup festival tersebut.

Polisi satu anak mencengkam China

Posted:

Polisi satu anak mencengkam China

POLISI satu anak yang dijalankan sejak berpuluh-puluh tahun kini mendatangkan kesan negatif kepada sistem sosial China.


KETIKA Wu Rui kematian anak perempuannya yang berumur 12 tahun, dia bukan sahaja kehilangan satu-satunya anak yang boleh dimiliki malah turut kehilangan sumber jaminan dan sokongannya pada usia emas nanti.

Kini, dalam usia 55 tahun, dia harus menjaga dirinya sendiri dan kedua-dua ibu bapanya yang sudah uzur. Mereka tinggal di sebuah rumah cabuk dua bilik berbekalkan wang pencen Wu yang tidak seberapa.

Kehidupan tiga beranak itu sentiasa dirundung ketakutan jika terdapat sebarang kecemasan berlaku pada salah seorang daripada mereka kerana Wu tidak mampu menampung kos perubatan yang mahal.

Polisi satu anak di China selalunya menyebabkan seseorang itu menyara keperluan ibu bapanya dan juga empat orang yang berstatus datuk dan nenek kepadanya.

Jika si anak itu mendapat kecelakaan lalu mati, kebajikan ibu bapa dan datuk serta neneknya terabai begitu sahaja.

Sejak polisi itu diambil pada tahun 1980, dianggarkan sejuta keluarga China telah kehilangan satu-satunya penyambung warisan mereka akibat kematian.

Dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang, antara empat hingga tujuh juta keluarga di China dijangka mengalami nasib yang sama.

Ramai yang mengalami nasib seperti Wu dan tidak ada orang boleh membantunya melalui waktu-waktu kecemasan atau menampung kos perubatan ketika lanjut usia.

Wu bercerai pada tahun 1994 dan setahun kemudiannya dia kehilangan anak perempuan, Zhang Weina, yang menderita epilepsi.

Dia kini banyak menghabiskan masa di rumah, mengait baju sejuk dan menyediakan makanan di dapur rumah yang juga dijadikan tempat tidur buat ibunya yang berusia 76 tahun.

Ayahnya yang berusia 80 tahun semakin hilang deria pendengaran dan hanya mampu duduk di atas katil yang diletakkan dalam sebuah bilik sempit.

Cat dinding yang sudah retak dan cahaya suram daripada dua buah mentol melatari suasana rumah itu.

Bimbang berpindah

Selain masalah kesihatan, ketakutan terbesar Wu adalah rumahnya yang kecil dan murah itu bakal dirobohkan sama seperti perumahan lama Beijing yang lain.

Separuh daripada kawasan yang terletak di bahagian tengah kejiranan itu telahpun bertukar menjadi menara-menara moden.

Bila-bila masa sahaja mereka mungkin terpaksa berpindah ke pangsapuri yang lebih mahal, berbanding pencen bulanannya sebanyak 2,000 yuan (RM970).

Undang-undang kebangsaan 2001 mewajibkan kerajaan-kerajaan tempatan menyalurkan 'bantuan keperluan' kepada keluarga-keluarga yang kehilangan satu-satunya anak mereka. Begitupun, tiada perincian dilakukan.

Peraturan berbeza terjadi mengikut kawasan. Wilayah Sichuan membenarkan keluarga memohon untuk memiliki seorang lagi anak manakala di Shanghai, sejumlah wang yang tidak dinyatakan perlu dibayar untuk anak kedua.

BAYI lelaki masih menjadi dambaan banyak keluarga di China. - Gambar hiasan


"Peraturan sentiasa ada tetapi tidak membawa sebarang erti," kata ahli akademik yang berpusat di Amerika Syarikat, Yi Fuxian. Dia merupakan penulis Big Country in an Empty Nest, sebuah buku yang mengkritik polisi perancangan keluarga China.

Kira-kira 4.63 peratus keluarga satu anak di China dengan jumlah keseluruhan 218 juta dijangka kehilangan anak lelaki atau perempuan apabila mencecah usia 25 tahun, katanya memetik statistik rasmi.

Yi dan penyelidik demografi lain mendesak China membantu keluarga-keluarga itu sekali gus memansuhkan penetapan satu anak serta-merta.

Bagi mereka yang menyokong pula berkata, ia membantu masalah lebihan populasi dan mengurangkan bilangan rakyat China yang hidup dalam kemiskinan.

Menurut anggaran bancian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada tahun 2050 nanti, 30 peratus penduduk China akan berusia 60 tahun dan lebih, berbanding 20 peratus di seluruh dunia.

Tanpa generasi muda, China tidak mempunyai ramai pewaris yang boleh memberi keperluan kepada orang tua atau pekerja dalam sistem keselamatan sosial kerajaan.

Namun begitu, Ketua Suruhanjaya Perancangan Keluarga dan Populasi Negeri, Li Bin memberitahu, China cenderung untuk mengekalkan dan memperbaiki langkah-langkah yang ada serta memahami keperluan yang dikehendaki oleh populasi warga tua.

Sekarang terdapat beberapa pengecualian pada peraturan satu anak iaitu melibatkan sesetengah petani yang melahirkan anak perempuan, pasangan yang berketurunan etnik minoriti dan ibu bapa yang juga merupakan anak tunggal dalam keluarga masing-masing.

Pihak berkuasa semakin dapat mengesan masalah-masalah yang terhasil daripada polisi satu anak apabila generasi pertama ibu bapa itu menginjak usia tua, kata profesor di Universiti Renmin, Beijing, Gu Baochang.

Dia memberi amaran, mereka sepatutnya bertindak bertahun-tahun dahulu kerana bahaya berkaitan demografi hanya dapat dilihat dengan peredaran masa.

Luahan hati

Seorang ibu yang kematian anak bercerita tentang kesedihannya dalam sebuah forum dalam talian untuk dikongsi dengan ibu bapa yang senasib dengannya.

"Semua keindahan terasa seperti direntap jauh, kegelapan awan dan malam menyembunyikan kesakitan yang tiada penghujung," katanya yang dipetik daripada forum itu.

Ibu bapa lain pula mengeluh dalam forum yang sama: "Kami mengikut arahan untuk mempunyai seorang anak. Mana penjagaan dan keprihatinan untuk kami? Tiada. Penyakit kanser, jantung dan otak selain tekanan serta penyakit serius lain datang menjengah.

"Tiada institusi yang mampu menangani masalah yang wujud, tiada satu jabatan yang bersimpati dengan kedukaan ini.

"Kami terperangkap dalam kesunyian, kepahitan dan keadaan yang tragik. Tiada seorangpun yang boleh kami berpaut." - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Penyelesaian jimat ruang dan kos

Posted:

Penyelesaian jimat ruang dan kos

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

BERTUGAS sebagai jururawat di sebuah klinik swasta di Ipoh, Perak memerlukan Nurul Hanis Sasakina Mastor menjadi serba boleh. Bukan sahaja wajib mengenali setiap jenis ubat-ubatan tetapi perlu menguruskan akaun klinik.

Wanita berusia 23 tahun itu harus menjadi versatil dan sentiasa terbuka dengan perkembangan teknologi. Begitulah juga resam yang perlu ditempuh oleh semua graduan baharu di Malaysia dalam dunia kerjaya.

Selain kerap menggunakan komputer untuk urusan kerja, dia juga memiliki akaun laman sosial Facebook sejak ia mula diperkenalkan di Malaysia kira-kira tujuh tahun lalu.

Segala data mengenai dirinya yang diisi dalam rangkaian sosial itu seperti nama, umur, alamat e-mel dan kronologi hidup adalah benar belaka manakala foto-foto yang dimuat naik diberi tetapan tahap privasi.

Selain itu, segala dokumen berkaitan dengan dirinya seperti resume pula disimpan dalam akaun mel Google kerana dakwanya, Gmail merupakan e-mel yang lebih selamat dan berkapasiti besar.

Memandangkan kini internet boleh dicapai setiap masa melalui telefon pintar, maka langkah menyimpan dalam mel elektronik dilihat sebagai cara terbaik. Begitupun, kegusaran tetap dirasai terutamanya apabila menerima e-mel yang mengandungi pautan laman web dihantar kepadanya.

Baginya, semuanya adalah pautan virus yang boleh menyebabkan aktiviti phishing walaupun ia barangkali ialah pautan untuk pengiriman fail menggunakan teknologi perkomputeran awan.

Tambah Nurul, bagi mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai alamat itu mungkin memahami maksudnya, tetapi baginya, adalah lebih baik untuk tidak menekan klik pada sebarang pautan yang dihantar.

"Saya pernah dengar mengenai perkomputeran awan tetapi tidak pernah menggunakannya," ujar Nurul ringkas apabila persoalan berkaitan teknologi itu dilontarkan kepadanya.

Muat naik

Sebenarnya, apabila Nurul dan pengguna-pengguna lain Facebook, kecuali 83 juta akaun yang disahkan palsu, memuat naik segala data persendirian ke dalam akaun Facebook atau e-mel, mereka sedang menggunakan teknologi perkomputeran awan.

PERKOMPUTERAN awan masih lagi mempunyai mesin dalam bentuk fizikal. - Gambar hiasan


Teknologi perkomputeran awan sudah lama wujud. Secara falsafah, ia berfungsi sama seperti perkhidmatan bekalan air dan elektrik yang disalurkan ke setiap rumah.

Perkomputeran awan juga membolehkan seorang pemilik syarikat memiliki laman web, sistem operasi pejabat tanpa perlu membeli dan membina perkakasan komputer yang mahal di lokasi masing-masing. Sebaliknya, data-data disimpan di tempat lain.

Keperluan teknologi itu ialah mesin yang bertindak sebagai pusat data dan perisian maya. Perisian tersebut yang membolehkan keperluan penyimpanan data pada perkakas diubah berdasarkan kepada keperluan pelanggan.

Terdapat banyak jenis perkhidmatan perkomputeran awam yang ada seperti infrastruktur, perisian, platform, penyimpanan dan banyak lagi.

Laman sosial seperti Facebook, iCloud, Google Apps merupakan perkomputeran awan perisian manakala perkhidmatan pengehosan web seperti MediaFire, Dropbox dan RapidShare termasuk dalam jenis penyimpanan.

Bagi perkomputeran awan infrastruktur pula, ia boleh bertindak sebagai pelayan, penyimpanan berkapasiti, rangkaian dan lain-lain.

Dilema syarikat

Dahulu, kaedah konvensional yang sering dilakukan oleh syarikat-syarikat perusahaan awam (enterprise) ialah membeli perkakasan unit pemprosesan pusat (CPU) yang mempunyai kapasiti tetap dan diletakkan di pejabat.

"Mesin yang dibeli tidak semestinya digunakan pada tahap yang optimum, lebihan kapasiti merupakan suatu pembaziran.

"Dalam tempoh lebih kurang dua tahun, perkakasan tersebut sudah mencapai tahap antara 80 hingga 90 peratus penggunaan menyebabkan sistem menjadi perlahan. Ini membuatkan pemilik syarikat perlu membeli tambahan unit," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Skali Group, Tengku Farith Rithauddeen, 41, ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur.

Tambah beliau, pengulangan pembelian perkakasan unit memori menjadikan pembaziran kapasiti berulang.

Skali Group melalui anak syarikatnya, Skalicloud, merupakan perintis perkhidmatan perkomputeran awan di Malaysia pada awal tahun 2011 dan bidang itu telah berkembang dengan pertumbuhan sebanyak 70 peratus.

Kejayaan itu dilakar walaupun syarikat penasihat dan penyelidikan teknologi maklumat dunia, Gartner Inc., meramalkan industri itu akan berkembang sebanyak 30 peratus sahaja.

RUANG pejabat kini boleh digunakan secara optimum melalui penggunaan teknologi perkomputeran awan. - Gambar hiasan


Seiring perkembangan tersebut, Skalicloud akan menerobos pasaran teknologi maklumat Asia Tenggara dengan membuka pusat data di Indonesia pada bulan Oktober 2012 dan Thailand yang dijangka dibuka pada akhir tahun ini.

Elak kesesakan

Dengan perkomputeran awan, pengguna hanya perlu membayar bilangan dan jumlah masa mengikut kapasiti yang diperlukan.

Tengku Farith memberi contoh, laman web dan sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) paling sibuk dikunjungi dan digunakan oleh orang ramai antara bulan Mac atau April setiap tahun.

Bagi mengelakkan kesesakan pengguna dalam laman web, pemilik boleh menambah jumlah kapasiti pada sistem mereka dan kembali ke kapasiti asal selepas tempoh pengisytiharan cukai berakhir.

"Pengguna hanya perlu membayar jumlah yang digunakan sama seperti perkhidmatan bekalan air dan elektrik," ulas Tengku Farith ringkas.

Skalicloud menawarkan perkhidmatan awan awam pada peringkat permulaan dan kini ia memperkenalkan perkhidmatan perkomputeran awan persendirian dan hibrid (gabungan awam dan persendirian) secara beransur-ansur.

Selari dengan perkembangan dan permintaan semasa, Skalicloud juga memiliki kepakaran dalam membentuk infrastruktur perkomputeran awan.

Antara ciri-ciri perkomputeran awan ialah ia dapat menjimatkan kos operasi dan memastikan perkakasan tidak menjadi lapuk.

Biasanya, peralatan akan digunakan sepenuhnya dalam tempoh dua tahun. Berbanding perkhidmatan lain yang banyak menggunakan kaedah pakej yang sudah menetapkan kapasiti, Skalicloud merupakan perkomputeran awan yang paling elastik mengikut kapasiti penggunaan para pelanggannya.

Dari segi tenaga kerja, ia menjimatkan masa dan ruang kerana perkomputeran awan tidak memerlukan pekerja untuk menjaga perkakasan komputer setiap masa dan tidak perlu pemasangan bilik komputer pelayan di pejabat.

Tetapan keperluan perkomputeran awan boleh diatur mengikut kehendak pelanggan. Di Skalicloud, rekod paling pantas pernah dicatatkan untuk perkhidmatan itu adalah dalam beberapa saat.

Sama seperti fleksibiliti pada penggunaan kapasiti, caj yang dikenakan Skalicloud juga mengikut kuantiti yang digunakan iaitu serendah RM0.27 sejam.

Infrastruktur

Pusat Data terbaharu Skalicloud yang berkeluasan 69,000 kilometer persegi dan mempunyai 24,000 rak terletak di Cyberjaya. Beroperasi 24 jam, suhu di pusat itu dikawal supaya kekal pada bacaan 20 darjah Celsius.

"Infrastruktur di Cyberjaya turut dilengkapi janakuasa dan internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

Sebagai keselamatan, sistem akan terhenti sendiri apabila suhu mencapai 60 darjah Celsius," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd. Fazly Mohd. Yin, 39, kepada Kosmo!.

Data-data yang disimpan di Skalicloud berada pada tahap keselamatan dan privasi terbaik. Sebagai langkah keselamatan, setiap data dilindungi oleh firewall pada perkakasan dan pengaturcaraan dalaman yang bertindak sebagai sistem penghindar pencerobohan.

Sebagai tambahan, data dan alamat Internet Protokol (IP) dilindungi lapisan keselamatan seterusnya iaitu firewall maya.

"Sistem keselamatan yang ada ini memastikan data berada dalam keselamatan pada tahap maksimum," kata Mohd. Fazly yang telah 15 tahun berada dalam bidang teknologi maklumat.

Idea remaja perbaiki persekitaran

Posted:

Idea remaja perbaiki persekitaran

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

PARA pelajar dan guru SMK Wangsa Melawati gembira kerana usaha yang dilakukan sejak beberapa bulan lalu menerima pengiktirafan dalam program TrEES.


IDEA melaksanakan projek penanaman pokok buluh di sepanjang pagar sekolah yang menghadap Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) membawa tuah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wangsa Melawati, Kuala Lumpur apabila dinobatkan sebagai juara program Young Voices for Conservation (YV4C).

Kejayaan itu memberi makna besar kepada pasukan sekolah tersebut yang berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM9,000.

Menurut wakil pelajar SMK Wangsa Melawati, Jie Xie, 16, mereka amat berbangga dengan kemenangan yang diperoleh dan ia menjadi bukti usaha gigih yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu mendapat pengiktirafan.

"Usaha menanam pokok buluh di sepanjang pagar sekolah merupakan idea pasukan yang terlibat dalam program pemuliharaan ini. Kami berharap dalam dua tahun akan datang, ia akan hidup subur sekali gus menjadi penghadang antara sekolah dan MRR2 yang sentiasa sibuk dengan kenderaan," kata pelajar tingkatan empat itu sambil tersenyum.

Masalah alam sekitar

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Treat Every Environment Special (TrEES) itu merupakan inisiatif mereka untuk meningkatkan kesedaran kepada generasi muda dalam usaha mengurangkan masalah berkaitan alam sekitar yang semakin serius.

Dilaksanakan dengan kerjasama AffinBank, YV4C berjaya mengumpul lebih 500 orang pelajar dari 42 buah sekolah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bertekad untuk mengatasi masalah alam sekitar di sekolah masing-masing.

Daripada 42 buah sekolah yang menyertai program tersebut, 12 pasukan dipilih untuk menerima bantuan kewangan pemula sebanyak RM300 bagi melaksanakan idea mereka. Bagaimanapun, hanya lapan sekolah berpeluang ke pusingan akhir yang diadakan di Dewan Komuniti DBKL, Bangsar pada Khamis lalu.

Ia terdiri daripada SMK Wangsa Melawati, SMK USJ 8, SMK Batu Lapan Puchong, SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara, SMK Seri Serdang, SMK Agama Maahad Hamidiah, SMK Cheras Jaya dan SMK La Salle, Klang.

"YV4C boleh diumpama sebagai satu saluran yang membolehkan golongan belia mengungkap tenaga dan kreativiti muda mereka sambil mencuba idea dalam persekitaran yang tertumpu dan selamat. Melalui peluang ini, mereka mendapat hak bersuara dan semangat mengusahakan pemuliharaan.

"Mereka telah menempuh perjalanan yang jauh apabila mengubah idea menjadi realiti. Projek yang dilakukan amat berkesan kerana ia diusahakan oleh pelajar untuk pelajar," kata Pengarah TrEES, Leela Panikkar ketika berucap semasa upacara penyampaian hadiah.


MEMANFAATKAN sumber air hujan menjadi teras projek warga SMK La Salle.


Melalui program tersebut, sekolah-sekolah yang terlibat berjaya mengumpulkan lebih daripada 80 tan bahan yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, tin, kotak minuman dan minyak masak yang sudah digunakan. Untuk itu, lebih RM20,000 dapat dikutip untuk sekolah mereka.

Tempat kedua dimenangi SMK Cheras Jaya yang tampil dengan projek Membaik Pulih Taman Sumber Sains. Pasukan itu telah bekerja keras mengubah taman usang yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk kepada sebuah taman yang subur dan menghijau.

Ia berjaya menyatukan komuniti sekolah dengan semangat untuk memulihara alam sekitar. Kemenangan itu membolehkan mereka menerima wang tunai bernilai RM6,000.

Tempat ketiga pula menjadi milik SMK La Salle melalui projek Kuasa Tukang Paip iaitu memasang sistem rintis tadahan air hujan di sekolah bagi mengurangkan penggunaan air dan meningkatkan kesedaran terhadap sumber air. Mereka memperoleh wang tunai bernilai RM3,500.

Merit khas

Selain itu, tiga buah sekolah turut dipilih menerima anugerah merit khas yang membawa hadiah wang tunai RM500. Sekolah-sekolah itu ialah SMK USJ 8 bagi aspek Laporan Kewangan Terbaik, SMK Batu Lapan Puchong (Penglibatan Komuniti) dan SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara ( Informasi dan Teknologi Maklumat).

WARGA SMK Seksyen 3 Bandar Kinrara memilih daun pisang sebagai ganti pinggan plastik.


Program ini mengajar para pelajar menjadi matang melalui proses transformasi diri. Pembinaan sahsiah, kerja berpasukan, perancangan teliti dan pengurusan kewangan terbaik merupakan antara pengajaran yang telah diperoleh.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Operasi AffinBank, Sharifuddin Mohamad berkata, kebolehan menguruskan kewangan dengan baik merupakan kemahiran yang mengambil masa sepanjang hayat untuk dipelajari oleh sesetengah orang.

"Kami percaya bahawa cara terbaik untuk mengajar anak-anak adalah dengan menunjuk dan bukan sekadar memberitahu. Justeru, program TrEES mampu membuka mata pelajar sekolah ini agar menyedari nilai seringgit secara amali, jauh sebelum mereka bekerja dan memperoleh pendapatan sendiri," ujar beliau.

YV4C dijalankan dengan kelulusan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan yang berkaitan. Selain itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), yang menguruskan sumber air Selangor, turut bekerjasama dengan TrEES dalam program tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman facebook.com/YV4C.TrEES atau www.trees.org.my.

Usaha Nokia kembalikan kegemilangan

Posted:

Usaha Nokia kembalikan kegemilangan

Oleh KHAIRUL ANUAR RAHMAN
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

LUMIA 920 diperkenalkan Nokia untuk menyaingi fungsi telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.


NOKIA merupakan sebuah nama yang begitu sinonim dalam industri telekomunikasi bergerak. Mula menempa nama sekitar tahun 90-an, ia merupakan antara jenama telefon bimbit terawal yang dipasarkan di Malaysia selain Motorola dan Ericsson.

Nokia sebenarnya telah bertapak di Malaysia seawal tahun 80-an menerusi jenama Nokia-Mobira, hasil gabungan syarikat Nokia dan Salora OY, tetapi kemudiannya menukar nama kepada Nokia.

Penghujung tahun 90-an memperlihatkan Nokia memenangi hati pengguna telefon bimbit bukan sahaja di negara ini malah di segenap pelosok dunia.

Pelbagai model diperkenalkan dan antara yang berjaya meraih populariti ialah Nokia 3310, antara model pertama bersaiz kecil dan boleh dimuatkan dengan selesa di dalam poket seluar.

Inovasi yang berterusan menjadi teras kejayaan syarikat yang berpengkalan di Finland ini untuk terus kekal sebagai pengeluar telefon bimbit nombor satu di dunia.

Begitupun, menjelang tahun 2005, penggunaan telefon bimbit telah memperlihatkan perubahan ketara. Daripada sekadar sebuah peranti untuk membuat panggilan telefon dan menghantar teks khidmat pesanan ringkas (SMS), pengguna mula diperkenalkan dengan istilah smartphone atau telefon pintar yang menggabungkan fungsi organizer elektronik dan telefon.

Evolusi internet juga menjadi pemangkin kepada perkembangan telefon bimbit yang dapat dilihat pada hari ini. Pelbagai jenama baharu juga muncul secara tiba-tiba seperti O2, HTC, Samsung dan iPhone yang merupakan antara 'muka baharu' di dalam industri. Ia secara tidak langsung merampas kejayaan Nokia yang selama ini mendominasi pasaran telefon bimbit.

Jalur lebar

Pengenalan kepada capaian internet jalur lebar tanpa wayar seperti HSDPA (High-Speed Downlink Packet Access) dan yang terkini LTE (Long Term Evolution) membolehkan pengguna telefon mengakses aplikasi web yang dahulunya mustahil untuk dilakukan dengan pantas.

Keupayaan sistem operasi seperti Android, Windows Mobile dan iOS untuk mengadaptasi teknologi ini membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter hampir di mana-mana sahaja.


NOKIA masih belum mengaku kalah dalam persaingan pasaran konsumer.


Urusan perbankan elektronik juga menjadi lebih mudah kerana pelanggan tidak perlu ke bank atau ke mesin ATM untuk melakukan pelbagai jenis transaksi.

Nokia yang selama ini bertahan dengan sistem operasi milik mereka, Symbian, akhirnya terpaksa akur dengan kenyataan bahawa teknologi bukanlah sesuatu yang kekal, sebaliknya ia bersifat dinamik. Sebaik mana sekalipun sesuatu teknologi itu, ia perlu sentiasa diperbaiki atau diubah selari dengan permintaan pasaran.

Kini, Nokia kembali dengan Lumia 920 yang diharapkan dapat mengembalikan kegemilangan mereka. Menggunakan platform Windows 8 sebagai sistem operasi, telefon ini digerakkan oleh unit pemproses Snapdragon S4 dwiteras dengan kelajuan 1.5GHz bagi melancarkan lagi ciri pelbagai tugasan (multi-tasking).

Ciri-ciri standard yang terdapat pada kebanyakan telefon pintar hari ini juga terdapat pada Lumia 920. Nokia juga mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan ciri NFC atau Near Field Communication yang boleh diaplikasikan untuk membuat pembayaran tanpa wang tunai.

Ia turut mengadaptasi teknologi jalur lebar LTE yang membolehkan ia mencapai rangkaian tanpa wayar yang saban hari memperlihatkan peningkatan kelajuannya.

Ciri kamera

Satu lagi ciri signifikan Lumia 920 ialah kameranya yang mempunyai 8.7 megapiksel dengan teknologi PureView. Teknologi ini menggandingkan Penstabil Imej Optikal dengan lensa Carl Zeiss yang mampu menghasilkan gambar dan video yang lebih terperinci, tidak kabur dan lebih terang walaupun di dalam persekitaran malap.

Kamera yang canggih tidak akan bermakna tanpa paparan yang menarik. Lantaran itu, telefon ini turut dilengkapkan dengan skrin PureMotion HD+ berukuran 4.5-inci yang bukan sahaja lebih terang berbanding model-model terdahulu, tetapi juga dinobatkan sebagai skrin yang mempunyai kadar responsif yang paling tinggi dan skrin sesentuh yang paling sensitif.

Dengan masa bercakap sehingga 10 jam dan 400 jam siap sedia, Lumia 920 tentunya dapat memberikan persaingan kepada iPhone 5 yang menawarkan waktu bercakap sekitar 8 jam sahaja.

Begitupun, ia perlu meningkatkan prestasi baterinya sekiranya ingin bersaing dengan Samsung Galaxy S3 yang menawarkan masa bercakap yang lebih lama.

Walau apapun, hanya pengguna yang dapat menilai kesemua ciri-ciri yang terdapat pada Lumia.

Persoalan sama ada Nokia dapat merampas kembali kedudukan teratas di dalam segmen telefon bimbit hanya dapat dijawab oleh pengguna.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Raja Muda Perlis hadiri ulang tahun ke-100 SK Utan Aji

Posted:

Raja Muda Perlis hadiri ulang tahun ke-100 SK Utan Aji

TUANKU SYED FAIZUDDIN (tengah) berkenan melontar dadu dalam permainan dam ular raksasa pada majlis ulang tahun ke-100 SK Utan Aji di Kangar baru-baru ini.


SEJARAH. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melontar dadu dalam permainan dam ular raksasa sebagai gimik perasmian ulang tahun ke 100 Sekolah Kebangsaan (SK) Utan Aji di sekolah tersebut di Kangar, Perlis baru-baru ini.

SK Utan Aji telah diasaskan pada tahun 1912 dengan bilangan murid seramai 30 orang.

Sekolah yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Melayu Utan Aji itu bermula dengan bangunan kayu kurniaan Almarhum Tuanku Raja Syed Alwi Ibni Almarhum Tuanku Syed Saffi Jamalullail.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

60 pegawai Palapes sertai latihan intensif selama sebulan

Posted:

60 pegawai Palapes sertai latihan intensif selama sebulan

AHMAD ZAHID (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada pegawai Palapes di Kem Gunung Panjang, Ipoh baru-baru ini.


SEMANGAT WAJA. Seramai 60 orang pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) dari beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bahagian Utara menyertai latihan intensif di Pusat Latihan Askar Wataniah, Kem Gunung Panjang, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Latihan selama sebulan itu turut disertai kakitangan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir pada satu majlis di kem tersebut.

Hadir sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkefli Zainal Abidin dan komander-komander Palapes IPTA yang menyertai latihan berkenaan.

450 peserta berbasikal sempena Pesta Tanglung

Posted:

450 peserta berbasikal sempena Pesta Tanglung

ABDUL RAHIM (dua dari kiri) bersama pegawai polis dan orang ramai menunggang basikal di Pulau Pinang baru-baru ini.


KAYUH. Seramai 450 peserta menyertai Kayuhan Pesta Tanglung sejauh 20 kilometer yang mengelilingi daerah Balik Pulau, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kayuhan bermula dari SJK (C) Yu Chye, Jalang Sungai Pinang dan berakhir di tempat yang sama.

Pesta itu diraikan setiap tahun oleh masyarakat Cina pada hari ke-15 bulan kelapan mengikut kalendar Cina ataupun antara bulan Ogos dan September.

Ia juga dikenali sebagai perayaan Kuih Bulan yang disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan dan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Tahun Baru Cina.

Turut serta dalam kayuhan itu ialah Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar, para pegawai polis dan masyarakat Balik Pulau.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Eksekutif muda ditipu pencari bakat

Posted:

Eksekutif muda ditipu pencari bakat

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

SEBAHAGIAN daripada peserta yang ditipu penganjur membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN – Hasrat 100 peserta uji bakat untuk bergelar penyanyi dan model bagi sebuah majalah baharu terkubur apabila mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan penganjur pencarian bakat di sini.

Mereka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej swasta, peragawati sambilan dan eksekutif muda itu merupakan pemenang program Idol Search dan Cover Guy n Gurls bagi majalah tersebut.

Program pencarian bakat baharu itu diadakan di sebuah pusat beli-belah di sini pada Jun hingga Julai lalu oleh penganjurnya, seorang lelaki yang berasal dari Kuala Lumpur.

Kesemua peserta berusia lapan hingga 28 tahun itu dikenakan bayaran pendaftaran RM50 hingga RM500 dan dijanjikan hadiah lumayan wang tunai RM2,000 dan telefon bimbit.

Pemenang turut ditawarkan sebagai penghias muka kulit majalah terbabit serta berpeluang merakamkan album di luar negara seperti Taiwan, Korea Selatan dan China.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan

Posted:

Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan

KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (gambar).

Beliau berkata, kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.

Chin berkata, kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.

"Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

10,000 orang sudah sertai seminar perangi LGBT

Posted:

10,000 orang sudah sertai seminar perangi LGBT

KANGAR – Seramai 10,000 peserta telah menyertai 13 siri ceramah bagi memerangi gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di seluruh negara setakat ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada kepimpinan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG), guru kaunseling dan guru penolong kanan hal ehwal murid begitu komited mahu memerangi gejala LBGT habis-habisan.

Seminar sama akan berlangsung di Kota Bharu, Kelantan pada 16 Oktober ini.

Beliau berkata, gejala LGBT di negara ini semakin membimbangkan dan ia antara cabaran yang perlu ditangani secara bersama oleh kerajaan dan rakyat.

"Gejala LGBT yang turut disokong dan diperjuang oleh pihak tertentu di negara ini merupakan ancaman kepada budaya murni rakyat dan boleh mencetuskan suasana tidak sihat dalam negara," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Tekad Zakry-Fairuzizuan

Posted:

Tekad Zakry-Fairuzizuan

GANDINGAN Koo Kien Keat-Tan Boon Heong nampaknya sudah tidak boleh terlalu selesa dengan status selaku beregu No. 1 negara.

Ini kerana, Kien Keat-Boon Heong sudah ada ancaman dalam usaha mereka mereka mengekalkan status tersebut.

Beregu profesional negara, Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Mohd. Tazari membuktikan gandingan mereka masih relevan selepas menjuarai Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Taiwan 2012 kelmarin.

Kejayaan itu hadir selepas Zakry-Fairuzizuan menewaskan beregu Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra 21-12, 21-14 pada perlawanan akhir kelmarin.

Ia sekali gus meletakkan mereka pada landasan tepat dalam usaha merampas status sebagai beregu No. 1 negara biarpun kini bernaung di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC).

Mungkin masih terlalu awal untuk mengatakan bahawa Zakry-Fairuzizuan mampu menggugat status Kien Keat-Boon Heong namun kejayaan di Taiwan dianggap sebagai satu petanda terhadap kebangkitan mereka.

Mengakui sukar untuk melaksanakan matlamat tersebut dalam tahun ini berdasarkan kedudukan ranking dunia, Zakry-Fairuzizuan optimis ia mampu direalisasikan pada tahun depan.

"Memang kami mahu mengambil alih status selaku beregu No. 1 negara kerana ia bukan suatu yang mustahil.

"Namun, untuk melakukannya pada tahun ini memang sukar dan mengambil sedikit masa kerana kami ketinggalan jauh berdasarkan kedudukan ranking dunia. Ketika ini, kami menghuni rangking No. 27 dunia manakala Kien Keat-Boon Heong menghuni ranking No. 6.

"Jadi, jika semuanya berjalan mengikut perancangan dan kami boleh mengekalkan konsistensi kami pada kejohanan-kejohanan akan datang, tahun depan adalah masa yang paling tepat untuk mencabar kedudukan Kien Keat-Boon Heong," kata Zakry ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Melihatkan kepada matlamat tersebut ia memang sukar tetapi jika Kien Keat-Boon Heong terus bergelut dengan prestasi tidak menentu seperti mana yang dialami mereka sebelum ini, peluang Zakry-Fairuzizuan pasti akan tiba.

Namun, dengan syarat, mereka perlu kekal konsisten dan melakarkan seberapa banyak kejayaan yang boleh dalam mana-mana kejohanan disertai selepas ini.

"Saya yakin kami boleh melakukannya. Persembahan kami di Taiwan adalah yang terbaik selepas setahun kami bergandingan semula.

"Lagipun, kami sudah mula mendapat rentak permainan semula dan tahap keyakinan diri kami juga semakin meningkat. Ini merupakan petanda positif bagi karier kami dalam sukan badminton.

"Apa yang akan kami lakukan selepas ini adalah terus mengikut program latihan yang telah dirancang oleh jurulatih (Razif Sidek). Dalam masa yang sama, kami akan memperbaiki segala kelemahan," jelas Zakry.

Sebagai rekod, kejuaraan di Taiwan adalah yang pertama buat Zakry-Fairuzizuan sebaik bergandingan semula selepas membuat keputusan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Ogos 2011.

Sebelum itu, pencapaian terbaik mereka ialah muncul naib juara pada GP Emas Terbuka Thailand Jun lalu.

Kali terakhir gandingan mereka bergelar juara adalah pada Siri Super Terbuka India 2010 sebelum mereka dipisahkan oleh BAM.

NSA kurang kreatif - Tunku Imran

Posted:

NSA kurang kreatif - Tunku Imran

TUNKU Imran beramah mesra dengan sebahagian penerima dana pada majlis penyampaian dana indivdidu SportExcel di Kuala Lumpur semalam.


PERSATUAN sukan kebangsaan (NSA) digesa supaya lebih proaktif dalam melaksanakan program pembangunan yang komprehensif kepada para atlet di peringkat remaja.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar berkata, beliau melihat NSA tidak melaksanakan secukupnya program pembangunan bakat remaja seiring dengan perbelanjaan besar yang dikeluarkan kerajaan bagi tujuan berkenaan.

"Kekurangan pelan tindakan pembangunan yang komprehensif oleh persatuan sukan kebangsaan termasuk sukan yang tersenarai dalam Olimpik akan menyukarkan usaha mencari bakat berkaliber," katanya pada majlis penyampaian peruntukan individu SportExcel di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, NSA juga harus mengambil peluang menerusi program '1Murid 1 Sukan' untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dan komuniti setempat bagi menggalakkan lagi aktiviti sukan dalam kalangan pelajar.

"Persatuan sukan kebangsaan boleh menganjurkan lebih banyak aktiviti untuk peringkat remaja supaya bakat muda mempunyai lebih banyak peluang untuk mengembangkan bakat mereka," kata Tunku Imran.

"Perkenalkan kejohanan-kejohanan pada peringkat negeri dan sekolah, tubuhkan kelab dan libatkan sama ibu bapa pelajar," katanya.

Sementara itu, sebanyak 47 atlet berbakat berumur antara 10 dan 22 tahun menerima RM1,000 dan RM1,500 (keseluruhan RM66,500) daripada SportExcel di atas pencapaian cemerlang mereka pada peringkat kejohanan remaja.

Mereka termasuk gimnas berirama, Fatin Zakirah Jalany Zain Jalany yang meraih lima pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) baru-baru ini, Olahragawan Johor 2010, Muhammad Shahril Sahak daripada sukan menembak dan pemain tenis yang sedang meningkat naik, Talhah Mohamad Rahizam.

Talhah, 14, berkata, peruntukan tersebut dapat membantunya menampung kos membeli peralatan sukan seperti raket dan kasut.

Ratu skuasy negara dan pemain No. 1 dunia, Datuk Nicol David adalah antara atlet yang pernah menerima insentif SportExcel sebelum ini.

KBS restui langkah BAM 'pikat' Joo-bong

Posted:

KBS restui langkah BAM 'pikat' Joo-bong

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

AHMAD SHABERY (tiga dari kanan) ketika menerima penajaan untuk program Sports Trade and Golf Expo 2012 di Putrajaya semalam.


KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) merestui langkah yang mahu diambil oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menandatangani jurulatih asing bagi memegang jawatan Pengarah Kejurulatihan Prestasi Tinggi badan induk sukan badminton negara itu.

BAM dilaporkan sedang memikat jurulatih dari Korea Selatan, Park Joo-bong yang kini memegang jawatan sebagai ketua jurulatih Jepun untuk sekali lagi bersama skuad badminton negara pada awal tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah yang diambil oleh BAM merupakan keputusan yang profesional dalam usaha untuk membangunkan sukan badminton negara pada masa akan datang.

"Kita tidak semestinya memikirkan produk itu (jurulatih dan kejurulatihan) tempatan atau tidak tetapi yang terbaik kerana jurulatih bukan sahaja mengajar kita dari segi teknikal.

"Seorang jurulatih harus mendahului semua aspek kerana jurulatih yang baik itu boleh menjadi seorang bapa atau abang yang baik yang dapat membina kekuatan mental pemain dan sebagainya.

"Pemain yang baik tidak semestinya dapat menjadi jurulatih yang baik. Jadi bagi saya, kita perlu menghormati pilihan yang dibuat oleh BAM," katanya semalam.

Jelas Ahmad Shabery lagi, isu bayaran untuk mendapatkan jurulatih tidak perlu dipersoalkan kerana tindakan ini dilakukan untuk meraih sesuatu yang baik untuk masa depan sukan negara.

"Soal jurulatih mahal atau murah tidak ada tetapi kita hendak yang terbaik di sini.

"Isu mahal atau tidak mahal kita perlu jawab juga akhirnya kalau kita tidak berjaya," tambahnya.

Terdahulu, Ahmad Shabery menerima tajaan daripada syarikat Figos Sdn. Bhd. sempena penganjuran Malaysia Sports Trade and Golf Expo (MSTGE) 2012 bernilai RM10,000 yang akan berlangsung pada 25 Oktober ini.

KBS turut menerima tajaan berbentuk peralatan gim daripada Dynamex Health & Gym Sdn. Bhd. bernilai RM50,000.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Seruan agar sentiasa terhidrat

Posted:

Seruan agar sentiasa terhidrat

Oleh NIZHA PERIASWAMY

BROS juga mengedarkan buah epal hijau kepada orang ramai dalam seruan gaya hidup sihat.


TIDAK kira cuaca panas atau sejuk, ia tentu sekali bukan alasan untuk kita mengurangkan pengambilan air.

Lazimnya, individu yang bekerja dalam kawasan sejuk dengan penghawa dingin dilihat paling ketara menjadi mangsa 'kekeringan' yang tidak kelihatan apabila mereka kurang mengendahkan pengambilan air putih.

Sebagai menyedarkan dan mendidik orang ramai, khususnya mereka yang berada di kota, jenama botol air BROS menyatukan rakyat Malaysia di 10 lokasi berbeza di Lembah Klang dengan menyampaikan satu mesej jelas.

Semua orang perlu terus hidrat atau mendapatkan air yang secukupnya.

Dengan tema Hydrate, Tag & Go, kempen tersebut dengan gaya flashmob menyaksikan duta-duta jenama BROS dan pasukan sorak melawat 10 lokasi dengan tujuan mempromosi gaya hidup sihat melalui tabiat meminum air secukupnya.

Pengambilan air mengekalkan tubuh terhidrat, namun bukan ramai yang benar-benar mengamalkan tabiat baik itu. Lebih-lebih lagi kebanyakan daripada kita menjalani kehidupan yang sibuk.

Kita sebaliknya cenderung memilih minuman berperisa, soda, kopi, teh, malah alkohol yang kebanyakan bersifat menyahidratkan tubuh.

Berikutan dengan itu, kempen Hydrate, Tag & Go dijadikan satu platform oleh BROS untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pengambilan air minuman.

"Malah, kami juga percaya kempen ini juga menggalakkan kerjasama individu untuk menyebarkan betapa pentingnya penghidratan badan kepada mereka yang tersayang," kata Pengarah Pembangunan Perniagaan BROS-Living Wing Sdn. Bhd., Terence Lee Soon Teck.

Kempen Hydrate, Tag & Go itu bermula daripada konsep pass-it-on (serahan). Individu-individu yang ditemui oleh duta-duta jenama BROS dan pasukan sorak akan menerima satu unit botol air BROS (450 ml) daripada siri BROS Pure terbaharu.

Bergambar di Facebook

Individu-individu itu kemudian digalakkan melakukan pass-it-on dengan bergambar dengan pasukan sorak, memuat naik gambar ke halaman Facebook BROS dan melabelkan lima orang kawan pada gambar tersebut.

Mereka juga diberi peluang mencalonkan seorang kawan untuk dihadiahkan dengan sebuah botol daripada siri BROS Pure terbaharu.

"Menerusi semangat pass-it-on, kami berharap kempen ini boleh menggalakkan lebih ramai orang mempraktikkan amalan pengambilan air minuman kosong. Bagi mengamalkan pengambilan air minuman yang mencukupi setiap hari, kita perlu bermula dari sekarang.

"Kami berharap kempen Hydrate, Tag & Go akan mendorong ramai orang mempraktikkan pengambilan air minuman harian yang secukupnya dengan menggunakan botol air siri BROS Pure terbaharu," tambah Soon Teck.

Bagi seorang pengguna botol air BROS, Suzie Suparno dia mengakui, kerap membawa botol air sendiri ke mana jua dia pergi. Di tempat kerja, Suzie biasanya mengisi semula air daripada mesin air minuman yang disediakan. Malah, dia sentiasa menyediakan sebotol air di dalam kereta untuk memudahkan diri apabila haus.

"Malangnya, anak perempuan saya, Elly tidak suka minum air, tetapi hanya lebih sukakan minuman sejuk atau jus yang manis. Sememangnya kempen Hydrate, Tag & Go daripada BROS ini mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar kekal hidrat," kata Suzie ketika didekati oleh pasukan hidrasi BROS di pusat beli-belah 1 Utama.

Lima varian BROS Pure

Koleksi terkini botol air siri BROS Pure menawarkan rekaan botol yang ergonomik serta mempunyai tiub air dengan penutup. Mempunyai lima warna botol air berbeza, setiap botol disertakan dengan nama-nama kreatif iaitu Banana Peel, Blue Berry, Cherry Prime, Pepper Grey dan Sour Lime.

Koleksi botol air terbaharu yang bebas bisfenol A (BPA) itu diperbuat daripada Eastman TritanTM copolyester. Bentuk botol siri BROS Pure itu turut mencerminkan ciri-ciri kontemporari yang sesuai dengan cita rasa pelbagai peringkat umur.

Selari dengan namanya, keseluruhan rekaan botol air siri BROS Pure itu berhasrat untuk memastikan setiap sedutan adalah menyegarkan.

BROS yang menjadi jenama kebanggaan Living Wing Sdn. Bhd. menyokong tiga elemen nilai jenamanya - reka bentuk, kelestarian alam sekitar dan kualiti.

"Botol-botol BROS direka bentuk untuk selamat, mesra alam sekitar, serta menyeronokkan untuk menyerlahkan nilai-nilai kehidupan yang positif. Salah satu nilai utama BROS adalah reka bentuk," ujar Lee.

Koleksi botol minuman BROS Pure boleh dibeli di pusat-pusat beli-belah, pasar raya besar terpilih, kedai-kedai rangkaian dan peruncit di seluruh negara.

Siri itu hanya boleh didapati dalam botol bersaiz 450ml dan harganya ialah RM18.90 seunit. Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web www.bros.com.my.

Mesej kempen ais krim Magnum

Posted:

Mesej kempen ais krim Magnum

Oleh ALIF ABU BAKAR


NIKMATI mana-mana perisa ais krim Magnum bagi membolehkan anda menyertai peraduan Seek & Win.


SUASANA di Restoran Neo Tamarind, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur itu hingar bingar. Ratusan jemputan memenuhi ruang terhad zon eksklusif premis tersebut. Biarpun hujan lebat menyebabkan pakaian dan kasut hadirin basah, ia sedikit pun tidak mengganggu kelancaran acara pada hari itu.

Selepas sesi pendaftaran, para tetamu diberi sebatang ais krim Magnum yang mempunyai empat pilihan perisa. Menjengah ke ruang dalaman, atmosfera berubah dengan putaran muzik terkini oleh DJ Biggie.

Kesemua suasana di atas diwujudkan semata-mata meraikan pelancaran kempen terbaharu Magnum, Pure Pleasure yang memberi peluang kepada pelanggan mereka menyertai peraduan Seek & Win.

Kempen tersebut membuka peluang kepada pelanggan bagi memenangi rangkaian hadiah yang menarik. Ia bermula sejak bulan September lalu sehingga penghujung bulan November 2012.

Pengarah Pemasaran, Uniliver (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Hugo Verkuil yang berucap pada majlis tersebut berkata: "Kami percaya setiap individu berhak menikmati keseronokan dalam kehidupan seharian mereka.

"Salah satu cara bagi mendapatkannya sudah tentu menerusi nikmat kelazatan ais krim Magnum. Secara ringkasnya, setiap gigitan Magnum yang disaluti coklat Belgium memberikan perasaan yang menakjubkan."

"Ia salah satu alternatif memanjakan diri dan memberi ganjaran terhadap diri sendiri. Mesej kempen kami amat mudah iaitu kami mahu semua pelanggan berterusan memburu nikmat keseronokan dalam hidup mereka," katanya.

Tiang Magnum

Para tetamu turut diperkenalkan kepada empat tiang asas Magnum iaitu fesyen, kembara, muzik dan makanan. Keempat-empat elemen itu dipilih kerana ia adalah nikmat yang dikenal pasti Magnum sebagai pilihan tertinggi dan relevan dalam memenuhi keinginan orang ramai masa kini.

"Empat tiang asas kenikmatan itu membentuk tapak kepada kempen peraduan dalam talian terbaharu Magnum. Kami ingin semua pelanggan merasai nikmat kelazatan ais krim Magnum dan menerima ganjaran berupa hadiah-hadiah lumayan.

"Magnum percaya bahawa hari tanpa nikmat keseronokan adalah hari yang suram dan disebabkan itu, kami cuba mencipta hari yang penuh keceriaan buat pelanggan menerusi peluang yang ditawarkan ini," tambah Hugo.

Fokus utama acara malam itu ialah pertunjukan fesyen yang memaparkan elemen-elemen daripada empat tiang asas nikmat kehidupan yang diguna pakai oleh Magnum.

Pentas peragaan berlatar projeksi hadiah-hadiah kempen yang menanti peserta peraduan diserikan dengan langkah penuh yakin model-model yang menawan dalam persalinan koleksi baharu Debenhams.

Hadirin turut dihidangkan dengan pencuci mulut berinspirasikan Magnum yang disediakan oleh pakar pencuci mulut, Just Heavenly.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lagi bedilan meriam Syria mengenai Turki

Posted:

Lagi bedilan meriam Syria mengenai Turki

SEBUAH kereta berperisai tentera Turki mengawal kawasan di bandar Akcakale yang terletak di sempadan Syria kelmarin.


ANKARA – Agensi berita pemerintah Turki menyatakan bedilan meriam tentera Syria mengenai wilayah Turki untuk hari keenam.

Agensi berita Anadolu melaporkan bedilan meriam itu mengenai sebuah kawasan tanaman kapas dekat bandar Altinozu, berhampiran sempadan kedua-dua buah negara semalam.

Bagaimanapun, tiada laporan bahawa tentera Turki bertindak balas.

Terdapat beberapa orang yang bekerja di kawasan berkenaan ketika kejadian tetapi tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Ankara dan Damsyik saling berbalas bedilan meriam dan mortar sejak Rabu lalu.

Turki melakukan serangan balas itu apabila lima penduduknya maut akibat bedilan meriam Syria mengenai rumah di bandar Akcakale.

Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan perang saudara di Syria akan merebak menjadi konflik serantau melibatkan Turki.

Turki merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara. – Agensi

Chavez menang presiden Venezuela

Posted:

Chavez menang presiden Venezuela

SEJUMLAH penyokong Chavez meraikan kemenangannya di Caracas kelmarin.


SEJUMLAH penyokong Chavez meraikan kemenangannya di Caracas kelmarin.CARACAS - Presiden Hugo Chavez memenangi pilihan raya presiden Venezuela kelmarin selepas berdepan tentangan sengit pembangkang yang menuduhnya menggunakan kekayaan minyak negara secara tidak adil.

Susulan kemenangannya, Chavez mendapat mandat mentadbir Venezuela untuk enam tahun lagi.

Setelah 90 peratus undi dikira, Chavez memperoleh lebih 54 peratus undi berbanding 45 peratus undi daripada pencabarnya, Henrique Capriles

Berusia 40 tahun, Capriles merupakan seorang bekas gabenor negeri yang telah menyatukan pihak-pihak pembangkang di negara Amerika Selatan itu.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Chavez kelmarin dan menerima kekalahannya dengan hati terbuka.

"Jika anda hendak menang, anda juga perlu belajar menerima kekalahan," kata Capriles di ibu pejabat kempen politiknya di sini.

"Bagi saya, keputusan rakyat merupakan keramat. Saya seorang demokrat dan saya menghormati keputusan rakyat," tambahnya.

Sementara itu, beribu-ribu penyokong Chavez berhimpun di luar kediamannya di sini untuk meraikan kemenangan pemimpin mereka.

Pada perhimpunan tersebut, Chavez menyanyikan lagu kebangsaan Venezuela dan berikrar untuk menjadi seorang presiden yang lebih baik.

"Hidup Venezuela," kata Chavez.

Sebelum ini beliau menang pilihan raya presiden pada 2006 dan 1998. - Agensi

Lady Gaga muntah di atas pentas

Posted:

Lady Gaga muntah di atas pentas

GAMBAR yang dirakamkan dari YouTube semalam menunjukkan Lady Gaga berdiri di belakang seorang penari semasa dia muntah di atas pentas di Barcelona pada Sabtu lalu.


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Lady Gaga muntah beberapa kali di atas pentas semasa dia membuat persembahan di Barcelona, Sepanyol pada hujung minggu lalu, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Sebuah klip video yang dimuat naik di laman perkongsian video YouTube menunjukkan dia muntah di belakang seorang penari.

Semasa kejadian, bintang berusia 26 tahun itu menyanyikan lagu The Edge of Glory.

Bagaimanapun, penyanyi itu meneruskan persembahannya.

"Saya tidak akan melupakan Barcelona pada malam ini," kata Lady Gaga di laman Twitternya, Sabtu lalu.

Pada September lepas, bintang pop remaja, Justin Bieber muntah di atas pentas semasa konsert jelajahnya berlangsung di Glendale, Arizona.

Bieber yang berusia 18 tahun itu menyatakan dia muntah disebabkan meminum terlalu banyak susu.

Lady Gaga turut berada di Britain kelmarin untuk melancarkan minyak wanginya, Lady Gaga Fame di pusat beli-belah Harrods, tengah London. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Pekerja pecah amanah 32 ekor ayam, daging

Posted:

Pekerja pecah amanah 32 ekor ayam, daging

09/10/2012 6:37pm

SHAH ALAM — Seorang pekerja sebuah pasar raya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah 32 ekor ayam dan 20 kilogram daging bernilai RM633.40, dua bulan lepas.

Noor Shamser Noor Shah, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Asmadi Hussin.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pasaraya Segi, Jalan Sri Batu Caves, Taman Sri Batu Caves dekat sini, pada 12 tengah malam, 29 Ogos lepas.

Noor Shamser didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Hakim Asmadi membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.— BERNAMA

Geng Sek Taw aktif curi kenderaan tumpas

Posted:

Geng Sek Taw aktif curi kenderaan tumpas

09/10/2012 6:19pm

KUALA LUMPUR — Polis menumpaskan Geng Sek Taw yang aktif mencuri kenderaan di sekitar Lembah sejak tiga bulan lepas dengan tertangkapnya dua lelaki anggota kumpulan itu di Cheras dan Pandan Perdana di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, susulan penangkapan lelaki warga tempatan itu, polis menemui semula sembilan kenderaan pelbagai jenis dan peralatan pertukangan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah.

"Suspek berumur lingkungan 38 tahun itu kemudiannya membawa polis ke beberapa lokasi di kawasan tersebut, sekaligus membawa kepada penemuan kenderaan terbabityang diletakkan di tepi jalan, parkir awam dan kawasan perumahan, dipercayai untuk dijual.

"Siasatan mendapati lapan jenis kenderaan terbabit dicuri di kawasan Lembah Klang dan sebuah di Pahang, dengan rampasan dianggarkan bernilai RM400,000," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kenderaan terbabit ialah dua buah Proton Waja serta masing-masing sebuah Proton Wira Aeroback, Kia Optima, Kia Caren, Naza Citra, Hyundai, Toyota Hillux dan Mitsubishi Lancer.— BERNAMA

Pelajar bakal duduki STPM ditemui lemas

Posted:

Pelajar bakal duduki STPM ditemui lemas

09/10/2012 5:47pm

BESUT — Seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bulan depan ditemui lemas hari ini di kawasan perkelahan Air Terjun, Lata Tembakah, Hulu Besut di sini.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamaruddin Zakaria berkata, Muhammad Hafiz Azuan Ghazali, 19, tiba di kawasan itu kira-kira 9.30 pagi bersama tiga rakan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan.

"Sejam kemudian mereka naik ke kawasan air di tingkat tiga dan 15 minit kemudian mangsa yang sememangnya tidak tahu berenang didapati hilang dari pandangan rakan-rakannya.

"Pada mulanya rakannya menyangka mangsa telah naik ke tebing dan pergi ke kawasan hutan berdekatan tetapi setelah puas mencari tidak menemuinya dan mereka melaporkan kejadian itu kepada petugas dari Jabatan Perhutanan di situ," katanya kepada pemberita.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved