Ahad, 7 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Budaya bersosial sambil melukis

Posted:

Budaya bersosial sambil melukis

IRAMA lagu berentak perlahan berkumandang di segenap ruang The Studio@KL yang terletak di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Lebih kurang 20 orang yang berusia antara 30 hingga 50 tahun sedang asyik melukis dalam ruang seluas kira-kira 139 meter persegi.

Pelbagai lukisan berasaskan cat minyak digantung bersebelahan antara satu sama lain. Bersaiz besar, ia menjadi latar dinding galeri itu. Umpama dunia yang berbeza, hiruk-pikuk orang ramai di luar premis tersebut pada petang itu tidak sedikit pun memberi kesan kepada mereka.

Di salah satu sudut, Tutie Ismail sedang melukis gambar seekor kucing berwarna hitam. Ujarnya, ia merupakan ekspresi rasa sayang terhadap haiwan peliharaannya. Sambil memegang berus lukisan, sempat dia berbual dengan rakan di sebelahnya.

"Saint Elmo's Fire (nama kucing peliharaan) sangat nakal. Dia baru pecahkan pasu di rumah. Jadi, saya ubah warna menjadi hitam biarpun warna sebenar Elmo ialah oren," kata wanita yang berasal dari Bukit Jelutung, Shah Alam itu.

Bekerja dalam bidang perhubungan awam amat memenatkan Tutie. Mengadakan sesebuah acara daripada tiada apa-apa sehingga berjaya merupakan suatu kepuasan. Namun, tekanan kerja tetap ada walaupun ia merupakan kerja yang diminati.

Dahulu, dia akan ke gimnasium untuk bersenam atau melontarkan vokal sepuas hati di pusat-pusat karaoke bergantung pada tahap tekanan yang dialami.

Art Jamming

Walaupun bandar raya Kuala Lumpur semakin berkembang tetapi tempat untuk melepaskan tekanan akibat bebanan kerja amat kurang dan tiada pilihan. Jadi, wanita yang berusia 32 tahun itu menggunakan sumber yang ada.

Namun pada hari Sabtu hujung bulan Mei lalu, dia diperkenalkan oleh rakan-rakannya mengenai sebuah program yang dikenali sebagai Art Jamming di The Studio@KL.

Dia bersama rakan-rakan lain terus menyertai program tersebut dan hasilnya sebuah lukisan kucing direalisasi. Pada masa yang sama, Tutie dapat meluangkan masa dengan rakan-rakan wanitanya.

Art Jamming merupakan suatu bentuk pertemuan sosial bersama rakan-rakan yang berbeza jika dibandingkan dengan apa yang biasa dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Daripada duduk berbual-bual selama berjam-jam di restoran mamak atau menari di disko-disko atau kelab malam, mereka yang hadir ke Art Jamming dapat bermesra sesama sendiri sambil melukis.

Konsep bersosial sambil melukis bukan baharu di luar negara, bahkan ia cukup popular di beberapa buah negara seperti di Hong Kong, Dubai, Singapura, London dan Afrika Selatan.

Dalam laman web artjamming.com, pengalaman melukis sambil berkumpul dicipta oleh seorang pelukis tempatan, Betty Cheung apabila mengadakan acara Art Jam pada 4 Mac 2000 di Hong Kong.

Sejak itu, galeri lukisan milik Betty di Wellington Street terkenal dengan aktiviti yang mereka gelar sebagai paintertainment (hiburan melukis).

Art Jamming masuk ke Malaysia pada tahun lalu oleh The Studio@KL dan galeri tersebut menjadi perintis pada konsep itu di Malaysia.

Kata pemiliknya, Jonny Ishaque, 40, dalam masa lebih kurang tiga jam, mereka yang menyertai Art Jamming bebas melukis tanpa ada sekatan dan dibenarkan membawa makanan sendiri.

Bayaran yang dikenakan untuk setiap seorang ialah RM120. Jika datang secara berkumpulan seramai 11 orang, mereka hanya perlu membayar harga 10 orang. Setiap peserta diberi peralatan melukis seperti kanvas, bufet warna akrilik, struktur kuda-kuda (easel), apron dan berus pelbagai saiz.

Contoh lukisan

JADUAL The Studio@KL yang lebih fleksibel membuatkan Rajes selesa meluangkan masa untuk melukis di premis tersebut.


"Kami juga menyediakan beberapa contoh foto lukisan untuk dijadikan rujukan tetapi mereka bebas melukis dan tidak perlu meniru dengan tepat," kata Jonny yang berasal dari United Kingdom.

Antara lukisan yang kerap dilukis ialah pemandangan dan abstrak manakala pengunjung yang datang kebanyakan terdiri daripada ekspatriat serta penduduk tempatan di Kuala Lumpur.

Daripada mata kasar, Art Jamming kelihatan sama seperti kelas-kelas melukis lain tetapi kepada pencinta seni, Rajes Singam, 53, amat menyukai konsep yang terdapat di The Studio@KL itu.

"Saya tidak berbakat dalam seni tetapi sebab saya gemarkan bidang ini, jadi saya banyak menyertai kelas seni termasuk kelas lukisan dan penulisan kreatif," kata wanita yang bekerja sebagai jurulatih jualan dan perkhidmatan ini.

Sepanjang pengalaman menyertai kelas-kelas lukisan, dia terpaksa duduk di suatu tempat yang tetap. Interaksi antara pelajar sangat minimum dan hanya guru yang banyak bercakap.

Kadangkala ia memberi tekanan pula kepada pelajar apabila terpaksa mencapai standard yang ditetapkan seorang guru seni itu.

"Tetapi di sini, kami bebas melukis apa sahaja. Berbual sebentar dan kembali fokus pada lukisan. Bagi saya, seni lebih kepada kepuasan diri sendiri.

"Paling penting, kita bebas untuk datang pada waktu yang sesuai berbanding kelas lukisan biasa yang memiliki jadual tetap," kata wanita yang memiliki dua orang anak dan seorang cucu itu.

Di rumahnya yang terletak di USJ 16, Subang Jaya, Rajes banyak mengantung hasil karyanya yang dihasilkan sepanjang mengikut pelbagai kelas melukis.

Biarpun ia sebuah majlis sosial yang membolehkan orang ramai beramah mesra tetapi disebabkan terdapat aktiviti melukis, para peserta boleh kembali fokus kepada lukisan.

Ketelitian dan tumpuan yang diberikan untuk mendapatkan output yang dibayangkan di atas sekeping kanvas memberikan ketenangan kepada mereka yang menyertai Art Jamming.

Sepanjang sesi berlangsung, pemilik bersama The Studio@KL, Jennifer Tan yang merupakan seorang pelukis akan meninjau dan melihat-lihat mereka yang menyertai majlis sosial itu.

Jika terdapat peserta yang mahukan bantuan atau tunjuk ajar, Jennifer akan membantu. Wanita kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu mempunyai pengalaman dalam bidang seni lukisan di Hong Kong selama 25 tahun.

Merupakan seorang pelukis yang belajar sendiri, wanita berusia 46 tahun itu melukis untuk patron seni di Hong Kong yang membiayainya dengan cara membeli hasil karya Jennifer.

Beri inspirasi

Kata beliau, pelukis sememangnya memerlukan ruang yang boleh membantu memberi inspirasi terutama ketika melukis. Sehubungan itu, The Studio@KL pasti akan memainkan lagu-lagu yang boleh menaikkan perasaan seperti lagu lama sepanjang sesi.

SALAH satu daripada hasil karya individu yang memanfaatkan aktiviti melukis di The Studio@KL.


"Paling penting, sebagai seorang pelukis, kita tidak boleh berasa takut terhadap apa yang dikritik oleh orang lain terhadap hasil seni kita," katanya sambil menambah tidak mungkin orang lain dapat menterjemah perasaan pelukis melalui lukisan.

Selain menjadi sebuah tempat untuk rakan-rakan berkumpul, aktiviti Art Jamming juga memberi peluang kepada keluarga berkumpul dan melakukan perkara yang sama.

Pada petang itu, bukan sahaja kumpulan Tutie dan Rajes berkumpul tetapi terdapat sebuah keluarga yang turut menyertai Art Jamming.

"Daripada berjalan di pusat beli-belah, lebih baik berkumpul di sini untuk melukis dan berbual," kata Chew Hock Poon, 50, yang datang bersama-sama isteri dan anak perempuannya.

Menetap di Kelana Jaya, isteri Hock Poon, Malarvilli, 42, melukis imej kepala burung merak manakala anaknya, Alexandra Shruty, 8, yang kadangkala memerlukan bantuan ibunya melukis seekor rama-rama.

Lukisan terapi gangguan mental

Posted:

Lukisan terapi gangguan mental


TERDAPAT rawatan yang dikenali sebagai rawatan seni dalam menangani masalah pesakit psikiatri. - Gambar hiasan


DALAM laporan akhbar Kosmo! bertarikh 19 Januari 2011, bilangan pesakit mental yang menerima rawatan di hospital kerajaan pada tahun sebelumnya menunjukkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus. Dengan erti kata lain, jumlah tersebut ialah 400,227 orang.

Pada 3 Februari lalu, Utusan Malaysia melaporkan hasil Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun berdepan pelbagai penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Abdul Kadir Abu Bakar dipetik sebagai berkata, statistik terbaharu itu menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini menghidap penyakit mental.

Katanya, dalam tinjauan kajian itu juga mendapati, wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

Mengulas perkara berkenaan, Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail, 53, dari Pusat Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menyifatkan ia berlaku kerana tekanan ekonomi terutamanya mereka yang tinggal di bandar namun ini tidak bermakna penduduk di luar bandar tidak mengalami tekanan langsung.

Tekanan berlaku apabila seseorang itu menggunakan tenaga lebih daripada kapasiti yang boleh ditanggung. Sama seperti gelang getah, jika diberi daya yang berlebihan menyebabkan ia mengalami kegagalan dan putus.

Bagaimanapun jika kurang mengalami tekanan kerja juga tidak elok kerana menjadikan seseorang itu berada dalam keadaan terlalu rileks.

Ulas Khaidzir, Art Jamming yang merupakan sesuatu yang baharu di Kuala Lumpur tidaklah unik kerana ia telah lama digunakan dalam melegakan tekanan selain menjadi kaedah rawatan psikologi tetapi ia merupakan idea yang bagus.

Dalam bidang psikologi, terdapat satu kaedah rawatan yang dikenali sebagai terapi seni bagi membantu pesakit-pesakit menangani masalah terutama kanak-kanak.

Memendam rasa

Mereka yang menjalani terapi tersebut selalunya memendam perasaan dan sukar untuk meluahkan melalui percakapan atau perbuatan.

Kaedahnya ialah dengan meminta kanak-kanak melukis gambar sebuah keluarga jika mereka menghadapi masalah berkaitan.


PESAKIT yang mengalami gangguan mental kadangkala sukar menyalurkan perasaan sebenar yang dialami mereka.


"Daripada hasil lukisan, pakar terapi akan menanyakan beberapa soalan mengapa kanak-kanak terbabit tidak melukis individu tertentu.

"Jawapan yang diterima selalunya kerana mereka tidak suka dengan individu jahat tersebut malah ada yang menggunakan perkataan jahat untuk orang yang tidak dilukis," ujar Khaidzir.

Art Jamming memberi pilihan kepada penduduk bandar untuk menghilangkan stres terutama kepada mereka yang tidak gemar dengan suasana kelam dan bising di pusat karaoke atau kelab malam.

Ia boleh menjadi suatu cara eskapisme bagi mengalih perhatian peserta daripada rutin harian. Tambahan pula, konsep tersebut menggalakkan percampuran masyarakat pelbagai peringkat.

Berbeza dengan golongan profesional artis yang menjadikan lukisan sebagai mata pencarian dan memiliki minat mendalam.

"Mereka memiliki cara pemikiran yang berbeza dan cita rasa berlainan malah memiliki sifat halus dan sangat sensitif.

"Sebab itu, kadangkala mereka mempunyai personaliti berbeza dengan penampilan pakaian yang pelik dan berambut panjang," terang Khaidzir.

Barang yang dibeli juga memiliki tujuan yang lain. Kebanyakan orang membeli kerana jenama tetapi mereka berminat terhadap sesuatu produk disebabkan rekaan yang menarik. - ADLAN JAAFAR

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


300 pelajar ikuti program Kubu Pelajar Cemerlang SPM

Posted:

300 pelajar ikuti program Kubu Pelajar Cemerlang SPM

AHLI Jawatankuasa GPMS negeri Kedah bergambar dengan pelajar yang menyertai program Kubu Pelajar Cemerlang SPM 2012 di Sungai Petani baru-baru ini.


ILMU. Seramai 300 pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Merbok mengikuti program Kubu Pelajar Cemerlang 2012 anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di Kompleks Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani baru-baru ini.

Mereka merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar; SMK Bukit Selambau; SMK Merbok: SMK Amanjaya; SMK Sungai Layar dan SMKTaman Ria Jaya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abd. Rani ketika merasmikan program itu berkata, usaha itu diharap dapat memberi banyak manfaat kepada semua pelajar kerana mereka berpeluang mendengar ceramah tentang cara-cara menjawab soalan SPM.

"GPMS berharap program tersebut dapat membantu pelajar berkenaan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti," katanya.

Hari usahawan latih murid berniaga

Posted:

Hari usahawan latih murid berniaga

SEBAHAGIAN daripada murid-murid SKPP 16 (1) menyertai sambutan hari usahawan sekolah itu di Putrajaya baru-baru ini.


BERBAKAT. Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) (SKPP 16 (1) menganjurkan Hari Usahawan 2012 yang disertai guru dan murid sekolah itu baru-baru ini.

Hari usahawan itu menjadi platform terbaik khususnya kepada murid-murid untuk menggilap potensi mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa depan.

Guru Besar SKPP 16 (1), Norliah Hashim berkata, antara objektif utama penganjuran hari usahawan tersebut adalah untuk melatih serta memberi pengalaman kepada murid-murid dalam bidang perniagaan.

Selain itu, katanya, ia dapat meningkatkan kreativiti murid selain menjalin hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.

"Hari usahawan itu juga diadakan bagi mengumpul dana untuk menaik taraf dataran ilmu dan dewan serbaguna sekolah," katanya baru-baru ini.

Selain gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, bilik tayangan video berkaitan pendidikan dan rumah hantu turut disediakan.

Bekas pelajar meriahkan sambutan 100 tahun SK Sik

Posted:

Bekas pelajar meriahkan sambutan 100 tahun SK Sik

MANSOR (lapan dari kanan) dan Mohd. Tajudin (sembilan dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada bekas pelajar SK Sik pada majlis Sambutan 100 Tahun sekolah itu di Sik, Kedah baru-baru ini.


ULANG TAHUN. Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Sik diadakan dengan penuh meriah dengan 61 orang bekas pelajar sekolah itu dipilih menerima anugerah khas pada majlis yang berlangsung di sekolah itu baru-baru ini.

Antara penerima anugerah ialah tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsuddin Wan Yusof; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dan ADUN Jeneri, Datuk Yahaya Abdullah.

Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika merasmikan majlis sambutan itu berkata, penerima anugerah tersebut terdiri daripada mereka yang banyak menyumbang jasa kepada kemajuan negara dan negeri Kedah.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Dedikasi Badan Warisan Malaysia

Posted:

Dedikasi Badan Warisan Malaysia

Jam telah menunjukkan pukul 1 tengah hari. Kelihatan pekarangan ibu pejabat Badan Warisan Malaysia (BWM), Nombor 2, Jalan Stonor, Kuala Lumpur semakin lengang dan orang ramai sedang beransur pulang.

Namun, sebahagian peniaga yang terdiri daripada warga tempatan dan golongan Mat Saleh masih rancak menjalankan urus niaga walaupun barangan di meja jualan sebenarnya sudah hampir habis.

"Happy Hour! Happy Hour! Happy Hour! Semua barangan RM1! Semua barangan RM1!" kedengaran suara seorang peniaga di gerai yang terletak di hujung khemah.

Ketika itu, semua barangan seperti pakaian, permainan kanak-kanak, buku dan cakera padat di gerai itu dijual pada harga RM1.

Pada waktu itu juga kelihatan pelanggan mula berpusu-pusu ke gerai itu.

Senario begitu merupakan situasi normal di Bazaar Chic yang dianjurkan pada 29 September lalu.

Bazar itu menghimpunkan pelbagai barangan baharu dan terpakai berjenama untuk dijual kepada pelanggan.

KELENGKAPAN dan perhiasan rumah antik yang mempunyai nilai sejarah dijual pada harga yang berpatutan.


Bazar yang diadakan setiap dua tahun sekali sejak tahun 2008 itu merupakan kali ketiga penganjurannya bertujuan mengutip derma untuk meningkatkan kemudahan operasi BWM iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Barangan berjenama

"Barangan yang dijual di sini masih elok serta berkualiti, malah ada di antara barangan ini masih baharu. Saya percaya sesetengahnya masih belum dipakai," ujar dramatis terkenal tanah air, Vanidah Imran.

Vanidah atau lebih mesra dengan panggilan Vee mengakui, dia juga merupakan antara penyokong utama Bazaar Chic dan juga usaha-usaha untuk memulihara warisan negara oleh BWM.

Baginya, ini merupakan salah satu caranya untuk memberi sumbangan kepada pertubuhan itu kerana seluruh hasil jualan akan disalurkan secara terus kepada pertubuhan berkenaan.

"Apa yang paling menarik ialah harga barangan yang dijual sangat murah dan sudah pasti tidak akan dapat di tempat lain. Sebagai contoh, baju kemeja lelaki berjenama Raoul. Di sini ia dijual pada harga RM20 dan keadaannya masih seperti baharu.

"Kebanyakan peniaga yang berniaga di bazar ini terdiri daripada warga asing. Ini juga merupakan salah satu cara saya mengetahui serba sedikit kebudayaan dari negara mereka," jelasnya yang juga amat meminati barangan-barangan lama dan antik.

Peta antik

KEBANYAKAN pakaian berjenama antarabangsa sama ada yang baharu atau terpakai, habis diborong oleh pelanggan seawal pukul 10 pagi lagi.


Perkataan chic dipilih sebagai nama bazar tersebut kerana menurut definisi Dewan Bahasa dan Pustaka ia bermaksud bergaya. Ini selari dengan setiap barangan yang dijual di bazar berkenaan.

Tidak hanya tertumpu kepada barangan kelengkapan peribadi dan perhiasan rumah, terdapat satu gerai yang begitu menarik perhatian ramai iaitu gerai yang menjual pelbagai jenis peta.

Gerai yang dimiliki oleh warga United Kingdom iaitu Johan Nicholson, 70, itu menjual peta-peta antik yang jarang ditemui dalam era baharu ini untuk dijual kepada pelanggan.

Nicholson yang telah menetap di Petaling Jaya, Selangor sejak dari tahun 1968 mempunyai pelbagai jenis peta pelbagai negara terutamanya peta Tanah Melayu sebelum bergabung dengan Sabah dan Sarawak.

"Peta tersebut telah dilakar oleh pihak British pada tahun 1913 dan ia diperbuat daripada kertas linen. Peta antik itu dijual pada harga RM4,200 dan sehingga kini masih belum mempunyai pembeli," ujarnya sambil ketawa.

Berniaga dan menderma

Sementara itu, Halimah Mohd. Said yang menjual aksesori barang kemas kostum terpakai memberitahu, dia telah membuat persediaan untuk menyertai bazar ini sejak empat bulan lalu.

Setiap barang kemas kostum terdiri daripada campuran emas, permata, kaca dan manik itu diperoleh hasil sumbangan daripada rakan-rakan menerusi laman Facebook dan rakan terdekatnya.

Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan iaitu bermula RM5 hingga RM20 mengikut jenis dan keadaan barang kemas kostum itu. Jika mengikut harga pasaran aksesori itu mampu mencecah harga RM100 hingga RM500.

PELANGGAN juga dapat menikmati hidangan makanan dan minuman selepas penat membeli-belah.


"Mengikut pengalaman saya menyertai Bazaar Chic, gerai saya merupakan antara gerai yang sering menjadi tumpuan kaum wanita untuk mendapatkan aksesori diri.

"Segala hasil jualan saya di Bazaar Chic ini, saya akan serahkan kepada BWM untuk operasi NGO itu. Ini juga merupakan salah satu kerja amal yang dilakukan oleh saya dan rakan-rakan untuk membantu pertubuhan yang bertindak memulihara warisan negara ini," ujarnya yang juga sukarelawan BWM.

Tradisi tempatan dikongsi pelancong asing

Posted:

Tradisi tempatan dikongsi pelancong asing

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

PELANCONG dari Tanah Besar China dan Iran tidak ketinggalan mencuba alat muzik tradisional iaitu caklempong.


UNIT Pelancongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama penggiat industri pelancongan tanah air seperti agensi perhotelan, kelab persendirian, restoran dan peruncit bergabung menganjurkan festival khas untuk pelancong asing yang bertamu di ibu negara bulan lalu.

Festival Makanan dan Kebudayaan Kuala Lumpur 2012 itu membuka ruang kepada pelancong asing untuk mengenal dan merasai pelbagai makanan tradisi tempatan serta aktiviti kebudayaan yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Festival yang berlangsung meriah di pekarangan Kuala Lumpur City Gallery pada 12 September lalu, berjaya menarik ramai pelancong asing yang secara kebetulan berkunjung ke tempat bersejarah berdekatan dengan galeri tersebut iaitu Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib memberitahu, ia merupakan inisiatif kali pertama pihak DBKL menganjurkan festival khas untuk pelancong asing mengenal tradisi dan budaya masyarakat di Malaysia.


SEORANG wanita asyik menunjukkan cara menganyam tikar kepada pengunjung festival.


"Melalui festival ini, kami menyasarkan sebanyak 500 hingga 1,000 pelancong asing dapat sama-sama merasai keenakan hidangan tradisi tempatan serta mempelajari serba sedikit warisan kebudayaan yang terdapat di Malaysia.

"Walaupun hanya berlangsung selama sehari, pelancong juga dapat merasai gambaran suasana sebenar di kampung-kampung dengan melakukan aktiviti seperti mengacau dodol dan membuat ketupat, " jelasnya.

Sebanyak 33 gerai makanan, aktiviti kesenian dan kraf tangan dibuka sempena dengan festival tersebut dan setiap gerai itu terdiri daripada agensi perhotelan terkenal tanah air.

Setiap pelancong akan diberikan satu kupon berbentuk poskad yang tertera pelbagai jenis nama makanan tradisi tempatan sebagai panduan kepada mereka untuk ke gerai-gerai yang menghidangkan makanan tradisi tempatan.

Antara makanan tradisi tempatan yang dihidangkan ialah dodol, mi goreng mamak, teh tarik, kuih kapit, ketupat, lemang, kuih-muih, sate, pasembur dan nasi beriani.

Memukau pelancong

Seorang pelancong dari Austria, Birgit Harreiter, 24, berpendapat bahawa festival itu berjaya memberi sedikit sebanyak pengetahuan mengenai budaya tempatan kepadanya yang pertama kali berkunjung ke Malaysia.


HIDANGAN nasi beriani memberi peluang kepada pelancong untuk mencuba antara sajian kegemaran masyarakat Malaysia.


"Saya amat tertarik dengan hidangan makanan di sini dan salah satu makanan yang telah saya cuba ialah sate. Rasanya berbeza dengan makanan di Eropah," ujarnya yang melancong ke Malaysia bersama seorang rakannya, Stephanie Monschein.

Pelancong juga berpeluang untuk mempelajari seni kraf tangan tempatan seperti mencanting batik, menganyam tikar dan memarut kelapa secara tradisional.

Selain itu, mereka turut diajar cara untuk bermain permainan tradisional seperti sepak raga dan congkak oleh peserta di gerai yang terlibat.

Seorang lagi pelancong dari Perancis, Jules Crocy, 24 memberitahu, dia kagum dengan pelbagai budaya yang dikongsi oleh pelbagai masyarakat di bumi Malaysia.

"Pada pandangan saya, setiap makanan dan seni kraf tangan mempunyai nilai-nilai tradisi dan budaya yang melambangkan masyarakat di sini. Ia harus manjadi kebanggaan rakyat Malaysia," ujarnya.

Laluan motosikal juga berbahaya

Posted:

Laluan motosikal juga berbahaya

PIHAK berkuasa perlu membaik pulih dan meningkatkan tahap keselamatan di laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan.


Beberapa hari lalu media melaporkan mengenai dua kejadian kemalangan jalan raya ngeri melibatkan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan, Kuala Lumpur pada hari yang sama membabitkan dua remaja.

Walaupun berbeza waktu, namun kejadian di lokasi yang hampir sama itu membawa kesudahan serupa iaitu S. Nathanraj dan Muhammad Amirul Mazlan, masing-masing berusia 19 tahun meninggal dunia akibat cedera teruk.

Kedua-duanya juga berkongsi sebab yang sama kemalangan apabila mereka tidak menggunakan lorong motosikal yang disediakan di lebuh raya berkenaan.

Tinjauan Kosmo! di lebuh raya tersebut mendapati masih ramai pengguna motosikal yang berdegil atau mempunyai sebab-sebab tertentu untuk mengelak daripada menggunakan lorong khas yang disediakan.

Rata-rata, ada di antara mereka yang secara tidak sengaja menggunakan jalan kenderaan besar yang dilihat mudah dan selesa untuk keluar dan masuk.

Tetapi agak mengejutkan apabila ramai juga yang mengakui lorong khas itu tidak selamat dan merbahaya. Respons pertama yang terpacul dari mulut mereka adalah, 'jalan teruk!'

"Sebelum ini saya pernah menunggang motosikal menggunakan laluan khas motosikal. Keadaannya sangat teruk kerana jalan licin, lubang sana-sini, selekoh tajam, semuanya mengundang bahaya. Namun, saya tiada pilihan lain untuk terus menggunakannya," kata Danny Kumar, 27 dari Klang, Selangor yang kini akhirnya terpaksa berkongsi kereta dengan kawannya untuk ke pejabat.

Dia meminta pihak berkuasa bukan sahaja memantau dan menyaman pengguna motosikal yang menggunakan jalan besar, tetapi pada masa yang sama turut membuat kerja-kerja penyelenggaraan di laluan khas motosikal agar lebih selamat.

Kejadian samun

Katanya keadaan lebih buruk apabila berlaku kerja-kerja pembinaan berdekatan lorong motosikal, kerana segala pasir atau tanah akan dibiar begitu sahaja. Apabila hujan keadaan menjadi lebih teruk apabila laluan khas itu berlumpur dan banjir.

"Bayangkan bagaimana ketika berpakaian bersih dan kemas untuk ke pejabat, kami hampir saban hari melalui situasi itu. Akhirnya ramai yang terpaksa memilih laluan besar," tambah Danny lagi.

Seorang lagi penunggang, Azmin Abdul Halim, 40, memberitahu, dia tidak gemar menggunakan lorong motosikal pada waktu malam kerana jalan di situ tidak berlampu yang membahayakan lagi keselamatan penunggang.

"Alhamdulillah, saya tidak pernah mengalami kejadian malang, tetapi saya sering juga terserempak dengan penunggang yang terlanggar lubang dan terjatuh. Biasanya penunggang baharu tidak perasan," katanya yang berharap supaya lubang-lubang di lorong motosikal diselenggara demi keselamatan semua pengguna motosikal.

Detektif Urban! turut diberitahu mengenai sindiket yang menahan motosikal di bawah terowong atau jambatan untuk menyamun wang dan barangan.

Tidak ketinggalan ada pula individu dipercayai sengaja membuang paku di atas jalan di laluan itu. Kelompok ini didakwa mereka mengambil untung dengan membaiki tayar pancit motosikal mangsa.

Pihak berkuasa seharusnya memeriksa sendiri keadaan lorong motosikal di Lebuh Raya Persekutuan dan laluan-laluan motosikal lain untuk menjamin keselamatan golongan pengguna itu. - NIZHA PERIASWAMY

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Wanita paling ramai derma organ

Posted:

Wanita paling ramai derma organ

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
berita@kosmo.com.my

LAM THYE (duduk) melihat pelajar Institut Pendidikan Guru Kota Bharu, Nur Athirah Aripin, 21, (kiri) mendaftar nama sebagai penderma organ di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Golongan lelaki sepatutnya rasa tercabar untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan pemindahan organ selepas statistik Pusat Sumber Transplan Nasional mendapati bahawa wanita yang lebih ramai menandatangani ikrar mendermakan anggota tubuh masing-masing dengan membabitkan 112,224 orang.

Jumlah itu membentuk 55 peratus daripada 205,478 penderma di seluruh negara dengan lelaki pula seramai 92,263 orang atau 45 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, selain angka yang besar dalam kalangan penderma wanita, pihaknya juga bangga dengan kesediaan belia berumur antara 25 hingga 35 tahun yang mewakili lebih 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penderma.

"Ini adalah hasil daripada usaha kita menumpukan kempen di sekolah, kolej dan universiti seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran golongan muda tentang kepentingan menderma organ.

"Golongan muda menjadi sasaran utama kempen dan kita berharap mereka bukan sahaja akan berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pengikrar bahkan turut menyebarkan pula maklumat kepada masyarakat setempat," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kerajaan serius tangani masalah mental remaja

Posted:

Kerajaan serius tangani masalah mental remaja

TIONG LAI bersama petugas majlis Hari Kesihatan Mental Sedunia di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan memandang serius trend peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun ke bawah di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik menunjukkan masalah kesihatan mental melibatkan golongan itu meningkat kepada 13 peratus pada 1996, 19.4 peratus pada 2006 dan 20 peratus tahun lalu.

"Kita amat bimbang dengan trend peningkatan masalah kesihatan mental remaja dan kanak-kanak kerana ia dikhuatiri boleh membantutkan proses pembangunan kerana golongan ini merupakan aset negara," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di sini semalam.

Beliau menarik perhatian bahawa golongan remaja dan kanak-kanak kini dipengaruhi internet dan teknologi komunikasi sehingga kurang berinteraksi manakala ibu bapa yang sibuk bekerja pula memandang ringan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang disimbah cat

Posted:

Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang disimbah cat

Oleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my

TONG KEONG menunjukkan keretanya yang disimbah cat merah dan cermin belakang dipecahkan oleh individu tidak dikenali di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Kereta milik Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong menjadi mangsa khianat apabila disimbah cat merah manakala cermin belakang kenderaan itu turut dipecahkan petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.10 petang di tempat letak kereta pejabat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Penang Free (OFA) di Jalan Sultan Ahmad Shah dekat sini.

Tong Keong ketika ditemui memberitahu, beliau tiba di OFA pada pukul 2.50 petang untuk bertemu dua rakannya bagi membincangkan beberapa program politik di negeri ini yang bakal dijalankan tidak lama lagi.

Katanya, kejadian berlaku semasa hujan lebat dan hanya disedari oleh seorang pelayan di situ.

"Pelayan itu memberitahu saya bahawa kereta jenis Nissan Sylphy milik saya disimbah cat merah dan dia ternampak dua lelaki memakai baju hujan menaiki motosikal meninggalkan tempat itu secara tergesa-gesa.

"Saya bersama rakan kemudian bergegas keluar memeriksa kerosakan pada kereta. Walaupun tidak menuduh sesiapa tetapi saya percaya tindakan itu ada kaitan dengan politik," ujarnya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Belum selamat

Posted:

Belum selamat

INDRA (bawah) mengasak pemain Selangor, Rames Dayoub pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.


KELANTAN belum boleh menarik nafas lega sekalipun melakar kemenangan 1-0 ke atas Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Kelantan terlebih dulu dikejutkan dengan beberapa siri serangan awal pasukan pelawat menerusi gandingan, Mohd. Amri Yahyah dan Basko Balaban.

Tersentak dengan asakan tersebut, Kelantan memperkemas serangan dan memperoleh dua peluang terbaik pada minit keenam dan ketujuh.

Bagaimanapun, percubaan Norshahrul Idlan Talaha dan Nurul Azuan Roya berjaya ditepis oleh penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

The Red Warriors terus 'menekan' benteng pertahanan Gergasi Merah dan hampir berjaya memecahkan kebuntuan gol menerusi Mohammad Ghaddar pada minit ke-15, namun penyerang import itu masih gagal merobek gawang lawan.

Indra Putra Mahyuddin turut hampir meletakkan Kelantan di hadapan pada minit ke-41,

namun rembatan kencangnya berjaya ditepis Norazlan.

Bersambung babak kedua, Kelantan dilihat lebih banyak menguasai perlawanan namun sekali lagi kecewa dengan ketumpulan jentera serangan mereka,

Usaha tuan rumah untuk mendapatkan gol akhirnya berhasil pada minit ke-62 menerusi Nor Farhan Mohammad yang bijak memperdayakan benteng pertahanan pelawat.

Selangor memperoleh peluang terbaik menyamakan kedudukan pada minit ke-77, namun sepakan percuma kapten, Safiq Rahim sedikit tersasar.

Dengan keputusan itu, Kelantan dijangka berdepan tugas sukar apabila bertandang ke Stadium Shah Alam, Jumaat ini bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua.

Awas serangan kilat

Posted:

Awas serangan kilat

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


THAMIL ARASU (kiri) meledak gol buat Harimau Muda ketika menentang Balestier Khalsa pada 27 September lalu.


ADA sesuatu yang mengganggu fikiran pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang pertemuan menentang Balestier Khalsa dalam aksi Liga Singapura (Liga S) di Stadium Yishun hari ini.Ia ekoran kekebalan benteng pertahanan skuad kendalian Darren Stewart itu yang dilihat cukup ampuh apabila sekadar bolos 17 gol dalam saingan musim ini.

Justeru, Kim Swee menuntut anak-anak buahnya sentiasa berwaspada dengan serangan kilat Balestier jika enggan 'berputih mata'.

"Mereka hanya bolos 17 gol, jadi saya percaya Balestier pasti mengamalkan corak bertahan. Jika kami terlalu asyik menyerang, tidak mustahil kami akan dihukum serangan pantas Balestier.

"Jadi, saya harap pemain dapat bertindak matang dalam perlawanan itu sekali gus membawa pulang tiga mata," kata Kim Swee.

Untuk rekod, aksi Harimau Muda-Balestier sepatutnya berlangsung pada 27 September lalu, namun perlawanan itu terpaksa ditangguhkan gara-gara faktor cuaca.

Harimau Muda ketika itu sedang mendahului 1-0 hasil jaringan A. Thamil Arasu.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam pusingan pertama Liga S sebelum ini juga tidak memihak Harimau Muda apabila kecundang 0-2 di Stadium Toa Payoh, April lalu.

"Perkara yang dilepas tak perlu dikenang, saya percaya pemain-pemain saya sudah bersedia membuka 'buku' baharu dalam perlawanan itu nanti.

"Ia cukup penting buat kami yang memerlukan sekurang-kurangnya dua lagi kemenangan bagi menamatkan saingan di tangga kelima liga musim ini," kata Kim Swee.

Selepas menentang Balestier Khalsa, Harimau Muda yang kini mengutip 35 mata bakal membuat perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum melayan kunjungan Geylang United empat hari selepas itu.

Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November depan.

ATM ceria bawa pulang satu gol

Posted:

ATM ceria bawa pulang satu gol

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

MARLON (kanan) bersaing dengan pertahanan Lions XII, Baihakki Khaizan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.


PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ternyata berpuas hati dengan kejayaan mengikat Lions XII 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.

Satnianathan menganggap ATM telah mempamerkan persembahan cemerlang meskipun mengakui barisan pemainnya mengalami kesukaran beraksi di atas padang rumput tiruan.

ATM membuka tirai jaringan menerusi penyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-52 sebelum Muhammad Safuwan meledak gol penyamaan buat Lions XII sepuluh minit sebelum perlawanan berakhir.

"Mana-mana pasukan di dalam dunia ini tidak akan mampu beraksi dengan baik sekiranya hanya diberikan peluang sekali untuk mencuba (padang rumput tiruan).

"Tetapi saya sangat kagum dengan semangat pemain-pemain saya sehingga berjaya mendapat pulang satu gol di tempat lawan.

"Itulah paling mustahak dan pada saya, kami sudah berjaya pada peringkat separuh akhir pertama," kata Sathianathan kepada Kosmo! Ahad semalam.

Sathianathan memberitahu, pasukannya kini berada di landasan yang terbaik dalam usaha untuk melayakkan diri ke pentas final Piala Malaysia.

Bagaimanapun, Sathianathan enggan anak-anak buahnya terlalu selesa dengan keputusan itu sambil menyifatkan tugas mereka hanya akan selesai di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Khamis ini.

Katanya, kepulangan Zaquan Adha Abdul Radzak selepas menjalani penggantungan satu perlawanan bakal memperkuatkan cabaran ATM bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua itu nanti.

"Peluang kami cerah (untuk mara ke final). Satu gol di tempat lawan sangat penting bagi kami.

"Namun, saya tidak mahu mereka alpa atau mendabik dada di atas kejayaan itu kerana kami masih memiliki 90 minit lagi untuk merealisasikan hasrat kami untuk melangkah ke final.

"Jadi sekali lagi saya mahu para pemain ATM memberikan tumpuan 100 peratus pada aksi separuh akhir kedua nanti," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Jaket peluk untuk pengguna Facebook

Posted:

Jaket peluk untuk pengguna Facebook

KINI, pengguna Facebook boleh merasakan seperti dipeluk sewaktu memakai jaket Like-A-Hug dan rakan mengklik butang "Like" pada status mereka.


SAN FRANCISCO - Sehelai jaket yang dibangunkan oleh Institut Teknologi Massachusetts (MIT) membolehkan pengguna laman sosial Facebook berpeluk antara satu sama lain tidak kira di mana pun mereka berada.

Jaket yang dikenali sebagai Like-A-Hug itu dipamerkan pada Jumaat di laman web perekanya, Melissa Kit Chow.

Disifatkan sebagai 'media sosial yang boleh dipakai', jaket tersebut akan mengembung dan memberikan perasaan seperti dipeluk kepada pemakainya apabila rakan-rakan di Facebook mengklik "Like" pada status yang ditulis.

Chow bekerjasama dengan Andy Payne dan Phil Seaton di Makmal Media MIT untuk menghasilkan jaket berwarna hitam itu.

" Like-A-Hug membolehkan kita berasa lebih rapat biar pun jarak fizikal adalah jauh," kata Chow. - AFP

Kerajaan Filipina rugi RM7.5 bilion

Posted:

Kerajaan Filipina rugi RM7.5 bilion

GLORIA MACAPAGAL ARROYO


MANILA - Filipina mengalami kerugian sebanyak AS$2.46 bilion (RM7.5 bilion) berikutan salah guna dana dan harta negara sewaktu tahun-tahun akhir pentadbiran bekas presidennya, Gloria Macapagal Arroyo, jelas Suruhanjaya Audit semalam.

Suruhanjaya Audit mendedahkan keraguan-keraguan yang kebanyakannya berlaku sekitar tahun 2007 hingga 2009 dalam siasatan yang melibatkan lebih 61,000 agensi kerajaan pada tahun lalu.

"Kebanyakan hasil siasatan audit dikategorikan sebagai kerugian kewangan kerajaan akibat pelanggaran undang-undang dan peraturan," jelas laporan yang disiarkan buat pertama kali di laman webnya semalam.

Lebih 4,000 kes perbelanjaan tidak sah, pemberian wang pendahuluan yang tidak direkodkan, tuntutan palsu, aset hilang dan projek terbangkalai menjadi punca kerugian tersebut. Jumlah itu bersamaan dengan 5.6 peratus bajet kerajaan Filipina untuk tahun ini.

Antara dana yang disalah guna ialah wang untuk keluarga miskin yang diberi setiap bulan bagi memastikan anak-anak mereka boleh terus bersekolah.

Ketua Audit Negara, Grace Tan dalam satu surat kepada akhbar-akhbar di Manila menyatakan bahawa audit dilakukan ke atas perbelanjaan tahun 2010, sebaik sahaja Aquino Benigno dilantik sebagai Presiden Filipina.

"Kerugian kewangan tidak semestinya disebabkan oleh rasuah. Hanya mahkamah boleh membuat keputusan mengenai kes rasuah," kata Tan.

Aquino dikatakan telah mengarahkan seorang peguam antirasuah khas untuk menfailkan pendakwaan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam 744 kes.

Arroyo kini ditahan di sebuah hospital tentera di Manila selepas dituduh menggunakan wang dana loteri negeri berjumlah AS$8.8 juta (RM27 juta) untuk kempen pilihan rayanya. - AFP

Alec Baldwin sanggup potong gaji

Posted:

Alec Baldwin sanggup potong gaji


ALEC BALDWIN dan isteri, Hilaria Thomas pada majlis mengumpul dana di New York pada 4 Oktober lalu.


LOS ANGELES - Pelakon Hollywood, Alec Baldwin pada Khamis lalu menyatakan dia sanggup gajinya dipotong sebanyak 20 peratus demi memastikan sitkom komedi 30 Rock terus dapat disiarkan.

Sitkom yang pernah memenangi anugerah Emmy itu kini sedang dalam musim ketujuh dan terakhirnya.

Dalam laman Twitter miliknya, Baldwin menulis: "Saya menawarkan NBC supaya memotong gaji sebanyak 20 peratus bagi membolehkan musim ketujuh dan kelapan 30 Rock disiarkan.

"Saya sedar masa sudah berubah. Saya pun sudah memikirkan untuk berehat buat sementara waktu." - Reuters

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kapal George Washington singgah di Malaysia

Posted:

Kapal George Washington singgah di Malaysia

07/10/2012 6:11pm

PELABUHAN KLANG - Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS), USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.

Pegawai Pemerintahnya, Kapten Greg Fenton berkata, persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.

"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.

"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan di di Port Klang Cruise Centre, di sini hari ini.

Beliau berkata, anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).

Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok. - BERNAMA

Nelayan wajib sedia jaket, pelampung

Posted:

Nelayan wajib sedia jaket, pelampung

07/10/2012 5:05pm

YAN - Semua nelayan wajib menyediakan jaket serta pelampung keselamatan dalam bot mereka ketika keluar menangkap ikan di laut sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, dalam kebanyakan kes kecemasan sebelum, nelayan yang terselamat ialah mereka yang menggunakan jaket atau pelampung terbabit.

"Jaket keselamatan hanya boleh bertahan enam jam sahaja, jadi nelayan juga perlu menyediakan pelampung bagi membantu mereka jika jaket tidak berfungsi," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Lesen Sampan dan Jaket Keselamatan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Udang, di sini hari ini.

Mohd. Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata, peraturan tersebut telah dikuat kuasa oleh kerajaan awal tahun ini namun masih ramai nelayan yang gagal mematuhi arahan itu.

Beliau berkata, kementeriannya dengan beberapa agensi lain seperti Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan Negeri Kedah, akan menggiatkan kempen mengenai kepentingan jaket dan pelampung keselamatan agar aspek membabitkan keselamatan diri dan pekerja dipandang serius.

Beliau berkata, jika ada nelayan yang gagal untuk mematuhi peraturan tersebut mereka akan dikenakan tindakan digantung lesen menangkap ikan selama enam bulan.

Katanya lagi, peraturan serupa juga terpakai bagi nelayan yang menawarkan perkhidmatan memancing di laut kepada orang ramai. - BERNAMA

JPJ sasar pasang 831 kamera AES

Posted:

JPJ sasar pasang 831 kamera AES

07/10/2012 4:15pm

PEKAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad hari ini.

Beliau berkata, setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu.

"Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis," katanya kepada pemberita selepas menutup program 'Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)' di sini.

Ismail berkata, AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

"Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat," katanya. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Saya sebuah jenama - Nazim Othman

Posted:

Saya sebuah jenama - Nazim Othman

MEMACU pengaruh dan sudah mampu membikin hati peminat cair, Nazim Othman memang layak digelar hero televisyen.

Membina nama sejak awal tahun 2011, kedatangan pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman ke bidang lakonan sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2008.

Ketaranya, pelakon kelahiran Skudai, Johor itu memanggil pesona menerusi drama-drama rantaian popular yang berjaya menjana saham di hati penonton.

Mengintai sari kepada perdu pendirian yang mendedikasikan dirinya tampil yakin sebagai sang aktor, Nazim mengambil satu falsafah sebagai kunci peribadinya.

"Saya juga penulis, saya tulis matlamat hidup saya. Apa yang sedang saya capai tahun ini adalah apa yang telah saya tulis tahun lepas.

"Saya catatkan setiap kemahuan saya di atas kertas dan berusaha sehabis baik untuk memenuhi kemahuan itu.

"Alhamdulillah, sebahagian yang dilihat pihak luar terhadap diri saya hari ini, sebahagiannya telah menepati apa yang saya cita-citakan," duta jenama jam tangan antarabangsa, Ellesse itu menyusun patah kata.

Sesuatu yang menarik terluah daripada ulas senyumnya, kata Nazim, percaturannya memasuki bidang popular bukan hanya mahu dibayar upah atas kerja lakonan yang dibuat.

"Saya letakkan diri saya bukan hanya sebagai pelakon tetapi sebagai ahli perniagaan. Saya berniaga bakat dan imej yang saya bawa kerana saya juga sebuah jenama. Sebab itulah saya kena tertib dan menjaga gaya. Saya tidak boleh tampil selekeh.

"Bila-bila masa juga orang boleh merakamkan gambar saya dan menyebarkan kepada umum. Dibuatnya gambar itu diambil dalam keadaan tidak sepatutnya, sekelip mata sahaja apa yang saya bina boleh musnah," ujarnya yang tidak akan sesekali memakai selipar atau berseluar bermuda walaupun untuk keluar bersantai.

"Lainlah kalau saya pergi mandi laut atau bercuti di pulau. Lagipun tak salah untuk jadi seorang bergaya. Kawan-kawan pun gelarkan saya 'mat smart'. Saya okey sebab untuk berjaya pun seseorang itu harus tampil smart," meletus ketawanya di situ.

Acuan pelakon Korea

Memasuki topik lakon, bekas pramugara yang mencuri perhatian dengan karakter Bazli dalam Dejavu Di Kinabalu serta Shamiel (Kau Yang Terindah) itu diminta memberikan sedikit prakata. Kerja lakonannya boleh dipuji dan penghayatan yang diberi sedikit sebanyak melonjakkan nama Nazim sendiri.

Sedar bahawa setiap individu pasti ada rujukan kerja, wajah yang dilihat semakin mendapat kepercayaan pengarah wanita, Erma Fatima itu ditebak tentang corak

"Sebenarnya, sehebat mana pun metod lakonan oleh pelakon-pelakon besar di luar sana, pokok pangkalnya terpulang kepada kejujuran dan penerimaan penonton. Membawa dan memberi emosi yang tepat.

"Saya pula peminat cerita Korea, nampak sahaja drama seram atau filem Korea yang menarik, saya akan cari versi cakera video digital (DVD) berkenaan untuk ditonton berulang-ulang di rumah.


PESONA Nazim semakin menyerlah di televisyen.


"Saya suka stail lakonan mereka yang subtle (licik), halus tetapi tidak keterlaluan. Lakonan mereka seperti tiada perasaan tapi saya dapat rasa impak itu dalam kerja saya.

"Saya juga sanggup keluar belanja sendiri untuk beri gaya kepada karakter saya. Saya beli enam pasang sut untuk drama Dejavu Di Kinabalu.

Mahu dihargai

"Kiranya drama itu eksperimen saya untuk jadi pelakon yang subtle. Ada sebab saya buat begitu. Saya tahu nama saya tidak sekuat Aqasha, Tiz Zaqyah pula sangat hebat.

"Jadi, saya kena pastikan kewujudan saya dirasai," katanya yang bakal menjadi sandaran Erma Fatima untuk beberapa naskhah akan datang.

Tidak termasuk teater Tun Dr. Siti Hasmah yang sudah memulakan rejim latihan minggu lalu, Nazim bakal muncul dalam telemovie Tersalah Cinta dan Bayang Rindu serta sekali lagi sudah diikat untuk drama episod Bukan Untukmu siaran TV9. Semuanya bawah tangan Erma Fatima sebagai pengarah.

"Saya rasa dia (Erma) sedang baca karakter saya. Tak tahulah, tapi tiada apa-apa istilah, rasanya memang begitu cara dia bekerja," ulasnya saat diusik sebagai anak emas pengarah berkenaan.

Dalam fasa mengukuhkan pengaruhnya juga, Nazim mengakui semakin mencapai rentak selesa di layar kaca. Di sebalik perasaan itu, ada kebimbangan bersarang di hati.

Dia dipaksa melompat ke satu dimensi yang selama ini tidak pernah dilalui sejak bergelumang dengan lakonan.

Letak tepi soal tidak pernah berlakon filem kerana bagi Nazim, interpretasi karya seni itu belum sedia untuk dilangkahinya. Fokusnya kepada teater dan lebih hebat lagi, watak yang dilakonkannya itu bukanlah satu watak sembarangan.

"Walaupun saya hanya bawa wataknya ketika muda, tetap itu watak Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau bekas Perdana Menteri Malaysia dan beliau masih hidup. Saya tidak mahu dimalukan dengan lakonan sendiri dan saya tidak mahu bekas pemimpin yang disayangi negara itu berasa malu dengan lakonan saya.

Menyerah kalah

"Saya terbiasa bermain dalam ruang yang kecil. Jadi, semasa mula-mula berlatih, saya masuk dengan rasa sangsi. Saya sudah goyang dan takut bahkan pernah angkat tangan menyerah kalah kerana saya tak mampu nak teruskan.

"Teater bagaimanapun berikan kekaguman kepada saya. Saya semakin menghormati pelakon-pelakon teater dan sekarang saya sedang ambil peluang itu," katanya yang buat kali pertama bakal muncul sebagai pelakon teater di Istana Budaya, November nanti.

Mengalir tanpa dirancang, ungkapan law of attraction yang boleh didefinisikan sebagai hukum tarikan menyelinap tanpa sedar.

Ia menjadi topik menterjemahkan daya intelek yang membentuk personaliti Nazim ketika ini.

"Saya tertarik dengan novel The Secret, ia bercerita tentang law of attraction. Mula-mula saya tengok versi DVD kemudian saya beli pula versi novel.

"Sekarang baru saya faham apa yang diperkatakan oleh buku itu. Ia tentang pemikiran positif. Percaya kepada kata hati tapi dalam waktu sama, kata hati itu harus berada di jalan yang betul," kekasih dramatis pelakon Bella Dally itu memberi petunjuk tentang cara pemikirannya.

Hasil daripada hipotesis yang dilakukan, dia percaya dalam kehidupan ini, manusia dipengaruhi oleh aura.

"Setiap perkara yang kita rasa, negatif atau positif, ia akan berbalik semula kepada diri kita. Sebab itulah saya semakin berhati-hati dengan apa yang saya rasa. Saya kena kawal diri, kawal rasa.

MINAT kerja pelakon Korea, Nazim ambil inisiatif untuk membawa karakter lakonan secara subtle iaitu natural, halus serta tidak keterlaluan.


"Ia termasuklah dari semua segi. Saya cuba kawal perkara berkenaan saya, kerja, duit, penampilan, pakaian serta publisiti.

"Saya juga semakin terbuka dengan apa jua kritikan, kerana bagi saya hidup ini pendek. Saya mahu bahagia menjadi diri saya sekarang," katanya panjang lebar.

Berhenti sebelum terlebih, Nazim membayangkan satu kejutan yang bakal berlaku dalam hidupnya. Ia sebagai lanjutan kepada pengukuhan jenamanya yang bakal dilancarkan tahun depan.

Iqram lupakan dunia glamor

Posted:

Iqram lupakan dunia glamor

DUA kali diberikan kepercayaan untuk mengajak peminat bercuti ke luar negara, Disember nanti Iqram akan ke Korea pula.


PERNAH suatu ketika, melihat wanita yang tidak menutup aurat pun boleh mendatangkan rasa berdosa buat dirinya. Perasaan yang tiba-tiba melintas itu membuatkan dirinya berasa tidak selesa.

Tidak sekadar didatangi perasaan pelik yang langsung tidak pernah dibayangkan olehnya, pelakon yang popular dengan imej metroseksual itu bagaimanapun mengakui:

"Rasanya imej saya sekarang tidak mendatangkan masalah. Asalkan bersih, kemas dan menutup aurat. Masa mula-mula didatangi perasaan mahu berhijrah dahulu, saya lagi teruk".

"Saya pernah rasa nak muntah bila pakai minyak wangi, tolak ajakan ke acara hiburan. Tengok perempuan tak tutup aurat pun rasa berdosa. Benda-benda begitu juga buat saya jadi takut dan paranoid jika memikirkan saya masih belum belajar untuk kembali kepada fitrah," jelas Iqram Dinzly saat merungkaikan situasi emosinya yang sedang dalam fasa perubahan sejak Ramadan lalu.

Ramadan lalu juga, Iqram pernah menyertai komuniti Fitrah yang ditubuhkan oleh beberapa orang artis lain yang mempunyai misi untuk belajar dan mendalami ilmu agama dengan lebih luas.

Jelas Iqram juga, selama beberapa bulan ini, dia menolak semua tawaran berlakon kecuali membuat penampilan istimewa dalam drama episod, Julia yang kini ditayangkan di TV3.

"Sekarang saya cuma terlibat dengan Jalan-Jalan Cari Makan. Saya terlibat dalam Julia pun hanya untuk dua hari penggambaran sahaja di Korea. Selebihnya saya hanya tolong-tolong bahagian penerbitan.

"Lepas pulang dari Korea, barulah saya dapat rasa semula Iqram Dinzly yang dahulu, tapi masih keliru dan masih banyak benda yang saya perlu belajar. Pernah sewaktu bulan puasa lalu saya berhasrat untuk berhenti daripada bidang lakonan," katanya.

Secara sedar, Iqram menyifatkan peralihan kerohanian yang sedang berlaku terhadap dirinya seiring dengan peningkatan usia.

"Setiap orang ada zaman hitam, zaman nakal dan buat semua perkara ikut perasaan dan hanya memikirkan keseronokan. Saya pernah lalui fasa itu tapi sekarang, walaupun saya cuba untuk berhibur dengan cara pergi ke kelab malam, saya sudah tiada perasaan. Akhirnya baik lepak di luar kelab sahaja," jelas Iqram yang masih mencari jawapan menterjemah kitaran hidupnya ketika ini.

Di sebalik hilang keterujaan untuk bersama rakan-rakan seperti dahulu, Iqram bersyukur kerana nikmat duniawi sebegitu yang ditarik oleh Allah SWT, itu nikmat yang tidak sepatutnya ada dalam diri saya pun. Saya juga tidak kesal kerana semua itu pasti satu pengalaman berguna buat saya."

Tambah Iqram: "Saya tidak mahu bercakap banyak, takut orang salah anggap. Rasanya, apa sahaja yang akan berlaku kepada saya, semuanya akan berperingkat-peringkat. Saya juga terfikir soal jodoh dan serah hal itu kepada ibu bapa saya. Biar mereka cari jodoh yang sesuai untuk saya."

Bercerita panjang soal gaya hidup yang semakin tenang ketika ini, Iqram baru sahaja dilantik sebagai ikon pelancongan Korea Winter Ski & Menjejak Lokasi-Lokasi Hebat Drama Korea anjuran Safirgotravel.com, Selasa lalu.

Pengarah Jualan dan Pemasaran Safirgotravel.com, Muhamad Abd. Latif menjelaskan, pemilihan Iqram sebagai ikon pakej dibuat berdasarkan keselesaan bekerjasama dan sikap peramah Iqram sendiri.

"Ini adalah kali kedua Iqram dipilih untuk mengikuti pakej pelancongan kami. Tahun lepas, Iqram jadi duta pakej kami ke Turki.

"Kami berpuas hati dengan sikapnya yang peramah dan rajin melayan kerenah delegasi yang lain. Dia bukan jenis sombong atau buat hal sendiri. Jadi, kami fikir kenapa tidak dia diberi peluang sekali lagi," kata Muhamad berharap penampilan Iqram yang menambah nilai pakej yang bernilai RM4,299 hingga RM4,968 untuk seorang itu.

Mengulas pelantikan itu, Iqram sendiri berasa agak terkejut bagaimanapun gembira kerana masih diberi kepercayaan pihak agensi pelancongan terbabit.

"Saya pun baru sahaja diberitahu tentang perkara ini. Sebenarnya ia agak mengujakan sebab ia bakal jadi percutian pertama saya lokasi bersalji. Saya ke Korea untuk Julia pun sewaktu musim panas. Apa yang boleh saya lakukan ialah mengajak dan mempromosikan pakej itu seluas-luasnya menerusi Twitter dan Facebook kepada peminat saya," beritahu Iqram berhubung percutian ke lebih 15 lokasi hebat di Korea Selatan menjelang 5 hingga 10 Disember nanti.

Antara lokasi yang bakal dilawati dalam pakej terhad untuk 60 orang itu termasuklah Incheon, Pulau Nami, Petite France dan Sungai Han, Ski Resort, Menara Seoul dan Muzium Teddy Bear.

Tempoh sukar AIM19

Posted:

Tempoh sukar AIM19

BARISAN karyawan dan pemuzik tempatan yang bakal beraksi di pentas AIM19 pada 17 November nanti.


ANUGERAH Industri Muzik Ke-19 (AIM19) dilihat masih berdepan kesukaran untuk memadamkan skeptikal kesilapan insiden salah kira yang sungguh memalukan pada penganjuran tahun lepas.

Berusaha melakukan banyak perubahan, paling ketara menerusi pemilihan hanya juri profesional yang berhak menghakimi karya yang dicalonkan, AIM19 juga melantik KPMG sebagai juruaudit baharu menggantikan juruaudit sebelum ini, Ernst & Young.

Rabu lalu, AIM19 kembali menarik perhatian sebaik sahaja mengumumkan senarai lima teratas pencalonan setiap kategori yang dipertandingkan.

Paling membikin kejutan apabila AIM19 menyaksikan dominasi Noraniza Idris dalam kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu Endang Endong Cintaku Satu, Hari Demi Hari, Kuasa Cinta, Mahligai dan Menarik Hati.

Kategori itu terus dibenarkan bernafas dalam AIM19 kerana konsep AIM sendiri yang mengangkat komposer, bukannya penyanyi.

Kesemua lagu itu dihasilkan oleh komposer berlainan walaupun kelima-lima lirik ditulis oleh penulis lirik yang sama iaitu Ahmad Fedtri Yahya.

Timbul persoalan mengapa perkara ini boleh berlaku dan mengapa pihak Industri Rakaman Malaysia (RIM) tidak menggugurkan sahaja kategori ini jika tidak mempunyai lagu yang layak bertanding.

Menjawab persoalan itu, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM19, Rosmin Hashim berkata, pihaknya tidak menggugurkan kategori ini memandangkan lagu-lagu yang dicalonkan itu bukan digubah oleh seorang komposer sahaja. Sebaliknya, ia hasil ciptaan daripada individu berbeza.

"Untuk kategori Pop Etnik, kami hanya menerima lima pencalonan iaitu kelima-lima lagu yang tersenarai sebagai lima calon terakhir itu.

"Memang lagu-lagu itu dinyanyikan oleh Noraniza Idris, tetapi ia digubah oleh komposer berbeza. Adalah tidak adil jika kategori ini digugurkan kerana ada lima orang komposer yang layak diberi pengiktirafan," ujar Rosmin.

Mengulas lanjut tentang sistem penjurian yang diguna pakai kali ini, Rosmin memberitahu, tahun ini penghakiman dibuat oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam industri muzik tempatan sahaja seperti komposer, penulis lirik, pengarah muzik, penyanyi, penerbit album, pereka kulit album, pengarah muzik video dan jurutera muzik.

Tambahnya, tidak mungkin berlaku penjurian berat sebelah kerana pihaknya telah memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dilantik menjadi juri.

Seramai 57 orang juri yang diketuai oleh Adnan Abu Hassan bertindak sebagai penilai karya AIM19.

"Mereka tidak boleh memberikan markah secara berat sebelah. Ini kerana juruaudit akan membandingkan kesemua markah yang diberikan oleh setiap juri.

"Jika didapati markah yang diberikan seseorang juri itu tidak seimbang, terlalu tinggi atau terlalu rendah berbanding markah daripada juri lain, secara automatik markah yang diberikan juri terbabit digugurkan," ujar Rosmin.

Acara kemuncak bakal berlangsung pada 17 November nanti di Stadium Melawati, Shah Alam, pukul 8.30 malam. Malam AIM19 akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria. - TENGKU SUZANA RAJA HAMAT

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved