Jumaat, 5 Oktober 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Budaya diterjemah pengkarya seni

Posted:

Budaya diterjemah pengkarya seni

RUANG utama Wisma Kebudayaan, Soka Gakkai Malaysia (SGM), Kuala Lumpur pada Ogos lalu dihiasi pelbagai karya seni yang berwarna-warni. Karya-karya seni itu terdiri daripada seni lukisan, arca dan fotografi yang ternyata menarik perhatian pengunjung.

Di tengah-tengah ruang itu, kelihatan arca ukiran kayu patung manusia berdiri megah sambil memegang penyodok tanah. Menerusi ukiran itu, ia seolah-olah menggambarkan kemegahan seorang petani yang berbangga dengan usahanya.

Jika diamati, karya-karya tersebut berbeza dengan karya seni yang lazim menghiasi segenap dinding dan ruang legar Wisma Kebudayaan SGM.

"Bagi saya, imaginasi pelukis, jurugambar dan pengukir arca dari Taiwan ini jelas menggambarkan suasana kebudayaan masyarakat di negara tersebut. Saya berasa seperti berada di Taiwan," ujar salah seorang pengunjung, Ngu May May, 23.

Ini merupakan kunjungan yang pertama pelajar kolej swasta itu ke Wisma Kebudayaan SGM. Kunjungan itu telah memberi peluang kepadanya untuk mengetahui kebudayaan Taiwan hanya menerusi penghayatan terhadap karya-karya seni berkenaan.

Pameran seni halus daripada Persatuan Seni Halus Nan-Mei, Taiwan itu telah dilangsungkan di Wisma Kebudayaan SGM pada 11 hingga 26 Ogos lalu sempena ulang tahun ke-60 persatuan aktivis seni yang terbesar di negara itu.

Malaysia menjadi destinasi kedua delegasi dari Taiwan itu selepas kejayaan mereka mengadakan pameran di Beijing, China tiga bulan sebelum itu.

Dakwat China

Seorang pensyarah Gabungan Sekolah Tinggi, Universiti Kebangsaan Tainan, Prof. Dr. Liu Jung Ying, 50, gembira apabila hasil lukisannya itu dapat ditatap para peminat seni di negara ini.

Beliau menghasilkan lukisan tradisional dakwat China dengan menggunakan kertas nipis yang diperbuat daripada beras dan warna yang dicampurkan dengan air.

Lukisannya itu terhasil daripada titisan warna yang meresap dan merebak di atas ruang karya medium tersebut.

Jung Ying yang telah lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang seni lukis memberitahu, minatnya mengenai sejarah lukisan berasaskan dakwat China banya memberi inspirasi kepadanya.

KEHALUSAN ukiran arca yang dibawa dari Taiwan ini menjadi tumpuan para pengunjung.


"Saya menggunakan burung dan bunga sebagai subjek utama dalam setiap lukisan saya.

"Burung dan bunga mempunyai kaitan sejarah yang utuh dengan masyarakat di Taiwan dan saya cuba menzahirkan imaginasi saya dengan keadaan realiti," ujar Jung Ying yang mahu karyanya dinilai dari perspektif yang berbeza dan mengajak pengunjung mengenal keaslian buah tangan pelukis Taiwan

Beliau juga berpendapat bahawa kehadirannya di negara ini membuka peluang buatnya meninjau budaya Malaysia. Hasil pemerhatian itu dapat digabung dengan realiti kehidupan masyarakat Taiwan seterusnya diterjemahkan dalam lukisannya nanti.

Tambah Jung Ying, bagi menghasilkan sesuatu karya yang berasaskan dakwat China, cabaran utama adalah untuk menggabungkan stail tradisional dan moden namun pada masa yang sama membentuk identiti tersendiri.

Ketengahkan karya

Menyingkap serba sedikit mengenai latar belakang Persatuan Seni Halus Nan-Mei, Taiwan, persatuan tersebut mula diperkenal pada bulan Jun, 1952.

Pada tahun 1954, persatuan tersebut membahagikan empat cabang karya seni iaitu lukisan tradisional yang berasaskan dakwat China, lukisan moden, arca dan seni fotografi.

Dengan tema Berkawan Melalui Seni, persatuan itu juga menjadi landasan kepada ahlinya untuk bertukar pandangan dan memberi ruang pendedahan kepada penggiat seni baharu.

Pameran yang julung-julung kali diadakan di ibu negara itu menghimpunkan 87 hasil karya pelukis Taiwan yang bernaung di bawah persatuan tersebut.

Bagi pengukir arca patung, Chi Tsun Chen, 50, dia tidak mempunyai masalah mengenai selok belok kemahiran mengukir kerana telah mula belajar mengukir arca sejak berumur 14 tahun.

Setiap arca yang dihasilkan diperbuat daripada sejenis kayu tebal yang terdapat di Taiwan iaitu kayu chang mu.

"Saya mempunyai guru sejak kecil yang sentiasa mengajar saya teknik mengukir arca dengan betul. Bagi saya, soal kemahiran bukan suatu masalah. Apa yang penting ialah cara saya menonjolkan nilai-nilai spiritual dalam karya ukiran saya.

"Saya juga menyelitkan elemen-elemen moden dalam ukiran saya dan apa yang saya dapat lihat, pengunjung yang hadir begitu teruja melihatnya," kata Tsun Chen merujuk kepada arca lelaki yang berdiri sambil memegang penyodok tanah.

Kehalusan ukiran


DELEGASI pengkarya seni yang hadir mewakili Persatuan Seni Halus Nan-Mei, Taiwan ke Malaysia. (Dari kiri) Jung Ying, Lin Te, Tsun Chen dan Ming Yuan.


Tsun Chen memilih teknik Fu Chou dalam penghasilan ukiran arcanya. Menurutnya, teknik Fu Chou merupakan teknik yang ukiran yang berasal dari China dan teknik tersebut mementingkan perincian dan kehalusan.

Katanya, tidak mustahil sebuah arca itu mengambil masa sehingga dua bulan untuk disiapkan.

Seorang lagi pelukis Taiwan yang terlibat dengan pameran tersebut ialah Huang Ming Yuan, 34, yang juga menggunakan medium dakwat China dalam berkarya.

Hal yang membezakan Ming Yuan dengan Jung Ying ialah tema yang ditonjolkan dalam lukisan mereka.

Menurut pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) di Jabatan Seni Halus, Universiti Normal Kebangsaan Taiwan itu, dia menggunakan realiti suasana malam di Taipei sebagai subjek utama dalam karyanya.

"Saya menggunakan warna hitam sebagai warna utama untuk memberi gambaran jelas mengenai suasana malam manakala warna-warna lain digunakan sebagai warna tambahan bagi menceriakan lukisan.

"Kebiasaannya, lukisan yang berasaskan dakwat China menonjolkan tona warna dakwat yang nipis. Ia terhasil melalui campuran kuantiti air mengikut sukatan tertentu," jelasnya.

Dia juga teruja untuk merasai suasana malam di Kuala Lumpur, kerana ini merupakan kali pertama beliau berkunjung ke Malaysia.

Berpisah sementara demi ibadah haji

Posted:

Berpisah sementara demi ibadah haji

JEMAAH haji dari Selatan Thailand membawa bagasi masing-masing ketika beratur di Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai. - AFP


TARIKH 9 Zulhijjah semakin hampir. Kemuncak musim mengerjakan ibadah haji bagi tahun 1433 Hijrah sudah amat dirasakan oleh para jemaah haji kali ini. Segala gambaran tentang suasana di Mekah dan Madinah sudah bermain dalam fikiran dan dihayati dengan penuh rasa insaf serta tawakal.

Bagi jemaah yang terpilih dari seluruh dunia, sebahagiannya sudah meninggalkan benua masing-masing ke destinasi istimewa tersebut. Ada yang lainnya sedang sibuk membuat persiapan terakhir sementara menunggu giliran berangkat untuk menjadi tetamu Allah.

Haji merupakan perlakuan ibadah bagi umat Islam yang melibatkan beberapa pengisytiharan dalam hati, ditunjukkan melalui perbuatan dan pengucapan. Dilaksanakan mengikut tertib, semua itu merupakan perlambangan pengabdian manusia yang bertaqwa terhadap tuntutan ibadah kepada Allah.

Bagi kumpulan yang terpilih tahun ini, niat ihram haji mereka bakal diteruskan dengan rukun-rukun yang lain iaitu wuquf di Arafah, tawaf, saie, bercukur atau bergunting serta dilakukan semuanya dengan tertib.

Setiap satunya dilakukan dengan rasa tauhid dan penyerahan sepenuhnya semata-mata kerana Allah, termasuklah mempersembahkan diri, pemikiran, fizikal, harta benda dan nawaitunya hanya untuk Yang Maha Esa.

ORANG ramai berhimpit-himpit di pagar lapangan terbang di Narathiwat dengan harapan dapat melihat ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat. - AFP


Sama ada di Thailand, India, Pakistan mahupun China serta Eropah, pemergian kumpulan jemaah haji ini pasti dirasai oleh ahli keluarga, saudara-mara dan teman taulan. Pelbagai mod pengangkutan digunakan untuk tiba di pusat perkumpulan jemaah sebelum menaiki penerbangan ke Tanah Suci.

Ahli keluarga dan teman-teman yang ditinggalkan di tempat asal masing-masing tentunya merindui ketiadaan mereka selama tempoh mengerjakan ibadah tersebut.

Begitupun, doa tulus, harapan baik dan jalinan kasih sayang tidak putus dihulur buat mereka. Semoga para jemaah haji keseluruhannya dikurniakan kesihatan, kesabaran dan ketaqwaan agar ibadah tersebut dapat dijalani seterusnya mencapai tingkatan yang mabrur.

Ragam Global kali ini memaparkan kompilasi gambar perjalanan para jemaah haji sedunia yang penuh emosi dan cerita.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


300 pelajar sertai seminar Didik Rakyat-SPM

Posted:

300 pelajar sertai seminar Didik Rakyat-SPM

PARA pelajar ceria selepas menyertai seminar Didik-SPM di SMK Usukan, Kota Belud, Sabah baru-baru ini.


SEMINAR. Seramai 300 pelajar menyertai seminar Didik Rakyat-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dianjurkan oleh Bank Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Usukan, Kota Belud, Sabah baru-baru ini.

Ia melibatkan pelajar dari sembilan buah sekolah termasuk SMK Tambulion; SMK Narinang; SMK Taun Gusi; SMK Usukan; SMK Pekan Satu; SMK Pekan Dua; SMK Agama Arshad dan Sekolah Menengah Arshad.

Seminar tersebut dirasmikan oleh Pengurus Operasi Yayasan Bank Rakyat, Mohd. Muhsin Ismail.

Menurutnya, program itu bertujuan menyuntik motivasi dan memantapkan persiapan peserta menghadapi SPM, selain meningkatkan motivasi mereka untuk mencapai kejayaan pada masa depan.

Pelajar lepasan UPSR sertai Perkhemahan Pengakap

Posted:

Pelajar lepasan UPSR sertai Perkhemahan Pengakap

MOHD. AZMI (dua dari kiri) memeriksa perbarisan pada program Perkhemahan Pengakap pelajar lepasan UPSR di Pusat Ko-Kurikulum, Kem Merbau Menyusut, Setiu baru-baru ini.


BERSATU. Seramai 200 pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 23 buah sekolah rendah di daerah Setiu menyertai program Perkhemahan Pengakap di Pusat Ko-Kurikulum, Kem Merbau Menyusut, Setiu baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu dirasmikan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Setiu, Mohd. Azmi Nazir.

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi memenuhi masa terluang yang boleh memberi manfaat kepada mereka.

Penolong Pesuruhjaya Pengakap daerah, Ahmad Atiq Asnawi memberitahu, program santai berkenaan turut menguji ketekunan dan kesabaran peserta dalam menyelesaikan masalah rumit dengan sempurna dan berkesan.

Anggota tentera cedera semasa operasi dirai

Posted:

Anggota tentera cedera semasa operasi dirai

ZULKAPRI (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada seorang anggota tentera pada majlis ramah mesra Hari ATM peringkat Zon Utara di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani baru-baru ini.


PRIHATIN. Seramai 83 orang anggota tentera yang cedera semasa menyertai operasi dan latihan diraikan pada Majlis Ramah Mesra Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Peringkat Zon Utara di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani baru-baru ini.

Pegawai Staf 2 Kebajikan Markas ATM, Mejar Sazali Zainal Abidin berkata, setiap seorang daripada mereka menerima RM500 yang disampaikan oleh Panglima 6 Briged Infantri, Brig. Jen. Datuk Zulkapri Rahamat.

Menurut Zulkapri, aktiviti sedemikian boleh mengeratkan hubungan sesama anggota tentera di kawasan masing-masing.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Hafizah ungguli Sastera Utusan 2011

Posted:

Hafizah ungguli Sastera Utusan 2011

ALI (kiri) menyampaikan hadiah kepada Hafizah sambil diperhatikan oleh Mohamed Hashim (tengah) di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Karya Deru Angin di Kuala Perlis tulisan Hafizah Iszahanid diisytiharkan sebagai pemenang kategori Novel Remaja pada majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil 2011 (HSKU 2011) yang diadakan di sini malam tadi.

Hafizah yang membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta hadiah iringan menamatkan dominasi Sri Rahayu Mohd. Yusop yang merupakan pemenang kategori itu bagi tempoh enam tahun berturut-turut sebelum ini.

Sri Rahayu bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong apabila meraih tempat ketiga melalui novel bertajuk Rimba Jiwa dan menerima wang tunai RM3,000 berserta hadiah iringan.

Tempat kedua bagi kategori tersebut dimenangi oleh penulis muda kelahiran Sabah, Ruhaini Matdarin melalui novel Waris Pejuang dan membawa pulang wang tunai RM4,500 berserta hadiah iringan.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan ia turut diserikan dengan kehadiran dua orang Sasterawan Negara iaitu Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala dan Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

TV internet haram diserbu

Posted:

TV internet haram diserbu

Oleh RIZAM ZAKARIYA
rizam.zakariya@kosmo.com.my

MOHD. RODWAN (kiri) menunjukkan peralatan Televisyen Protokol Internet yang dirampas di Butterworth, Pulau Pinang semalam.


BUTTERWORTH – Kira-kira 2,000 pelanggan televisyen menggunakan protokol internet yang dikenali sebagai MyIPTV di sini berputih mata apabila syarikat pembekal langganan siaran antarabangsa itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Serbuan tersebut dilakukan kerana syarikat terbabit didapati membekalkan siaran televisyen berinternet secara haram termasuk lima saluran lucah yang dikenakan bayaran tambahan.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Yusof berkata, berikutan itu, 12 individu berusia antara 28 hingga 40 tahun termasuk pemiliknya ditahan.

Beliau berkata, serbuan tersebut dilakukan di sebuah premis di tingkat enam, Kondominium Park View Tower, Jalan Chain Ferry di sini.

Menurutnya, operasi bersepadu pada pukul 11 pagi itu turut melibatkan anggota polis serta para pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pegawai-pegawai dari Cyber Security turut terlibat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Fasa paling mencabar capai negara maju

Posted:

Fasa paling mencabar capai negara maju

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

NAJIB (dua dari kiri) tertarik melihat model yang memperagakan pakaian dan senjata anggota Polis Bantuan, Special Constable dan Home Guard ketika melawat pameran Ekspo Malaysiaku di PWTC, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia sedang melalui fasa paling mencabar yang merupakan pusingan terakhir dalam usaha memartabatkan negara sebagai negara maju menjelang 2020.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin negara mampu melalui fasa berkenaan dengan jaya kerana Malaysia mempunyai strategi serta hala tuju yang jelas untuk menempuhinya.

Justeru, katanya, kepimpinan kerajaan hari ini memerlukan sokongan padu daripada rakyat Malaysia serta mandat pada pilihan raya akan datang bagi memastikan kejayaan itu benar-benar menjadi kenyataan.

"Fasa seterusnya ini yang paling mencabar dalam perjalanan kita (menjadi negara maju). Dengan izin Tuhan, kita akan berjaya dan untuk mencapai kejayaan ini saya memerlukan sokongan serta mandat anda semua apabila tiba masanya," kata beliau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pemotoran


Gah pameran automotif Indonesia

Posted:

Gah pameran automotif Indonesia

Oleh SHAWKATH AZDE

TIRAI Indonesia International Motor Show (IIMS) 2012 dilabuhkan pada petang Ahad lalu. Bertempat di Jakarta International Expo Kemayoran di Jakarta, kawasan yang pernah dikerumuni hampir 350,000 pengunjung kembali sunyi selepas 11 hari penganjurannya.

Pameran kali ke-20 yang bermula 20 September lalu merupakan pameran automotif terbesar pernah diadakan di Indonesia.

Tapak seluas 71,331 meter persegi menjadi lokasi persinggahan 35 jenama bertaraf global. Jika diambil kira penyertaan pemain industri sokongan dan aksesori, jumlah tapak pameran mencecah 310 buah.

Antara jenama pengeluar kenderaan yang membuat penampilan ialah Audi, BMW, Chevrolet, Chrysler, Daihatsu, Dyna, Dodge, FAW, Ford, Fuso dan Geely.

Turut mengambil bahagian ialah Hino, Honda, Hyundai, Isuzu, Infiniti, Jeep, Kia, Mazda, Mercedes-Benz, MINI, Mitsubishi, Nissan, Peugeot, Suzuki, Tata, Toyota, Volkswagen dan VD Trucks.

Mendokong tema Eco-mobility untuk tahun ini, IIMS 2012 menjunjung misi untuk memberitahu para pengeluar kenderaan agar terus melaksanakan inovasi dan teknologi bagi menghasilkan jentera lebih mesra alam.

Mesej itu merupakan kesinambungan kepada hala tuju industri automotif republik tersebut. Tema dua tahun seIIMS sebelum ini, iaitu Eco-technology motoring (2010) dan Sustainable green technology (2011) sudah jelas mengesahkan sasarannya.

Tema hijau

Media Indonesia mengakui bahawa para peserta IIMS 2012 turut senada dengan tema hijau itu apabila menampilkan barisan produk mesra alam mengisi ruang pameran masing-masing.

Contoh mudah, Daihatsu dengan tema Best Friend in Life mengaplikasi penggunaan air dan daun. Toyota pula mendokong tema mencipta masa hadapan lebih baik untuk generasi akan datang.

BMW di satu sudut lain menyajikan kenderaan yang mengaplikasikan teknologi jimat bahan api dan kadar emisi karbon rendah.

IIMS 2012 ibarat serampang dua mata. Satu platform untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara, selain membantu meletakkan Indonesia sebagai antara pasaran automotif berpotensi di rantau ASEAN.

"Saiz pameran luas dan sokongan daripada para peserta membantu IIMS 2012 menjayakan serta mengekalkan peranannya sebagai pasaran automotif terbesar yang berpotensi di ASEAN.

MODEL Leaf mendiami ruang pameran Nissan.


"Kapasiti pameran kali ini lebih besar berbanding pameran sama yang dianjurkan oleh negara-negara ASEAN lain," kata Pengerusi Penganjur IIMS 2012, Johnny Darmawan kepada akhbar .

Media dalam talian juga menyiarkan kenyataan Ketua Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia (Gaikindo), Sudirman Maman Rusdi yang menganggarkan nilai transaksi sepanjang IIMS 2012 adalah sebanyak AS$521.3 juta (RM1.591 bilion).

"Sehingga hari Sabtu (lalu), sehari sebelum penutupan, nilai transaksi sudah mencecah paras Rp 4.4 trilion (AS$458.6 juta atau RM1.4 bilion) dan menjangkau sasaran asal kami," katanya.

Jumlah transaksi itu menunjukkan peningkatan sebanyak 52.91 peratus berbanding pencapaian IIMS 2011. Inilah kehebatan pameran Indonesia. Baru 11 hari, sudah raih setengah bilion AS$!

Tahukah anda, pada Jun lalu, bank pusat Indonesia telah menaikkan bayaran wang pendahuluan minimum kenderaan kepada 25 peratus untuk kenderaan komersial, 30 peratus (kenderaan penumpang) dan 25 peratus bagi motosikal.

Sebelum ini, bayaran muka untuk kenderaan komersial dan berpenumpang hanya 10 peratus dan lima peratus untuk motosikal. Objektifnya adalah untuk mengelakkan berlakunya gelembung kredit dan lonjakan pinjaman dalam kalangan konsumer.

Biarpun begitu, industri automotif negara jiran itu berupaya mengekalkan kekuatan pasaran sehingga mampu mencatat jualan kenderaan dua kali ganda jika dibandingkan dengan Malaysia.

Maman Rusdi dalam laporan Jakarta Globe menyatakan jangkaan jualan tahunan kenderaan di Indonesia bagi 2012 bakal mencecah satu juta unit. Ia akan meningkat kepada 1.05 juta unit pada tahun hadapan.

Toyota Agya & Daihatsu Ayla

Antara pengumuman menarik sepanjang IIMS 2012 ialah kemunculan dua model yang dibangunkan oleh pengedar terbesar di Indonesia iaitu Astra International hasil kerjasama dengan Toyota dan Daihatsu.

Dua model itu dikenali sebagai Toyota Agya dan Daihatsu Ayla. Kereta kompak tersebut disasarkan kepada mereka yang pertama kali hendak membeli kenderaan.

Kedua-dua kereta itu dipasang dengan enjin petrol tiga silinder bersesaran 1,000cc bersama dua pilihan transmisi iaitu manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan. Kuasa yang mampu dijana adalah 65hp @ 6,000rpm dan tork maksimum 87Nm @ 3,600rpm.

Agya dan Ayla yang menggunakan sebanyak 84 peratus komponen tempatan bakal dipasang di kilang baharu Daihatsu di Jawa Barat tidak lama lagi.

Honda CR-Z

RUANG pameran Venom menempatkan sebuah jentera dengan modifikasi ekstrem enam roda.


Honda memilih IIMS sebagai lokasi membuat penampilan global produk naik taraf hibrid CR-Z. Sekilas pandang, jelas menunjukkan bahawa jentera sporty itu menerima beberapa pembaharuan yang signifikan.

Bahagian hadapan sudah dilengkapi gril dan bampar baharu. Solekan turut melibatkan lampu kabus. Tidak cukup dengan itu, Honda mengenakan lampu hadapan HID, manakala kombinasi lampu LED kini mendiami set lampu belakang CR-Z.

Tidak lupa juga pemasangan peresap pada bahagian belakang, rim aloi 17 inci dengan rekaan terkini dan penutup cermin pintu.

Ruang kabin kini dimonopoli dua tona hitam. Paparan lampu pencahayaan belakang pada panel meter pula dihiasi tiga warna iaitu hijau, biru dan merah. Warnanya bergantung kepada jenis mode pemanduan sama ada Normal, Sport atau ECON.

Ada butang sistem penggalak Plus Sport (S+) pada stereng. Jika bateri memiliki kadar cas melebihi 50 peratus, anda boleh mengaktifkan sistem itu dengan menekan butang S+ yang ada pada stereng kereta.

Apabila pedal minyak dipijak, penggalak elektrik akan bermula. Ia meningkatkan pecutan sehingga 10 saat. Tolok di atas papan pemuka akan berkelip apabila sistem itu diaktifkan. S+ boleh digunakan dalam mode pemanduan ECON, Normal atau Sport

Begitulah gahnya IIMS 2012. Pujian harus diberikan kepada penganjur IIMS dan para pesertanya kerana sama-sama berganding bahu untuk mengubah serta membangunkan landskap automotif Indonesia.

Di Malaysia, sudah lebih dua tahun kita sepi tanpa sebarang penganjuran automotif berlabel antarabangsa. Sedangkan banyak jenama global sudah berniaga di Malaysia. Apa cerita?

Wagon ada gaya!

Posted:

Wagon ada gaya!

Oleh MUHAMMAD MD. TAJUDIN

KEMATANGAN penampilan produk Kia memang tidak boleh dinafikan lagi.


HANYA selepas tiga bulan Kia melancarkan cee'd hatchback, famili cee'd disertai oleh varian baharu iaitu cee'd Sportswagon. Menggantikan model cee'd SW, nama yang dipilih itu didakwa menyempurnakan lagi karakternya yang sukakan cabaran, sporty dan moden di samping aplikasi menggunakan teknologi tercanggih dengan lebih ciri-ciri praktikal dan bernilai.

Memetik laporan Newspress, cee'd Sportswagon dipertontonkan kepada umum bersama model hatchback pada Pameran Kenderaan Geneva 2012 yang sepadan dari segi gayaan, kualiti, teknologi, peralatan dan keselamatan.

Seperti model yang digantikannya, cee'd Sportswagon direka bentuk serta dijuruterakan di studio rekaan dan pusat teknikal Kia di Frankfurt, Jerman dengan kilang produksinya di Zilina, Slovakia.

Model asas (entry-level) menggunakan enjin 1.4 CRDi berkuasa 89bhp dengan tork 220Nm bermula dari 1,500rpm. Model 1.6 CRDi pula berkuasa 126bhp dengan tork 260Nm yang bermula seawal 1,900rpm.

Transmisi automatik yang dipadankan mempunyai enam kelajuan, manakala model transmisi manual pula dipasangkan sistem Intelligent Stop & Go (ISG) yang menjimatkan bahan api serta kurang emisi.

Praktikal

cee'd Sportswagon bukan hanya menjual stail, malah praktikal. Dengan ukuran panjang 4.5 meter, model itu lebih kompak jika dibandingkan dengan pesaing Eropah lain dan hanya 15mm lebih panjang berbanding cee'd SW yang digantinya.

Kapasiti ruang bagasi juga lebih besar berbanding majoriti pesaingnya iaitu 528 liter. Lengkap dengan penutup ruang bagasi, kapasiti itu boleh meningkat kepada 1,642 liter jika tempat duduk belakang dibaringkan. Setiap varian cee'd Sportswagon mempunyai ruang penyimpanan bawah lantai dan sisi, penutup bagasi, lampu bonet dan soket kuasa 12 volt.

Varian dengan spesifikasi tinggi pula didatangkan dengan rel aluminium, pengikat pada ruang bagasi dan jaring untuk menyimpan barang-barang, selain menghalangnya daripada jatuh ke ruang penumpang.

Rel bumbung adalah ciri standard untuk setiap model bagi membolehkan penyimpanan barang di luar kenderaan. Wagon itu mampu menampung muatan sebanyak 500 kilogram (kg) dan model manual boleh menunda beban sehingga 1,500kg.

Ciri-ciri sporty

Penggunaaan nama sports pada wagon itu diaplikasikan pada reka bentuknya. Bukan sahaja lebih panjang daripada model SW, malah dimensinya juga 10 milimeter (mm) lebih kecil dan 40mm lebih rendah. Pengurangan itu bagaimanapun masih mengekalkan ruang penuh untuk lima orang penumpang.

Pintu belakang berbeza dengan model cee'd hatchback supaya jaluran bahagian bawah tingkap boleh ditarik hingga ke belakang dengan sempurna untuk pencahayaan lebih terang dan penumpang belakang tidak berasa lemas.

Seperti cee'd hatchback, jarak titik roda berukuran 2,650mm tidak berubah. Tetapi lebar trek dibesarkan kepada 17mm di depan dan 27mm di belakang bagi menampakkan kedudukan yang lebih sporty.

Dengan geometri suspensi yang diubah, model itu lebih stabil pada kelajuan tinggi dan jalan berliku. Menariknya, cee'd Sportswagon mempunyai suspensi bebas pada roda hadapan dan belakang yang menyerlahkan lagi ciri-ciri sportynya.

cee'd Sportswagon tampak lebih sporty dan premium berbanding model terdahulu. Faktor utamanya adalah melalui perkadaran (proportions) yang radikal. Rekaannya lebih berat ke depan dengan bumbung seperti kereta coupé yang menampakkannya lebih sporty dan menyerlah.

Logo Kia juga dikemaskan semula agar lebih ringkas, sleek dan moden. Posisinya turut diubah, bukan lagi dilekatkan pada gril tetapi pada bonet yang menurut Kia nampak lebih premium.

RUANG kabin dan papan pemuka menampilkan rekaan moden.


Ketua Pereka Kia, Peter Schreyer berkata: "Kami mahu mengeksploitasi kekuatan pada model generasi pertama yang membuatkannya begitu berjaya. Pada masa yang sama menambah baik ciri-ciri emosi, perkadaran serta ketegapannya."

Kia nampaknya begitu bersemangat dengan model baharu itu. Jelas mereka, tiada satu pun yang ditinggalkan dalam cabaran bagi memastikan cee'd Sportswagon menawarkan suatu yang ekstra berbanding pesaing Eropah lain.

Semua ciri pada model terdahulu disemak semula. Jika ada benda yang perlu diubah, mereka telah pun melakukannya. Contoh mudah, pembuka penutup minyak yang menurut Kia, pelanggan di Amerika sukakan jenis yang dibuka dari dalam kenderaan.

Untuk pasaran Eropah pula, majoritinya suka jika ia disatukan bersama kunci berpusat (central locking) supaya ia boleh dibuka dengan hanya menekan satu butang. Kenapa pasaran Eropah begitu penting untuk Kia? Ini kerana model cee'd Sportswagon eksklusif untuk pasaran Eropah sahaja.

Mokka jadi taruhan Opel/Vauxhall

Posted:

Mokka jadi taruhan Opel/Vauxhall

MOKKA menjadi taruhan Opel/Vauxhall untuk bersaing dalam segmen crossover kompak.


OPEL/Vauxhall menyatakan, ia mahu menjadi pengeluar kenderaan No. 1 dalam segmen crossover kompak menerusi model pertama keluarannya, Mokka.

Empat tahun lalu, segmen itu hanya mencatat jualan sekitar 150,000 unit. Namun, angka itu melonjak kepada 400,000 unit pada tahun ini dan 600,000 unit menjelang tahun 2015 berikutan kejayaan model Nissan Juke dan Skoda Yeti.

Justeru, Opel menyasarkan jualan Mokka sebanyak 100,000 unit setahun. Mokka bakal dilancarkan di Jerman bulan depan. Dibangunkan oleh pasukan jurutera Opel di ibu pejabatnya di Ruesselsheim, Jerman, Mokka menggunakan beberapa komponen daripada model Opel Astra.

Mokka yang dikilangkan di Korea Selatan itu ditawarkan dengan beberapa varian enjin. Antaranya, enjin petrol 1.4 liter dengan pengecas turbo berkuasa 140hp, enjin petrol aspirasi biasa bersesaran 1.6 liter (115hp) dan enjin diesel 1.7 liter dengan kuasa 130hp. - Automotive News Europe

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Internet fiber serendah RM138 sebulan

Posted:

Internet fiber serendah RM138 sebulan

PELANGGAN boleh melayari internet lebih pantas dengan pelan internet fiber daripada Maxis.


PENERAJU penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis) terus menyediakan perkhidmatan internet fiber yang paling mampu dimiliki di Malaysia dengan harga promosi baharu Julai lalu.

Kini, pelanggan pasca bayar Maxis boleh menikmati internet fiber yang berkelajuan tinggi untuk serendah RM138 setiap bulan untuk pakej 10Mbps.

Pengguna lain boleh mendapatkan pakej yang sama pada hanya RM148 sebulan.

Ketua Kediaman dan Jalur Lebar Maxis, Ebru Dorman berkata, sebagai pakej yang paling murah di pasaran untuk perkhidmatan internet fiber 10Mbps, kami berbangga untuk menyediakan para pelanggan kami pengalaman yang benar-benar bernilai yang boleh dikongsi bersama dengan keluarga.

"Selain mempunyai perkhidmatan internet yang pantas dan boleh dipercayai, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan besar dengan tawaran promosi kepada 1.2 juta kediaman dan pejabat di seluruh negara.

"Bagi memenuhi keinginan pengguna untuk kelajuan yang lebih pantas, di Maxis kami mengakui bahawa dengan pakej yang lebih rendah daripada 10Mbps, pelanggan mungkin tidak mendapat pengalaman terbaik dalam menjalankan aplikasi yang menggunakan banyak data," ujarnya.

Melalui pakej menarik itu, Maxis membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang lebih baik untuk pelbagai perkhidmatan dalam talian daripada melayari laman sosial sehinggalah yang memerlukan jalur lebar tinggi.

Aktiviti seperti memuat naik dan memuat turun kandungan video, permainan dalam talian, persidangan video dan lain-lain aplikasi web yang lebih canggih, semuanya boleh dilakukan pada masa yang sama.

"Ini menunjukkan komitmen kami ke arah menyokong keperluan pelanggan untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi dengan pelan-pelan yang menarik," tambah Dorman.

Pakej Maxis Home Fibre Internet 10Mbps disediakan dengan lebih nilai untuk pelanggan seperti panggilan tanpa had ke talian tetap Maxis, 100 minit percuma kepada nombor mudah alih Maxis dan 100 minit percuma kepada nombor tetap dan mudah alih di destinasi panggilan terus antarabangsa (IDD) terpilih.

Tambahan pula, pelanggan pasca bayar Maxis mendapat tambahan 100 minit percuma pada telefon mudah alih mereka setiap bulan untuk membuat panggilan ke mana-mana nombor Maxis atau Hotlink.

Perkhidmatan Maxis Fibre Internet dibina menggunakan teknologi gentian ke rumah dan disediakan kepada 1.2 juta kediaman dan pejabat di Lembah Klang dan kawasan terpilih di Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Melaka.

Piuter abadikan budaya Cina

Posted:

Piuter abadikan budaya Cina

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my

REKAAN ini amat istimewa kerana berasaskan budaya dan seni dinasti Cina.


DIKENALI sebagai Perbendaharaan Budaya Cina, The National Palace Museum di Taiwan merupakan 'rumah besar' yang menempatkan sebanyak 670,000 hasil seni dan artifak Cina.

Koleksi di muzium itu mempunyai sejarah yang panjang iaitu membabitkan 5,000 tahun sejarah China yang pastinya amat bernilai tinggi.

Peminat-peminat sejarah termasuk pengunjung dari dalam dan luar Taiwan amat teruja apabila dapat menatap sendiri keistimewaan koleksi di muzium berkenaan. Ia merupakan salah sebuah muzium terbesar di dunia.

Sebagai contoh, salah satu artifak porselin di muzium tersebut adalah pasu biru Dinasti Qing. Ia diperbuat daripada batu kapur daripada zaman Jingdezhen.

Pasu itu terbahagi kepada dua iaitu bahagian luar dan dalam. Apabila bahagian atas pasu bahagian luar diputar, pasu di bahagian dalam akan turut berpusing membolehkan lukisan ikan emas dan flora boleh dilihat menerusi panel yang terbuka pada permukaan pasu itu.

Justeru, kehebatan artifak itu telah mencetuskan idea kepada Royal Selangor International Sdn. Bhd. (Royal Selangor) untuk bekerjasama dengan pihak muzium berkenaan.

Hasil kerjasama itu, koleksi aksesori rumah dan peribadi yang menampilkan keindahan seni dan budaya Cina telah dilancarkan dikenali sebagai The Imperial Collection.

ROYAL SELANGOR bekerjasama dengan The National Palace Museum di Taiwan bagi menghasilkan koleksi piuter dikenali The Imperial Collection.


Pereka-pereka Royal Selangor memberi nafas baharu berkonsepkan kontemporari terhadap 14 hasil seni dan artifak daripada Dinasti Song hingga ke Dinasti Qing.

Koleksi tersebut terdiri daripada set teko teh, bekas teh, kole, bekas minuman, bingkai gambar, lapik gelas, plak dan juga aksesori peribadi seperti loket dan kafling.

Setiap barangan ditanda dengan logo Royal Selangor dan The National Palace Museum.

"Kami amat berbangga dan gembira kerana dapat bekerjasama dengan The National Palace Museum Taiwan. Koleksi artifak yang besar ini telah menjadi inspirasi kepada pereka-pereka kami untuk mencipta satu koleksi yang kontemporari.

"Kami berharap rekaan ini dapat mencetus minat orang ramai di seluruh dunia terhadap seni dan budaya Cina," kata Pengarah Eksekutif Royal Selangor, Yong Yoon Li.

Diasaskan pada tahun 1885, Royal Selangor terkenal dengan hasil pertukangan yang halus dan rekaan piuter yang inovatif.

Sebelum ini, syarikat berkenaan pernah bekerjasama dengan Victoria and Albert Museum of London dan pereka bertaraf antarabangsa seperti Eric Magnussen, Nick Munro dan Freeman Lau.

Royal Selangor juga merupakan syarikat yang pertama bekerjasama dengan The National Palace Museum di Asia Tenggara dalam menghasilkan koleksi produk seumpama itu.

PEREKA-PEREKA Royal Selangor memberi nafas baharu terhadap artifak Cina dengan berkonsepkan kontemporari.


Pengarah Eksekutif Pemasaran Royal Selangor, Chen Tien Yue berkata, beberapa koleksi yang dihasilkan adalah berasaskan budaya Cina dan harganya bermula dari RM150 dan ke atas.

"Rekaan koleksi ini sangat istimewa kerana memuatkan elemen kebudayaan Cina, tetapi berimej moden. Kita yakin minat orang ramai terhadap koleksi ini sentiasa ada. Kita juga merancang untuk memasarkan di negara lain seperti Australia," katanya.

The Imperial Collection boleh didapati sejak 28 September lalu di kedai-kedai Royal Selangor, pengedar yang berdaftar dan juga di laman web, royalselangor.com.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Pesona

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Pesona


IVF beri harapan bergelar ibu

Posted:

IVF beri harapan bergelar ibu

Oleh NURUL IZZA ROSLY
izza.rosly@kosmo.com.my

SETIAP pasangan yang sudah berkahwin pastinya menginginkan kehadiran cahaya mata. Begitupun, bukan semua pasangan dianugerahkan zuriat dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas terpaterinya ikatan suci antara Adam dan Hawa.

"Sudah ada isi ke?" Itu antara soalan-soalan lazim yang bakal diajukan kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan anak.

Lebih lama tempoh berkahwin, lebih pedas pula soalan yang dilontarkan, baik daripada ahli keluarga sendiri mahupun dalam kalangan rakan-rakan.

Pasti emosi sedikit terganggu, malah ada yang mengalami tekanan perasaan tatkala diri dipersalahkan.

Kebiasaannya, apabila timbul isu sebegini, kesalahan diletakkan di bahu kaum Hawa yang 'dituduh' mandul atau tidak mampu memberikan zuriat.

Norsyamzani M. Zawawi, 34, sudah lali dengan soalan-soalan dan kata-kata sinis yang dilemparkan kepadanya. Namun selaku insan biasa, emosi dan perasaannya terguris setiap kali telinganya diajukan soalan yang dia sendiri tiada jawapannya.

Kakitangan swasta yang mendirikan rumah tangga dengan Effendi Shoib, 38, pada 30 Ogos 1998 itu sukar mendapatkan zuriat kerana mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (PCOs).

PCOs ialah satu sindrom ketidakseimbangan hormon yang berlaku ke atas wanita yang mempunyai ovari polisistik atau banyak sista kecil. Ia merupakan antara faktor yang menyebabkan seseorang wanita kurang subur.

"Di telinga sudah biasa dah. Apabila pulang ke kampung, ada yang bertanya, 'Macam mana kau, mandul lagi ke?' Siapa yang tahan jika diajukan soalan sedemikian?

"Sampai satu tahap, saya tidak boleh melihat bayi, tidak boleh dengar orang mengandung, tidak boleh dengar kisah orang bersalin dan tidak mahu keluar rumah berjumpa kawan-kawan," katanya yang sering memencilkan diri suatu ketika dahulu.


JULIANA (kiri) dan suaminya, Martin, gembira mendapat anak kembar perempuan tidak seiras, Mayble Eliana dan Myrabelle Julia.


Selepas usia perkahwinan mencecah lima tahun tetapi belum mempunyai zuriat, Norsyamzani mengajak suaminya untuk merujuk perkara tersebut kepada pakar tetapi, menurutnya, ego seorang lelaki membantutkan keinginannya itu.

Tidak putus asa

Sungguhpun begitu, Norsyamzani tidak pernah putus asa dan sentiasa memujuk suaminya.

"Berjumpa dengan pakar bukan bertujuan mencari salah siapa, tetapi ia merupakan salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

"Sebelum menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) di Tropicana Medical Centre (TMC) pada Disember 2010, saya pernah keguguran pada tahun 2005 selepas cubaan hamil menggunakan kaedah permanian beradas IUI (Intrauterine Insemination) di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)," ujarnya sambil memberitahu usia kandungannya ketika itu 10 minggu.

Berkat kesabaran menunggu selama 13 tahun, akhirnya tarikh 26 September 2011 menjadi detik keramat buat pasangan itu apabila bayi seberat 3.7 kilogram dilahirkan Norsyamzani melalui kaedah Caesarean. Nama indah, Imad Nasrullah, menyambut kehadiran bayi itu dalam hidup mereka.

Tidak percaya

"Ramai yang tidak percaya apabila saya hamil dan selamat melahirkan putera sulung kami. Tempoh 13 tahun merupakan satu tempoh masa yang lama, malah ada memberikan jolokan nama bayi ajaib dan bayi mahal kepada anak saya.

SITI IDA (mendukung Nur Qalisa) dan suaminya, Nizaidi sanggup tidak bekerja selama dua tahun semata-mata mahu memberikan sepenuh komitmen terhadap rawatan IVF.


"Selepas dikurniakan nikmat Allah yang tidak terperi ini, saya kongsikan pengalaman kepada rakan-rakan lain dan membantu mereka yang mempunyai masalah yang sama," kata Norsyamzani yang akan mengalirkan air mata setiap kali mendengar berita mengenai kes pembuangan dan penderaan bayi.

Dalam pada itu, Siti Ida Salvana Abdul Majid, 31, yang mendirikan rumah tangga dengan Nizaidi Mohamed, 39, pada 10 Februari 2002 kehilangan kedua-dua tiub falopio berikutan kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy) yang dialaminya pada tahun 2002 dan 2006.

"Pada tahun 2002, kehamilan luar rahim berlaku pada tiub falopio sebelah kiri dan tahun 2006 ia berlaku di sebelah kanan pula ketika usia kandungan masuk 10 minggu.

"Kedua-dua tiub fallopio itu terpaksa dibuang. Walaupun sudah kehilangan 'jambatan' persenyawaan, kami berfikiran positif. Mungkin ia bukan masa yang sesuai untuk mempunyai zuriat," katanya yang pada mulanya kecewa.

Pada bulan Mei 2009, kedua-dua suami isteri itu memulakan rawatan IVF. Cubaan kali pertama gagal selepas 10 hari pemindahan embrio ke dalam rahim akibat pendarahan. Kegagalan tersebut menyebabkan mereka berdua sangat kecewa kerana banyak wang dan masa diperuntukkan.

Selepas berehat selama dua bulan, prosedur kali kedua dijalankan pada bulan Ogos 2009 dan harapan pun berbunga mekar.

"Pada tarikh 17 Mei 2010, seorang cahaya mata perempuan lahir dan diberikan nama Nur Qalisa Syazana yang kini berusia 2 tahun 4 bulan," kongsinya yang kini merancang untuk mendapatkan cahaya mata kembar pada tahun hadapan menggunakan embrio beku yang disimpan.

Dapat kembar

Bagi pasangan Martin Christie, 38, dan Juliana Lo Mei Ling, 39, tiada apa yang lebih menggembirakan mereka apabila dikurniakan anak perempuan kembar pada 24 Disember 2011.

Berkahwin pada tahun 2007, pasangan itu hanya merancang untuk mendapatkan cahaya mata dua tahun lalu.

"Sepatutnya kami akan mendapat kembar tiga, tetapi seorang bayi berada di luar rahim.

"Sungguhpun begitu, kami bersyukur memiliki dua bayi kembar tidak seiras ini yang diberi nama Mayble Eliana dan Myrabelle Julia yang kini berusia sembilan bulan," kata Martin.

Berada selama tiga jam di dalam bilik pembedahan untuk melahirkan bayi melalui pembedahan Caesarean, Juliana begitu teruja memiliki bayi perempuan comel kerana sudah begitu lama menunggu saat bergelar ibu.

"Banyak cabaran menjaga anak kembar ini. Barang-barang keperluan kembar sedikit mahal tetapi apabila melihat mereka sihat dan ceria, itu sudah cukup menghilangkan rasa penat saya," ujarnya.

KEKURANGAN sperma berkualiti juga menjadi punca kebanyakan pasangan sukar mendapatkan anak.


Kualiti sperma

Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Kesuburan, Pusat Kesuburan TMC, Dr. Surinder Singh memberitahu, terdapat banyak punca ketidaksuburan dalam kalangan suami isteri.

"Biasanya 40 peratus daripada masalah tersebut daripada isteri, 40 peratus daripada suami dan baki 20 peratus pula disebabkan kombinasi faktor.

"Pasangan yang memerlukan rawatan IVF terdiri daripada lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma dan kerosakan kedua-dua tiub falopio bagi wanita.

"Ia juga boleh dilakukan terhadap pasangan yang telah mencuba pelbagai jenis rawatan lain seperti pil kesuburan dan rawatan inseminasi, tetapi tidak berjaya," katanya.

Selain daripada itu, pasangan yang mengalami penyakit endometriosis, ovari polisistik atau berbagai jenis masalah lain juga boleh menjalani rawatan IVF.

Menurut Surinder, untuk menjalani rawatan IVF, setiap pasangan itu harus mengambil beberapa jenis ubat.

Salah satu jenis ubat ialah untuk menghindari hormon Perangsang Folikel (FSH) dan hormon Peluteinan (LH) yang biasanya dirembeskan oleh kelenjar pituitari.

Ubat yang lain pula adalah untuk merangsang kilang telur bagi mengeluarkan beberapa telur. Biasanya sekitar 15 telur akan dibesarkan sehingga menjadi matang.

"Telur-telur itu kemudian disedut keluar dari kilang telur untuk disenyawakan dengan sperma suaminya. Selepas persenyawaan, ia akan dimasukkan kembali ke dalam rahim ibu.

"Proses tersebut mengambil masa antara dua hingga lima minggu untuk dijalankan," jelasnya smbil memberitahu peratus kejayaan IVF di TMC ialah 59.2 peratus.

Sungguhpun begitu masih ada pasangan yang gagal mendapat cahaya mata walaupun setelah menggunakan kaedah IVF.

Satu punca kegagalan ialah berlakunya kerosakan genetik di dalam telur. Dalam kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas, hampir 70 peratus daripada telur yang dihasilkan akan mengalami masalah genetik.

Hari Ungu untuk autisme

Posted:

Hari Ungu untuk autisme

Oleh SUHANA VERU
rencana@kosmo.com.my

SEKUMPULAN kanak-kanak autisme memeriahkan majlis pelancaran pada September lalu dengan membuat persembahan nyanyian di hadapan ratusan penonton.


SURIA KLCC baru-baru ini menganjurkan kempen Hari Ungu di pusat beli-belah itu untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak autisme selain memberi pemahaman mengenai penyakit tersebut kepada para pengunjung.

Pelbagai aktiviti telah disusun bagi disertai orang ramai sekali gus menderma kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (National Autism Society of Malaysia) atau Nasom.

Antara acara yang mendapat sambutan ramai ialah Electrifying Maze, Spin The Wheel, lukisan muka dan mengambil gambar yang menggunakan hiasan Hari Ungu sebagai latarnya.

Dengan membayar RM3 hingga RM10 untuk menyertai aktiviti dan acara tersebut, pengunjung secara tidak langsung menyalurkan nilai wang berkenaan kepada persatuan yang memerlukan itu.

ANDREW (kiri) melawat tapak pameran yang dibuka di Centre Court, Suria KLCC.


Pengisian hari istimewa itu tidak terhenti setakat itu sahaja. Para pengunjung juga boleh membeli baju T bercorak hasil karya kanak-kanak dari Nasom pada harga RM30.

Pengunjung juga boleh membawa pulang cenderamata dan barangan khas kempen seperti beg yang dijual pada harga RM25, cawan (RM5), hiasan telefon bimbit (RM8) dan boneka comel yang boleh dimiliki pada harga RM29.90.

Seorang pengunjung, Mohd. Ridzuan Mohd. Abbas, 17, mengakui dia tidak tahu mengenai penyakit itu.

Dia tertarik dengan penganjuran pameran lantaran timbul rasa ingin tahu mengenai penyakit autisme.

"Selepas saya membaca risalah-risalah yang disediakan dalam pameran itu barulah saya mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang autisme.

"Program-program mengenai kesihatan seperti ini perlu dianjurkan dengan kerap memandangkan masih ramai individu terutamanya golongan belia yang tidak mempunyai pemahaman jelas terhadap jenis-jenis penyakit tertentu," katanya sambil memuji langkah Suria KlCC yang mengadakan pameran itu.

Autisme ialah masalah perkembangan otak yang menyekat kebolehan berkomunikasi seseorang kanak-kanak sehinggalah usia remaja.

ANDREW (tiga dari kanan) melancarkan kempen Hari Ungu di Suria KLCC baru-baru ini.


Penyakit tersebut menyebabkan seseorang kanak-kanak itu mempamerkan kelakuan yang berulang-ulang, sama ada menerusi percakapan, sikap dan kelakuan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brien berkata, kempen itu diadakan untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai autisme.

"Kempen ini juga merupakan tanda tanggungjawab sosial kami untuk membantu kanak-kanak yang menghidap autisme selain memberi ruang kepada para pelanggan kami menyumbang ke arah kebajikan.

"Kami berharap melalui dana yang telah dikumpulkan nanti, pihak Nasom dapat menjalankan aktiviti mereka dengan sempurna," katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di ruang legar KLCC, di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BONEKA comel berwarna ungu ini mencuri perhatian pengunjung untuk memilikinya.


Dalam pada itu, sempena kempen Hari Ungu, pihak Suria KLCC turut memberi ganjaran kepada pengunjung yang membeli-belah di situ.

Bagi mereka yang membuat pembelian sebanyak RM500 ke atas, mereka boleh mendapatkan kad Touch n Go Purple Day eksklusif percuma bernilai RM10.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Safurah Jaafar.

Syirik berubat dengan bomoh Siam

Posted:

Syirik berubat dengan bomoh Siam

PERCAYA pada bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara ghaib boleh membawa kekufuran. - Gambar hiasan


ADAKAH seseorang itu melakukan syirik apabila dia telah berusaha banyak kali berubat cara Islam untuk membuang sihir tetapi tidak sembuh dan kemudian mendapatkan khidmat bomoh Siam. Bagaimanapun, dia sememangnya yakin hasil itu berlaku atas izin Allah?

JAWAPAN:

Suatu penyakit itu merupakan satu ujian Allah, bahkan ia hadiah Allah buat hambanya yang beriman. Namun, ia bergantung kepada diri yang diuji itu sama ada menerima penyakit itu sebagai ujian dengan reda atau sebaliknya.

Memang benar, adakalanya telah pelbagai ikhtiar dilakukan sebagai jalan penyembuhan namun belum berhasil. Inilah hakikat bagi ujian penyakit iaitu mahu menguji sama ada diri yang diuji itu reda dan sabar dengan ketetapan Allah.

Allah ingin menguji dan melihat sama ada kita ingat bahawasanya Allah yang memberikan penyakit dan Dialah yang menyembuhkan penyakit.

Namun, ramai yang tertewas apabila telah berusaha melalui pelbagai cara tetapi tidak sembuh. Lalu mereka terus menggunakan jalan yang khurafat dan syirik seperti berjumpa bomoh Siam, bomoh Hindu atau sebagainya.

Walaupun yakin Allah yang menyembuhkan tetapi cara perubatan itu bercanggah dengan hukum Allah, maka ia syirik dan khurafat kerana niat tidak menghalalkan cara.

Ingat dan fahamilah bahawa itu semua sihir semata-mata. Sungguhpun memang ada kesembuhan, namun hakikatnya ia merupakan penipuan syaitan semata-mata untuk memesongkan anak Adam.

Haram hukumnya memilih jalan khurafat itu kerana unsur syirik iaitu menduakan Allah dan melakukan sesuatu yang terkeluar daripada syariat Islam.

Bertemulah dengan para ahli perubatan Islam yang menggunakan jalan benar sebagai perubatan, Insya-Allah pasti suatu hari akan tiba kesembuhan, sabarlah dan berdoalah serta berserah kepada Allah SWT.

Percaya dengan cakap-cakap bomoh, pawang dan tok nujum yang mendakwa mengetahui perkara yang ghaib boleh membawa kepada kekufuran.

Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berjumpa dengan tok nujum dan bertanya sesuatu yang ghaib, lalu percaya dengan kata-kata mereka maka tidak diterima solatnya selama 40 hari" (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang berjumpa dengan bomoh atau tok nujum, lalu bertanya pada bomoh tentang sesuatu, dan lelaki itu mempercayai apa yang bomoh beritahu tentang perkara-perkara ghaib, maka dia telah kufur dengan ajaran Nabi Muhammad SAW." (Hadis Riwayat Bazzar-Jaid). Wallahu A'lam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Syria minta maaf selepas bedil bandar Turki

Posted:

Syria minta maaf selepas bedil bandar Turki

GAMBAR yang dirakamkan semalam menunjukkan beberapa orang berdiri di depan sebuah rumah yang musnah dalam serangan mortar tentera Syria di bandar Akcakale, Turki.- AFP


ANKARA – Pemerintah Syria mengaku membunuh lima penduduk di bandar Akcakale, Turki dalam satu serangan mortar, kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Besir Atalay semalam.

"Pihak Syria mengaku melancarkan serangan itu dan meminta maaf," katanya selepas Parlimen Turki bersidang bagi membincangkan isu tersebut.

Parlimen Turki turut membenarkan tentera negara ini melancarkan operasi di dalam negara Syria jika dianggap perlu ekoran serangan mortar tersebut.

Kebenaran itu diberikan selepas 320 daripada 550 anggota parlimen meluluskan usul untuk melancarkan operasi tersebut.

Seramai 129 anggota parlimen menentang usul berkenaan termasuk daripada Parti Penduduk Republik yang menjadi pembangkang utama.

Atalay berkata, Syria berjanji tidak akan mengulangi serangan itu selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadi pengantara dalam isu berkenaan.

Pihak berkuasa Turki menyatakan antara yang terbunuh itu ialah seorang ibu dan tiga orang anaknya.

Serangan mortar itu tersasar selepas ia dilancarkan pihak tentera Syria dari bandar Tall al-Abyad kelmarin.

Tentera Turki kemudian bertindak balas dengan melancarkan bedilan meriam yang menyebabkan beberapa askar Syria dilaporkan terbunuh.

Sementara itu, kumpulan pemberontak Syria membunuh 21 anggota pasukan elit tentera negara itu di bandar Qudsaya, barat Damsyik dalam satu pertempuran semalam.

Para pemberontak itu yang menuntut Presiden Bashar Al-Assad meletakkan jawatan menggunakan bahan letupan yang diletakkan dekat kuarters pasukan Pengawal Republikan di bandar tersebut.

Tentera Syria turut membedil Aleppo selepas 48 orang maut dalam tiga serangan bom kereta di bandar tersebut kelmarin.

Kumpulan militan Islam, Al-Nusra mengaku melakukan serangan bom kereta itu.

Pergolakan di Syria bermula sejak Mac tahun lalu ekoran kebangkitan penduduk di Asia Barat yang menuntut perubahan kepimpinan.

Pertempuran antara tentera Syria dengan kumpulan pemberontak dilaporkan telah menyebabkan lebih 30,000 orang terbunuh. – Agensi

Romney menang debat dengan Obama

Posted:

Romney menang debat dengan Obama

ROMNEY (kiri) berdebat dengan Obama di Universiti Denver, Colorado kelmarin. -AFP


DENVER, Colorado (AS) - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan, Mitt Romney tampil dengan gaya yang meyakinkan semasa berdebat dengan Barack Obama di Universiti Denver di sini kelmarin.

Menurut laporan agensi berita AFP, Obama yang juga Presiden AS kadangkala kelihatan gementar dan tidak bersedia untuk berdebat dengan Romney.

Debat pusingan pertama itu diadakan selama 90 minit menjelang pilihan raya presiden AS yang dijadualkan berlangsung pada 6 November depan.

"Romney menang. Kejutan terbesar ialah kemenangannya amat jelas," kata seorang profesor sains politik di Universiti Negeri Youngstown, Paul Scracic.

Menurut agensi berita Reuters, tinjauan pendapat saluran televisyen CNN mendapati kira-kira 67 peratus orang memilih Romney sebagai pemenang.

Pengarah Pusat Politik dan Hal Ehwal Awam di Kolej Franklin dan Marshall, G. Terry Madonna turut menyatakan Romney menjadi pemenang.

"Saya tidak berpendapat terdapat sebarang keraguan bahawa Romney menang," katanya yang memantau pilihan raya presiden AS sejak 1960.

Obama, 51, bertanding buat kali kedua bagi mempertahankan jawatannya.

Romney, 65, yang merupakan bekas gabenor Massachusetts dan seorang jutawan menyelar Obama berhubung isu defisit AS, kadar pengangguran, pengurangan beberapa cukai, dasar ekonomi dan kesihatan.

"Jika presiden dipilih semula (Obama), anda akan menyaksikan golongan pertengahan tertekan," kata Romney.

Obama menyerang balas dengan mendakwa Romney tidak mempunyai sebarang rancangan terperinci untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

"Anda tahu, empat tahun lalu, saya menyatakan bahawa saya bukannya seorang lelaki yang sempurna dan saya tidak akan menjadi presiden yang sempurna. Ia mungkin janji yang difikirkan Romney akan saya teruskan," kata Obama daripada parti Demokrat.

Pusingan kedua dan ketiga debat calon presiden itu akan diadakan pada 16 dan 22 Oktober depan. - Agensi

Ahli arkeologi jumpa makam permaisuri Maya

Posted:

Ahli arkeologi jumpa makam permaisuri Maya

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan satu rangka manusia ditemui di dalam makam Permaisuri Kalomt'e K'abel di hutan Peten, Guatemala. - AFP


BANDAR RAYA GUATEMALA - Sekumpulan ahli arkeologi Amerika Syarikat (AS) dan Guatemala menemui sebuah makam permaisuri Maya yang mengandungi harta karun.

Menurut seorang ahli arkeologi AS, David Freidel, makam itu ditemui di hutan Peten yang merupakan salah satu penemuan terpenting berkaitan dengan tamadun Maya.

Hutan itu terletak 600 kilometer ke utara bandar raya ini.

Hadiah-hadiah seperti pasu seramik abad ke-7 dan ke-8 termasuk batu jed, kulit kerang dan pisau yang diperbuat daripada batu turut ditemui di dalam makam tersebut.

Makam tersebut ditemui pada Jun lalu tetapi pendedahan tentang penemuan itu dibuat kelmarin.

Sebuah pasu yang terdapat dalam makam itu tertera nama Permaisuri Kalomt'e K'abel yang merupakan isteri Raja Wak K'inich Bahlam II.

Ujian asid deoksiribonukleik akan dilakukan ke atas satu rangka manusia yang ditemui di dalam makam itu.- Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

1 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Sindket jual saluran TV Internet haram dibongkar

Posted:

Sindket jual saluran TV Internet haram dibongkar

05/10/2012 8:25pm

BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.

"Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen.

"Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit. - BERNAMA

776 rugi RM15 juta ditipu

Posted:

776 rugi RM15 juta ditipu

05/10/2012 6:21pm

KUALA LUMPUR - Seramai 776 individu mengalami kerugian berjumlah RM15 juta apabila menjadi mangsa penipuan sindiket peminjam wang yang tidak wujud sejak tahun lepas hingga sekarang.

Ketua Penolong Pengarah Siasatan I Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Lim Char Boo berkata mangsa terdiri dari kalangan yang ingin memulakan perniagaan, peniaga kecil-kecilan serta individu yang mahu mendapat pinjaman wang tunai segera tanpa kerenah birokrasi bank.

Beliau berkata modus operandi sindiket berkenaan ialah mengiklankan perkhidmatan mereka melalui kad perniagaan yang ditampal di lokasi tumpuan ramai, mengedar risalah atau menghebahkannya melalui sistem pesanan ringkas yang dihantar secara rawak.

"Mangsa yang ingin membuat pinjaman akan menghubungi nombor yang tertera pada iklan itu dan mereka kemudiannya akan diarah oleh sindiket untuk memasukkan wang ke akaun tertentu pada kadar RM1,000 hingga RM5,000 sebagai wang proses," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Char Boo berkata bagi mengaburi mangsa, anggota sindiket berkenaan juga biasanya akan menyamar sebagai pegawai dari institusi kewangan yang kononnya boleh membantu menguruskan pinjaman dengan cepat sebelum bertindak menghilangkan diri setelah wang pemerosesan pinjaman diperolehi. - BERNAMA

12 negara sertai taekwondo universiti Asia

Posted:

12 negara sertai taekwondo universiti Asia

05/10/2012 8:12pm

KUALA LUMPUR - Seramai 141 atlet dan pegawai dari 12 negara termasuk Malaysia, mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Taekwondo Universiti Asia yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari 11 hingga 13 Oktober ini.

Penyelaras Media Bahagian Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi Nur Ekmal Buhari berkata edisi ketiga kejohanan itu akan menyaksikan penyertaan 13 atlet lelaki dan 11 atlet wanita dari Malaysia.

"Ia juga merupakan medan terakhir bagi memilih atlet taekwondo yang akan mewakili negara di Sukan Universiti Asean di Laos pada Disember," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Negara yang bertanding ialah Brunei, Filipina, Indonesia, Kazakhstan, Lebanon, Mongolia, Nepal, Singapura, Thailand, Iran, China dan Malaysia. - BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved