Ahad, 9 September 2012

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Getaran tali sape jentik emosi

Posted:

Getaran tali sape jentik emosi

KELUNAKAN bunyi sape seringkali diiringi tarian Orang Ulu di Sarawak untuk menyambut kedatangan tetamu.

JIKA kanak-kanak lain lebih gemar menghabiskan usia mereka dengan bermain alat permainan seperti kereta dan patung, namun lain pula pengalaman Ainal Bustari Johari, 23, ketika zaman kecilnya.

Pada usia lapan tahun, anak jati Kuching, Sarawak itu lebih gemar bermain alat-alat muzik tradisional memandangkan bapanya, Johari Morshidi, 50, seorang ahli muzik perkusi di Kampung Budaya Sarawak, Santubong, Sarawak.

Biarpun tidak mahir mengendalikan alat-alat permainan itu namun dia tetap bermain secara bersendirian di rumah tanpa tunjuk ajar bapanya.

Pada setiap hari, dia akan mengambil apa sahaja peralatan yang terdapat di dalam rumahnya. Tidak kira serunai, gendang, rebana, mahupun sape (instrumen petikan dalam masyarakat Ulu, Sarawak). Pendek kata, apa sahaja alat muzik yang ada di rumahnya, dia akan mencuba.

Bagaimanapun, minat untuk mengenali alat-alat tradisional itu tidak pernah dipaksa bapanya. Keinginan itu terbit daripada pengaruh bapa dan pak ciknya yang gemar bermain alat muzik tradisional termasuk sape di rumah sebagai latihan sebelum mengadakan persembahan.

Menceritakan lanjut mengenai alat muzik tradisional, anak sulung daripada tiga adik-beradik itu berkata, dia seringkali mendengar kelunakan petikan muzik sape yang dimainkan bapa dan pak cik-pak ciknya.

"Mereka akan bermain sape secara ramai-ramai. Dari situlah, saya rasa sape mempunyai keunikan tersendiri kerana alunan muziknya membuatkan seseorang itu berasa lebih tenang," katanya ketika ditemui Kosmo! di ibu negara baru-baru ini.

Bertutur lanjut, Ainal memberitahu, sejak itu dia mula mendengar dan melatih dirinya belajar sape.

KELUNAKAN bunyi sape seringkali diiringi tarian Orang Ulu di Sarawak untuk menyambut kedatangan tetamu.


Meskipun tidak begitu mahir, sekurang-kurangnya dia boleh memetik tali sape dan mampu mengeluarkan melodi yang sedap.

Secara jujurnya, Ainal memberitahu, dia tidak pernah serius untuk belajar bermain sape sehinggalah dua tahun yang lalu.

Dengan berbekalkan sedikit pengalaman, dia sekadar suka-suka menyertai persembahan menunjukkan bakat bermain alat muzik tradisional yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

Beranikan diri

Ainal yang juga merupakan pelajar jurusan Diploma Muzik dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu buat julung-julung kalinya mengadakan persembahan sape di UPM.

Berikutan dorongan rakan-rakannya, dia memberanikan diri menjadi wakil Sarawak untuk membuat persembahan sape.

"Majlis tersebut diadakan untuk memperkenalkan alat muzik tradisional. Tanpa berfikir panjang, saya menyertai persembahan itu sedangkan saya tidaklah terlalu mahir bermain sape," akuinya.

Tambahnya, membuat persembahan tanpa mempunyai selok-belok teknik membuatkannya berasa gementar. Begitupun, dia mengetepikan perasaan itu demi kelancaran persembahan.

"Saya sendiri tidak sangka apabila menerima sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir ke persembahan itu. Nyata, mereka kelihatan teruja dengan persembahan alat muzik sape," katanya sambil tersenyum.

Sebaik tamat persembahan, kawan-kawan tidak putus-putus menasihatkan saya supaya tidak lupa untuk bermain sape dan terus mempelajari tekniknya dengan lebih mendalam.

Sejak hari itu, Ainal mula menumpukan alat permainan tradisional masyarakat Ulu yang dikatakan begitu unik dan mempunyai nilai seni yang tinggi.

ZAMZAHARMAN (dua dari kanan) pernah mengadakan persembahan sape pada majlis ASEAN Korean Traditional Orchestra pada tahun 2010.


Keunikan sape

Bagi Ahli Muzik Orkestra Tradisional Malaysia, Zamzaharman Mohamad Zambrin, 43, beliau mengakui petikan muzik sape mempunyai keunikan tersendiri.

Biarpun dipetik dengan apa cara sekalipun, alunan dari alat muzik sape itu tidak akan menghasilkan bunyi sumbang sebaliknya setiap satu petikan sape mampu memberi getaran yang menyentuh perasaan pendengarnya.

Beliau yang sudah berjinak-jinak dengan peralatan itu sejak 19 tahun berkata, alat muzik itu berbeza berbanding dengan alat muzik lain.

Misalnya, alat muzik seperti gitar, jika tidak kena pada notnya, ia akan menghasilkan melodi yang tidak sedap. Bagi sape pula, walaupun menekan pada mana-mana bahagian pada tali sape, ia tetap menghasilkan bunyi lunak dan harmoni dengan not-not bunyi sebelum dan seterusnya.

Beliau merupakan ahli pemuzik Flute dan Caklempong dan turut menjadi jurulatih di Istana Budaya.

Menceritakan lanjut mengenai alat muzik itu, anak jati Lenggeng, Negeri Sembilan itu memberitahu, mempelajari sape sebenarnya mudah memandangkan tidak mempunyai banyak teknik.

Beliau yang mempelajari sape menerusi seorang guru yang berasal dari Ulu dari kaum Kayan, Sarawak di Pusat Pinang Kasih, Pulau Pinang pada tahun 1993 berkata, seseorang individu itu boleh menguasai sape sekiranya mempunyai minat.

Ubah suai

Selain itu, beliau menjelaskan skil pentatonik yang digunakan juga menyebabkan ia tidak sukar untuk dipelajari. Pentatonik merujuk kepada tangga nada dengan skala skala lima not per oktaf.

Jelas beliau, dengan menggunakan skil pentatonik sahaja ia sebenarnya tidak dapat berkembang dengan meluas.

Menyingkap sedikit pengalaman ketika mengadakan persembahan Asean Korean Traditional Orchestra pada tahun 2010, beliau sedar alunan muzik sape dengan menggunakan skil pentatonik menyebabkan muzik tersebut tidak dapat menembusi keserasian dalam kebanyakan lagu.

Sebaik pulang dari Korea, timbul idea untuk mengubah suai sape supaya alunan muzik dari peralatan itu boleh dibawa masuk ke dalam kesemua lagu baik moden mahupun tradisional.

KUMPULAN ahli Muzik OTM membuat persembahan di Korea.


Dengan menggunakan kreativiti sendiri, beliau menukar sifat sape dari menggunakan skala pentatonik ke skala kromatik (skala yang berjarak setengah nada, seperti A,A#,B,C,C#,D, dan seterusnya) dengan menggunakan gitar.

"Skil itu boleh digunakan untuk memainkan semua lagu sekali gus tidak membataskan instrumen istimewa itu untuk dimainkan dalam majlis besar terutamanya orkestra," jelas beliau yang merupakan satu-satunya pemilik sape yang menggunakan skil kromatik.

Sementara itu, pemain sape terkenal, Jerry Kamit turut mengakui alat muzik tersebut kini diubah suai untuk menarik minat golongan muda.

Wanita lawan tentera rejim Bashar

Posted:

Wanita lawan tentera rejim Bashar

APABILA kebangkitan Syria bermula, Fatima Zahra menghantar kelima-lima anaknya untuk menyertai pasukan pemberontak untuk menentang tentera kerajaan pimpinan Presiden Syria, Bashar al-Assad. Bukan itu sahaja, dia berusaha mencari jalan untuk melakukan lebih daripada itu.

Selepas beberapa bulan, dia mengubah rumahnya menjadi pusat asas sokongan Tentera Bebas Syria. Dia memasak secara besar-besaran untuk mengagihkan makanan kepada pejuang pemberontak, menawarkan rawatan dan penjagaan perubatan asas.

Tidak ketinggalan Fatima menyediakan perlindungan kepada pemberontak tentera selain menyimpan senjata di bilik rumahnya.

"Sejak kanak-kanak lagi, saya mahu melihat pengakhiran rejim. Jadi apabila peluang itu datang, saya tahu saya akan mampu membantu," kata Fatima sementara suaminya, Ahmed Zahra sedang menyediakan kopi untuk anggota Tentera Bebas Syria yang berada di rumahnya.

Bapa Fatima di hantar ke Kuwait pada tahun 1980-an apabila rejim itu cuba memisahkan rangkaian anggota Ikhwanul Muslimin. Bapa Fatima bukan sebahagian daripada kumpulan itu, tetapi dia seorang lelaki yang tidak berpendidikan dan kuat agama.

"Kami hidup dalam ketakutan sebelum kebangkitan tercetus. Walaupun di sebalik pintu rumah yang tertutup, anda sama sekali tidak boleh memburukkan nama-nama seperti Bashar atau Hafez," kata Fatima merujuk kepada Presiden Syria dan bapanya Hafez al-Assad.

Perjuangan keluarga

Tetapi sekarang, Fatima memberitahu, dia tidak lagi takut.

Malah, dengan bangga memberitahu, keputusan beliau untuk membantu pemberontak walaupun jiran-jirannya melarikan diri kerana takut dengan keselamatan.

"Saya memasak dan merawat mereka yang cedera semampu yang boleh. Malah, saya menyediakan tempat tinggal kepada tentera Bashar yang lari daripada pasukannya untuk mendapatkan perlindungan di sini," katanya.

Dua daripada anak lelaki Fatima sedang berjuang di barisan hadapan di Aleppo, manakala dua yang lain membantu pelarian menyeberang ke Turki. Anak bongsunya yang berusia 16 tahun pula menghantar mesej dan senjata kepada pasukan pemberontak.

Ahmed, suami Fatima kelihatan bangga dengan isterinya yang sedang bersemangat menceritakan pengorbanan keluarga mereka.

"Apa yang dilakukan oleh isteri saya adalah sesuatu yang biasa. Kami sanggup memberikan penglihatan kami kepada pasukan pemberontak jika kami mampu," katanya tegas. "Saya berharap untuk melakukan lebih banyak daripada ini."

Antara mereka yang mendapat manfaat daripada bantuan yang disediakan oleh Fatima adalah dua orang tentera yang melarikan diri dan kini menggunakan rumah tersebut sebagai tempat perlindungan.

Abu Mohamed berpaling tadah daripada unit Damsyik dua bulan lalu, selepas dia ditempatkan berdekatan kawasan itu.

"Apa yang dilakukan Fatima, sungguh luar biasa. Dia membantu kami dengan baik sekali. Dia melayan kami lebih baik daripada keluarga sendiri," katanya.

Lelaki berusia 23 tahun itu semasa bersama tentera ditugaskan mengendalikan pusat pemeriksaan sehingga dia memutus untuk berpaling.

"Saya berpaling tadah apabila menyedari bahawa kami sebenarnya melindungi orang tertentu, bukan negara. Mereka meminta kami untuk menembak mana-mana kereta yang menghampiri pusat pemeriksaan, tidak kira wanita dan kanak-kanak di dalamnya atau tidak," ujar Abu Fahd.

Dia ditempatkan di kawasan itu dengan unit daripada Homs dan memutuskan untuk keluar selepas berjaya menyelinap dengan membuat panggilan telefon rahsia kepada keluarganya.

"Kami tidak mempunyai televisyen atau radio atau apa-apa komunikasi dalam pasukan tentera. Mereka memberitahu, kami melawan pengganas dan semua orang percaya mereka, termasuk saya," kata lelaki berkulit putih berusia 24 tahun itu.

"Selepas saya bercakap kepada ahli keluarga, saya baru sedar apa yang sebenarnya sedang berlaku. Saya telah menembak orang yang tidak bersalah dan memutuskan untuk meninggalkan pasukan tentera," kongsi Abu Fahd.

"Mereka adalah anak-anak saya," kata Fatima dengan bangganya. "Semua pemberontak dalam pasukan ini adalah anak-anak saya."

Glamor tempe Sekinchan

Posted:

Glamor tempe Sekinchan

PERJALANAN menuju pekan Sekinchan di Sabak Bernam, Selangor yang mengambil masa hampir dua jam dari Kuala Lumpur tidak begitu dirasakan jauhnya lebih-lebih lagi selepas mendengar kelazatan tempe yang diusahakan oleh seorang pengusaha di daerah yang terkenal dengan sawah padi itu.

Sebaik sahaja sampai di Taman Ria, Sekinchan, kru Jurnal disambut oleh seorang wanita yang berusia 57 tahun yang masih sihat dan bertenaga.

"Jangan fikir bukan-bukan, ini bukan sebab makan tempe," katanya bergurau.

Tempe sememangnya dikenali sebagai antara makanan bagi masyarakat Jawa di negara ini malah majoriti penduduk negara jiran, Indonesia menggemarinya.

Jariah menceritakan, beliau telah mengusahakan perniagaan tempe selama hampir 30 tahun.

"Cerita asal mengenai tempe saya kurang pasti tetapi menurut kisah yang diperturunkan dari generasi ke generasi, ia bermula selepas berlakunya kebuluran di Indonesia pada tahun 1930.

"Ramai yang terpaksa mencari makanan alternatif. Pada mulanya mereka mencuba biji getah kemudian soya yang ditransformasikan menjadi tempe.

"Hakikatnya, apabila manusia tertekan dan hidup dalam keadaan sukar mereka menjadi kreatif untuk mencipta sesuatu yang boleh memberikan manfaat," ujarnya.

Kata Jariah, perniagaan tempe yang diusahakannya secara kecil-kecilan mendapat sambutan hangat semasa musim perayaan dan kenduri-kendara.

TEMPE merupakan makanan wajib bagi masyarakat Jawa di negara ini.


"Ada juga yang menempah tempe untuk dibuat barangan hantaran untuk majlis pertunangan dan pernikahan. Kebiasaannya ia diletakkan di dalam bekas khas.

"Tempe yang disediakan ialah jenis tempe goreng pedas," ujarnya.

Teruja

Wanita ini berkata, tempe sesuai dibuat goreng dan dicicah dengan sambal kicap. Selain itu, makanan ini juga sedap dimasak rendang dan lodeh.

Bagaimana pula dengan rasanya, penulis berpeluang untuk merasainya sendiri. Teksturnya agak lembut selain enak dimakan bersama sambal kicap.

Cukup mengenyangkan tanpa perlu dimakan bersama nasi.

Beliau juga teruja untuk menceritakan bagaimana tempe dihasilkan.

Ujarnya, mula-mula kacang soya dipecahkan menggunakan sebuah mesin khas untuk dikisar. Kemudian ia direndam selama tiga hari di dalam sebuah besen yang dicampur bersama air.

Selepas itu, kacang soya itu dibasuh menggunakan mesin basuh yang diubahsuai sebelum direbus selama dua jam.

Tidak berhenti setakat itu, kacang yang siap direbus akan dicampur bersama ragi untuk mengelakkan pertumbuhan cendawan.

"Sebaik sahaja siap, ia dibungkus dengan daun pisang dan plastik. Daun pisang digunakan kerana ia lebih lembut selain baunya lebih sedap," katanya.

Jariah memberitahu, banyak dakwaan mengenai khasiat tempe tetapi tiada kajian lanjut dijalankan mengenainya.

"Ada yang mendakwa ia menjadikan seseorang lebih awet muda tapi saya percaya perkara itu disebabkan kacang soya sebagai antara bahan utama kosmetik.


TEMPE goreng lebih lazat jika dicicah dengan sambal hitam.


"Selain itu, makanan ini dikatakan mampu mengurangkan sembelit dan sakit perut. Sebenarnya ia bergantung kepada individu itu sendiri," ujarnya.

Tempe juga digunakan sebagai baja organik untuk pelbagai jenis pokok seperti pisang, mempelam dan nanas.

Semasa sedang rancak berbual dengan Jariah, suaminya Paad Damin, 65, pulang ke rumah menggunakan kenderaan Mitsubishi Storm.

Seakan-akan mengetahui perbualan kami berkisar mengenai tempe dia terus memotong perbualan penulis dengan isterinya.

"Dahulu berniaga tempe sukar kerana saya menjualnya menggunakan sebuah basikal tua. Perjalanan dari rumah menuju ke pekan Sekinchan sejauh 10 kilometer.

"Untuk memprosesnya juga agak rumit dengan biji kacang soya dibasuh di saluran air sawah padi, tapi dahulunya airnya bersih selain tiada penggunaan racun perosak," katanya.

Kemudian, ia dihancurkan menggunakan kaki sebelum diproses.

"Sekarang lebih mudah dengan penggunaan teknologi moden termasuk kenderaan seperti Mitsubishi Storm berwarna kuning itu untuk proses penghantaran," katanya tersenyum.

Paad menceritakan, kaum Cina dan India juga meminati tempe. Malah, seorang kanak-kanak Australia turut menggemari tempe yang belum digoreng yang dijamahnya di tapak perniagaan milik Paad di Pasar Sekinchan.

"Kata budak itu rasa tempe itu seperti kerepek kentang," cerita beliau.

Lelaki yang selesa memakai kopiah ini juga menceritakan pengalaman pahitnya semasa berusia awal 40-an.

Kerepek

"Dahulu, saya berniaga pasar malam. Jadi sering keluar awal pagi dan balik pukul 3 pagi keesokkan hari. Perkara ini berulang selama tiga tahun.


KACANG soya dicampur bersama ragi untuk mengelakkan pertumbuhan cendawan.


"Tetapi peristiwa anak saya memanggil jiran sebelah rumah sebagai 'ayah' menyebabkan saya mengambil keputusan untuk tidak terlalu obses bekerja," katanya.

Anaknya, Hairul Ashid Paad, 35, kemudian memberi nafas baru dengan memperkenalkan kerepek tempe.

"Ia baru bermula pada tahun 2010. Sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Kerepek tempe boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu digoreng.

"Malah, rasanya seperti kerepek pisang dan ubi. Cuma saya tidak berani mengambil tempahan dalam skala besar kerana kurang kemampuan dari segi teknologi dan pekerja.

"Lagipun ini idea bersama saya, isteri Masliza Punari dan bapa mertua," kata Hairul.

Katanya, antara bahan utama yang digunakan ialah garam, jintan manis, rempah biji, ketumbar dan sedikit kapur.

"Kerepek ini akan digoreng dengan minyak panas sebelum dikeringkan selama beberapa jam. Harganya pula RM7.50 untuk 350 gram.

"Ramai yang membelinya untuk dijadikan hidangan semasa Hari Raya Aidilfitri selain kudapan semasa kenduri-kendara," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Rumah terbuka Aidilfitri UniMAP meriah

Posted:

Rumah terbuka Aidilfitri UniMAP meriah

MD. ISA (empat dari kiri) bersama pelajar mengibarkan Jalur Gemilang pada majlis rumah terbuka Aidilfitri UniMAP di Arau baru-baru ini.


PERAYAAN. Lebih 2,000 orang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di kampus Kubang Gajah, Arau baru-baru ini dalam suasana bertemakan glamour raya.

Pada majlis tersebut, UniMAP turut mengadakan program mengibar dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang membabitkan 200 orang yang tidak pulang beraya termasuk pelajar antarabangsa universiti itu.

Selain jamuan, para pengunjung yang terdiri daripada pelajar, kakitangan UniMAP dan orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan artis peserta Maharaja Lawak iaitu kumpulan Jambu.

Majlis rumah terbuka tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar, Dr. Md. Isa Sabu. Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim.

68 graduan dirai pada Konvokesyen Tunas Mekar

Posted:

68 graduan dirai pada Konvokesyen Tunas Mekar

PESERTA bergambar pada Majlis Konvokesyen Graduan Tunas Mekar Wilayah Utara 2012 di Hotel Ixora, Pulau Pinang baru-baru ini.


USAHAWAN MUDA. Seramai 68 graduan diraikan pada Majlis Konvokesyen Graduan Tunas Mekar Wilayah Utara 2012 di Hotel Ixora, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pada majlis itu, tiga graduan iaitu Norhasimah Husin, 29, dari Pulau Pinang, Muhammad Syaiful Lizan Abd. Halim, 23, dari Kedah dan Muhd. Anas Abd. Zubir, 26, dari Perlis dipilih sebagai graduan terbaik program.

Pengarah Program Tunas Mekar, Prof. Dr. Jamalullail Abdullah berkata, seramai 685 graduan mengikuti program itu sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005 menerusi dua siri pengambilan iaitu 2005-2007 dan 2009-2010.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 368 orang graduan telah memiliki perniagaan sendiri dan buat masa ini, seramai 160 graduan baharu sedang mengikuti latihan masing-masing.

Pengarah Kagat rai tetamu pada rumah terbuka

Posted:

Pengarah Kagat rai tetamu pada rumah terbuka

MUSTAFA (berdiri) meraikan tetamu yang menjamu selera pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Selayang Baru, Selayang baru-baru ini.


MERIAH. Lebih 1,000 pengunjung memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat), Brig. Jen. Datuk Mustafa Abdul Manap yang berlangsung di kediamannya di Selayang Baru, Selayang baru-baru ini.

Menurut Mustafa, selain penduduk tempatan, lebih 700 tetamu terdiri daripada staf Kagat dari cawangan Lembah Klang dan Port Dickson.

Katanya, majlis tersebut bertujuan memeriahkan sambutan hari lebaran dan meraikan staf serta penduduk pelbagai lapisan masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.

Turut hadir, bekas Pengarah Kagat, Tan Sri Hamid Zainal Abidin dan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Siti kena tempias Gangnam Style

Posted:

Siti kena tempias Gangnam Style

PETIKAN klip video parodi Gangnam Style Siti Nurhaliza di YouTube.


KUALA LUMPUR - Fenomena lagu dan tarian Gangnam Style yang dipopularkan penyanyi Korea Selatan, Psy kini menular ke Malaysia dan ia turut membabitkan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza.

Selepas banyak parodi lagu tersebut dibuat, kini sebuah parodi Gangnam Style Datuk Siti Nurhaliza pula sedang mendapat perhatian di YouTube. Parodi ialah karya seni yang meniru gaya pencipta lain dengan cara yang melucukan.

Klip video parodi dengan durasi lebih empat minit tersebut dihasilkan sekumpulan peminat fanatik Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Sitizoner.

Ia menampilkan kompilasi klip video persembahan Siti Nurhaliza dari zaman muda sehingga terkini dengan variasi lagu pop, balada dan irama asli daripada penyanyi berusia 34 tahun tersebut.

Mengulas tentang klip video Gangnam Style versi penyanyi itu yang dihasilkan peminatnya, Siti Nurhaliza menyifatkan penghasilan parodi itu sebagai sesuatu yang sangat kreatif.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bersekongkol dengan penyangak

Posted:

Bersekongkol dengan penyangak

george Soros bersama tunangnya, Tamiko Bolton di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.


NILAI – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika Syarikat (AS) adalah antara penyumbang dana terbesar kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal George Soros.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil) berkata, siasatan masih di peringkat awal untuk memastikan penglibatan individu itu yang digelar penyangak mata wang ketika krisis ekonomi di Asia Tenggara pada 1997 dan 1998.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama NGO berkenaan.

Ismail Sabri berkata, siasatan awal mendapati ada bukti berdasarkan dokumen perjanjian kedua-dua pihak dan pihaknya mendapati NGO terbabit salah satu daripada dua NGO berpangkalan di AS yang menjadi penyumbang dana terbesar Suaram.

"Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan e-mel antara kedua-dua pihak," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Rasah di Politeknik Nilai di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

PM lancar Pelan Pendidikan esok

Posted:

PM lancar Pelan Pendidikan esok

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

KERAJAAN sentiasa peka dengan keperluan perubahan kepada sistem pendidikan negara. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Pelan Pembangunan Pendidikan yang akan dilancarkan esok oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar kecil) bakal melonjakkan kualiti dan pencapaian bidang tersebut pada aras yang lebih tinggi.

Melalui pelan itu, kualiti keseluruhan sistem pendidikan yang meliputi guru, modal insan, kurikulum, pentaksiran, penyampaian dan pengurusan pendidikan bakal menerima satu perubahan besar.

Pelan itu juga bukan sekadar pernyataan dasar tetapi dokumen yang memperincikan strategi dan tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk mencapai sasarannya.

Pelaksanaannya akan dibuat secara telus dan demi mencapai matlamat itu, kepimpinan tertinggi di peringkat kementerian akan mempunyai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu yang perlu dicapai selain laporan tahunan perlu diumumkan kepada pihak awam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Urban

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Urban


Limpahan cahaya sepanjang BBKLCC

Posted:

Limpahan cahaya sepanjang BBKLCC

Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA

JIKA di London, Oxford Street merupakan salah satu destinasi utama pelancong bagi menikmati suasana malam yang bercahaya, di samping membeli-belah barangan daripada pelbagai jenama terkenal.

Tidak kurang pula di Singapura, Orchard Road merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi kerana menawarkan pemandangan malam yang menarik selain tawaran harga berangan yang berpatutan.

Dalam usaha memacu Malaysia terutamanya ibu negara ke arah sebuah destinasi pelancongan setaraf kota kosmopolitan luar, Kementerian Pelancongan kini memperkenalkan satu lagi mercu tanda Kuala Lumpur iaitu dekorasi pintu gerbang bercahaya di Bukit Bintang dan Kuala Lumpur City Centre (BBKLCC).

Melalui inisiatif itu juga limpahan cahaya lampu candelier menerangi sepanjang laluan pejalan kaki ke dua destinasi tersebut.

Kewujudan dekorasi lampu-lampu di tempat tumpuan pelancong yang berkunjung ke ibu kota itu sekali gus menjadikan Bukit Bintang dan KLCC setaraf dengan ibu kota London.

"Mercu tanda baharu ibu kota merupakan produk baharu pelancongan negara dan dijangka menarik 36 juta pelancong ke Malaysia menjelang tahun 2020," kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen sewaktu berucap pada majlis perasmian BBKLCC di pintu masuk pusat beli-belah Pavilion hujung bulan lalu.

LAMPU candelier dipasang di sepanjang jalan kawasan segi tiga ibu kota itu.


Pesta cahaya ibu kota

Menurutnya, selain daripada limpahan cahaya lampu candelier, jejantas pejalan kaki berhawa dingin yang menghubungkan dua destinasi tersebut juga memberi keselesaan kepada pelancong untuk menikmati suasana malam di Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis perasmian BBKLCC, Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib dan Pengerusi Persatuan Pelancongan BBKLCC, Joyce Yap.

Acara perasmian BBKLCC turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan negara, tarian jalanan dan persembahan busking.

Tidak kurang pula kehadiran badut-badut di sekitar Pavilion yang menari mengikut alunan muzik ternyata menghiburkan pengunjung. Kemuncak adrenalin pengunjung malam itu sudah tentunya pancaran bunga api yang menerangi ruang udara kawasan segi tiga emas ibu kota tersebut.

Pintu gerbang gergasi

Dua pintu gerbang gergasi bercahaya telah dibina di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC dan Pavilion, manakala lampu-lampu candelier berwarna-warni tersusun rapi di sepanjang laluan kawasan tersebut sehingga ke Plaza Sungei Wang dan Berjaya Times Square.

Projek yang menelan belanja RM2 juta itu merupakan inisiatif Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) kelolaan Kementerian Pelancongan dan Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan (Pemandu) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan BBKLCC.

Seorang pelancong dari Iran, Moier Rostami, 28, amat teruja apabila kunjungan kali kedua bersama isteri ke Malaysia berpeluang menyaksikan pelancaran BBKLCC dan turut berada dalam lipatan sejarah mercu tanda Malaysia.

"Saya akan memberitahu keluarga dan rakan-rakan mengenai keunikan sinaran lampu BBKLCC apabila pulang daripada percutian ini nanti," jelasnya.

Joyce pula memberitahu, limpahan cahaya lampu yang menerangi BBKLCC dianggap sebagai batu loncatan kepada perkembangan acara-acara besar yang akan dianjurkan menerusi projek tersebut.

"Dalam kerancakan pelancong membeli-belah, mereka dapat merasai suasana malam setaraf Oxford Street, London dan Orchard Road, Singapura.

"Mereka juga tidak perlu khuatir mengenai keselamatan ketika berada di kawasan tersebut kerana aspek-aspek keselamatan akan diperketatkan terutamanya ketika waktu malam," ujarnya.

YEN YEN berharap projek BBKLCC dapat melonjakkan lagi imej Kuala Lumpur sebagai sebuah destinasi pelancongan dan beli-belah.


Menurut Joyce lagi, beliau berharap BBKLCC akan membantu industri pelancongan negara dalam usaha untuk meningkatkan perkembangan ekonomi dalam sektor pelancongan negara.

Persatuan Pelancongan BBKLCC dibentuk pada September 2011 bagi menghimpunkan pusat beli-belah, kedai-kedai dan pihak hotel di kawasan BBKLCC untuk kerjasama dengan pihak kementerian dan Pemandu bagi merealisasikan projek tersebut.

BBKLCC ditunjangi oleh 39 ahli daripada wakil pengusaha pusat beli-belah, kedai dan pihak hotel. Kami juga dalam perancangan untuk menambah ahli termasuk organisasi pusat perubatan dan organisasi yang terlibat dengan industri pelancongan.

Sementara itu, seorang lagi pelancong Aisha Abdullah, 26 mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana telah berjaya memukau pelancong asing menerusi cahaya pintu gerbang dan lampu candelier yang berwarna-warni.

"Ia kelihatan seperti suasana di kebanyakan negara Eropah, tetapi mempunyai identiti tersendiri yang masih mengekalkan imej Malaysia. Saya sukakan suasana ini," ujarnya yang bercuti ke Malaysia bersama dua lagi rakannya.

Kejayaan sukan daripada peringkat akar umbi

Posted:

Kejayaan sukan daripada peringkat akar umbi

PLAY More, Learn More adalah komitmen Milo dalam melahirkan remaja Malaysia yang lebih aktif dan cemerlang dalam pelbagai cabang kehidupan.


MURID sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Gembira di Klang pada mulanya tidak begitu berminat untuk menyertai kelab hoki sehinggalah guru sekolah mereka menyedari bahawa sekolah mereka tidak mempunyai kayu hoki yang sesuai untuk membolehkan mereka bersukan.

Kini ramai murid mahu menyertai kelab hoki sejak kayu hoki baharu disumbangkan kepada sekolah tersebut pada 2009.

Sumbangan itu merupakan salah satu daripada inisiatif Milo Play More, Learn More (PMLM) sebagai membawakan sesuatu yang bermakna kepada kehidupan kanak-kanak dengan menggalakkan mereka meluangkan masa untuk bersukan.

"Selepas kem PMLM Milo pada 2009, kami menerima 170 kayu hoki baharu yang benar-benar mengubah kelab hoki. Kayu hoki baharu itu telah memberi motivasi dan menaikkan semangat pemain hoki kami. Mereka kini bermain setiap hari untuk meningkatkan kemahiran dan mengukuhkan semangat berpasukan," kata Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Taman Gembira, Azman Ali, dengan bangga.

Pada mulanya hanya 20 hingga 30 ahli yang datang untuk setiap sesi latihan, tetapi angka itu meningkat kepada lebih 50 murid setiap sesi berikutan kem Milo PMLM 2009 dan tajaan kayu hoki baharu daripada Nestle Milo. Sebelum kem, hoki merupakan satu-satunya sukan aktif di SK Taman Gembira.

Kini beliau melihat semakin ramai pelajar aktif melibatkan diri dalam sukan lain seperti bola sepak, bola jaring dan bola baling.

"Sukan boleh mendekatkan kanak-kanak kepada masyarakat, mereka boleh berinteraksi dengan orang dewasa yang membimbing atau melatih mereka dan mengelakkan amalan biasa yang hanya tertumpu kepada pendidikan serta peperiksaan," katanya.

Lahir pelajar cemerlang

Azman menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam pertandingan untuk memberikan mereka peluang merasai keseronokan dan semangat pertandingan.

Pasukan hoki sekolah tersebut menyertai Pesta Hoki Pulau Pinang pada 2009 ihsan daripada Nestle Milo.

SK Taman Gembira telah mengekalkan kedudukan sebagai 10 sekolah berprestasi tinggi terbaik dan sejak 2009, sekolah itu mempunyai sekurang-kurangnya tiga pelajar yang menerima biasiswa untuk menuntut di sekolah sukan di Malaysia. Menurut statistik sekolah tersebut, empat daripada 12 pelajar yang memperoleh 5A dalam UPSR ialah pemain hoki yang aktif.

"Saya masih ingat seorang murid yang berubah sama sekali selepas dia bermain hoki. Keputusan akademiknya semakin cemerlang dan beliau mampu berkomunikasi lebih baik bersama rakan. Malah, dia juga lebih prihatin dan melibatkan diri dalam kelas! Keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) membolehkan beliau mendapatkan biasiswa penuh ke Sekolah Sri Puteri selepas menamatkan sekolah rendah," katanya.

SK Taman Gembira bukan satu-satunya sekolah rendah yang menggalakkan murid mereka menimba pengalaman hidup menerusi sukan.

Menurut Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Puay Chai II Petaling Jaya, Chong Kok Hiang, bersukan adalah jauh lebih baik daripada duduk di hadapan televisyen, komputer atau melepak di pusat beli-belah.

"Sukan mengajar kanak-kanak bersikap bertanggungjawab walaupun dalam perkara kecil seperti menyimpan kunci bilik stor atau mengutarakan pandangan mereka dengan jelas untuk meningkatkan kerjasama sepasukan," tegas Kok Hiang.

SJKC Puay Chai II, Petaling Jaya menghadapi cabaran yang sama seperti SK Taman Gembira. Sekolah itu mempunyai pasukan bola tampar yang kuat, tetapi pada 2009 mereka kekurangan dana untuk peralatan sukan, jadi sambutan kepada usaha mendapatkan pemain baharu kurang memberangsangkan.

"Kami mendapat sambutan yang lebih baik daripada pelajar selepas kem Milo PMLM dan menerima 50 bola, serta net dan jersi daripada Milo. Sekolah kami muncul juara daerah bagi kategori bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.

Komitmen Milo

"Sejak 2009, matlamat kami ialah untuk menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam sukan sepanjang hayat," jelas Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Ng Su Yen.

SUMBANGAN peralatan hoki berjaya menarik minat pelajar sekolah SK Taman Gembira untuk bermain hoki dan meraih pelbagai kejuaraan.


"Kecekapan fizikal, iaitu keupayaan meloncat, melompat, membaling dan menangkap, tidak kurang penting daripada membaca dan mengira. Kami amat berbangga kerana telah menyemarakkan semangat beribu-ribu kanak-kanak dan membolehkan mereka menimba pengetahuan menerusi klinik, kem dan aktiviti sukan kami. Di samping itu, ia juga mengeratkan hubungan dengan sekolah dan masyarakat setempat dalam pelbagai cara kerana kami memahami keperluan sebenar di peringkat akar umbi."

Komitmen Nestle Milo terhadap kanak-kanak Malaysia bukan setakat memberikan pendidikan sukan asas. Penglibatan sekolah, sokongan ibu bapa dan kerjasama dengan majlis tempatan adalah beberapa faktor yang mendorong kejayaan Milo PMLM.

Tahun ini, Milo berganding bahu dengan majlis perbandaran tempatan untuk mengenal pasti lokasi yang kekurangan peralatan atau kemudahan yang sesuai dan cara kami boleh menyediakan persekitaran permainan yang selamat.

"Setiap kanak-kanak berhak untuk bermain dan hak tersebut termasuk bermain dalam persekitaran yang selamat. Persekitaran yang selamat memberikan ketenangan fikiran kepada anak-anak kita untuk bersukan dan memberi tumpuan menimba pengalaman sambil belajar," jelas Su Yen.

Tambah beliau lagi, Milo PMLM ialah komitmen jangka panjang kami kepada Malaysia.

"Kami mengambil langkah demi langkah untuk meneruskan perjuangan kami. Tiada kempen yang boleh mengubah sesuatu dalam sekelip mata, tetapi kami komited untuk terus melangkah maju. Walaupun usaha ini nampak kecil, tetapi ia amat penting untuk mencapai matlamat kami dengan jayanya," katanya.

Estetika kristal mewah Tittot

Posted:

Estetika kristal mewah Tittot

KRISTAL yang diberi nama Hidden Power ini 'bercerita' tentang kebebasan dan ketajaman fokus.


MENYAMBUT ulang tahun ke-18, jenama seni kristal oriental, Tittot, menawarkan koleksi khas Esthetic Flowing yang menyerlahkan konsep estetika ringan kepada para pelanggan.

Sama seperti setiap karya lukisan yang mempunyai maksud tertentu di mata pelukisnya, Begitu juga dengan penghasilan ukiran kristal ini.

Setiap satunya disertai pengertian penuh mendalam di sebalik imej yang dipaparkan. Diiringi kekuatan falsafah, setiap koleksi kristal Tittot itu lebih daripada sekadar kerja kraf yang terbentuk dengan penuh ketelitian. Ia juga menjadi simbol ketajaman skil pembikin dalam memastikan kualiti setiap produk dapat dicapai.

Esthetic Flowing menyerlahkan idea-idea ilustrasi seni menggunakan semangat, kecantikan dan penghargaan kepada kehidupan.

Nilai sebenar seni tersebut diserlah secara terperinci melalui kualiti ukiran yang penuh penghayatan.

Koleksi Esthetic Flowing mewakili cita rasa moden, sikap dan falsafah terhadap kehidupan dengan dedikasi sepanjang jenama itu wujud.

Tittot percaya koleksi itu bukan sahaja mengenai warisan kebudayaan malah menterjemah gaya dan penghargaan terhadap erti kehidupan.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Terus berganding atau dipisahkan?

Posted:

Terus berganding atau dipisahkan?

Oleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my

KIEN KEAT (belakang) dan Boon Heong masih berada dalam perancangan BAM bagi tempoh empat tahun lagi.


PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) masih gagal memberikan kata putus sama ada mahu mengekalkan beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong atau sebaliknya.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan (C&T) BAM yang berlangsung selama hampir enam jam di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam, badan induk itu masih belum memutuskan nasib Kien Keat-Boon Heong.

Sebaliknya, jawatankuasa terbabit mahu mengadakan perjumpaan terlebih dahulu dengan juara Kejohanan Seluruh England 2007 itu sebelum mengusulkan cadangan kepada ahli majlis BAM yang dijadualkan bermesyuarat pada pertengahan bulan ini.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, beliau telah memperoleh banyak cadangan daripada barisan jurulatih negara pada mesyuarat C&T semalam dan hasil perbincangan tersebut, akan diserahkan kepada ahli majlis BAM sebelum kata putus mengenai status Kien Keat-Boon Heong ditetap- kan.

"Kita telah mengadakan perbincangan dengan jurulatih-jurulatih negara mengenai kebaikan dan keburukan, sama ada kedua-dua pemain itu (Kien Keat-Boon Heong) dikekalkan bersama atau dipisahkan.

"Namun, kami harus terlebih dahulu bertemu dengan mereka dalam masa terdekat. Mereka telah memberi banyak sumbangan kepada negara, jadi lebih baik kami berbuat demikian.

"Setiap cadangan yang dikemukakan pada mesyuarat hari ini (semalam) akan dibawa kepada ahli majlis BAM dan segala-galanya akan diputuskan selepas mesyuarat dengan ahli majlis BAM itu nanti," kata Chin Chai pada sidang media selepas yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Bagaimanapun, Chin Chai mengesahkan bahawa bekas beregu No. 1 dunia itu masih berada dalam radar skuad elit negara sekurang- kurangnya untuk empat tahun lagi.

"Mereka berdua masih berada dalam senarai pemain, sama ada untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang.

"Namun, status mereka masih belum diputuskan sehingga keputusan dibuat oleh ahli majlis BAM nanti. Jadi kita masih belum tahu sama ada mereka akan beraksi bersama sebagai satu pasangan atau bersama pemain lain," jelasnya.

Sementara itu, Pengurus Besar BAM, Kenny Goh mendedahkan, Kien Keat-Boon Heong pernah memberitahunya bahawa mereka sanggup dipisahkan jika ia dianggap keputusan terbaik untuk skuad negara.

"Sebelum ini, mereka pernah memberitahu mahu kekal bersama tetapi jika BAM mempunyai perancangan yang lebih baik, mereka sanggup mempertimbangkan (untuk dipisahkan).

"Terlalu banyak spekulasi yang tersebar ketika ini dan jika kami bertemu dahulu dengan mereka, ia dapat memberi kami peluang untuk menjelaskan kepada mereka mengenai kelebihan atau keburukan jika mereka bersama atau dipisahkan," katanya.

Medan timba pengalaman berharga

Posted:

Medan timba pengalaman berharga

Oleh AHMAD FAZLI
MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

DUTA Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan memberi kata-kata semangat kepada skuad Harimau Muda di Menteng, Jakarta semalam.


PENGALAMAN beraksi di gelanggang keramat - Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia malam ini harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh Harimau Muda ketika berdepan skuad bawah 22 tahun (B-22) Indonesia.

Bagi pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee, pengalaman anak-anak buahnya beraksi di hadapan ribuan penyokong fanatik Indonesia nanti mampu menjadi 'bekalan' terbaik buat mereka sebelum beraksi pada Sukan SEA di Myanmar tahun depan.

Menurut Kim Swee, cabaran yang bakal di hadapi Harimau Muda di bumi Myanmar nanti lebih getir jika hendak dibandingkan dengan aksi di Gelora Bung Karno.

Justeru, Kim Swee berharap barisan pemainnya dapat mengambil peluang dengan sebaik mungkin ketika beraksi di hadapan ribuan penyokong Indonesia malam ini.

"Saya mahu mereka (para pemain Harimau Muda) menyesuaikan diri dengan suasana bingit apabila beraksi di Gelora Bung Karno.

"Sekiranya barisan pemain saya tidak boleh mengawal tekanan di Gelora Bung Karno, sudah pasti mereka akan menghadapi masalah lebih besar di Myanmar nanti.

"Saya menjangkakan situasi yang lebih teruk bakal berlaku apabila kami beraksi pada Sukan SEA tahun depan di Myanmar," jelas Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta semalam.

Kim Swee berkata, anak- anak buahnya harus bersedia dari segi mental dan fizikal lebih awal sekiranya berhajat mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA 2013.

"Selaku juara bertahan (pemenang pingat emas Sukan SEA), saya yakin para pemain akan saya akan diuji dengan pelbagai provokasi.

"Jadi jika mereka gagal melepasi tekanan di Gelora Bung Karno, maka mungkin ia memberikan kesan kepada kami dalam usaha untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Myanmar.

"Saya berharap mereka dapat memanfaatkan peluang yang ada sebelum membawa 'bekalan' pengalaman terbaik ke Myanmar tahun depan," katanya.

Kim Swee menambah, pertemuan menentang skuad B-22 Indonesia dalam kejohanan jemputan - Piala SCTV - malam ini dianggap medan terbaik buatnya bagi menilai prestasi barisan pemain baharu Harimau Muda.

"Saya tidak kisah sama ada kalah atau menang dalam perlawanan tersebut nanti.

"Saya hanya mahu melihat beberapa pemain baharu dapat memberikan aksi terbaik mereka.

"Pada masa yang sama, saya mahu mengenal pasti pemain-pemain yang dapat diketengahkan ke peringkat lebih kompetitif," ujarnya.

Fujiwara pamer taring sebenar

Posted:

Fujiwara pamer taring sebenar

FUJIWARA (tiga dari kiri) meraikan kejayaannya muncul juara Perlumbaan 1 ARRC di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun semalam.


PELUMBA sensasi Jepun, Katsuaki Fujiwara ternyata sukar dicabar apabila mudah meme- nangi Perlumbaan 1 SuperSports 600cc Kejohanan Motosikal Asia Petronas (ARRC) di Litar Lumba Antarabangsa Autopolis, Jepun semalam.

Ia adalah kemenangan keempat bagi pelumba pasukan Manual Tech BEET Kawasaki Racing itu selepas mencatat dua kemenangan pada pusingan pembukaan di Litar Antara- bangsa Sepang, Mei lalu.

Fujiwara turut merakamkan satu kemena- ngan pada Pusingan 3 di Litar Antarabangsa Zhuhai, China, Ogos lalu.

Dalam saingan semalam, Fujiwara menamatkan perlumbaan dengan catatan masa ke- seluruhan 19 minit 15.828 saat (s).

Bagaimanapun, perlumbaan semalam terpaksa diberhentikan seketika selepas bendera merah dikibarkan akibat kemalangan yang menimpa dua pelumba, Makoto Inagaki (Akeno Speed Racing) dan Tadahito Dashi Wata- nabe (Suzuki Pilipinas).

"Perlumbaan hari ini (semalam) agak singkat kerana hanya berlangsung 10 pusingan sahaja. Jadi saya tidak boleh melakukan seba- rang kesilapan dan semuanya harus sempurna.

"Saya berusaha sedaya upaya pada lima pusingan terawal dan selepas menyedari kedudukan saya agak selesa di hadapan, saya tidak terburu-buru dan hanya beraksi secara konsisten sehingga ke garisan penamat.

"Saya berharap dapat mengulangi keja- yaan hari ini (semalam) pada Perlumbaan 2 esok (hari ini)," kata Fujiwara semalam.

Pelumba handalan Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman yang mewakili pasukan MUSASHi Boon Siew Honda pula berada di tempat kedua apabila ketinggalan 3.660s di belakang Fujiwara.

Seorang lagi pelumba Jepun, Yuki Ito yang menggalas cabaran pasukan Petronas Syntium Moto Yamaha menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dengan masa 19:19.815s.

Kemenangan itu menyaksikan Fujiwara merampas gelaran pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 137 mata, 11 mata di hadapan rakan sepasukan Azlan, Ryuichi Kiyonari.

Dalam kategori Underbone 115cc, Hadi Wijaya dari Indonesia muncul juara buat kali ketiga berturut-turut selepas mengetepikan pelumba negara, Mohd. Affendi Rosli dan rakan senegaranya, Rey Rokutore yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Pelumba pasukan Yamaha Yamalube KYT R9 Tunggal Jaya itu menamatkan perlumbaan dengan catatan 15:27.946s.

Affendi pula hanya ketinggalan 0.053s di belakang Hadi manakala Rey mencatatkan masa keseluruhan 15:28.075s.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Lampu solar bantu anak Orang Asli

Posted:

Lampu solar bantu anak Orang Asli

Oleh ADLAN JAAFAR

DARI kiri: Victor Lim dan Thuan Po daripada Kumpulan Power Root menyerahkan lampu solar kepada Jenita dan Kar Iye sebagai wakil komuniti Orang Asli.


JENITA ENGI merupakan seorang wanita berketurunan Orang Asli dan berasal dari Kampung Parit Gong, Jelebu, Negeri Sembilan. Sejak kecil, dia berasa amat beruntung kerana tempat tinggalnya sudah memiliki kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan mudah diakses.

Namun, segala-gala berubah apabila dia menyertai Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC).

Menjawat jawatan sebagai penolong pusat itu, dia baru menyedari bahawa masih banyak lagi penempatan Orang Asli yang tidak mendapat bekalan asas terutamanya yang tinggal jauh di pedalaman.

"Mereka terpaksa membeli minyak tanah berharga antara RM6 hingga RM8 setiap hari semata-mata mahu mendapatkan cahaya pada waktu malam.

"Ia menyebabkan kos hidup keseluruhan lebih mahal berbanding kehidupan di bandar," kata wanita berusia 30 tahun itu ketika ditemui di Subang Jaya, Selangor.

Keadaan menjadi lebih parah apabila mereka yang bergantung harap dengan hasil hutan. Ada yang terpaksa mengutip kayu api pada siang hari ketika luar musim buah.

Pengalaman yang sama turut dilalui oleh sukarelawan Gerai OA, Tan Kar Iye, 24, apabila dia memasuki kampung-kampung Orang Asli untuk mendapatkan barang-barang kraftangan.

Gerai OA merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang menjual barang-barang hasil kerja tangan dan semua keuntungan dikembalikan semula kepada pembuat.

Kar Iye dan pasukannya akan masuk ke pedalaman sama ada tiga bulan atau setahun sekali bergantung pada jarak kedalaman sesebuah perkampungan.

Daripada pengamatannya, masih banyak lagi penempatan Orang Asli yang tidak dilengkapi kemudahan asas. Isu keciciran dalam pendidikan yang kerap kedengaran juga turut disumbangkan oleh faktor tersebut.

Inisiatif Power Root

Kata Jenita, ramai kanak-kanak yang apabila pulang ke rumah terpaksa menolong ibu bapa bekerja pada siang hari, manakala waktu malam mereka tidak boleh buat apa-apa selain tidur.

"Lama-kelamaan, minat belajar dalam kalangan anak-anak Orang Asli semakin berkurangan dan hilang," katanya yang kini sedang menuntut di Kolej SEGi, Subang Jaya, Selangor dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Sehubungan itu, atas keprihatinan terhadap masalah tersebut, Kumpulan Power Root menyumbang sebanyak 120 buah lampu meja bertenaga solar kepada lima buah penempatan Orang Asli yang dikenalpasti.

Penempatan yang beruntung itu terletak di Pahang (Kampung Berdut, Krau), Perak (Kampung Jaglog dan Kampung Baretchi, Ulu Woh) dan Kelantan (Pos Tohoi dan Kampung Kuala Koh).

Sumbangan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif kumpulan itu, See Thuan Po kepada Jenita dan Kar Iye dalam sebuah majlis ringkas di Restoran Ali Cafe Tiga Rasa di Subang Jaya, Selangor.

"Kami berharap dengan sumbangan lampu meja tersebut dapat membantu meningkatkan kualiti hidup mereka kelak," kata Thuan Po.

Lampu meja bertenaga solar itu amat penting kerana ia tidak memerlukan sebarang kos tambahan sepanjang tempoh penggunaan dan ia mampu bertahan untuk tempoh dua hingga tiga tahun.

Tidak perlu disambung pada bekalan elektrik atau bateri kering, anak-anak Orang Asli hanya perlu menjemur lampu itu pada siang hari untuk kegunaan pada waktu malam.

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Satu tanggung bil air tertunggak RM25j

Posted:

Satu tanggung bil air tertunggak RM25j

09/09/2012 7:13pm

KUALA TERENGGANU — Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) menanggung bil air tertunggak berjumlah RM25 juta yang tidak dijelaskan pengguna sejak 10 tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husain Embong berkata, kebanyakannya membabitkan pengguna komersil selain beberapa agensi kerajaan.

"Kita kesal dengan sikap sambil lewa pihak-pihak terbabit dan perkara tersebut berlarutan sejak Satu masih dengan nama Jabatan Bekalan Air Terengganu lagi.

"Agensi dan jabatan kerajaan mempunyai peruntukan tahunan untuk bayar bil mereka jadi saya harap mereka lebih 'alert' dan bekerjasama dengan kita dalam hal ini," katanya ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri Satu, di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan tarif air di Terengganu adalah yang terendah berbanding negeri-negeri lain.— BERNAMA

Mayat lelaki ditemui di sisi kereta mewah

Posted:

Mayat lelaki ditemui di sisi kereta mewah

09/09/2012 6:36pm

KUALA LUMPUR — Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan terbaring di sisi sebuah kereta mewah di tepi jalan di Batu 5 1/2, Bangi, hari ini, dipercayai akibat dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, mangsa dikenali sebagai Won Sin Keong, 42, dari Batu 9, Cheras.

Mayat lelaki itu ditemui orang ramai pada pukul 8 pagi dengan berpakaian lengkap, katanya kepada pemberita, di sini.

Katanya, semua barangan peribadi termasuk dompet serta barangan berharga ditemui pada mangsa.

"Siasatan lanjut mendapati terdapat lebam di muka dan mata sebelah kanan dan terdapat kesan hentakan pada kepala mangsa," katanya.— BERNAMA

Ingkar: 3,892 nama pelatih PLKN diserah kepada polis

Posted:

Ingkar: 3,892 nama pelatih PLKN diserah kepada polis

09/09/2012 6:28pm

KOTA BHARU — Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah menyerahkan kepada polis 3,892 nama bakal pelatih yang gagal melaporkan diri untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKB) sejak 2010.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan sebelum tindakan diambil terhadap pelatih terbabit.

"Kami tidak ada pilihan selain menghantar nama mereka kepada pihak polis kerana sesiapa yang ingkar dan disahkan melanggar peraturan itu tidak diberi sebarang pengecualian atau penangguhan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pergerakan pelatih PLKN Kumpulan 3 Siri 9/2012 di Poly-Tech Mara, di sini hari ini.

Katanya, JLKN mengambil masa untuk menyediakan senarai tersebut kerana perlu memastikan kesahihan setiap kes termasuk kegagalan pelatih memberi alasan kukuh untuk tidak menghadiri PLKN.

Abdul Hadi berkata, mereka yang didapati bersalah akan didenda menjalani khidmat komuniti selama 240 jam.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Korban gempa bumi cecah 89 orang

Posted:

Korban gempa bumi cecah 89 orang

SEORANG wanita membawa anak-anaknya berpindah dari runtuhan sebuah bangunan di bandar Luozehe di daerah Yiliang semalam.


SHANGHAI - Pasukan penyelamat di barat daya China cuba untuk sampai dan membantu penduduk di pedalaman semalam selepas sekurang-kurangnya 89 orang terkorban manakala ribuan bangunan turut rosak dalam bencana gempa bumi berkembar, lapor media negara berkenaan.

Agensi berita Xinhua melaporkan, dua gempa bumi cetek berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di China kelmarin dengan angka kematian dijangka terus meningkat ekoran ketibaan laporan dari beberapa kawasan yang terputus hubungan.

Bencana itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan mencetuskan tanah runtuh yang menghalang laluan jalan-jalan raya sekali gus menggugat usaha menyelamat.

Selain situasi tersebut, anggota-anggota penyelamat dijangka berdepan hujan lebat yang diramalkan turun selama tiga hari bermula hari ini.

Stesen televisyen China menyiarkan imej dinding-dinding bangunan runtuh manakala jalan-jalan raya dipenuhi timbunan batu dan runtuhan.

Lebih 200,000 orang di wilayah Yunnan dipindahkan selepas gempa bumi berkembar itu meruntuhkan lebih 6,600 buah rumah dan merosakkan ribuan lagi bangunan.

Menurut beberapa pegawai, hingga 740,000 penduduk di enam daerah di wilayah berkenaan paling teruk terjejas dalam bencana kali ini.

Di wilayah Guizhou yang berjiran dengan Yunnan pula, lebih 11,700 buah rumah rosak dengan kehidupan hampir 28,000 orang terjejas.

ORANG ramai berlindung di sebuah dataran selepas dua gempa bumi melanda daerah Yiliang di wilayah Yunnan kelmarin.


Xinhua melaporkan lebih 800 orang cedera akibat dua gempa bumi tersebut.

Kebanyakan mangsa yang cedera berasal dari daerah Yiliang dalam wilayah Yunnan, berhampiran pusat gempa.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Wen Jiabao mengadakan satu mesyuarat tergempar di dalam pesawatnya semasa beliau menuju ke zon bencana lewat kelmarin.

Xinhua melaporkan, Jiabao tiba di Yilian sejurus selepas tengah malam dan meluangkan masa melawat mangsa-mangsa terselamat di beberapa buah kampung serta hospital di daerah berkenaan.

Pasukan penyelamat di Yunnan menyatakan, mereka telah tiba di kebanyakan kawasan paling teruk terjejas di wilayah berkenaan dengan Jabatan Hal Ehwal Awam memberitahu, kerugian ekonomi akibat bencana kali ini dianggarkan sekitar 3.5 bilion yuan (RM1.71 bilion).

Gempa pertama berlaku pada pukul 11.19 pagi kelmarin (waktu tempatan) disusuli gegaran kedua sekitar 45 minit kemudian pada kedalaman 10 kilometer (km) di bawah tanah.

Gempa bumi berpusat kurang 70km dari permukaan bumi dianggap cetek dan boleh mendatangkan kemusnahan besar walaupun pada magnitud rendah.

Pada 2008, sekitar 87,600 orang terbunuh di wilayah Sichuan, barat daya China apabila gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda. - Reuters

Lelaki terkaya Perancis pohon kewarganegaraan Belgium

Posted:

Lelaki terkaya Perancis pohon kewarganegaraan Belgium

BERNARD ARNAULT


BRUSSELS - Lelaki terkaya Perancis dan keempat terkaya di dunia, Bernard Arnault telah memfailkan permohonan untuk menjadi warganegara Belgium, menurut beberapa laporan semalam.

Permohonan tersebut difailkan selepas Paris merancang untuk mengenakan cukai kekayaan sebanyak 75 peratus di negara berkenaan.

Akhbar Belgium, La Libre Belgique memetik seorang pegawai sebagai menyatakan, bilionair berusia 63 tahun itu yang mengetuai empayar barangan mewah LVMH telah mengemukakan permohonannya pada minggu lalu.

"Permohonan beliau akan dilayan sama seperti permohonan-permohonan lain," kata ketua Suruhanjaya Naturalisasi, Georges Dallemagne.

"Kami kini menerima 47,000 permohonan untuk diproses."

Arnault tinggal di Paris tetapi memiliki kediaman di ibu negara Belgium, Brussels.

Menurut majalah Forbes, lelaki berkenaan yang memiliki anggaran kekayaan bernilai AS$41 bilion (RM127.5 bilion) merupakan sekutu rapat bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. - AFP

PM Australia tinggalkan APEC selepas bapa meninggal dunia

Posted:

PM Australia tinggalkan APEC selepas bapa meninggal dunia

JULIA GILLARD


SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyatakan beliau akan meninggalkan forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Rusia lebih awal kerana bapanya meninggal dunia di tanah airnya.

Dalam satu kenyataan semalam, Perdana Menteri berkenaan berkata, John Gillard menghembuskan nafas terakhir pagi semalam di bandar raya Adelaide.

Justeru kata Gillard, beliau akan pulang secepat mungkin untuk "berkabung bersama keluarga saya."

Lelaki berkenaan berusia 93 tahun.

"Beliau jatuh sakit sejak beberapa tahun lalu tetapi kematiannya mengejutkan saya dan keluarga," katanya.

Perbadanan Penyiaran Australia melaporkan Gillard tiba di bandar raya Vladivostok, timur Rusia kelmarin untuk menyertai rundingan peringkat tinggi tetapi gagal menghadiri sesi pembukaan APEC.

Menurut pemimpin berkenaan, Menteri Perdagangan, Craig Emerson kini akan menggantikan tempat beliau pada forum tersebut yang berakhir hari ini. - AFP

Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved