Selasa, 18 Disember 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Kolej Felcra tumpu bidang keusahawanan ladang

Posted:

Kolej Felcra tumpu bidang keusahawanan ladang

Kolej Felcra tumpu bidang keusahawanan ladang

18/12/2012 7:12pm

KUALA LUMPUR – Kolej Felcra yang akan dibina di Changkat Lada, Seberang Perak mulai tahun depan bakal menumpu kepada bidang pertanian, perladangan dan keusahawanan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie berkata, beliau mahu melihat arah perjalanan kolej itu berbeza dengan universiti tempatan lain dan yang paling penting ia dibuat berdasarkan kepentingan Felcra.

"Kalau ini dapat dibuat, saya yakin ia akan memberi nilai tambah kepada Felcra. Kerajaan mahu melihat hala tuju Felcra menjadi lebih mantap dan telah menambah bajet kepada Felcra daripada RM124 juta tahun ini kepada RM244 juta untuk 2013," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengurusan dan Kakitangan Felcra Berhad bersama Menteri hari ini.

Kandungan pembelajaran kolej ini akan memberi kelebihan kepada masyarakat perladangan dan pertanian kerana bidang-bidang ini masih lagi kurang dari segi kepakarannya berbanding tenaga pakar dalam bidang industri, katanya.

Sementara itu Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dalam ucapannya berkata, kolej itu, yang akan dibina di kawasan seluas kira-kira 60 hektar, adalah pelaburan jangka panjang ke arah membentuk modal insan dalam kalangan anak-anak kelahiran Felcra. – BERNAMA

Budak 12 tahun menang pertandingan lukisan PBB

Posted:

Budak 12 tahun menang pertandingan lukisan PBB

Budak 12 tahun menang pertandingan lukisan PBB

18/12/2012 6:18pm

KUALA LUMPUR – Seorang budak perempuan berusia 12 tahun mengharumkan nama Malaysia apabila dipilih sebagai antara pemenang utama pertandingan lukisan Seni Untuk Keamanan 2012 Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Mok Yan Ling dari Petaling Jaya, diumumkan sebagai pemenang bagi kategori sembilan hingga 12 tahun. Seramai 12 pelukis muda lain juga diumumkan sebagai pemenang dalam pelbagai kategori.

Kapsyen yang ditulis Yan Ling untuk mengiringi karyanya memikat hati 140 juri dari 40 negara.

Kapsyennnya membawa maksud: "Saya impikan sebuah dunia yang bebas daripada pergaduhan, di mana setiap orang bertekad untuk menjadikannya tempat yang lebih baik untuk generasi akan datang.

"Merpati keamanan akan menghapuskan perasaan tamak dan membebaskan kita daripada ancaman nuklear untuk selama-lamanya".

Lukisan asal diserahkan kepada Wakil Tetap Malaysia ke PBB, Datuk Hussein Haniff oleh Wakil Kanan Hal Ehwal Perlucutan Senjata PBB, Angela Kane di ibu pejabat badan dunia itu di New York hari ini.— BERNAMA

Hospital di Gaza perlu kelengkapan perubatan

Posted:

Hospital di Gaza perlu kelengkapan perubatan

Hospital di Gaza perlu kelengkapan perubatan

18/12/2012 5:14pm

KUALA LUMPUR — Malaysia berhasrat membekalkan mesin perubatan baharu untuk kegunaan hospital di Gaza memandangkan kebanyakan kelengkapan di sana sudah melebih usia 10 tahun dan tidak berfungsi dengan baik.

Penasihat Yayasan Keamanan Sedunia Perdana Malaysia (PGPF), Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, hospital di sana tidak mempunyai peralatan seperti CT Scanner, mesin X-ray.

"Itulah yang mereka perlukan dan kita akan usahakan untuk dapatkannya untuk hospital-hospital tersebut," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan kemanusiaan daripada Persatuan Kontraktor negeri Perak dan Kelab Bakti Gunung Keledang berjumlah RM7,034 di pejabatnya di sini, hari ini.

Sumbangan disampaikan anggota Parlimen kawasan Parit, Mohd. Nizar Zakaria yang turut serta dalam misi 'Flotilla' bantuan kemanusiaan ke Gaza menaiki kapal Rachel Corie pada Mei 2010.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, daripada sasaran awal kutipan sumbangan sebanyak RM3 juta, sebanyak RM 2.4 juta berjaya dikumpulkan dalam masa dua minggu dan disalurkan melalui misi bantuan satu hari PGPF ke Gaza pada 11 Disember lepas.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved