Khamis, 13 Disember 2012

Kosmo Online - Varia


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Realisasi impian menjadi anak raja

Posted:

Realisasi impian menjadi anak raja

Realisasi impian menjadi anak raja

Oleh SUHANA VERU

PESTA yang ceria dan berwarna-warni kini melingkari suasana dalaman Paradigm Mall.


SEBAHAGIAN besar kanak-kanak yang pernah menonton cerita kartun Disney mungkin menyimpan impian untuk menjadi watak putera atau puteri raja seperti jalan cerita tersebut.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Paradigm Mall di Kelana Jaya, Petaling Jaya memberi peluang kepada kanak-kanak merasai pengalaman yang diimpikan itu.

Begitupun, golongan ibu bapa yang mahu memberi hadiah istimewa berkenaan kepada anak-anak mereka perlu berbelanja sebanyak RM200 di pusat beli-belah itu.

Bagi kanak-kanak perempuan, mereka berpeluang menggayakan gaun yang menyerupai watak seorang puteri Disney sambil memakai mahkota bertakhta permata, berkasut tumit tinggi dan sarung tangan manakala kanak-kanak lelaki pula berpeluang memakai persalinan seorang putera.


PENTAS di ruang Atrium bakal menyajikan pelbagai bentuk acara dan hiburan buat pengunjung.


Selain hadir dengan pakaian bak puteri dan putera raja, kanak-kanak tersebut turut dilayan dengan aktiviti yang menyeronokkan seperti jamuan minum petang.

Sambil menikmati minum petang, kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam acara tersebut akan dilayan umpama penghuni istana dan dihiburkan dengan lagu-lagu Disney.

Tidak setakat itu, kanak-kanak yang terlibat boleh membawa pulang gambar mereka yang diabadikan menerusi sebuah buku sebagai cenderamata.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Pengarah Urusan WCT Land Bhd., Ben Chong berkata, pihaknya mengambil inisiatif tersebut kerana mendapati kanak-kanak sememangnya tertarik dengan cerita-cerita yang mempunyai imaginasi tinggi.

"Bagi merasai pengalaman sebenar, kami telah menghias pusat beli-belah ini dengan sebuah istana selain diterangi dengan pancaran cahaya yang berwarna biru," katanya.


PELBAGAI aktiviti berorientasikan kekeluargaan bakal dilangsungkan.


Dalam pada itu, beliau memberitahu program tersebut yang berlangsung dari 30 November sehingga 28 Disember itu turut mendapat kerjasama Disney dengan Fun Characters International (FCI).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai syarat-syarat untuk menyertai program berkenaan, beliau memberitahu, selain perlu berbelanja sebanyak RM200, hanya kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun yang layak menyertai program berkenaan.

"Pendaftaran dan penebusan resit boleh dilakukan di Atrium atas, tingkat UG pada hari pembelian," jelasnya.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari laman web di www.paradigmmall.com.my.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved