Khamis, 13 Disember 2012

Kosmo Online - Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Datuk K cedera jatuh motosikal

Posted:

Datuk K cedera jatuh motosikal

Datuk K cedera jatuh motosikal

Oleh HARYATI KARIM, JUNHAIRI ALYASA dan ZULKIFLI MANZOR
berita@kosmo.com.my

DATUK K dan Siti Nurhaliza menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan gaya tersendiri semasa menyertai Kembara 1Malaysia tahun lepas.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengalami kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson di Queenstown, New Zealand, semalam.

Kemalangan yang berlaku pada sekitar pukul 12 tengah hari waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu tempatan) itu mengakibatkan Datuk K patah bahu selain cedera di tangan dan kaki.

Suami Siti Nurhaliza yang berusia 53 tahun itu kini dirawat di Hospital Southland, Queenstown setelah dia diterbangkan ke hospital itu dengan sebuah helikopter. Keadaannya dilaporkan stabil.

Hospital tersebut terletak di Invercargill, kira-kira 190 kilometer atau dua jam perjalanan dari Queenstown.

Menurut kakak Datuk K, Datin Zaiton, adiknya itu ke New Zealand atas urusan perniagaan dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk bercuti bersama rakan-rakannya.

"Datuk K pergi ke sana kerana kerja dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan bercuti dengan membawa motosikal berkuasa tinggi di sana.

"Saya diberitahu, kemalangan itu berlaku disebabkan dia gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan tercedera.

"Buat masa ini, dia masih dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil," kata Zaiton ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Lima pekerja palsu TM diberkas

Posted:

Lima pekerja palsu TM diberkas

Lima pekerja palsu TM diberkas

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@yahoo.com


ABD. RAZAK (dua dari kiri) dan Norliza (kanan) menunjukkan barang rampasan daripada lima lelaki yang diberkas di Balai Polis Serdang semalam.


SERDANG – Hajat lima penjenayah yang menyamar melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di Taman Muhibbah di sini kelmarin tidak menjadi apabila kesemua mereka dicekup kerana cuba mencuri kabel berharga RM70,000.

Seorang daripada penjenayah itu merupakan bekas pekerja kontraktor yang dilantik oleh TM dan mempunyai kepakaran dalam bidang penyelenggaraan kabel telekomunikasi.

Tangkapan pada pukul 3.45 pagi itu dilakukan hasil maklumat orang awam yang mencurigai kerja-kerja kumpulan lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd. Razak Elias berkata, ketika serbuan lima penjenayah itu sedang menarik kabel telekomunikasi bawah tanah menggunakan tali yang diikat pada sebuah lori tiga tan.

"Sebaik polis tiba, kelima-lima lelaki terbabit melarikan diri dengan ada di antara mereka menyembunyikan diri di bawah lori manakala yang lain melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta," kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Malaysia tidak akan guna tentera

Posted:

Malaysia tidak akan guna tentera

Malaysia tidak akan guna tentera

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


AHMAD ZAHID (kiri) bersalaman dengan Sukumpol Suwanatat selepas majlis Perjumpaan Jawatankuasa Am Sempadan ke-51 antara Malaysia dan Thailand di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Malaysia tidak sesekali akan menggunakan pendekatan ketenteraan bagi menyelesaikan krisis di selatan Thailand walaupun mendapat permintaan daripada negara berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Malaysia menggunakan pendekatan untuk memperkuatkan aktiviti sosioekonomi di kawasan yang bergolak itu.

Menurut beliau, modul perjanjian damai yang diusahakan negara dalam konflik di Filipina baru-baru ini walaupun boleh digunakan tetapi tidak semua daripadanya sesuai diaplikasikan di selatan Thailand.

"Apa yang telah kita lakukan di Mindanao, Filipina boleh diaplikasikan tetapi ada kemungkinan suasana yang berbeza itu tidak dapat disesuaikan dengan apa yang berlaku di selatan Thailand.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved