Isnin, 3 Disember 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Persatuan radio amatur sertai program perkhemahan

Posted:

Persatuan radio amatur sertai program perkhemahan

Persatuan radio amatur sertai program perkhemahan


SEBAHAGIAN ahli PRADKT bergambar di pantai Teluk Mahkota, Kota Tinggi baru-baru ini,


BERKHEMAH. Lebih 150 ahli Persatuan Radio Amatur Gemilang Kota Tinggi (PRADKT) menyertai perkhemahan selama dua hari di Pantai Telok Mahkota, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

Menurut Yang Di Pertuanya, Afindy Shamsudin, aktiviti yang julung-julung kali diadakan itu antara lain bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan anggota persatuan.

Sepanjang perkhemahan, para peserta didedahkan dengan teori dan latihan praktikal penggunaan radio amatur dan turut diperkenalkan dengan sistem fonetik, tanda panggilan, perkakasan radio amatur dan etika penggunaan radio amatur.

Ujar Afindy, kemahiran itu penting bagi memudahkan ahli persatuan berkomunikasi menerusi radio amatur sebagai alat komunikasi alternatif yang berkesan.

Surau Al-Ikhwan anjur program Khatan Perdana 2012

Posted:

Surau Al-Ikhwan anjur program Khatan Perdana 2012

Surau Al-Ikhwan anjur program Khatan Perdana 2012


SEBAHAGIAN daripada kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Perdana 2012 bergambar kenangan di hadapan Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra, Kajang baru-baru ini.


CERIA. Seramai 14 kanak-kanak 'memasuki' alam remaja apabila mereka menyertai program Khatan Perdana 2012 anjuran Surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Kanak-kanak yang terlibat berusia antara enam hingga 12 tahun itu merupakan anak ahli-ahli kariah surau berkenaan.

Sebelum majlis dimulakan, kanak-kanak tersebut diarak sejauh kira-kira 100 meter sambil berselawat sebelum mereka dimandikan dengan pancutan air oleh anggota Bomba dan Penyelamat dari Cyberjaya.

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Ikhwan, Nur Azman Ali berkata, ia merupakan program kali kedua diadakan dan mendapat sambutan baik.

Katanya, program pertama diadakan pada 2009 melibatkan penyertaan 12 kanak-kanak.

"Kita berharap acara seperti ini dapat diteruskan kerana ia dapat memberi kemudahan kepada ahli-ahli kariah dan penduduk berhampiran. Setiap peserta dikenakan bayaran RM90 seorang,'' katanya baru-baru ini.

Program Khatan Perdana 2012 itu mendapat kerjasama daripada Pusat Perubatan Pakar An-Nur dari Bandar Baru Bangi dan Majlis Perbandaran Sepang.

39 waris pahlawan Murut lawat Muzium Sabah

Posted:

39 waris pahlawan Murut lawat Muzium Sabah

39 waris pahlawan Murut lawat Muzium Sabah


SEBAHAGIAN daripada waris Datuk Seri Antanom selepas mengadakan lawatan ke Muzium Sabah baru-baru ini.


SERAH. Seramai 39 waris pahlawan Murut, Datuk Seri Antanom mengadakan lawatan ke Muzium Negeri Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Lawatan tersebut bagi menyerahkan dokumentasi mengenai susur galur waris pahlawan Antanom kepada pihak pengurusan muzium yang diterima Timbalan Pengarah Muzium Sabah, Sintiong Geletoleh untuk tujuan kajian.

Menurut Pengerusi Kesatuan Tujuh Jurusan Keluarga Besar Pahlawan Antanom, Welley @ Sinawat Antaka berkata, Antanom merupakan pelopor utama kepada pemberontakan kaum Murut terhadap pemerintahan British semasa pemberontakan Rundum 1915.

"Kesemua waris hanya dapat dipertemukan semula melalui program jejak kasih yang diadakan di Kampung Salarom Baru, Nabawan pada 12 Mac lalu," katanya baru-baru ini.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved