Selasa, 18 Disember 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


Konvokesyen ketiga BMLIAHS meriah

Posted:

Konvokesyen ketiga BMLIAHS meriah

Konvokesyen ketiga BMLIAHS meriah


SEBAHAGIAN graduan BMLIAHS merakam kenangan selepas majlis konvokesyen di Bagan Serai, Perak baru-baru ini.


TERUJA. Seramai 351 graduan Bukit Merah Laketown Institute of Allied Health Sciences (BMLIAHS) diraikan pada majlis konvokesyen ketiga di kampus kolej itu Bagan Serai, Perak baru-baru ini.

Majlis penyampaian sijil dan diploma graduan berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola BMLIAHS, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar.

Mustapha Kamal pada majlis itu berkata, 99 peratus graduan bidang kejururawatan kolej tersebut telah berjaya melepasi peperiksaan pengiktirafan kejururawatan yang dikelolakan oleh Lembaga Jururawat Malaysia bagi sesi Jun dan September lalu.

"Lebih membanggakan, lebih 85 peratus daripada 885 graduan kolej ini mendapat pekerjaan sama ada berkhidmat dalam sektor awam atau di pusat-pusat perubatan swasta dalam dan luar negara," katanya.

Pembantu kesihatan anjur majlis makan malam

Posted:

Pembantu kesihatan anjur majlis makan malam

Pembantu kesihatan anjur majlis makan malam


JAWATANKUASA Malam Mesra PPK 2012 bergambar bersama Othman (duduk, empat dari kanan) di Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.


MERIAH. Malam Mesra Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) 2012 berlangsung di Foyer Auditorium Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Hampir 120 orang kakitangan perawatan kesihatan hospital itu hadir termasuk Timbalan Pengarah (Pengurusan) HSAH Sungai Petani, Noraini Ahmad dan Penyelia PPK, Othman Mahmud yang menyampaikan hadiah-hadiah dan cabutan nombor bertuah.

Ketua Biro Sosial pada malam itu, Salmah Osman berkata, aktiviti seperti itu berjaya mengerat hubungan antara kakitangan PPK.

200 remaja sertai kejohanan futsal

Posted:

200 remaja sertai kejohanan futsal

200 remaja sertai kejohanan futsal


KOHILAN (berdiri, tujuh dari kanan) dan Mohd. Satim (lapan dari kanan) bergambar bersama peserta Kejohanan Futsal Terbuka di Taman Puchong Utama, Puchong baru-baru ini.


SEMANGAT. Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada golongan remaja menyertai Kejohanan Futsal Terbuka anjuran UMNO cawangan Taman Puchong Utama Fasa 4, 5 dan 6, Puchong baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsung di Pusat Futsal KSL Taman Puchong Utama itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay.

Turut hadir memeriahkan lagi kejohanan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Serdang yang juga Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohd. Satim Diman.

Pengerusi kejohanan, Samsol Zakaria berkata, program tersebut bertujuan mencari bakat baharu dalam sukan futsal untuk diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi.

Pada kejohanan itu, pasukan Saujana J.R. FC muncul juara selepas menewaskan C.F Vikings 1-0 pada perlawanan akhir.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved