Khamis, 13 Disember 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


27 pegawai bomba Terengganu terima anugerah

Posted:

27 pegawai bomba Terengganu terima anugerah

27 pegawai bomba Terengganu terima anugerah


BARISAN kakitangan dan pegawai JBPM yang menerima anugerah Pemakaian Tanda Pangkat sempena perhimpunan bulanan JBPM Terengganu di Kuala Terengganu baru-baru ini.


BAKTI. Seramai 27 pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menerima anugerah Pemakaian Tanda Pangkat sempena perhimpunan bulanan JBPM di Ibu Pejabat Bomba di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Anugerah tersebut disampaikan Pengarah JBPM negeri, Md. Salleh Sarbini sebagai satu pengiktirafan jabatan di atas segala komitmen yang mereka sumbangkan kepada jabatan.

Menurut Md. Salleh, dengan adanya penganugerahan tersebut, semua pegawai akan dapat memperkukuhkan iltizam masing-masing untuk terus meningkatkan kualiti perkhidmatan, cemerlang dan berdaya maju.

Sempena dengan majlis tersebut, JBPM Terengganu turut menyampaikan sijil perkhidmatan 30 tahun kepada 10 anggota dan sijil penghargaan kepada tiga pesara.

Komitmen anggota Balai Polis Sungai Senam dihargai

Posted:

Komitmen anggota Balai Polis Sungai Senam dihargai

Komitmen anggota Balai Polis Sungai Senam dihargai


CHANG KEONG (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ghazali (dua dari kanan), Azizie (kanan) dan Ahmad Firdan (tiga dari kanan) di Ipoh baru-baru ini.


HARGAI. Kesungguhan tiga anggota polis dari Balai Polis Sungai Senam, Ipoh, Perak memberkas seorang pencuri pada 10 Disember lalu dihargai.

Koperal Ghazali Abdul Rashid, 52, Lans Koperal Azizie Jalaluddin, 26, dan Konstabel Ahmad Firdan Mohd. Aziri, 21, menerima surat penghargaan atas komitmen mereka daripada Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Superitendan Sum Chang Keong.

Menurut Chang Keong, tindakan pantas ketiga-tiga anggota berkenaan wajar dipuji dan berharap penghargaan itu dapat merangsang motivasi anggota serta pegawai polis lain.

"Berlaku adegan mengejar dan pergelutan namun kecekapan anggota kita berjaya memberkas remaja yang mempunyai lapan rekod curi itu," katanya.

Pengantin Sarawak amal tradisi perkahwinan Bugis

Posted:

Pengantin Sarawak amal tradisi perkahwinan Bugis

Pengantin Sarawak amal tradisi perkahwinan Bugis


AMINAH (tengah) diselubungi dengan kain manakala Abdul Rauf (tengah, baju putih) mencari isterinya sebagai salah satu adat perkahwinan Bugis di Kota Samarahan baru-baru ini.


TRADISI. Tiada apa yang lebih membahagiakan pasangan raja sehari, Abdul Rauf Hassan dan Aminah Mail apabila sah bergelar suami isteri.

Lebih manis majlis persandingan mereka di Kampung Iboi Ulu, Kota Samarahan, Sarawak diadakan mengikut adat perkahwinan masyarakat Bugis baru-baru ini.

Abdul Rauf, 39, dan isteri, Aminah, 45, sepakat memilih majlis persandingan mengikut adat Bugis bagi memartabatkan semula tradisi unik itu.

Abdul Rauf yang berdarah Bugis berkata, perkahwinan mengikut adat tradisional tidak lagi diamalkan oleh generasi muda sekarang menyebabkan warisan itu luput ditelan zaman.

"Sehari selepas bernikah, kami bersanding di kediaman pihak perempuan di Kampung Nanas, Simunjan mengikut adat istiadat masyarakat Melayu pula," katanya.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved