Jumaat, 2 November 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


500 pelajar AUCMS terima bantuan pendidikan

Posted:

500 pelajar AUCMS terima bantuan pendidikan

ABDULLAH (depan, tengah), Wahid (lima dari kiri) dan Nor (tujuh dari kiri) bersama sebahagian pelajar selepas majlis penyampaian bantuan pendidikan AUCMS di Kepala Batas baru-baru ini.


DANA PENDIDIKAN. Seramai 500 pelajar jurusan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) menerima bantuan pendidikan daripada universiti itu di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini.

Presiden AUCMS, Datuk Dr. Zainuddin Wazir berkata, pihaknya berbangga kerana menjadi universiti swasta pertama di negara ini menyediakan dana pendidikan untuk pelajar mengikuti pengajian dalam bidang perubatan.

"Dana pinjaman pendidikan daripada Maybank berjumlah RM125,000 ini dapat membantu kerajaan dalam melahirkan lebih ramai doktor dan profesional menjelang tahun 2020," katanya.

Majlis penyerahannya disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Turut hadir pada majlis itu ialah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Persatuan Muay Thai laksana ibadah korban

Posted:

Persatuan Muay Thai laksana ibadah korban

JUMAAT (kanan, baju merah) mengagihkan daging korban kepada orang ramai sempena Hari Raya Aidiladha di Santubong baru-baru ini.


IBADAH. Persatuan Muay Thai Sarawak turut tidak ketinggalan untuk melaksanakan ibadah korban apabila menumbangkan seekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Presidennya, Jumaat Ibrahim berkata, majlis yang diadakan di pekarangan Dewan Masyarakat Kampung Santubong, Kuching itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara ahli persatuan dan masyarakat setempat.

"Kita juga mahu bersama-sama umat Islam lain menjayakan ibadah korban, sekali gus membolehkan ahli-ahli persatuan dan masyarakat setempat dapat menghayati ibadah korban yang sebenar walaupun hanya diadakan secara kecil-kecilan," katanya.

Menurutnya lagi, pihak jawatankuasa kebajikan persatuan tersebut berharap agar program sulung yang diadakan itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

SM Bandar Baru Ampang anjur majlis korban

Posted:

SM Bandar Baru Ampang anjur majlis korban

PENGETUA SMK Bandar Baru Ampang, Che Salmah Samsuddin (kanan) menyampaikan daging korban kepada pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah di Ampang baru-baru ini.


KORBAN. Buat julung-julung kalinya, Sekolah Menengah (SM) Bandar Baru Ampang menganjurkan program korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Menurut guru pengelola program tersebut, Shahrun Nizam Mohammad Sukarman, sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan dalam program itu dengan penyertaan sebanyak 14 orang guru.

"Daging korban diagihkan kepada 80 pelajar yang dikenal pasti oleh pihak sekolah daripada kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

"Walaupun program ini yang pertama kali diadakan ia mendapat sambutan yang baik dalam kalangan guru dan pelajar sekolah," katanya.

Menurut beliau, program korban itu juga akan diteruskan pada tahun hadapan dan akan dijadikan acara tahunan.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved