Sabtu, 20 Oktober 2012

Kosmo Online


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Petak pertama Moto3, hadiah hari jadi Zulfahmi

Posted:

Petak pertama Moto3, hadiah hari jadi Zulfahmi

20/10/2012 5:04pm

SEPANG — Wakil tunggal Malaysia dalam persaingan Moto3, Zulfahmi Khairuddin buat julung kali menyambar petak pertama menjelang perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, esok.

Pada sesi kelayakan hari ini, pelumba pasukan AirAsia-SIC-Ajo itu merakamkan masa terpantas dua minit 13.885 saat untuk memintas pelumba Jerman Jonas Folges (2"14.1513s) yang menduduki petak kedua.

"Syukur kerana saya berjaya mendapatkan kedudukan petak pertama dan berharap dapat terus memberi saingan sehingga ke garisan penamat pada perlumbaan yang sengit esok.

"Sebenarnya saya tidak fikir sangat pasal ulang tahun kelahiran saya hari ini. Saya cuma fikir pasal motosikal sahaja. Selepas berjaya raih petak pertama, barulah saya dapat rasakan hadiah untuk diri saya," kata Zulfahmi.

Menurut Zulfahmi, jurutera pasukannya telah membuat sedikit pelarasan suspensi kepada motosikalnya selepas sesi latihan bebas terakhir pagi tadi.— BERNAMA

Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas

Posted:

Penyokong Kelantan maut motosikal terbabas

20/10/2012 4:47pm

KUANTAN — Seorang penyokong bola sepak Kelantan maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggangi terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain di Kilometer 328 Jalan Raub-Kuala Lipis dekat Raub, pagi tadi.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt. Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9 pagi itu mangsa, Muhamad Saiful Daud, 19, dari Kampung Manek Urai Lama, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

"Mangsa dan rakannya dikatakan sedang dalam perjalanan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia Kelantan bertemu ATM, malam ini," katanya di sini, hari ini.

Rakan mangsa berusia 20-an yang mengalamai cedera parah dirawat di Hospital Raub (HR), katanya.— BERNAMA

MotoGP: Lorenzo bermula dari petak pertama

Posted:

MotoGP: Lorenzo bermula dari petak pertama

20/10/2012 4:29pm

SEPANG — Pelumba dari Yamaha Factory Racing, Jorge Lorenzo akan bermula dari petak pertama esok, selepas melakukan catatan terpantas dalam masa kelayakan rasmi Grand Prix Motosikal Malaysia 2012 di Litar Sepang di sini hari ini.

Pelumba Sepanyol itu mencatatkan dua minit dan 0.438 saat.

Mengekori rapat adalah rakan senegara Dani Pedrosa dari Repsol Honda Team dan pelumba Itali Andrea Dovizioso dari Monster Yamaha Tech 3, masing-masing mencatatkan 2"00.528s dan 2"00.567s.— BERNAMA

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved