Sabtu, 20 Oktober 2012

Kosmo Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Indra Putra julang Kelantan

Posted:

Indra Putra julang Kelantan

Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my

INDRA PUTRA mengesahkan kemenangan Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-96 di Stadium Shah Alam malam tadi.


KELANTAN melabuhkan tirai Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan penuh bergaya apabila mengungguli gelaran trebel pada musim ini.

Skuad The Red Warriors merangkul trofi ketiga selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kelantan membuka jaringan menerusi penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-44 tetapi ATM berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Rezal Zambery Yahya pada minit ke-48.

Selang dua minit kemudian, Norshahrul kembali menggandakan kedudukan tetapi penyerang import ATM, Marlon Alex James kembali menyamakan kedudukan apabila menewaskan penjaga gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-62.

Perancang skuad The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin muncul sebagai wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96, sekali gus melengkapkan koleksi trofi Liga-M dengan menjuarai Liga Super serta Piala FA pada musim ini.

Beraksi pada separuh masa pertama di hadapan kira-kira 90,000 penyokong, Kelantan hampir berjaya untuk membuka jaringan menerusi tandukan penyerang pinjaman, Muhammad Afiq Azmi yang bijak memanfaatkan hantaran pemain pertahanan kiri The Red Warriors, Mohd. Daudsu Jamaluddin.

Bagaimanapun, percubaan tersebut berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol ATM, Farizal Harun pada minit kelima.

Kelantan yang terus menggandakan asakan dalam usaha untuk mendahului perlawanan apabila Norshahrul berjaya melepasi dua pertahanan ATM namun tendangan lemah itu masih gagal untuk menembusi gawang pasukan yang dikenali dengan nama jolokan The Gladiators pada minit ke-12.

Begitupun, pemain kelahiran Terengganu itu meletakkan juara Liga Super itu di depan dengan menjaringkan gol menerusi tendangan leret yang gagal didakap kemas oleh Farizal, sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal di babak pertama perlawanan.

Bersambung di babak kedua, ATM kembali mengatur serangan dalam misi dalam usaha untuk mengikat keputusan perlawanan namun kehebatan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi berjaya mengagalkan setiap percubaan The Gladiators.

ATM akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Rezal Zambery.

Begitupun, jaringan bekas pemain Negeri Sembilan itu sekadar bertahan seminit apabila Norshahrul kembali meletakkan The Red Warriors di depan dengan menewaskan Farizal untuk kali kedua menerusi rembatan leret yang kencang.

The Gladiators kembali mengasak benteng pertahanan Kelantan daan hasilnya, skuad kendalian B. Sathianathan menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang import, Marlon.

Tersentak dengan jaringan penyamaan itu, Kelantan kembali mempamerkan corak agresif namun benteng pertahanan ATM berjaya mengekang asakan Norshahrul, Indra Putra dan Mohd. Badri Mohd. Radzi, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit.

Sementara itu, Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan menjadi milik Norshahrul manakala Penjaring Terbanyak diraih Marlon.

Mancini pertahankan Hart

Posted:

Mancini pertahankan Hart

HART masih dianggap sebagai penjaga gol terbaik di dunia.


MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengakui penjaga gol England, Joe Hart sebagai seorang pemain yang sombong.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran Itali itu berkata, beliau tidak kisah dengan situasi tersebut.

Mancini mendedahkan mengenai perkara tersebut selepas legenda Manchester United, Roy Keane menuduh penjaga gol England itu 'berlagak' ketika beraksi pada kempen kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Poland, Rabu lalu.

Pada perlawanan tersebut, Hart gagal mempamerkan aksi sebenar, sekali gus menyaksikan skuad The Three Lions sekadar mencatat keputusan seri 1-1 di Warsaw.

Namun, Mancini pantas memberikan reaksi untuk mempertahankan Hart.

"Jika kamu mahu menjadi penjaga gol yang bagus, kadang-kadang kamu harus memiliki sifat 'lagak' tersendiri.

"Setiap penjaga gol mempunyai karakter ini. Ia sangat penting kerana posisi ini amat berlainan dengan mana-mana pemain.

"Bagi saya, kamu harus 'berlagak' sekiranya mahu menjadi penjaga gol yang terbaik.

"Minggu lalu, (penyerang United), Wayne Rooney menulis laman sosial, Twitter dengan menyifatkan Hart adalah penjaga gol terbaik dunia tetapi pada hari ini (semalam), dia berlagak pula.

"Pada pandangan saya, Hart merupakan penjaga gol terbaik di England dan Eropah," ujar Mancini. - Agensi

Chelsea kukuh kedudukan pendahulu

Posted:

Chelsea kukuh kedudukan pendahulu

MATA (kiri) meledakkan dua gol untuk membantu Chelsea menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 pada aksi Liga Perdana England malam tadi.


LONDON - Juan Mata meledakkan dua gol untuk membantu Chelsea menewaskan Tottenham Hotspur 4-2 pada aksi Liga Perdana England malam tadi.

Kemenangan di White Hart Lane itu turut mengukuhkan kedudukan skuad The Blues di persada liga dengan mengumpul 22 mata daripada lapan perlawanan pertama musim ini.

Namun, skuad The Blues berada dalam situasi bahaya dan hampir mengalami kekalahan pertama musim ini selepas ketinggalan 1-2 pada minit ke-54.

Selepas mendahului seawal minit ke-17 menerusi Gary Cahill, juara Eropah yang beraksi tanpa kapten, John Terry yang digantung empat perlawanan dikejutkan dengan dua gol pasukan tuan rumah masing-masing satu daripada William Gallas pada minit ke-47 dan Jermain Defoe (54).

Bagaimanapun, Mata mengesahkan kemenangan ketujuh Chelsea apabila mengikat kedudukan pada minit ke-66 sebelum meledakkan gol kedua peribadi dan ketiga skuad The Blues (69).

Pemain tengah Sepanyol itu turut membantu Daniel Sturridge menyumbat gol keempat pada minit-minit akhir permainan, sekali gus meleburkan impian pengurus Spurs, Andre Villas-Boas untuk membalas dendam setelah dipecat Chelsea, Mac lalu.

Selepas menewaskan Arsenal dan Spurs, skuad bimbingan Roberto di Matteo itu menampilkan aksi yang lebih hebat terutamanya di posisi serangan dan kelihatan serius dalam memburu gelaran juara Liga Perdana England musim ini.

"Kami hilang kawalan pada awal babak kedua tetapi kami mengambil inisiatif untuk menguasai keseluruhan perlawanan itu dan kami berhak untuk menang," kata Di Matteo.

"Perlawanan ini menguji karakter kami untuk datang ke sini (White Hart Lane) dan bermain menentang sebuah kelab yang hebat. Terdapat banyak isu yang menyelubungi pasukan sejak akhir-akhir ini tetapi kami menghadapinya dengan baik."

Bagi Spurs, kekalahan itu mencalarkan rekod cemerlang Villas-Boas dalam kempen liga musim ini. - Agensi

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved