Ahad, 7 Oktober 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


300 pelajar ikuti program Kubu Pelajar Cemerlang SPM

Posted:

300 pelajar ikuti program Kubu Pelajar Cemerlang SPM

AHLI Jawatankuasa GPMS negeri Kedah bergambar dengan pelajar yang menyertai program Kubu Pelajar Cemerlang SPM 2012 di Sungai Petani baru-baru ini.


ILMU. Seramai 300 pelajar sekolah menengah di kawasan Parlimen Merbok mengikuti program Kubu Pelajar Cemerlang 2012 anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok di Kompleks Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani baru-baru ini.

Mereka merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar; SMK Bukit Selambau; SMK Merbok: SMK Amanjaya; SMK Sungai Layar dan SMKTaman Ria Jaya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abd. Rani ketika merasmikan program itu berkata, usaha itu diharap dapat memberi banyak manfaat kepada semua pelajar kerana mereka berpeluang mendengar ceramah tentang cara-cara menjawab soalan SPM.

"GPMS berharap program tersebut dapat membantu pelajar berkenaan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti," katanya.

Hari usahawan latih murid berniaga

Posted:

Hari usahawan latih murid berniaga

SEBAHAGIAN daripada murid-murid SKPP 16 (1) menyertai sambutan hari usahawan sekolah itu di Putrajaya baru-baru ini.


BERBAKAT. Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 (1) (SKPP 16 (1) menganjurkan Hari Usahawan 2012 yang disertai guru dan murid sekolah itu baru-baru ini.

Hari usahawan itu menjadi platform terbaik khususnya kepada murid-murid untuk menggilap potensi mereka menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa depan.

Guru Besar SKPP 16 (1), Norliah Hashim berkata, antara objektif utama penganjuran hari usahawan tersebut adalah untuk melatih serta memberi pengalaman kepada murid-murid dalam bidang perniagaan.

Selain itu, katanya, ia dapat meningkatkan kreativiti murid selain menjalin hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan warga sekolah.

"Hari usahawan itu juga diadakan bagi mengumpul dana untuk menaik taraf dataran ilmu dan dewan serbaguna sekolah," katanya baru-baru ini.

Selain gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, bilik tayangan video berkaitan pendidikan dan rumah hantu turut disediakan.

Bekas pelajar meriahkan sambutan 100 tahun SK Sik

Posted:

Bekas pelajar meriahkan sambutan 100 tahun SK Sik

MANSOR (lapan dari kanan) dan Mohd. Tajudin (sembilan dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada bekas pelajar SK Sik pada majlis Sambutan 100 Tahun sekolah itu di Sik, Kedah baru-baru ini.


ULANG TAHUN. Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Sik diadakan dengan penuh meriah dengan 61 orang bekas pelajar sekolah itu dipilih menerima anugerah khas pada majlis yang berlangsung di sekolah itu baru-baru ini.

Antara penerima anugerah ialah tokoh sejarah Kedah, Datuk Wan Shamsuddin Wan Yusof; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah dan ADUN Jeneri, Datuk Yahaya Abdullah.

Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat ketika merasmikan majlis sambutan itu berkata, penerima anugerah tersebut terdiri daripada mereka yang banyak menyumbang jasa kepada kemajuan negara dan negeri Kedah.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved