Isnin, 22 Oktober 2012

Kosmo Online - Komuniti Kita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


120 pelajar sertai Matemadesa Zon Selatan

Posted:

120 pelajar sertai Matemadesa Zon Selatan

PELAJAR bersama dengan guru mereka gembira setelah menamatkan Program Matemadesa Peringkat Zon Selatan 2012 di Kolej Tun Razak & Fakulti Sains, UTM, Skudai baru-baru ini.


BELAJAR. Seramai 120 pelajar dari enam buah sekolah menengah kebangsaan telah menyertai Program Matematik Desa (Matemadesa) Peringkat Zon Selatan 2012 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru baru-baru ini.

Pengerusi Program Matemadesa Zon Selatan, Prof. Madya Dr. Nor Haniza Sarmin berkata, sasaran program adalah para pelajar tingkatan dua dan empat yang tahap pencapaian sederhana dalam Matematik.

Menurutnya, program tiga hari itu dikendalikan mahasiswa tahun dua Ijazah Sains Matematik UTM.

OUM anjur program pembelajaran sepanjang hayat

Posted:

OUM anjur program pembelajaran sepanjang hayat

JEANNE (tengah) bersama sebahagian murid SK Permatang Janggus, Penaga yang mengikuti program Pembelajaran Sepanjang Hayat: Learning is Fun anjuran OUM di Pulau Pinang baru-baru ini.


DIDIK. Lebih 100 murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus, Penaga menyertai Program Pembelajaran Sepanjang Hayat: Learning Is Fun anjuran Open University Malaysia (OUM) di Seberang Perai, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program bersama masyarakat itu bertujuan memberi pendidikan berterusan terhadap pembangunan peribadi dan kerjaya dalam kalangan murid sekolah rendah.

Kesemua peserta terbabit juga berpeluang mendalami ilmu sains, matematik dan bahasa Inggeris menerusi permainan interaktif yang diperkenalkan pihak penganjur.

Selain murid, guru di sekolah berkenaan juga turut didedahkan dengan kaedah pembelajaran lebih berkesan untuk digunakan di dalam kelas masing-masing.

Turut hadir ialah Canselor OUM, Tun Jeanne Abdullah dengan diiringi suaminya, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

900 peserta perarakan Hari Tongkat Putih

Posted:

900 peserta perarakan Hari Tongkat Putih

SEBAHAGIAN peserta yang menyertai perarakan sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia dan Tongkat Putih Antabangsa 2012, di Kuala Terengganu baru-baru ini.


PUPUK KESEDARAN. Lebih 900 peserta orang kurang keupayaan (OKU) penglihatan dan sukarelawan seluruh negara menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Penglihatan Sedunia dan Tongkat Putih Antarabangsa 2012 peringkat kebangsaan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini.

Pengerusi sambutan program itu, Mohamad Abdul Nasir Malek berkata, program peringkat kebangsaan dianjurkan di negeri ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar OKU tidak dipinggirkan.

"Program yang diadakan ini mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri dan kerajaan memberi peruntukan sejumlah RM50,000 bagi menjayakan Hari Penglihatan Sedunia dan Tongkat Putih Antarabangsa yang berlangsung selama tiga hari," ujarnya.

Antara jalan raya yang dilalui para peserta ialah Masjid Abidin, Paya Keladi, Tok Lam sebelum mereka berpatah balik semula ke Dataran Shahbandar.

Kredit: www.kosmo.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved