Sabtu, 17 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Kedegilan Awang Hitam

Posted:

Kedegilan Awang Hitam

Kedegilan Awang Hitam

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN, KUMARA SABAPATTY dan ROSLI HASSAN

MINGGU lalu, seorang lelaki Nigeria mati ditembak polis selepas mengamuk kerana gagal melepaskan diri daripada tahanan polis ketika diberi rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan bertindak agresif selepas beberapa ketulan dadah yang ditelan dipercayai pecah di dalam perutnya.

Akibatnya, lelaki bertubuh besar dan sasa itu mampu merentap gari di tangannya sehingga terputus lalu terpelanting dan terkena lampu wad sehingga pecah.

Lebih mencemaskan, lelaki berusia 31 tahun itu bertindak ganas memecahkan tingkap wad untuk melarikan diri namun gagal kerana terdapat jaring di luar bingkai tingkap tersebut.

Sedar cubaannya gagal, suspek naik berang dan bertindak menyerang jururawat, anggota polis dan pesakit lain dengan menggunakan besi katil.

Situasi bahaya yang mengancam keselamatan kakitangan hospital serta pesakit itu memaksa seorang anggota polis melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahu suspek.

Bagaimanapun, suspek nekad untuk menyerang anggota polis terbabit dengan besi katil sehingga memaksa dua lagi das tembakan dilepaskan yang mengakibatkan kematiannya di lokasi kejadian.

Pas pelajar


WANITA Afrika turut terlibat dalam kegiatan pelacuran terutamanya di sekitar Lembah Klang.


Suspek yang masuk secara sah ke negara ini 1 Disember lalu ditahan sehari selepas itu kerana menimbulkan kekecohan. Dia juga disyaki terlibat dalam kes dadah.

Selepas ditahan dan dibawa ke balai polis untuk soal siasat, polis berjaya mengarahkan lelaki itu mengeluarkan sembilan ketulan dadah jenis syabu yang ditelannya sebelum memasuki negara ini.

Suspek kemudian dibawa ke HKL untuk menjalani ujian imbasan. Pihak hospital mengesan beberapa ketulan dadah di dalam ususnya.

Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati sebanyak 21 ketulan dadah berada di dalam perut suspek.

Selain itu, polis turut menemui 12 ketulan dadah di dalam bilik hotel didiaminya. Kesemua 46 ketulan dadah seberat 831 gram itu bernilai RM130,000.

Bukan hendak mengiyakan, tetapi kes yang melakar sejarah tersendiri di HKL ini secara tidak langsung mengundang persepsi negatif terhadap puluhan ribu warga Afrika di negara ini.

Mana tidaknya, hampir setiap hari ada saja berita mengenai jenayah atau penipuan yang dilakukan mereka.


KUNALAN cedera di rusuk kiri, lengan dan lutut semasa Ops Awang Hitam, Khamis lalu.


Itu belum lagi dicampur dengan aduan warga tempatan yang sudah muak dan bimbang memikirkan keselamatan di kawasan kejiranan kerana setiap hari mereka terpaksa berdepan dengan perlakuan kurang sopan dan budaya liar yang menjadi sebahagian daripada cara hidup kumpulan Afrika ini.

Lebih buruk, kita semakin kerap didedahkan dengan kejayaan Awang Hitam ini memperdayakan warga tempatan untuk dijadikan keldai dadah dan kambing hitam dalam jenayah lain.

Meneliti semula kes jenayah melibatkan warga Afrika sebelum ini, kebanyakan yang ditahan mengaku mereka adalah pelajar kolej swasta dan ia dibuktikan melalui kad pelajar yang sentiasa dibawa bersama.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pernah meluahkan kebimbangannya terhadap trend kolej swasta yang memudahkan rakyat asing terutama dari benua Afrika mendapatkan pas pelajar tanpa diwajibkan menghadiri kelas kerana ia didapati meningkatkan masalah jenayah khususnya pengedaran dadah.

Kebimbangan itu memang berasas kerana hampir setiap hari polis memberkas pengedar dadah terdiri daripada warga asing terutama dari Nigeria.

Lebih merunsingkan, ujar Tun Hisan, hampir setiap minggu, polis dan Jabatan Imigresen merampas antara empat hingga 12 kilogram dadah yang cuba diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Lagak samseng


KEBANYAKAN kesalahan yang dilakukan oleh pendatang Afrika ialah memiliki dokumen perjalanan palsu dan tinggal melebihi tempoh di negara ini.


"Ini (masalah salah guna pas pelajar) adalah serius kerana ia boleh meningkatkan kejadian jenayah khususnya pengedaran dadah, pelacuran dan penipuan," katanya.

Kebelakangan ini, Jabatan Imigresen dengan kerjasama pihak penguat kuasa lain serius bertindak menggempur kubu Awang Hitam di seluruh negara.

Sungguhpun begitu, kumpulan warga Afrika ini tidak gentar, bahkan berani berlagak samseng apabila diminta mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Malah, Khamis lalu, beberapa anggota Jabatan Imigresen di Melaka cedera ketika cuba memberkas tujuh warga Afrika dalam 'Ops Gagak Hitam' di bandar raya itu.

Menurut Pengarah Imigresen Melaka, Kamaluddin Ismail, dalam insiden yang pertama kali berlaku dalam tempoh empat bulan ops tersebut dilancarkan di Melaka, beberapa anggota dan pegawai penguat kuasa Imigresen Melaka cedera.

Kejadian itu berlaku ketika anak buahnya memeriksa sekumpulan Awang Hitam yang sedang makan di sebuah restoran di Kota Laksamana.

"Seorang pegawai, R. Kunalan, 29, mengalami cedera teruk di rusuk kiri selain di lutut dan lengan kerana ditumbuk serta dilempar kerusi oleh seorang suspek," kata Kamaluddin ketika dihubungi Jurnal.

Berpindah


TUN HISAN


Tambahnya, selepas mencederakan Kunalan, kedua-dua suspek berkenaan melarikan diri namun berjaya diberkas semula.

Walaupun mengalami kecederaan ketika operasi menangkap Awang Hitam, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat Kunalan daripada terus menangkap mereka pada masa akan datang.

Menceritakan detik-detik diserang, dia memberitahu, ketika dia melakukan pemeriksaan, dua warga Nigeria cuba melarikan diri sebaik dia dan anggotanya memperkenalkan diri.

"Mereka meradang apabila anggota saya meminta mereka mengeluarkan dokumen perjalanan.

"Apabila gagal menunjukkan dokumen sah, mereka bertindak ganas dengan menyiku dan membaling kerusi ke arah anggota yang cuba menahannya.

"Ketika bergelut untuk menangkap mereka, saya telah terjatuh sehingga menyebabkan luka di lutut dan siku," katanya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Dalam serbuan tersebut, pemeriksaan mendapati tiga daripada mereka memiliki pas pelajar palsu manakala empat lagi tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Sempat berkongsi pengalamannya mengendalikan warga Afrika, Kamaludin berkata, pendatang dari Afrika terutamanya Nigeria berani menggunakan pas pelajar palsu demi menjalankan pelbagai aktiviti jenayah.

"Mat Afrika ini sering ditahan kerana kesalahan black money, penipuan Internet, dadah, pelacuran dan masalah sosial seperti mabuk dan menggoda rakyat tempatan.

"Bagaimanapun, mereka tidak banyak di Melaka.

"Biasanya apabila ditahan, pemeriksaan pas pelajar menunjukkan mereka datang dari Kuala lumpur," katanya.

Kamaludin tidak menolak kemungkinan kumpulan yang mencederakan anggotanya itu melarikan diri daripada pihak berkuasa di ibu kota.

"Mereka sentiasa melarikan diri ke negeri lain dan mencetuskan masalah di kawasan baru dan kita menjalankan serbuan berpandukan aduan orang ramai dan risikan dalaman," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Karimon penguji barang mistik

Posted:

Karimon penguji barang mistik

Karimon penguji barang mistik

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


BAU busuk kayu tas dapat menundukkan harimau ganas.


SELESA memakai baju T dan seluar jean, penampilan Rahim Hanipah, 53, tidak menampakkan beliau seorang peminat aktiviti paranormal.

Namun, hakikatnya beliau ialah seorang penguji dan pengumpul tegar barang-barang mistik.

Malah, semasa ditemui di kediamannya di Puchong, Selangor baru-baru ini beliau sedang sibuk memunggah kotak yang berisi bahan-bahan seperti kayu, batu serta minyak wangi dari kereta Proton Persona miliknya.

"Maaf saya baru pulang dari Jengka, Pahang bertemu dengan orang lama yang mengatakan dia pernah ke kampung orang bunian," ujarnya membuka bicara.

Lelaki yang berasal dari Temerloh, Pahang ini memberitahu, beliau mula terlibat dengan profesion sekarang sejak umur belasan tahun.

Tetapi beliau cuma bergiat secara serius pada tahun 1998 selepas berhenti kerja di sebuah syarikat swasta.

Uji

"Saya hanya ingin mencari kepastian sama ada batu, kayu malah amalan seperti tarik duit, puja kubur untuk mendapatkan nombor ekor dan fenomena tidak lut senjata merupakan perkara realiti atau sebaliknya.

"Kerana itu saya telah menjelajah seluruh negara untuk berguru dan melihat sendiri amalan tersebut," cerita beliau.

Menurut Rahim, secara peribadi beliau tidak menolak perkara mistik itu. Malah, katanya, perkara itu lebih berkesan dengan bantuan makhluk halus seperti jin.

Rahim yang lebih dikenali dengan panggilan Karimon menjelaskan sebagai pengkaji aktiviti paranormal seseorang itu harus memiliki deria rasa dan pendengaran yang tajam.

"Deria rasa membolehkan kita menyedari kehadiran makhluk halus manakala pendengaran penting untuk berkomunikasi dengan makhluk itu. Kadang-kadang kita boleh melihatnya," ujarnya.

Bicaranya lagi, definisi mistik bersifat subjektif namun ada penjelasan logik mengenainya.

"Saya pernah tidur di sebuah hotel di Kedah beberapa tahun lalu untuk menguji barang mistik. Tiba-tiba alat pendingin hawa bilik kami terhenti.


BATU tabasheer didakwa mampu membuatkan pemiliknya lebih kuat.


"Isteri saya takut kerana menganggap ia disebabkan gangguan makhluk halus. Tapi sebenarnya pendingin hawa itu terpadam kerana alat itu telah di-set sebelum itu," katanya.

Karimon yang mempunyai tiga orang isteri juga pernah pergi ke Sabah dan Sarawak untuk menguji barang mistik.

"Ada pelanggan yang menawarkan saya untuk menjadi warganegara Indonesia semata-mata mahu saya menguji barang-barang mistik di sana," jelasnya.

Karimon berkata, kebanyakan barang yang diuji beliau ialah keris, batu, pedang.

"Pelanggan meminta saya memulihkan barang tersebut kerana didakwa tidak mempunyai 'kuasa' lagi.

"Saya berpendapat barang itu tidak berfungsi kerana ia telah digunakan untuk tujuan salah seperti meminta nombor ekor dan mengenakan orang lain.

"Semua benda itu memang ada fungsi dan khasiat dari sudut sains tetapi jika dijampi serta mempunyai khadam ia akan menjadi lebih berkuasa," ujarnya.

Karimon mendakwa batu dan kayu boleh digunakan untuk mempertahankan diri, memikat orang atau bagi tujuan perubatan.

"Kayu tas misalnya didakwa menyebabkan harimau menjadi takut kepada pemakainya.

"Sebenarnya, bau busuk kayu itu yang tidak disukai oleh haiwan terbabit menyebabkan ia menjauhkan diri, bukannya disebabkan kekuatan semula jadi kayu itu," terang beliau.

Pontianak


MINYAK pengasih terkenal dengan kebolehannya untuk menawan hati individu lain.


Karimon sempat menunjukkan kayu keluat yang digunakan oleh pemilik ayam sabung. Cebisan kayu itu dicucuk pada kulit ayam bagi menjadikannya lebih garang semasa berlawan.

Kayu keluat juga dipakai sebagai gelang tangan oleh para peninju tomoi untuk lebih gagah beraksi di gelanggang.

Hakikatnya menurut sains, kayu tas ada khasiat dalam melancarkan pengaliran darah sekali gus menjadikan pemakainya lebih cergas.

Karimon juga menunjukkan batu tabasheer atau lebih dikenali sebagai batu buluh yang tinggi kandungan ferumnya.

Batu itu jika dibuat loket dikatakan mampu memberikan kekuatan dan ketahanan tubuh kepada pemakainya.

Penulis sendiri cuba menguji batu itu dengan menggenggamnya dengan tangan kiri selama beberapa minit.

Selepas itu, Karimon cuba membuka genggaman tangan penulis tetapi mendapati ia cukup sukar untuk dibuka.

Dalam pertemuan dengan Karimon, beliau turut menceritakan pengalaman lucu mengikut seorang bomoh di Klang, Selangor bernama Rudi untuk meminta nombor ekor di sebuah kawasan perkuburan.

"Antara bahan pemujaan pada masa itu ialah cebisan kain puntianak yang tertinggal di pokok yang dihinggapi makhluk itu. Kain itu berbau hanyir dan busuk.

"Semasa upacara pemujaan dijalankan, tiba-tiba puntianak itu yang bermata merah muncul sambil mendengus. Ia mungkin marah kerana Rudi mencuri kainnya.

"Apa lagi kami terus menjerit dan lari lintang-pukang," imbau Karimon sambil ketawa.

Isteri Karimon, Azura Ibrahim, 40, berkata sepanjang lebih 10 tahun bersama suaminya beliau tidak pernah diganggu makhluk halus.

"Setakat ini tiada perkara buruk yang berlaku walaupun semasa saya mengikut suami pergi ke lokasi mistik tempat beliau menguji barang-barang tertentu," ujar Azura yang merupakan isteri ketiga Rahim.

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki bercinta dengan kereta

Posted:

Lelaki bercinta dengan kereta

Lelaki bercinta dengan kereta


SMITH membelai Vanilla sebagai tanda cinta terhadap keretanya itu.


EDWARD SMITH sememangnya seorang lelaki yang pelik. Dia mengaku bercinta malah melakukan hubungan seks dengan kereta miliknya iaitu sebuah Volkswagen Beetle berwarna putih. Kereta itu dipanggilnya dengan nama Vanilla.

Walaupun perlakuan itu aneh, warga Amerika Syarikat (AS) itu bertegas mengatakan dia bukan orang gila.

"Saya menghargai kecantikan dan perkara itu direalisasikan terhadap kenderaan bermotor iaitu kereta.

"Mungkin hubungan cinta terhadap kereta pada pandangan orang ramai adalah satu tindakan luar biasa tetapi apabila saya menonton filem Herbie dan Knight Rider di mana kereta dipeluk dan disayangi, timbul perasaan yang indah selepas itu," kata Smith, 60.

Lelaki dari Washington itu menggambarkan dirinya seorang yang romantik apabila mencium 'teman wanitanya' itu.

Bukan itu sahaja, Smith juga mengarang sajak, menyanyi dan berbual dengan kereta itu seolah-olah objek besi itu wanita sebenar.

"Jangan persoalkan tindakan saya. Saya tidak menyakiti orang lain," ujarnya.

Realitinya, lelaki pelik ini mula bercinta dengan kereta semasa berumur 15 tahun. Dia juga mendakwa tidak mempunyai ghairah terhadap wanita.

Selain obses yang melampau terhadap kereta, dia juga pernah bercinta dengan sebuah helikopter yang digunakan dalam drama televisyen tahun 1980-an, Airwolf.

Sama seperti Vanilla, Smith juga banyak menghabiskan masa dengan sebuah kereta klasik Opal GT buatan tahun 1973 yang dinamakan Cinnamon serta Ford Ranger Splash yang dipanggilnya Ginger.

Sebelum bercinta dengan Vanilla, dia menjalin hubungan selama lima tahun dengan kereta Volkswagen Beetle yang dibeli daripada sebuah keluarga di Washington.

Tetapi lelaki yang masih bujang ini mengakui kebanyakan kereta yang dicintainya merupakan milik individu lain atau yang terdapat di kedai-kedai automotif.

Bagaimana pula dengan kehidupan peribadinya?

"Hubungan terakhir saya dengan wanita tulen berakhir pada 15 tahun lalu.

"Ia berakhir kerana saya tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap mereka sekalipun kami melakukan hubungan seks," ujarnya.

Pendedahan sikap pelik Smith terbongkar selepas ia disembunyikan selama beberapa tahun apabila dia bersetuju untuk ditemu bual dalam sebuah program dokumentari televisyen Channel Five di AS baru-baru ini.

Dokumentari itu berkisar mengenai individu yang mengalami masalah penyakit mekanofilia. Penyakit itu menyebabkan seseorang mencintai benda, alatan, motosikal ataupun kereta.

Mereka yang menghidap penyakit ini menganggap alatan dan benda seperti kekasih. Golongan itu juga melakukan hubungan seks dengan objek berkenaan.

Kebanyakan individu menghidap mekanofilia disebabkan kurang mendapat kasih sayang semasa kecil ataupun kecewa yang keterlaluan dalam percintaan.

Cinta

Pada tahun 2007, seorang lelaki, Robert Steward dihadapkan di Mahkamah Ayr Sheriff, Scotland kerana melakukan hubungan seks dengan basikal di sebuah hotel di Ayr.

Robert ditemui oleh pekerja hotel yang terpaksa menggunakan kunci pendua untuk membuka biliknya. Semasa pintu dibuka, Robert hanya memakai baju baju T tanpa mengenakan seluar.

Pekerja hotel mendakwa mereka melihat lelaki itu memegang basikal dan cuba melakukan seks dengan kenderaan itu.

Sementara itu, Smith memberitahu, semasa remaja dia hanya meminati kereta terbaharu di pasaran.

"Lama-kelamaan hobi itu bertukar menjadi cinta. Semasa berumur 13 tahun, kereta jenis Corvette Stingray ketika itu ibarat cinta pandang pertama saya," kata Smith.

Cerita Smith tidak terhenti begitu sahaja. Dia menambah, semasa meletakkan kereta di tempat letak kenderaan, dia sering tertawan apabila terpandang kereta lain.

"Ada banyak kereta yang menarik minat saya. Ia membuatkan saya sanggup menunggu hingga waktu tengah malam untuk merapati kereta itu sebelum memeluk dan menciumnya," katanya.

Smith bertegas di sebalik perwatakan eksentriknya, dia bukan seorang homoseksual.

Hakikatnya, kecintaan Smith terhadap kenderaan bermotor bukan sahaja dialami olehnya.

Smith mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 500 individu lain di seluruh dunia yang mempunyai hubungan cinta dengan kenderaan masing-masing.

Ini membuatkan mereka sering berhubung dan berbual-bual di Internet mengenai kekasih mereka.

Bagaimana pula Smith menghargai Vanilla? Adakah dia menghargai buah hatinya itu dengan membawanya ke restoran mahal, menghadiahkan bunga ros ataupun membeli coklat berbentuk hati?

"Saya hanya membasuhnya dengan penuh kasih sayang selain memastikan Vanilla berada dalam keadaan baik.

"Sekiranya ada bunyi pelik atau kerosakan kecil saya akan segera membawanya ke bengkel untuk dibaiki kerana Vanilla sedang mengalami kesakitan," cerita Smith.

Selain itu, dia juga membawa Vanilla ke stesen minyak untuk diisi petrol yang dianggap sebagai penyambung hayat kereta kesayangannya itu. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Amaran ribut di pantai Sabah

Posted:

Amaran ribut di pantai Sabah

Amaran ribut di pantai Sabah

PASUKAN penyelamat menggunakan bot getah untuk melakukan kerja menyelamat di Cagayan de Oro di selatan Filipina semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas melanda selatan Filipina sejak kelmarin sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 440 nyawa, ribut tropika Washi kini dilaporkan bergerak melalui Laut Sulu menuju ke pantai barat Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam amaran ribut tropika yang dikeluarkan pukul 9 malam tadi menjelaskan, keadaan itu boleh menyebabkan ribut petir, laut bergelora dan angin kencang di perairan pantai barat Sabah, Kudat dan Sandakan.

Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Kosmo! Ahad malam tadi bagaimanapun memberitahu, Malaysia dijangka tidak menghadapi ancaman langsung bencana itu.

Katanya, ini kerana wujud laluan angin kira-kira 528 kilometer ke timur laut Sandakan, Sabah, petang semalam yang mengalihkan pergerakan Washi.

"Walaupun tidak akan kesan langsung, kami tetap mengeluarkan amaran laut bergelora dan angin kencang dengan kelajuan 26 kilometer sejam," katanya.

Menurutnya, keadaan itu sebenarnya tetap berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Agensi berita melaporkan, ribut Washi turut mengakibatkan kira-kira 500 mangsa hilang apabila bandar pesisir pantai Cagayan de Oro dan Iligan di wilayah Mindanao, selatan Filipina dilanda banjir kilat.

Bencana itu melanda tanpa amaran ketika penduduk sedang nyenyak tidur awal pagi semalam dan mengakibatkan ramai mangsa dihanyutkan ke laut.

Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan, Alvin Bacal berkata, angka kematian tinggi itu disebabkan oleh penduduk di dua kawasan terbabit jarang menghadapi ribut tropika.

"Ramai panik kerana dalam masa tidak sampai 30 minit, air di beberapa kawasan rendah naik mendadak sehingga setinggi 3.3 meter," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan sampai pengguna dibuli

Posted:

Jangan sampai pengguna dibuli

Jangan sampai pengguna dibuli

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Orang ramai diminta bertindak tegas dengan memboikot peniaga yang didapati sengaja menaikkan harga ikan bagi meraih keuntungan lebih.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (PPIM), Tengku Azwil Tengku Abdul Razak berkata, ini kerana ada segelintir peniaga yang sengaja menggunakan alasan musim tengkujuh yang melanda Pantai Timur sekarang untuk menjual ikan pada harga yang tinggi.

"Kita tidak seharusnya membiarkan diri kita terus dibuli peniaga-peniaga berkenaan kerana pada hakikatnya mereka memerlukan pengguna untuk terus hidup.

"Pengguna perlu bijak menunjukkan kuasa yang ada pada mereka dengan memboikot peniaga yang menjual ikan pada harga terlalu mahal," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.

Beliau mengulas kenaikan harga ikan di pasaran yang dijangka berterusan sehingga Februari tahun hadapan akibat musim tengkujuh.

Dalam laporan Kosmo! semalam, ada peniaga di Alor Setar, Kedah menjual ikan kembung pada harga RM10 hingga RM12 sekilogram berbanding RM3 sahaja sebulan lalu.

Menurut Tengku Azwil, jika kesemua 28 juta pengguna di negara ini bersatu, masalah kenaikan harga ikan itu tidak akan timbul kerana peniaga dan peraih akan berfikir dua kali sebelum meneruskan niat untuk menjual mahal.

"Kita perlu boikot mereka (peniaga) yang menaikkan harga tetapi apa yang menjadi masalah walaupun harga ikan mahal, ia tetap dibeli," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Dua juta rakyat mohon BR1M

Posted:

Dua juta rakyat mohon BR1M

Dua juta rakyat mohon BR1M

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

IPOH – Sebanyak dua juta orang sudah mengemukakan permohonan masing-masing untuk mendapatkan wang sekali bayar RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam tempoh enam hari sejak ia dibuka pada 10 Disember lalu.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kesemua permohonan itu sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menentukan kelayakan mereka.

Katanya, jumlah pemohon seramai dua juta orang itu membentuk 61.5 peratus daripada 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M.

"Saya yakin proses melibatkan 5.2 juta permohonan itu dapat disempurnakan dalam tempoh sebulan sehingga 10 Januari depan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada pembentangan Bajet 2012, Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bayaran akan dibuat mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula 10 Disember lalu hingga 10 Januari depan.

Ahmad Husni berkata, pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah.

Beliau berkata, pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

Ahmad Husni berkata, bagi memudahkan lagi proses permohonan, borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama esok selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.

Katanya, mereka yang berdaftar dengan program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.

Bagaimanapun, Ahmad Husni menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak terperdaya dengan pengedaran borang permohonan palsu yang telah ditokok tambah seperti meminta nombor akaun bank.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Chong Wei tersungkur

Posted:

Chong Wei tersungkur

Chong Wei tersungkur

CHONG WEI dikejutkan oleh Chen Long pada pusingan separuh akhir semalam.


LIUZHOU, China - Juara bertahan, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Badminton Siri Super Dunia akhir 2011 selepas tunduk kepada pemain muda China, Chen Long 16-21, 21-16, 18-21 semalam.

Diletakkan sebagai pilihan utama, Chong Wei diramal bertemu musuh utamanya, Lin Dan pada final hari ini dan sudah pastinya menjadi pertemuan yang dinanti-nantikan peminat badminton dunia.

Begitupun, hajat tersebut tidak kesampaian kerana Chen Long, 22, beraksi dengan baik untuk menewaskan pemain No. 1 dunia itu.

Chen Long melakukan 24 pukulan smash ke atas Chong Wei dalam permainan yang memakan masa selama satu jam 19 minit itu.

Chong Wei yang telah memenangi kesemua tiga edisi kejohanan penutup musim badminton ini dilihat menguasai permainan jaring dengan 14 kali mengutip mata berbanding Chen Long hanya lapan mata.

Namun, kekuatan smash pemain No. 2 China itu menjadi senjata utama terhadap kemenangannya semalam.

Pada separuh akhir perseorangan wanita pula menyaksikan pilihan utama dari China, Wang Yihan menewaskan rakan senegara, Wang Xin dengan straight set 21-19, 21-16.

Kejohanan akhir musim itu menampilkan lapan pemain perseorangan dan beregu terbaik dunia dan akan memasuki aksi final hari ini. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

BAM bimbang prestasi pemain No.1 negara

Posted:

BAM bimbang prestasi pemain No.1 negara

BAM bimbang prestasi pemain No.1 negara

GAYA permainan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bukan lagi menjadi ancaman kepada pemain China.

Dalam beberapa kejohanan kebelakangan ini, pemain perseorangan No. 1 dunia itu sering 'diperbudakkan' oleh musuh tradisinya dari negara Tembok Besar itu.

Bukan setakat Lin Dan yang berjaya meleburkan aksi cemerlang Chong Wei, malah pemain muda China pun nampaknya mampu menggulingkan reputasi pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Pemain China dikatakan sudah bijak membaca gaya permainan Chong Wei dan kelemahan yang ada pada pemain utama negara itu dipergunakan oleh pemain lawan untuk menewaskannya.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah menyedari hakikat tersebut dan tanpa berlengah lagi, badan induk sukan badminton negara mengambil langkah drastik untuk memulihkan 'semangat' Chong Wei.

Sebagai langkah awal, BAM akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) untuk merangka satu program khas buat Chong Wei dan pemain lainnya yang lebih mengutamakan kepada aspek kekuatan mental dan teknikal.

Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh (gambar) berkata, ia merupakan satu langkah baharu bagi membantu Chong Wei mengubah strategi permainan agar ia sukar dibaca oleh pihak lawan.

"Kali ini kami dan ISN akan membantu Chong Wei dari segi teknikal iaitu cuba mempertingkatkan gaya permainan Chong Wei agar dia mampu memberi saingan kepada pencabar-pencabar utamanya.

"ISN mempunyai kelengkapan yang baik dari segi saintifik untuk melihat permainan Chong Wei sekali gus menganalisis gaya permainannya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco BAM di Bukit Kiara, semalam.

Tambah Nadzmi lagi, dengan adanya bantuan ISN dalam program latihan Chong Wei, kami yakin beliau mampu melakar kejayaan di Sukan Olimpik nanti.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai pula berkata, kami telah berbincang dengan pihak ISN sebelum ini dan telah merancang untuk melakukan satu program latihan kepada Chong Wei.

"Ia merupakan satu latihan intensif yang lebih mengutamakan aspek teknikal tetapi kami juga mahu meningkatkan tahap fizikalnya," katanya.

Semalam, Chong Wei dihampakan pemain muda China, Chen Long pada peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Siri Super Dunia Akhir di Luizhou, China.

Chong Wei tewas dalam permainan tiga set 16-21, 21-16, 18-21.

Menurut Chin Chai, cara permainan Chong Wei seperti sudah dibaca oleh pihak lawan terutamanya dari China kerana kita boleh lihat Lin Dan dan Cheng Long menggunakan gaya agak sama ketika menewaskan pemain No. 1 negara ini.

Chin Chai berkata, setiap kali ketika perlawanan membabitkan Chong Wei, hampir enam kamera telah digunakan untuk merakam pergerakan Chong Wei untuk melihat strategi permainannya.

"Kita sudah tahu puncanya dan kita sedang berusaha untuk mencari penyelesaiannya. Saya berharap dengan bantuan ISN kali ini, kita mampu menentang mereka semula.

"Sebenarnya, Chong Wei sudah berada di tahap yang sangat tinggi tetapi kita perlu berusaha sedikit sahaja lagi untuk membantunya," jelasnya.

Ketika ditanya mengenai persediaan BAM untuk menghadapi Piala Thomas dan Piala Uber yang akan berlangsung pada Februari 2012 di Macau, Presiden BAM menjelaskan bahawa pemain-pemain yang akan terpilih akan disenaraikan pada akhir Januari.

"Kami akan menghantar pasukan yang terbaik berdasarkan prestasi mereka sehingga Januari tahun depan, kita tiada masa lagi untuk melakukan percubaan atau pendedahan kepada mereka," kata Nadzmi.

Beliau turut mengumumkan bahawa BAM telah berjaya memenangi bidaan untuk menganjurkan Piala Sudirman 2013.

Full content generated by Get Full RSS.

Hoki: Ranking skuad negara meningkat

Posted:

Hoki: Ranking skuad negara meningkat

Hoki: Ranking skuad negara meningkat

SKUAD hoki negara berjaya memperbaiki kedudukan ranking dunia apabila melonjak satu anak tangga daripada kedudukan ke-14 kepada kedudukan ke-13 dalam senarai yang dikeluarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bagi hujung tahun 2011 dan permulaan 2012.

Kali terakhir Malaysia berada di posisi yang sama ialah pada 2005 sebelum mengalami kemerosotan prestasi dengan silih berganti menghuni tangga ke-14 dan ke-15 dalam masa enam tahun kemudian.

Pencapaian terbaik skuad hoki negara dalam ranking dunia sebelum ini ialah menduduki tempat keempat pada tahun 1975, kelapan (2002), kesepuluh (2003) dan kesebelas (2004).

Jurulatih negara, Tai Beng Hai menjelaskan, kedudukan ranking ke-13 dunia ini adalah hasil daripada prestasi yang memberangsangkan anak-anak buahnya termasuk kejayaan memenangi pingat perak di temasya Sukan Asia 2010 dan juga pingat gangsa di Trofi Juara-Juara Asia 2011, September lalu.

"Buat kali pertama sejak beberapa tahun yang lalu, kita akhirnya berjaya memperbaiki ranking ke posisi 13 daripada 14," kata Beng Hai.

"Malah, buat kali pertama juga kita berjaya mengumpul lebih seribu mata dalam sistem kutipan mata yang diperkenalkan FIH.

"Jadi bagi saya, ini adalah bukti bahawa skuad hoki kita telah banyak meningkat dan berada dalam prestasi terbaik sejak dua tahun lepas sehingga berjaya memperbaiki kedudukan ranking dunia," jelasnya lagi ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Insentif Kejohanan Cabaran Juara-Juara I di Kuala Lumpur, semalam.

Pada kejohanan Cabaran Juara-Juara I yang berlangsung di Afrika Selatan baru-baru ini, Malaysia berjaya mencapai sasaran menduduki tempat kelima.

Ranking baharu dunia dikeluarkan oleh FIH selepas beberapa kejohanan utama antarabangsa, iaitu kira-kira tiga atau empat kali setahun sejak diperkenalkan pada 2003.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Lagi pertempuran di Dataran Tahrir

Posted:

Lagi pertempuran di Dataran Tahrir

Lagi pertempuran di Dataran Tahrir

SEORANG penunjuk perasaan membaling bom api ke arah polis tentera di dalam bangunan Parlimen di Kaherah semalam. - AP


KAHERAH, Mesir - Beberapa saksi menyatakan penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan bertempur dekat Dataran Tahrir di pusat bandar di sini.

Mereka berkata, ratusan penunjuk perasaan membaling batu dan bom api ke arah pasukan polis tentera.

Seorang aktivis, Hussein Hammouda memberitahu, pasukan keselamatan membalas dengan membaling batu dan membedil meriam air dari dalam pagar bangunan Parlimen yang terletak berdekatan.

Beberapa aktivis berkata, pertempuran berlaku selepas seorang pemuda yang menunjuk perasaan di luar bangunan Kabinet Mesir di belasah beberapa askar.

Rakaman video dan gambar di Internet menunjukkan pemuda itu yang cedera, diangkat oleh beberapa penunjuk perasaan lain.

Dia mendakwa telah dipukul oleh anggota-anggota polis tentera.

Seorang lelaki, Mostafa Sheshtawy memberitahu, pasukan keselamatan membakar khemah-khemah penunjuk perasaan dan meleraikan protes yang berlangsung sejak hampir seminggu bagi mendesak pemerintahan tentera di Mesir ditamatkan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Fenomena Shah Rukh Khan di India

Posted:

Fenomena Shah Rukh Khan di India

Fenomena Shah Rukh Khan di India

AHMEDABAD, India - Sejumlah peminat berhimpun untuk merakamkan gambar pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan dengan menggunakan telefon bimbit di bandar ini kelmarin.

Shah Rukh tiba di bandar Ahmedabad untuk mempromosikan filem Don 2 lakonannya yang diarahkan oleh Farhan Akhtar.

"Majlis di Ahmedabad amat istimewa," kata Farhan.

Sejumlah besar penonton itu menunggu di sebuah pawagam di bandar ini untuk merakamkan gambar Shah Rukh.

Filem itu akan menemui penonton pada 23 Disember depan.

Malaysia, Jerman, India dan Switzerland menjadi lokasi penggambaran filem tersebut.

Filem itu mengisahkan Shah Rukh yang memegang watak Don yang mahu menguasai gerakan penjahat bawah tanah di Eropah. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Pelabur keluarkan berbilion yuan

Posted:

Pelabur keluarkan berbilion yuan

Pelabur keluarkan berbilion yuan


SEORANg kerani membawa sejumlah wang kertas yuan di sebuah bank di Suining, wilayah Sichuan, China pada Selasa lalu.


BEIJING - Para pelabur China mengeluarkan berbilion-bilion mata wang yuan dari bank-bank utama dalam tempoh 10 hari pertama bulan ini, lapor akhbar 21st Century Business Herald semalam.

Deposit wang merosot 400 bilion yuan (RM200.3 bilion) semasa mata wang yuan berada dalam tekanan paling besar sejak ekonomi global merudum pada 2008 dengan ekonomi domestik perlahan serta kekalutan masalah kewangan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan permintaan untuk dolar AS.

Pengeluaran wang yuan itu bakal menjejaskan pinjaman dengan empat buah bank utama mengeluarkan hanya 30 bilion yuan (RM15.03 bilion) dalam bentuk pinjaman baharu dalam tempoh 10 hari.

Bank-bank China mengeluarkan yuan berjumlah 562.2 bilion (RM281.6 bilion) pada November lalu.

Menurut akhbar 21st Century Business Herald yang memetik sumber-sumber, separuh daripada pengeluaran wang itu adalah daripada Bank of China yang mempunyai perniagaan tukaran wang asing terbesar.

Akhbar itu melaporkan, beberapa buah bank lain yang terjejas ialah Industrial and Commercial Bank of China, China Construction Bank dan Agricultural Bank of China.

Para penyimpan wang mungkin mengeluarkan dana masing-masing kerana mereka sangsi mata wang yuan akan mengukuh pada tahun depan.

China yang bergantung kepada eksport melaksanakan kawalan ketat ke atas mata wang yuan.

Pengkritik-pengkritik menyifatkan kawalan tersebut tidak adil kerana ia membolehkan China menjual produknya pada harga murah.

Ketika permintaan untuk produk China semakin lemah, pemerintah dijangka bertindak untuk menghalang penyusutan nilai yuan bagi mengelakkan kejatuhan eksport dan kehilangan pekerjaan di sektor pengilangan yang menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rugi RM80,000 disamun 4 lelaki bersenjata

Posted:

Rugi RM80,000 disamun 4 lelaki bersenjata

Rugi RM80,000 disamun 4 lelaki bersenjata

17/12/2011 7:06pm

MARANG – Enam sekeluarga mengalami detik-detik cemas apabila rumah mereka di Kampung Kelulut di sini dipecah masuk oleh empat penyamun bersenjatakan alat pemotong serta besi dalam kejadian awal pagi tadi menyebabkan kerugian hampir RM80,00.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, keluarga malang berkenaan sedang nyenyak tidur sebelum salah seorang daripada empat penyamun itu mengejutkan mangsa Hawa Bakar, 53 yang tidur di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan bersama suaminya Alias Ahmad 60.

Hawa, yang juga merupakan seorang peniaga kedai runcit lebih 20 tahun berkata, beliau dan suaminya diugut dan diikat dengan wayar elektrik sebelum empat anaknya berusia antara 11 hingga 21 tahun yang tidur di bilik berasingan dibawa berkumpul di biliknya.

Ketika ditemui, peniaga runcit itu berkata, kumpulan perompak menghabiskan masa selama 45 minit untuk menggeledah rumah itu sebelum melarikan pelbagai barangan kemas, lima buah telefon bimbit, sebuah komputer bimbit dan wang tunai lebih RM7,000 yang dianggarkan kesemuanya bernilai RM80,000.

Katanya, wang tunai RM7,000 itu adalah hasil perniagaan runcitnya selama dua hari yang disimpan dalam beg tangannya di sebelah katinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Ahmad Mazlan Yahya yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Para ASEAN: Zul Amirul raih emas bagi renang

Posted:

Para ASEAN: Zul Amirul raih emas bagi renang

Para ASEAN: Zul Amirul raih emas bagi renang

17/12/2011 6:31pm

SOLO, Indonesia – Seperti yang diramalkan perenang elit paralimpik negara, Zul Amirul Sidi berjaya meraih pingat emas bagi acara 50m kuak lentang lelaki kategori S5 (kecacatan kaki) pada hari kedua Temasya Sukan Para ASEAN 2011 yang berlangsung di Pusat Akuatik Tirtomoyo Manahan dekat sini hari ini.

Zul Amirul meraih pingat emas setelah berjaya menamatkan saingan dalam masa 43.41s.

Pingat perak bagi acara tersebut menjadi milik Nguyen Thanh Trung dari Vietnam dengan catatan 53.38s, manakala pingat gangsa pula milik perenang Thailand, Phetr Chanhom (53.39s).

Zul Amirul berkata, walaupun gembira dengan kejayaan tersebut beliau rasa sedikit terkilan apabila gagal memperbaiki rekod kejohanan 42.15s yang diciptanya pada Sukan Para ASEAN edisi Kuala Lumpur 2009.

"Saya harap mampu melakukan persembahan yang lebih baik pada hari-hari berikutnya dan ia tidak akan melemahkan semangat saya," katanya di sini hari ini.

Satu lagi pingat emas dikutip menerusi Fraidden Dawan yang berjaya menamatkan perlumban dalam masa 1:08s bagi acara 100m kuak kupu-kupu lelaki kategori S10 (kecacatan kaki) tanpa saingan daripada perenang lain. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Program komuniti Eko-Famili terap kesedaran

Posted:

Program komuniti Eko-Famili terap kesedaran

Program komuniti Eko-Famili terap kesedaran

17/12/2011 6:10pm

PUTRAJAYA – Program komuniti Eko-Famili, iaitu kempen kesedaran dan penerapan amalan penjagaan alam sekitar di peringkat keluarga, dilancarkan di sini hari ini selaras dengan kempen "Planet Sihat, Penduduk Sihat" oleh Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).

Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu bertujuan menerap kesedaran anggota keluarga dan masyarakat agar lebih prihatin dan turut serta dalam aktiviti penjagaan alam sekitar dengan mengamalkan inisiatif hijau dalam kehidupan seharian.

Semasa melancarkan kempen itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata, faktor kependudukan dan alam sekitar amat penting dalam memastikan negara mencapai pembangunan yang mampan.

"Ia juga menjadi satu indikator yang penting dalam Matlamat Pembangunan Milenium yang dipantau setiap tahun di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memastikan semua penduduk dunia dapat menjalani kehidupan dalam persekitaran yang baik dan terjaga," katanya.

Antara pengisian program tersebut termasuklah acara penanaman anak pokok sempena penduduk dunia mencecah angka tujuh bilion pada tahun ini, pertandingan menghasilkan kraf daripada barangan terpakai, pameran alam sekitar serta pemeriksaan kesihatan bernilai RM25 yang diberikan secara percuma. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Hiburan


Pelakon sinetron termahal

Posted:

Pelakon sinetron termahal

Pelakon sinetron termahal

USIA pelakon Nikita Willy ketika ini baru sahaja menjangkau 17 tahun, tetapi kehidupannya sebagai seorang gadis remaja boleh dikatakan agak berbeza dengan rakan-rakan seusianya yang lain.

Jika kehidupan gadis-gadis yang sebaya dengannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, ternyata pelakon berkenaan lebih banyak menghabiskan masa di lokasi penggambaran. Bagaimanapun, pengorbanan tersebut tidak sia-sia apabila kini Nikita sering menjadi rebutan penerbit. Sehingga kini, dia sudah membintangi lebih daripada 20 buah sinetron.

Malah, ada sinetron lakonannya yang turut disiarkan di kaca televisyen di Malaysia seperti Safa Dan Marwah dan Putri Yang Ditukar turut diminati oleh penonton di negara ini. Selain dikenali sebagai seorang pelakon yang cukup popular di negaranya, Nikita juga dikatakan sebagai artis sinetron yang menerima bayaran termahal sehingga mengalahkan pelakon yang lebih senior seperti Luna Maya.

Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon yang dilahirkan pada 29 Jun 1994 itu menganggap ia satu pencapaian yang tertinggi buat dirinya sepanjang bergelar pelakon selama sembilan tahun.

"Sudah tentu saya melihat ia sebagai satu pengorbanan yang cukup berbaloi. Lagipun saya sudah berkecimpung dalam bidang lakonan sejak usia lapan tahun dan bidang ini sudah menjadi sebahagian dalam diri saya. Namun, segala pencapaian yang diperoleh itu langsung tidak pernah membuat saya menjadi leka. Kalau saya mahu terus maju sudah tentu saya perlu terus fokus berusaha dengan lebih keras lagi," ujarnyaketika ditemu bual di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Nikita, biarpun dirinya dikenali sebagai pelakon remaja yang popular di negaranya ketika ini, dia turut gembira apabila melihat lebih ramai gadis seusianya yang muncul sebagai pelakon.


WALAU sibuk sebagai artis, Nikita masih mahu melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Dia mahu menjadi seorang doktor.


Jelasnya, dia tidak merasakan kehadiran pelakon-pelakon baharu sebagai pesaing yang mampu membuatkan namanya semakin tenggelam. Sebaliknya, dia menganggap mereka adalah seperti sebuah keluarga.

"Sebenarnya saya lebih senang melihatlebih ramai pelakon baharu yang muncul sekarang. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan dunia sinetron semakin berkembang dan akan memeriahkan lagi industri hiburan di Indonesia," ujarnya.

Kini selain bergelar seorang pelakon, anak kepada pasangan Henry Willy dan Yora Febrine itu melangkah setapak lagi apabila mula berjinak-jinak pula dengan bidang nyanyian.

Menurutnya, percubaannya untuk menjadi penyanyi bermula sejak setahun yang lalu apabila dicadangkan oleh seorang pengarah sinetron dan kini dia sudah menghasilkan empat buah single seperti Kutetap Menanti, Lebih Dari Itu, Tafakur dan Pantas Untukku.

"Rasanya tidak salah kalau saya mahu mencuba sesuatu bidang yang baharu. Biarpun saya sudah mula menyanyi, tetapi lakonan masih lagi menjadi keutamaan dan ketika ini saya masih lagi dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang penyanyi.

"Kalau ada masa terluang saya akan turut menghadiri kelas vokal bagi memantapkan lagi cara nyanyian saya. Buat masa ini, saya lebih sesuai untuk membawakan lagu yang berentak balada," jelasnya.

Ujarnya lagi, sehingga kini dia masih lagi belum mempunyai sebarang album dan lebih banyak menghasilkan single. Mengikut perancangan, album sulungnya masih lagi dalam proses dan dijangka akan menemui peminat pada awal tahun hadapan.

Putus cinta

Seperti kebanyakan pelakon-pelakon lain, Nikita juga tidak terlepas daripada dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa orang jejaka yang turut menjadi tumpuan peminatnya.

Malah, dia dikatakan telah menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bara Tampubolon sehingga gambarnya bersama jejaka tersebut ketika menghadiri sebuah parti tersebar di Internet.

Ditanya tentang status dirinya ketika ini, pelakon berkenaan tidak mahu mengulas lebih panjang dan menyatakan dirinya kini tidak mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana lelaki.

"Saya mengaku yang sebelum ini Bara dan saya adalah merupakan pasangan kekasih dan kami bercinta selama lapan bulan. Namun, hubungan kami sudah pun berakhir kira-kira dua minggu yang lalu. Sejujurnya saya tidak mahu komen kerana agak sedih dengan perpisahan ini. Cuma apa yang boleh saya katakan antara punca utama kami tidak lagi bersama kerana tiada lagi persefahaman dan perbezaan agama," jelas anak sulung dari dua orang beradik itu.


NIKITA menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan pemain bola sepak Indonesia, Diego Michiels.


Namun begitu, Nikita turut menolak dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Bara putus disebabkan dia menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak terkenal Indonesia iaitu Diego Michiels.

Tegasnya, dia langsung tidak mengenali pemain bola sepak tersebut yang beraksi semasa Sukan SEA yang lalu, walaupun gambar mereka berdua dikatakan telah tersebar di internet.

"Mustahil untuk saya dan Diego bercinta kerana kami berdua langsung tidak saling mengenali. Tentang gambar yang tersebar itu, ada peminat yang meminta untuk kami bergambar berdua ketika bertemu secara kebetulan di sebuah tempat dan saya tidak sangka ia akan beredar di Internet," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon itu turut mengakui sangat meminati sukan bola sepak dan turut menjadi salah seorang penyokong yang hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan dalam menentukan pingat emas Sukan SEA yang membabitkan perlawanan antara Indonesia menentang Malaysia.

Jadi doktor

Walaupun Nikita menjadikan lakonan sebagai bidang kerjaya utama dan namanya memuncak ketika masih lagi bersekolah, tetapi dia masih lagi mampu meneruskan persekolahannya seperti biasa.

Ujarnya, kesibukan sebagai seorang pelakon tidak boleh dijadikan alasan untuk dia melupakan pelajaran. Dia hanya akan menjalani penggambaran selepas tamat sesi persekolahan dan pada hujung minggu.


NIKITA yang kini sibuk mempromosikan kerjayanya sebagai penyanyi tetap memilih dunia lakonan di tangga pertama.


"Pelajaran masih lagi tetap menjadi keutamaan dan tidak sukar untuk saya membahagikan masa antara berlakon dan belajar. Saya beruntung kerana ibu sendiri yang bertanggungjawab untuk menguruskan diri saya termasuk jadual lakonan.

"Lagipun dalam tempoh seminggu saya cuma hadir ke sekolah selama tiga hari sahaja iaitu pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kini saya baharu sahaja tamat sekolah menengah dan dapat menumpukan sepenuhnya dalam lakonan," ujarnya.

Pada masa yang sama, pelakon yang menggondol dua anugerah pada acara Panasonic Gobel Awards 2011 menerusi kategori Aktres Paling Diminati dan Sinetron Pilihan itu tidak pernah melupakan cita-citanya ketika kecil dahulu.

"Sebenarnya sudah lama saya menanam impian untuk menjadi seorang doktor. Malah, saya sudah merancang untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Indonesia dalam bidang kedoktoran tidak lama lagi," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Drama buat pencinta robot

Posted:

Drama buat pencinta robot

Drama buat pencinta robot

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA


KAKI ROBOT mula bersiaran pada hari ini di saluran TV1.


SEBELUM ini kita sering mendengar istilah kaki wayang atau kaki bangku. Sebaliknya, kita jarang mendengar istilah kaki robot. Malah, tidak ramai yang menjangkakan robot boleh dijadikan bahan cerita dan seterusnya diterjemahkan sebagai sebuah drama untuk tontonan kanak-kanak.

Sementelah itu, satu drama kanak-kanak telah dihasil dan diterbitkan oleh syarikat produksi Hezz Comm Sdn. Bhd. Drama berjudul Kaki Robot itu menceritakan semangat dan keseronokan dunia kanak-kanak di luar bandar yang penuh imaginatif untuk mereka cipta robot dan gajet sebagai alat hiburan mereka.

Menurut penerbit yang juga pengarah urusannya, Hezle Helan, pengalamannya ketika berada di India melahirkan idea untuk menghasilkan sebuah drama kanak-kanak berunsurkan robot dan gajet.

"Saya kagum melihat minat kanak-kanak di sana yang begitu minat tentang robotik walaupun kehidupan sosioekonomi mereka di tahap miskin.

"Bertitik tolak daripada situ, tercetus satu idea mengapa kita tidak melahirkan sebuah drama untuk kanak-kanak dengan menjadikan robot sebagai plot dalam drama yang berjudul Kaki Robot," katanya ketika sidang akhbar drama Kaki Robot yang berlangsung di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur.

Bercerita tentang cabaran menghasilkan drama itu, kata Hezle, dia terpaksa berdepan dengan masalah kompleksiti seperti fabrikasi robot, animatronik, kesan khas imej janaan komputer (CGI) dan runut bunyi.

Masalah modal juga sedikit sebanyak telah menghambat penjadualan penggambaran disebabkan kos produksi drama fiksyen itu menjangkaui kos produksi yang biasa.Katanya lagi, Kaki Robot disiarkan mulai hari ini (Sabtu) pukul 10.30 pagi di TV1.

"Antara pelakon kanak-kanak yang terlibat dalam drama bersiri Kaki Robot ialah Nur Hakim, Syafiedzul, Dharma Seelan dan Hazirah Qasdina. Turut membintangi drama ini ialah Aziz M. Osman dan Osman Kering, Azhan Rahi, Afzan (Pilih Kasih) serta Adrea Abdullah," ujarnya.

Kaki Robot mengisahkan tentang seorang budak bernama Zaki terpaksa pulang ke kampung bersama-sama bapanya yang bekerja sebagai pengurus sebuah ladang getah.

Zaki yang gemar mencipta robot pada mulanya takut untuk berkenalan dengan kawan-kawan di kampung itu.

Bagaimanapun, dengan robot kecil ciptaannya, dia berjaya menarik minat kawan-kawan yang lain untuk mendekati dan bergaul dengannya.

Bermula dari situ, mereka menjadi akrab dan menggunakan robot-robot ciptaan mereka untuk menubuhkan sebuah kelab robot dan seterusnya menyelesaikan masalah yang terjadi di kampung itu. Mereka juga menyertai pertandingan perlawanan robotik antara sekolah.

Full content generated by Get Full RSS.

Kepelbagaian tarian Showdown 2012

Posted:

Kepelbagaian tarian Showdown 2012

Kepelbagaian tarian Showdown 2012

Oleh HARYATI KARIM


SHOWDOWN 2012 sudah memulakan pencarian bakat baharu dalam bidang tarian untuk program realiti ini.


PROGRAM realiti popular Showdown yang memenangi pelbagai anugerah seperti Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2010 dan 2011 serta Anugerah Sri Angkasa 2010 kembali lagi untuk musim yang ketiga.

Program pencarian krew tarian terbaik negara dalam Showdown 2012 bakal lebih meriah daripada sebelumnya. Tahun ini pihak 8TV membikin eksperimen dengan melakukan uji bakat secara talian menerusi video yang dihantar bermula 1 November sehingga 21 November 2011 lepas.

Cubaan pertama itu membuahkan hasil apabila 30 krew tarian telah menghantar kiriman video tarian mereka dan hanya empat krew tarian yang layak ke peringkat seterusnya dengan mudah.

Menurut juri tetap program ini Joe Flizzow dan Maple Loo, kelebihan krew tarian yang dipilih secara talian adalah mereka terus layak ke peringkat Battle.

"Walaupun begitu, mereka masih perlu melalui peringkat The Meltdown untuk menempatkan diri mereka dalam 12 krew terpilih untuk siaran secara langsung Showdown 2012," ujar Maple Loo.

Tambah Joe, Showdown musim ketiga mempunyai standard yang lebih tinggi berbanding dua musim sebelum ini.

"Kami mencari krew tarian yang lebih baik daripada Wakaka Crew (musim pertama) dan Elecoldxhot (musim kedua).

"Bagi peserta musim ketiga, agak sukar untuk mereka kerana dua juara sebelum ini telah meletakkan standard yang cukup tinggi dan mereka harus lebih baik daripada peserta sebelum ini," ujar Joe.

Maple menjelaskan, meskipun program ini pada mulanya lebih terarah untuk mencungkil bakat krew tarian jalanan, namun kini ia lebih terbuka dan mencari krew tarian terbaik dalam apa sahaja jenis tarian.

"Contoh yang paling jelas adalah Giler Battle Crew yang bermula hanya dengan tarian Break Dance berubah menjadi krew tarian yang mampu membuat pelbagai jenis tarian.

"Jadi, untuk peserta musim ketiga, mereka perlu lebih kreatif, tarian harus lebih harus sempurna, bijak menarik perhatian penonton dan harus diingat imej juga sangat penting," kata Malple.

Peserta empat teratas daripada musim sebelum ini tidak dibenarkan bertanding kecuali jika mereka menubuhkan krew tarian baharu dengan hanya dua ahli asal.


JOE FLIZZOW dan Maple Lee kekal di kerusi juri.


Bagi mereka yang tidak berjaya atau tidak sempat untuk menghantar video uji bakat secara talian, mereka boleh menjalani uji bakat secara terbuka yang dijalankan pada 18 Disember 2011 depan di Aras Bawah, KL Live Center, Kuala Lumpur bermula pukul 9 pagi sehingga 3 petang.

Seterusnya sesi Battle akan berlangsung pada 19 Disember di lokasi yang sama dan pendaftaran bermula pada pukul 9 pagi.

Program ini terbuka kepada semua peringkat usia. Bagi peserta yang di bawah umur disyaratkan untuk meminta pengesahan daripada ibu bapa masing-masing terlebih dahulu.

Showdown 2012 menemui penonton bermula 4 April depan di 8TV bakal menyaksikan 12 krew bertanding dan disingkirkan setiap minggu menerusi pusingan penentuan yang dipanggil dance off.

Empat kumpulan terakhir yang berjaya ke peringkat final akan mempersembahkan tarian dengan stail kump-ing, lock-ing dan break dance sebelum dijulang sebagai juara.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved