Selasa, 13 Disember 2011

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Rencana Utama


Ahmad Yazid dedah tragedi Canny Ong

Posted:

Ahmad Yazid dedah tragedi Canny Ong

Ahmad Yazid dedah tragedi Canny Ong

KETIKA kanak-kanak lain sebayanya memilih permainan video, Ahmad Yazid sudah pun berada dalam dunia realiti.

Alat permainan pertama Yazid ketika dia berusia tiga tahun ialah kamera Lego. Pada usia sembilan tahun, dia sudah membantu bapanya melakukan kerja-kerja penyuntingan. Bahkan, dia mahir mengendalikan kamera perakam.

Kemahiran mengendalikan kamera perakam dipelajari daripada bapanya, seorang jurukamera bahagian berita Radio Televisyen Malaysia (RTM). Rakaman siaran berita dan penyuntingan berita adalah perkara pertama yang menjadi silibus lelaki yang berasal dari Kampung Majidi, Johor Bahru, Johor itu.

Sejak itu, pemuda yang baru mencecah 27 tahun itu tahu apa yang diingini dalam hidupnya. Dia memerlukan sebuah kamera, sepasang alat pencahayaan dan skrip.

"Sebagai seorang jurukamera sambilan di RTM, bapa selalu terlibat dalam kerja rakaman, penyuntingan visual dan menyusun gambar video. Saya pun terikut-ikut dengan ayah dan memilih kamera sebagai teman main ketika muda dahulu," ujar anak ketiga daripada tujuh beradik itu.

Ahmad Yazid mengakui guru pertama yang mendidiknya dalam bidang pembikinan filem berita, video korporat dan dokumentari ialah bapanya, Ahmad Puad Omar, 58. Peminat nombor satu Ahmad Yazid pula ialah ibunya, Rohana Sedek, 53.

Dapat kepercayaan

"Setiap kali saya menghabiskan pembikinan sesuatu dokumentari, itulah pengalaman yang paling manis. Ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," katanya. Namun di sebalik kenangan manis itu, Ahmad Yazid turut berkongsi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Katanya, ketika berumur 10 tahun, Yazid mendapat kepercayaan bapanya untuk menyunting sebuah video korporat. Demi kerja-kerja penyuntingan itu, Ahmad Yazid tidak pergi ke sekolah selama seminggu dan berjaya menyiapkan kerja-kerja tersebut. Bagaimanapun, memandangkan dia masih kanak-kanak, bapa Ahmad Yazid terpaksa mengaku bahawa video itu adalah hasil suntingan beliau.

Namun, dia tidak menyalahkan bapanya. Menurut Ahmad Yazid, dia juga pernah dihalang daripada memasuki bilik persidangan semasa bapanya menayangkan video tersebut.


AHMAD YAZID (dua dari kiri) di salah satu set penggambaran pembikinan dokumentari.


Ahmad Yazid bagaimanapun tidak mengehadkan kemahirannya membuat filem dokumentari sahaja, bahkan dia melibatkan diri dalam pelbagai pembikinan dokumentari yang lain.

Berbekalkan minat dan didikan bapanya, Ahmad Yazid akhirnya berjaya menjadi seorang pengarah. Namun, dunia arahan Ahmad Yazid agak berbeza. Ahmad Yazid ialah pengarah bersama beberapa dokumentari. Tiga daripada hasil kerjanya pernah ditayang di saluran berbayar Astro, Crime and Investigation Network (CIN) dan History Channel iaitu Mas Selamat: The Fugitive Terrorist, The Mamak Gang dan Al Maunah - The Malaysian Heist.

Dengan label dokumentari yang kukuh, Ahmad Yazid terus terdorong untuk menghasilkan dokumentari bertaraf antarabangsa. Kali ini, dokumentari terbaharunya melibatkan kes jenayah yang pernah menggemparkan negara tujuh tahun lalu iaitu kes pembunuhan Canny Ong.

Ahmad Yazid mengakui terpaksa duduk berjam-jam dan berhari-hari dalam menyiapkan dokumentari tersebut agar dapat memenuhi kehendak penonton.

Ahmad Yazid memulakan kerjaya dengan menerbitkan dokumentari mengenai pendidikan seks. Nasib menyebelahinya, apabila dokumentari tersebut menang dalam Festival Filem Bebas oleh Pusat Komuniti Masyarakat (KOMAS) dan dianugerahkan sebagai dokumentari terbaik Anugerah Video Muzik (VMA). Dengan kemenangan tersebut, Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi kepercayaan kepada Ahmad Yazid untuk menghasilkan dokumentari mereka.


SEBAHAGIAN daripada individu yang terlibat dalam dokumentari kes pembunuhan mendiang Canny. Dari kiri depan: Amidon, Abu Bakar, Lydia dan Geshina Ayu. Belakang kiri: Chris Armphrey, Ahmad Yazid dan Nevis.


Bersama seorang rakan, Lydia Lubon, 32, Ahmad Yazid membuka sebuah syarikat produksi sendiri iaitu Rack Focus Films.

Selepas terlibat dalam beberapa dokumentari, buat julung-julung kalinya mereka berpeluang membuat dokumentari untuk CIN pada tahun 2009.

Walaupun kes mendiang Canny mendapat perhatian secara meluas daripada pelbagai pihak, Ahmad Yazid mengakui laporan yang disiarkan kurang nilai-nilai kemanusiaan. Atas alasan itulah dia membuka semula fail itu.

Tafsiran orang ramai

"Selain meminati pasukan produksi CIN itu sendiri, dalam kes mendiang Canny, saya melihat orang ramai membuat pelbagai tafsiran sendiri.

"Melalui dokumentari ini, krew kami berpeluang mendedahkan perkara sebenar daripada individu yang terlibat," kata Ahmad Yazid merujuk kepada para pihak yang ditemuramah untuk dokumentari tersebut.

Mereka yang terlibat ialah ibu Canny Ong, Pearly Visvanathan Ong, 63, teman rapat Canny, Noreen Natasha, wartawan pertama yang tampil dengan berita itu, Fay Angela D'Cruz, pakar kriminologi dan psikologi, Dr. Geshina Ayu Mat Saat.


PEMBUNUHAN mendiang Canny mencatatkan sejarah paling pahit dalam hidup Pearly.


Selain itu, antara sumber-sumber yang memberi maklumat termasuklah Timbalan Pendakwa Raya Awam kes tersebut, Datuk Salehuddin Saidin, Timbalan Suprintenden Polis dan Ketua Unit Siasatan Jenayah kes itu, Amidon Adnan.

Turut terlibat ialah Ketua Bahagian Penyiasatan Jenayah ketika itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abu Bakar Mustafa, peguam bela pesalah, Ahmad Najib Aris, Rosal Azimin Ahmad, Ketua pasukan pertahanan pesalah, Muhammad Haniff Khatri Abdullah dan polis peronda ketika kejadian, Lans Koperal, S.Ravichandran.

"Kami ada menghubungi pesalah kes pembunuhan ini, Ahmad Najib. Dia bersetuju untuk berkongsi cerita untuk dokumentari ini tetapi kami tidak dibenarkan melakukan demikian atas dasar undang-undang oleh pihak penguatkuasa penjara."

"Saya percaya dokumentari ini telah diolah dan diceritakan kembali dengan memberi keutamaan kepada unsur-unsur kemanusiaan. Input daripada mereka yang terlibat juga memberi impak yang baik, sehinggakan saya sendiri dapat merasai apa yang dilalui oleh mendiang Canny," kata Ahmad Yazid ketika ditemui baru-baru ini.

Cabaran yang dihadapi sepanjang menyiapkan dokumentari ialah proses pembikinan yang memakan masa hampir satu tahun.

Menurut Ahmad Yazid, selain merujuk kepada undang-undang dan peraturan, dokumentari itu perlu berurusan dengan ibu mangsa, Pearly.

Dalam nada simpati, Ahmad Yazid berkata, krewnya beberapa kali menghubungi Pearly dan memujuk beliau untuk bekerjasama dalam pembikinan dokumentari itu.


DI lubang inilah mayat mendiang Canny ditemui oleh para penyiasat.


"Bukan itu sahaja, kami juga mahu membersihkan segala persepsi negatif yang dilemparkan masyarakat.

"Kami ingin menyedarkan masyarakat saat-saat genting yang dilalui oleh mendiang Canny."

Meskipun hanya berkelulusan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ahmad Yazid berjaya mengolah jalan cerita pembunuhan mendiang Canny secara naratif.

Turut bersama dalam pertemuan krew pembikin dokumentari itu ialah Penerbit Eksekutif AETN All Asia Networks (AAAN), Chris Humphery, penerbit Lydia Lubon serta pengarah bersama, pengarah seni dan penyelidik, Rob Nevis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Infiniti


Majalah di hujung jari

Posted:

Majalah di hujung jari

Majalah di hujung jari

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM

DALAM menuntut ilmu pengetahuan, ia tidak mengenal erti masa atau pun tempat asalkan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk menambah ilmu.

Dengan pelbagai medium bahan bacaan yang terdapat di pasaran hari ini, ia memudahkan lagi pembaca mengakses dan membuka pintu rahsia ilmu pengetahuan untuk dijadikan rujukan ataupun iktibar dalam kehidupan mereka.

Tidak terkecuali, majalah turut menjadi salah satu medium bacaan untuk dijadikan wadah hiburan, rujukan, memperoleh tip dan banyak lagi.

Bagaimanapun, tidak banyak kedai majalah membuka pintunya 24 jam kepada pembaca, sehingga menyebabkan pembaca terpaksa menunggu keesokan hari bagi mendapatkan hasil karya majalah kegemaran mereka.

Malah, bila dihimpunkan beberapa naskhah majalah yang tebal, akhirnya ia tidak sesuai lagi dijadikan peneman saat berjalan-jalan di luar.

Justeru itu, Netxpert Sdn. Bhd. membangunkan dua majalah alam maya melalui portal penerbitan wuuhuuonline.com dalam memberi kebebasan kepada penggemar bahan bacaan membaca pada bila-bila masa sahaja mengikut kesesuaian waktu mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Che Onn Ismail berkata, peranan majalah dalam kehidupan penggemar bahan bacaan hari ini semakin meningkat kerana ia lebih santai dan sarat dengan pelbagai segmen dalam memenuhi kehendak mereka.

"Sebagai langkah permulaan, kita telah menerbitkan dua majalah alam maya iaitu Femag dan Entertainment and Fashion (ENF) untuk ditawarkan kepada pembaca terutamanya golongan wanita serta penggemar hiburan.

"Dengan penerbitan dua majalah ini, kita memberikan platform terbaik kepada pembaca untuk menikmati dan membaca majalah di mana-mana sahaja asalkan mempunyai capaian Internet," katanya kepada Kosmo!.

Teknologi Flip Book

Dalam memberi pengalaman bak majalah fizikal yang terdapat di pasaran kepada pembaca, Che Onn berkata, majalah-majalah tersebut telah dibangunkan menggunakan teknologi Flip Book.


MAJALAH online kini semakin mendapat tempat di hati pengguna terutama dengan kelahiran gajet tablet.


"Penggunaan teknologi Flip Book ini membenarkan pembaca merasai pengalaman seolah-olah mereka sedang membaca bahan penerbitan yang dicetak seperti dijual di pasaran hari ini.

"Halaman paparan elektronik yang dapat dilihat di muka skrin pula kelihatan seperti majalah fizikal malah, boleh diselak atau pun dengan menekan butang penunjuk animasi. Ia dibangunkan oleh perisian Adobe Flash dalam memudahkan lagi pembaca," ujarnya lagi.

Dia menambah, pengenalan teknologi tersebut juga dapat memudahkan lagi pengguna dalam memilih muka surat yang ingin dibaca mereka dengan lebih pantas.

"Selain daripada itu, majalah alam maya ini dapat membantu pembaca majalah untuk memperoleh bahan bacaan di hujung jari mereka tanpa perlu memikul majalah kegemaran yang mempunyai puluhan helaian.

"Mereka juga tidak perlu bimbang mengenai ruang menyimpan majalah kerana hanya perlu melawati laman web wuuhuuonline.com dan mendapatkan semua isu majalah yang telah diterbitkan sebelum ini," ujarnya lagi.

Pembaca boleh menggunakan pelbagai platform seperti komputer riba, komputer peribadi, tablet mahupun telefon pintar dalam merasai pengalaman baharu membaca majalah-majalah tersebut.

Secara tidak langsung, Che Onn memberitahu, pengenalan majalah digital berkenaan dapat membantu memulihara alam sekitar kerana tidak menggunakan kertas dan bahan kimia.

"Mungkin sumbangan yang dilakukan ini agak kecil tetapi, berharap ia dapat membantu mengurangkan pemanasan global yang melanda dunia hari ini.


FAIZAL berbincang dengan petugas grafik yang menyiapkan majalah online ENF.


"Dalam pada itu, pembaca juga dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan dalam menikmati wadah bacaan alam maya ini apabila ia ditawarkan secara percuma," katanya lagi.

Che Onn menambah, dia juga bercadang memperkenalkan hiperpautan pada halaman majalah berkenaan bagi memudahkan pembaca melawat terus laman web produk, artis dan sebagainya.

"Sehingga kini, majalah-majalah berkenaan telah diakses sebanyak 84 negara seluruh dunia. Ini menunjukkan wadah bacaan bahasa Melayu boleh diterima kerana banyak rakyat negara ini dan serantau berada di luar negara," katanya.

Majalah ENF dan Femag

Sementara itu, Pengarang ENF, Faizal Harun memberitahu, pengenalan majalah alam maya tersebut tidak membataskan pengkarya dalam mengetengahkan idea mereka.

"Sebagai contoh, berbanding majalah fizikal kita mempunyai halaman terhad yang boleh diisi tetapi, apabila menggunakan teknologi ini ia lebih bebas. Ia sekaligus dapat memenuhi permintaan pembaca yang mempunyai pelbagai cita rasa terhadap bahan bacaan mereka," katanya.

Faizal menambah, keluaran pertama majalah ENF yang mempunyai konsep mengenai dunia hiburan dan gaya hidup telah dilakukan pada awal November lalu.

Katanya lagi, ia dibangunkan untuk memberi penghargaan kepada penyanyi, pelakon, pemuzik, petugas belakang tabir dan banyak lagi yang terlibat dalam industri hiburan tanah air.

"Antara kelainan yang dapat dilihat dalam majalah ini adalah segmen On Stage. Kita cuba memberi gambaran kepada pembaca mengenai kostum yang dipadan pelakon atau penyanyi apabila mereka melakonkan filem dan teater.


CHE ONN (tengah) bersama tenaga kerja majalah alam maya yang diterbitkan oleh wuuhuuonline.com.


"Dalam pada itu, imej-imej pegun yang terdapat dalam majalah ini juga dirakam jurugambar profesional untuk meninggalkan kesan kepada pembaca," katanya lagi.

Menyentuh mengenai majalah Femag pula, Che Onn berkata, ia merupakan 'hadiah' kepada golongan wanita.

Katanya, majalah tersebut sarat dengan pelbagai maklumat dan artikel mengenai golongan Hawa itu.

Dia berharap dapat memeriahkan lagi industri penerbitan digital di negara ini dengan 'kelahiran' majalah-majalah tersebut.

Katanya, ia juga diharap dapat meningkatkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat negara ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Selamatkan orang utan untuk masa depan

Posted:

Selamatkan orang utan untuk masa depan

Selamatkan orang utan untuk masa depan

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


PULAU Orang Utan memberi pendedahan mengenai kehidupan primat berkenaan kepada orang ramai.


SEAWAL pukul 7 pagi, riak wajah ceria terpancar pada peserta-peserta program jalan kaki amal Walk With Us - Save The Orang Utans yang berkumpul di hadapan Menara Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Selangor.

Sedondon memadankan baju-t berwarna putih dengan lambang Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YOU), mereka kelihatan cukup bersemangat untuk menyumbang sedikit keringat membantu survival orang utan di negara ini.

Program anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan MK Land Holdings serta Kumpulan Emkay bertujuan mengutip dana YOU berjaya mengumpulkan kira-kira 500 peserta dalam bersama-sama memulihara primat yang pernah menjadi maskot Sukan Komanwel 1998 itu.

Peserta-peserta telah berjalan sejauh 3.9 kilometer (km) sekitar Damansara Perdana dengan membawa pelbagai sepanduk mengenai kepentingan menyelamatkan orang utan.

Ia turut disertai Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang juga pencetus idea program berkenaan.

Ahli Lembaga Pengarah YOU, Prof. Emeritus Datuk Abdul Latiff Mohamad berkata, program berkenaan merupakan salah satu medium dalam memberi pendedahan kepada masyarakat umum mengenai kepentingan memulihara orang utan.

"Satu ketika dahulu, jumlah orang utan di hutan negara ini tidak membimbangkan tetapi, pelbagai perubahan bumi termasuk dari segi landskap, masalah kesihatan, haiwan pemangsa dan lain-lain menyumbang kepada pengurangan populasi primat ini.

"Justeru, kita berharap dengan usaha memulihara orang utan di Pulau Orang Utan ia dapat meningkatkan populasi dan memanjangkan lagi jangka hayatnya untuk generasi masa hadapan," katanya pada pemberita selepas program jalan kaki amal Walk With Us - Save The Orang Utans.


KIRA-KIRA 500 peserta menyertai program jalan kaki amal Walk With Us - Save The Orang Utans.


Dalam pada itu, beliau menambah, program berkenaan turut diadakan bagi mengutip dana YOU bertujuan untuk membiayai kos pembiakan, pemulihan, pendidikan dan penyelidikan orang utan.

Setakat ini, Abdul Latiff yang merupakan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memberitahu, terdapat 27 ekor orang utan di Pulau Orang Utan untuk memulihara primat berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort, Dr. D. Sabapathy berkata, daripada 27 ekor orang utan tersebut sebanyak 17 daripadanya lahir di pulau berkenaan.

"Kesemua 17 orang utan yang lahir di pulau berkenaan terdiri daripada lapan betina dan sembilan ekor jantan," ujarnya.

Berbakti

Sementara itu, seorang peserta, Yeoh Hong Leng, 24, berkata, dia sangat seronok apabila menyertai program jalan amal berkenaan kerana dapat membantu menyumbang kepada pembangunan dan survival orang utan.

"Orang utan merupakan antara primat ikon yang dikenali bukan sahaja di dalam negara ini tetapi, sehingga seluruh dunia.

"Justeru itu, ia adalah sesuatu yang baik apabila dapat bersama-sama berbakti dalam memastikan orang utan dapat terus hidup untuk generasi akan datang," katanya yang kerap menyertai aktiviti amal.

Norazlin Ibrahim, 29, yang cukup ceria apabila menyertai program berkenaan memberitahu, ia merupakan usaha murni bagi mengumpul dana agar orang utan dapat melalui kehidupan lebih sempurna.


ANAK orang utan dijaga dengan rapi di Pulau Orang Utan untuk memastikan survival primat itu.


"Dengan adanya aktiviti sebegini, kita dapat mengenali kehidupan orang utan dengan lebih rapat apabila terdapat pameran-pameran disediakan untuk menambah pengetahuan.

"Selain dapat beramal menyumbang kepada orang utan, kita juga dapat menyihatkan tubuh badan apabila berjalan sejauh 3.9 kilometer," katanya penuh semangat.

Salah seorang peserta muda yang berjaya menghabiskan jalan amal berkenaan, Mohamad Yasir Mohamed Nasir, 7, menambah, dia sangat seronok dapat bersenam pada waktu pagi.

"Bukan selalu dapat bersenam sambil menyebarkan kesedaran menyelamatkan orang utan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kamkoder mampu milik

Posted:

Kamkoder mampu milik

Kamkoder mampu milik

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM


KERANGKA kompak dan ringan memudahkan kendalian pengguna.


BINGKISAN kehidupan yang dilalui sepanjang hayat tentu sekali menjadi lebih bermakna apabila dapat diputar semula untuk dijadikan kenangan terindah.

Apatah lagi, apabila satu persatu bingkai kehidupan tersebut dapat dirakam dan dimainkan semula bak filem pendek arahan sendiri untuk dijadikan tontonan pada masa hadapan.

Pengenalan kamkoder yang dilengkapi pengesan CMOS dengan rakaman progresif untuk menghasilkan video berkualiti dan mudah dikendalikan, amat sesuai digunakan oleh penggemar peranti berteknologi tinggi.

Model terbaharu, Samsung SMX-F700 yang mempunyai resolusi sehingga lima megapiksel dan filter warna utama mampu menghasilkan video dengan warna lebih tepat dan semula jadi.

Dengan teknologi terkini, kamkoder tersebut boleh merakam video pada kadar 30 atau 25 bingkai per saat sekali gus memberikan kepuasan kepada pengguna.

Dalam pada itu, pengesan CMOS yang terdapat pada kamkoder itu turut memberikan perlindungan pencahayaan apabila merakam subjek terang seperti cahaya ataupun matahari.

Bagi yang tidak yakin ataupun bimbang rakaman video akan menjadi kabur, mereka tidak perlu khuatir kerana teknologi penstabilan imej Hyper Digital dapat membantu memberi rakaman lebih sempurna.


PAPARAN skrin yang luas dapat memberi kepuasan terutamanya ketika merakam video. SPESIFIKASI SAMSUNG SMX-F700 HARGA: RM699 PAPARAN SKRIN: 69 sentimeter BERAT: 220 gram DIMENSI: 5.39 x 5.64 x 11.9 sentimeter WARNA: Hitam dan perak


Samsung SMX-F700 didatangkan bersama lensa Schneider Kreuznach yang mempunyai optikal zum 52x dapat memastikan video dirakam dengan lebih terperinci walaupun ketika sedang fokus pada subjek jarak jauh.

Pengendalian kamkoder lebih mudah apabila ciri pintar Smart Auto membolehkan pemilihan mod rakaman dilakukan secara automatik bergantung kepada keadaan cahaya dan subjek.

Peranti yang hanya mempunyai berat mencecah 220 gram dan kerangka kompak membenarkan pengguna membawa ia ke mana-mana sahaja malah boleh merakam imej pegun berkualiti tinggi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kamkoder Samsung SMX-F700 yang dijual pada harga RM699, laman web www.samsung.com boleh dilayari untuk rujukan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Komuniti Kita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Komuniti Kita


50 remaja perempuan sertai bengkel baligh

Posted:

50 remaja perempuan sertai bengkel baligh

50 remaja perempuan sertai bengkel baligh

SEBAHAGIAN daripada peserta dan petugas bengkel bergambar di pekarangan Surau Al-Hijrah, DPP Fasa 1, Kajang baru-baru ini.


MOTIVASI. Kira-kira 50 remaja perempuan berumur di antara 10 hingga 18 tahun menyertai Bengkel Baligh Siri ke-2 di kelas KAFA, Surau Al-Hijrah, Desa Pinggiran Putra (DPP) Fasa 1, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Pengerusi Muslimat Al-Hijrah, Hanani Saman berkata, bengkel tersebut merupakan siri kedua program pengukuhan ilmu anjuran Biro Kemahiran surau terbabit bertemakan 'Puteri Islam Menuju Kematangan Hidup.'

"Antara objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kesedaran golongan remaja perempuan terhadap isu-isu semasa seperti gejala sosial dan keruntuhan akhlak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Latihan menyelamat tingkat kemahiran anggota JPAM

Posted:

Latihan menyelamat tingkat kemahiran anggota JPAM

Latihan menyelamat tingkat kemahiran anggota JPAM


ANGGOTA JPAM Perlis bergambar selepas menyertai latihan menyelamat dalam air di Sungai Seriab, Kangar baru-baru ini.


LATIHAN. Kira-kira 150 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Perlis mengadakan latihan menyelamat dalam air yang diadakan di Sungai Seriab, Kangar baru-baru ini.

Latihan itu bagi memberi kemahiran kepada anggota berkenaan mengenai aspek menyelamat di dalam air bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri berkenaan.

Pengarah JPAM Perlis, Mejar (PA) Ishak Mohd. Radzi berkata, pihaknya mempergiatkan latihan kemahiran kepada anggotanya yang akan diadakan pada setiap hujung minggu bagi memastikan mereka sentiasa bersedia.

"Antara latihan yang dijalankan ialah menyelamat, mengesan mangsa pada waktu malam dan operasi dalam hutan dan banyak lagi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pusrawi anjur majlis cukur jambul untuk 15 bayi

Posted:

Pusrawi anjur majlis cukur jambul untuk 15 bayi

Pusrawi anjur majlis cukur jambul untuk 15 bayi


IBU BAPA mendukung bayi masing-masing pada Majlis Cukur Jambul di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur baru-baru ini.


MERIAH. Sempena sambutan Maal Hijrah 1433, Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Cukur Jambul melibatkan 15 orang bayi yang dilahirkan di hospital itu baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam dan Korporat Pusrawi, Mohd. Razmy Azis berkata, majlis itu adalah tanda penghargaan daripada pihak hospital kepada keluarga yang memilih Hospital Pusrawi sebagai tempat bersalin di samping menyambut sambutan Maal Hijrah.

"Kesemua bayi yang terlibat dilahirkan di hospital ini dalam minggu Maal Hijrah dan majlis ini adalah sebagai penghargaan buat mereka dan keluarga.

"Perbelanjaan bagi majlis ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak Pusrawi di mana setiap bayi yang terlibat akan diberi hadiah set kelengkapan bayi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Kastam rampas gading gajah Kenya ke Kemboja

Posted:

Kastam rampas gading gajah Kenya ke Kemboja

Kastam rampas gading gajah Kenya ke Kemboja

Oleh SHAH NIZAM OMAR
Shahnizam.omar@kosmo.com.my

AZIS (kanan) menunjukkan gading gajah yang dirampas di Wisma Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya mematahkan cubaan satu sindiket menyeludup 19 tan gading gajah bernilai RM4 juta dari Kenya melalui Pelabuhan Barat di sini semalam.

Rampasan itu dilakukan selepas Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor mendapat maklumat mengenai kegiatan sindiket terbabit yang mengisytiharkan sebuah kontena sebagai barangan kraf tangan.

Hasil pemeriksaan terhadap kontena itu mendapati, barangan kraf tangan yang diperbuat daripada gading gajah ditemui pada bahagian depan namun pada bahagian belakangnya disumbat dengan sejumlah gading gajah seberat 19 tan di dalam 50 kotak.

Pengarah KDRM Selangor, Datuk Azis Yacub berkata, siasatan mendapati kontena berukuran 6.1 meter persegi itu dari Pelabuhan Mombasa, Kenya dan tiba di Pelabuhan Barat di sini pada 8 Disember lalu kira-kira pukul 11 pagi sebelum diseludup ke Kemboja.

Menurutnya, Malaysia disyaki menjadi transit bagi kegiatan penyeludupan gading gajah tersebut bagi membolehkan muatan gading itu ditukar ke kapal lain bagi mengaburi pihak berkuasa Kemboja.

"Sindiket ini juga didapati cuba memperdayakan pihak berkuasa dengan meletakkan barangan kraf tangan di bahagian depan tetapi menyembunyikan gading gajah yang asli di bahagian belakang kontena," katanya di sini semalam.

Azis memberitahu, berdasarkan siasatan awal, rampasan yang dilakukan kali ini ada kaitan dengan sindiket yang sama menyeludup gading gajah pada awal September lalu berdasarkan modus operandi yang digunakan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Fizo Omar takut diisytihar muflis

Posted:

Fizo Omar takut diisytihar muflis

Fizo Omar takut diisytihar muflis

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


FIZO (kanan) bertarung dengan Shaheizy Sam dalam filem Kongsi lakonannya.


KUALA LUMPUR - Tiada apa yang lebih menakutkan bagi seseorang yang gagal melunaskan pinjaman bank melainkan diisytiharkan muflis atau bankrap.

Itulah masalah berat pelakon popular, Wan Hafizol Wan Omar atau terkenal dengan nama glamornya, Fizo Omar apabila sebuah bank kini memburunya kerana dikatakan gagal melunaskan pinjaman sebanyak RM2 juta.

Namun yang lebih mendukacitakan pelakon berusia 26 tahun itu adalah apabila dia mendakwa, namanya telah disalahgunakan sebagai penjamin bagi pinjaman tersebut tanpa pengetahuannya.

"Saya telah mendapat panggilan daripada pihak bank tahun lalu bahawa surat peringatan untuk menjelaskan pinjaman telah diserahkan kepada syarikat.

"Saya benar-benar tertekan kerana ia boleh menjejaskan kerjaya sekiranya saya diisytiharkan muflis jika gagal membuat pembayaran," ceritanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di sini semalam.

Menceritakan lebih lanjut tentang masalah tersebut, pelakon filem Kongsi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008.

Berikutan itu, katanya, dia dilantik sebagai pengarah urusan dan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat tersebut.

Bagaimanapun penglibatan Fizo bersama syarikat tersebut yang beroperasi di Damansara di sini tidak kekal lama apabila dia menarik diri beberapa bulan kemudian.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tuanku Abdul Halim lafaz sumpah

Posted:

Tuanku Abdul Halim lafaz sumpah

Tuanku Abdul Halim lafaz sumpah


TUANKU Abdul Halim menandatangani surat sumpah pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 ketika Istiadat Khas Mesyuarat Raja-Raja ke-227 sambil diperhatikan Najib (kiri) di Istana Negara, Jalan Duta semalam.


KUALA LUMPUR - Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini semalam.

Ia merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-226 (Khas) di Istana Negara pada 14 Oktober lepas untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 kelmarin.

Istiadat semalam merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar yang mula beroperasi pada 15 November lepas.

Upacara bermula pada pukul 11.15 pagi dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-227 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka di Balairong Seri.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu dipengerusikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudian menyembah surat sumpah jawatan kepada Tuanku Abdul Halim yang memakai pakaian Diraja Kedah yang dikenali sebagai "Sikap" yang terdiri daripada jaket pendek, berbelah di hadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tengkolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris.

Baginda kemudian melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan itu di hadapan Majlis Raja-Raja.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Sukan


‘Tutup mulut’

Posted:

'Tutup mulut'

'Tutup mulut'

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) mahu pihak yang mempertikai keputusan Singapura menyenaraikan pemain melebihi usia 23 tahun bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan supaya 'menutup mulut'.

"Kita (skuad Harimau Muda) juga dibenarkan melakukan perkara yang sama (mendaftarkan pemain berusia lebih 23 tahun) bagi mengharungi Liga Singapura (Liga S) musim depan.

"Ia sudah termaktub dalam perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini, jadi sesiapa yang tidak mengetahui perkara itu, eloklah duduk diam daripada mempertikaikan itu dan ini."

Isu itu mula diperdebatkan pemerhati bola sepak tempatan yang jelas 'tidak senang' dengan tindakan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain melebihi usia 23 tahun bagi mewakili skuad Lion XII FC pada kempen Liga M musim depan.

"KITA (Harimau Muda) juga dibenarkan melakukan perkara yang sama (mendaftarkan pemain berusia lebih 23 tahun) bagi mengharungi Liga Singapura (Liga S) pada musim depan.

"Ia sudah termaktub dalam perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sebelum ini, jadi sesiapa yang tidak mengetahui perkara itu, eloklah duduk diam daripada mempertikaikan itu dan ini."

Demikian tegas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) yang jelas mahu segelintir pihak yang mempertikaikan keputusan pasukan jiran, Singapura menyenaraikan pemain melebihi usia 23 tahun bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan supaya 'menutup mulut'.

Isu itu mula diperdebatkan pemerhati bola sepak tempatan yang jelas 'tidak senang' dengan tindakan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain termasuk kapten, Shahril Ishak yang berusia 28 tahun bagi mengharungi Liga M musim depan.

Tindakan itu seolah-olah 'dimungkiri' oleh FAS sedangkan MoU itu pada mulanya difahamkan telah dilaksanakan kedua-dua pihak bagi membantu memartabatkan sukan bola sepak kedua-dua negara.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, pihaknya tidak mengikuti jejak langkah Singapura menyenaraikan pemain yang melebihi usia 23 tahun kerana yakin pengalaman beraksi dalam Liga S nanti merupakan antara medan terbaik bagi menggilap bakat-bakat muda.

"FAM juga menerima tunjuk sebab yang diberikan oleh Singapura (untuk menyenaraikan pemain melebihi 23 tahun) bagi menghadapi Liga M musim depan memandangkan mereka tidak memiliki skuad Piala Presiden, selain arahan kerajaan mereka yang mewajibkan belia di sana supaya mengikuti Latihan Khidmat Negara.

"Mereka langsung tidak diberikan pengecualian waima jika dapat mewakili negara itu di Piala Dunia sekalipun, jadi takkan kita hendak halang.

"Malah, FAS juga mematuhi syarat kami (FAM) yang tidak membenarkan mereka menggunakan khidmat pemain import seperti mana pasukan-pasukan lain dalam saingan Liga M pada musim depan," katanya kepada pemberita selepas majlis undian Liga M 2012 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam.

Hamidin berkata, antara kandungan MoU itu sebelum ini termasuklah mengadakan perlawanan persahabatan antara kedua- dua pasukan kebangsaan yang dijangka diadakan Jun tahun depan, selain pertukaran pengadil dari kedua-dua negara.

"Ini adalah demi kemajuan bola sepak negara kita serta memelihara hubungan baik antara kedua- dua negara, sekali gus menyaksikan kehadiran semula Singapura dalam saingan bola sepak tempatan sejak 17 tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Hamidin mengakui tidak mempunyai masalah dengan keputusan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang mahu kekal berlatih di Wisma FAM, Kelana Jaya sepanjang mengharungi Liga S yang akan bermula Februari tahun depan.

"Jika ia tidak sesuai termasuk faktor kos dan keletihan pemain, keputusan itu akan dinilai semula, sama juga seperti mana MoU ini yang akan dinilai semula keberkesanannya pada 2013 nanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perak halangan sulung ATM

Posted:

Perak halangan sulung ATM

Perak halangan sulung ATM

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


HAMIDIN (kiri) dan Subahan melakukan cabutan pada majlis undian Piala FA di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam.


PASUKAN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima dugaan pertama apabila menerima undian sukar sepanjang saingan Piala FA musim depan.

Pada majlis undian Liga Malaysia (Liga M) 2012 yang diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam semalam, ATM yang dibimbing bekas jurulatih Kelantan, B. Sathianathan bakal berdepan juara Piala FA 2004, Perak seawal pusingan pertama pada 18 Februari depan.

Jika berjaya melepasi cabaran Seladang, ATM masih belum boleh menarik nafas lega, lantaran juara Piala FA musim, Terengganu dijangka menunggu mereka di pusingan kedua memandangkan Sang Penyu dilihat tidak berdepan masalah memadam cabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pusingan pertama.

Paling menarik, dugaan ATM juga tidak berhenti di situ kerana pasukan negara jiran, Lion XII FC berpeluang cerah menanti mereka di suku akhir apabila sekadar diundi menentang UiTM FC pada pusingan pertama, selain diramal tidak berdepan masalah membenam pemenang antara Betaria FC dan Melaka pada pusingan kedua.

Begitupun, Sathianathan tidak mudah melatah, tambahan pula beliau kini memiliki nama-nama besar termasuk Hairuddin Omar (Hai-O), Marlon Alex James, Irwan Fadhli Idrus dan dua tonggak kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak.

"Bagi saya, peluang kesemua pasukan masih sama rata meskipun kami dilihat kuat di atas kertas.

"Biarpun ramai peminat yang menaruh harapan yang tinggi kepada ATM, sasaran utama kami hanyalah mahu layak ke Liga Super bagi musim 2013 dan kejayaan-kejayaan lain saya cuma sifatkan sebagai satu bonus," katanya.

Nada berbeza pula disuarakan pengendali baharu Terengganu, Mat Zan Mat Aris yang optimis pasukannya mampu menjulang skurang-kurangnya tiga piala pada musim ini.

"Meskipun diundi dalam laluan yang sama dengan ATM dan Lions XII, saya tetap menaruh keyakinan terhadap kesemua pemain saya, itu yang lebih mustahak," katanya.

Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan juga berdepan tugas getir apabila bakal berdepan Johor FC yang mendapat sentuhan bekas jurulatih Selangor, K. Devan pada pusingan pertama.

Jika menang, mereka bakal membuat perhitungan dengan semifinalis musim lalu, Selangor yang turut dilihat tidak berdepan masalah menewaskan pasukan berstatus kelab, Shahzan Muda di pusingan pertama.

"Bagi saya peluang masih 50-50, ia memang tugas yang cukup berat, terutamanya kehilangan sebahagian besar pemain yang mengambil keputusan untuk berhijrah.

"Saya fokus satu persatu terlebih dahulu, bila menang dengan Johor FC, baru saya fikirkan mengenai Selangor," kata pengendali skuad Rusa, Azraai Khor Abdullah.

Finalis Piala FA dan juga juara Liga Super musim lalu, Kelantan begitupun dijangka tidak berdepan masalah untuk sekurang-kurangnya layak ke suku akhir apabila mendapat undian mudah menentang Sarawak di pusingan pertama sebelum menanti pemenang antara Kuala Lumpur dan MP Muar di pusingan kedua.

Pusingan kedua Piala FA 2012 bakal dilangsungkan pada 10 Mac tahun depan, manakala aksi suku akhir bakal diadakan pada 24 dan 27 Mac.

Saingan separuh akhir pula akan dilangsungkan pada 21 April dan 1 Mei depan, manakala aksi final bakal berlangsung pada 19 Mei.

Full content generated by Get Full RSS.

KOAM mahu 'mengadap' menteri

Posted:

KOAM mahu 'mengadap' menteri

KOAM mahu 'mengadap' menteri


SHAHIDAN (kanan) mahu mengatasi segera masalah dalaman yang dihadapi KOAM ketika ini.


KESATUAN Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum akhir tahun ini bagi menyelesaikan segala kemelut berkaitan badan induk olahraga itu.

Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pertemuan tersebut juga akan dihadiri oleh Ahli Majlis KOAM dan wakil Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).

"Segala isu yang berkaitan, sama ada berkaitan kesatuan, atlet atau hubungan antara KOAM dengan MSN atau ISN, akan diperjelaskan secara terperinci pada pertemuan tersebut," kata Shahidan di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, sekiranya masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan KOAM sekarang, mereka boleh mengubahnya pada pemilihan di mesyuarat agung tahunan (AGM) kesatuan tersebut yang dijadualkan berlangsung Februari tahun depan.

Mengenai kemelut dalaman terbaharu selepas Pengurus Besar KOAM, Dr. Iskandar Abdullah mendakwa dipaksa meletak jawatan oleh Timbalan Presiden KOAM, Karim Ibrahim, Shahidan berkata: "Tiada sesiapa dalam KOAM yang memaksa Dr. Iskandar untuk berhenti.

"Dr. Iskandar sebenarnya hanyalah Penolong Pengurus Besar. Beliau hanya dijanjikan menjadi pengurus besar selepas penyandang jawatan sekarang, M. Latchumanan meletak jawatan pada penghujung tahun ini disebabkan masalah keluarga.

"Jadi, bagaimana Dr. Iskandar mendakwa KOAM mempunyai dua pengurus besar sehingga menyukarkannya menjalankan tugas sedangkan beliau hanyalah penolong pengurus?" soal Shahidan.

Shahidan juga mendakwa Dr. Iskandar tidak menjalankan tugasnya selama 30 hari bermula 3 Oktober lalu dan hanya menyerahkan surat peletakan jawatan pada minggu lepas dengan surat tulisan tangan.

Kelmarin, Dr. Iskandar mendakwa beliau dipaksa oleh Karim meletak jawatan sebagai Pengurus Besar KOAM selepas tiga bulan bertugas.

Mengenai jawatan Pengurus Besar KOAM yang akan kosong pada Januari depan selepas peletakan jawatan Latchumanan, Shahidan berkata, beliau sendiri akan mengendalikan sesi temu duga jawatan tersebut dalam masa terdekat.

"Sesiapa yang layak boleh memohon, termasuk Dr. Iskandar," katanya.

- Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Varia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Varia


Hari untuk haiwan kesayangan

Posted:

Hari untuk haiwan kesayangan

Hari untuk haiwan kesayangan

SEEKOR anjing didandan bersih sempena sambutan menghargai haiwan peliharaan di Desa park City, Kuala Lumpur.


HUJAN turun dengan lebat ketika Pertubuhan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor dan kedai haiwan kesayangan, PetsMore menganjurkan acara Celebrate Your Love for Animals di Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Namun, hujan yang mencurah-curah itu tidak sedikitpun mematahkan semangat pencinta haiwan untuk menjayakan acara pada hari tersebut bersama haiwan kesayangan masing-masing.

Dianjurkan sempena Hari Haiwan Sedunia, ia menyaksikan orang ramai dari segenap lapisan masyarakat teruja membawa bersama haiwan peliharaan mereka.

Pelbagai aktiviti khusus untuk haiwan peliharaan telah diaturkan termasuk kelas latihan anjing oleh Dog Gone Good, acara jalan kaki untuk amal di sekitar taman dan pertunjukan menari dengan anjing yang dianjurkan organisasi yang melatih anjing, Pet and You.

Aksi-aksi lucu seperti anjing cuba untuk melakukan Moonwalk dan 'pertarungan' merebut Frisbee antara dua ekor anjing membuatkan ramai terhibur.

Pejuang kebajikan haiwan, Thanuja Ananthan (Miss World Malaysia 2009) menjalankan tugasnya selaku juruacara pada hari itu selain turut menyertai acara jalan kaki untuk amal bersama seekor anjing dari pusat perlindungan SPCA.

Rakan-rakannya dan wakil-wakil organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dengan kebajikan haiwan turut memeriahkan sambutan itu dengan aktiviti mereka sendiri.

SPCA menggunakan kesempatan itu untuk menyampaikan anugerah kepada beberapa pejuang kebajikan haiwan.

Antara yang menerima anugerah-anugerah tersebut ialah Kumpulan Penyelamat Terbaik (dimenangi oleh kumpulan Kucing Terbiar Dan Anjing Jalanan- KTAJ).

Anugerah SPCA 2011 untuk Sokongan Dalam Pendidikan Kemanusiaan Mengenai Kebajikan Binatang dimenangi oleh syarikat perbankan HSBC, manakala Anugerah SPCA 2011 untuk Kumpulan Sukarelawan Sekolah Paling Aktif Memberi Sokongan dimenangi Sekolah Antarabangsa Kula Lumpur.

Acara kemuncak ialah penyampaian Anugerah Juara Haiwan Peliharaan Kesayangan yang dimenangi oleh Coco, seekor anjing comel kerana menyelamatkan keluarga seramai tujuh orang daripada kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di George Town, Pulau Pinang dalam sebuah tragedi Ogos lalu.

Menurut Pengerusi SPCA Selangor, Christine Chin, pihaknya akan meneruskan dedikasi untuk melindungi haiwan.

"Kami percaya haiwan perlu mendapat sekurang-kurangnya lima kebebasan mereka, termasuk kebebasan daripada kelaparan dan dahaga," katanya. - NURUL IZZA ROSLY

Full content generated by Get Full RSS.

Bersenam jauhkan osteoporosis

Posted:

Bersenam jauhkan osteoporosis

Bersenam jauhkan osteoporosis


SELAIN pengambilan kalsium dan bersenam, pemeriksaan kekuatan tulang juga perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan tulang sentiasa sihat.


SETIAP hari, sebanyak 74 peratus daripada keseluruhan rakyat Malaysia akan menghabiskan masa duduk bermula dengan menaiki kereta ke pejabat, duduk bekerja dan di rumah ketika menonton televisyen.

Gaya hidup yang dikenali sebagai sedentari itu terkenal di negara-negara maju dan kini sudah mula merebak ke negara-negara membangun seperti Malaysia. Tahukah anda bahawa gaya hidup tidak sihat itu boleh menyebabkan obesiti, diabetes dan osteoporosis?

Osteoporosis adalah sejenis penyakit yang dipanggil pembunuh senyap kerana penghidapnya tidak akan dapat melihat kesan serta-merta tetapi, ia akan berlaku dalam satu tempoh masa.

Ia berlaku apabila tulang yang mengalami proses penguraian tidak sempat membentuk semula tulang kerana kurang penyerapan kalsium.

Menurut Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Gleneagles Intan Kuala Lumpur, Dr. Chin Chee Howe, selain faktor semula jadi, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan osteoporosis.

"Merokok, kurang mengambil makanan berkhasiat selain gaya hidup sedentari adalah faktor-faktor yang boleh menyebabkan osteporosis berlaku pada individu yang tiada sejarah penyakit tersebut," katanya dalam sebuah bengkel anjuran Fonterra Brands iaitu pengeluar susu Anlene di Bangsar, Kuala Lumpur.

Dalam bengkel tersebut, Chee Howe turut berkongsi cara untuk mengelakkan kehilangan jisim tulang iaitu dengan mengamalkan diet yang seimbang dan gaya hidup yang sihat.

"Kita perlu bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan yang sihat dan memastikan kita mendapat keperluan kalsium yang mencukupi," terangnya.

Terangnya, dengan berjalan selama 30 minit sehari dapat membantu tulang mengurai dan membentuk semula. Mengambil susu berkalsium tinggi atau pelbagai produk tenusu adalah cara paling mudah.

Dinasihatkan supaya setiap individu mengambil dua gelas susu setiap hari yang mempunyai sukatan empat skop susu bagi setiap 100 milimeter air.

Pada bahagian akhir bengkel tersebut, para hadirin turut membuat pemeriksaan kekuatan tulang secara percuma dan mendapat nasihat untuk memastikan tulang sentiasa sihat. - ADLAN JAAFAR

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online - Dunia

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Dunia


Rakaman tragedi pengeboman menyayat hati

Posted:

Rakaman tragedi pengeboman menyayat hati

Rakaman tragedi pengeboman menyayat hati

IMEJ menunjukkan Tarana menjerit ketakutan sambil dikelilingi mayat-mayat yang bergelimpangan selepas satu serangan bom berani mati di Kabul.


KABUL - Sorang jurugambar agensi berita AFP di Kabul, Afghanistan, Massoud Hossaini berjaya merakam imej-imej betapa dahsyatnya keganasan antara fahaman mazhab di Afghanistan pada 6 Disember lalu apabila seorang pengebom berani mati menyerang sekumpulan penganut Syiah.

Imej tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Tarana Akbari yang memakai jubah berwana hijau terang menjerit kerana terkejut dan dikelilingi oleh sanak-saudaranya yang terbunuh serta cedera.

"Tiba-tiba berlaku letupan. Rasanya seperti dunia sudah terbalik dan semua dinding menimpa saya. Apabila bangun, saya nampak semua orang di sekeliling saya terbaring di tanah dan berdarah. Saya sangat takut," cerita Tarana yang seminggu lalu keluarganya bersedih berikutan kematian saudara mereka.

Gambar yang memaparkan jubah Tarana dipenuhi darah telah menjadi hiasan muka depan akhbar-akhbar di seluruh dunia. Ia turut menggambarkan keganasan di Afghanistan dan masa depannya yang tidak menentu.

Ketika kejadian, Hossaini berada hanya beberapa meter daripada lokasi pengeboman yang membunuh sekurang-kurangnya 70 orang mangsa. Hossaini memberitahu, dia hanya melihat-lihat kameranya ketika letupan berlaku.

"Apabila asap sudah hilang, saya dapati saya berdiri di tengah-tengah mayat yang bergelimpangan.

"Saya berdiri tepat di mana pengebom berani mati berada sebelum itu.

"Saya toleh ke kanan, nampak Tarana dan merakam gambarnya. Sebaik sahaja dia melihat apa yang berlaku kepada saudara-saudaranya, dia hanya menjerit ketakutan," jelas Hossaini. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Keunikan perkahwinan wanita Islam Bulgaria

Posted:

Keunikan perkahwinan wanita Islam Bulgaria

Keunikan perkahwinan wanita Islam Bulgaria


MEHMED AIUMANKOV bergambar bersama isterinya, Fetma Kuchikova di hadapan rumah mereka sewaktu majlis perkahwinan di kampung Ribnovo, Bulgaria.


SOFIA, Bulgaria - Seorang pengantin perempuan, Fatme Kichukova membiarkan wajahnya disolek dengan kapur tebal berwarna putih dan dihiasi labuci berwarna-warni.

Upacara itu hanya boleh dilihat oleh saudara-saudara perempuannya, sebelum Kichukova disatukan dengan suaminya, Mehmed Aiumankov.

Kichukova berkahwin di kampungnya, Ribnovo di kawasan pergunungan Rhodope, 210 kilometer selatan Sofia.

Penduduk kampung tersebut masih mengekalkan adat perkahwinan tradisional pada musim sejuk itu di sebalik fahaman komunis selama berdekad-dekad dan kemiskinan yang membuatkan ramai lelaki berhijrah ke luar negara untuk bekerja.

Ritual perkahwinan tersebut diteruskan dalam kalangan orang Pomak yang menganut Islam sewaktu zaman pemerintahan Uthmaniah. Penganut Islam mewakili 10 peratus daripada keseluruhan 7.4 juta rakyat Bulgaria. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Spesies baharu setiap 2 hari di Mekong

Posted:

Spesies baharu setiap 2 hari di Mekong

Spesies baharu setiap 2 hari di Mekong


CICAK spesies cnemaspis psychedelica yang ditemui di rantau Mekong, Thailand.


BANGKOK - Sekumpulan saintis berjaya mengenal pasti spesies-spesies baharu setiap dua hari di rantau Mekong, jelas Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dalam satu laporan yang memperincikan penemuan-penemuan luar biasa tahun 2010.

Antara penemuan itu ialah burung siul daun dan monyet yang ditemui di negeri Kachin, Myanmar. Terdapat juga satu spesies cicak betina yang mampu mengklon dirinya sendiri tanpa memerlukan cicak jantan. Ia ditemui secara tidak sengaja oleh seorang saintis ketika melihat menu makanan di sebuah restoran Vietnam.

Namun begitu, WWF memberi amaran bahawa sejumlah spesies boleh pupus sebelum ia sempat direkodkan.

Lebih 200 spesies baharu direkod tahun lalu di rantau Mekong yang meliputi Thailand, Kemboja, Myanmar, Vietnam, Laos dan wilayah barat daya China, Yunnan.

Jurucakap WWF bagi rantau Mekong yang berpangkalan di Hanoi, Sarah Bladen berkata, di sebalik jumlah spesies baharu yang ditemui, rantau itu turut berdepan 'krisis kepupusan'.

"Negara-negara terbabit perlu melihat biodiversiti sebagai sesuatu yang perlu dihargai. Jika tidak, kita berisiko kehilangan spesies-spesies liar dan habitat pada kadar yang luar biasa," jelas Bladen.

Senarai tersebut didominasi oleh tumbuh-tumbuhan, 28 jenis reptilia dan tujuh spesies amfibia. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my

Kosmo Online

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Banjir: 30 kanak-kanak tadika terperangkap

Posted:

Luar Bali dalam Inggeris

AURA ketenangan pantas meresapi minda tatkala bertamu di kediaman Dwi Khirma Kamal Mohd. Kamal, 30. Landskap lamannya yang walaupun kecil mempunyai tarikan tersendiri khususnya tumbuhan berdaun lebar dan hijau yang bagaikan mengalu-alukan kedatangan tetamu. Lagi...

Ereksi petunjuk kesihatan

SALURAN darah atau arteri pada zakar mempunyai kaitan rapat dengan tahap ereksi. Perunding Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik memberitahu, ereksi atau ketegangan pada zakar berlaku jika darah memasuki ruang zakar dengan mencukupi. Lagi...

Full content generated by Get Full RSS.

Bahan letupan: Jurutera dilepas, dibebaskan

Posted:

Bahan letupan: Jurutera dilepas, dibebaskan

Bahan letupan: Jurutera dilepas, dibebaskan

13/12/2011 8:39pm

PETALING JAYA – Seorang jurutera dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada dua pertuduhan memiliki bahan letupan dua tahun lepas.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap K. Saravana Kumar, 53.

Dalam penghakimannya, Ahmad Solihin berkata, keterangan saksi menunjukkan mereka tidak mendengar atau melihat tertuduh melakukan kesalahan itu dan tidak ada pemeriksaan kimia bagi membuktikan bahan tersebut adalah letupan.

Saravana didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang di bawah pencawang TNB Taman Medan dan di sebuah tempat di No 4, Lorong PJS 2A/11 F, Taman Medan pada 1.30 tengah hari dan 5.35 petang, 30 Oktober 2009. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Gading gajah dan kraf tangan RM4j dirampas

Posted:

Gading gajah dan kraf tangan RM4j dirampas

Gading gajah dan kraf tangan RM4j dirampas

13/12/2011 8:20pm

PELABUHAN KLANG – Kastam Selangor telah berjaya menumpaskan cubaan satu sindiket antarabangsa menyeludup 15 tan (15,000kg) gading gajah dan kraf tangan diperbuat daripada gading bernilai empat juta ringgit di Pelabuhan Barat di sini.

Pengarahnya, Datuk Azis Yacub berkata, gading berkenaan berasal dari Kenya dan kraf tangan ditemui dalam sebuah kontena berukuran enam meter (20 kaki) panjang ditahan menerusi satu sistem pengesan Khamis lepas dan diperiksa dengan teliti semalam.

"Kontena ditahan hasil maklumat orang awam. Apabila diperiksa dengan teliti pihak kami menemui bungkusan gading gajah itu diisi dalam kotak berwarna coklat dalam kontena di bahagian belakang bersama kraf tangan," katanya di satu sidang akhbar di sini hari ini.

Azis berkata, siasatan awal mendapati gading yang diisytihar sebagai "kraf tangan diperbuat daripada batu sabun" itu dalam pemindahan ke pelabuhan Tanjong Pelepas dari Pelabuhan Mombasa, Kenya, menuju destinasi terakhir di Sihanoukville, Kemboja.

Menurutnya, pihak kastam akan menyerahkan kraf tangan tersebut dipercayai diperbuat daripada gading ke Jabatan Kimia bagi menentukan bahannya. – Bernama

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.kosmo.com.my
 

Akhbar Kosmo

Copyright 2010 All Rights Reserved